Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, April 1, 2018
Jual Beli Antarabangsa
Banyak benda nak cerita sebenarnya. Masa je tak ada. Meh hari ni nak cakap banyak sikit.
Aik, bukan cakaplah. Tulis.
Sejak kehilangan jam tangan braille empat tahun lalu, saya sentiasa mengimpikan untuk memilikinya semula. Jam tu pemberian abah. Tapi bukan saya sengaja hilangkan. Ia dicuri. Abah dah bagi saya macam-macam. Bagi laptop, gantikan iPhone yang hilang. Takkanlah saya nak minta jam lagi? Saya yakin, kalau saya minta, abah mesti bagi. Saya tak sampai hati. Bila ada duit kat tangan, ada je benda lain yang perlu didahulukan. Masa duduk Wangsamaju jangan haraplah. Nak simpan duit macam mana? Bayar sewapun dah RM600.00 sebulan. Gaji saya masa tu tak besar manapun. Keperluan lain lebih penting. Belanja Chiko pun lebih sikit masa tu sebab dia poo dalam pasir. Kena sediakan pasir dia. So antara dia dan jam, pastinya dia lebih diutamakan. Diakan makhluk hidup. Takkan nak susahkan hidup dia semata-mata nak beli apa yang saya nak? Kalau susahkan hidup dia, hidup sayapun susah. Chiko tak boleh poo dalam bilik air masa kat Wangsamaju sebab airnya tak begitu kuat. Macam mana nak bersihkan poo dia dalam keadaan macam tu? Bilik air dia pun tak selesa. Sekarang, rumah sayapun dah tak berbau macam dulu sebab Chiko poo dalam bilik air. Buang poo dia dalam toilet, flash, basuh simen bilik air dengan sabun, siap. Bau pun hilang.
Saya pernah berhubung dengan MaxiAid di Amerika Syarikat empat tahun lalu berkenaan dengan jam ni. Bila melihatkan harganya mahal, saya simpan dulu hasrat nak memiliki jam tersebut. Yang dari Jepun pun mahal jugak. Lagi mahal. Kebanyakan di Malaysia ni mereka jual jam yang diimport dari China. Memang murah harganya. Tapi mungkin telah disematkan dari kecil yang barangan China ni tak bagus, saya tak nak. Abah selalu cakap, jangan beli barangan buatan China, kualitinya kurang. Brandnya pun entah apa-apa. Kalau Apple tu lainlah. Buat kat China pun, quality control dan designnya under Apple. Nak guna kad kredit abah boleh je. Tapi saya rasa keperluan yang satu ni taklah begitu mendesak. Saya tak nak susahkan abah. Saya malu sebenarnya. Untuk menyedapkan hati, saya selalu berbisik pada diri sendiri "Jam tu tak penting. Phone kan ada. Nak tahu waktu tengok Phone je la," dan itulah yang saya lakukan.
Bila saya dah ada gaji sikit macam sekarang, saya dah confident nak beli. Tapi saya tangguh lagi sebab ianya memerlukan kad kredit atau Paypal. Memang saya dah lama punya Paypal tapi kad abah. Tak naklah guna kad abah selagi ianya tak begitu mendesak. Bila saya dapat kad, so sayapun melakukan proses untuk merialisasikan keinginan saya yang tertangguh sekian lama.
Saya contact semula Khim dari New York untuk quotation dan katalog. Setelah memilih saya request quotation. Kali ni saya nekad.
Hayyyooo... Susah jugak berurusan dengan US ni. 12 Jam jarak waktu menyebabkan komunikasi agak terbatas. Kita siang dia malam, kita malam dia siang. So satu hari, satu email. Saya hantar email siang. Malam dia balas. Esok, saya balas. Malam esok baru dia balas. Begitulah selanjutnya sampai urusan pembelian selesai. Sekarang, maklumat terakhir saya dapat, jam tu dalam perjalanan ke Malaysia. Dia berada di New York, di Origin airport katanya. Baru sampai dari tempat ia dihantar. Besar betul New York tu sebab dalam New York pun dia naik flight. Tu update 29 Mac lepas. Jumaat dia orang mungkin public holiday for Good Friday kot. Kalau Isnin ni pun dia public holiday jugak, kena tunggu lagilah saya ni. Excited ni nak pakai jam. Dah lama dah tangan ni tak berhias jam. Saya buat tracking pun dia masih kat John Kennedy Airport. Bilalah dia nak bergerak ni?
Kepada mereka yang berhasrat nak beli anggaran untuk jam dari jenama Reizen ni kalau tali besi emas dan muka jam pun warna emas kira-kira $174.65 USD dan tambah $50 USD untuk penghantaran. Masa saya beli tu duit Malaysia RM896 berapa sen entah. Ni saya beritahu harga untuk mereka yang berhasrat nak beli supaya mereka membuat perancangan kewangan sebaiknya. Tiada unsur riak dan sombong ya. Sebab kalau saya nakkan sesuatu, saya nak tahu harga dulu baru saya boleh berangan dan rangka kewangan untuk mendapatkannya. Maklumlah, saya bukan kaya. Nak je beli. Saya kena kira perbelanjaan bulanan saya. Bukan nak beli satu benda je. Banyak lagi benda lain nak beli.
Oh ya, RM896 tu termasuk pos. Harga jam sahaja lebih RM650.
Sekian. Kalau rajin nanti saya tulis lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment