SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, April 10, 2018

Jam Tangan Braille - Reizen



OK, saya kembali lagi. Nak buat review pasal jam tangan yang mula membuat saya jatuh hati padanya. Korang jatuh hati tak tengok dia kat atas tu? Hahahaha... Citarasa kita ada yang sama, ada yang tak kan? So, saya tak kecil hati kalau korang tak sependapat dengan saya. Demokrasi! Pada awalnya, saya rasa terkilan kerana jam yang saya terima dari Farmingdale, New York, Amerika Syarikat Jumaat lepas tidak seperti yang saya inginkan. Saya nakkan muka jam berwarna emas tetapi yang sampai warna perak atau silver. Setelah membeleknya beberapa hari dan pendapat dari kawan-kawan termasuk penjelasan daripada sales girlnya, maka sayapun bersetuju bahawa jam ini terlihat lebih elegan berbanding jam yang bermuka emas dipadankan dengan tali emas. Menurut sales girlnya, jam buatan Swiss ini tampak elegan dengan muka silvernya. Jika saya mahukan jam bermuka emas dan tali emas, saya perlu membeli jam buatan China di mana saya memang tak percayakan produk buatan China. Menurutnya lagi, jika saya mahukan jam tangan berkualiti tinggi, inilah pilihan terbaik keluaran Swiss di mana Swiss merupakan pengeluar unggul bagi jam tangan dunia. Namun bagi jam tangan braille, permintaannya tinggi untuk jam buatan China kerana harganya yang murah berbanding buatan Swiss yang tinggi harganya setanding kualitinya. Menurut kawan saya pula, Swiss banyak mengeluarkan jam tangan mewah dunia. Katanya, walaupun China mengeluarkan jam tangan berwarna emas tetapi materialnya pasti tidak sebaik Swiss. Saat kali pertama Kak Fatimah melihat gambar yang saya kirimkan padanya, tanpa mengetahui saya tidak berapa puas hati dengan jam ini, Kak Fatimah mengatakan jam tangan saya ini kelas dan elegan. Hadisah meskipun tidak gemarkan warna emas tetap memberi komen bahawa jam ini sesuai dengan muka peraknya. Manakala bagi Amjat, jam tangan bertali emas dan bermuka perak ini sesuai. Nampak simple tetapi elegan. Sementara Kak Sha saat melihat saya membuka kotak jam ini mengatakan jam ini cantik. Waktu saya sibuk-sibuk meminta Kak Sha mengambil gambar jam ini, Yasoda menegur: "Wow, cantiknya jam ni. Ni ke barang yang akak tunggu dari US tu?" Hari Jumaat, saya belum boleh pakai jam ni sebab besar. Takut jatuh. So, Sabtu lepas saya ke Sogo atas nasihat kawan, saya ke sebuah kedai jam di Sogo. Kata kawan, saya tak boleh potong tali jam ni di sebarangan tempat, takut rosak. Untuk setiap tali jam, ia mesti dipotong menggunakan alat sesuai dengan tali berkenaan. Kalau tak, pasti tali akan rosak. Saya teringat jam yang saya beli 11 tahun lalu. Jenis tali yang sama. Saya potong di kedai anei berdekatan office. Potongannya tidak begitu cantik. Mungkin masa tu saya tak begitu alert dengan barang saya miliki. Janji boleh pakai sudah. Kesedaran untuk betul-betul menjaga tu tiada. Mungkin jugak masa tu cikgu belikan jam tu buatan China walaupun di US. Mukanya emas dan talinyapun emas. Melangkah masuk ke kedai jam di Sogo, saya dengar harga jam yang diperbualkan ribu-ribu. Alamak. OK ke? Saya dilayan dengan baik walaupun jam saya sekadar ratusan ringgit. Hampir seribu jugaklah saya habis untuknya walaupun tak semahal jam-jam yang dipamerkan di kedai tersebut. Mereka memotong tali jam saya begitu teliti dan mengambil masa yang lama. Mujur Suzi temankan saya. Kalau tidak mati kutu dibuatnya. Tak mahalpun chargenya. Tersangat murah. Setelah selesai memotong, sales girl pakaikan jam tersebut di tangan saya. Terlalu kecil. Saya meminta dia menambah sedikit kebesaran lilit tali dengan menambah sekeping besi yang telah dipotong. Sales girl melayan saya dengan baik dan bertanyakan kepada saya, adakah saya mempunyai masa untuk menunggu? Saya bersetuju. Dan proses yang lama bermula sekali lagi. Nak tahu berapa dia charge saya? RM6.00 untuk dua kali kerja. Sebenarnya kalau dia charge saya RM12.00 pun saya tak kisah. Dah dua kali dia buatkan. Ahad saya di rumah dan tidak melihat jam saya. Malas nak pakai sebab sentiasa phone ada bersama saya. So, boleh tengok jam di phone je. Rumah sayapun tak besar. Senang je nak dapatkan phone. Semalam, saya kenakan jam di pergelangan tangan kiri. Rasa penuh berkeyakinan di samping penampilan saya yang santai dan semerbak harum Carolinna Herrera di tubuh. Dalam flight, sewaktu menunggu kapal berlepas, saya tengok ada kilauan memancar. Puas saya cari di sekeliling saya punca datangnya gemerlapan tersebut. Mungkin khayalan saya agaknya. Fikir saya. Saya gerakkan tubuh saya tapi kilauan tersebut masih ada. Saya mengangkat tangan. Rupanya, kilauan tersebut datang dari jam yang saya kenakan. Mungkin cahaya mentari petang yang menerobos tingkap pesawat membuatkan cahayanya memantol. Lantaran malas nak bergrak banyak mendapatkan handset, seharian saya memakai jam ni hari ni. Saya duduk di sofa dengan pencahayaan suram sebelum lampu dibuka. Saya lihat cahaya tali jam bergemerlapan. Kuat bebenar kilauan tali jam saya kali ni. Tidak seperti kilauan tiga jam yang saya pakai terdahulu. . Sekali lagi saya dikejutkan dengan kilauannya apabila saya duduk di bawah lampu kuning ruang tamu rumah. Ianya kelihatan seolah-olah diperbuat daripada emas keseluruhannya. Mukanya yang silver juga telah bertukar menjadi keemasan. Biar betul mata saya ni, takkan tiba-tiba muka silver jam ni dah jadi warna emas pulak? Saya melihatnya dalam jarak lebih dekat. Ya, betul. Seluruh jam ni berwarna emas berkilau. Saya beralih ke bawah lampu putih. Sekonyong-konyong, muka yang keemasan tadi bertukar dengan gemerlapan putih perak. Meskipun berubah ke warna asalnya iaitu perak, ia tetap berkilauan perak bergemerlapan. Seronok pulak saya main alih-alih jam ni sekejap di bawah lampu putih, sekejap di bawah lampu kuning. Macam jakun pulak. Mujurlah mama dan abah sibuk dengan kerja masing-masing. Tak adalah yang menegur saya yang sedang xcited dan girang bermain dengan jam ni. So, saya dah mula cintakan jam tangan ni. Jam tangan Reizen buatan Swiss ini talinya berwarna emas dipadukan bersama muka berwarna perak. Dihiasi dengan jarum berwarna emas sementara dotnya pula berwarnna perak lebih gemerlap daripada latarnya yang menyerlahkan keseriannya. Pada permukaan cerminnya pula dikemaskan dengan garisan emas di sekeliling cermin mukanya. Mungkin hasil kilauan jarum, garisan sekeliling permukaan dan talinya yang menyebabkan seluruh mukanya tampak keemasan tatkala terkena cahaya kuning dan matahari. Ia didatangkan dalam kotak biru gelap yang di atasnya ditulis dengan tulisan keemasan beralas baldu putih. OK. Dah penat tulis dah. So, saya dah boleh senyum syukur dan gembira atas kurniaan jam ini buat saya. Terima kasih, Allah. Semoga saya dapat memakainya sehingga mati hahahaha... Atau menjangkau puluhan tahun lmanya.

No comments: