SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, April 29, 2018

Nasihat Saya Kepada Kaum Wanita

Hahahaha... Gila tulis malam ni. OK, sebelum saya tidur malam ni, saya nak nasihatkan korang, kau hawa yang sejenis dengan saya. Sebenarnya nasihat ni juga terpakai kepada Kaum Adam. Tapi, lazimnya, Kaum Hawa lebih rapuh hatinya. Masa seorang lelaki menyayangi korang, mencintai korang dan ada dengan korang, cintailah dan hargailah dia dengan sebaiknya. Kalau merajuk pun jangan lama-lama. Merajuk comel-comel gitu. Biarpun korang merajuk tapi biar dia rasa rajuk korang tu rajuk yang comel dan bertambah kasih sayangnya kepada korang. Ingat ya korang, lelaki ni, masa dia sayang kat korang, apapun korang buat, semuanya indah pada pandangan dia. Jahat manapun korang, teruk manapun perangai korang, dia tetap sayang korang. Sampai ada sesetengah lelaki tu tak percaya kalau orang sampaikan pada dia yang korang curang sekali pun. Silap-silap si penyampai tu kena belasah dengan dia. Tapi kalau dia dah tak suka kat korang, korang baik macam malaikatpun tetap buruk pada dia. So, kat sini saya nak pesan. Bukan sekadar saya membaca, tapi melalui pengalaman saya sendiri. Kalau lelaki yang korang cinta berpaling tadah, beralih arah dan apa-apa yang seumpama dengannya, lepaskanlah dia. Biarlah dia pergi. Tak perlulah korang berusaha untuk membaiki hubungan tersebut atau bersusah-payah untuk mendapatkan hatinya kembali. Sebab semua tu adalah sia-sia. Dan korang akan semakin sakit dengan perbuatan korang sendiri yang mahu dia terus bersama korang. Tak salah mencuba. Kita perlu berusahakan? Setelah beberapa episod saya lalui... Saya rasa tak ada istilah cuba dan berusaha. Lebih-lebih lagi kalau dia berpaling tadah kerana telah ada perempuan lain mengisi hatinya. Walau pun sekejap je dia baru jumpa perempuan tu, walaupun perempuan tu tak sebaik korang, tapi bagi dia, perempuan tulah bidadari yang baru turun dari syurga buatnya. Korang faham-faham jelah kalau saya dah sebut bidadari tu macam mana tahap mabuk kepayangnya si dia kepada orang baru tu. Kesilapan korang yang sedikit pun akan jadi besar. Kesalahan bertahun lalu yang telah dimaafkan dan dilupakan pun akan dikorek kembali. Itulah lelaki kalau korang nak tahu. So, nasihat saya, jaga perhubungan sebelum ada orang ketiga. Tapi bila dah ada, korang lepaskan je dia pergi. Sebab lelaki macam ni, memang patut kalau tak ada dalam hidup korang. Dia akan merosakkan hati korang, cinta korang dan seterusnya hidup korang. Korang akan lebih bahagia tanpa lelaki macam ni. Percayalah, korang akan dapat ganti yang jauh berganda lebih baik dari dia. Saya faham, bukan mudah untuk melakukannya. Saya sendiri pernah merasainya dan setahun lebih saya menderita kerananya sehinggakan saya diserang gastrik yang teruk dan berat badan turun mendadak sehingga 45 KG. Kehidupan seharian tak payah cakaplah. Memang langsung tak berseri dan sentiasa berendam air mata. Kerja pun ke laut. Mujur boss memahami. Kalau tak hilang kerja kot saya. Nasihat ni bukan nasihat yang saya tulis sesedap rasa. Tapi berdasarkan pengalaman saya. Dan saya tak mahu lagi mengulangi kesilapan dan kebodohan yang satu ni. Saya tahu ia susah bila korang terlalu sayangkan korang. Tapi inilah hakikat serta rialiti cinta seorang lelaki. Lepaskan saja dia pergi. Berdoa je pada Allah semoga Allah gantikan ia dengan kebahagiaan yang lebih bermakna. Percayalah, kalau korang di pihak yang benar, pasti dia akan menerima kifarahnya. Ia memang sukar, tapi bila korang berjaya menempuhnya, korang akan rasa tenang dan bersyukur kepada Allah. Lepas tu korang akan temui hikmahnya kenapa Allah pisahkan korang dengan dia. OK la korang. Cik Tinta nak tidurlah. Kena tidur awal supaya bangun awal dan pergi kerja awal. Malas nak terserempak dengan mamat tu. Bye bye korang. Good night. Siapa yang sedang bekerja tu, kerja rajin-rajin tau. Cari duit banyak-banyak, nanti bagi saya hahahahaha...

No comments: