SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, April 29, 2018

SK-II - Atmosphere Airy Light UV Emulsion SPF 30 PA+++

Hahahaha... Saya kembali lagi. Kali ni nak buat review produk pulak. Blog saya ni kan beragam. OK. Produk penjagaan kecantikan kegemaran saya sememangnya SK-II. Dah tujuh tahun saya menggunakannya. Produk terbaru yang saya gunakan adalah Atmosphere Airy Light Emulsion SPF 30 PA+++. Sayapun tak faham kenapa SK-II letak + kat situ tiga kali. Rasanya tak perlulah saya tulis kegunaannya sebab korang type kat google je menimbun keluar. Nantilah, kalau rajin, lain kali saya tulis. Untuk sun block dari kalangan jenama yang setanding dengannya, ini adalah sun block ketiga yang saya gunakan setelah Bobbie Brown dan Lancome. Dah lama saya teringin nak pakai sun block dari SK-II ni tapi dek kerana harganya yang mahal, saya memutuskan untuk tidak membelinya. Sebaliknya saya beli sun block dari jenama kosmetik yang saya gemari. Sun block dari jenama Lancome dan Bobbie Brown harganya hanya RM100 lebih sahaja. Sedangkan SK-II, harganya sekali ganda. Atmosphere ini misalnya, harga di kaunter adalah RM259.00. Online mungkin murah sikit dalam RM20-RM30 kalau yang origenal. Entah apalah istimewanya sun block SK-II ni. Fikir saya pada mulanya. Bila saya baca review di internet, macam best la pulak. Katanya, sun block atau CC Cream dari SK-II ni boleh melindungi kulit daripada burn walaupun melakukan aktiviti lasak dan mandi laut. Betul ke? Yang ni saya belum try lagi. Sayapun kurang beraktiviti lasak sejak kaki berjahit dulu. Februari lalu, alhamdulillah, Allah bagi rezeki lebih sikit, sayapun belilah CC Cream SK-II ni. Saya dah survey harganya dari penjual online. Memang sekali ganda dari last sun block yang saya pakai dari Lancome. Kalau tak sekali gandapun, hampir sekali ganda. Sales girl SK-II menerangkan bahawa CC Cream jenis ini mempunyai dua pilihan sama ada SPF 30 atau SPF 50. Dia jugaklah yang mencadangkan saya agar membeli Atmosphere ni. Ada beberapa lagi jenis sun block SK-II ni sebenarnya. Lebih mahal pun ada. Kebetulan Atmosphere ni baru keluar. Tak tahulah bila keluarnya. Saya tanya that lady, apa beza SPF 30 dan 50. Katanya jangka masa ia melindungi kulit wajah kita. SPF 30 melindungi kulit wajah 6-8 jam sedangkan SPF 50 mampu melindungi kulit selama 12 jam. Excited nak try. Apa yang mahal sangat kau ni? Apa istimewanya? Kalau sama je macam lancome dan Bobie Brown, ni last aku beli. Lepas ni aku patah balik ke Lancome. Hahahaha... Hati berkata-kata. RM259 hanya untuk satu tiub kecil. Kuantiti sama macam kuantiti sun block saya terdahulu. OK, teksturnya nipis dan ringan berbanding sun block saya terdahulu. Baunya wangi jugak tapi tak kuat. Teksturnya lebih kepada air. Tak payah tekan tiub tu. Takut terbanyak, saya tuang je ke atas jari dia dah keluar. Saya meratakannya ke seluruh kulit wajah. Oleh kerana ia tidak berminyak, ia sangat mudah diratakan. Apa yang paling saya suka dan terpukau dengan Atmosphere ni, dia terus menyerap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan minyak sedikit pun. Ini sangat berbeza dari sun block saya sebelum ni yang berminyak di kulit. Sales Girl yang menjualkannya kepada saya siap pesan waktu saya beli sun block sebelum ni supaya gunakan sedikit sahaja sun block berkenaan takut berminyak. Tapi dengan Atmosphere, kalau terbanyakpun ia tetap tidak berminyak. Apa yang penting, tiada lagi komen-komen yang mengatakan muka saya burn. Tak tahulah kalau saya dah mula kelas renang nanti atau beraktiviti lasak seperti selalu. Ulang beli? Ya. Saya akan ulang beli CC Cream ni seperti saya ulang beli produk SK-II yang saya gunakan sekarang. Kalau ada rezeki, korang cubalah. Sangat best. P/S: Harga yang saya tulis ni adalah harga ketika belian saya pada Februari, 2018.

No comments: