SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, February 16, 2018

Volunteer Lari Konsep

Assalammualaikum semua, Salam sejahtera. Dalam menanti kawan yang belum sampai, kita updatelah dulu. Call seseorang tu, tapi sibuk on call dari jam 10.00 tadi. So, kita bersembang dengan blog je la. Apa yang korang fikir bila sebut volunteer atau sukarelawan? Fikiran saya, bertugas dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Even kalau organizer tak bagi makan pun saya boleh faham. Mestilah organizer tu tak cukup budget dan dahulukan pesertanya atau tetamunya. Tapi di Malaysia, konsep sukarelawan ni jauh lari dari konsep. Saya tak kata orang luar. komuniti saya sendiripun kalau dijemput jadi volunteer, sesetengah tu ada yang Tanya, "berapa bayaran dia bagi ya?" So, korang ni nak jadi volunteer atau kerja part time? Siap boleh Tanya berapa penganjur bagi? Bagi saya itu tidak sepatutnya berlaku. Volunteer tu kan maksudnya sukarela. So bila sukarela, terserahlah kepada penganjur nak bagi ke tak bagi. Kalau penganjur tak ada budget untuk volunteer, alamatnya, payahlah penganjur nak dapat volunteer. Dahlah penganjur tu keluar duit banyak nak biaya kos yang wajib bayar tambah pulak dengan bayaran volunteer. Kesian. Tapi, tak salah kalau seseorang volunteer tu ambil sekiranya diberi. Saya percaya, mana-mana penganjurpun ada budi bicara mereka. Takkanlah mereka nak menganiaya volunteer mereka. Kalau tak mampu bagi bayaranpun, at least, dia akan bagi makan, minum, penginapan dan kadang-kadang pengangkutan. Tak tahulah bila mentality orang kita ni nak berubah. Buat kerja walaupun volunteer nak duit. Cakaplah saya tak buat volunteer tapi saya buat part time. Kan senang. Orang faham. Bila penganjur tak bagi elaun karang, mengata kat belakang, "aku buat volunteer dengan ... tak dapat bayaran pun," Sebab tu bila saya menjawat jawatan dalam sebuah NGO secara volunteer, saya kurang senang bila orang kata, "Berapa dapat bila pergi meeting?" "Adalah sikit pendapatan untuk awak,". Bagi saya, memegang jawatan secara sukarela di mana-mana NGO saya tak fikir ianya sebagai pendapatan tambahan. Ya, dia orang memang ada garis panduan untuk claim tapi pada saya, ia bukan sesuatu yang mustahak. Dan setakat ni, dua penggal saya di NGO tersebut, belum pernah saya claim bila saya ke pejabat mereka untuk urusan saya kecuali urusan mesyuarat itu pun saya diberi claim tersebut. Pernah saya bertugas untuk NGO itu dan keluar kawasan saya hanya berikan tiket perjalanan saya kepada staff sebab saya tahu ada peruntukan. Itu pun kalau orang tak bayar saya, saya tak ada nak buat follow up. Sebab saya rasa malu, kata volunteer, tapi sibuk Tanya pasal bayaran. Staff pernah Tanya saya, "Akak, selain dari tiket ni akak nak claim apa lagi?" Hah? Ada claim lain ke? Kalau penginapan saya tahu mereka akan bayarkan. Rupa-rupanya ada claim makan. Dah berapa kali saya ke luar kawasan tapi saya tak tahu pun ada claim untuk makan. So saya cakap dengan staff, "Akak tak tahu. Uruskanlah apa yang patut," So, kalau staff tak uruskan apa yang sepatutnya pun saya tak tahu. Dan saya tak nak ambil tahu sebab saya bukan bekerja dengan NGO berkenaan. Kalau kat office, ya saya ambil tahu. Tu pun bukan simply saya buat claim. Office ni lagi cerewet prosedur dia. XOXOXOXOXO

No comments: