Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, February 13, 2018
Saya Ada Di Depan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ni saya agak sibuk. Otak saya berselirat. Kejap fikir sana, kejap fikir sini. Kejap tengok dokumen tu, kejap tengok dokumen ni. Semuanya harus difikir dengan laju dan dibuat dengan pantas.
Sedang saya sibuk menaip di computer, saya terima Whatsapp dari seseorang. Mujurlah notification ni naik. Tak perlu membuka whatsapp tersebut, saya dapat membacanya. So, orang tak tahu yang sebenarnya saya dah baca whatsapp dia.
'Assalammualaikum.'
'Hai Tinta'
'Awak kerja tak hari ni?'
'Saya ada kat HQ depan ni'
Subhanallah. Saya tak tahulah apa perasaan saya tatkala membaca pesanan tersebut. Sedih, marah, nak nangis, geram. Semuanya bercampur menjadi satu.
Nak jumpa saya? Jangan menaruh harapan untuk saya keluar.
Apa lagi yang dia nak? Saya dah berterus-terang segalanya. Saya dan dia tak mungkin bersatu kecuali dengan kehendak Allah. Jagalah anak isteri dengan baik. Tak payahlah kejar saya lagi. Kalau saya ada perasaan kat seseorang pastinya hati saya berbunga riang andainya mengetahui orang itu datang ke pejabat saya sebagai surprise. Pasti senyuman ini menguntum tiada henti dan bergegas keluar menemuinya.
Sejenak, operator menghubungi saya. Katanya, dia rasa macam Si Fulan sedang duduk di sofa libi pejabat ni. Belum habis dia bercerita, saya mengesahkan kehadiran orang itu. Operator terperanjat, dari mana saya tahu.
Operator memberitahu saya, isteri dan anaknyapun ada bersama. Saya semakin pening. Gila ke apa lelaki tu? Ada anak dan isteri bersama pun nak jumpa saya? Untuk apa? Anggap saya kawan? Saya tak mahu salah langkah lagi. Silap layan meroyan lagi dia. Takut saya nak melayannya. Nanti kalau berlaku apa-apa pada rumahtangganya, siapa salah? Orang akan kata saya yang salah. Orang lelaki ni, cakap je ni pertemuan kali terakhir lepas tu tak kacau lagi. Kalau kita pergi jumpa, pasti ada ajakan seterusnya selepas tu. Tolonglah. Saya penat dengan semua ni. Saya bukan pelabuhan tempat kapal berlabuh tatkala dibelenggu masalah. Saya ada nilai, ada harga diri.
Tatkala ini, saya tidak dapat menahan tangis saya. Mengenangkan diri yang sering dihadapkan dengan masalah seumpama ini. Bersyukurlah korang sebab saya tidak diilhamkan merosakkan rumahtangga orang setakat ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment