Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, February 6, 2018
Kali Kedua
Malam ni, sejarah 2016 berulang lagi. Seseorang telah memanjangkan voice Whatsapp perbualan tentang saya dalam satu group.
Subhanallah, kenapa sikap mereka begini? Kalau ada yang saya buat tak betul, tegurlah saya berdepan. Tak perlu mengata saya. Apa yang mereka kata langsung tak ada kena-mengena dengan hidup mereka. Mereka mengata saya, kehidupan saya dan hak saya. Sedih? Ya, memang saya sedih. Sebab saya tak pernah pun kacau hidup orang tapi orang suka mengambil tahu hal saya dan mengata di belakang. Cuma bezanya, kali ni saya dikutuk oleh orang yang tidak benar-benar mengenali saya. So, sedih saya tidaklah sesedih saat menerima kiriman whatsapp 2016 dulu.
Saya sangat pelik, kenapa orang yang tak kenal kita mengata kita? Sedangkan mereka tak tahu siapa kita. Baiklah, biar saya jelaskan di sini tentang apa yang mereka kata saya. Mereka telah memusing jalan cerita 360 darjah. Lain saya cakap, lain yang mereka kata. Kalau ada rancangan NTV 7 yang memaparkan kisah saya tu, nescaya saya akan hantar rancangan tu kat mereka.
Pertama, berkaitan dengan saya memilih jodoh. Ya Allah, saya tak pernah memilih jodoh saya nak yang hebat-hebat. Tapi sebagai manusia, saya berhak untuk pilih dan tentukan pasangan hidup saya. Semestinya saya ada perkara tertentu yang saya ambil kira untuk menjadikan seseorang sebagai teman hidup saya. Takkan saya nak sapu je semua yang datang. Kalau yang datang tu tak-tak? Yang dari awal dah nampak akan menyiksa saya, takkan saya nak ambil je? Mereka pun pasti memilih untuk pasangan hidup mereka kan? Mesti nak orang yang sesuai dengan mereka. Jadi salahkah saya memilih seseorang yang saya rasa bahagia dan tenang bila berada di sampingnya? Saya tak pernah meletakkan yang normal itu sebagai syarat untuk menjadi pasangan hidup saya. Janji dia mampu buat saya jatuh cinta padanya, bahagiakan saya, gembirakan saya serta tenangkan hati saya, ianya memadai untuk memiliki cinta hati saya.
Dalam rancangan tu, saya tak pernah kata yang saya nak orang nampak sebagai pendamping hidup. Cuma saya ditanya, kalau saya ditakdirkan dilamar oleh orang nampak apa pendapat saya? Saya jawab, jodoh tu rahsia Allah, kalau itu takdir saya, maka saya terima seadanya.
Rancangan tersebut turut membicarakan tentang diskriminasi dan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap golongan seperti saya. Temubual berkenaan berlarutan dan menyentuh soal rumahtangga. Wartawan bertanyakan kepada saya soal masalah dalam hubungan. So saya jawab, sebenarnya, isu tidak boleh terima pasangan hidup atau menantu golongan seperti ini bukanlah hanya di kalangan orang nampak tetapi keluarga mereka dari golongan minoriti ini juga belum tentu dapat menerima apabila mengetahui bahawa pilihan mereka adalah dari golongan sama. Wartawan menyoal lagi, pernahkah saya berdepan masalah serupa? Jawapan saya, ya. Dan mereka yang menolak saya iaitu ibu si dia walaupun anaknya yang juga golongan seperti saya mahu bersama saya dengan alasan, saya tidak mampu menjaga anaknya kelak selepas perkahwinan.
Mereka mengata saya bahawa cerita tersebut berlaku antara saya dengan pasangan normal saya. Sedangkan orang yang saya maksudkan dari kalangan saya sendiri.
Kedua, mereka mengata saya yang ada seseorang suka memberi buah tangan kepada saya dan akhirnya saya shok sendiri. Ya Allah, takkanlah semua cerita percintaan saya, saya mahu khabarkan di media sosial. Cerita semua apa yang berlaku dan apa yang pernah kami bualkan? Kalau tak tahu apa yang terjadi, janganlah suka membuat andaian seterusnya memfitnah saya.
Ketiga, dalam rancangan di NTV 7 tu jugak, saya ada menceritakan, sekiranya saya tidak pasti akan padanan baju yang mahu saya kenakan, saya akan ambil gambar baju dan tudung yang mahu saya gunakan, dan whatsapp kepada kawan saya untuk minta pendapat mereka sama ada baju berkenaan sesuai atau tidak dipadankan bersama.
Mereka pula mengatakan, saya beli baju lepas tu, whatsapp kat kawan tanya cantik ke tidak. Kata mereka, tak kuasa mereka buat perkara bodoh macam saya tu.
Fikirlah logik. Kalau saya nak tahu baju tu cantik ke tak, mestilah saya tanya sebelum beli. Buat apa dah beli baru nak tanya. Dalam rancangan tu, siap tunjuk bagaimana saya membeli pakaian, bagaimana saya memilih yang sesuai dengan saya. Tak adapun saya ambil gambar dalam kedai tu dan hantar kat kawan tanya cantik atau tidak. Sebab, setiap kali saya membeli-belah pastinya saya akan bersama kawan yang saya percaya mampu memberi pandangan dan kritikan membina untuk penampilan saya.
Lainkan cerita tu. Padahal mereka tonton rancangan tu. Tapi kenapa mereka salah faham? Sengaja mahu memburukkan saya atau sememangnya mereka tak faham rancangan tersebut?
Jangan suka mengata orang. Sayapun sebenarnya tahu akan cerita yang dibawa orang tentang mereka tapi saya tak tahu kebenarannya. Kalau berdasarkan cerita yang saya dengar, kehidupan mereka lebih teruk dari kehidupan saya. So, kalau saya nak kata, menghina dan memburukkan orang, lebih dari mereka buat saya, saya boleh buat. Tapi saya tak nak. Hari ni kita mengata orang. Esok, apa pulak yang berlaku pada kita? Pasti ada kifarahnya. Kita takkan terlepas.
Tapi saya tahu, dalam orang mengata saya, ada yang melarang mereka berbuat demikian. Ada jugak yang membuat andaian yang berita tersebut akan sampai kepada saya. Memang betul, beritanya cepat je sampai. Terima kasih kepada penyampai cerita. Sekurang-kurangnya, saya tahu siapa lawan dan siapa kawan, siapa musuh dan siapa sahabat. Siap kata saya celaka lagi. Hari ni korang celakakan saya. Berjaga-jagalah, sebab kecelakaan tu tak pernah mengenal siapa dan Allah itu Maha Tahu dan Maha Adil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment