Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, February 14, 2018
RM880.00 Tunai
Assalammualaikum...
Hai readers,
Saya rasa penat dan mengantuk. Tambah makan Nasi Ayam Penyet lunch tadi, lagi mengantuk.
Semalam lepas kerja, saya bergegas ke Klinik Pergigian Zalinda, memenuhi temujanji bersama Doktor Azizah.
Pada mulanya, Doktor kata hari ni just nak ukur akar. Treatment sekali lagi masuk dan kembangkan akar. Prosedurnya lebih kurang 1 jam jugak.
Saya masih jugak dipakaikan rubber gum sebab doctor takut saya tertutup mulut dan peralatan yang digunakan akan melukakan bahagian mulut lain seperti gusi dan lidah. Nama je rubber gum, tapi dia menutup hamper keseluruhan mulut saya bahagian dalam. So rasa sangat tak selesa. Ada ubat yang digunakan bau macam Clorox pun ada. Tahankan jelah. Mula-mula, doctor suntik saya dengan ubat bius. Kejap je saya rasa kebas. Saya Tanya doctor, "Besar tak muka saya doctor?" Doktor ketawa dan jawab, "Taklah. Awak memang rasa bengkak sebab dia kebas. Tapi tak bengkakpun,"
Prosedur bermula dengan doctor mengambil imej X-ray gigi yang menjalani Rawatan Akar. Kemudian tampalan gigi tersebut dibuka. Lama jugak prosesnya. Setelah tampalan dibuka, doctor mula mengukur kedalaman lubang bekas akar gigi saya yang telah dibuang. Ukuran saiz akar juga diambil. Sekali lagi doctor melakukan X-ray ke atas gigi saya bagi melihat sejauh mana akar boleh dimasukkan ke dalam. Oleh kerana saya memakai rubber gum, X-ray kali kedua tidak menampakkan bahagian tersebut hingga ke hujung. X-ray kali ketiga terpaksa dilakukan bagi memastikan prosedur seterusnya Berjaya. Oleh kerana saya tidak mampu nganga seluas-luasnya selama prosedur dijalankan, doctor meletakkan sejenis alat untuk saya gigit bagi memastikan saya tidak menutup mulut dan mulut sentiasa terbuka.
Setelah mendapat kepastian daripada hasil X-ray, doctor mula membuat akar gigi dengan campuran bahan yang terlalu asing di pendengaran saya. Doktor beritahu saya, hasil X-ray menunjukkan gigi dan kesan akar yang telah dicabut berada pada tahap yang baik. Kata doctor, memandangkan pesakit yang membuat temujanji selepas saya membatalkan temujanjinya, doctor akan terus menjalankan treatment seterusnya terhadap saya.
Setelah segalanya siap sedia, doctor menjalankan prosedur seterusnya dengan menempatkan akar gigi buatan ke dalam lubang akar yang telah tiada. Doktor memasukkan akar gigi dengan berhati-hati supaya ianya tidak menimbulkan sebarang masalah. Setelah akar tersebut ditempatkan pada tempat yang betul, doktor menekan akar tersebut dengan kuat hingga ke dasar gusi. Saya tak rasa sakitpun. Mungkin kerana ubat bius masih giat menjalankan tugasnya. Setelah itu, doctor mula menampal kembali gigi tersebut. Dah siap tampal, tinggi pulak. So, doctor membaiki ketinggian tampalan sehingga saya merasa selesa. Setelah tampalan siap dibaiki, doctor menggosok permukaan gigi tersebut untuk meratakan tampalan. Akhir sekali, doctor polish gigi berkenaan agar permukaannya licin. Prosedur ini berlangsung selama dua jam lebih. Bayangkan saya terpaksa membuka mulut seluas-luasnya selama itu. Mujur saya tak ada sakit krem mulut tu. Kalau tak, satu hal pulak doctor kena tolong saya tutup mulut balik.
So hari tu dah bayar RM300.00, memandangkan treatment saya complete malam tadi, saya perlu bayar kesemua baki kos rawatan iaitu sebanyak RM880.00 tunai. Hahahaha... Macam mas kahwin kan? Tak cukup cash, RM100 daripadanya saya bayar menggunakan kad debit.
Saya keluar bilik doktor, klinik dah sunyi. Almaklumlah dari jam 6.30 lebih kot saya masuk. Doktor kata, jangan risau, doctor yang akan hantar saya pergi LRT. Suami Doktor Azizah telah siap menanti di dalam kereta. Apabila doctor mengetahui saya mahu ke pejabat terlebih dahulu, doctor dan suami mahu menghantar saya ke pejabat. Berkali-kali saya meyakinkan doctor yang saya OK je kalau naik LRT. Tapi doctor tetap berkeras mahu menghantar saya ke pejabat. Saya kesiankan doctor sebenarnya, dari Sri Rampai hantar saya ke Brickfields sedangkan rumah doctor di Taman Melawati.
Suami doctor iaitu En. Azam terus memecut keretanya menghala ke Brickfields. Kami berbual-bual sepanjang jalan. Banyak jugak info tentang gigi yang saya peroleh dari Doktor Azizah.
Terima kasih, doctor Azizah dan En. Azam.
Setakat ni, khidmat Doktor Azizah sangat memuaskan. So saya sangat rekmenkan pembaca untuk mengunjungi Klinik Zalinda dan mendapatkan khidmat pergigian daripada Doktor Azizah yang merupakan doctor sepenuh masa di klinik tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment