SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, February 6, 2018

Gurauan Yang Memerahkan Muka

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman, Terima kasih kerana masih sudi membaca catatan Cik Tinta yang tak seberapanya ni. Hari ni mood nak balik lambat tu tiba. Tak tahulah kenapa. Kerja dah siap, so kita sembang-sembang kejap sebelum Cik Tinta balik. Tinta, tulis tu hati-hati, jangan salah. Buat malu je hahahaha... Kepada yang bagi komen dan betulkan ejaan Cik Tinta tu terima kasih ya sebab korang sangat peka kepada tulisan Cik Tinta. Tak sangka akan dapat perhatian sebegitu hahahahaha... Nampaknya, Cik Tinta bukan saja perlu berhati-hati dalam menulis status di Facebook, tapi juga perlu berhati-hati dalam menulis entri di sini. Cik Tinta sangat hargai perhatian semua. Dari jauh korang komen itu sangat memberangsangkan dan memberi Cik Tinta inspirasi untuk terus menulis. Kadang-kadang tu Cik Tinta tersalah tekan dan kadang-kadang pembetulan automatic kepada ejaan Cik Tinta. Lepas tulis, malas semak terus post. Tu yang jadi salah tu hahahaha... OK. Cik Tinta nak bercerita pulak. November tahun lepas, Cik Tinta telah menganjurkan satu karnival sukan di mana pesertanya datang dari jauh dan dekat termasuk Sabah dan Sarawak. Dah namanya penganjur, sebelum carnival berlangsung lagi, Cik Tinta dah sering bercakap dengan peserta dan kontinjen bagi memastikan carnival berjalan lancer. Ada yang cakap, tak sabar nak jumpa Cik Tinta. Ada yang tertanya-tanya, Cik Tinta ni yang mana satu? Teringin nak kenal orangnya. Muahahahaha... Cik Tinta ni biasa-biasa je tak perlu excited sangat nak jumpa Cik Tinta. Nanti sekali Cik Tinta marah, korang semua lari. Hahahaha... Ada yang cakap nak belanja Cik Tinta makan sebab susah-susah uruskan kontinjen mereka. Laaa... Cik Tinta kan penganjur, so itu tanggungjawab Cik Tinta la uruskan korang. Tapi selagi Cik Tinta tak setuju nak makan bersama, selagi tu dia ulang cakap dan tak letak telefon. Oleh itu, Cik Tinta pun setujulah. Sebab Cik Tinta memang nak letak telefon cepat, banyak kerja, sibuk. Cik Tinta anggap ianya satu gurauan dan takkan terjadi. Sebaik sahaja Cik Tinta setuju dia cakap, "Saya anggap ini satu janji," Alamak! ah, tak apa. Nanti korang pun sibuk nak kejar masa untuk bertanding. Cik Tinta pun sibuk, lagi sibuk masa tu. Tapi akhirnya janji itu dituntut. So gigihlah Cik Tinta keluar sarapan awal bersamanya di kedai. Terkejar-kejar makan sebab nak bersiap sedia untuk pertandingan yang akan berlangsung hari tu. Masa tu, ada macam-macam ragam. Ada yang kelakar, mendebarkan, sedih, ada jugak yang buat Cik Tinta marah. Hehehe... Pada hari terakhir sewaktu semua kontinjen nak balik ke tempat masing-masing, Cik Tinta pergilah berjumpa dengan kontinjen-kontinjen tu. Nak ucapkan selamat jalan. Almaklumlah, Cik Tinta kan tuan rumah. Akhir sekali, Cik Tinta bertemu dengan Kontinjen Sabah yang sedang berkumpul di dewan besar. Cik Tinta mohon maaf untuk semua kekurangan atau kesilapan sepanjang karnival berlangsung. Ada beberapa orang bertanyakan, "Bila Tinta mahu pindah ke Sabah?" Saya tergamam. Tidak dapat menangkap maksud soalan itu. Akhirnya, Cik Tinta jawab "Buat apa pindah Sabah? Tolong you all anjurkan karnival dua tahun lagi?" Sabah kan diminta jadi penganjur karnival sama untuk 2019. "Laaa... Buat apa jadi penganjur, jadi orang Sabah teruslah," Jawab beberapa orang ahli kontinjen termasuk pengiring mereka. "Macam mana nak pindah Sabah, saya kerja kat KL," Jawab beberapa orang perempuan yang mungkin seusia mama saya atau muda sedikit, "Boleh kami jadikan menantu. Kami ada anak lelaki," Oh my god! Saya tak tahu nak jawab apa. Pipi saya membahang panas dan pastinya kemerahan. Nakal sungguh tetamu saya ni. Ingatkan lelaki muda je nakal. Yang mak-mak pun nakal. Janganlah buat Cik Tinta malu. Cik Tinta ni Nampak je garang, tapi malu bila diusik.

No comments: