SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, February 18, 2018

Perempuan Yang Pelik

Masih nak menulis. Harapnya kejap lagi saya boleh tidur kejap dan bangun Solat Subuh. Baru-baru ni saya ada baca status kawan di Facebook berkenaan suami complain isterinya gemuk dan penampilan kurang menarik sejak mempunyai anak. Dari tulisannya saya tahu dia tidak setuju dengan ketidakpuasan hati lelaki tersebut terhadap isterinya. Saya ada tinggalkan komen di situ. Tapi tiada respon, mungkin dia tak setuju dengan apa yang saya cakap. Saya tahu, mungkin dia tak sukakan lelaki yang complain macam-macam tentang perempuan lebih-lebih lagi mungkin dia pernah ada sejarah lukanya sendiri. Saya jugak mempunyai sejarah silam yang pahit dengan lelaki. Tapi bagi saya, kita harus melihat sesuatu dengan fikiran yang waras. Jangan kita menegakkan benang yang basah. Dalam isu ini, saya meletakkan kesilapan itu kepada sang isteri lebih daripada sang suami. Bukan bermakna saya tidak menyokong kaum sejenis tapi, kita harus rasional dalam isu ini jika kita mahukan rumahtangga yang dibina berkekalan. Ianya suatu usaha ke arah itu. Insya-Allah. Cewah, macam saya dah kahwin pulak. Tak. Saya memerhati sekeliling dan berfikir di samping mendengar ceramah dan membaca. Kesilapan yang lazim dilakukan perempuan terutamanya perempuan Melayu adalah tidak menitikberatkan elemen kecantikan diri. Bersolek ketika nak keluar je. Pakai baju cantik ketika ke pejabat dan menghadiri majlis. Lebih menyedihkan, pakai baju pun tak bergosok waima ke pejabat. Itu yang selalu perempuan buat. Masa anak dara, wah cantik macam peragawati. Tapi bila dah kahwin, kurang sikit. Mungkin dia berhias untuk mendapat suami je kot. Bila dah ada suami so, berhias pun kurang. Bila ada anak, lagilah teruk. Alasan, tak sempat nak berhias sebab nak uruskan suami lagi, anak lagi. Saya tak percaya semua ni. Sebab, saya tengok contoh terdekat dalam keluarga saya iaitu mami saya aka nenek saya. Dia seorang wanita yang berkerjaya, berpenampilan menarik, bergaya dan sentiasa berhias, menceburi politik. Siang bekerja, malam politik. Mungkin saya telah ketiadaan datuk, maka ianya lebih mudah mami membahagikan masanya antara kerjaya dan politik. Tapi mami tak pernah keluar rumah tanpa berhias meskipun telah mempunyai cucu. Mami saya kahwin awal so zaman kanak-kanak saya, mami masih bekerja dan aktif politik. Walaupun tinggal bersama arwah chek dan orang gaji, mami tetap menyediakan sarapan dan makan malam untuk seisi rumah. Arwah chek hanya memasak untuk makan tengahari dan sesekali makan malam jika mami mempunyai urusan yang tidak dapat dia plang ke rumah selepas waktu kerjanya. Walaupun mami akan keluar berpolitik waktu malam, sebelum keluar dia pasti memasak makan malam, memastikan kami mandi dan pakai baju tidur serta makan malam. Mami akan berhias semula dan keluar. Walaupun dia balik lewat malam dia tetap memastikan keretanya berbasuh sebelum masuk ke rumah. Saya rasa penatnya kehidupan mami. Rumah pun dia pastikan sentiasa bersih, kemas dan berhias. Arwah chek dan orang gaji sekdar menyapu dan menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Sebelum bertolak ke pejabat esoknya, mami bangun pagi, bersihkan diri, masak sarapan, dan sebelum keluar, dia akan siram pokok bunga. Jika tak sempat barulah arwah chek dan orang gaji yang akan buat. Mami buat kerja laju dan pantas. Mami juga seorang yang tegas dan berpendirian. Pada mata saya, mami seorang yang cantik. Saya nak jadi macam mami bila besar nanti. Saya selalu berangan jadi cantik macam mami. Sayapun nak pandai masak macam mami. Dan nak layan suami dengan baik macam mami. Mami layan atuk macam raja. Mesra dan manja. Sampai ke saat ini, mami masih menjaga kerapian rumahnya serta kebersihan walaupun mami sudah tua dan tinggal sorang. Meskipun mami kini tidak lagi boleh berjalan seperti dulu. Kata mami, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Alasan sibuk dan uruskan suami serta anak menghalang perempuan berhias dan berpenampilan menarik sekadar alasan. Bukan benar. Sebab tak nak buat, so adalah alasannya. Jadi di sini, saya sangat tak setuju bila ada anak para isteri kurang berhias atau tidak mengambil berat soal penjagaan diri. Jangan cakap, "isteri tu jadi macam tu sebab jaga anak kaulah. Kau dah bagi anak, lepas tu kau aspek isteri kau nak cantik macam dulu sedangkan dia uruskan kau, uruskan anak," Itu semua cakap-cakap ego seorang perempuan. Ya, suami pun salah sekiranya tidak membantu. Tapi kalau korang sayangkan suami, kena tambat hati dia. Kat luar sana, ramai perempuan yang cantik dan menarik. Tambahan pula, perempuan lebih ramai dari lelaki. Mereka ada banyak pilihan. Tengok yang di luar cantik menarik yang di rumah masya-Allah. So, korang fikirlah sendiri. Jangan sibuk mengungkit apa yang kita buat. Sebaliknya, berbincanglah dari hati ke hati. Komunikasi yang baik itu amat penting dalam rumahtangga. Itu pun saya lihat sendiri dalam keluarga saya tentang komunikasi ni negatif dan positif. Semua ada. Cuba korang letakkan diri korang di tempat suami. Korang berhias cantik-cantik, tiba-tiba suami korang, serabai dan tak menarik. Kalau tak handsome tu kurniaan Allah. Tapi tak handsome pun akan nampak menarik sekiranya mereka smart dan bergaya. Selera tak korang terhadapnya? Malu tak bila berdampingan dengan dia di khalayak. Jangan cakap tak. Tu semua hipokrit. Jangan kata saya boleh terima dia seadanya. Tu semua di bibir je. Di hati korang takkan? Kita harus jujur dan berterus-terang dengan apa yang kita rasa barulah kita boleh perbaiki mana yang silap dan tambah mana yang kurang. Begitulah jugak para suami. Dia smart dan kemas ke pejabat. Kat pejabat tu ramai yang cantik. Bila balik, isterinya tak boleh lawan yang di pejabat. Macam mana korang nak dia ingat korang selalu? Sang isteri harus tahu macam mana nak buat dia selalu terbayangkan korang, rindukan korang. Rasanya sang isteri lebih mudah menambat hati suami sebab suami sentiasa dengan korang dan korang pun tahu kesukaan dia, kelemahan dia, apa yang dia nak. Betul tak? So, saya doakan para isteri mampu meraih cinta hati sang suami bukan sekadar tubuhnya. Kalau perlu bermanja, bermanjalah. Lelaki ni suka dibelai dan membelai. Suka dimanjakan dan orang bermanja dengannya. Saya harap entri kali ni mampu memberi motivasi kepada para isteri untuk terus menjadi perempuan dambaan suami tidak kira bila dan di mana suami berada. Saya doakan kalian sentiasa bahagia di samping suami dan keluarga tercinta. Amin...

No comments: