SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, February 21, 2018

Kemarahan Yang Melampau

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Mood saya bertukar 360 darjah selepas meeting bersama kontraktor yang buat gentian siar kaki berhampiran office saya ni. Saya tak marah kontraktor tapi saya sangat marah kepada DBKL. Kontraktor di 'consult' DBKL supaya hanya meletakkan warning block sahaja tanpa guiding block setelah siar kaki itu siap. Kalau ada guiding block pun DBKL tak mampu nak jadikan siar kaki tersebut sebagai siar kaki bebas halangan, macam mana kalau tak ada guiding block? DBKL tidak melaksanakan penguatkuasaan yang mantap boleh ke DBKL pastikan yang siar kaki ni selamat? Macam mana dengan tiang monorel, kerangka jejantas, gerbang dan lain-lain halangan? Saya amat kesal kerana DBKL mengarahkan kontraktor mengikut spesifikasi DBKL tanpa menyarankan kontraktor merujuk MS1184. Kalau macam tu, buat apa susah-susah bertahun buat MS1184 tu? Memanglah di Europe tak ada guiding block sebab attitude masyarakat sana berbeza dengan masyarakat kita. Siar kaki pun rendah je tak tinggi. Kalau blind tersasar, jatuh pun tak jatuh, tak sakit pun. Tapi kat sini? Siar kaki lebih dari enam inci. Tiang, kereta merata atas siar kaki. Kalau nak tiru Europe, DBKL perlu didik masyarakat dulu supaya jadi macam masyarakat Europe. Saya bukanlah mengagungkan Europe tapi itu kenyataannya. Konon buat undang-undang setiap pembinaan perlu dapat konsultasi dengan user termasuk disable. Mana sesi perbincangan sebelum siar kaki ni decide untuk diganti? Kawasan blind, mestilah facilities tip top ni tak, lagi nak merosot. Saya hubungi pegawai DBKL yang selalu buat audit akses maklumkan kepadanya. Dia minta saya tulis surat kepada kontraktor dan SK kepada DBKL. Saya akan buat esok. Saya buat complain dalam group komuniti Brickfields yang di dalamnya terdapat rukun tetangga Brickfields, wakil DBKL, polis, Syabas, Bomba dan lain-lain supaya mereka sedar akan permasalahan ini. Yang paling penting wakil DBKL perlu tahu. Dan pengerusi RT Brickfields memaklumkan kepada saya whatsapp complain saya telah di 'forward' kepada Datuk Mahadi DBKL. Alhamdulillah. Bagus. Saya akan susuli dengan surat esok. Hati saya marah, tapi bila saya bercakap dengan kontraktor dan DBKL, tulis whatsapp, saya perlu bercakap penuh diplomasi supaya perbincangan dapat berlangsung dengan baik. So saya terpaksa lepaskan marah saya kat sini. Saya memang bengang dan rasa marah sangat. Boleh tak korang bayangkan perasaan saya? DBKL bukan main lagi bercakap pasal audit akses dan persekitaran bebas halangan. Siap bagi kursus kat kontraktor tapi dia sendiri yang tak ikut. Banyak kali sesi berlangsung. Last sekali jadi apa? Kalau korang jadi saya, boleh ke korang diam dan gembira atas semua ni? Bila saya marah, orang kata saya sombong, berlagak, ego. Sebab tu Allah tu letak saya kerja bahagian ni supaya boleh perjuangkan hak korang. Tapi korang lebih suka mengutuk dan mengeji. Mengumpat pulak tu. Mengata yang bukan-bukan. Cubalah korang try duduk kat tempat saya. Baru korang tahu bagaimana kecintaan saya pada hak komuniti saya dan baru korang tahu bagaimana kecewanya bila apa yang kita perjuangkan sekian lama tidak diberi perhatian? Korang faham tak perasaan saya? Korang tak apalah, tak payah susah-susah cari ruang untuk berjuang, tak payah berhadapan dengan mereka, tak payah penat bercakap benda yang sama berulang kali. So, korang tak faham kenapa saya marah dan garang. Saya buat semua ni untuk lindungi hak kita. Tapi korang rasa saya jahat, buruk. Tapi tak apalah. suka hatilah nak cakap apa. Saya nak luahkan perasaan saya kat sini. Even kalau kena bergaduh dengan DBKL dan pihak manapun saya buat. Saya akan gaduh kalau mereka melampau. Sekarang ni, saya masih di tahap bertenang. Kita buat cara lembut dulu. Dahlah, nak balik.

Sunday, February 18, 2018

Perempuan Yang Pelik

Masih nak menulis. Harapnya kejap lagi saya boleh tidur kejap dan bangun Solat Subuh. Baru-baru ni saya ada baca status kawan di Facebook berkenaan suami complain isterinya gemuk dan penampilan kurang menarik sejak mempunyai anak. Dari tulisannya saya tahu dia tidak setuju dengan ketidakpuasan hati lelaki tersebut terhadap isterinya. Saya ada tinggalkan komen di situ. Tapi tiada respon, mungkin dia tak setuju dengan apa yang saya cakap. Saya tahu, mungkin dia tak sukakan lelaki yang complain macam-macam tentang perempuan lebih-lebih lagi mungkin dia pernah ada sejarah lukanya sendiri. Saya jugak mempunyai sejarah silam yang pahit dengan lelaki. Tapi bagi saya, kita harus melihat sesuatu dengan fikiran yang waras. Jangan kita menegakkan benang yang basah. Dalam isu ini, saya meletakkan kesilapan itu kepada sang isteri lebih daripada sang suami. Bukan bermakna saya tidak menyokong kaum sejenis tapi, kita harus rasional dalam isu ini jika kita mahukan rumahtangga yang dibina berkekalan. Ianya suatu usaha ke arah itu. Insya-Allah. Cewah, macam saya dah kahwin pulak. Tak. Saya memerhati sekeliling dan berfikir di samping mendengar ceramah dan membaca. Kesilapan yang lazim dilakukan perempuan terutamanya perempuan Melayu adalah tidak menitikberatkan elemen kecantikan diri. Bersolek ketika nak keluar je. Pakai baju cantik ketika ke pejabat dan menghadiri majlis. Lebih menyedihkan, pakai baju pun tak bergosok waima ke pejabat. Itu yang selalu perempuan buat. Masa anak dara, wah cantik macam peragawati. Tapi bila dah kahwin, kurang sikit. Mungkin dia berhias untuk mendapat suami je kot. Bila dah ada suami so, berhias pun kurang. Bila ada anak, lagilah teruk. Alasan, tak sempat nak berhias sebab nak uruskan suami lagi, anak lagi. Saya tak percaya semua ni. Sebab, saya tengok contoh terdekat dalam keluarga saya iaitu mami saya aka nenek saya. Dia seorang wanita yang berkerjaya, berpenampilan menarik, bergaya dan sentiasa berhias, menceburi politik. Siang bekerja, malam politik. Mungkin saya telah ketiadaan datuk, maka ianya lebih mudah mami membahagikan masanya antara kerjaya dan politik. Tapi mami tak pernah keluar rumah tanpa berhias meskipun telah mempunyai cucu. Mami saya kahwin awal so zaman kanak-kanak saya, mami masih bekerja dan aktif politik. Walaupun tinggal bersama arwah chek dan orang gaji, mami tetap menyediakan sarapan dan makan malam untuk seisi rumah. Arwah chek hanya memasak untuk makan tengahari dan sesekali makan malam jika mami mempunyai urusan yang tidak dapat dia plang ke rumah selepas waktu kerjanya. Walaupun mami akan keluar berpolitik waktu malam, sebelum keluar dia pasti memasak makan malam, memastikan kami mandi dan pakai baju tidur serta makan malam. Mami akan berhias semula dan keluar. Walaupun dia balik lewat malam dia tetap memastikan keretanya berbasuh sebelum masuk ke rumah. Saya rasa penatnya kehidupan mami. Rumah pun dia pastikan sentiasa bersih, kemas dan berhias. Arwah chek dan orang gaji sekdar menyapu dan menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Sebelum bertolak ke pejabat esoknya, mami bangun pagi, bersihkan diri, masak sarapan, dan sebelum keluar, dia akan siram pokok bunga. Jika tak sempat barulah arwah chek dan orang gaji yang akan buat. Mami buat kerja laju dan pantas. Mami juga seorang yang tegas dan berpendirian. Pada mata saya, mami seorang yang cantik. Saya nak jadi macam mami bila besar nanti. Saya selalu berangan jadi cantik macam mami. Sayapun nak pandai masak macam mami. Dan nak layan suami dengan baik macam mami. Mami layan atuk macam raja. Mesra dan manja. Sampai ke saat ini, mami masih menjaga kerapian rumahnya serta kebersihan walaupun mami sudah tua dan tinggal sorang. Meskipun mami kini tidak lagi boleh berjalan seperti dulu. Kata mami, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Alasan sibuk dan uruskan suami serta anak menghalang perempuan berhias dan berpenampilan menarik sekadar alasan. Bukan benar. Sebab tak nak buat, so adalah alasannya. Jadi di sini, saya sangat tak setuju bila ada anak para isteri kurang berhias atau tidak mengambil berat soal penjagaan diri. Jangan cakap, "isteri tu jadi macam tu sebab jaga anak kaulah. Kau dah bagi anak, lepas tu kau aspek isteri kau nak cantik macam dulu sedangkan dia uruskan kau, uruskan anak," Itu semua cakap-cakap ego seorang perempuan. Ya, suami pun salah sekiranya tidak membantu. Tapi kalau korang sayangkan suami, kena tambat hati dia. Kat luar sana, ramai perempuan yang cantik dan menarik. Tambahan pula, perempuan lebih ramai dari lelaki. Mereka ada banyak pilihan. Tengok yang di luar cantik menarik yang di rumah masya-Allah. So, korang fikirlah sendiri. Jangan sibuk mengungkit apa yang kita buat. Sebaliknya, berbincanglah dari hati ke hati. Komunikasi yang baik itu amat penting dalam rumahtangga. Itu pun saya lihat sendiri dalam keluarga saya tentang komunikasi ni negatif dan positif. Semua ada. Cuba korang letakkan diri korang di tempat suami. Korang berhias cantik-cantik, tiba-tiba suami korang, serabai dan tak menarik. Kalau tak handsome tu kurniaan Allah. Tapi tak handsome pun akan nampak menarik sekiranya mereka smart dan bergaya. Selera tak korang terhadapnya? Malu tak bila berdampingan dengan dia di khalayak. Jangan cakap tak. Tu semua hipokrit. Jangan kata saya boleh terima dia seadanya. Tu semua di bibir je. Di hati korang takkan? Kita harus jujur dan berterus-terang dengan apa yang kita rasa barulah kita boleh perbaiki mana yang silap dan tambah mana yang kurang. Begitulah jugak para suami. Dia smart dan kemas ke pejabat. Kat pejabat tu ramai yang cantik. Bila balik, isterinya tak boleh lawan yang di pejabat. Macam mana korang nak dia ingat korang selalu? Sang isteri harus tahu macam mana nak buat dia selalu terbayangkan korang, rindukan korang. Rasanya sang isteri lebih mudah menambat hati suami sebab suami sentiasa dengan korang dan korang pun tahu kesukaan dia, kelemahan dia, apa yang dia nak. Betul tak? So, saya doakan para isteri mampu meraih cinta hati sang suami bukan sekadar tubuhnya. Kalau perlu bermanja, bermanjalah. Lelaki ni suka dibelai dan membelai. Suka dimanjakan dan orang bermanja dengannya. Saya harap entri kali ni mampu memberi motivasi kepada para isteri untuk terus menjadi perempuan dambaan suami tidak kira bila dan di mana suami berada. Saya doakan kalian sentiasa bahagia di samping suami dan keluarga tercinta. Amin...

Lelaki Makhluk Aneh

Assalammualaikum semua... Awal kan Cik Tinta menulis hari ni? Bukan apa, tidur terlalu awal. 11 lebih baru bangun Solat Isyak then tak boleh tidur sampai sekarang. Kenapa saya kata lelaki makhluk aneh? Sebab dia orang ni macam-macam. Saya selalu diberi komen, kau ni mungkin tak ada orang nak sebab kau tegas. Orang pun takut dengan kau. Takut silakan jauh. Jangan dekat. Orang yang tak betul-betul kenal saya je cakap macam tu. Hanya orang yang kenal saya je tahu hati tisu saya dan manjanya saya. Takkan saya nak manja sebarang-sebarang kot dengan semua orang? Tak kuasa kita. Manja saya eksklusif. Bukan untuk semua. So, sejak dari dulu saya set dalam minda saya yang lelaki suka perempuan lemah-lembut, ayu, perempuan melayu terakhir la pendek kata. Dalam hati saya, belum tentu yang perempuan melayu terakhir tu baik dan bagus. Tapi tak apalah. Lantak dia la. Dan gambaran saya, perempuan Melayu terakhir tu, cakapnya perlahan, malu-malu. Tapi fikiran saya mula berubah apabila saya mengenali seseorang yang bernama En. Mahathir. Fikiran saya yang lelaki suka perempuan yang lembut pun mula berubah. So, lelaki ni sebenarnya ada macam-macam. Tak semua suka perempuan lemah-lembut. Suatu hari, En. Mahathir cakap kat saya: En. Mahathir: Saya suka Tinta sebab Tinta perempuan tegas dan ada pendirian. Saya terdiam. Biar betul dia ni. Ramai orang tak suka saya sebab saya tegas. En. Mahathir yang seperti abang saya tu memang jujur dalam setiap komennya. Kami juga sering bertukar-tukar pendapat dan fikiran. Saya: Setahu Tinta, lelaki suka perempuan yang lemah-lembut. En. Mahathir: Tak. Saya tak suka perempuan yang lemah-lembut. Slow. Saya tak suka orang yang lambat. Saya suka perempuan yang cerdik, ada personaliti dan leadership. Selalunya, perempuan yang bijak ni perempuan yang tegas, cepat dan cekap. Saya tak suka perempuan yang mengikut je. Ikut telunjuk. Senang diperkotak-katik. Saya suka perempuan yang macam Tinta, yang boleh bagi idea, yang kalau dia kata tak, maknanya tak. Dan dia ada reason kenapa dia kata tidak. Dia teguh dengan pendirian dia. Walaupun dalam hal yang kecil. Saya: Tapi ramai lelaki takut dengan perempuan macam saya. Dia orang kata, nanti saya melawan. En. Mahathir: Taklah. Selalunya, perempuan yang baik, dia tahu kedudukan dia dalam keluarga dan rumahtangga walaupun dia seorang yang tegas. Yang melawan tu bukan tegas, degil. Sebab tu saya suka kat wife saya. Tinta macam wife saya. Dia seorang yang tegas. Tak ada lembik-lembik. Oooo... So tak semua lelaki tu nak perempuan lembut je ya? So, tak adalah saya ni bukan pilihan lelaki. Maknanya, masih ada harapan hahahahaha... Cuma, saya perlu tunggu lelaki yang benar-benar faham saya dan sesuai dengan sikap saya yang tegas. Ya, sayapun suka lelaki yang tegas dan ada pendirian. Kalau nak makan kat mana pun susah nak buat keputusan macam mana? Kalau nak bergerak pun susah. Semua sambil lewa je? Oh my god! Ya Allah, jauhkanlah.

Friday, February 16, 2018

Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk

Bosan-bosan, saya buka folder lagu-lagu saya semasa saya bekerja di production house, Makmu Megah dulu. Beratus lagunya. Ada yang memang dah ada dalam computer saya kat sana dan ada yang saya download untuk program TV. So, salah satu lagu kegemaran saya ialah lagu dari Flava, Kenapa Singgah Tapi Tak Masuk. Melodinya relax dan bersahaja. Bisa memberikan mood positif tatkala mendengarnya. Jom kita layan liriknya. Jarang sekali terdengar bunyi Ketukan di pintu hatiku ini Kalau adapun bila ku buka Tiada siapa yang berada di luar. Tapi sejak dua menjak kini Ku merasakan bagai ada tetamu Tanpa dijemput sudi menjenguk Pada waktu sepi menemaniku. Chorus: Tidak mungkin tiada di sini Kerna tiada siapa pernah kisah Akan aku tertanyaku siapa kamu Kenapa singgah kalau tak masuk Ke dalam hatiku. Jarang sekali ku rasa rindu Menantikan waktu untuk bertemu Bisakah bersua walau seminit Agar lahir peluang berterima kasih. Chorus: Jarang sekali ku sebegini Mengharapkan hati untuk diselami Jangan biar fikiran ku buntu Memikirkan mimpi dalam jagaku.

Volunteer Lari Konsep

Assalammualaikum semua, Salam sejahtera. Dalam menanti kawan yang belum sampai, kita updatelah dulu. Call seseorang tu, tapi sibuk on call dari jam 10.00 tadi. So, kita bersembang dengan blog je la. Apa yang korang fikir bila sebut volunteer atau sukarelawan? Fikiran saya, bertugas dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Even kalau organizer tak bagi makan pun saya boleh faham. Mestilah organizer tu tak cukup budget dan dahulukan pesertanya atau tetamunya. Tapi di Malaysia, konsep sukarelawan ni jauh lari dari konsep. Saya tak kata orang luar. komuniti saya sendiripun kalau dijemput jadi volunteer, sesetengah tu ada yang Tanya, "berapa bayaran dia bagi ya?" So, korang ni nak jadi volunteer atau kerja part time? Siap boleh Tanya berapa penganjur bagi? Bagi saya itu tidak sepatutnya berlaku. Volunteer tu kan maksudnya sukarela. So bila sukarela, terserahlah kepada penganjur nak bagi ke tak bagi. Kalau penganjur tak ada budget untuk volunteer, alamatnya, payahlah penganjur nak dapat volunteer. Dahlah penganjur tu keluar duit banyak nak biaya kos yang wajib bayar tambah pulak dengan bayaran volunteer. Kesian. Tapi, tak salah kalau seseorang volunteer tu ambil sekiranya diberi. Saya percaya, mana-mana penganjurpun ada budi bicara mereka. Takkanlah mereka nak menganiaya volunteer mereka. Kalau tak mampu bagi bayaranpun, at least, dia akan bagi makan, minum, penginapan dan kadang-kadang pengangkutan. Tak tahulah bila mentality orang kita ni nak berubah. Buat kerja walaupun volunteer nak duit. Cakaplah saya tak buat volunteer tapi saya buat part time. Kan senang. Orang faham. Bila penganjur tak bagi elaun karang, mengata kat belakang, "aku buat volunteer dengan ... tak dapat bayaran pun," Sebab tu bila saya menjawat jawatan dalam sebuah NGO secara volunteer, saya kurang senang bila orang kata, "Berapa dapat bila pergi meeting?" "Adalah sikit pendapatan untuk awak,". Bagi saya, memegang jawatan secara sukarela di mana-mana NGO saya tak fikir ianya sebagai pendapatan tambahan. Ya, dia orang memang ada garis panduan untuk claim tapi pada saya, ia bukan sesuatu yang mustahak. Dan setakat ni, dua penggal saya di NGO tersebut, belum pernah saya claim bila saya ke pejabat mereka untuk urusan saya kecuali urusan mesyuarat itu pun saya diberi claim tersebut. Pernah saya bertugas untuk NGO itu dan keluar kawasan saya hanya berikan tiket perjalanan saya kepada staff sebab saya tahu ada peruntukan. Itu pun kalau orang tak bayar saya, saya tak ada nak buat follow up. Sebab saya rasa malu, kata volunteer, tapi sibuk Tanya pasal bayaran. Staff pernah Tanya saya, "Akak, selain dari tiket ni akak nak claim apa lagi?" Hah? Ada claim lain ke? Kalau penginapan saya tahu mereka akan bayarkan. Rupa-rupanya ada claim makan. Dah berapa kali saya ke luar kawasan tapi saya tak tahu pun ada claim untuk makan. So saya cakap dengan staff, "Akak tak tahu. Uruskanlah apa yang patut," So, kalau staff tak uruskan apa yang sepatutnya pun saya tak tahu. Dan saya tak nak ambil tahu sebab saya bukan bekerja dengan NGO berkenaan. Kalau kat office, ya saya ambil tahu. Tu pun bukan simply saya buat claim. Office ni lagi cerewet prosedur dia. XOXOXOXOXO

Wednesday, February 14, 2018

RM880.00 Tunai

Assalammualaikum... Hai readers, Saya rasa penat dan mengantuk. Tambah makan Nasi Ayam Penyet lunch tadi, lagi mengantuk. Semalam lepas kerja, saya bergegas ke Klinik Pergigian Zalinda, memenuhi temujanji bersama Doktor Azizah. Pada mulanya, Doktor kata hari ni just nak ukur akar. Treatment sekali lagi masuk dan kembangkan akar. Prosedurnya lebih kurang 1 jam jugak. Saya masih jugak dipakaikan rubber gum sebab doctor takut saya tertutup mulut dan peralatan yang digunakan akan melukakan bahagian mulut lain seperti gusi dan lidah. Nama je rubber gum, tapi dia menutup hamper keseluruhan mulut saya bahagian dalam. So rasa sangat tak selesa. Ada ubat yang digunakan bau macam Clorox pun ada. Tahankan jelah. Mula-mula, doctor suntik saya dengan ubat bius. Kejap je saya rasa kebas. Saya Tanya doctor, "Besar tak muka saya doctor?" Doktor ketawa dan jawab, "Taklah. Awak memang rasa bengkak sebab dia kebas. Tapi tak bengkakpun," Prosedur bermula dengan doctor mengambil imej X-ray gigi yang menjalani Rawatan Akar. Kemudian tampalan gigi tersebut dibuka. Lama jugak prosesnya. Setelah tampalan dibuka, doctor mula mengukur kedalaman lubang bekas akar gigi saya yang telah dibuang. Ukuran saiz akar juga diambil. Sekali lagi doctor melakukan X-ray ke atas gigi saya bagi melihat sejauh mana akar boleh dimasukkan ke dalam. Oleh kerana saya memakai rubber gum, X-ray kali kedua tidak menampakkan bahagian tersebut hingga ke hujung. X-ray kali ketiga terpaksa dilakukan bagi memastikan prosedur seterusnya Berjaya. Oleh kerana saya tidak mampu nganga seluas-luasnya selama prosedur dijalankan, doctor meletakkan sejenis alat untuk saya gigit bagi memastikan saya tidak menutup mulut dan mulut sentiasa terbuka. Setelah mendapat kepastian daripada hasil X-ray, doctor mula membuat akar gigi dengan campuran bahan yang terlalu asing di pendengaran saya. Doktor beritahu saya, hasil X-ray menunjukkan gigi dan kesan akar yang telah dicabut berada pada tahap yang baik. Kata doctor, memandangkan pesakit yang membuat temujanji selepas saya membatalkan temujanjinya, doctor akan terus menjalankan treatment seterusnya terhadap saya. Setelah segalanya siap sedia, doctor menjalankan prosedur seterusnya dengan menempatkan akar gigi buatan ke dalam lubang akar yang telah tiada. Doktor memasukkan akar gigi dengan berhati-hati supaya ianya tidak menimbulkan sebarang masalah. Setelah akar tersebut ditempatkan pada tempat yang betul, doktor menekan akar tersebut dengan kuat hingga ke dasar gusi. Saya tak rasa sakitpun. Mungkin kerana ubat bius masih giat menjalankan tugasnya. Setelah itu, doctor mula menampal kembali gigi tersebut. Dah siap tampal, tinggi pulak. So, doctor membaiki ketinggian tampalan sehingga saya merasa selesa. Setelah tampalan siap dibaiki, doctor menggosok permukaan gigi tersebut untuk meratakan tampalan. Akhir sekali, doctor polish gigi berkenaan agar permukaannya licin. Prosedur ini berlangsung selama dua jam lebih. Bayangkan saya terpaksa membuka mulut seluas-luasnya selama itu. Mujur saya tak ada sakit krem mulut tu. Kalau tak, satu hal pulak doctor kena tolong saya tutup mulut balik. So hari tu dah bayar RM300.00, memandangkan treatment saya complete malam tadi, saya perlu bayar kesemua baki kos rawatan iaitu sebanyak RM880.00 tunai. Hahahaha... Macam mas kahwin kan? Tak cukup cash, RM100 daripadanya saya bayar menggunakan kad debit. Saya keluar bilik doktor, klinik dah sunyi. Almaklumlah dari jam 6.30 lebih kot saya masuk. Doktor kata, jangan risau, doctor yang akan hantar saya pergi LRT. Suami Doktor Azizah telah siap menanti di dalam kereta. Apabila doctor mengetahui saya mahu ke pejabat terlebih dahulu, doctor dan suami mahu menghantar saya ke pejabat. Berkali-kali saya meyakinkan doctor yang saya OK je kalau naik LRT. Tapi doctor tetap berkeras mahu menghantar saya ke pejabat. Saya kesiankan doctor sebenarnya, dari Sri Rampai hantar saya ke Brickfields sedangkan rumah doctor di Taman Melawati. Suami doctor iaitu En. Azam terus memecut keretanya menghala ke Brickfields. Kami berbual-bual sepanjang jalan. Banyak jugak info tentang gigi yang saya peroleh dari Doktor Azizah. Terima kasih, doctor Azizah dan En. Azam. Setakat ni, khidmat Doktor Azizah sangat memuaskan. So saya sangat rekmenkan pembaca untuk mengunjungi Klinik Zalinda dan mendapatkan khidmat pergigian daripada Doktor Azizah yang merupakan doctor sepenuh masa di klinik tersebut.

Tuesday, February 13, 2018

Saya Ada Di Depan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Hari ni saya agak sibuk. Otak saya berselirat. Kejap fikir sana, kejap fikir sini. Kejap tengok dokumen tu, kejap tengok dokumen ni. Semuanya harus difikir dengan laju dan dibuat dengan pantas. Sedang saya sibuk menaip di computer, saya terima Whatsapp dari seseorang. Mujurlah notification ni naik. Tak perlu membuka whatsapp tersebut, saya dapat membacanya. So, orang tak tahu yang sebenarnya saya dah baca whatsapp dia. 'Assalammualaikum.' 'Hai Tinta' 'Awak kerja tak hari ni?' 'Saya ada kat HQ depan ni' Subhanallah. Saya tak tahulah apa perasaan saya tatkala membaca pesanan tersebut. Sedih, marah, nak nangis, geram. Semuanya bercampur menjadi satu. Nak jumpa saya? Jangan menaruh harapan untuk saya keluar. Apa lagi yang dia nak? Saya dah berterus-terang segalanya. Saya dan dia tak mungkin bersatu kecuali dengan kehendak Allah. Jagalah anak isteri dengan baik. Tak payahlah kejar saya lagi. Kalau saya ada perasaan kat seseorang pastinya hati saya berbunga riang andainya mengetahui orang itu datang ke pejabat saya sebagai surprise. Pasti senyuman ini menguntum tiada henti dan bergegas keluar menemuinya. Sejenak, operator menghubungi saya. Katanya, dia rasa macam Si Fulan sedang duduk di sofa libi pejabat ni. Belum habis dia bercerita, saya mengesahkan kehadiran orang itu. Operator terperanjat, dari mana saya tahu. Operator memberitahu saya, isteri dan anaknyapun ada bersama. Saya semakin pening. Gila ke apa lelaki tu? Ada anak dan isteri bersama pun nak jumpa saya? Untuk apa? Anggap saya kawan? Saya tak mahu salah langkah lagi. Silap layan meroyan lagi dia. Takut saya nak melayannya. Nanti kalau berlaku apa-apa pada rumahtangganya, siapa salah? Orang akan kata saya yang salah. Orang lelaki ni, cakap je ni pertemuan kali terakhir lepas tu tak kacau lagi. Kalau kita pergi jumpa, pasti ada ajakan seterusnya selepas tu. Tolonglah. Saya penat dengan semua ni. Saya bukan pelabuhan tempat kapal berlabuh tatkala dibelenggu masalah. Saya ada nilai, ada harga diri. Tatkala ini, saya tidak dapat menahan tangis saya. Mengenangkan diri yang sering dihadapkan dengan masalah seumpama ini. Bersyukurlah korang sebab saya tidak diilhamkan merosakkan rumahtangga orang setakat ni.

Tuesday, February 6, 2018

Kali Kedua

Malam ni, sejarah 2016 berulang lagi. Seseorang telah memanjangkan voice Whatsapp perbualan tentang saya dalam satu group. Subhanallah, kenapa sikap mereka begini? Kalau ada yang saya buat tak betul, tegurlah saya berdepan. Tak perlu mengata saya. Apa yang mereka kata langsung tak ada kena-mengena dengan hidup mereka. Mereka mengata saya, kehidupan saya dan hak saya. Sedih? Ya, memang saya sedih. Sebab saya tak pernah pun kacau hidup orang tapi orang suka mengambil tahu hal saya dan mengata di belakang. Cuma bezanya, kali ni saya dikutuk oleh orang yang tidak benar-benar mengenali saya. So, sedih saya tidaklah sesedih saat menerima kiriman whatsapp 2016 dulu. Saya sangat pelik, kenapa orang yang tak kenal kita mengata kita? Sedangkan mereka tak tahu siapa kita. Baiklah, biar saya jelaskan di sini tentang apa yang mereka kata saya. Mereka telah memusing jalan cerita 360 darjah. Lain saya cakap, lain yang mereka kata. Kalau ada rancangan NTV 7 yang memaparkan kisah saya tu, nescaya saya akan hantar rancangan tu kat mereka. Pertama, berkaitan dengan saya memilih jodoh. Ya Allah, saya tak pernah memilih jodoh saya nak yang hebat-hebat. Tapi sebagai manusia, saya berhak untuk pilih dan tentukan pasangan hidup saya. Semestinya saya ada perkara tertentu yang saya ambil kira untuk menjadikan seseorang sebagai teman hidup saya. Takkan saya nak sapu je semua yang datang. Kalau yang datang tu tak-tak? Yang dari awal dah nampak akan menyiksa saya, takkan saya nak ambil je? Mereka pun pasti memilih untuk pasangan hidup mereka kan? Mesti nak orang yang sesuai dengan mereka. Jadi salahkah saya memilih seseorang yang saya rasa bahagia dan tenang bila berada di sampingnya? Saya tak pernah meletakkan yang normal itu sebagai syarat untuk menjadi pasangan hidup saya. Janji dia mampu buat saya jatuh cinta padanya, bahagiakan saya, gembirakan saya serta tenangkan hati saya, ianya memadai untuk memiliki cinta hati saya. Dalam rancangan tu, saya tak pernah kata yang saya nak orang nampak sebagai pendamping hidup. Cuma saya ditanya, kalau saya ditakdirkan dilamar oleh orang nampak apa pendapat saya? Saya jawab, jodoh tu rahsia Allah, kalau itu takdir saya, maka saya terima seadanya. Rancangan tersebut turut membicarakan tentang diskriminasi dan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap golongan seperti saya. Temubual berkenaan berlarutan dan menyentuh soal rumahtangga. Wartawan bertanyakan kepada saya soal masalah dalam hubungan. So saya jawab, sebenarnya, isu tidak boleh terima pasangan hidup atau menantu golongan seperti ini bukanlah hanya di kalangan orang nampak tetapi keluarga mereka dari golongan minoriti ini juga belum tentu dapat menerima apabila mengetahui bahawa pilihan mereka adalah dari golongan sama. Wartawan menyoal lagi, pernahkah saya berdepan masalah serupa? Jawapan saya, ya. Dan mereka yang menolak saya iaitu ibu si dia walaupun anaknya yang juga golongan seperti saya mahu bersama saya dengan alasan, saya tidak mampu menjaga anaknya kelak selepas perkahwinan. Mereka mengata saya bahawa cerita tersebut berlaku antara saya dengan pasangan normal saya. Sedangkan orang yang saya maksudkan dari kalangan saya sendiri. Kedua, mereka mengata saya yang ada seseorang suka memberi buah tangan kepada saya dan akhirnya saya shok sendiri. Ya Allah, takkanlah semua cerita percintaan saya, saya mahu khabarkan di media sosial. Cerita semua apa yang berlaku dan apa yang pernah kami bualkan? Kalau tak tahu apa yang terjadi, janganlah suka membuat andaian seterusnya memfitnah saya. Ketiga, dalam rancangan di NTV 7 tu jugak, saya ada menceritakan, sekiranya saya tidak pasti akan padanan baju yang mahu saya kenakan, saya akan ambil gambar baju dan tudung yang mahu saya gunakan, dan whatsapp kepada kawan saya untuk minta pendapat mereka sama ada baju berkenaan sesuai atau tidak dipadankan bersama. Mereka pula mengatakan, saya beli baju lepas tu, whatsapp kat kawan tanya cantik ke tidak. Kata mereka, tak kuasa mereka buat perkara bodoh macam saya tu. Fikirlah logik. Kalau saya nak tahu baju tu cantik ke tak, mestilah saya tanya sebelum beli. Buat apa dah beli baru nak tanya. Dalam rancangan tu, siap tunjuk bagaimana saya membeli pakaian, bagaimana saya memilih yang sesuai dengan saya. Tak adapun saya ambil gambar dalam kedai tu dan hantar kat kawan tanya cantik atau tidak. Sebab, setiap kali saya membeli-belah pastinya saya akan bersama kawan yang saya percaya mampu memberi pandangan dan kritikan membina untuk penampilan saya. Lainkan cerita tu. Padahal mereka tonton rancangan tu. Tapi kenapa mereka salah faham? Sengaja mahu memburukkan saya atau sememangnya mereka tak faham rancangan tersebut? Jangan suka mengata orang. Sayapun sebenarnya tahu akan cerita yang dibawa orang tentang mereka tapi saya tak tahu kebenarannya. Kalau berdasarkan cerita yang saya dengar, kehidupan mereka lebih teruk dari kehidupan saya. So, kalau saya nak kata, menghina dan memburukkan orang, lebih dari mereka buat saya, saya boleh buat. Tapi saya tak nak. Hari ni kita mengata orang. Esok, apa pulak yang berlaku pada kita? Pasti ada kifarahnya. Kita takkan terlepas. Tapi saya tahu, dalam orang mengata saya, ada yang melarang mereka berbuat demikian. Ada jugak yang membuat andaian yang berita tersebut akan sampai kepada saya. Memang betul, beritanya cepat je sampai. Terima kasih kepada penyampai cerita. Sekurang-kurangnya, saya tahu siapa lawan dan siapa kawan, siapa musuh dan siapa sahabat. Siap kata saya celaka lagi. Hari ni korang celakakan saya. Berjaga-jagalah, sebab kecelakaan tu tak pernah mengenal siapa dan Allah itu Maha Tahu dan Maha Adil.

Gurauan Yang Memerahkan Muka

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman, Terima kasih kerana masih sudi membaca catatan Cik Tinta yang tak seberapanya ni. Hari ni mood nak balik lambat tu tiba. Tak tahulah kenapa. Kerja dah siap, so kita sembang-sembang kejap sebelum Cik Tinta balik. Tinta, tulis tu hati-hati, jangan salah. Buat malu je hahahaha... Kepada yang bagi komen dan betulkan ejaan Cik Tinta tu terima kasih ya sebab korang sangat peka kepada tulisan Cik Tinta. Tak sangka akan dapat perhatian sebegitu hahahahaha... Nampaknya, Cik Tinta bukan saja perlu berhati-hati dalam menulis status di Facebook, tapi juga perlu berhati-hati dalam menulis entri di sini. Cik Tinta sangat hargai perhatian semua. Dari jauh korang komen itu sangat memberangsangkan dan memberi Cik Tinta inspirasi untuk terus menulis. Kadang-kadang tu Cik Tinta tersalah tekan dan kadang-kadang pembetulan automatic kepada ejaan Cik Tinta. Lepas tulis, malas semak terus post. Tu yang jadi salah tu hahahaha... OK. Cik Tinta nak bercerita pulak. November tahun lepas, Cik Tinta telah menganjurkan satu karnival sukan di mana pesertanya datang dari jauh dan dekat termasuk Sabah dan Sarawak. Dah namanya penganjur, sebelum carnival berlangsung lagi, Cik Tinta dah sering bercakap dengan peserta dan kontinjen bagi memastikan carnival berjalan lancer. Ada yang cakap, tak sabar nak jumpa Cik Tinta. Ada yang tertanya-tanya, Cik Tinta ni yang mana satu? Teringin nak kenal orangnya. Muahahahaha... Cik Tinta ni biasa-biasa je tak perlu excited sangat nak jumpa Cik Tinta. Nanti sekali Cik Tinta marah, korang semua lari. Hahahaha... Ada yang cakap nak belanja Cik Tinta makan sebab susah-susah uruskan kontinjen mereka. Laaa... Cik Tinta kan penganjur, so itu tanggungjawab Cik Tinta la uruskan korang. Tapi selagi Cik Tinta tak setuju nak makan bersama, selagi tu dia ulang cakap dan tak letak telefon. Oleh itu, Cik Tinta pun setujulah. Sebab Cik Tinta memang nak letak telefon cepat, banyak kerja, sibuk. Cik Tinta anggap ianya satu gurauan dan takkan terjadi. Sebaik sahaja Cik Tinta setuju dia cakap, "Saya anggap ini satu janji," Alamak! ah, tak apa. Nanti korang pun sibuk nak kejar masa untuk bertanding. Cik Tinta pun sibuk, lagi sibuk masa tu. Tapi akhirnya janji itu dituntut. So gigihlah Cik Tinta keluar sarapan awal bersamanya di kedai. Terkejar-kejar makan sebab nak bersiap sedia untuk pertandingan yang akan berlangsung hari tu. Masa tu, ada macam-macam ragam. Ada yang kelakar, mendebarkan, sedih, ada jugak yang buat Cik Tinta marah. Hehehe... Pada hari terakhir sewaktu semua kontinjen nak balik ke tempat masing-masing, Cik Tinta pergilah berjumpa dengan kontinjen-kontinjen tu. Nak ucapkan selamat jalan. Almaklumlah, Cik Tinta kan tuan rumah. Akhir sekali, Cik Tinta bertemu dengan Kontinjen Sabah yang sedang berkumpul di dewan besar. Cik Tinta mohon maaf untuk semua kekurangan atau kesilapan sepanjang karnival berlangsung. Ada beberapa orang bertanyakan, "Bila Tinta mahu pindah ke Sabah?" Saya tergamam. Tidak dapat menangkap maksud soalan itu. Akhirnya, Cik Tinta jawab "Buat apa pindah Sabah? Tolong you all anjurkan karnival dua tahun lagi?" Sabah kan diminta jadi penganjur karnival sama untuk 2019. "Laaa... Buat apa jadi penganjur, jadi orang Sabah teruslah," Jawab beberapa orang ahli kontinjen termasuk pengiring mereka. "Macam mana nak pindah Sabah, saya kerja kat KL," Jawab beberapa orang perempuan yang mungkin seusia mama saya atau muda sedikit, "Boleh kami jadikan menantu. Kami ada anak lelaki," Oh my god! Saya tak tahu nak jawab apa. Pipi saya membahang panas dan pastinya kemerahan. Nakal sungguh tetamu saya ni. Ingatkan lelaki muda je nakal. Yang mak-mak pun nakal. Janganlah buat Cik Tinta malu. Cik Tinta ni Nampak je garang, tapi malu bila diusik.

Monday, February 5, 2018

Kau Perasan Tak?

Assalammualaikum readers, Korang buat apa? Saya baru balik dari Sabah semalam. Banyaklah jugak memborong. Nak dihadiahkan kepada rakan-rakan dan staff sebagai buah tangan. Kali ni kita buat kelainan sikit. tiada fridge magnet, tiada key chain untuk diberikan. Sebaliknya, yang perempuan Cik Tinta akan bagi kerongsang mutiara satu set dan yang lelaki kita bagi Amplang. Kenapa? Sebab Cik Tinta suka sangat bila orang bagi something yang Cik Tinta suka pakai seperti kerongsang mutiara ni. Jadi, Cik Tinta nak dia orang pakai dan yang lelaki, makanlah amplang tu. OK la. Kita lupakan pasal kerongsang dan amplang tu. Ada kawan Tanya saya, "Kau perasan tak yang dia tu suka kau?" Amboi, soalan. Tak ada masa lah nak perasan orang suka kat saya. Yang sendiri cakap suka pun buat saya merana ini lagi yang tak cakap. Memang saja tempah luka la tu. Be cool. Suka cakap. Tak suka sudah. Siapa cakap dulu, then Cik Tinta boleh terima proceed la ke langkah seterusnya. Tak ada masa dah nak tunggu orang yang main tarik tali ni. Malas nak perasan-perasan.

Thursday, February 1, 2018

Rambut Jadi Mainan

Bila bercerita fasal rambut, teringat saya zaman kanak-kanak saya. Zaman saya baru-baru menjejakkan kaki di sekolah rendah saya. Of cause la masa tu saya free hair. Kecik lagi kan? Masih pakai gaun kembang dan singkat. Masih pakai skirt pendek. Pergi sekolah pun pakai skirt. Bak kata cikgu saya, zaman saya nampak labu betis. Hahahahaha... Ada sorang kakak ni nama dia Kak Jessica. Dia selalu datang jumpa saya. Kak Jessica suka main rambut saya. Dia suka belai rambut saya. Suatu hari, dia bawa saya ke bilik tiga Rumah Biru untuk perkenalkan saya kepada para pelajar sekolah menengah. Dia asyik cakap dengan kakak-kakak tu suruh tengok dan pegang rambut saya. Masa tu saya hanya diam dan tersenyum lalu membiarkan saja mereka main rambut saya. Ada juga yang suka tengok baju saya. Ada yang suka tanya saya macam-macam. Bila loceng berbunyi menandakan waktu makan pelajar tahap satu, mereka akan menghantar saya ke dewan makan. Ada jugak kakak-kakak yang bosan meminta Kak Jessica membawa saya ke Rumah Biru sebab pelajar baru ditempatkan di Rumah Hijau. Ada di kalangan mereka yang suka sikatkan rambut saya dan mengikat rambut saya. Kadang-kadang mereka buatkan saya tocang. Hati yang rindu pada abah dan keluarga pun terubat.

Rebonding Rambut

Assalammualaikum readers, Dah tidur ke? Semoga dibuai mimpi indah. Alhamdulillah, sakit kesan pembuangan akar gigi semakin sembuh. Hanya tinggal sisanya saja lagi. Saya baru selesai berus gigi untuk tidur. Nikmatnya terasa apabila tiada rasa ngilu dan sakit sewaktu berkumur. Ini bermakna, doktor tidak salah memberi rawatan kepada gigi yang benar-benar sakit. Gigi pun tak salah la maknanya. Kalau tak mesti sakit lagi. Tamat ulasan gigi. Hahaha... Baru-baru ni saya ada program di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Sempat lagi berenang pada petang hari kedua. Habis berenang, saya mandi dan basahkan rambut. Diana yang duduk sebilik dengan saya bertanyakan kepada saya ketika saya sibuk mencuba suiz pada dinding. Diana: Akak, rambut akak ni akak buat rebonding ya? Saya tidak terkejut dengan soalan itu kerana sedari usia remaja, sudah kerap kali saya ditanyakan dengan soalan demikian. Bukan saja orang luar, kawan malah sanak-saudara sendiri pun pernah melontarkan soalan tersebut. Saya: Kenapa? Diana: Rambut akak macam rebonding. Saya: Taklah. Tak pernah. Sayang duit. Bukan murah nak buat tu. At least dua tiga ratus. Baik akak pergi facial, spa. Lagi best. Alhamdulillah. Apa yang saya miliki ni semulajadi yang Allah bagi. Saya hanya perlu jaga sebaiknya. Terima kasih Allah. Masa saya kecil dulu, waktu tu saya sekolah rendah. Umur sembilan tahun kalau tak silap. Saya pernah kerintingkan rambut sebab ikut fesyen la kononnya. Lagipun berkenan dengan rambut kerinting. Biasalah budak-budak, tengok orang rambut kerinting nak jugak. Prosedur buat rambut ni bukannya best. Sakit dan pedih. Sebab saya nak, tahan jugaklah. Lama-kelamaan, rambut kerinting saya tu menjadi panjang dan mengembang. Akhirnya, Kak Timah Yaakob salah seorang dari pengasuh kat sekolah dulu gunting dan cukur rambut saya yang kerinting tersebut. Macam rambut budak lelaki jadinya rambut saya masa tu. Segan nak keluar asrama. Alhamdulillah, rambut saya kembali kepada asal. Dan syukur saya ucapkan kerana rambut saya tidak rosak. Mulai dari saat itu, saya tekad untuk tidak lagi merubah kejadian Allah yang ada pada tubuh badan saya. Bagi saya, apa yang Allah bagi pada saya itu yang terbaik. Malah, ramai orang yang menginginkannya. So, kalau saya ke salon pun, sekadar untuk cuci rambut dan potong rambut. Cuma dalam bab potong ni memang saya suka potong dengan macam-macam gaya mengikut trand. Paling saya suka, potong rambut ala Korea. Adik saya yang susah nak puji orang pun boleh puji saya bila saya potong gaya macam tu.