SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, November 30, 2017

... Kalau Boleh Kami Nak ...

Kak Sha: 23 Cik Tinta ada. Kedengaran assistant saya bercakap di telefon. Kak Sha: Tapi 24 tu Cik Tinta tak ada sebab dia nak fly ke Romania 24 tu. Saya tak tahu pulak flight dia pukul berapa. Puan cakap dengan dia sendirilah. Dia ada tu. Saya sambung kat dia eh? Tak lama kemudian Kak Sha meletakkan gagang telefon. Saya: Siapa tu, Kak Sha? Kak Sha: Orang Kementerian Pengangkutan. Saya: Dia nak apa? Kak Sha: Dia nak invite audit akses kat Langkawi. Saya: Bila? Kak Sha: 23. Saya cakap Tinta nak fly. Kalau boleh dia nak Tinta pergi. Saya suruh dia bincang dengan Tinta. Dia cakap, tak apalah. Biar boss dialah cakap dengan Tinta. Saya: Laaa... Gitu pulak? Dia ingat saya ni besar sangat ke sampai nak cakap dengan saya bagi boss dia cakap? Saya beritahu boss. Boss sarankan supaya saya pergi dan boss suruh saya call MOT balik. Saya call MOT bertanyakan hal berkenaan. Boss MOT: Ya, staff saya yang call tu. Saya baru je bincang dengan dia dan baru je nak call puan. Orang kerajaan biasalah, belum kahwinpun panggil puan kalau perempuan. Boss MOT: Saya difahamkan, puan akan fly pada 24 HB ya? Saya: Ya. Boss MOT: Flight puan pukul berapa? Saya: 8.40 malam. Boss MOT: Kalau boleh, kami nak puan pergi Audit Akses Langkawi ni. Saya: Saya rasa, saya tak boleh. Sebab saya dah nak fly. Boss MOT: Kalau boleh kami nak sangat puan pergi. Fasal nak fly tu tak apa. Kami akan lepaskan puan balik awal. Puan balik dulu. Saya akan minta staff saya uruskan flight puan ke KL awal. Boleh tak macam tu. Saya berfikir sejenak. Cadangan boss MOT ni sama macam cadangan boss saya. Boss saya pun kalau boleh nak saya pergi. Saya: Bolehlah kalau macam tu. Saya memang nak sampai KL awal sebab saya kena check in 5.30 petang. Boss MOT: No problem puan. Kita akan uruskan. Kita perlukan puan untuk audit ni. Makanya itulah first time dalam hidup saya, saya menjejakkan kaki di pulau lagenda tersebut. Apa yang kami audit? ETS, plat form ETS Arau dan Jeti Langkawi. Begitulah serba sedikit tugasan saya. Kadang-kadang saya rasa penat tapi tuntutan tugas perlu dipenuhi.

Manusia Ni Pelik

Assalammualaikum readers, Best kan, esok cuti? Walaupun saya dah tak melepak macam dulu, tapi setiap kali cuti, mesti perasaan happy tu semacam je. Hmmm... Perangai manusia ni pelikkan? Sekarang ni, saya rasa trauma dah nak baik-baik sangat dengan orang. Takut orang tak suka. Kalau takat tak suka tu lumrahlahkan? Tapi saya takut kalau jatuh pada benci. Susahkan? Kadang-kadang manusia ni baik depan belakang tidak. Kadang-kadang manusia ni kawan sendiripun boleh benci dan difitnahnya. So now, I prefer to be alone. Biarlah orang suka ke, tak ke, lantaklah. Yang penting saya tak susahkan orang sangat dah. Sebab, saya selalu sorang. Dalam kita menyepi dan buat hal kitapun, orang tak suka jugak. Pelikkan? Ada orang cakap, saya ni tak bercampur dengan orang. Yang best tu, kawan saya jawab, "Baguslah. Tak banyak dosa," Tak fahamlah dengan manusia ni. Bila kita buat hal sendiripun, dia orang masih nak mengata. Takkan bila saya berkawan dengan sesiapa saya nak canang serata alam saya ada kawan? Habis tu, nak suruh saya bercampur dengan dia? Kalau dah asyik mengata saya kat belakang, perlu lagi ke saya bercampur dengan dia? Saya tak suka orang berpura-pura ni. Macamlah saya tak tahu korang suka mengata saya. Macamlah saya tak tahu korang anggap saya bukan-bukan. So bila kita tahu macam tu, ingat kita nak ke lagi berkawan dengan orang macam tu? Setakat mengata sikit-sikit tu, fahamlah nak luah perasaan. Maklumlah kitakan manusia. Ada jelah yang tak kenanya. Sedangkan lidah lagi tergigit. Ni kalau mengata lepas tu menimbulkan rasa kebencian kat saya, buat apa saya nak bercampur dengan orang macam tu? Kalau korang, korang nak ke kawan dengan orang yang mengata korang? Baik depan belakang mengata, buat apa?

Tuesday, November 28, 2017

Bukan Saya Tak Hargai

Korang pernah tak diminati oleh suami orang? Saya selalu tertanya-tanya, adakah saya ni taste suami orang? Beberapa bulan lalu, saya ada organize sebuah pertandingan. So, adalah sorang mamat ni, dia dapat nombor telefon saya masa tu. Suatu hari, dia whatsapp saya. Pada mulanya saya layanlah. Ingatkan sekadar bertanya khabar dan nak jadi kawan. Lama-kelamaan, makin menjadilah pulak whatsapp dia ni. Hari-hari. Dan call makin kerap. Mula-mula bolehlah sekadar sembang. Tapi kalau kerap, saya pun mula rasa tak sedap hati. As I told, saya ni memang suka berterus-terang. Saya Tanya dia kenapa dia macam ni? Seperti yang saya jangka, dia sukakan saya. Gila! Bukan dia ni ada anak isteri ke? Memang ya pun. So saya terus-terang cakap, saya tak boleh. Saya tak nak lukakan hati sesama perempuan insya-Allah. Kalau jodoh kita tak tahu. Selagi boleh elak, saya akan elak, mohon keizinan Allah jua. Katanya, masa bujang lagi dah suka kat saya. Ooo... Kalau macam tu, kenapa dari dulu tak datang kat saya? Katanya dulu segan sebab saya ni staff kat sini. Sedangkan dia... Habis apa bezanya dulu dan sekarang En. Abang? Dulu, patutnya lagi mudah awak datang sebab saya bodoh-bodoh je masa tu. Kerjapun macam budak-budak je. Setakat assistant tu, apalah sangat nak segannya? Ke tak berani? Bila dah jadi suami, ada pengalaman baru confident nak mengorat? Tolonglah jangan test power kat saya. Saya masih waras dan belum berminat dengan suami orang. Bukan apa, tak nak sakitkan hati kaum sejenis saya. Dan saya ni sensitive dan cemburu orangnya. Tak naklah gaduh-gaduh nanti. Biarpun saya ni selalu tak bernasib baik dalam soal cinta ni, belum terfikir dek akal saya nak sapu je siapa je yang datang termasuk suami orang. Biarlah saya terus menanti jodoh saya dan mohon Allah jauhkan daripada suami orang. Tentang masalah awak dengan isteri, pandai-pandailah handle. Awakkan ketua keluarga. Allah bagi awak kahwin sebab Dia tahu awak mampu jadi suami. Pasti awak dapat selesaikan masalah rumahtangga awak. Janganlah heret saya sekali dalam permasalahan tu. Cari orang lain bila ada masalah rumahtangga, bukan penyelesaiannya. Tu namanya tambah masalah. Dah banyak kali saya cakap dia kawan saya. Tapi sampai ke beberapa minit sebelum saya tulis blog ni, saya masih terima whatsapp dari dia. Setiap hari. Kalau tak whatsapp pun call. Call saya selalu tak jawab. Kalau jawabpun, saya akan bagi tahu saya sibuk. Whatsapp kadang-kadang balas dan kadang-kadang tidak. Kalau balaspun sekadar jawab apa yang dia Tanya. Bukan melayan mesra. Dia Tanya pulak saya, kalau anggap dia kawan, kenapa tak nak sembang dengan dia dan tak nak chatting dengan dia. Yelah, dah awak tu dah ada perasaan lain kat saya. Kalau saya layan, awak makin dibuai perasaan. Lepas tu makin jauh dari isteri awak. Silap-silap boleh bercerai-berai. Saya tak naklah jadi macam tu. Lebih baik saya menghindar. Penyakit hati dan perasaan ni pun sama jugak macam sakit fizikal, lebih baik cegah dari mengubati. Saya bukan sombong dan memilih tapi saya buat semua ni untuk kebaikan dia dan keluarganya. Kalau saya fikirkan seronok dan diri saya, saya layan je. Lantaklah orang lain terluka dan menderita. Luka kerana cinta tu sangat pedih. Saya dah rasa. Kalau boleh, saya tak nak jadi penyebab kepada kelukaan orang lain lebih-lebih lagi perempuan bergelar isteri. So, kaum perempuan, janganlah takut seandainya suami kamu memuji saya. Insya-Allah, ia hanya sekadar pujian buat seorang manusia dari seorang manusia lain. Insya-Allah saya cuba untuk elak dari hal-hal yang tak sepatutnya. Sebab saya tahu, ada suami orang yang memuji saya di hadapan isterinya. OKlah. rasa nak balik. Agak-agaknya saya terserempak tak dengan you kalau balik sekarang? takkan. Dah lewat. Mesti you dah balik. Kalau takpun, dia balik lewat lagi. Bye, bye readers.

Bimbang Hati Terluka

Assalammualaikum semua, Korang dah balik? Saya masih kat office. Rasa takut nak balik awal. Takut bertembung lagi. Bukan saya membenci tapi, bimbang hati luka lagi. Pedihnya masih terasa hingga kini. Biarlah you balik dulu. I balik lewat tak apa. Tak ada apa yang nak dikejarkan. You, kasih sayang I ikhlas untuk you. Sebab tulah walaupun seketika ianya mendalam. Biarpun sejenak, bukan mudah bagi I melupakan you. Tak apalah. Dah takdir. Allah nak I sering terluka. Mungkin inilah cara Allah mengajar I supaya hargai orang yang akan datang, yang sanggup hidup bersama I, terima I sepenuh hatinya. You, Mungkin pertemuan semalam tidak ada apa bagi you sebab, you ada dia yang sempurna untuk you. I dapat bayangkan betapa you bahagia dan happy bersamanya. Sebab tulah I tak nak lagi ada dengan you. Bukan sebab benci tapi sebab paling utama, I tak nak lukakan hati I sendiri dengan menyaksikan kebahagiaan you bersama dia. Dan yang kedua, I tak nak musnahkan kebahagiaan you dengan dia. Biarlah you lukakan hati I, asalkan I tak lukakan hati orang. Lagipun I sedar, I tak punya apa-apa untuk you banggakan. Dan mungkin kini, you bangga memiliki dia yang punya segalanya. You, Pertemuan semalam benar-benar memberi kesan dalam hati I. Yelah, bertemu dengan orang yang benar-benar kita rindu kan? Yang pernah mengubat luka hati kita yang teruk dilanda tsunami. Bukan I benci you. Bukan tak nak jumpa you. Kalau kita sukakan seseorang, mestilah nak selalu jumpakan? Tapi I tak sanggup untuk menahan rasa pedih yang memilukan. Luka kaki I ni pun tak sepedih hati I semalam. Sebab tu masa kaki I luka dulu I tak nangis pun. Tapi semalam, you tak tahu macam mana I sedih dan nangis bila sampai di Ara Damansara. Apa? Pembaca nak ketawakan? Ketawakanlah. Saya bukan seorang yang ego untuk melindungi perasaan saya. Saya suka berterus-terang. So kalau nak mengata kat belakang katalah. Jangan sampai satu dunia pulak kecoh fasal saya. Biasalah mulut komuniti saya ni semuanya hebat. Kalau hal saya ni dah tak terbendung nanti, saya akan letak pass word pulak blog ni.

Monday, November 27, 2017

You Yang Pernah Hadir Di Sini

Assalammualaikum readers, Malam ini saya ingin menulis. Menulis dari hati yang sedih. Kadang-kadang, saya terfikir, apakah Allah ciptakan saya untuk mencintai seseorang dari hati yang dalam kemudian, saya terpaksa lepaskannya untuk kebahagiaan orang lain? Kadang-kadang saya tertanya sendiri, apakah saya tidak layak untuk dicintai sehingga lelaki yang saya cintai pergi meninggalkan saya? Kadang-kadang hati terdetik, apakah cinta saya, kasih sayang saya dan diri saya tidak berharga sampai orang yang saya cintai tidak mampu melihat keistimewaan saya? Atau sememangnya saya diciptakan tanpa keistimewaan yang mampu menambat hati orang yang ikhlas? Untuk you, Biarpun seketika kehadiran you di sini, you tetap istimewa dalam hati I. You yang akhirnya I harap mampu mengubati kelukaan itu rupa-rupanya lada yang you pipiskan. You, Walaupun tidak sesukar dia untuk I lupakan you, namun I tetap tersiksa dengan apa yang berlaku. You, Biarlah I kutip semua kasih, sayang, cinta dan rindu ini semula. Biar I simpannya kembali sampai saat pemilik tulang rusuk ini datang mencari. Dan masa tu I akan berikan padanya. You, Maafkan I. I tak mampu lagi untuk menjadi teman you setelah apa yang berlaku. Bukan hari you untuk I lupakan you, makan bulan. Dan hari ini, Allah uji I lagi dengan menemukan kita tanpa sengaja. Dan luka ini berdarah kembali. Hati ini kembali terusik. Salah I kan you? Sebab berputiknya rasa itu terhadap you. Ya Allah, Aku yakin, pasti ada sebab dan hikmah mengapa Kau temukan aku dengannya hari ni. Jam 5 petang tadi, saya bersama Kak Sha dan Kak Sariha keluar tepat jam tamat pejabat. Sampai separuh jalan, Kak Sha terpaksa berpatah balik ke pejabat kerana lauk yang dibelinya tertinggal. Saya bersama Kak Sariha meneruskan perjalanan pulang. Usai mengeluarkan wang di mesin ATM, masing-masing berpecah di bahagian dalam stesen LRT untuk ke destinasi masing-masing. Saat menaiki escalator, sebuah LRT telahpun tersedia di platform. Saya malas mahu mengejarnya seperti selalu. Lalu saya biarkan ia lepas. LRT seterusnya tiba lalu saya menyusup masuk ke dalam. Selepas Stesen Bangsar, seseorang memberi saya duduk. You: Tinta, awal balik hari ni? Saya tak perasan siapa dia. Sambil duduk saya menjawab. Saya: Tak ada kerja, baliklah. Sedang hati tertanya, siapakah dia? Tak mungkin Andy, Andy kan selalu naik kereta atau motor. Tapi suara... Bukan macam Andy. Mustahil you, you kan drive. You: Turun mana? Saya: Ara Damansara. Hati berdebar. Muka terasa berubah. Takkan you? Saya mengharapkan agar lelaki itu bukan you. You: Kenal tak siapa ni? Otak berputar ligat. Saya nak jawab apa? Ah, jujur jelah. Saya: Tak kenal. You: You la (sebut nama sebenar).Sekarang I naik LRT. I tak drive dah. Muka saya berubah. Keruh wajah yang bertandang cuba saya sembunyikan sebaiknya. Saya tak mahu kelihatan lemah pada matanya. Saya terus membuka beg dan mencari earphone dan handset. Saya sibukkan diri dengan handset. Kebetulan saya ada something yang nak confirm dengan En. Mahathir. Lalu saya call dia. Tak jawab pulak En. Mahathir ni saat orang perlukan dia. Beberapa detik kemudian, En. Mahathir call dan kami pun bersembang. Saya tak tahu you turun di stesen mana. Biarlah. Saya dah penat ambil tahu dan ambil berat fasal orang. Bukan orang hargai pun. Mujurlah sifat ingin tahu saya tidak begitu tinggi. Sebenarnya nak tahu jugak kenapa dah tak drive dan naik train pulak? Tapi malas. Nanti dia kata saya masih ambil berat tentang dia meskipun dia dah lukakan hati saya. So nanti dia rasa lega. Sakitkan hati saya, rasa bersalah. Lepas tu saya OK je. Minta maaflah saya bukan macam tu. Memaafkan tu ya. Melupakan apa yang telah dilakukan seseorang dalam hidup saya tidak. Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal hati dan perasaan. Saya dah terlalu letih untuk jaga hati orang dan lukakan hati sendiri. So sekarang, biar saya utamakan hati sendiri dulu. Terserahlah you apa anggapan you pada I. Itu sekadar anggapan, betulnya belum tentu. You nak fikir I apa, fikirlah. Karang cakap banyak-banyak, you yang tak tahan dengan mulut pedas I nanti. Ada je benda kalau I nak bagi panas. Banyak je benda yang I boleh sindir you.

Friday, November 24, 2017

Good Girl by Carolina Herrera Yang Mengelirukan

ssalammualaikum readers, Hai, apa khabar hari ni? Sementara tunggu waktu nak pergi lunch sebelum pergi Air Asia ni, nak sembang-sembang kejap. Korang dah tengok gambar Carolina Herrera dan Nina Ricci kat bawah tu? Gambar yang sama saya post kat Facebook. So adalah yang komen kasut ni terlalu tinggi. Nasihat saya takut sakit tulang belakang. Wow! Real nya design kasut Carolina Herrera ni sampai orang boleh ingat dia betul-betul kasut. Boleh dia orang tak perasan sebenarnya tu botol minyak Wangi. Hahahahaha... Saya sedang pakai Carolina la ni. Baunya waaaa... Tak jemu dihidu. Bau best sangat. Rasa segar dan bertenaga. Kalau ikut satu laman web, bau ni ada sedikit misteri. Ye ke? Rasa tak pun. Rasa bertenaga. Sembur sikit, semerbak baunya. Sebab tu saya suka. Tapi saying nak pakai. Nanti habis. Tapi... Ada beberapa perfume yang saya minat tapi belum dapat seperti: 1. Lady Million by Paco Rabanne. 2. Katy Perry Pink / Meow. 3. Lolita Lempicka. Nak beli onlinelah pulak. Tengok kat E-bay macam murah je harganya. 19 USD, 30 USD. Still murah walaupun di convert kan ke RM. Yang Lolita ni kita pergi bau dulu sebab saya tak tahu Lolita yang mana yang saya nak tu. Nak beli, nak beli nak beli. Saya memang gila perfume.

Wednesday, November 22, 2017

Carolina Herrera Dan Nina Ricci

Assalammualaikum readers, Hai korang, apa khabar? Dah habis kerja dah? Hari ni nak share dengan korang fasal perfume. Saya ni memang gila perfume. Kalau saya banyak duit, mesti selalu beli perfume sebab saya suka yang original. Sama je? Mana boleh sama. Yang ori, yang triple A dan parti lain. Antara parti dengan triple A tu saya tak tahulah. Tapi yang original memang lain bau dia. Masa kat Romania hari tu, saya nak beli perfume tapi mahal. Boss kata, beli kat airport sebab kat sana duti free. Kalau beli kat Jerman or Singapore, murah sebab dia tak ada cukai perfume. Lagipun duit Romania tu hamper sama dengan duit kita, so terasalah bila keluar duit. Lagipun saya bawa banyak duit Euro. Kat Romania tak laku duit Euro ni. Hahaha... Saya pun bersabar dan menunggu masa untuk shopping at airport. Alkisahnya flight dari Romania to Frankfurt delay disebabkan snow yang saya teringin sangat nak rasa tu. Once touch down, we are late. Tak bolehlah nak bershopping bagai. Terus boarding untuk flight to Singapore. Boss yang sangat memahami tahu akan kehendak hati saya so dia kata, don't worry. We will shopping at Singapore. Hopefully everything will be going well and we could have ample time to shop there. As lended in the airport, we quickly fine a surau and do our prayer. Lepas solat je, cepat-cepatlah kami mencari perfume shop. Saya menyatakan kerisauan kepada boss takut kena rampas kalau beli perfume. Hahahaha... Saya tak pernah beli perfume kat airport sebelum fly ni. Boss meyakinkan saya yang perfume saya tidak akan dirampas. Siap Tanya sales girl, boleh ke bawa naik flight. Sales girl kata boleh. Dia akan seel dan jangan buka. Barulah lapang dada saya. Sebenarnya masa kat Romania hari tu saya dah masuk Sephora survey perfume. Saya berkenan dengan yang namanya Good Girl by Carolina Herrera. Alhamdulillah, yang saya cari ada kat perfume shop tu. 80 ML for 87 Euro. Not that cheap. Is about RM435.00. But is OK. May be saya akan belanja untuk next perfume tahun depan. Lagipun tak terasa sangat bila belanja dalam mata wang orang ni. Katanya kalau beli dua dapat less 15 pratus. Saya ambil Luna Blossom by Nina Ricci. So yang Good Girl tu dapatlah 78 Euro. Nina Ricci memang ada diskaun 50 pratus. Saya dapat 24 Euro =RM120.00 for 50 ML. Siap beli LancĂ´me Foundation and Eye brow lagi. Bila convert, lebih RM500.00 saya belanja kat Singapore hanya dalam masa kurang setengah jam kot. Cantikkan botol perfume ni? Bertambahlah my perfume's bottle collection. Nanti saya nak beli display cupboard nak letak semua botol perfume yang saya simpan. Mesti cantik.
Yang warna hitam bentuk kasut tinggi bertumit emas tu Good Girl, Carolina Herrera. Baunya sangat best. Sembur sikit je bau semerbak. Dah basuhpun masih bau kat baju. Kalau jemur baju, boleh bau bila berdiri dekat penyidai. EDP la katakan. Berbaloi beli mahal. Kotak diapun istimewa. Berbalut baldu gitu, macam dalam gambar kat atas tu. Sesuai untuk dihadiahkan kepada yang teristimewa. Kita tak ada sesiapa, tak ada orang nak bagi. So hadiahkanlah diri sendiri. Sendiri keluar duit, sendiri pakai hahahahaha... This perfume released in September, 2016, terbaru dari Carolina Herrera. Macam mana nak buka? Tak payah buka. Dia memang tak ada tutup. Tekan je kat atas tu. Mula-mula penat saya fikir macam mana nak sembur. Cari punya cari, rupanya just tekan je. Tak perasan ada lubang kat atas tu. Si amjat kata macam pengepit sirih sebenarnya pengacip pinang tumit dia tu. Kurang asam. Nina Ricci memang konsepnya botol berbentuk epal. Luna Blossom ni baru keluar tahun lepas or to be exact, Julai, 2016. Ini botol kedua perfume yang saya pakai dari Nina Ricci. Dulu adik saya belikan dari Perancis yang warna merah. Lupa namanya. Hari tu saya tengok semua botol dia bentuk senggini. Cuma penutup je lain-lain dan warna botol. Yang ni botol ungu dengan design tutup keemasan yang cantik. Seksi je penutupnya. Yang tengah tu boleh buka. So tekan je penyembur bulat kat tengah tu bila buka tutup luksinar dia. Masa mula-mula salah bukak. Mujur tak rosak. Saya buka semua yang keemasan tu. Hahahaha... Yang botol merah dulu pun masih ada di pasaran. Kalau tak silap botol merah tutup silver. Adakah saya berpuas hati dengan pembelian ni? Ya. Kedua-duanya sangat Wangi. Luna Blossom lembut sangat baunya buat saya tak puas pakai. Dah luak dah saya sembur. Good Girl pulak tak payah sembur banyak, semerbak baunya. Bau dia lembut tapi tak selembut Nina Ricci. Saya letak dalam handbag bau handbag saya dek Luna Blossom ni. Begitu jugak Good Girl. Saya letak Good Girl dalam laci pun bau dalam laci. Saya suka sangat minyak Wangi. Kalau sesiapa nak bagi hadiah, bagilah minyak Wangi hahahaha... Pilihan lain? Handbag, kasut or mekap. Berangan. Macamlah ada orang nak bagi kau Tinta. Beli sendirilah wei.

Tuesday, November 21, 2017

Pengacara Paling Meletup

Hahahaha... Cerita fasal emcee tadi, teringat saya kat satu cerita ni. Satu hari, ada sorang hamba Allah ni hantar voice Whatsapp dalam group yang saya ada di dalamnya. Sampai sekarang, saya terfikir-fikir motif penghantaran voice tu. Dia hantar suara seseorang sedang jadi pengacara majlis. Saya kenal sangat si penghantar whatsapp dan pengacara berkenaan. Pengirim: Cuba teka, suara siapa ni? Kawan: Suara siapa tu ha? Pengirim: Nilah suara Si Fulan. Bestkan dia jadi pengacara? Ya, saya setuju. Memang saya tak nafikan. Pengacara tu memang ada bakat dan andai diberi peluang dan selalu dilatih mesti dia boleh mengacara dengan baik. Tambah grooming sikit pasti lagi OK. Sebab selain dari cara berbicara dan suara, penampilan jugak tak kurang pentingnya untuk mencuri perhatian penonton. Bak kata orang, dari mata turun ke telinga, terus masuk ke hati hahahaha.... Orang-orang yang bekerja di hadapan tabir ni, penampilan harus dititikberatkan sebab bagi yang melihat, dia lebih suka tengok dulu baru dengar. Betul tak orang yang melihat? Bukan kata tak groom tak boleh jadi pengacara tapi kalau ada pakej tu, bonus. Kawan: Baguslah dah ramai orang kita boleh jadi pengacara. Pun saya setuju. Sebab mesti ada pelapiskan? Kalau tak, yang pergi terus pergi. Saya dengar dan diam je. Memang saya tak banyak cakap dalam mana-mana grouppun. Dengar dan baca je. Kalau perlu baru komen. Pengirim: Best dia jadi pengacara. Ramai orang puji. Cakap macam orang celik. Memang pandai cakap. Fikir saya: Ada beza ke orang kita dengan orang celik cakap? Rasa nak ketawapun ada. Ayat tu membuatkan saya lagi nak dengar perbualan mereka. Nada si pengirim tu lain macam bunyinya. Ada motif lain ke? Pengirim: Dahlah tu, pandai control mic pulak tu. Sedap je dengar dia cakap. Fikiran saya: Kata pandai PA system. Kerja control mic tu kerja pengacara ke? Rasa nak ketawa guling-guling je. Dia ni cakap pakai akal ke tidak? Dah namanya PA system hotel, mestilah best. Tengoklah pulak hotel berapa bintang. Mic office saya tu pun best kalau penjaga PA system pandai setting dan dapat mic mahal. Kat office saya tu, saya pernah guna mic yang harga RM200.00 dan mic harga RM1,800.00. Memang ketara bezanya. Lagi satu tengok siapa yang jaga PA System. Tu pun mempengaruhi jugak. Masa saya berucap di PWTC, gila best bunyi yang dihasilkan. Tak payah cakap kuat. Kita jauh ke, kita dekat ke dengan mic, mic tu OK je, sama je. Tu gunanya PA System serta technician. Pengirim: Dialah pengacara paling meletup sekarang ni. Dalam hati saya: Hahahahahahaha.... Apa motif semua ni? Kalau niat nak sakitkan hati saya, lupakan jelah. Rasa nak ketawa guling-guling satu hari. Tak payahlah sibuk berebut pengacara paling meletup. Tak ke mana pun kita ni. Biarlah saya tak meletup pun. Yang penting saya happy dan minat jadi pengacara. Saya mengacarakan majlis sebab memang saya minat. Sebab tu orang tak bayar pun saya OK je. Masa dalam flight hari tu, boss saya cakap: Boss 2: Tinta, kalau orang panggil awak jadi pengacara, awak kena charge. Saya: Entahlah boss. Kalau dengan budak-budak kita ni, saya tak kisah sangat. Saya kesian. Lagipun saya minat jadi pengacara. Boss 2: Tak boleh macam tu, dia orang ada budjet patutnya. Kalau dorang nak panggil awak, dia orang sedialah untuk bayar. Awak bukan baru nak jadi emcee. Saya: Laaa... Saya ni bukan bagus sangat pun. Nak charge tu saya rasa bukan tahap sayalah boss. Nak charge macam manapun saya tak pandai. Takut mahal sangat nanti orang kata tak adalah bagus manapun. Takut tak berbaloi. Boss 2: Dahlah office awak buat free. Tak apalah, mungkin awak rasa tu office. Tapi kalau dengan orang luar, awak kena charge. Awak kena letak harga. Biar orang pandang awak ada harga. Jangan simply je panggil sebab nak jimat kos. Awak bukan bodoh-bodoh mengacara. Skrip awak buatkan? Saya: Buat. Boss 2: Ha, skrip lagi, masa lagi, tenaga, bercakap lagi. Kena kira semua tu. Kalau kena tambang lagi. Biar orang pandang awak tu ada harga diri. Jangan suka-suka buat suruh awak lepas tu tak bayar. Boss 1: Hari tu dia orang bayar you tak? Ingat pulak boss 1 ni. Beberapa minggu sebelum fly, dia ada dalam majlis yang saya acarakan. Tapi majlis tu majlis orang, bukan office. Saya: Tak. Boss 1: Tak? Makan? Saya: Dia orang tak ajak pun saya makan. Lepas jadi emcee saya masuk office la. Kebetulan majlis tu di dewan office saya. Boss kesal dengan kejadian tu. Malam sebelum saya jadi pengacara tu, kawan saya cakap. Aziah (bukan nama sebenar): Kau tahu tak kenapa dia suruh kau jadi pengacara kak? Saya: Kenapa? Aziah: Murah. Dia kan kedekut. Saya: Mana ada murah. Tak bayarlah. Aziah: Hei, kau tak mintak ke kak? Saya: Dia tak cakap pun fasal bayaran. Tanya harga pun tak. Kalau Si ... tu selalunya dia bagi token RM50.00. Aziah: Kak, kau kena mintak dengan dia. Ajar sikit. Dia tu banyak duit. Bukan tak ada duit. Program esok ada penaja lagi. Jangan token-token, kak. Charge je. Saya: Tak apalah. Nak buat macam mana? Tak ada rezekilah tu. Aziah: Ah, kau ni kak. Kau tu bukan emcee bodoh-bodoh. Saya: Tak apalah. Mana tahu ada rezeki lain. Kalau tu niat dia tak apalah. Tuhan kan ada. So, tak payahlah nak kata siapa pengacara paling meletup. Ambiklah gelaran tu. Saya tak kisahpun. Nak double letup? triple letup? Letuplah. Saya OK je. Ada orang panggil saya pergi. Tak ada, duduk diam-diam. Saya buat sebab minat. Bukan nak kejar glamor. Saya tak rasa tercabar dengan sesiapapun. Saya bukan nak bertanding. Sedap tak sedap tu subjektif. Ada orang suka kita, ada orang tak. Ada orang suka orang lain mengacara. Tak apalah. Masing-masing ada kelebihan. Masing-masing ada minat. Masing-masing bebas untuk memilih dan bebas untuk suka siapa.

Rakan Pengacara

Assalammualaikum readers, Tengah bersantai bersama family tercinta? Kirim salam Tinta buat seisi keluarga. Cewah, macam semua orang kenal siapa Tinta. Hahahahaha... Hari ni, saya jadi pengacara lagi. "MAB Excellent Achievment Awards 2016-2017."Kali ni, saya digandingkan dengan pengacara sinier, En. Amin. Penat berdiri sebab banyak anugerah nak disampaikan. Dua minggu lepas pun sama. Tapi dua minggu lepas sampaikan pingat almaklumlah, Karnival Sukan. Bezanya hari ni, event buat kat Auditorium Hospital Mata Tun Hussein Onn. Mujurlah hari ni council tak buat kalut. Cuma... Presiden je buat kalut sikit. Tak tahan panas katanya, nak habis cepat. Dia ingat senang dengan penyampaian yang banyak tu nak lelaju? Dahlah kena bawa satu-satu, mujur tak bertembung. Banyak cantik muka dia. Dahlah datang lambat. VIP pulak yang kena tunggu dia kat holding room. Patutnya dia yang kena diri lama dan balik paling lambat. Buat malu kat tetamu je. Menyampah.

Sunday, November 19, 2017

Secondary Healing

Sambung cerita kaki. Hahaha... Kak Sha dua tiga kali ulang, "Macam mana boleh terbuka macam tu? Hari tu kan dah mula tertutup. Ada part yang dah rapat dah," Sayapun tertanya sendiri. Adakah sebab minyak gamat seperti yang dikatakan dalam artikal tu? Hari ni saya jumpa satu ayat dalam tulisan berkenaan luka ni. Katanya, saya basuh guna air gamat. Air gamat ya, bukan minyak gamat. Kenapa dia tekankan di situ air gamat, bukan minyak gamat? Mungkin betullah kita tak boleh simply letak minyak gamat. Kena tengok keadaan dan kesesuaian. Nama saya dipanggil. Doktor Azrin memeriksa luka saya. Dia me ekan luka saya sekuat mungkin untuk mengetahui sama ada luka saya tu ada air bisa dan nanah atau tidak. Sakitnya masya-Allah, Tuhan saja yang tahu. Bayangkanlah luka yang ternganga ditekan dan dipicit sekuatnya. Ternyata, luka saya telah kering. Tiada sebarang air bisa atau nanah yang keluar. Doktor suruh saya pergi X-ray. Doktor: Last period bila? Saya terpinga-pinga. Apa kena-mengenanya dengan period? Saya: Saya sedang period doktor. Doktor: Hari ke berapa? Saya: Keenam. Doktor: OK. Pergi X-ray dulu. Saya takut ada serpihan batu karang atau pasir tertinggal kat dalam. Tu pun salah satu sebab kenapa dia tak tertutup. Saya keluar dari bilik doktor kejap, doktor panggil masuk balik. Kali ni, ada sorang lagi doktor perempuan bersamanya. Doktor Azrin menunjukkan luka saya kepada doktor tersebut. Doktor berkenaan mengamatinya. Doktor 2: Pelik. Elok lukanya tapi tak bercantum. Doktor Azrin: Tulah. Saya suruh dia pergi X-ray dulu. Saya terus ke bilik X-ray. Juru X-ray mula menjalankan tugasnya ke atas saya. Jakun jugak saya. Rupanya sekarang ni, hasil X-ray dihantar secara online kepada doktor tak perlu lagi print gambar. Doktor panggil saya masuk bilik dia semula. Sekali lagi dia memeriksa kaki saya. Doktor tak cakap yang ada batu karang atau pasir tertinggal. Saya berdebar jugak. Takut dia cakap macam tu, alamatnya, pembedahanlah pulak saya ni. Beberapa orang petugas lelaki masuk. Mungkin assistant doktor kot. Doktor Azrin menunjukkan luka saya kepada tiga orang petugas berkenaan. Semua rasa pelik sebab luka saya kering. Selalunya kalau luka terbuka ni mesti ada masalah nanah atau berair. Lelaki 1: Tak apalah. Kaki je. Bukan orang tengokpun. Amboi, sedapnya bercakap. Nampak tak luka ni ternganga? Takkanlah seumur hidup saya nak biar luka ni macam ni? Saya: Doktor, macam mana dengan kaki saya ni? Kena jahit balik ke? Doktor: Kalau jahitpun tak guna dah. Dia tak akan bercantum. Luka dah sembuh. Dah kering. Luka yang dah sembuh maknanya sel darah dah mati. Bila sel darah mati, dia tak boleh bercantum. Saya mula sedih. Habis tu macam mana? Takkanlah nak biar je luka ni macam ni? Nanti kalau masuk kotoran nanti jadi lain pulak. Kak Sha kat luar. Saya nak tanya pendapat siapa lagi ni? Petugas lelaki membenarkan kata-kata doktor. Lelaki 2: Habis macam mana ni doktor? Kita nak buat apa? Mungkin mereka nampak muka saya berubah. Saya ni bukan jenis boleh sembunyikan air muka saya. Doktor: Apa kata kalau... Kita buat secondary healing? Lelaki 2: Secondary healing. Boleh jugak. Saya rasa harapan bersinar kembali. Wajah yang tadinya keruh mula bercahaya. Saya: Secondary healing tu apa, doktor? Doktor: Kita lukakan balik luka ni, supaya dia sembuh sekali lagi. Sebab, hanya luka dengan luka je yang boleh membuatkan dia bercantum. Kalau macam ni, dah sembuh. Dia takkan bercantum. Luka dengan luka baru boleh bercantum. Sekarang ni, salur darah dia dah mati. Jadi kita kena buka balik, biar luka balik dan salur darah tu terbuka. Lepas tu kita cantumkan balik. Boleh? Saya berfikir sejenak. Kalau tak boleh, ada ke pilihan lain untuk saya? Petugas lelaki yang tinggal dua orang tu bersama doktor Azrin menunggu jawapan saya. Saya: Boleh. Doktor: OK. Awak tunggu kat luar dulu. Kita siapkan barang. Nanti kita panggil balik. Otak saya tak habis berfikir. Macam mana dia nak lukakan saya ni? Sejurus kemudian saya dipanggil masuk semula. Petugas lelaki yang tinggal sorang mengarahkan saya duduk di kerusi yang dia sediakan. Sebuah bangku rendah diletakkan berhadapan saya. Tak lama kemudian, troli berisi peralatannya ditolak menghampiri saya. Saya pasrah. Apapun saya akan tempuh. Asalkan kaki saya sembuh dengan baik. Petugas tersebut menyuruh saya meletakkan kaki di atas bangku di hadapan saya. Saya menurut. Saya: Abang, tak nak bius ke saya ni? Petugas: Tak payah. Saya: Kenapa? Saya takut sebenarnya. Petugas: Kalau bius pun you tetap akan rasa sakit jugak. Sekali lagi otak saya berputar ligat. Biar betul dia ni. Bukan ke bius tu fungsinya untuk mengelakkan pesakit merasa sakit? Ada pulak kalau bius rasa sakit jugak. Doktor Azrin datang untuk melihat kerja pembantunya. Petugas: Doktor, nak guna jarum ke nak guna blade? Doktor: Tak kisah guna apapun. Yang penting saluran darah dia terbuka. Janji keluar darah. Aiiii... Macam ngeri je dengarnya? Sabar Tinta, kau kan nak sembuh. Nak pergi Romania pulak nanti. Petugas tersebut mula mengikis luka saya yang telah sembuh. Mula-mula saya relax je sebab tak sakit. Mungkin ini sekadar percubaan kot. Birai luka saya yang dah sembuh tu bengkak tapi kering. Bukaan dia macam bibir kata Kak Sha. Petugas tu mengikis lagi. Tiba-tiba... Saya: Aduh! Saya terjerit kecil spontan menarik kaki saya. Sakitnya nauzubillah. Pedih yang amat. Petugas: Jangan tarik. Darah banyak ni. Tunggu dulu. Belum siap lagi ni. Belum siap? Maknanya akan terus dilukakan? Petugas tersebut memegang kuat dan menarik semula kaki saya kemudian diletakkan di atas bangku kembali. Saya mencari kekuatan dalam diri untuk terus menghadapi kepedihan ini. Saya kena kuat. Kena sabar untuk sembuh. Petugas itu terus menoreh luka saya. Dengan muka berkerut, saya menahan kepedihan yang diciptanya. Doktor Azrin menghampiri kami. Petugas: OK tak ni doktor? Doktor: Lagi, lagi. Tu tepi tu belum. Tepi ni sikit lagi, tepi tu pun buat. Petugas berkenaan terus menoreh luka saya. Pedihnya usah dicakap. Saya mengetap bibir menahan sakit. Muka terus berkerut. Sejurus kemudian setelah seluruh luka terasa pedih ditoreh: Petugas: Dah siap dah. Kita cuci luka ni lepas tu kita letak plaster. Saya diam kepedihan. Dia terus mengelap darah yang mengalir dan mencuci luka saya. Kemudian saya rasa dia memasang sesuatu di kaki saya seolah-olah mengepit luka saya supaya kedua-dua bahagian rapat. Saya: Kena jahit ke? Petugas: Tak. Kita letak plaster je. Plaster? Boleh ke plaster cantumkan luka saya? Tanya saya sendiri. Petugas: Doktor, nak buat dressing ke? Doktor: Dressinglah. Nanti kotor pulak. Nanti awak cuci luka kat klinik office awak tu eh? Cakap dengan dia cuci dua hari sekali. Tak payah hari-hari. Saya: OK, doktor. Doktor meninggalkan kami setelah berpuas hati dengan kerja pembantunya. Saya: Boleh letak minyak gamat ke? Petugas: Tak payah. Pedihnya Tuhan je tahu. Terhincut-hincut saya balik dengan Kak Sha naik teksi. Kali ni saya takkan paksa lagi kaki saya untuk berjalan normal. Saya akan ikut kemampuan dia. Biarlah terhincut-hincut pun janji saya tak kacau proses percantuman dia macam hari tu. Kali ni, saya takkan letak lagi kaki atas bantal sebab luka tu akan merenggang. Tapi, saya akan sandarkan kaki saya pada bantal supaya kedua-dua luka tu sentiasa rapat. Setibanya saya di pejabat, saya terus ke klinik memberi tahu nurse dan doktor yang saya buat secondary healing. Doktor kata, baguslah pergi emergency. Selalunya doktor yang bertugas di emergency tu lebih berpengalaman. Doktor tertanya-tanya jenis plaster yang digunakan untuk cantumkan luka saya. Boss memanggil saya ke biliknya setelah dia pulang dari Air Asia. Dia bertanyakan saya tentang kaki saya. Saya menceritakan padanya apa yang berlaku. Boss tak bagi saya banyak bergerak. Boss: Macam ni. You stay kat hostel. Nanti bil Accessibility akan bayar. I will talk to Mejar. If not, Karnival Sukan bayar. Mejar tu boss bahagian sukan saya. Saya: Boleh ke macam tu En. Fairuz Boss: Boleh. Kalau management tanya, saya akan bagi tahu, karnival sukan dah dekat. Kita perlukan you untuk settle hal karnival before you fly next week so kita tak boleh bagi you cuti. Jadi management kena bagi hostel supaya you tak banyak bergerak dan kaki you cepat sembuh. You kan nak fly next week. Kalau tak bagi hostel, then you tak datang kerjalah. So, karnival sukan punya kerja akan terbengkalai. Siapa nak buat? Saya: Tulah, sayapun fikir fasal karnivallah sebab tu tak minta MC bila doktor tak bagi. Boss: Dont worry we will pay for you because we need you. You pergi jumpa Fauziah dan bagi tahu dia. Kalau I dapat contact dia, I will inform her. Masa nak balik, sempat boss tanya saya bila nak duduk hostel? Saya kata Isnin sebab Sabtu Ahad kan tak kerja. Boss kata, boss sorang lagipun setuju supaya saya duduk hostelDan dia pun sedia untuk bayar penginapan saya dari vote sukan. Terharunya saya dengan kebaikan boss-boss saya ni. Masa balik tu, saya terhincut-hincut berjalan. Kak Sariha pimpin saya manakala Aqilah bawakan barang saya. Dia orang siap hantar saya ke platform lagi. Terharunya saya dengan kebaikan orang-orang di sekeliling saya. Saya sayang mereka. Sekurang-kurangnya mereka ada bersama saya waktu saya susah dan senang. So, saya dah tak kisah akan orang-orang yang buang saya dari hidup mereka. Pergilah sebab kalian bukan kawan saya yang sebenar. Kalian tak ikhlas pun berkawan dengan saya sebenarnya. Biar saya sikit kawan tapi cukup memberi manfaat kepada saya dan dapat pula saya memberi manfaat dan kasih sayang kepada mereka. Isnin tu, saya bawa barang-barang saya untuk menginap di hostel. At last, Kak Fauziah kata, dia tak charge. Dia bagi saya duduk free je. Kan saya staff yang sedang sakit. Apalah sangat. Lagipun pejabat jugak yang akan bayar kalau dia charge pun. Hostel pun pejabat punya jugak. Terima kasih Allah sebab temukan saya dengan orang-orang yang baik ni. Waktu buat dressing Isnin tu, doktor kata teknik yang digunakan adalah teknik baru dan teknologi baru. Plaster yang digunakan sememangnya plaster untuk menampal luka pembedahan bagi menggantikan jahitan. Saya bagi tahu doktor yang Doktor Azrin pun cakap teknik jahitan yang dibuat oleh doktor sebelumnya tak berapa sesuai untuk saya. Tapi PPUM tak bagi saya ubat pun. Saya pakai selipar jepun je walaupun pergi Air Asia. Ada satu hari tu, saya cuba pakai Sendal Croc saya. Dalam kelas saya rasa sakit dan terus buka selipar. Kak Sha ambil sendal saya dan simpan. Hari tu saya berkaki ayam je dalam kelas sampai ke lobi dan naik kereta. Menurut doktor, luka saya mula menunjukkan perkembangan yang baik. Ada satu hari tu, nampak macam ada jangkitan tapi esoknya semuanya elok je. Dan alhamdulillah, sekarang ni, luka saya dah sembuh dan dah bercantum. Bengkakpun mula hilang. Bukan bengkak macam baru-baru kena dulu. Baru-baru kena dulu bengkak sampai betis. Ni tak tahu kenapa bengkak kat birai luka. Mungkin kesan potongan batu karang kot. Tapi masih ada sengal kat luka tu. Jadi saya masih lagi tidak menjalani aktiviti lasak seperti selalu. Biar dia betul-betul sembuh. Karang kena toreh lagi. Setiap malam, saya letak Nutri Rich Oil untuk hilangkan parut. Takut dah nak letak minyak gamat. Nutri Rich Oil ni pun saya letak lepas buka dressing dan luka dah kering. Cepatlah sembuh saya nak melasak ni. Takut berat naik.

Jahitan Yang Terbuka

Assalammualaikum readers, Sementara tunggu delivery sampai, saya nak bercerita. Fasal kaki lagi. Sepulangnya saya dari Pangkor, saya terus bekerja 2 Oktober sebab tak dapat MC. Sakitnya, Allah je tahu sepanjang perjalanan ke pejabat. Saya terpaksa berjalan kaki sebab Grab dan Uber busy. Jam 9.15 pagi, saya ke klinik pejabat untuk cuci luka. Memang lukanya agak besar dan dalam. Saya kena lima jahitan. Doktor dan nurse memeriksa dan mencuci luka saya. Merasakan ubat antibiotik saya tak cukup, doktor menambahkannya setelah meneliti ubat dan nota ringkas doktor di Pangkor. Rutin saya setiap hari bertemu doktor dan nurse untuk cuci luka saya. Kalau saya tak datang, nurse atau doktor akan cari saya di dalam office atau mereka call saya. Sampailah tarikh untuk buka jahitan pada 9 Oktober. Sebelum membuka jahitan, doktor meneliti keadaan luka saya. Ada waktu-waktunya doktor kata sebelum tu, ada sedikit jangkitan. Tapi alhamdulillah, tak lama ia sembuh. Setelah memeriksa keadaan luka, doktor memutuskan untuk membuka dua jahitan terlebih dahulu kerana tiga jahitan lagi masih belum elok. Selang dua hari, doktor membuka jahitan seterusnya. Malangnya, luka saya tidak bercantum. Doktor tetap menyuruh nurse buat dressing. Doktor ingin memantau keadaan terlebih dahulu sebelum merujuk saya ke mana-mana hospital. Ada satu hari tu, saya kelam-kabut dan terbasuh kaki saya yang berbalut. Dah terpaksa pergi buat dressing baru di farmasi sebab klinik dah tutup. Memang siksa waktu ni. Nak solat susah, nak jalan sakit, nak mandipun tak boleh basahkan kaki. Beberapa hari dicuci dan dirawat, luka saya masih tidak mahu bercantum sedangkan ia semakin sembuh. Tiada air bisa yang keluar. Tiada juga nanah. Doktor kata, ini mungkin disebabkan beberapa faktor. 1. Luka akibat batu karang memang susah sembuh sebab batu karang kotor berbanding doktor belah dengan pisau bersih. Luka dibelah dengan pisau bersih pasti cepat sembuhnya. 2. Teknik jahitan yang kurang sesuai. 3. Jahitan di kaki memang susah sembuh kerana kurang isi dan banyak pergerakan. Mungkin kerana saya berjalan seperti biasa. Saya tahankan sakit saya sebab tak nak berjalan terhincut-hincut. Salah sayapun menyumbang. 4. Mungkin kerana diabetes. Ya Allah, saya takut. Adakah saya diabetes? Tapi luka ni kering bukan menanah atau buruk. Doktor minta untuk cek glukosa dalam darah saya. Saya enggan kerana saya telah mengambil sarapan pagi. Doktor paksa saya suruh buat test tu. Saya kata mesti glukosa saya tinggi sebab saya dah makan. Doktor: No, you check today. Kalau tinggi, kita check lagi esok. Saya: Saya takut. Doktor: Parents you ada diabetes tak? Saya: Tak ada. Doktor: So, buat apa nak takut. Come. Doktor menarik tangan saya dan saya disuruh diam. Doktor terus mengeluarkan darah dari jari saya. Saya berdebar menanti keputusan. Doktor: Mana ada tinggi. 5 saja. Tu pun you dah makan. Kalau tak, lagi rendah. Saya ketawa. Dalam hati segera saya panjatkan kesyukuran pada Ilahi. Sebenarnya saya trauma sikit dengan glukometer ni. Nantilah saya cerita tentang tu. Sebab tu saya takut nak check glukosa darah. Nurse dan doktor Dewi pujuk saya supaya saya pergi jahit balik. Kata mereka, doktor di hospital lebih mahir. Saya takut tapi tak naklah luka ni ternganga. Doktor Maha pula suruh tengok dulu. Dekat rumah, saya pandai-pandai letak minyak gamat. Namun, luka saya semakin besar terbelah. Bila saya baca di internet, bukan semua keadaan sesuai diletak minyak gamat. Mungkin luka saya ni termasuk dalam keadaan tu kot. Menurut artikal tu lagi, jika salah, luka akan makin besar. Sebab, minyak gamat tu minyak. Apabila minyak terkena pada kulit yang luka, ia akan lembut dan cepat terkoyak. Jadi, sebelum letak minyak gamat lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi luka yang besar. Alamak, ni salah sayalah ni. Mujur doktor dan nurse tak tahu saya letak minyak gamat. Sebab saya just buka dressing yang dia orang buat tu sikit lepas tu saya tampal balik. Pandai-pandai jadi doktor sendiri, hambek ko. Sebenarnya, dari sebelum buka jahitan lagi saya dah mula letak minyak gamat. Hari Jumaat 13 Oktober, luka saya semakin teruk sedangkan ia kering. Doktor kata, dia tidak ada harapan untuk bercantum. Kebetulan kedua-dua doktor ada di klinik. Mereka berbincang sejenak. Akhirnya, doktor memutuskan untuk rujuk saya ke PPUM. Pada mulanya saya tak mahu pergi hari Jumaat tu sebab saya kena mengajar di Air Asia. Tapi, kaki saya terasa amat sakit apabila gos yang digunakan untuk dressing masuk ke celah luka saya. Fenomena ni sebenarnya berlaku sejak dua hari lepas. Tapi hari Jumaat tu, gos tu masuk makin dalam sebab luka tu dah makin dalam. Saya tak boleh berjalan sangat sebab luka saya sakit. Mujur doktor dah siap-siap bagi saya surat rujuk. Tak tahan dengan kesakitan tu, saya minta Kak Sha buka dressing saya. Kak Sha terkejut bila kain dressing tu masuk ke dalam luka saya. Saya menangis kerana sakit dan takut. Kak Sha, Kak Sariha, Kak Quin dan Aqilah pujuk saya. Mereka suruh saya pergi hospital hari tu jugak. Kata mereka saya kena bertindak cepat sebab saya tak banyak masa. Minggu depan saya akan ke Langkawi dan terus ke oversea. Macam mana nak pergi kalau kaki sakit? Saya minta Aqilah temankan saya ke PPUM sebab pasti En. Fairuz akan ke Air Asia dengan Kak Sha untuk cover saya. Aqilah setuju. Mendengarkan saya setuju untuk ke hospital, Kak Sha terus mencari boss yang sedang minum di kafeteria. Boss setuju untuk ganti saya ke Air Asia. Entah apa yang mereka bincangkan, Kak Sha bagi tahu saya, yang Kak Sha akan teman saya ke PPUM dan Aqilah akan bersama boss ke Air Asia. Saya rasa lega sebab pergi dengan Kak Sha. Memang itu sebenarnya yang saya nak. Bukan Aqilah tak bagus. Tapi Kak Sha tu macam mak-mak. Dia pasti pujuk saya kalau saya risau dan nangis. Lagipun dia matang. Pasti dia boleh beri pendapat kepada apa-apa yang patut di PPUM nanti. Dalam waktu-waktu macam ni, saya amat perlukan sokongan. Memanglah orang dengar macam tak serius sebab luka di kaki. Tapi bagi saya yang mengalami untuk kali pertama ni, saya risau dan takut sebenarnya. Boss pulak cepat-cepat panggil driver untuk bergerak awal supaya saya sampai awal di PPUM sebelum lunch. Kami naik kereta sama-sama dan drive drop saya dan Kak Sha di PPUM dulu. Sampai di PPUM, Kak Sha ambil kerusi roda untuk tolak saya. Saya kata tak perlu sebab saya bukan tak boleh jalan. Bila gos tak rapat dengan luka, saya bolehlah jalan. Kak Sha kata, disebabkan hujan, air bertakung. So Kak Sha takut air kotor tu masuk dalam luka saya. Saya terpaksa akur dengan cadangan Kak Sha. Sampai kat tangga, saya terpaksa berjalan sebab bangunan tu tak accessible. Kata Kak Sha, dah sampai dalam bangunan bolehlah jalan. Sebab dah tak ada takungan air. Sampai kat kaunter Ruka, kaunter bagi tahu, Ruka tutup. Petang nanti hanya untuk orang yang ada appointment je. Saya sedih dan termenung. Kak Sha terdiam. Mungkin dia juga sedang berfikir cara menangani masalah ni. Saya: Esok buka? Kaunter: Tak. Cik datang Isnin ya. Saya: Tapi kaki saya ni sakit. Jahitan saya terbuka. Kak Sha mengiakan. Kaunter: Oh ye ke? Kalau macam tu? Puan bawa dia terus ke Kecemasan. Kami lega. Tanpa berlengah, Kak Sha terus bawa saya ke Bahagian Kecemasan. Setelah berdaftar, saya diminta untuk check tekanan darah. Nurse yang bertugas minta tengok luka saya. Nurse kata memang besar. Katanya lagi, mungkin saya akan dijahit sekali lagi. Saya pasrah. Allah permudahkan urusan saya. Segalanya berjalan lancar. Tak ramai pesakit di emergency hari tu.

Saturday, November 18, 2017

Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan 4

Assalammualaikum readers, Malam ni mood nak layar internet dan tulis blog sampai. Ada seseorang call saya. Malas nak layan. Lagipun dia suami orang. Malaslah. Nanti dia tak boleh lupakan saya. Biar jelah telefon tu berdering kat situ. Meh kita sambung cerita Pulau Pangkor hari tu. Tak lama duduk di para, teksi pun sampai. Nama je teksi tapi yang datangnya van. Whateverlah. Yang penting saya cepat ke hospital. Karang kurang darah pulak. Hahaha... Kurang darah ke kalau setakat luka kat kaki? Entah, saya pun tak tahu. En. Mahathir: OK, teksi dah sampai. Jom Tinta. Saya cuba berdiri untuk berjalan sendiri. En. Mahathir: Tak payah bangun saya angkat. Saya: Tak apalah. Tinta boleh jalan sendiri. En. Mahathir: Tak payah. Saya angkat. Saya: Saya boleh. Saya tak nak nanti orang kata saya saja mengada-ngada dengan En. Mahathir. En. Mahathir: Cepat, cepat, cepat. Pasir ni. Nanti masuk pasir pulak dalam luka tu. Tak sempat untuk saya buat apa-apa, En. Mahathir terus mengangkat saya. Kali ni dalam posisi seolah-olah saya telentang. Kedua-dua tangannya menampung tubuh saya. Takut jatuh, sebelah tangan saya memaut lehernya. Kata En. Mahathir, dukungan ini gaya Aaron Aziz angkat Maya Karin. Ada-ada je dia tu. Ya Allah, jauhkan saya dari fitnah. Perasaan bercampur-baur. Sedih, malu dan terharu. Dalam van, En. Mahathir ajak saya berbual. Saya tahu, dia risaukan saya sebenarnya. Dia tak nak saya diam. Takut saya pitam. Dia siap buat lawak lagi. En. Mahathir: Tinta jangan takut. Saya ada. Dia cuba menenangkan saya. Sebenarnya saya risau, takut kena jahit. Jauhkanlah, saya tak nak. Saya pura-pura OK. Tapi En. Mahathirkan manager HR. Dia seorang pemerhati yang bagus. Sebelum ni pun saya simpan kemas kesedihan saya dia mampu mengesannya. Apatah lagi dalam keadaan macam ni. Van berhenti betul-betul di hadapan Klinik Kesihatan Pangkor. Saya: Kat sini saya boleh jalan. En. Mahathir: Macam mana Tinta nak pakai selipar? En. Mahathir pakai selipar saya yang kecik baginya sebab dia tak jumpa cari selipar dia. Mungkin sebab panik waktu kat pantai tadi. Saya: Saya kaki ayam je. Macam mana nak pakai selipar dengan kaki berbalut tuala tebal ni? En. Mahathir: Tak payah, saya angkat. Hah??? Angkat lagi? Dia terus mengangkat saya seperti gaya Aaron Aziz tadi. Dia minta driver van tolong bukakan pintu klinik. Kedatangan kami disambut beberapa orang petugas. Mungkin mereka memang ditugaskan di luar waktu pejabat untuk tunggu sedia. Nurse meminta En. Mahathir letakkan saya di salah sebuah katil. En. Mahathir teragak-agak sebab baju saya basah. Nurse kata tak apa. Letak je. En. Mahathir tunggu kat luar setelah memberitahu apa yang berlaku kepada nurse. Seorang nurse menghampiri saya. Saya berdebar. Saya amat mengharapkan agar nurse cakap, "Luka kecik je ni. Tak ada apa ni," Nurse mula membuka balutan kaki saya yang dibalut boatman tadi. Nurse: Besar luka ni. Dalam pun dalam. Mungkin kena jahit ni. Tengok apa doktor cakap kejap lagi. Doktor on the way. Saya diam kehampaan tapi masih berlagak tenang. Nurse: Macam mana boleh jadi macam ni? Saya: Kayak terbalik. Nurse: Kita cuci luka dulu. Saya nak keluarkan pasir dari luka ni. Ada banyak pasir masuk ni. Kita kena keluarkan pasir dulu takut kuman. Ya Allah, mesti sakitkan? Luka ni dahlah pedih, lagi nak keluarkan pasir dari dalam luka ni? Mujurlah tadi En. Mahathir angkat saya. Kalau saya jalan sendiri kat pantai tadi, mesti lagi banyak pasir masuk. Nurse: Tahan sikit eh. Pedih sikit ubat ni. Lagi pun kita nak keluarkan pasir. Saya: OK. Nauzubillah. Memang pedih yang amat. Berkerut muka saya menahan kepedihannya. Saya merintih pedih sambil mengetap gigi. Nurse: Kejap eh. Sikit je lagi. Kalau tak doktor tak boleh jahit. Kuman ni. Kalau biar lama pasir kat dalam ni takut effection nanti. Saya terus bertahan sambil muka berkerut dan kedua-dua tangan saya saling berpaut mencari kekuatan. Beberapa ketika kemudian. Nurse: OK. Sudah. Tapi pedihnya tetap terasa. Nurse: Cik, saya cucuk kancing gigi sikit ya. Takut batu karang tu kotor. Cik tahan ya. Cucuk ni sakit sikit. Lepas tu lengan akan rasa lenguh. Hadoi, ada lagi ke yang kena rasa sakit ni? Dahlah sakit kat kaki tak kurang lagi. Nurse mula menyuntik lengan saya. Tak adalah sakit sangat. Tak lama kemudian, doktor pun sampai. Debaran kian terasa. Harap doktor kata tak perlu jahit. Doktor menghampiri saya bersama nurse. Doktor melihat luka saya. Doktor: Macam mana boleh jadi macam ni? Saya: Saya main kayak. Kayak saya terbalik. Doktor: Orang lain, kena batu karang kat tapak kaki. Macam mana awak boleh luka kat atas kaki? Kena kat tapak kaki? Macam mana orang lain boleh kena batu karang kat tapak kaki pulak? Batu karang tu kan kat tengah laut dalam. Macam mana dia orang boleh pijak batu tu? Tanah pun tak jejak. Fikir saya dalam hati. Ish, apa punya soalan doktor ni? Dia ingat saya kena dera ke apa? Saya: Benda ni kat laut dalam. Kayak terbalik. Mula-mula kaki saya masuk ke dalam air. Saya pusing badan saya untuk tukar posisi. Saya nak berenang ke bot. Kaki saya tergeser kat batu tu. Doktor nak saya buat demo ke macam mana saya jatuh. Saya mula menyengetkan badan saya. Orang tengah sakit, dia banyak tanya pulak. Geram betul saya. Doktor: Tak payah, tak payah. Doktor ketawa. Saya senyum. Hmmm... Kan dah kena. Dahlah dia tanya macam lawak. Kena lawak balik dengan saya. Doktor: Kita jahitlah. Saya: Kalau tak jahit, tak boleh ke doktor? Doktor: Boleh. Tapi, nampak tak cantik. Parut dia besar. Saya termenung. Doktor: Nak jahit ke tak? Saya: Doktor rasa? Doktor: Jahit. Saya: Kalau jahit berparut tak? Doktor: Kedua-duanya ada parut. Bezanya, kalau tak jahit, parut dia besar. Kalau jahit, parut dia kecik je dan cantik. Amboi, bila pulak parut tu cantik? Kalau dah berparut tu mestilah tak cantik. Saya: Ikut doktorlah. Nurse: Saya dah cuci dan keluarkan pasir. Doktor menolak peralatannya dengan dibantu nurse. Doktor: Saya nak inject bius. Sakit sikit ya sebab kita cucuk kat kaki. Adoi, sakit lagi ke? Memang sakitpun suntikan ni. Kakikan tak banyak isi. Doktor membiarkan saya beberapa ketika. Doktor datang dan menyentuh kaki saya. Doktor: Sakit tak? Saya: Tak. Doktor mengambil sesuatu dari trolinya. Tak lama lepas tu saya rasa macam tangan doktor main-main kat kaki saya. Doktor mula berbual dengan saya. Saya: Doktor tengah buat apa tu? Doktor: Saya tengah jahitlah ni. Sakit ke? Saya: Taklah. Rasa geli sikit. Doktor ketawa kecil. Lantaklah apa doktor lelaki ni nak fikirpun. Doktor mula tanya saya macam-macam. Rupanya, doktor ni pun lulusan UiTM. Saya: Doktor, agaknya, minggu epan saya boleh main basikal tak? Doktor: Tak boleh. Amboi, dengan rasa tak bersalah selamba je dia jawab. Doktor: First time ke datang Pangkor? Saya: Taklah. Dah banyak kali. Tahun lepas pun ada. Tahun lepas tu berkayak jugak. Dari kecik lagi saya datang Pangkor ni. Doktor: Cantik souvenir. Saya blur. Souvenir apa pulak doktor ni? Seakan dapat membaca fikiran saya. Doktor: Souvenir dari Pangkor. Oooo... Dia perli saya rupanya. Saya ketawa. Nak buat macam mana. Doktor pun ketawa. Doktor ni memang lawak la. Saya: Berapa lama agaknya luka ni sembuh doktor? Doktor: Dua minggu. Saya: Agak-agaknya kalau saya pakai booth musim sejuk boleh tak doktor? Doktor: Nak pergi oversea ke? Saya: Ha'ah. Doktor: Bila? Saya 24 HB ni. Doktor: Boleh. Saya: Apa yang saya tak boleh makan doktor lepas jahit ni? Doktor: Benda gatal. Telur, seafood, kalau boleh tak payah dulu. Sementara bolehlah. Pujuk hati saya sendiri. Doktor: Ni sakit sikit eh. Bahagian ni kulit total lost. So, saya kena tarik kulit tepi ni untuk tutup. Lagi pun kawasan ni tak kena bius. Wow! Sedapnya saya dengar. Asyik ayat sakit sikit je hari ni saya dengar. Yang menanggungnya saya. Tak payah cakap sakit sikitlah. Cakap je sakit. Kalau dah tak bius tu, memang sakitlah kan? Nurse: Ni kalau tak bius, macam nilah sakitnya. Serentak itu saya terasa kesakitan yang amat di kaki saya. Doktor sedang buat jahitan terakhirnya di luar kawasan bius. Wau, wau, wau, sakitnya Tuhan je yang tahu. Alah, manja sangat kau ni. Sakit sikit je. Kata hati sendiri.Tapi memang sakit. Bercampur dengan sakit luka terbelah tu. Doktor menyudahkan jahitannya. Doktor: Buat dressing. Memberi arahan kepada nurse. Doktor: Nanti cuci ya jahitan ni. Saya: OK. Entah macam mana nak cucipun tak tahu. Saya: Terima kasih, doktor. Doktor: Sama-sama. Doktor meninggalkan saya bersama nurse. Kata En. Mahathir, doktor jumpa dia dan bagi tahu dia yang dia dah jahit kaki saya supaya cantik. Boleh pulak macam tu? Apa-apalah doktor. Habis buat dressing, saya keluar dan duduk dengan En. Mahathir sambil tunggu ubat. Selesai semuanya kami terus balik ke hotel. Orang lain belum balik lagi. So, kami lepak kat lobi. Dalam group whatsapp ramai yang bagi semangat kat saya supaya sembuh cepat dan bagi kekuatan kat saya. Kebanyakannya whatsapp ni dari orang yang tak join trip kali nilah sebab yang berkayak semestinya tengah berkayak kat tengah laut. Saya tak rasa sakit. Mungkin sebab ubat bius masih berfungsi. Malamnya, jam 12.00 pagi, kaki saya kian terasa sakitnya. Sakit sangat. Muka saya mula berubah menahan sakit. Kats suruh saya makan ubat tahan sakit yang doktor bagi cepat. Katanya, dia nampak muka saya lain. Sebelum tu dia siap pesan kat saya, kalau sakit bagi tahu dia. Belum sempat bagi tahu, dia dapat baca dari air muka saya yang menahan sakit. Sakit rupanya kena jahit ni. Bukan main-main sakitnya. Ni baru kaki. Orang bersalin, buat pembedahan besar tu macam manalah agaknya. Patutlah dalam sesetengah kes pesakit diberi morfin. Memang dahsyat sakitnya. So, tamatlah cerita Pangkor saya yang penuh dengan tragedi kali ni. Nanti saya sambung cerita fasal kaki saya yang berjahit tu.

Tuesday, November 14, 2017

Hari Marah Sedunia

Assalammualaikum readers, Straight to the point. Hari ni saya sangat marah. Awal-awal pagi saya masuk office, dapat email entah apa-apa. OK stop. Yang tu saya cerita lain kali. Lepas tu, boss saya ingatkan saya fasal Asia Football yang akan kami anjurkan menerusi MBSA Disember nanti. Bercakap fasal sukan ni, semestinyalah boss Bahagian Sukan yang jumpa saya. Boss Accessibility pulak minta saya siapkan laporan carnival hari ni jugak. Saya dah siap semalam cuma kira-kira saya tak dapat masukkan lagi sebab my staff sedang kira. Akaun asyik tak balance. Saya faham, buat akaun ni, tak boleh stress. So, ada data yang saya nak, saya just cakap dengan my assistant untuk sediakan. Tapi saya cakap dengan dia, "take your time. Don't rush because of me," Biar dia settlekan kerja akaun dulu. Yang saya nak tu, simple je. Lepas tu boleh buat. So, I cannot complete my report. Actually my staff ni bagus orangnya. Dia cuba untuk penuhi semua atasan dia punya kerja. Saya tak nak dia stress. Akaun ni kalau salah susah. Fasal saya dengan boss, tahulah saya nak cool down kan dia dan bagi dia confident yang saya boleh hantar report tu sebelum NCBM's Council meeting esok. Orang selalu kata saya garang. Tapi orang tak pernah bekerja dengan saya. Saya garang ada masanya. Kalau orang beralasan, tak bersungguh-sungguh, memanglah saya marah. Tapi saya ni bermula dari bawah. Saya tahu perasaan orang bawahan. Takkanlah saya nak simply marah dia tanpa sebab yang munasabah. Tak percaya, tanyalah assistant saya. Apa yang saya marah, dan apa yang saya tak marah. OK, back to boss sukan. Boss pesan kat saya, jangan lupa contact kementerian sekian, sekian. Dia ni pangkat mejar dalam tentera. Tahu jelah. Buat kerja dengan dia, semua kena cepat. Dan reputasi saya setakat ni Alhamdulillah. Jarang tak siap tepat pada masa. Saya tak sedap kalau boss cakap banyak kali. Saya takut boss fikir saya tak buat kerja. So, saya contact la kementerian tu. Lepas saya send email minggu lepas, sampai hari ni saya call tak berjawab. Pantang saya mengalah. Akhirnya, panggilan saya patah balik ke operator. Saya Tanya dia, selain dari Si Pulan, dengan siapa lagi saya boleh bercakap. Sebab masa tak banyak dan benda ni melibatkan Asia, bukan dalam negeri, bukan Malaysia. Bukan imej office je jatuh, imej Malaysia pun akan terpalit. Operatorpun bagi saya nombor sambungan lain. Saya cuba satu-satu nombor sambungan yang diberi. Akhirnya, adalah yang menjawab. Saya rasa teramat bengang apabila diberitahu PA yang saya call tak dapat-dapat tu ada je duduk kat tempat dia. Kau rasa? Orang cakap saya macam-macam. Suka marah, garang. Cubalah korang letak diri korang kat tempat saya. Saya banyak benda nak buat. Semua orang nak cepat bila minta sesuatu dari saya. Lepas tu, saya hanya ada di office separuh hari je, lepas tu kerja saya di Air Asia. Cubalah letak diri korang kat tempat saya. Korang marah tak bila korang tahu, orang buat korang macam saya kena ni? Saya dah lama tahu orang kata saya garang, berlagak. Kalau jadi boss saya akan lebih berlagak. Hei, kalau korang tak pernah bekerja dengan saya, tak pernah tengok saya berurusan dengan pihak luar, jangan cakap banyak. Kalau perangai saya ni buruk, tak adalah orang-orang yang biasa deal dengan saya mengeluh bila saya tak deal lagi dengan dia orang. Ada yang call saya kenapa saya tak kekal di PR? Dia orang lebih suka deal dengan saya. Mujurlah yang ganti saya tu, nak belajar. At least, tak adalah teruk. Yang suka cakap saya bukan-bukan ni komuniti saya je. Sayapun tak faham kenapa dengan dia orang ni. Apalah yang dia orang nak dari saya? Semua saya buat, ada jelah yang tak kena pada mereka. Sambung: Penjawab telefon tu minta saya hubungi Si Pulan tu balik. Saya dengar dia cakap dengan Si Pulan saya dari sekian-sekian call. Dan saya dengar Si Pulan tu jawab apa dia cakap. So, walaupunhati membara, saya call Si Pulan then dia jawab. Cuba teka apa saya buat? Marah dia? Basuh dia? Sembur dia? Tak, saya bukan orang yang macam tu kalau dalam urusan kerja. Saya tahu, saya ada nama office yang perlu saya jaga. Marah macam manapun saya, saya tetap bercakap dengan baik dan lemah-lembut. Saya tak tanyapun dia kenapa tak jawab call saya. Kami bercakap baik. Saya tahu bagaimana jadi professional dalam bekerja. Ni bukan kali pertama tau saya kena macam ni. Enam tahun saya kerja kat sini. Enam tahun saya kena hadap macam-macam ragam terutamanya ragam orang kerajaan ni. Lima tahun berturut-turut, saya berurusan dengan pejabat kerajaan negeri setiap negeri di Malaysia. Korang bayangkan macam mana azabnya saya berurusan dengan dia orang yang lambat proses, tak jawab call, pas saya sana-sini. Korang boleh sabar ke nak hadap benda tu semua? Yang management pulak tahu nak cepat, nak jawapan. Sedangkan kita yang berurusan ni, susah nak dapat feedback. Tapi pernah ke? Pernah ke saya marah mereka semua? Saya cuma marah dalam blog, FB, tu pun saya tak sebut kementerian mana, nama apa. Marah dan luahkan pada kawan. Sampai Hadisah pernah cakap, saya sangat pandai berlakon dalam hal-hal macam ni. Marah amat sangat, tapi bila bercakap dengan orang yang saya marah tu, baik je. Lembut sangat. Hadisah selalu gelak bila saya marah-marah, tapi bila orang jawab call saya, bercakap macam tak ada apa. Dan kawan office pernah cakap, dia orang tak tahu macam mana saya boleh sabar buat follow up sampai dapat jawapan atau apa yang office nak. Cubalah korang fikir pakai akal korang yang bijak pandai tu. Kalau saya ni marah orang tak tentu fasal, takkanlah management Nampak saya je bila nak buat follow up? Mestilah dia orang dah band saya supaya tak berurusan dengan orang luar. Ni makin disuruhnya saya berurusan dengan orang luar. Makin diletaknya saya kat department yang deal dengan kerajaan dan public. Mungkin yang bercakap tu kononnya dah kerja bagus, kerja company besar or kerajaan yang stabil. So, kalau tak buat kerjapun tak ada siapa nak ambil tindakan. Sedangkan saya? Saya kat sini macam staff lain. Bila-bila masa orang boleh panggil, orang boleh bagi warning kalau tak perform, hatta orang nak buang saya pun boleh. Tulah bezanya saya dengan orang-orang yang mengata saya. Setiap hari saya fikir macam mana nak tingkatkan mutu kerja saya. Saya fikir macam mana nak bagi service yang terbaik kepada office ni. Saya sentiasa cari jalan agar saya dapat setanding dengan staff lain kat sini. Dan, management sini, tidak ada istilah maaf bagi saya kalau tak siap something. Sayapun kena jugak macam orang lain kat sini. So, kalau nak bercakap tu, jangan ikut sedap mulut, cuba duduk kat tempat saya. Cuba korang fikir, dalam satu masa, banyak kerja dan arahan datang serentak dan semuanya perlukan focus dan perhatian. Contohnya esok, saya kena betulkan balik report awal pagi sebab dia orang nak meeting, Saya kena buat follow up lagi dengan dua agensi kerajaan sedangkan boss asyik Tanya je apa progressnya. Saya baru dapat arahan untuk masuk meeting pagi esok jugak sebab kena ambil dan buat minit. Padahal kalau saya tak adapun tak apa. Lepas tu, meeting tak tahu habis pukul berapa. 12.30 saya dah kena gerak pergi Air Asia. 4.30 petang baru sampai office balik. Minit mesyuarat ada beberapa lagi belum siap sebab minggu lepas sibuk dengan kerja untuk kemas dan buat apa yang patut lepas carnival dan pergi Air Asia. Kalau saya seharian di office tak apalah. Mungkin banyak kerja yang boleh selesai. Korang tahu tak ada waktunya, saya terpaksa buat kerja guna laptop dalam kereta pergi dan balik Air Asia? Korang tak tahukan macam mana saya bekerja. So, bila saya luah perasaan korang cakap macam-macam. Saya tahu ada yang kata saya berlagak bila dapat pangkat. Besar sangat ke pangkat saya ni? Saya masih saya yang dulu. Tegas, cakap terus-terang, kalau ya kata ya, kalau tidak kata tak, itu semua sikap saya dari saya jadi assistant lagi. Kalau saya berlagak tak adalah stor pun saya kemas sama-sama dengan assistant saya. Sebab tu saya boleh slow talk dengan boss saya bila dia nak sesuatu kerja tu buat dalam masa satu hari, kalau tak boleh saya kata tak boleh. Saya buat semua kerja. Bukan kerja boss-boss je saya buat. Bila saya bising orang kata saya berlagak. Habis yang korang tu diam, tapi sombong dan berlagak tu, korang tak sedar. Sibuk mengata orang. Tapi lupa nak cermin diri sendiri. Tulah manusia, kuman seberang laut Nampak, gajah depan mata tak Nampak. Saya bissing, tapi saya buat apa yang saya kena buat. Saya masih tahu lagi apa yang patut dan apa yang tak patut. Saya tak pernah mencari tahu fasal korang macam korang sibuk mengata saya. Selalu terkejar-kejar dengan masa tak sempat nak ambil tahu fasal orang. Orang tetap pandang rendah kat saya. Sebab apa? Sebab kerja di NGO. At least, saya penuhi tugas saya dengan padat. At least, saya fully use by NGO yang korang pandang cikai ni. Tak adalah gah pada nama jawatan je. Sekurang-kurangnya saya dapat menyumbang sepertimana diskripsi jawatan saya. Biarlah tak bekerja di company besarpun. Tu tak penting. Yang penting saya rasa office ni memerlukan saya.

Saturday, November 11, 2017

Bukan Sombong

Assalammualaikum readers, Nak pergi Melaka tak jadi, kita tulis blog je la. Bercakap fasal sombong tak sombong ni, persepsi saya pada orang yang dikatakan sombong dah berubah. Kalau dulu, saya akan pandang slack pada orang yang dikatakan sombong. Tapi bila saya fikir balik dan berdasarkan pengalaman sendiri, kadang-kadang, kita bukan nak jadi sombong. Tapi keadaan dan orang yang memaksa kita bersikap demikian, untuk protact diri kita. Golongan paling ramai kena dengan saya adalah golongan lelaki. Kenapa? Sebab dia orang ni suka jual minyak. Saya tak suka. Sudah, sudahlah tu. Saya dah malas layan benda-benda macam ni. Korang sebenarnya tak ikhlas pun dengan saya. Korang sekadar nak main-mainkan saya. Tolonglah jangan buang masa saya. Daripada melayan korang, lebih baik saya buat benda yang saya suka dan menyeronokkan. Atau pun untuk membina kerjaya saya. Saya letih, letih dan letih. Tak payah nak mengayat saya. Minyak Wangi sayapun dah banyak, so saya tak perlukan minyak korang. Pergilah jual kat perempuan lain yang minat nak beli. Ketika saya tulis blog ni, saya sedang rasa rimas, rasa malas layan dan rasa macam nak lari ke suatu tempat baru yang tak ada orang kenal saya. Kenapa? 1. Suami orang yang merayu cinta saya. Minta maaf, antara hati lelaki dan perempuan, setakat ni, saya memilih untuk jaga hati perempuan. Awak cakaplah, awak tak bahagia ke, wife awak tak seperti yang diinginkan ke, selagi awak tu bernama suami orang, saya takkan bagi peluang. Dan kalau awak duda disebabkan sayapun, sorry, saya lagi akan menjauh. Hari ni masa jadi suami dia awak kata jatuh cinta kat saya. Esok kalau jadi suami saya, jatuh cinta kat siapa pulak eh? Kata suka saya dari dulu. Tapi kalau betul, kenapa tak pernah cuba masa bujang dulu? Bila dah kahwin baru nak try? Nampak tak permainannya di situ? Kalau dulu pernah try, kata minat dah bertahun lepas tu kahwin dengan orang lain, betullah jodoh. Hmmm... Saya bukan budak lagilah. Kalau 10 tahun lalu nak cakap macam tu dengan saya, bolehlah. Tak payahlah sibuk-sibuk nak tambat hati saya. Jagalah rumahtangga awak tu elok-elok. Anak dan isteri awak tu perlukan awak. Jangan risaukan saya. Tahulah saya uruskan hidup saya. Banyak kali saya cakap kita kawan. Tapi macam tak faham. Bila dia call kita jawab, makin menjadi pulak. Malaslah nak layan. So, orang nak kata apa? Nak kata saya sombong? Katalah. Apa lagi pilihan yang saya ada selain dari tak layan dia? Layan lepas tu rosakkan rumahtangga orang. Macam tu? Nanti orang kata pulak, perosak rumahtangga orang. Semua kita buat, semuanya salah. 2. Ada lelaki bagi saya plaka Tembok Besar China. Siap tulis nama saya lagi. Mulanya saya tak perasan plaka tu ada nama saya. Dia call Tanya, baca tak kat plaka tu ada nama saya? Ya, betul ada nama saya. Saya Tanya dia, awak naik ke tembok tu? Naik katanya. "Habis tu kenapa tulis nama saya?" "Tanda saya ingat kat awak. Jauh manapun saya pergi, walaupun saya yang naik, saya tulis nama awak sebagai tanda ingatan saya kat awak. Tak kisah kalau nama saya tak ada. Saya buat nama awak je," Manis tak bunyinya? Pick up line yang boleh buat perempuan rasa terawang-awangan kan? Tapi saya amat kenal perangai dia. Sudah, sudahlah tu. "Ya ke?" Jawab saya acuh tak acuh. Dalam hati: "Entah betul entah tidak," Allah tu Maha Kuasa. Dia sentiasa menjaga saya dan menyelamatkan saya. Allah tunjukkan kebenarannya. Kawan saya bagi tahu dia dapat plaka yang sama dan bertulis nama dia. Dengan kawan saya, dia kata kawan saya dengan ada sorang lagi kawan je yang dapat. Subhanallah, kau ni memang penipulah. Memang habis terus raspek saya kat dia. Dahlah sebelum ni pun raspek saya dah hamper habis. Ni pun lagi sorang. Kalau dah jadi suami orang, buat perangai macam suami orang. Masa kau nak jadi kasanova dah habis. Tak kisahlah kalau awak tu cinta pertama saya pun. Orang kata, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Saya tak nafikannya. Tapi, sekejap je saya setuju dengan kata-kata tu sebab, cinta saya buat dia dah mati. Tak ada lagi yang tinggal. Siapa yang gilakan perhatian dari lelaki yang berwajah kacak dan sado tu ambillah. Saya dah tak kisah. Siapa konon nak rasa dibelai dengan kata-kata romantic tu, silakanlah. Saya tak cemburu pun. Siapa nak ada boy friend yang kononnya banyak duit tu pergilah. Sikit pun saya dah tak rasa apa. Sebab apa? Sebab dia dah main-mainkan saya dah banyak kali. Ayat romantic macam manapun yang dia tuturkan tidak lagi mampu membuat hati saya tertawan. Minta maaflah. Hati saya dah hancur dan tiada lagi saya sandarkan harapan buatnya. Kalau dia call pun saya dah lama malas nak jawab. Sombong ke saya? Sekali lagi, apa pilihan yang saya ada? Lebih baik saya jaga hati saya daripada dihampiri dan disakiti lagi. Awak jaga jelah hati isteri awak dan hati perempuan-perempuan yang tergila-tilakan awak. Ada jugak perempuan yang rela buat hubungan dengan kekasih orang di belakang masa saya dengan dia dulu. Bukan saya tak tahu, ada perempuan yang diam-diam menghampiri dia dan dilayan. Lepas tu dua-dua berlakon macam tak ada apa. Siap perempuan tu bercerita lagi pada orang, yang saya tak tahu bahawa dia rapat dengan boy friend saya. So, sekarang, kita dah tak ada apa-apa. Pergilah nak ngorat siapapun. Dan siapa yang nak pun, pergilah. Saya dah tak nak tahu tentang dia. Bukan sombong tapi dia terlalu banyak menyakitkan hati saya. Dahlah, penatlah tulis. Nak pergi cari makan pulak. Mihun sup, jangan tak buka kedai pulak si Dad ni. Takkan nak makan Secret Recipe lagi?

Wednesday, November 8, 2017

Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan 3

Assalammualaikum readers, Haaaa... Baru ada kesempatan nak update blog. Mana taknya, kesibukan yang terlampau. Rehatpun tak cukup. Karnival dah habis, OK la sikit. Tapi dah beratur email masuk memerlukan komitmen seterusnya. Tak apa, saya masih OK untuk semua kesibukan ni. Cerita Pulau Pangkor pun tak habis lagi kan? Meh sini kalau masih berminat nak baca. En. Mahathir bersusah-payah angkat kayak ke dalam bot dibantu boatman. Sedang saya, menahan kepedihan kaki yang tak terhingga. Saya tahan supaya tak menangis. Saya tak nak orang risaukan saya. Saya lebih suka berlakon seolah tak ada apa yang berlaku. En. Mahathir duduk jauh dari saya. Kenapa dia tak datang tengok luka saya? Tanya saya dalam hati. Rupa-rupanya, kata En. Mahathir, air yang bertakung di lantai bot dah jadi macam darah ikan kena siang. Mungkin dia tak boleh dengan darah kot. Bot semakin menghampiri daratan. Boatman memberitahu kawannya yang saya perlu dihantar ke klinik. Mungkin perlu dijahit. Aduh, tak payahlah ulang fasal jahit tu. Saya takut sebenarnya. Tapi kalau terpaksa, saya pasrah. Boatman: Saya hantar kakak ni pergi klinik. En. Mahathir: Saya ikut. Boatman: Tak boleh. Sebab saya nak hantar naik motor. Kita orang tak ada kereta. Alamak, nak naik motor dalam keadaan macam ni? Resah saya dalam hati. En. Mahathir: Tak boleh. Saya kena ikut. Tak payah naik motor. Saya akan hantar dia naik teksi. Saya hanya diam mendengar perbualan mereka. Apa yang baik bagi mereka, baiklah bagi saya. Saya ikut je. Bot diberhentikan tanda tiba di daratan. Boatman: Bang, abang kena dukung kakak ni? What?! Dukung??? Gila!!! Tak nak! Tak mungkin kena dukung. Harap En. Mahathir tak bersetuju. Jangan buat fasal. Saya tak nak. En. Mahathir: Dukung? Boatman: Ya, abang kena dukung dia. Kaki dia teruk. Darahpun mengalir lagi tu. En. Mahathir diam. Saya menanti jawapannya dengan penuh debaran. Takkanlah En. Mahathir sanggup dukung saya. Gila apa. Saya tak naklah. En. Mahathir turun dari bot dan terus menghampiri saya yang masih setia di tempat duduk saya di bahagian tepi tangga bot. Saya rasa sedih. Apa akan jadi lepas ni? En. Mahathir: Tinta, saya angkat Tinta. Suara En. Mahathir perlahan dan lembut. Tak mungkin! Saya takkan benarkan ianya berlaku. Gila apa? Saya ni perempuan, dah dewasa. Malulah saya. Jatuh reputasi saya hahahaha... Dia tu pulak lelaki. Oh no!!!! Saya: Tak apalah En. Mahathir, Tinta rasa, Tinta still boleh jalan. Tinta boleh jalan lagi. Tinta OK. Jawab saya tenang supaya semua orang percaya yang saya masih OK dan boleh berjalan sendiri. En. Mahathir: Tak, Tinta tak boleh. Bawah ni air. Kaki Tinta luka teruk. Darah banyak. Nanti kalau kena air masin ni lagi pedih. Saya termenung sejenak. Ada kebenaran dalam kata-kata tu. Sedangkan sekarang ni pun kaki ni dah pedih benar. Apa lagi kalau kena air masin. En. Mahathir: Jom saya angkat. Saya terkejut. Takkan angkat sekarang? Saya: Jap. Sambil cuba untuk mencari posisi agar mudah diangkat. Saya cuba bangun. En. Mahathir: Tak payah bangun. Saya angkat sekarang. Saya: Sekarang? Kan ada palang ni? En. Mahathir: Tinta just duduk macam tu je. Biar saya yang angkat. Boleh ke? Karang jatuh karang. Tambah satu lagi sakit saya ni. Tahulah dia tu tinggi. En. Mahathir terus mengangkat saya dari tempat duduk bot melepasi palang dengan disaksikan boatman dan beberapa orang yang ada di sekitar itu. Saya diangkat dalam posisi seolah-olah mendukung baby iaitu berhadapan. Saya cuba menjarakkan diri saya dengannya agar tubuh kami tidak bersentuhan. Takkan saya nak peluk dia kot. Mulanya saya tak mahu berpaut pada lehernya. Tapi bila rasa saya melendut ke bawah, saya terpaksa berpaut dan tubuh kami terpaksa bersentuhan. Ya Allah, saya sungguh tak selesa dengan keadaan ni. Saya malu. Rasa nak nangis. Mungkin kerana seluar renang yang saya pakai ni licin menyebabkan saya mudah tergelongsor ke bawah. Bak kata dia, cara dukung ni, cara Hail Amir dan Uji Rashid. Sempat dia melawak bila saya habis dijahit. Saya: En. Mahathir letak je Tinta lepas air ni. Tinta boleh jalan sendiri. En. Mahathir: Tak apa, tak apa, tak apa. Sikit je lagi. Kata sikit je lagi. Tapi lama je dia ni dukung saya. Bila nak letak ni? Saya tak nak susahkan dia. Kesian kat dia. Lagipun posisi ni buat saya rasa malu. Muka dah tebal berbelas inci. Darah merah serasa meruap ke muka. En. Mahathir: Tinta duduk kat para ni kejap. Kita tunggu teksi sampai. Tinta bertahan kejap. Katanya sambil meletakkan saya di atas para. Saya lega. Cukuplah sampai sini hari ni. Esok kita sambung. Kalau tak esok, lain kalilah.