SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, March 6, 2017

Bila Saya Mula Bersiap

Assalammualaikum readers, Hai, selamat pagi semua. Semoga segalanya dimulai dengan hari yang baik. OK, Alhamdulillah, saya rasa hari-hari saya mula kembali seperti dulu. Mentari pagi serasa baru menjenguk maya hidup saya. Apabila saya mula sibuk dengan alat-alat mekap, tu bermakna Tinta Emas yang sebenar mula kembali meskipun hatinya telah remuk-redam. Bila saya mula pakai tudung belit-belit, maknanya, perangai sebenar saya mula timbul. Semua tudung saya nak belit hatta tudung bawalpun saya belit-belit. Malam tadi, saya ada cipta satu cara pakai tudung bawal yang baru. Esok, saya nak pakai dan Tanya budak office ni, OK ke tak? Kalau OK, bertambahlah satu lagi cara pakai tudung saya. Kalau tak OK, saya akan cipta cara lain pulak, sampai saya dapat fomular pakai tudung yang cantik. Kui, kui, kui, walaupun, tuannya tak berapa cantik. Hehehehe... Hmmm... Akaun Youtube dah ada, cuma nak upload cara pakai tudung je belum berkesempatan. Nak buat tutorial sikit. Hahaha biarlah tak ada orang nak tengokpun. At least, kalau ada orang Tanya macam dulu-dulu macam mana pakai tudung macam ni? Saya boleh suruh je dia orang tengok kat Youtube. Kenapa tak pakai tudung belit baru tu hari ni? Sebab baju yang saya nak pakai tu untuk Air Asia esok.

No comments: