Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, March 10, 2017
Make Up Remover
Hati terkenangkan Lancôme make up remover pulak. Macam best je make up remover yang Simon pakaikan pada saya tempoh hari. Tak boleh jadi ni. Saya kena dapatkannya.
Make up remover adalah satu elemen penting dalam menjaga kecantikan. Jangan pandang remeh kepada perkara ni ya adik kakak. Janganlah waktu mekap je muka kita cantik dan berseri, bila mekap tanggal, hilang segala seri. Tak nak ya, tak nak macam tu. Kalau boleh, biarlah kita cantik masa mekap dan masa tanpa mekap. Nak-naknya korang yang ada suami. Takkanlah nak tidur malampun nak mekap kan? So, bila tak ada mekap tu, harapnya suami masih tak jemu pandang korang.
Orang yang cantik tu Alhamdulillah, Allah bagi korang cantik walaupun tak bermekap. Tapi, kita still boleh cantik walaupun kita tidak dianugerahkan wajah yang cantik semula jadi. Paling penting kulit. Bila kulit kita segar, maka insya-Allah, kita akan kelihatan cantik. Untuk kulit cantik jangan lupa minum air banyak-banyak. Secukupnyalah. Jangan over pulak.
Kalau barangan mekap nak yang elok, belilah make up remover yang elok jugak. Dan pastikan cara kita membersihkanpun teliti dan cermat. Make up remover ni termasuklah lip dan eye make up remover ya. Sayangilah kulit kita.
Kalau saya, macam mana lama saya mekap, begitulah lamanya saya menanggalkan mekap. Diam tak diam, hamper setengah jam jugak saya tanggalkan mekap. Tu tak masuk lagi cuci pakai cleanser.
Orang selalu bertanggapan salah tentang mekap. Dulu saya selalu dengar, orang kata, jangan mekap, nanti wajah Nampak tua. Sebenarnya tidak. Ianya bergantung kepada penjagaan kita.
Saya jugak selalu dengar orang cakap, jangan amalkan pakai lipstick, nanti bibir jadi hitam. Pun sebenarnya tidak.
Tapi kalau boleh elakkan daripada memakai water proof lipstick secara kerap. Sebab dia akan menyebabkan bibir senang berbirat kalau tak dicuci dengan teliti.
Untuk mengelakkan bibir menjadi hitam, sentiasalah cuci bibir kita dengan lips remover. Kenapa? Sebab, warna lipstick akan menyerap ke dalam kulit bibir kita. Warna-warna yang terkumpul secara tidak kita sedari inilah yang akan membuatkan bibir menjadi hitam. Kalau nak ikutkan, setiap kali kita nak tambah lipstick pun kita kena cuci dulu sisa lipstick yang tinggal dengan lips remover. Kalau kita tambah je macam tu, memang lamalah kita kena cuci nanti.
Saya dah buat penelitian sendiri. Kalau saya bersihkan bibir pakai lips remover untuk kali pertama pakaian lipstick, ia mudah hilang. Tapi, kalau kita cuci lipstick yang dah banyak kali kita tambah, lama nak hilangkan warna lipstick. Selalunya saya akan lap bibir dengan lips remover. Lepas tu saya akan sapu dengan tisu basah. Lipstik yang banyak kali kita pakai tanpa membersihkannya terlebih dahulu sebelum kita menambahkannya, kadang-kadang saya memerlukan dua helai tisu basah untuk menghilangkannya. Nampak kat bibir lipstick dah tak banyak. Tapi bila sapu, dia keluar banyak di tisu. Sampai saya rasa penat. Sapu, sapu, still keluar warna lipstick di tisu. Kalau saya buang mekap, saya akan sapu sampai tisu tu bersih. Maksudnya kesan mekap tidak berbekas di tisu. Bila tisu tidak berubah warna, baru saya cuci pakai cleanser. Begitu jugak dengan foundation dan mekap-mekap lain. Mana tak hamper sejam saya cuci mekap?
Kesimpulannya, untuk menjadi cantik bukan mudah. Ianya memerlukan wang ringgit, masa, kesabaran dan kerajinan. Kalau malas nak membersihkannya, janganlah bermekap nanti kulit kita akan rosak. Penjagaan kulit itu sangat penting. Bila kulit cantik, maka mekap akan menjadi cantik.
Ada apa-apa yang korang nak share dengan saya? Marilah kita bertukar-tukar pengetahuan dalam mekap dan kecantikan ni. Sila tinggalkan komen anda di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment