Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, March 9, 2017
Tak Percaya?
Assalammualaikum readers,
Sibuk sikit kebelakangan ni sebab hari-hari saya ke Air Asia dan selain daripada kerja-kerja Akses dan Sukan, sekarang saya tolong PR baru office ni. Masa agak terhad. Tahun ni saya ada dua event besar dan tolong satu event PR pada 28 Mac nanti. Dua event saya tu walaupun lewat lagi, saya dah mula buat preparation.
OK, hari tu, ada orang minta saya hantar gambar saya pakai mekap baru. Selain daripada Maskara dan blusher, saya beli base make up, foundation dan compact powder LancĂ´me. tapi bila sibuk-sibuk ni, saya tak sempat nak update. Nanti saya update ya.
Dua hari lepas, saya try pakai set mekap baru saya dan sekeping gambar saya kirim kepada kawan saya.
Hehehe dia boleh Tanya saya, betul ke saya mekap sendiri? Marah? Taklah, saya tak marah sikitpun. Malah soalan-soalan macam ni membuatkan saya tersenyum sendiri. Dia bukanlah orang pertama yang Tanya soalan macam tu kat saya. Tak terkira dah berapa orang yang Tanya kat saya. Baik dari remaja sampai yang dewasa. Dari saya duduk kat PR sampai saya pindah department. Kebanyakan orang tak percaya saya mekap sendiri.
Hehehehe apa susahnya? Wajah kita, mestilah kita tahu bentuk wajah kitakan walaupun tanpa melihat.
Lagipun... Saya ada kawan-kawan yang willing to teach me how to put make up. Sebelum ni, sayapun tak confident nak pakai blusher, eyeshadow, mascara, eyeliner dan lain-lain. Saya cuma tahu pakai bedak dan lipstick je. Foundationpun takut nak pakai. Takut jadi mawas.
Tapi setelah saya bekerja kat office ni, saya didorong oleh Hadisah untuk sentiasa kelihatan menarik dengan berbedak dan pelbagaikan gaya tudung serta pakaian. Kata Disah, jadi PR kena sentiasa kelihatan cantik sebab nak jumpa orang. Kalau saya datang office tak berbedak, pok pet pok pet la mulut dia membebel kat saya.
Dan... revolusi diri saya dalam bidang kecantikan dan kosmetik (cewah, bahasa tak mengagak) bermula apabila saya kenal Kak Fatimah. Mula-mula saya selalu minta dia mekapkan saya bila ada visitors atau event. Sampai saya terfikir, kalau selalu ada visitors, takkanlah nak suruh dia mekapkan saya setiap kali visitors datang? Saya memang tak suka bergantung pada orang. Takut orang jemu dan susahkan orang.
Saya Tanya Kak Fatimah, boleh ke saya nak mekap sendiri? Boleh ke saya nak pakai blusher, eyeshadow dan lain-lain sendiri tanpa bantuan orang? I was very surprise when she answer me, "Boleh. Kalau Ben boleh buat, takkan kau tak boleh?" Saya percayakan kata-katanya. Dan dia bersedia untuk ajar saya. Dengan sabar, dia ajar saya sikit demi sikit. Blusher tak ada masalah sebab masa tu, dia shorkan saya pakai SimpliSiti yang botol ada span tu. So senang nak handle dan nak budget.
Eyeshadow masa tu saya rasa susah sikit. Susah nak agak dan nak buat campuran warna. Maksud saya di mana harus letak warna berbeza dan nak buat bentuk apa. Takut terbanyak sebelah atau kurang sebelah mata. Kata Kak Timah, orang lain pakai kena tengok cermin, so, bila saya pakai, kenalah Tanya orang OK ke tak. Maknanya, orang tu cermin saya. Maka sesi belajar pakai eyeshadowpun bermula. Brand eyeshadow pertama yang saya pakai, L'Oreal. Saya beli dari Kak Timah hehehehe... Kak Timah ajar saya cara yang paling mudah. Iaitu, gabungan dua warna sahaja. Mula-mula rasa susah. Bila pakai salah dan Kak Timah kena betulkan, saya rasa sedih. Nampak gayanya macam saya takkan pandai je pakai eyeshadow ni. Tapi Kak Timah selalu cakap, boleh, mesti boleh punya. "So, kau kenalah pakai hari-hari, baru ingat cara pakai. Baru boleh belajar," Adoi, saya dahlah malas nak pakai mekap ni selalu, takut rosak kulit. Lama-kelamaan, saya pandai pakai dua warna ni. Satu base, satu di sepanjang bahagian bawah mata. Lepas tu, Kak Timah ajar saya pakai tiga lapisan pulak. Ikut bekas eyeshadow saya tu. Aaaaahhh... Rasa seronok sangat bila dah pandai. Lagi seronok bila Kak Timah kata perfect dan tak payah dia betulkan. Yay! Saya dah pandai.
Saya ni cepat bosan. Lepas tu, bila Aqilah masuk, saya minta dia ajar cara lain pulak nak pakai eyeshadow. Dia siap tengok kat Youtube cara pakai eye shadow sebab nak ajar saya. Saya suka kepelbagaian. Bosanlah kalau hari-hari pakai fesyen sama. Tapi Kak Timah tetap sifu saya. Lepas belajar dengan Aqilah, saya minta dia check. Hasilnya, sekarang saya dah boleh pakai eyeshadow macam-macam cara.
Lepas tu, saya belajar pulak pakai eyebrow. Sebab saya tak selalu pakai, so lambat sikit saya pandai. Hehehe... Hari ni, Kak Sariha kata, lukisan kening saya perfect, tak payah dibetulkan lagi. Haaa... bestnya. Nanti saya nak belajar lukis cara lain pulak. Bosanlah benda yang sama.
Lagi satu eyeliner. Jenuh Kak Timah ajar saya pakai eyeliner. Asyik tak dapat je. Saya mengeluh. Sampailah satu hari, Kak Timah suruh saya tukar liquid eyeliner saya tu, kepada pencil eyeliner. Kata Kak Timah, senang handle dan tak sememeh. Ya, lepas beli pencil eyeliner, saya mula menunjukkan prestasi yang baik walaupun masih tak perfect. Masa Kak Timah berhenti kerja, saya belum betul-betul pandai pakai eyeliner. Dan mulai dari minggu lepas, entah apa angin saya, mood nak melawa bangkit kembali. Seminggu lebih saya duk praktis pakai eyeliner dan eyebrow. Terkejutnya saya bila semalam, Kak Sariza kata, lukisan eyeliner saya cantik. Tidak ada yang melencong. Senyum lebar saya koyakkan. Tapi yang tak best tu, bila Kak Sariha kata eyebrow saya tak betul. Kening saya jadi kembang. Benci betullah, Kak Sarizapun pandai komen eyebrow saya. Agaknya semua orang yang jadi assistant saya ni akan tahu fasal mekap lepas jadi my assistant. Sebab nak jadi cermin saya. Dua-dua assistant saya setakat ni bukan jenis yang bermekap tapi boleh komen mekap saya. Hehehehe... Dia orangpun kena jagalah kan, kalau keluar dengan saya berwajah comot, mesti dia orangpun malukan? Tapi sejak minggu lepas, kalau saya salah pakai eyebrow dan eyeliner, saya betulkan sendiri tak perlu orang betulkan. Just cakap je apa yang tak kena.
Tapi... Hari ni, saya dikejutkan dengan komen Kak Sariha yang mengatakan, eyebrow saya elok. Tak payah betulkan dah. Yay!!! Alhamdulillah, satu lagi perkara yang saya dah pandai. Saya akan praktis lagi, sampai saya betul-betul confident untuk pakai walaupun saya sorang.
Mekap ni tak susah sebenarnya. Kalau kita tahu basic, kita boleh gunakan kreativiti kita untuk mempelbagaikannya. Saya pernah cuba pakai eyeshadow mengikut imaginasi saya. Dan Aqilah kata, mata saya Nampak besar dan OK.
Lepas dah confident dengan eyeliner dan eyebrow ni, saya akan belajar macam mana nak buat kedua-dua benda ni dengan bentuk yang lain pulak. Lepas tu, saya akan belajar buat highlight, contour, shading dan pakai concealer. Setakat ni, saya hanya pandai buat glowing dan hidung mancung yang simple. Belum pandai buat hidung mancung guna shading dan highlight tu. Just buat dengan blusher je.
Bila difikir-fikirkan, sayapun tak percaya yang saya pandai mekap dah.
Kepada mereka yang tak percaya saya mekap sendiri, saya bukan Siti Nurhaliza atau Datuk Sri Vida yang ada jurumekap sendiri dan dimekapkan setiap hari. Percayalah bahawa, saya mekap sendiri dan segalanya saya buat sendiri :) Penat saya belajar mekap tau hehehehe...
OK, En. Mahathir dah nak sampai. Bye semua. Esok sambung lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Wow.. Bangga akak dgn murid akak ni. Insyaallah,one day akan pandai buat shading..contour..banyak lagi la.. Chaiyok !!
Post a Comment