Hehehe meroyan nak update blog.
Mungkin sebab banyak diam, duduk sorang-sorang, tak banyak bersembang. Jadi nak bercerita kat sini. Berbual dengan Chiko banyak mana sangat. Kalau rajin, dia balas, miau, miau, miau. Kalau time dia tak ada mood nak layan saya, panggilpun dia buat bodoh je. Ish, memang nak kena si Chiko ni.
Daripada tak suka Lancôme, jadi macam suka pulak. Hehehe... Tulah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, banyak pulak barang nak beli. (Nak habiskan duit aku la ni)
Since bedak Bobbie Brown saya gelap dan tak boleh dipakai, sayapun ambil keputusan nak beli compact powder Lancôme. Dah nak beli bedak, saya nak beli sekali foundation. Foundation Body Shop hari tu saya dah bagi mami saya. Bukan main nenek saya tu, still nak berhias keluar rumah. Setakat foundation tu, apalah sangat. Bagi jelah. Dia lagi banyak bagi kat saya. Bedak Body Shop pulak, saya dah bagi kat cleaner office ni. Nak buat apa simpan kalau dah tak boleh pakai? Rosak je, nanti membazir. Nak bagi mami, kulit mami lebih kurang kulit saya. Kesian dia, nanti jadi gelap pulak. Sayang? Tak sayanglah, dahlah kotak mekap saya ni kecik. Nak simpan banyak-banyak buat apa? Tu namanya dah rezeki kakak cleaner, tak rugi kalau memberi, esok-esok adalah tu rezeki kita pulak kan?
So minggu lepas, dengan ditemani Kak Sariha dan Kak Sariza, saya ke Kaunter Lancôme sekali lagi. Siti Aishah yang layan saya sebelum ni bercuti. So, Simon yang layan saya. Siap mekapkan saya lagi. Try punya try, saya confirm ambil bedak dan foundation. Kod 04 tak ada pulak. Habis macam mana? Simon cubakan kat saya kod 03. Kata Simon, 03 pun ngam dengan kulit saya. Bezanya, 03 ni cerah sikit dari 04. Biar cerah, kita boleh adjust. Daripada gelap, langsung tak boleh buat apa. OK, memang ngam. Yang best tu, foundation ni boleh masuk dengan bedak Bobbie Brown saya. Bila pakai dengan foundation ni, muka saya tak jadi gelap. Dengan senang hatinya, saya kembali menggunakan bedak Bobbie Brown. Bedak Lancôme tu bolehlah saya berjimat. Simon bagi saya UV tester. Katanya, pakai sebelum base mekap.
Ada lagi satu benda yang saya berkenan. Make up base. Setahu saya, make up base ni tak kurang pentingnya. Dia berfungsi untuk menutup pori-pori kita dari tersumbat foundation. Jadi kulit tak rosak.
Isnin lalu, saya ke Kaunter Lancôme sekali lagi untuk beli make up base dan compact powder casing sebab masa beli bedak hari tu, casing habis. Casing masih tak ada. So, saya beli make up base menggunakan RM100.00 baucer Parkson. Tambah duit sikit je la.
Kak Sariha kata, make up base ni memang mengurangkan minyak muka saya. Dan dengan make up base, solekan kita akan kelihatan licin.
Untuk pengetahuan, Lancôme ada dua jenis make up base. Satu untuk kulit berminyak dan satu untuk kulit kering. Yang kulit berminyak ni dalam botol kaca bulat macam dalam gambar kat bawah ni. Untuk kulit kering pulak, ia datang dalam bentuk tiub.
Bedak dan foundation ni pun cantik. Buat muka kita Nampak glowing.
Kepada mereka yang mahu mendapatkan barangan Lancôme ni, di sini saya sertakan harganya untuk tahun 2017. Kalau korang beli tahun depan tu mungkin berubahlah harganya.
Compact powder Teint Miracle =RM162.00
Teint Miracle Coverage Foundation =RM178.00
La Base Pro =RM136.00
Marilah sama-sama kita jaga penampilan kita dan menjadi cantik :)
No comments:
Post a Comment