Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, March 18, 2017
Kakak Gerai Sebelah Pagar
Assalammualaikum readers,
Baru ada mood nak update blog.
Sementara tunggu masa nak pergi tandem malam ni, kita update dulu :)
Oh ya, tadi, kawan saya datang jumpa saya. Hantar kerepek brownist yang saya pesan. Dah habis dah pun. Peduli apa saya, mahal tak mahal, kalau saya dah suka, kejap je habis. Nanti nak order lagi tau. Saya tahu diapun baca blog saya.
Kelmarin, saya balik pukul 5.00. Sampai kat kawasan rumah, kakak yang jual pisang goring tepi pagar masih ada. Dah empat bulan saya duduk sini. Tak pernah sekalipun saya beli kuih kat kakak ni. Dah selalu balik lewat, kakak ni pun dah tak ada. Kalau adapun, tak terasa nak makan dan malu sebenarnya nak singgah. Tapi, sayakan dah mula tak makan nasi setiap hari balik, so agak laparlah kelmarin. Perutpun mendesak saya singgah ke gerai kakak tu.
Kakak: Ya adik, nak apa?
(Sapa sang kakak ramah sebelum saya betul-betul menghampiri gerainya.)
Saya: Ada jual apa, kak?
(Dengan senyum saya bertanya. Almaklumlah, tak pernah singgah.)
Kakak tu pun memberitahu saya makanan jualannya.
Saya: Bagi saya pisang goring seringgit, keropok leko tebal dua ringgit.
Kakak tu mula membungkus.
Kakak: Adik ni comey lah. Kakak selalu Nampak adik.
Hah? Topik apa pulak ni? Hari ni, bukan hari saya pergi Air Asia. Kalau tak pergi Air Asia tu, tahu-tahu jelah. Ala kadar jelah saya pakai. Tak adalah nak melawa. Bajupun, baju duduk office je, bukan baju lawapun. Fikir saya dalam hati. Layankan jelah. Nanti orang kata sombong pulak.
Saya: Biasa-biasa je, kak.
Kedengaran anaknya berkata sesuatu kepadanya dengan suara perlahan seakan berbisik.
Kakak: Adik, anak akak ni Tanya, adik ke yang masuk TV tu?
Laaa... Ingat dah habis dah cerita fasal TV tu. Dah hampir dua tahun dah episod tu berlalu. Kak Nazura!!! Akaklah ni, pandai-pandai suruh saya tolong jayakan rancangan akak tu. Dah orang asyik Tanya je. Malu nak ngaku. Lain kali tak mau tolong dah hal-hal macam ni. Hehehehe...
Saya: Hmmm... Yelah tu.
Mula-mula tak nak ngaku. Tapi bila tengok akak dan anak dia tu excited, kesian pulak kalau tipu. Ingat lagi macam mana excitednya saya bila jumpa orang pernah keluar TV, bila Tanya dia kata tak, saya rasa hampa.
Kakak: Rancangan apa dah?
Saya: Raikan Wanita.
Kakak: Tulah akak tengok, eh budak ni tinggal kat rumah kita.
Saya: Hehehe tapi masa tu saya kat rumah lama. Belum pindah sini.
Saya senyum mesra. Astro tayang lagi ke episode saya tu?
Kakak: Adik belajar sampai university ya?
Saya: Ya kak, Alhamdulillah.
Terima kasih Allah, kerana bagi saya kelebihan yang orang sebutkan ni. Sebenarnya itu adalah ciptaan serta kurniaanMu. Bukan milikku. Mungkin Kau sengaja perdengarkan padaku agar aku lebih bersyukur dan hargai apa yang Kau beri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment