SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, March 17, 2017

Lukisan Kening

Mood tengah rajin mekap ni, so kita cerita fasal mekap lagi. Hari ni, ada orang tegur: Orang: Cantiknya kening. Siapa lukis ni? Saya: Lukis sendirilah. Alhamdulillah, satu lagi perkara yang saya Berjaya buat sendiri. Saya bukan bangga kerana dipuji kening cantik. Pujian ini amat bermakna pada saya sebab di situlah tanda aras bagi saya mengukur kebolehan saya melukis kening sendiri. Nak pakai eye brow ni bukan suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi bagi saya. Dulu, masa Kak Timah ada, bila saya ada mood nak pakai eye brow, saya akan minta Kak Timah pakaikan. Tapi lepas Kak Timah pergi, tak ada orang yang nak buatkan untuk saya selalu. Adapun, saya tak rapat, so tak best la nak minta dia tolong selalu. Saya try buat sendiri. Suatu hari, saya ditegur: Kak Su: Siapa pakaikan kau eye brow ni? Saya: Pakai sendiri. Kenapa? Kak Su: Dia kembanglah. Nampak tak OK. Dah jadi macam Panda. Mekap dah cantik, kening pulak tak OK. Saya: Ala... Nak betulkanlah. Saya cuba betulkan. Tapi Kak Su kata makin teruk. Kak Su: Better kau tak payah pakailah. Tak pakai lagi OK. Lagipun, kening kau dah memang terbentuk, tak pakaipun OK dari kau pakai, Nampak teruk. Roomate aku pandai buat kening. Dia lukis cantik. Aku tengok dia buat senang je. Tapi aku tak pandai nak buat. Saya: Kak Su, kau belajarlah dengan dia. Lepas tu, kau ajar aku. Kak Su: Alamak. Nanti aku belajar eh. Pas tu aku ajar kau. Mulai dari hari tu, saya terus berhenti pakai eye brow. Menyampah. Rasa frust sangat. Dahlah tak ada orang nak ajar. Suatu hari yang lain: Kak Su: Aku rasa, aku dah pandai pakai eye brow. Meh sini aku try pakaikan kau. Tapi tak adalah secantik roommate aku tu. Saya senyum dan membiarkan Kak Su melakukan kerja melukis kening saya. Yay, rasa happy sangat hari tu sebab ada orang pakaikan eye brow. Tak boleh jadi ni. Saya kena berlatih pakai, baru jadi elok. Lalu, hari demi hari bermula dua minggu lepas, saya praktis pakai hari-hari. Kadang-kadang bukan nak pakai sangat. Nak praktis punya fasal, saya pakailah. Yang best tu, ada improvement setiap hari. Sampai Kak Sariha tak payah betulkan lagi. Hahaha... Saya dah boleh jadikan kening saya Nampak tirus. Kata Kak Sariha, tangan saya memang menjadi. Kejap je, dah boleh buat. Dan hari ni, Liana, rakan sepejabat tegur kening saya seperti di atas. Macam mana saya belajar? Saya cuba bayangkan kembali macam mana Kak Intan solekkan kening saya semasa saya mahu menghadiri dinner dan menjadi pengacara event besar. Masa yang diambil agak lama sebab Kak Intan kata kening saya halus. Susah nak dilukis. Saya pegang kening saya. Saya rasa bentuk kening saya secara keseluruhannya. Lepas tu, saya rasa satu demi satu bentuk bulu kening saya. Fikir saya, saya perlu tahu alor bulu kening saya supaya lukisan tak melawan arah. Saya tak perlulah buat terlalu detail macam Kak Intan. Sebab saya mekap harian je. Setelah tahu bentuk bulu kening saya secara terperinci, saya mula cuba melukis. Memang kena buat satu-satu, ikut urutan bulu kening. Bukan boleh main lukis sebarang macam saya buat sebelum ni. Ya, masa melukis kening memang lama sikit. Selesai melukis, saya Tanya Kak Sariha, OK tak? Kak Sariha: OK. Nampak lukisan tu. Pakai brush pulak bagi rata. Saya mula memberus. Kak Sariha: Eh, stop, stop, stop. Kenapa jadi teruk pulak ni? Tadi kau lukis dah OK. Saya: Kenapa? Berus ni kot jadikan kening saya tak cantik. Saya sedih. Kak Sariha: Cuba kau berus sekali lagi. Saya berus lagi. Kak Sariha: OK, akak dah tahu kenapa eye brow kau jadi kembang. Saya: Kenapa? Nampaknya, punca masalah dah dikesan. Masalah ni, kalau jumpa punca, makanya penyelesaian kian hamper. Kak Sariha: Cara kau pegang berus salah. Bukan macam tu, macam ni. Kau pegang macam tu, kau guna badan dia, tu yang jadi kembang. Kak Sariha membetulkan pegangan saya dan buat demo cara berus. Kak Sariha: Sekarang cuba berus yang sebelah lagi. Saya cuba pada kening kiri pulak. Kak Sariha: Tu dah OK. Tak kembang dah. Akak rasa kalau kau praktis selalu mesti perfect. Masa tu, saya rasa happy sangat. Terima kasih Kak Sariha. Tak lupa jugak terima kasih kepada Kak Sariza yang selalu check make up saya secara terperinci. Bentuk warna eyeshadow tak sama besarpun dia Nampak. Saya nak buat sendiri semua benda sebab kerja saya banyak keluar dan jumpa orang. Takkanlah setiap kali nak mekap suruh orang? Lama-lama orang bosan. Lagipun kalau buat sendiri ni, kita boleh buat macam-macam, ikut citarasa kita. Tak adalah orang kata demand. Terima kasih kepada semua yang mengajar saya. Nanti saya nak ambil kelas mekap pulak.

No comments: