Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, March 2, 2015
Wanita Dari Sweeden
"Tinta, you tengah buat apa?" Puan Chitra, bos saya tiba-tiba menghampiri meja saya.
"Saya buat proposal..."
"Ada 1 lady and her nephew from Sweeden, I dah bawa dia visit, come join us to take photo. Is it OK with you?"
OK tu memang OK sebab saya ni suka bergambar. Tapi, masa saya pakai bedak dengan lipstik saja nilah ada yang ajak bergambar. Bila saya mekap, tak ada pulak yang nak bergambar. Padan muka kau Tinta, jadi PR ni, kenalah sentiasa bersedia bukan ikut mood malas rajin kau tu. Monolog dengan diri sendiri. Tetiba rasa geram dengan diri sendiri.
"OK. Give me a minute," Dalam masa satu minit, saya tambah lipstik. Tak sampai satu minit pun sebenarnya. Nak mekap dah tak sempat. Orang dah tunggu. Tak apalah Tinta. Tampil dengan wajah asli. Tak payah ambil berat sangat fasal mekap tu. Cantik ke, buruk ke, itu diri kau. Terimalah seadanya. Statement sedapkan hati sendiri tuuu...
"Let me introduce, this is Siti and Siti, this is Ilham," Ilham??? Kalau Orang Melayu Ilham tu nama lelaki.
"Wow! Beautiful lady!"
Beautiful??? Mungkin dia ni rabun agaknya, saya yang sekadar memakai bedak dan lipstik ala kadar ni dikatakan beautiful??? Whatever. Mungkin... Sebab dia orang asing, bila melihat Orang Melayu baginya cantik walaupun bagi Orang Melayu sendiri biasa-biasa saja. Ala, macam kita tengok Orang Arab dan Minah Salleh tu.
Lantas dia mengambil tempat di sisi saya serta memeluk saya untuk bergambar lalu mengarahkan Adam anak saudaranya mengambil gambar. Setelah bergambar beramai-ramai, dia meminta Adam mengambil gambar saya dan dia sahaja. Setelah itu, dia mencium pipi saya. Saya rasakan begitu mesra bersamanya seperti pelukan dan ciuman dari seorang ibu. Pertemuan yang singkat ini Insya-Allah saya panjangkan menerusi email kelak.
Ilham, wanita Iraq yang tinggal di Sweeden dalam lingkungan 50-an itu melancong di Malaysia selama lapan hari bersama anak saudaranya Adam. Biarpun bertubuh gempal, Ilham mempunyai kulit yang cantik dan putih.
Nice to meet you Au (confusing, nak panggil mis ke, madam ke auntie?" Ilham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment