Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, March 29, 2015
Kelas Renang Sesi 1
Kelas berenang bermula hari ni. Coach telah sedia di Kompleks Sukan Bangsar. Sebelum kelas kami, dia mengajar kelas lain. Oh ya, daripada beberapa orang yang nak masuk kelas, yang jadi cuma kami bertiga, saya, Kak Lin dan Dayah.
Kami diarahkan untuk tunggu dan beberapa minit kemudian, diarahkan tukar baju. Wow! Seramlah juga, sayakan gelabah sikit dalam air. Selesai buat pembayaran dan isi borang, masuk air!
Tiba masa turun kolam, kami diberi 'kicking board' sorang satu. Dan kelas kami dibantu oleh coach kedua iaitu En. Malik.
Haaaaha, mula-mula dah kantoi. Goggle salah pakai sampai air masuk dalam goggle. Terima kasih, Coach Fauzi tolong betulkan goggle saya. Hish, buat malu je anak murid coach yang sorang ni kan?
"Satu sut baru ya?" Kata coach berseloroh sambil membetulkan goggle saya.
"Yelah, sebelum ni kan tak pernah berenang," Jawab saya. Malu deh.
"BLOW BUBBLE"
OK, mula-mula, kami diajar untuk buat "blow bubble". Blow bubble ni macam warm up la. Kata coach, kalau kita penat berenang, blow bubble ni berguna juga untuk relax.
Caranya,
1. tarik nafas melalui mulut di luar air - berdiri tegak.
2. Bengkokkan lutut seolah-olah nak bercangkung dan lepas nafas melalui hidung.
- Nafas mula dilepaskan sebaik sahaja hidung mengenai air.
- Posisi muka menghadap ke hadapan seperti berdiri. Bukan menghadap dasar kolam.
4. Buih akan terhasil dengan bunyi be, be, be, be, be.
* Tidak boleh mengambil masa lama untuk ambil nafas dan turun untuk lepaskan nafas semula.
* Tidak boleh ambil masa lama lepaskan nafas untuk naik semula ambil nafas.
APUNGAN
Seterusnya, kami diajar cara mengapungkan badan. Mula-mula kami disuruh berpegang pada dinding kolam. Mujurlah, dah belajar sikit dengan Kak Jamiah. Oh terima kasih, Kak Miah atas tunjuk ajarmu. Sekarang ni diberi tunjuk ajar oleh sifu pulak. Coach Fauzi bantu saya pada mulanya untuk luruskan kaki. Itulah yang saya selalu lupa masa belajar dengan Kak Miahpun.
1. Ambil nafas.
2. Luruskan kedua-dua belah tangan.
3. Lembutkan badan dan luruskan kaki sambil kepala masuk ke dalam air.
- Posisi badan menghadap ke dasar kolam.
Setelah mencuba beberapa kali dengan memegang dinding kolam, kami diarahkan menggunakan kicking board. Setelah beberapa kali guna kicking board, buat pula tanpa sebarang alat atau tempat berpaut. Lagi saya menggelabah. Kadang-kadang saya dibantu dengan dipegang tangan oleh coach Fauzi dan Coach Malik.
MELUNCUR
OK, pelajaran seterusnya, meluncur. Saya teragak-agak untuk melakukannya. Kadang-kadang kedua-dua coach membantu saya untuk buat luncuran dengan memegang tangan bagi memastikan saya dapat meluncur dengan yakin.
1. Badan membelakangkan dinding kolam.
2. Sebelah kaki dibengkokkan dan bersedia untuk tolak dinding kolam.
3. Nafas perlu sedia ditarik untuk buat apungan.
4. Kedua-dua tangan lurus dan kaki terus tolak dinding kolam supaya badan meluncur ke hadapan.
5. Serentak dengan perlepasan, (Cewah, macam flight la pulak), kedua-dua kaki lurus serta badan dahpun terapung.
- Jaga pernafasan. Tahan nafas dalam air.
STAND
Stand ni cara untuk kita keluar dari air setelah kita terapung atau berenang. Yang ni saya gelabah juga.
1. Posisi kita dalam keadaan terapung.
2. Rapatkan kaki.
3. Kaki rapat tadi tarik seperti mahu berdiri.
4. Bengkokkan paha.
5. Kaki pijak dasar kolam.
6. Tangan kuak air ke belakang.
7. Akhir sekali baru timbulkan muka ke prmukaan air.
KUAK DADA
Kuak Dada ini juga dikenali sebagai Gaya Katak. Saya ni kan lambat sikit dalam bab air ni. So, saya baru belajar pergerakan kaki untuk Gaya Katak ni. Sedangkan tangan menggunakan kicking board dan sesekali dipegang oleh coach. Hehehe malu betullah saya. Saya ni gelabah, panik dan takut. Sedihpun ada. Saya tak sehebat Kak Lin dan Dayah. Mesti coach bosan ajar saya kan. Dah sedih tu macam-macamlah sangkaan datang menjelma hehehe.
1. Apungkan badan seperti biasa.
2. Kedua-dua kaki rapat dan lurus.
3. Renggangkan paha dan bengkokkan lutut.
4. Tolak badan ke hadapan sambil luruskan kaki serta rapatkan kaki.
5. Ulang semula langkah di atas.
- Tolakan mesti dibuat dengan tumit bukan jari kaki.
Haaaaha, saya mula-mula guna jari kaki. Dah ditegur kadang-kadang tersasul jugak. Coach Malik kata,
"Tolak guna tumit, jangan guna jari kaki. Kalau guna jari tu nak menari ballet,"
Kalau saya tersasul pulak, Coach Malik akan cakap,
"Tu masih lagi nak menari ballet tu,"
"OK tak, coach?" Sebenarnya saya rasa macam salah sikit part tolak tu.
"OK. Tapi masih ada sikit tarian ballet awak tu,"
Tapi bila saya buat betul, selalunya saya akan diam dan senyum. Coach sendirinya akan cakap,
"Ha, macam tu. Tu baru Kaki Katak,"
Hahahaha nasib coach la dapat murid macam saya.
Bersambung pada minggu hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment