SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, March 29, 2015

Coach Renang Saya

Hasrat nak belajar renang ni dah lama. Tahun lepas barulah bersungguh-sungguh usaha nak belajar sebab menyedari banyak kebaikan daripada sukan renang ni. Kalau tak, takkan nabi menganjurkannya. Bermula buat research fasal renang, seterusnya usaha menjejak coach renang. Punyalah susah nak cari coach renang ni yang berdekatan dengan tempat saya atau yang boleh saya pergi dengan mudah. Alhamdulillah, sayapun terjumpa satu blog coach renang ni. Nama dia, En. Fauzi. Tambah baik lagi, dia sertakan bersama nombor telefonnya. Lalu saya hubungi dia. Haha, contact sejak September tahun lepas. Hari ni baru mula kelas. Bertuah punya anak murid hehehe. Almaklumlah, tahun lepaskan sibuk dengan latihan Gunung Kinabalu, setiap minggu tuuuuuu. Mana nak larat kalau dua-dua hari ada latihan kan? Nak juga kita bersosial, betul tak? Saya tak pernah bercakap atau call coach ni. Main mesej je. Dah diapun OK dengan mesej, so OK la. Semalam, first time saya bercakap dengan dia melalui panggilan yang dibuat beliau kepada saya untuk mengesahkan kelas hari ni. Seram juga, garang ke coach ni? Wah, berdebar. Dahlah, tak pandai berenang. Bagaimanalah gayanya ya dalam kelas nanti?

2 comments:

Anonymous said...

salam sis
boleh bagi blog n hp coach fauzi.
saya berhasrat nak hantar anak di bangsar

TINTA EMAS said...

Maafkan saya sebab lambat baca komen tuan/puan ni. Boleh bagi saya alamat email dekat komen ni? Saya takkan publish alamat email tu sebab saya takut juga nak letak nombor telefon coach kat sini. Privasi dia kan? Nanti saya bagi menerusi email.