SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, March 8, 2015

MH370, Buletin Utama, TV 3

Buletin Utama malam ini memaparkan pelbagai berita tentang MH370 penerbangan KL-Beijing jam 12.41 malam setelah 365 hari kehilangannya. Dari aspek psikologi juruterbang iaitu Kapten Zahari Ahmad Shah, episod pencarian bermula di Laut China Selatan hingga Lautan India, aspek teknikal sampailah kepada harapan waris penumpang dan anak kapal. Turut disoalsiasat ialah pencuci kapal terbang serta penyedia makanan. empat buah kapal pula masih meneruskan operasi pencarian pesawat tersebut di lingkungan ketujuh Lautan Hindi yang dalam dan tinggi ombaknya. Memetik kata-kata Myra Elizabeth Nari merupakan anak kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari, sebagai anak nalurinya mengatakan bapanya masih hidup. Biarpun saya tiada kena-mengena dengan sesiapapun di dalam pesawat tersebut, juga merasakan hal yang sama. Biarlah ribuan berita menerusi media cetak dan elektronik memaparkan pelbagai analisis dan kesemua 239 anak kapal dan penumpang telah diklasifikasikan sebagai korban, saya tetap percaya bahawa PESAWAT MH370 masih dalam keadaan baik dan tidak terhempas seperti yang dikatakan. Saya juga yakin bahawa kesemua penumpang selamat tatkala pesawat tersebut hilang daripada radar. Jika ditakdirkan mereka pergi meninggalkan kita semua, saya percaya ianya bukan kerana nahas udara. Namun sebagai hambaNya yang lemah, pengetahuan saya amat terbatas. Saya hanya boleh membuat andaian dengan gerak hati dan tidak semestinya andaian saya benar. Saya rasa... MH370 masih ada dan dalam keadaan baik tanpa cela. Ya Allah, sebagai hamba yang lemah, aku masih mengharapkan mereka masih ada seperti pesawatnya. Tuhan yang Maha Bijaksana, rungkaikanlah misteri ini. Amin...

No comments: