Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, March 25, 2015
Keterujaanku
Edited, (entri ini telah dipostkan pada 25 Mac, 2015 - oleh kerana banyak kesilapan, saya edit semula)
Mata rasa dah ngantuk. Tapi excited nak tulis jugak.
Pandai berenang adalah impian saya sejak kecil, Sejak saya mengenali Nurul Huda Abdullah, sejak itulah minat saya pada renang ni bermula. Kalau ada pertandingan renang mesti saya tengok TV. Saya ingat impian saya ni tinggal angan-angan je. Yelah, saya ni water confident kurang. Dulu saya fikir, nak masuk kelas renang, takut coach tak nak terima saya sebab saya macam ni. Bayarannyapun di luar kemampuan saya.
Tahun lepas, banyak perubahan berlaku dalam pelan saya menjaga kesihatan dan kecantikan, cewah. Selain daripada diet pemakanan saya berubah, setiap minggu saya hadir latihan Gunung Kinabalu. Dah nak jaga stamina tu, terpaksalah 2 3 kali seminggu ke gym. Bila berlari, latihan tangga dan sebagainya, saya jadi kepanasan. Namanyapun bersenamkan? Bila difikirkan, senam yang tak panas, renanglah. Saya mula search fasal renang. Wow! Selain daripada sunah nabi, berenang adalah antara senaman terbaik sekaligus menjaga kecantikan kita. Sebut fasal kecantikan, makinlah saya teruja. Nak masuk kelas renang ni rupanya taklah mahal sangat macam yang saya sangkakan. Setelah beberapa bulan tertangguh, Ahad ni Insya-Allah saya akan mulakan kelas renang saya. Tak sabarnya rasa, excited sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment