Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, March 3, 2015
Line Di Rumah Baru
Setelah menempuh sinar mentari yang panas terik, sampailah saya ke office ni. Ingat semalam nak masuk lewat je, tapi bila kontraktor yang nak pasang line telefon dan internet tu terpaksa lewat sikit sebab ada masalah kat tempat pemasangan sebelumnya, terpaksalah ambil half day.
Kenapa masih nak guna Telekom? Ada kawan-kawan yang bertanya. Dahlah Telekom, Streamyx pulak tu. Sebab, sepanjang saya guna line ni tak ada masalah seperti lambat, salah charge dan data habis. Sebab tu saya masih mengekalkan penggunaan streamyx. Tambah pulak saya sering mendengar rungutan kawan-kawan yang guna jalur lebar ni menghadapi masalah yang saya sebut tadi. Dengan Streamyx, hidup saya setakat ni senang. Janji, bayar bila cukup masanya. Internet tanpa limit, download la berapa banyak nak download, nak upload, nak on internet 24 jam ke, nak game online ke, nak tengok movie sampai pecah laptop ke, nak download banyak software ke buatlah. Dengah harga yang sekata setiap bulan berjumlah RM55.00 saya boleh guna internet bila-bila masa saya nak dan di mana-mana dalam rumah sebab guna wifi. Saya juga dapat unlimited call ke seluruh Malaysia untuk talian rumah. OK la untuk saya yang selalu bersembang-sembang dengan mama dan nenek. Kalau guna handset mahal tu bila bercakap sampai sejam, sejam lebih. Cuma saya tak boleh bawa internet ni bila out station. Bukan lamapun outstationnya, handset kan ada. Kalau call ke handset tu adalah chargenya. So, malam ni bolehlah saya ber'internet' sakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment