SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, February 28, 2015

Bandar Selamat Untuk Semua

Semalam, saya menghadiri mesyuarat Komiti Infrastruktur untuk Brickfields. Memandangkan setiausaha lama telah meletak jawatan, Dr. Christopher melantik saya untuk memegang jawatan tu. Ini bermakna, tugas dan tanggungjawab sayapun bertambah. Tak apa, yang penting masyarakat terutamanya OKU Penglihatan mendapat manfaatnya. Bukan senang nak jadikan bandar ni sebuah bandar selamat dari pelbagai segi. Kami dalam group 1 ni dipertanggungjawabkan untuk mengkaji, menilai dan memohon daripada DBKL untuk membuat perubahan atau penambahbaikan terhadap bandar Brickfields ni. Dah namanyapun DBKL yang bentuk group ni, mestilah budget dan kerjasama dari DBKL. Antara yang dibincangkan ialah isu aliran trafik, lampu isyarat, informative sign board, bus stop, CC TV, lampu, parking, railing, jejantas gajah putih, laluan pejalan kaki dan laluan pejalan kaki berbumbung. Paling hangat ialah isu kedai minuman keras. Beberapa cadangan telah dibuat dan kami merangka untuk menghantar surat kepada pihak berkenaan, serta membuat temujanji kepada pihak terlibat seperti MRCB, Rapid KL dan lain-lain. Berita baik, katanya railing bagi laluan pejalan kaki di tempat yang dikenali pasti akan dipasang oleh DBKL Mac ini. Harap-harap betullah Mac tahun ini. hehehehe

No comments: