SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, April 25, 2015

Hamlatul Hawary Azizan

Dah 26 hari rupanya saya tak update blog. Malas! Mungkin sebab sibuk sangat lately ni. Amboi, kalah menteri hehehe... Apa kena-mengenanya dengan nama kat atas tu? Semalam, sewaktu saya menulis skrip untuk mengacarakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan esok, saya dimaklumkan bahawa ada satu sesi penyampaian sijil tamat latihan renang dan sijil penghargaan kepada jurulatih renang. Pelik namanya, Hamlatul Hawary. Unik dan sedap nama tu. Tinta: Orang Arab ke? Amjat: Tak adanya. Mukapun muka Melayu, tak ada mix langsung. Tinta: La... Ingat Arab tadi. Sebut fasal renang, mestilah saya teruja. Tinta: Dia dah tak ajar pelatih ke lepas ni? Pengetua Pusat Latihan: Kita dah higher dia jadi instructor budak-budak ni (merujuk kepada student dia). Kalau kamu nak joinpun boleh. Yang penting kamu ada swimming suit. Latihan kat Kompleks Sukan Kampung Pandan. Memandangkan saya ni agak lembap sikit bila dalam kelas renang, semestinya saya nak join, buat ulangkaji, tak salahkan? Pengetua: Tapi kelasnya lambat lagi. Pulak. Tak dapeklah den nak ulangkaji. Kak S: Akak pernah tengok dia dalam paper. Hensem tau. Tapi tak tahulah dah kahwin belum. Pulak. Lantak dialah, hensem ke, buruk ke, kahwin ke, ada girl friend ke. Bukan saya heranpun. Yang penting, saya mesti pandai berenang!

No comments: