Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, May 24, 2017
Ketandusan Idea
Assalammualaikum semua,
Hari ni saya nak komen sesuatu yang mungkin sensitive bagi sesetengah pihak. Tapi komen saya ini ikhlas dari hati, dari komuniti yang sama. Ramai yang tahukan, yang saya ni suka berterus-terang bukan berpura-pura. Tapi orang yang tak suka kat saya tu, pasti pandang negative je apa yang saya buat atau tulis. Sebab mereka ni emosional lebih, tak professional. Kalau dah tak suka kat sorang tu, buruk je yang dipandangnya. Ah, biarlah nak kata apapun, semoga tulisan ini akan memberi impak yang positif kepada subjek yang akan saya huraikan nanti. Tapi kalau subjek tidak dapat menerima komen ini dengan baik atau orang-orang sekelilingnya mengkritik saya, mengecam, menghina dan mengumpat saya di belakang seperti apa yang dibuat, terserah. Jika mereka tidak dapat menerima dengan hati terbuka, moga tulisan ini lebih memberi manfaat kepada orang lain yang sama dengannya.
Rancangan Gema Gegar Voganza baru saja melabuhkan tirainya. Antara yang menjadi perhatian adalah Azmi dari Kumpulan Caliph Buskers. Azmi, tak perlu dipertikaikan lagi kemantapan vokalnya. Even saya sendiri antara yang meminati lontaran suaranya sejak sekolah, sejak sebelum dia menjadi artis serta dikenali ramai. Malah sebelum dia dikelilingi kawan-kawan yang ramai seperti sekarang. Cuma saya adalah saya. Tak adalah saya nak sentiasa bersamanya atau menunjukkan minat saya padanya. Jumpa Siti Nurhalizapun saya masih boleh relax dan control diri saya kan. Apalah sangat ada pada seorang manusia melainkan bakat yang dikurniakan Allah jua. Itu yang saya belajar sewaktu menuntut di UiTM dulu. Fakulti saya sememangnya ramai artis keluar masuk.
Apa yang nak saya perkatakan di sini, bukanlah mengkritik Azmi. Saya tak tahu siapa yang menjadi pereka persembahan Azmi. Dari segi vocal, suara, nyanyian saya rasa tak perlu siapapun pertikaikannya kerana Azmi mempunyai kekuatannya tersendiri dalam melantunkan suaranya hingga semua orang terbuai dek kelunakannya termasuk saya sendiri.
Walau bagaimanapun, lakonan Azmi yang mengaitkan kehidupan rialitinya sebagai seorang yang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan
amat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa pemberi idea, penerbit atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada persembahan Azmi tidak kreatif dalam menampilkan Azmi sebagai penghibur. Saya bertanyakan pendapat rakan-rakan pejabat, mereka juga tidak suka akan lakonan berkenaan. "Yes, he is blind, so what?" Namapun lakonan, tak perlulah Azmi berlakon dengan watak dia sendiri. Masyarakat Malaysia terlalu sempit pemikirannya termasuk SESETENGAH mereka yang berkecimpung dalam bidang seni dan penyiaran. Lakonan bukanlah suatu rialiti top show atau rancangan dokumentari yang memaparkan kehidupan sebenar subjek. Malah, lakonan Azmi sebelum menyampaikan Lagu Damai Yang Hilang langsung tidak ada kena-mengena. Tidak ada kesinambungan. Ayat pertama yang dituturkan oleh pelakon perempuan itu pun sudah memberi gambaran kepada saya yang lakonan tidak ada kesinambungan dengan lagu. Saya tak tahu siapa yang beri idea ini.
Bukan blind tak boleh berlakon malah, di sekolah, blind sering dilibatkan dengan persembahan pentas dan sebagainya dan pementasan berkenaan langsung tidak ada kena-mengena dengan kecacatan. Pementasan bangsawan Keris Laksmana Bentan misalnya, mendapat tempat di hati penonton sehinga bertahun lamanya. Pementasan ini membawa kesan yang mendalam di hati penonton apabila dilakonkan oleh blind siap dengan pergerakan dan pertikaman keris. Bila Azmi ditampilkan dengan watak bapa yang buta, tidak ada lagi nilai kejutan penonton di situ dan Azmi memukau penontonnya dengan nyanyiannya sahaja. Sekiranya Azmi ditampilkan dengan lakonan yang lebih mantap tanpa melibatkan kebutaannya, saya percaya beliau pasti memukau para penonton dengan lebih dalam. Kalau beginilah orang-orang yang ada di sekeliling Azmi, saya rasa peluang Azmi dalam industry ini akan jadi terbatas. Semua penampilan Azmi nak ditampilkan dengan watak asalnya sedangkan saya yakin, Azmi boleh buat lebih daripada itu. Watak-watak begini akan membuatkan orang-orang yang biasa dengan blind ni jadi bosan kerana hal sedemikian telah diketahui. Tiada kejutan yang istimewa.
Sebagai penonton, saya ingin melihat Azmi yang lebih mantap dan ia harus melakukan eksplorasi seni yang lebih mendalam bagi mengekalkan tambatan hati peminatnya. Saya tidak salahkan Azmi dalam hal ini tetapi, orang-orang di sekelilingnyalah yang harus mengajar Azmi untuk jadi penghibur yang lebih out standing. Ya, Azmi blind dan terbatas. Namun, keterbatasan itu boleh diatasi dengan adanya tunjuk ajar, latihan yang kerap serta rasa percaya kepadanya. Jika kesemua elemen ini ada, saya pasti Azmi akan menjadi penghibur yang lebih disegani.
Cukup cukuplah tampilkan Azmi dengan sesuatu yang biasa. Bagi dia peluang untuk buat sesuatu yang lebih mencabar dan membuatkan orang kagum dengannya. Saya tahu, tanpa pergerakan dan lakonanpun orang sudah mengagumi Azmi akan kelunakan suaranya. Tapi bagi orang yang dah biasa dengan blind, hal itu biasa. Berapa ramai artis Malaysia ni bersuara merdu dan mantap? Kelebihan suara tu sebenarnya biasa bagi seorang penyanyi. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Tapi kalau seorang penyanyi blind ni boleh menjadikan persembahannya setanding dengan artis lain, ia pasti cukup mengagumkan.
Dari awal Azmi muncul lagi, saya sudah tidak setuju apabila Edry memaklumkan bahawa orang yang akan menyanyikan Roman Cinta adalah orang yang istimewa kerana dia OKU Penglihatan. Come on, blind tu biasa. Tidak ada apa yang istimewanya pada seorang blind melainkan dia memang istimewa. Bila diumumkan begitu, masyarakat akan kata "Ooo... Blind, patutlah best," Padahal kalau tak blind pun Azmi memang sedap bila menyanyi. Bukan menyanyi jadi best sebab dia blind.
Ada yang kata, "blind, patutlah tak banyak pergerakan," Bukan tak ada penyanyi normal yang tak banyak bergerak. Sedangkan dia boleh bergerak bebas sekiranya dia dilatih walaupun dia blind. Penyanyi biasapun belajar bagaimana untuk bergerak di pentas secara formal ataupun tidak. Ada yang masuk kelas dan ada yang belajar sendiri dengan menonton persembahan orang lain. Saya tahu hal ini sebab saya datang dari latarbelakang pendidikan seni.
Pada saya, jika Edry tidak mengumumkan sedemikianpun, orang akan stay tengok Azmi masa AJL tu kerana suaranya memang memukau siapa saja yang mendengar walaupun orang tak tahu yang dia blind. Stevie Wonder, pada awal pembabitannya dalam bidang seni, dia tidak diwar-warkan sebagai blind sehingga lagunya top dan sering berkumandang di corong-corong radio dan membuatkan pendengar tertanya-tanya siapakah beliau? Dan akhirnya, pendengar menerima dan menyanjungi bakatnya dahulu sebelum mengetahui dia blind. Itu yang kita nak. Blind diterima kerana bakatnya bukan kerana dia blind. Tak semestinya blind tu nyanyi best.
Harap masyarakat Malaysia ni akan terbuka fikirannya seiring masa beredar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment