Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, May 7, 2017
Kebengangan Yang Melampau
Assalammualaikum semua,
Hari ni saya bengang sangat. Saya nak lepas geram.
Benda ni saya perasaan malam selepas saya balik dari kampung. Saya penat dan ngantuk sangat malam tu. Saya tidur awal. Lepas tu, bunyi orang nak pasang tile. Duk ketuk-ketuk lantai. Bisingnya masya-Allah... Dahlah datangnya dari rumah atas rumah saya. Saya takut saya salah dengar. Mana tahu kot perasaan ke. Walaupun saya yakin itu adalah rialiti, saya call Kak Sida, kawan saya kat tingkat dua untuk confirm bunyi tu dari tingkat dua. Kak Sida kata diapun dengar jugak. Bising. Sabarlah Tinta. Mungkin malam ni je kot. Mungkin dia nak siapkan rumah dia yang sikit lagi tak siap.
Benda ni berlarutan pada malam-malam seterusnya. Sampai kul 9.00 lebih malam. Kalau tak silap, satu malam tu sampai kul 10 lebih. Bengangnya saya rasa. Staff management ni duduk kat blok ni, takkan tak dengar kot??? Guard pun ada kat setiap blok. Takkan dia orang tak dengar?. Kalau kontraktor saya, sebelum pukul 5 petang dah halau keluar. Macam mana orang ni boleh bertukang malam-malam pulak? Siapa yang benarkan dia? Management ni pun bengong jugak, bagi kat kita nombor handset, lepas tu tukar nombor baru. Nombor office tak ada. Takkanlah saya nak masuk kerja lewat semata-mata nak kompelen orang?
Yang orang atas ni pulak, takkan tak boleh fikir yang orang nak rehat? Nakkan suasana tenang? Fikirlah sikit, janganlah pentingkan diri sendiri. Ni buat saya marah ni. Kalau setakat drill buat suiz atau buat tempat gantung baju saya fahamlah. Mungkin urgent so terpaksa buat lepas office hour. Ni kes lain ni. Memang patut saya marah.
Ada kawan kata, KPKT buat kerja. Tipulah. Takkan KPKT buat kerja kat rumah dia sorang? Kita pun pernah report fasal kerosakan rumah kita. Tak ada tindakan apa-apapun. At last, kontraktor kita buat semuanya dengan perbelanjaan sendiri. Kalau betul KPKT yang buat bising tu, saya akan call KPKT dan buat bising kat dia pulak. Biar menanah telinga dia. Hal saya pun tak settle. Benda kecik je pun, dah berbulan, tak selesai lagi.
Petang semalam sampai kul 7 lebih dia memekak. Tak apa. Saya pujuk hati saya. Kejap lagi dia berhenti la tu. Tapi pelik. Setahu saya, hari Sabtu, renovation hanya dibenarkan sampai kul 3 je. Kalau mengecat, buat benda yang tak bising tu, boleh buat sampai pukul berapapun. Dia ni pasang tile tak siap-siap. Dia pasang sendiri kot. May be nak jimat budget. Kalau nak jimat budget, buatlah hari kerja, ikut masa yang ditetapkan. Ambillah cuti. Berkorbanlah sikit untuk rumah sendiri. Kalau asyik nak buat lepas waktu kerja, melampaulah.
Hari ni, pagi-pagi lagi dia dah bising ketuk lantai untuk tile. Macam mana saya tahu? Saya kenal bunyi ketuk lantai untuk tile. Rumah sayakan pernah pasang tile. Dari pagi sampailah tengah hari dia memekak. Rumah dia tu betul-betul atas rumah saya. Bunyi memang kuat. Waktu dia buat betul-betul atas bilik saya, Allah je tahu macam mana marahnya saya. Saya minta Allah gerakkan hati dia fikir fasal jiran. Tapi Allah tak makbulkan. Mungkin Allah nak saya lakukan sesuatu. Yelah, berdoa tapi tak usahakan.
Saya call kawan-kawan kat sini kot-kot dia orang ada nombor management yang baru. Semuanya tak ada. Rumah atas saya ni makin bising. Saya nak tidur. Saya penat. Semalam, seharian saya bekerja kat pejabat. Ada event. Kemarahan saya memang meluap-luap hari ni. Nak pergi cari guard malas nak turun. Kalau guard kat blok ni tak ada, saya kena pergi guard kat gate sana.
Fikir punya fikir, saya ambil keputusan nak naik atas. Pergi rumah dia dan cakap dengan dia sendiri. Saya memang bengang gila. Kemarahan saya memang memuncak. Langsung tak fikir fasal orang. Saya fikir lagi. Kalau dia marah saya macam mana? Ah, pedulikan. Nak marah, marahlah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya kan seorang yang tegas dan berani. Janganlah berani dengan orang tertentu je. Tu dah jadi macam HR kat office saya pulak. Ni hak saya. Kalau dia marah saya, saya report polis atas alasan mengganggu ketenteraman awam. Lagi dia malukan kalau saya buat macam tu? Lebih baik saya cakap dulu elok-elok. Saya nekad. Saya tukar baju dan sedia nak naik. Kesian Si Chiko. Dia takut dengan bunyi bising ni. Duduk je kat dalam bilik air. Apa nak jadi, jadilah kali ni saya tak boleh tahan dah. Saya tenangkan hati. Sabar Tinta, kau kena cakap baik-baik. Ni first time kau nak tegur ni. Nanti kalau dah banyak kali baru boleh marah. Nasihat saya pada diri sendiri.
Saya naik. Ketuk pintu dan bagi salam. Betul, memang rumah atas rumah saya.
"Assalammualaikum,"
"Waalaikummussalam. Masuklah," Kedengaran suara seorang lelaki menyambut salam saya. Dari lenggok bahasa, orang tempatan.
Saya buka pintu. Dia tengah buat kerja. Tak sempat nak buka pintu kot. Ke dia ingat kawan dia datang? Lantaklah. Malas fikir. Yang penting saya kena segera sampaikan apa yang terbuku di hati saya.
Pintu saya tolak dan jengah ke dalam.
"Encik, bukan hari ni tak boleh buat kerja ke?" Saya cuba mengawal nada suara.
Dia terdiam. Mungkin tak sangka kot ada orang datang tegur.
"Rumah saya betul-betul kat bawah rumah ni. Bisinglah. Lagi satu, hari kerjapun tak boleh renovate lepas pukul 5. Dah banyak kali dah bunyi bising ni,"
Saya berhenti dan tunggu jawapannya.
"OK lah," Dia menjawab sepatah dalam nada serba-salah.
OK lah je? Kau tak nak minta maaf ke? Dah seminggu dah kau buat aku menderita dengan bunyi bising kau ni. Marah saya dalam hati. Saya terus tutup pintu dan balik. Terus diam. Tak ada dah bunyi bising. Tahupun diam. Kalau buat lagi, siap. Dengan management-management sekali saya akan marah. Cuai takpun malas.
Bengang betul. Cubalah bayangkan, kalau orang kat atas rumah kau tu buat apa yang kau buat sekarang. Kau marah tak? Kau rasa kau boleh tidur dan rehat dengan tenang tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment