SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, May 13, 2017

Warna Tema 2017/2018

Assalammualaikum readers, Puasa dah tak lama. Semua orang di samping menjalani ibadah puasa pasti nak buat persiapan raya kan? Mesti korang semua terfikir-fikir nak pakai baju warna apa untuk raya ni kan? Saya pun fikir benda yang sama. So, setelah membuat pembacaan di beberapa blog, inilah hasilnya. Kebanyakan blog menjadikan pantone.com sebagai rujukan. Untuk tahun 2017/2018, pantone.com telah memilih greenery sebagai warna utama. Namun, buat mereka yang tak gemarkan warna hijau, pantone.com memberi sembilan lagi pilihan warna kepada semua. Nak lebih jelas, sila rujuk pantone.com Baiklah, mari kita lihat 10 warna berkenaan: Cewah, macam nak tulis majalah kecantikan dan fesyen pulak bahasanya ya. 1. Niagara:
Niagara merupakan warna biru klasik yang seakan-akan biru seluar denim. Warna biru ini dikatakan sebagai warna yang tenang. 2. Primerose Yellow:
Warna ini merupakan warna yang berlawanan dengan warna niagara. Warna kuning ini merupakan warna hangat yang dapat memberi semangat kepada si pemakai untuk beraktiviti. 3. Lapis Blue:
Selain biru Niagara, terdapat biru yang lebih gelap yang dikenali sebagai Lapis Blue. Warna ini dapat membuatkan si pemakai lebih bertenaga dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. 4. Flame:
Flame atau oren kemerahan menjadi salah satu warna yang banyak digunakan dalam industri fesyen moden terutamanya satu-dua tahun mendatang ini. Palet warna ini disimbolkan sebagai warna yang lincah dan ceria. 5. Island Paradise:
Rangkaian warna musim ini didominasi oleh warna biru. Salah satunya adalah Island Paradise. Biru kehijauan ini dimaknakan sebagai warna segar dan menenangkan. 6. Pale Dogwood:
Pale Dogwood atau merah muda terang ini dikatakan sebagai warna suci dan mendamaikan. Meski terlihat pucat, ianya dapat diserlahkan dengan paduan warna kontras lainnya. 7. Greenery:
Membawa kesan yang segar, warna ala-ala rumput lumut kelihatan garang dan unik berbanding "colour of the year" bagi tahun 2016. Warna ini menjadi "colour of the year 2017" di pantone. Warnanya neutral dan menjadi pengimbang kehidupan. 8. Pink Yarrow:
Meriah, unik dan berani. Itulah yang diterjemahkan dari warna merah jambu keunguan ini. Warna ini sesuai digunakan menerusi busana yang meriah untuk sebuah pesta yang gilang-gemilang demi memberi semangat dan keceriaan kepada si pemakai. 9. Kale:
Terinspirasi daripada dedaunan dan sayur Kale, Hijau gelap ini kelihatan segar dan hidup. Warna ini merupakan warna alam yang sesuai dipadukan dengan warna warna terang agar ianya menjadi lebih segar dan hidup. 10. Hazelnut:
Warna coklat dengan sedikit semburat kemerahan yang sesuai dipadukan dengan semua warna terang dan gelap ini bersifat hangat. Ia juga merupakan warna transisi yang boleh dikenakan dalam semua acara dan aktiviti. Kesimpulannya, setiap warna mempunyai sentuhan emosi dan perasaan yang berbeza-beza. Sebagai pemakai, terserahlah kepada anda untuk menentukan warna mana yang menjadi pilihan anda untuk dikenakan bagi sesuatu acara atau aktiviti. Ianya pasti tampak lebih menarik dengan panduan warna yang sesuai. Semoga pembaca sekalian mendapat idea daripada tulisan ini untuk memilih warna pakaian terutamanya menjelang hari raya nanti.

No comments: