Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, May 24, 2017
Ketandusan Idea
Assalammualaikum semua,
Hari ni saya nak komen sesuatu yang mungkin sensitive bagi sesetengah pihak. Tapi komen saya ini ikhlas dari hati, dari komuniti yang sama. Ramai yang tahukan, yang saya ni suka berterus-terang bukan berpura-pura. Tapi orang yang tak suka kat saya tu, pasti pandang negative je apa yang saya buat atau tulis. Sebab mereka ni emosional lebih, tak professional. Kalau dah tak suka kat sorang tu, buruk je yang dipandangnya. Ah, biarlah nak kata apapun, semoga tulisan ini akan memberi impak yang positif kepada subjek yang akan saya huraikan nanti. Tapi kalau subjek tidak dapat menerima komen ini dengan baik atau orang-orang sekelilingnya mengkritik saya, mengecam, menghina dan mengumpat saya di belakang seperti apa yang dibuat, terserah. Jika mereka tidak dapat menerima dengan hati terbuka, moga tulisan ini lebih memberi manfaat kepada orang lain yang sama dengannya.
Rancangan Gema Gegar Voganza baru saja melabuhkan tirainya. Antara yang menjadi perhatian adalah Azmi dari Kumpulan Caliph Buskers. Azmi, tak perlu dipertikaikan lagi kemantapan vokalnya. Even saya sendiri antara yang meminati lontaran suaranya sejak sekolah, sejak sebelum dia menjadi artis serta dikenali ramai. Malah sebelum dia dikelilingi kawan-kawan yang ramai seperti sekarang. Cuma saya adalah saya. Tak adalah saya nak sentiasa bersamanya atau menunjukkan minat saya padanya. Jumpa Siti Nurhalizapun saya masih boleh relax dan control diri saya kan. Apalah sangat ada pada seorang manusia melainkan bakat yang dikurniakan Allah jua. Itu yang saya belajar sewaktu menuntut di UiTM dulu. Fakulti saya sememangnya ramai artis keluar masuk.
Apa yang nak saya perkatakan di sini, bukanlah mengkritik Azmi. Saya tak tahu siapa yang menjadi pereka persembahan Azmi. Dari segi vocal, suara, nyanyian saya rasa tak perlu siapapun pertikaikannya kerana Azmi mempunyai kekuatannya tersendiri dalam melantunkan suaranya hingga semua orang terbuai dek kelunakannya termasuk saya sendiri.
Walau bagaimanapun, lakonan Azmi yang mengaitkan kehidupan rialitinya sebagai seorang yang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan
amat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa pemberi idea, penerbit atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada persembahan Azmi tidak kreatif dalam menampilkan Azmi sebagai penghibur. Saya bertanyakan pendapat rakan-rakan pejabat, mereka juga tidak suka akan lakonan berkenaan. "Yes, he is blind, so what?" Namapun lakonan, tak perlulah Azmi berlakon dengan watak dia sendiri. Masyarakat Malaysia terlalu sempit pemikirannya termasuk SESETENGAH mereka yang berkecimpung dalam bidang seni dan penyiaran. Lakonan bukanlah suatu rialiti top show atau rancangan dokumentari yang memaparkan kehidupan sebenar subjek. Malah, lakonan Azmi sebelum menyampaikan Lagu Damai Yang Hilang langsung tidak ada kena-mengena. Tidak ada kesinambungan. Ayat pertama yang dituturkan oleh pelakon perempuan itu pun sudah memberi gambaran kepada saya yang lakonan tidak ada kesinambungan dengan lagu. Saya tak tahu siapa yang beri idea ini.
Bukan blind tak boleh berlakon malah, di sekolah, blind sering dilibatkan dengan persembahan pentas dan sebagainya dan pementasan berkenaan langsung tidak ada kena-mengena dengan kecacatan. Pementasan bangsawan Keris Laksmana Bentan misalnya, mendapat tempat di hati penonton sehinga bertahun lamanya. Pementasan ini membawa kesan yang mendalam di hati penonton apabila dilakonkan oleh blind siap dengan pergerakan dan pertikaman keris. Bila Azmi ditampilkan dengan watak bapa yang buta, tidak ada lagi nilai kejutan penonton di situ dan Azmi memukau penontonnya dengan nyanyiannya sahaja. Sekiranya Azmi ditampilkan dengan lakonan yang lebih mantap tanpa melibatkan kebutaannya, saya percaya beliau pasti memukau para penonton dengan lebih dalam. Kalau beginilah orang-orang yang ada di sekeliling Azmi, saya rasa peluang Azmi dalam industry ini akan jadi terbatas. Semua penampilan Azmi nak ditampilkan dengan watak asalnya sedangkan saya yakin, Azmi boleh buat lebih daripada itu. Watak-watak begini akan membuatkan orang-orang yang biasa dengan blind ni jadi bosan kerana hal sedemikian telah diketahui. Tiada kejutan yang istimewa.
Sebagai penonton, saya ingin melihat Azmi yang lebih mantap dan ia harus melakukan eksplorasi seni yang lebih mendalam bagi mengekalkan tambatan hati peminatnya. Saya tidak salahkan Azmi dalam hal ini tetapi, orang-orang di sekelilingnyalah yang harus mengajar Azmi untuk jadi penghibur yang lebih out standing. Ya, Azmi blind dan terbatas. Namun, keterbatasan itu boleh diatasi dengan adanya tunjuk ajar, latihan yang kerap serta rasa percaya kepadanya. Jika kesemua elemen ini ada, saya pasti Azmi akan menjadi penghibur yang lebih disegani.
Cukup cukuplah tampilkan Azmi dengan sesuatu yang biasa. Bagi dia peluang untuk buat sesuatu yang lebih mencabar dan membuatkan orang kagum dengannya. Saya tahu, tanpa pergerakan dan lakonanpun orang sudah mengagumi Azmi akan kelunakan suaranya. Tapi bagi orang yang dah biasa dengan blind, hal itu biasa. Berapa ramai artis Malaysia ni bersuara merdu dan mantap? Kelebihan suara tu sebenarnya biasa bagi seorang penyanyi. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Tapi kalau seorang penyanyi blind ni boleh menjadikan persembahannya setanding dengan artis lain, ia pasti cukup mengagumkan.
Dari awal Azmi muncul lagi, saya sudah tidak setuju apabila Edry memaklumkan bahawa orang yang akan menyanyikan Roman Cinta adalah orang yang istimewa kerana dia OKU Penglihatan. Come on, blind tu biasa. Tidak ada apa yang istimewanya pada seorang blind melainkan dia memang istimewa. Bila diumumkan begitu, masyarakat akan kata "Ooo... Blind, patutlah best," Padahal kalau tak blind pun Azmi memang sedap bila menyanyi. Bukan menyanyi jadi best sebab dia blind.
Ada yang kata, "blind, patutlah tak banyak pergerakan," Bukan tak ada penyanyi normal yang tak banyak bergerak. Sedangkan dia boleh bergerak bebas sekiranya dia dilatih walaupun dia blind. Penyanyi biasapun belajar bagaimana untuk bergerak di pentas secara formal ataupun tidak. Ada yang masuk kelas dan ada yang belajar sendiri dengan menonton persembahan orang lain. Saya tahu hal ini sebab saya datang dari latarbelakang pendidikan seni.
Pada saya, jika Edry tidak mengumumkan sedemikianpun, orang akan stay tengok Azmi masa AJL tu kerana suaranya memang memukau siapa saja yang mendengar walaupun orang tak tahu yang dia blind. Stevie Wonder, pada awal pembabitannya dalam bidang seni, dia tidak diwar-warkan sebagai blind sehingga lagunya top dan sering berkumandang di corong-corong radio dan membuatkan pendengar tertanya-tanya siapakah beliau? Dan akhirnya, pendengar menerima dan menyanjungi bakatnya dahulu sebelum mengetahui dia blind. Itu yang kita nak. Blind diterima kerana bakatnya bukan kerana dia blind. Tak semestinya blind tu nyanyi best.
Harap masyarakat Malaysia ni akan terbuka fikirannya seiring masa beredar.
Monday, May 22, 2017
Prasangka
You,
Sekali lagi I minta maaf. I tak tahu kenapa you, I selalu prasangka kat you. Mungkin kenangan silam yang buat I jadi macam ni. Tapi bila I prasangka kat you, I mesti rasa tak sedap hati. Rasa resah.
You, Kenapa I jadi macam ni? I pun tak faham dengan diri I sendiri. Kenapa I susah nak percaya kat orang nak-naknya orang yang baru I kenal. Cuma I mohon pada Allah agar perasaan buruk ni tidak memudaratkan kita.
Terima kasih you sebab sabar dengan soalan I. I bukannya apa, sekadar ingin tahu hati you, apa yang you rasa. Adakah sama yang I sangka. Sebab I bukan kenal you sangat. So, I tak tahu sikap you, perangai you.
Ya Allah,
Jika dia memang seorang yang baik, maka buanglah semua prasangka dalam hatiku ini. Jauhkan hati ini dari hasutan syaitan.
You,
Terima kasih atas kesudian you mendengar luahan I dan menasihati I.
Sunday, May 21, 2017
Siapa Bagi Dia Eksekutif?
Dalam orang suka kat kita, pasti ada yang bencikan kita. Yang iri pada kita dan yang dengki akan kita.
Begitu juga dengan saya. Ada je orang yang tak puas hati dengan saya. Tak apalah, dah lumrah macam tu kan.
Dah hampir setahun dah saya naik pangkat. Tapi ada pulak yang mempersoalkan. Yang pelik tu, boss HR sendiri yang mempertikaikannya. Pelik kan? Dia buat kerja ke tak ni sampai staff dah naik pangkat beberapa bulan pun tak tahu? Ke saja buat-buat tak tahu?
Suatu hari, saya berbincang dengan sorang kakak ni di mejanya. Dia ni bekas HR. Tiba-tiba telefon di mejanya berdering. Dari nada yang kedengaran, saya tahu tu panggilan dari dalam.
Saya tak tahu apa butir percakapan dari sebelah sana. Cuma, saya dengar jawapan dari kakak ni.
Kakak: Memang dia exec. Surat yang officer tu kan dia tak sign. Lepas tu kan masuk meeting ExCo balik. Lepas tu keluar surat baru as a exect. Siapa bagi tu saya tak tahulah. Puan yang arahkan saya suruh keluarkan surat sebagai exec. Saya kan bagi puan draf surat tu. Puan kata OK, saya bagilah kat dia. Siapa bagi saya tak tahu. Tapi puan yang arahkan saya suruh bagi surat dan jawatan tu kat dia. Salinan surat tu pun ada kat HR.
Demi mendengarkan executive dan officer tu, saya dapat agak. Mereka sedang bercakap tentang saya. Dah kenapa pulak ni? Ada masalah ke dengan jawatan baru saya? Semuanya kan dah selesai.
Saya: Siapa tu, kak?
Tanya saya setelah kakak tersebut meletak gagang telefon.
Kakak: Puan ...
Saya: Dia tanya fasal saya kan?
Kakak: Mana kau tahu?
Saya: Alah, kalau dah cakap fasal tak sign surat officer tu, sayalah, siapa lagi?
Kakak: Ha'ah, dia tanya siapa bagi kau eksekutif. Manalah aku tahu. Kau yang suruh aku draf surat tu. Bagi kau semak, takkan kau tak baca jawatan yang aku tulis dalam tu. Dah berbulan kot kau pegang jawatan tu. Baru sekarang nak tanya? Takkan kau HR kau tak tahu pasal staff kau? Habis kau buat apa selama ni? Bila kau tak suka orang tu, kau nak turunkan jawatan dia balik ke? Patutnya staff yang tanya kau soalan tu, ni dia pulak yang tanya kita soalan tu. Dia ingat aku ada kuasa ke nak bagi orang jawatan suka-suka hati? Sakitlah hati aku ni dapat boss macam ni.
Panjang bebelan kakak tu lepaskan perasaan.
Saya: Peliklah dia tu. Kenapa tiba-tiba persoalkan pulak? Selama ni tak tanya pun.
Kakak: Entah mimpi apa entah tiba-tiba tanya.
Saya: Oooo... Mungkin dia tengok kat memo saya hantar kat dia pagi ni kot. Tengok rasa tak puas hatilah. Sebab tu tanya akak. Dia tak suka kot orang naik pangkat. Habis orang ni nak duduk tahap tu je dari masuk kerja sampai pencen? Dia boleh pulak naik pangkat, naik gaji.
Sabar jelah dengan orang yang hati busuk macam ni. Depan bukan main baik. Belakang...
Jangan sibuk nak dengki kat orang. Buat kerja awak tu elok-elok sebelum orang menyampah kat awak. Lebih teruk kalau pihak atasan yang menyampah kat awak. Nahas awak nanti.
Ya Allah, berilah petunjuk pada hambaMu yang satu ni.
X-Garcia Yang Tak Diduga
Masih lagi berkisar kepada kerjaya saya.
Tahun ni, office memutuskan untuk bagi staff X-Garcia. X-garcia ni diberi percent daripada gaji. Paling tinggi pun, akan dapat 25 pratus je berdasarkan KPI.
Alhamdulillah. Dah diterima pun beberapa bulan lalu.
Bila saya cek akaun saya, saya rasa tak percaya melihat amount yang masuk ke dalam akaun saya. Betul ke semua jumlah tu X-Garcia? Saya tunggu surat keluar. Ya benar. Jumlah tu semuanya dari X-Garcia saya. Ya Allah, terima kasih Allah, terima kasih.
Boss saya tanya saya, berapa saya dapat? Yalah, mesti dia nak tahu banyak mana saya dapat hasil daripada KPI yang dia bagi kat saya. Saya beritahu boss. Boss kata, banyak jugak. Bila dikira-kira, ianya 21 pratus point something daripada gaji saya. Syukur Allah, sebab bagi saya semua ni.
Dengar khabar jugak, selain daripada orang yang naik pangkat dapat gaji baru ikut jawatan, semua staff insya-Allah akan dapat kenaikan dan kenaikan tu akan diberi sejak dari Januari. Apa pun, jangan happy dulu. Macam-macam boleh jadi. Kita tunggu surat atau pelaksanaannya dulu.
Sesuatu Yang Tak Disangka Menjadi Pertikaian
Assalammualaikum readers,
Jarang update blog sebab sibuk sikit kebelakangan ni.
Hari ni saya nak bercerita tentang saya jugak. Blog ni, saya jadikan sebagai diari harian saya. Sebab tulah cerita fasal saya je. Kalau tak suka, anda boleh memilih untuk tidak mengunjungi blog ni. Tak ada apa yang penting pun di sini melainkan kenangan-kenangan saya, perasaan saya dan semuanya tentang saya.
Baiklah. Allah sentiasa menguji kita yang bernama manusia. Begitu juga dengan saya yang tak terkecuali daripada diuji.
Saya naik pangkat dah nak masuk setahun dah bulan depan. Tapi gaji belum naik lagi. Be positive Tinta, Allah nak uji sejauh mana kesabaran dan kesyukuran saya padaNya. Alhamdulillah, saya masih boleh berbelanja seperti biasa. Adakalanya, saya rasa duit saya banyak dan berlebih. Tapi gaji sama je macam sebelum ni. Mungkin Allah kesiankan saya makanya Allah cukupkan rezeki saya dengan memberi saya rasa cukup malah lebih. Padahal, gaji bukan besar pun.
April lalu, saya mendapat khabar angin yang gaji saya dinaikkan sekian amount. Alhamdulillah saya bersyukur. Allah itu Maha Baik.
Entah di mana silapnya, sampai sekarang gaji saya belum naik. Allah uji. Sabar Tinta. Mungkin lepas ni kau akan merasa manisnya dari ujian ini. Nak kata frust sangat tu taklah. Sebab saya rasa duit saya masih cukup meskipun kalau dikira rasa macam tak cukup. Tapi belanja punya belanja cukup. Walaupun sibuk membeli Lancome.
Awal bulan hari tu, saya kan jadi pengacara majlis. Tanpa bayaran. Tapi Allah bagi kegembiraan pada saya dari event tu. Ianya lebih bermaknakan? Yakinlah, itu yang terbaik buatmu Tinta. Nanti saya akan ceritakan dalam entri lain tentang event tu.
Angin membawa khabar, apa yang berlaku pada saya dalam majlis tu jadi pertikaian untuk gaji saya. Dengarnya, dari amount sekian, ada orang yang fight untuk gaji saya dinaikkan lagi sebab, katanya, saya merupakan sesuatu yang penting dalam imej office saya. Ya Allah, saya tak pernah fikir macam tu. Tapi ada orang yang menilai saya sampai ke tahap tu? Ya Allah, Engkau menunjukkan kebesaranMu padaku yang kerdil lagi hina ini. Saya tak buat apapun yang lebih Allah, sekadar cuba buat yang terbaik atas apa yang diarahkan dan dalam lingkungan bidang tugas saya.
Benarlah janjiMu, ada bahagia sesudah derita, ada manis dalam pahit. Dan kini Kau sedang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaanMu mengatur hidupku.
Tak sangka ada orang yang sudi fight lagi untuk gaji saya. Ya Allah, sebagaimana ikhlas dan baiknya orang terhadap saya, berilah jua keikhlasan dan kebaikan dalam hati saya buat orang.
Dan dengar khabarnya amount sekian dipersetujui untuk dinaikkan kepada amount baru. Walaupun tak seperti diminta oleh orang-orang berkenaan, amount baru ni banyak bagi saya memandangkan office ni susah nak bagi staff. Gaji saya jika benar begitu pun taklah sebesar manapun jika dibandingkan dengan orang lain yang bekerja di tempat lain. Tapi sekurang-kurangnya, insya-Allah, dapatlah saya buat apa yang saya nak. Terima kasih Allah. Semoga amount yang telah dipersetujui tidak dikurangkan. Saya inginkannya.
Tuesday, May 16, 2017
Apa Benar?
Ya Allah,
Apa benar perasaan yang ku alami ini?
Ya Allah,
Berilah aku petunjukMu. Jangan sampai salah lagi. Aku takut. Dan teruslah Kau pegang hatiku, jangan sampai aku jauh daripadaMu.
Ya Allah,
Kenapa sering aku diuji begini?
Saturday, May 13, 2017
Warna Tema 2017/2018
Assalammualaikum readers,
Puasa dah tak lama. Semua orang di samping menjalani ibadah puasa pasti nak buat persiapan raya kan?
Mesti korang semua terfikir-fikir nak pakai baju warna apa untuk raya ni kan?
Saya pun fikir benda yang sama. So, setelah membuat pembacaan di beberapa blog, inilah hasilnya. Kebanyakan blog menjadikan pantone.com sebagai rujukan.
Untuk tahun 2017/2018, pantone.com telah memilih greenery sebagai warna utama. Namun, buat mereka yang tak gemarkan warna hijau, pantone.com memberi sembilan lagi pilihan warna kepada semua. Nak lebih jelas, sila rujuk pantone.com
Baiklah, mari kita lihat 10 warna berkenaan:
Cewah, macam nak tulis majalah kecantikan dan fesyen pulak bahasanya ya.
1. Niagara:
Niagara merupakan warna biru klasik yang seakan-akan biru seluar denim. Warna biru ini dikatakan sebagai warna yang tenang.
2. Primerose Yellow:
Warna ini merupakan warna yang berlawanan dengan warna niagara. Warna kuning ini merupakan warna hangat yang dapat memberi semangat kepada si pemakai untuk beraktiviti.
3. Lapis Blue:
Selain biru Niagara, terdapat biru yang lebih gelap yang dikenali sebagai Lapis Blue. Warna ini dapat membuatkan si pemakai lebih bertenaga dan meningkatkan keyakinan diri seseorang.
4. Flame:
Flame atau oren kemerahan menjadi salah satu warna yang banyak digunakan dalam industri fesyen moden terutamanya satu-dua tahun mendatang ini. Palet warna ini disimbolkan sebagai warna yang lincah dan ceria.
5. Island Paradise:
Rangkaian warna musim ini didominasi oleh warna biru. Salah satunya adalah Island Paradise. Biru kehijauan ini dimaknakan sebagai warna segar dan menenangkan.
6. Pale Dogwood:
Pale Dogwood atau merah muda terang ini dikatakan sebagai warna suci dan mendamaikan. Meski terlihat pucat, ianya dapat diserlahkan dengan paduan warna kontras lainnya.
7. Greenery:
Membawa kesan yang segar, warna ala-ala rumput lumut kelihatan garang dan unik berbanding "colour of the year" bagi tahun 2016. Warna ini menjadi "colour of the year 2017" di pantone. Warnanya neutral dan menjadi pengimbang kehidupan.
8. Pink Yarrow:
Meriah, unik dan berani. Itulah yang diterjemahkan dari warna merah jambu keunguan ini. Warna ini sesuai digunakan menerusi busana yang meriah untuk sebuah pesta yang gilang-gemilang demi memberi semangat dan keceriaan kepada si pemakai.
9. Kale:
Terinspirasi daripada dedaunan dan sayur Kale, Hijau gelap ini kelihatan segar dan hidup. Warna ini merupakan warna alam yang sesuai dipadukan dengan warna warna terang agar ianya menjadi lebih segar dan hidup.
10. Hazelnut:
Warna coklat dengan sedikit semburat kemerahan yang sesuai dipadukan dengan semua warna terang dan gelap ini bersifat hangat. Ia juga merupakan warna transisi yang boleh dikenakan dalam semua acara dan aktiviti.
Kesimpulannya, setiap warna mempunyai sentuhan emosi dan perasaan yang berbeza-beza. Sebagai pemakai, terserahlah kepada anda untuk menentukan warna mana yang menjadi pilihan anda untuk dikenakan bagi sesuatu acara atau aktiviti. Ianya pasti tampak lebih menarik dengan panduan warna yang sesuai.
Semoga pembaca sekalian mendapat idea daripada tulisan ini untuk memilih warna pakaian terutamanya menjelang hari raya nanti.
Friday, May 12, 2017
Maafkan I
You,
I minta maaf sebab selalu berprasangka buruk pada you. Mungkin you tak tahu, tapi kadang-kadang I rasa bersalah berperasaan begini pada you. I tak tahu kenapa you. Mungkin kerana pengalaman lepas. Tambah pulak, I tak kenal you sangat. I tak tahu sikap you, perangai you dan untuk apa you datang dalam hidup I.
I pun tak faham dengan diri I. Adakah kerana kenangan silam membuatkan I takut dengan semua orang yang baru I kenal?
Terima kasih you sebab masih lagi sabar melayan kerenah I walaupun kadang-kadang you bengang dengan I. Yang pastinya, setiap kali I berprasangka bukan-bukan kat you, I mesti jadi tak tenang, jadi sedih dan resah. Kenapa ya you?
Terima kasih you, dalam bengang pun you still can explain me something yang buat I rasa OK.
Kadang-kadang I rasa you mula faham dengan sikap I. Bila you rasa I bengang mesti you main-main atau buat lawak.
You,
Terima kasih sebab jadi kawan I. Terima kasih sebab selalu teman I kat Whatsapp walau pun you sibuk. Terima kasih sebab menjadi salah sorang yang ada dengan I waktu I susah. I mohon supaya Allah atur yang terbaik buat semua ni. Insya-Allah.
Sudah Terlambat
Assalammualaikum readers,
Hari ni saya rasa tak ada semangat. Rasa sedih. Rasa sayu. Tambah dengan senggugut.
Tadi dia call. Nak ajak makan.
Sebenarnya saya malas nak terlibat lagi dalam hidup dia. Bimbang perasaan yang dah mati ni hidup balik. Dia kan suami orang.
Akhir perbualan, dia cakap, "Saya masih sayangkan awak,"
Cukuplah. Kalau dulu mungkin saya akan terbuai. Tapi sekarang tidak. Perasaan saya dah tak ada buat dia. Saya tak nak lagi dipermainkan. Dan saya balas:
"Kenangan yang lama-lama tu sudahlah. Awak kena terima takdir. Awak tu suami orang. Belajarlah terima orang baru. Orang yang ada dengan awak sekarang,"
"Saya tak boleh."
"Awak kena cuba," Tegas saya.
"Dah cuba. Tapi tak boleh,"
"Memanglah tak boleh kalau awak asyik tak balik je. Cuba layan dia baik-baik. Lama-lama boleh. Cuba layan dia macam awak layan saya,"
"Saya dah cuba. Tapi memang tak boleh. Itu perasaan saya,"
"Itu keputusan yang awak buat dulu. Belajar untuk bertanggungjawab atas keputusan sendiri. Dia isteri awak. Saya faham perasaan perempuan yang mencintai. Jangan sia-siakan dia. Saya dah redah dengan apa yang berlaku. Saya tak pernah kesal," Jawab saya enggan mengalah.
"Keputusan saya tu kesalahan saya."
"Belajar terima takdir Allah. Ada hikmahnya kenapa Allah buat macam ni. Yakinlah, ini yang terbaik buat kita. Kita kawan je,"
"Awak pernah hadir dalam hidup saya dan saya pernah hadir dalam hidup awak. Saya..." Bla... Bla... Bla...
Ya Allah, tolonglah selamatkan saya dari semua ni. Tolonglah Allah, tolonglah jaga hati saya. Jangan izinkan sesiapapun sakitkan hati saya lagi Allah. Saya letih, saya sakit. Cukuplah Allah, jangan uji saya dengan semua ni lagi.
Ya Allah, tak adakah orang yang benar-benar ikhlas untuk saya? Mencintai saya? Kenapa saya mesti lalui benda ni berulang kali?
Saya selalu ikhlas dengan cinta saya, kasih sayang saya terhadap orang. Tapi kenapa tidak orang terhadap saya? Kenapa saya sering dipertemukan dengan orang yang akhirnya mempermainkan saya?
Ya Allah, tolong saya Ya Allah.
Saya perlukan orang untuk bercakap. Kak Timah...
Sunday, May 7, 2017
Kebengangan Yang Melampau
Assalammualaikum semua,
Hari ni saya bengang sangat. Saya nak lepas geram.
Benda ni saya perasaan malam selepas saya balik dari kampung. Saya penat dan ngantuk sangat malam tu. Saya tidur awal. Lepas tu, bunyi orang nak pasang tile. Duk ketuk-ketuk lantai. Bisingnya masya-Allah... Dahlah datangnya dari rumah atas rumah saya. Saya takut saya salah dengar. Mana tahu kot perasaan ke. Walaupun saya yakin itu adalah rialiti, saya call Kak Sida, kawan saya kat tingkat dua untuk confirm bunyi tu dari tingkat dua. Kak Sida kata diapun dengar jugak. Bising. Sabarlah Tinta. Mungkin malam ni je kot. Mungkin dia nak siapkan rumah dia yang sikit lagi tak siap.
Benda ni berlarutan pada malam-malam seterusnya. Sampai kul 9.00 lebih malam. Kalau tak silap, satu malam tu sampai kul 10 lebih. Bengangnya saya rasa. Staff management ni duduk kat blok ni, takkan tak dengar kot??? Guard pun ada kat setiap blok. Takkan dia orang tak dengar?. Kalau kontraktor saya, sebelum pukul 5 petang dah halau keluar. Macam mana orang ni boleh bertukang malam-malam pulak? Siapa yang benarkan dia? Management ni pun bengong jugak, bagi kat kita nombor handset, lepas tu tukar nombor baru. Nombor office tak ada. Takkanlah saya nak masuk kerja lewat semata-mata nak kompelen orang?
Yang orang atas ni pulak, takkan tak boleh fikir yang orang nak rehat? Nakkan suasana tenang? Fikirlah sikit, janganlah pentingkan diri sendiri. Ni buat saya marah ni. Kalau setakat drill buat suiz atau buat tempat gantung baju saya fahamlah. Mungkin urgent so terpaksa buat lepas office hour. Ni kes lain ni. Memang patut saya marah.
Ada kawan kata, KPKT buat kerja. Tipulah. Takkan KPKT buat kerja kat rumah dia sorang? Kita pun pernah report fasal kerosakan rumah kita. Tak ada tindakan apa-apapun. At last, kontraktor kita buat semuanya dengan perbelanjaan sendiri. Kalau betul KPKT yang buat bising tu, saya akan call KPKT dan buat bising kat dia pulak. Biar menanah telinga dia. Hal saya pun tak settle. Benda kecik je pun, dah berbulan, tak selesai lagi.
Petang semalam sampai kul 7 lebih dia memekak. Tak apa. Saya pujuk hati saya. Kejap lagi dia berhenti la tu. Tapi pelik. Setahu saya, hari Sabtu, renovation hanya dibenarkan sampai kul 3 je. Kalau mengecat, buat benda yang tak bising tu, boleh buat sampai pukul berapapun. Dia ni pasang tile tak siap-siap. Dia pasang sendiri kot. May be nak jimat budget. Kalau nak jimat budget, buatlah hari kerja, ikut masa yang ditetapkan. Ambillah cuti. Berkorbanlah sikit untuk rumah sendiri. Kalau asyik nak buat lepas waktu kerja, melampaulah.
Hari ni, pagi-pagi lagi dia dah bising ketuk lantai untuk tile. Macam mana saya tahu? Saya kenal bunyi ketuk lantai untuk tile. Rumah sayakan pernah pasang tile. Dari pagi sampailah tengah hari dia memekak. Rumah dia tu betul-betul atas rumah saya. Bunyi memang kuat. Waktu dia buat betul-betul atas bilik saya, Allah je tahu macam mana marahnya saya. Saya minta Allah gerakkan hati dia fikir fasal jiran. Tapi Allah tak makbulkan. Mungkin Allah nak saya lakukan sesuatu. Yelah, berdoa tapi tak usahakan.
Saya call kawan-kawan kat sini kot-kot dia orang ada nombor management yang baru. Semuanya tak ada. Rumah atas saya ni makin bising. Saya nak tidur. Saya penat. Semalam, seharian saya bekerja kat pejabat. Ada event. Kemarahan saya memang meluap-luap hari ni. Nak pergi cari guard malas nak turun. Kalau guard kat blok ni tak ada, saya kena pergi guard kat gate sana.
Fikir punya fikir, saya ambil keputusan nak naik atas. Pergi rumah dia dan cakap dengan dia sendiri. Saya memang bengang gila. Kemarahan saya memang memuncak. Langsung tak fikir fasal orang. Saya fikir lagi. Kalau dia marah saya macam mana? Ah, pedulikan. Nak marah, marahlah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya kan seorang yang tegas dan berani. Janganlah berani dengan orang tertentu je. Tu dah jadi macam HR kat office saya pulak. Ni hak saya. Kalau dia marah saya, saya report polis atas alasan mengganggu ketenteraman awam. Lagi dia malukan kalau saya buat macam tu? Lebih baik saya cakap dulu elok-elok. Saya nekad. Saya tukar baju dan sedia nak naik. Kesian Si Chiko. Dia takut dengan bunyi bising ni. Duduk je kat dalam bilik air. Apa nak jadi, jadilah kali ni saya tak boleh tahan dah. Saya tenangkan hati. Sabar Tinta, kau kena cakap baik-baik. Ni first time kau nak tegur ni. Nanti kalau dah banyak kali baru boleh marah. Nasihat saya pada diri sendiri.
Saya naik. Ketuk pintu dan bagi salam. Betul, memang rumah atas rumah saya.
"Assalammualaikum,"
"Waalaikummussalam. Masuklah," Kedengaran suara seorang lelaki menyambut salam saya. Dari lenggok bahasa, orang tempatan.
Saya buka pintu. Dia tengah buat kerja. Tak sempat nak buka pintu kot. Ke dia ingat kawan dia datang? Lantaklah. Malas fikir. Yang penting saya kena segera sampaikan apa yang terbuku di hati saya.
Pintu saya tolak dan jengah ke dalam.
"Encik, bukan hari ni tak boleh buat kerja ke?" Saya cuba mengawal nada suara.
Dia terdiam. Mungkin tak sangka kot ada orang datang tegur.
"Rumah saya betul-betul kat bawah rumah ni. Bisinglah. Lagi satu, hari kerjapun tak boleh renovate lepas pukul 5. Dah banyak kali dah bunyi bising ni,"
Saya berhenti dan tunggu jawapannya.
"OK lah," Dia menjawab sepatah dalam nada serba-salah.
OK lah je? Kau tak nak minta maaf ke? Dah seminggu dah kau buat aku menderita dengan bunyi bising kau ni. Marah saya dalam hati. Saya terus tutup pintu dan balik. Terus diam. Tak ada dah bunyi bising. Tahupun diam. Kalau buat lagi, siap. Dengan management-management sekali saya akan marah. Cuai takpun malas.
Bengang betul. Cubalah bayangkan, kalau orang kat atas rumah kau tu buat apa yang kau buat sekarang. Kau marah tak? Kau rasa kau boleh tidur dan rehat dengan tenang tak?
Thursday, May 4, 2017
Tak Penting Tapi Nak Cakap
Assalammualaikum readers,
Nak tulis kejap walaupun banyak kerja.
Beberapa minggu lepas, ada orang ajak saya lunch.
Petangnya, saya terima whatsapp dari dia.
'Salam'
'Tak penting sangat tapi nak bagi tahu Tinta'
'Hari ni mekap Tinta cantik'
'Tak kuat sangat warna-warnanya'
'Itu je nak tulis'
Hah??? Mekap cantik? Ingat nak kena komen tak presentable tadi.
Tajam betul mata mamat ni. Mekap pun dia boleh komen.
Tapi yang pelik tu, saya tak mekap sangatpun hari tu. Rabun apa mekap cantik pulak katanya.
Saya just pakai foundation, bedak, blusher, eyeliner dan mascara. Eyeshadow langsung tak calit. Malas! Tak pakai eyeshadow tu rasanya tak lengkap tapi boleh Nampak cantik ke? Whatever, bolehlah saya malas lagi lepas ni.
Tak sabar nak pergi beli sun block ni. Balik kerja nanti, singgah Lancôme jap.
Wednesday, May 3, 2017
Jangan Datang Sekarang
Assalammualaikum readers,
Dah berapa hari tak update. Sibuk sikit kebelakangan ni. Lagipun baru balik dari kampung. Abah sakit.
Korang rasa apa ya bila orang tu, dulu masa kita ni tak ada apa-apa, dia tak pandangpun kita. Siap mengejek lagi.
Baru-baru ni, saya buka balik FB saya. Adalah sorang mamat ni. Dia kenal saya sejak dulu lagi. Tapi, dia selalu ejek saya. Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu... Saya ni bukan dari kalangan orang yang ramai peminat. Sampai waktu remaja dan universitipun, saya bukanlah seorang yang glamor terutamanya di kalangan lelaki. Almaklumlah, dulu saya ni tak pandai bergaya. Mujurlah mami saya tu pandai matchingkan baju dan tudung saya, belikan saya kasut lawa-lawa. Pakai je apa yang dia orang bagi. Kalau tak, tak pandailah saya. Cikgu selalu puji pakaian saya hari-hari matching. Hahaha sebenarnya, mami dah matching siap-siap. So saya pakai je baju A dengan tudung A dan lain-lain. Sebab tu baju saya pasti pakai dengan tudung sama setiap kali saya pakai. Tak macam sekarang, baju A hari ni pakai dengan tudung B, esok tudung C dan entah apa-apa tudung lagi.
Dulu, kalau sebut saya je, orang hanya tahu, budak skema dan pandai KONONNYA. Tak pandai sangatpun sebenarnya. Tak tahulah kenapa mind set dia orang macam tu. Pengalaman kena ngorat? Jauh sekali. Kalau adapun, sangat jarang. Bak kata Cikgu Shidah yang datang visit office saya beberapa tahun lalu, saya sekarang jauh beza dengan saya yang dulu. "Tinta, lawanyaaa... Kenapa lain ni? Sekolah dulu lain. Dulu tak lawa langsung," Hehehe... Masa dah berubah cikgu. Dan sekarang saya ada kawan-kawan yang mendorong saya berpenampilan menarik.
Masa sekolah jugak, ada cikgu yang kata saya cantik tapi tak pandai berpenampilan. Cuma, dia orang kata, saya ni kemas dan bersih. Hehehe... What ever, masa dah berlalu.
Tapi Kak Timah kata, kalau kita tak cantik, pakai macam manapun, tetap tak cantik.
Hahaha... Kak Timah lagi kena petik nama. Siapa suruh Kak Timah cantik dan pandai gayakan orang?
Well... Masa tu, saya memang rasa rendah diri di sudut hati saya. Tengok kawan-kawan ramai peminat. Sampai cikgu praktikalpun minat kat dia orang. Tapi saya... Dipandang sepi je. Ada sorang cikgu kata, saya bukan tak ada peminat, tapi orang takut nak dekat. Takut tak setaraf dalam pelajaran. Cikgu kata, budak lelaki segan dengan saya sebab saya pandai. Saya pernah Tanya cikgu hal ni. Cikgu kata, tengok orang yang ramai peminat tu, dia orang tak pandai sangat. Dia orang tak ada sistematik dalam belajar. Dia orang bukanlah orang yang menjaga. Menjaga apa? Cikgu kata, nanti saya akan faham. Cikgu Din pulak kata, biarlah orang tak minat masa sekolah, sebab tu semua cinta monyet. Suatu hari nanti, saya akan temui cinta sejati saya yang boleh terima apa adanya saya.
Masa tu, saya rasa bestnya kalau saya jadi kawan-kawan saya yang cantik tu. Ramai peminat, Jadi rebutan orang, ramai orang suka, semua orang nak dekat, dan selalu jadi perbualan orang. Sama ada orang bercerita tentang kecantikan mereka atau apa je yang mereka lakukan. Yelah, jadi perhatiankan. Orang suka tengok apa dia orang buat dan orang bercerita sesame dia orang tentang mereka. Saya? Jangan mimpilah. Cerita fasal saya pandai, ikut cakap cikgu, tak melawan, tegas hahaha kelakar tu, ada orang kata saya baik hati. Hehehe...
Ada sorang mamat ni, suka sakitkan hati saya. Ketawakan saya, dan suka kenakan saya. Memang saya tak nak jumpa dia kalau boleh. Rasa terhina.
Tiba-tiba, bila jumpa saya di FB kata, "Tinta, awak lawalah sekarang," Whatsapp saya, messenger. Kalau saya sekadar balas pasti dia whatsapp lagi. Siap ajak nak jumpa. Lepas tu cakap, kalau kahwin dengan saya boleh tak. Adalah ayat yang dia bagi kat saya. Saya bukan sombong. Dia tetap kawan saya. Tapi setahu saya, dia ni dah ada somebody. Tunang ke makwa tak ingat.
Dari situ, saya lihat bagaimana sikap orang terhadap kita. Masa kita buruk dulu, sebelah matapun orang tak pandang. Bila kita OK sikit, macam-macam cakap. Nak dekat dengan kita. Tak perlulah pandang pada wajah sebab wajah tak menjamin apa-apa. Malah, wajah yang kita suka tu kadang-kadang bawa derita kat kita.
Dan pada saya, saya perlukan orang yang boleh terima seadanya saya. Dari saya tak ada apa-apa sampailah Tuhan bagi sikit apa yang Dia nak bagi. Dari saya buruk, sampailah saya boleh dipandang dan orang taklah muntah bila pandang saya. Dari saya kerdil sampailah saya diberi sedikit lebih tupun pinjam je.
Saya sedih mengenangkan semua ni. Saya tak perlukan orang yang masa saya susah, tak pedulipun fasal saya. Masa saya buruk, sebelah matapun tak pandang. Masa saya berduka, ketepikan saya. Masa saya dibuang, ikut membuang saya. Saya tak perlukan orang yang macam ni dalam hidup saya kerana telah saya tahu keikhlasan hati mereka terhadap saya. Kalau waktu saya senang datang kat saya sedangkan masa saya susah tak pandangpun saya, tak mustahil bila saya susah balik, diapun menjauh. Tinggal saya terkontang-kanting.
Apapun, saya sayang semua orang yang ada di sekeliling saya tak kira jauh atau dekat. Orang yang bersama saya waktu susah dan senang saya. Orang yang mendorong saya ke atas, bukan yang menolak saya ke bawah.
Saya tahu, orang-orang yang saya maksudkan baca blog ni dan mereka tahu merekalah yang saya maksudkan. Walaupun kita tak sentiasa berhubung, kamu semua dalam hati saya. Sayang kamu semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)