Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label PANAS. Show all posts
Showing posts with label PANAS. Show all posts
Monday, October 1, 2018
Kemarahan Yang Bertimpa
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Pagi ni saya rasa sangat marah!
Lain orang suruh buat, lain yang dibuat!
Kalau orang suruh buat something, Bendol! Tak boleh guna fikiran!
Orang suruh buat something, apa yang berangan entah, semua tak ingat! Lupa!
Dah buat benda baru, menyusahkan orang!
Empat benda semuanya buat saya marah!
1. Ada kawan dari Terengganu datang KL. Belikan saya keropok lekor. Kebetulan saya tak ada, so minta hantar kat sorang hamba Allah ni. Takkanlah saya nak cakap jugak letak dalam peti ais kat tempat beku? Takkanlah tak boleh fikir logic benda macam tu? Takkanlah tak boleh guna fomular sossage? Hari tu beria cakap dengan saya, sossage kena letak kat tempat beku tak boleh letak kat tempat sejuk biasa. Nanti berbau dan berlendir., basi. Tiba tang keropok leko letak kat tempat sejuk biasa. Gila ke apa? Dah tua kot, dah berumahtangga dan ada anak, takkanlah benda simple macam tu tak boleh fikir? Bukan tak bersyukur orang tolong, tapi saya teringin sangat nak makan keropok tu. Masa pergi Terengganu dua minggu lepas tak sempat beli sebab duduk dalam hutan, ada kem. Masa bila nak membeli keropoknya? Kalau tolong dengan menjadikan suatu pembaziran saya marahlah! Dahlah banyak! Serius, saya memang sangat marah bila orang buat kesilapan bodoh dan kesilapan yang sepatutnya boleh fikir. Benda senang kot! Takkanlah itu pun tak boleh fikir?
2. Makhluk lagi sorang ni pulak, saya dah pesan, tolong make sure keropok tu letak kat tempat beku. Beria cakap, nanti dia check. Kalau dah benda alah tu kat tempat sejuk biasa, confirm tak checklah kan? Kata kalau benda tu tak letak kat tempat beku nanti nak pindahkan ke tempat beku! Semuanya hampeh! Beli dengan duit ya benda alah tu. Memang murah. Yang buatkan saya marah, membazir dan saya teringin nak makan. Keropok tu dah berlendir dan bau tak sedap. Saya alihkan ke tempat beku. Tak tahulah boleh diselamatkan ke tidak. Dah tiga hari kot! Yang makhluk pertama tadi sedap je cakap, kalau rebus OK kot. Banyaklah kau, sebab tak kena kat kau kan? So bagi jelah cadangan bodoh tu! Satu perkataan maaf pun tak ada keluar dari mulut! Ni bukan kali pertama dia buat silap lepas tu, tak ada kata maaf. Tak beradab! Lebih baik jadi orang garang macam saya. At least, kalau saya tahu saya salah dan buat orang marah, saya pandai minta maaf! Bukan buat bodoh seolah tak ada benda berlaku! Makhluk kedua ni pun memang kena marah dengan saya. Semua benda kalau saya pesan, mesti lupa. Kejap je lupa. Saya faham, lupa tu tak boleh nak control. Kejadian Allah. Tapi apa usaha yang kau buat untuk mengingatkan? Bukan satu benda je lupa, banyak benda even urusan penting! Saya terus cakap, "Kalau dah tahu kita kekurangan ingatan, tulislah kat mana-mana. Ada dua benda tau yang awak lupa minggu lepas dengan saya," Serius, saya bukan orang yang suka marah, tapi orang sekeliling nak sangat saya marah. So, saya marah! Sorry ya, saya bukan orang pandai berlakon. Baik depan kata belakang. Kalau saya marah, saya akan tunjuk depan-depan. Cakap pakej sekali dengan riak wajah! Siapa yang biasa dengan saya tahulah! Lagi-lagi kalau orang buat salah tak tahu minta maaf. Memang lama la marah saya! Kalau minta maaf marah jugak. Tapi tak adalah lama! Seirus saya bengang!
3. Ada orang nak sewa basikal tandem. Orang yang memang dah dikenal pasti suka buat perangai. Saya suruh staff saya buka kunci enam basikal. Dia orang nak sewa tiga je. 3 extra tu sebagai pilihan supaya mereka boleh pilih mana yang elok. Ya Allah, dia pergi tinggal semua kunci kat kaunter. So, apa maknanya kunci basikal tu kalau bagi kunci kat dia orang? Dia orang akan buka semualah jawabnya dan pilih mana yang dia orang nak tanpa kawalan. Dahlah suka mengelak bayar sewa. Nanti guna lima, bayar tiga je! Dalam urusan kerja lagilah saya panas! Lain orang suruh buat, lain dibuat! Tanya dulu kalau tak pasti. Saya kenal pengguna or penyewa ni. Perangai sorang-sorang, saya boleh buat hikayat dah! Suka ambil kesempatan, baik yang blind, baik yang sukarelawan! Sama je!
4. Bank Simpanan Nasional yang tak professional. Hari tu bukan main bagi notis, perkhidmatan online dan cebit card serta credit card dia tak boleh guna sampai 4 September dari 31 Ogos. Updatelah konon! Sampai gaji bulan ni pun tak stabil lagi! Dari minggu lepas saya cuba untuk transfer duit, tak boleh! Dahlah banknya jauh nak menapak! Kalau keluar cash, saya kena menapak pulak ke Maybank! Yang best tu, minggu lepas, saya nak check baki boleh akaun saya tak ada? Gila ke apa? Baca note, suruh pergi manage akaun untuk update list akaun. Gila! Maybank tak pulak macam ni. Minggu lepas saya sibuk dengan program last weekend. Tak ada masa! Tak ada masa nak gerak ke bank bodoh tu! Malam tadi, lepas bangun tidur berehat setelah pulang dari program, saya try. Boleh transfer. Niat hati nak transfer semua benda hari ni untuk pembayaran. Biasalah, BSN lembap ni guna Sistem Gyro. Dahlah kau melambatkan kerja aku! Hari ni pun tak masuk-masuk lagi duit ke Maybank saya. Ish, bengang yang amat! Gila semuanya! Semua buat saya marah!
Wednesday, September 19, 2018
Serious, I Need Someone to Talk
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya tak ada mood! Sangat tak ada mood!
Ni semua gara-gara makan nasi kononnya nak senang tidur malam tadi. Tapi percaturan saya salah! Dengan nasi, saya perlukan tidur yang berganda, bukan setakat 6 or 7 jam! Tapi bila dapat makan nasi, saya rasa nasi tu sedap sangat. Bau lauk pun dah buat saya terliur nak makan nasi. Tapi saya sekarang tak boleh. Saya kena tahan diri dari makan. Kalau tidak, jadi macam hari nilah!
Malam tadi, saya tidur belum pukul 10.00 disebabkan mengantuk tak cukup tidur malam sebelumnya tambah mengantuk sebab makan nasi. Benci! Lepas tu Si Chiko buat perangai, pukul 2.00 lebih pagi dia kejutkan saya! Saya suruh dia duduk ruang tamu. Pintu bilik air dapur saya tutup sebab tak nak dia ganggu tidur saya dengan menarik pintu bilik air saya yang boleh dimasuki dari bilik air dapur. Sudahnya saya keluar rumah jam 7.30 di mana bagi saya 7.30 pagi ni dah lewat! Sampai Stesen LRT Universiti saya teringat, pintu bilik air dapur tak bukak! So saya patah balik. Hajat nak tidur dalam LRT terbantut.
Sekali lagi saya kena jalan kaki dari stesen ke rumah OK! Jauh tu bagi saya yang dah lewat! Dahlah kaki pun tak sembuh lagi!
So, dari rumah saya booking Grab ke pejabat. High demand pun high demand la. Saya malas nak berjalan dah. Sampai office saya kena jalan lagi pergi ofis Persatuan Sukan pulak! RM27.00 melayang! Saya minta Grab bawa laluan tanpa tol. Tapi dia tak tahu jalan kot. Dia bawa laluan bertol tapi dia tak charge tol tu.
Mungkin bagi orang lain semua ni simple. Tapi bagi saya, saya rasa tention! Mengantuk, penat, sakit kaki, panas dan saya sangat memerlukan fikiran saya hari ni untuk settle tugas saya di pejabat. Saya tak boleh nak menulis kalau otak saya tak focus! And I'm really need someone to talk, to share all this! Saya tak tahu nak contact siapa sebab pagi-pagi ni orang semua sibuk. So, saya up status di Facebook. Cuba teka siapa orang pertama yang call saya?
Saya update sekejap je, phone saya terus berbunyi. Dia memang tak like or komen saya di FB tapi terus call. En. Mahathir la, siapa lagi? En. Mahathir yang selalu peka kepada setiap gerak-geri saya, riak wajah saya dan status-status saya di FB walaupun saya tak cakap direct, kalau dia rasa status saya tu seperti ada yang tak kena, dia pasti call saya. Terima kasih En. Mahathir atas keprihatinan En. Mahathir.
Sorang lagi, kawan yang selalu ambil berat pasal saya, Mas Suni. Dia call saya sebenarnya tapi masa tu saya tak jawab. Mungkin saya tengah kelam-kabut kot. Dia lantas voice saya. Thanks Suni sebab selalu dengar luahan saya walaupun benda yang simple.
Saya tak kecil hati pun dengan kawan-kawan lain yang baik dengan saya tapi tak call. Mungkin mereka tak baca status saya, mungkin masing-masing tengah sibuk dengan urusan sendiri memandangkan masih awal pagi. Ada yang bertanya khabar tu dah syukur dan besar rahmatnya bagi saya.
Paling tak sangka, Abang Hisham! Abang Hisham ni sepupu saya. Masa kecik-kecik dulu keluarga saya selalu ke rumahnya di Kuala Terengganu sebab ayah dia tinggal di kem tentera Terengganu. Tak ingatlah kem apa. Masa kecik dulu Abang Sham selalu layan saya dan angah sebab masa tu kami dua beradik je. Begitu juga dengan adiknya, Kak Siti. Tapi bila dah lama tak jumpa, ikatan kekeluargaan kami jadi sedikit renggang dibatasi waktu dan jarak. Dia ada je kat Cyber Jaya tapi mungkin masing-masing sibuk urusan masing-masing so kami tak contact.
Dulu office dia melawat office saya. Tak sangka Abang Sham pun ikut serta. Lepas tu, Abang Sham jadi friend FB saya. Hari ni dia messenger saya bertanya khabar dan menasihati saya agar jangan stress. Panjang jugak perbualan kami. Tak sangka Abang Sham juga prihatin. Almaklumlah, selama ni, kalau berjumpa di kampung, kami tak banyak cakap. Bersembang jauh sekali. Cuma dalam FB sesekali Abang Sham komen dan like. Tapi Abang Sham kata, bila dia baca status-status FB saya, saya tak seperti yang dia kenal. Saya yang dia kenal diam, tak banyak cakap. Tapi tengok di FB macam orang lain. Hahahaha... Segan kot nak banyak cakap. Lagipun sepupu-sepupu selalu sibuk dengan hal masing-masing kalau jumpa di hari raya. Nak cakap apa? Kalau family di Kelantan ni lainlah. Semuanya bertegur-sapa dan nak bersembang dengan saya. Dan saya pun tak segan dengan dia orang sebab dah biasa. Siap melawak lagi.
OKlah. Nak pergi tidur. Bye semua. Semoga mood saya cepat baik. Ada kerja menanti lepas ni.
Saturday, September 1, 2018
Kau Ingat Aku Apa???
Maaflah, posting kali ni kasar sikit.
Aku memang tak suka lelaki hantar whatsapp kat aku tiba-tiba, tulis hai.
Kau ingat aku apa? Awek jalanan yang kau boleh tegur hai, hai? Kalau kau nak mengorat, pergi cari perempuan lain. Bukan masa akulah nak melayan lelaki macam ni. Selalunya yang macam ni ni budak lelaki remaja. Lelaki sekarang ni dah pupus ke yang berkualiti tinggi? Korang tak reti ke tengok perempuan mana yang kau boleh ngorat dan perempuan mana yang kau kena hormat macam kakak kau? Sorry la eh, aku banyak lagi benda lain nak fikir. Aku dah malas nak fikir pasal lelaki yang menyusahkan hidup aku, menyakitkan hati aku. Aku benci lelaki main-main dan tak serius. Kalau kau nak mengorat, pergi penuhkan ilmu di dada dulu dengan ilmu kepimpinan dan rumahtangga. Bina kerjaya, bina hidup bagi stabil dulu. Lepas tu baru kau fikir nak menggatal!
Ingat ya, bukan semua perempuan suka di 'tackle'. Lain perempuan, lain caranya. Umur macam aku ni, aku cari suami, bukan cari boy friend, pakwa, and what so ever yang seangkatan dengannya. Aku dah letih! Aku bosan, aku menyampah!
Kalau kau rasa kau tak serius dan tak boleh jadi suami, jangan cuba-cuba nak ganggu hidup aku! Aku tak kisah tak ada boy friend yang mengada-ngada walaupun aku sunyi! Aku bukan kebulur nak sentiasa dikepit lelaki nak-naknya lelaki yang entah apa-apa.
Iiiii... Tak tahu sekarang ni kenapa, saya cepat hangin dengan lelaki-lelaki kurang cerdik macam ni.
Pesan aku tu ingat, lain perempuan, lain cara approach. Kau kena tengok dulu cara perempuan tu, lepas tu baru kau fikir nak approach ke tidak. Kalau nak approach, kau jangan salah langkah. Fikir cara terbaik untuk approach. Salah cara, nahaslah kau!
Jangan suka buang masa orang!
Thursday, August 23, 2018
The Worse Website Ever!!!
OK, nak lepas geram kejap!
Saya try nak order Mc D melalui desktop dan handset. Yang dekat PC asyik suruh update alamat. Kalau orang dah tak update, maknanya, alamat samalah nak guna! Dekat buku alamat tu tak ada button kemaskinipun. Yang ada hanya tukar atau tambah alamat. Tukar pun sama, tambah pun sama. Dah buat proses dia kata penghantaran tak boleh buat kat address tu. Padahal dah berzaman budak office ni order Mc D.
Beralih ke phone pulak, OK, boleh pilih menu. Lepas tu cakap order tak cukup. OK find! Saya tambah menu. Yang bengongnya Mc D ni, masa kita tambah menu, kat troli keluar dua items. Bila kita masuk dalam troli nak bayar, satu hidangan je ada. Harga tak bertambah, yang saya dah tambah tadipun hilang entah ke mana. Banyak kali saya try. First, saya ingat saya yang bodoh, tak reti guna website dia. Ni nak kena panggil untuk perbincangan ni, menyusahkan orang!
Yang best tu, suruh kita tonton video panduan tapi video tak ada. Suruh Kak Sha try pun video tu tak ada. Video celah bedah mananya?
Iiii... Tak memasal saya hot tengahari ni!
Dia tak nak susahkan staff dia ambil order melalui phone, dia susahkan customer. Kau ingat, kau boleh untung besar ke menyusahkan orang ni?????
So, hari ni kenalah keluar cari makan! Dahlah orang lapar ni! Kalau tak lapar, OK je tunggu balik rumah petang karang. Masak tomyam pun best jugak. Masalahnya nak makan lunch!
JanganSuka Membawang
Assalammualaikum semua.
Selamat pagi!
Nasib orang tak balik kampung, so bekerjalah kita hari ni. Hahahaha... Yang penting hadir ke pejabat dengan semangat dan keceriaan. Betul tak?
****************
Saya pasti, ramai yang tahu istilah membawang ni. Kalau yang tak tahu tu, membawang tu mengata orang. Mengumpat dan yang seumpama dengannya.
Kenapa istilah dia membawang? Saya tak tahu kenapa. Tapi pada logic saya, makcik-makcik yang buat kerja rewang, sambil-sambil potong bawang, cili dan sebagainya mengumpat orang. Sebab tulah jadi istilah membawang kot.
Tapi... Bukan perempuan je tahu membawang tau, lelaki pun pandai membawang.
Adalah sorang ni, jantina dirahsiakan hahahahaha... Dia memang suka membawang. Kat depan, bukan main baik lagi kau! Kat belakang, apa yang kita cakap dengan dia sebagai nasihat pun dia kondem. So lepas ni, tak akan ada lagi peringatan saya bagi kat dia. Tak ada nasihat-nasihat dah. Lantak kau! Kau nak terbalik, terlingkup, menjalar, lantakkan kat situ!
Dia ni suka mengata orang. Orang tu tak kena. Orang ni perasan. Orang sana tak patut. Orang situ... Alah, orang ni segala macam yang tak eloklah. So, dek kerana dia yang suka membawang hal orang, baru-baru ni, ada sorang dua kawan cakap kat saya yang mereka nak tengok orang tu. Apa yang dia nak buat? Macam mana dia nak mengemudi sesuatu tu. Dia orang nak tengok kredibiliti orang sebagai .... tak payahlah saya cakap sebagai apa. Nanti orang dapat teka pulak kan? Yang baca blog saya ni pun ramai jugak yang suka membawang. Saya tengokkan je. Baca blog saya lepas tu membawang kat belakang. Blog saya, suka hati sayalah. Kalau korang tak puas hati, buatlah blog sendiri. Tulislah apa korang nak. Dan tak payah datang blog ni. Hahahahaha... Esok kalau saya dah tak tahan, saya letak pass word je kat blog ni.
So, pesan saya kepada yang suka membawang tu, jaga kerja sendiri dan hal sendiri elok-elok. Kalau kerjapun tak seberapa, jangan sibuk nak membawang orang. Saya tahu sangat dah kerja dia macam mana. Tapi malas nak mengata atau bagi tahu orang pasal dia. Nanti kalau kita sibuk membawang pasal orang, nanti orang nak tengok pulak kerja kita. Macam dia tu sekarang nilah. Hahahaha... Rasakan, siapa suruh cakap pandai? Membawang je kerjanya. Tapi kat depan, amboi, baik sangat. Pijak semut pun tak mati. Ramai orang tunggu nak tengok hasil kerja dia.
Saturday, August 4, 2018
Ego Tak Bertempat
OK, Cik Tinta tengah bengang sekarang ni.
Kejadian pertama kat pejabat tadi, Cik Tinta tak adalah bengang sangat walaupun ada sedikit bengang.
Seorang sukarelawan menghampiri saya bertanyakan khabar kaki saya. Dengan sopan dan berhemah dia memberitahu saya bahawa dia tak percaya dengan memakai kasut tinggi dapat menyembuhkan sakit kaki saya. Katanya, ramai pakar kesihatan berpendapat bahawa kasut tumit tinggi menyebabkan sakit tulang belakang. Ya, saya tak nafikan. Tapi, dalam kes saya, saya hanya perlu memakai kasut tumit tinggi at least 1 inci atau 1 inci setengah. Doktor tak suruhpun saya pakai yang 3 4 inci. Dalam kes saya jugak, tapak kaki saya rata so, saya tak sesuai pakai kasut yang rata. Saya ulangi, kaki saya rata, tak sesuai pakai kasut rata. Lagipun, doktor yang cakap dengan saya hal ni. Bukan saya pandai-pandai cakap saya tak boleh pakai kasut flat. Lama-kelamaan dia mengalah dan akhirnya bersetuju.
Kejadian kedua, kat dalam Facebook. Seorang cikgu mengatakan sakit tumit saya berpunca dari cara saya berjalan. Dia ni memang ego tahap king. Dia selalu rasa dia bagus dan tahu semua benda. Dari komennya saja dah cukup memberitahu saya yang dia tidak tahu tentang Plantar Fasciitis walaupun dia kata dia tahu pasal sakit ni 25 tahun lalu. Yang kelakarnya dia kata sakit ni berpunca dari postur badan yang membongkok, jalan seret kaki serta jalan teragak-agak dan tidak yakin. Hahahahahahahahaha... Bila masa pulak saya berjalan teragak-agak, seret kaki dan membongkok ni? Memang dulu cara jalan saya tak cantik. Tapi bukanlah seret kaki atau teragak-agak. Dulu yang dikatakan tak cantik tu berjalan keras dan bersepah macam gangster. Dah enam tahun berlalu. Selepas Hadisah ajar saya cara berjalan yang sopan dan cantik, saya mengamalkannya sampai hari ni. Korang pernah tak tahu macam mana model belajar berjalan? Selain daripada belajar berjalan untuk memperagakan baju or what so ever yang perlu diperagakan, mereka juga diperbetulkan postur badan mereka. Itulah yang Hadisah lakukan. Sebab tu saya perlu letakkan buku tebal di atas kepala saya masa belajar jalan dengan Disa dulu. Malas nak cerita panjang pasal belajar berjalan tu. Korang bacalah tulisan saya bertahun lalu tu. Kalau tak betul mesti dah lama kena dengan Disa. Masa saya berjalan tak cantik dulu, angah pun selalu tegur saya berjalan.
Tiba-tiba hari ni dia kata elemen kat atas tu buat saya sakit tumit. Hello! Saya bukan ego tak nak terima apa dia cakap. Kalau cakap tu betul, walaupun saya tak suka, saya akan terima. Masalahnya, berlagak je pandai tapi cakap tak ada fakta dan hentam sebarang. Saya yang sakit, saya yang jumpa doktor, saya yang dengar apa doktor cakap, saya yang bersoal jawab dengan doktor, alih-alih dia yang nak jadi doktor. Kalau cakap benda betul tak apalah. Ni merapu je lebih. Nampak sangat dia tak tahu dan tak faham apa itu Plantar Fasciitis.
Saya ni, menghidap Plantar Fasciitis, bukannya Bony Spurs. Saya baca tentang sakit saya. Bukan saya dengar je cakap doktor. Dari awal lagi saya baca dan saya boleh agak apa masalah tumit saya sebenarnya.
Plantar Fasciitis bermaksud:
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis. Sukar untuk orang yang memakai kasut rata. Apabila anda berjalan kaki dalam kasut rata selama tempoh masa yang panjang, plantar fascia akan diregangkan mengakibatkan keradangan. Begitu juga dengan wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi meningkatkan tekanan pada tumit. Selain itu, ia juga menyebabkan sakit belakang.
Manakala Bony Spurs pula adalah:
Pertumbuhan tulang yang tidak normal pada titik di mana fascia plantar dilekatkan pada tulang tumit. Ia disebabkan oleh ketegangan yang berpanjangan kerana gaya berjalan yang tidak sesuai, membongkok kaki ke dalam boleh meregangkan plantar fascia dan menyebabkan keradangan kronik. Kadangkala ketegangan otot dan peningkatan ketegangan pada tumit boleh mengakibatkan pertumbuhan tulang ‘spurs’. Bony spur terus berkembang ke arah di mana peregangan menyebabkan rasa sakit.
Dipetik dari:
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/punca-sakit-tumit-heel-pain
Kalau saya menghidap Bony Spurs, barulah betul disebabkan cara berjalan yang salah atau tidak sesuai. So, sebelum cakap tu, sila baca. Jangan tak tahu tapi mengaku pandai semua benda.
Monday, July 2, 2018
Di Sebalik Calon Timbalan Presiden
Assalammualaikum semua.
Selamat pagi.
Orang sibuk dengan pemilihan UMNO, kami pun sibuk jugak. Sibuk dengan pemilihan salah sebuah NGO kami.
Baiklah, hari ni saya ingin mengulas cerita-cerita kurang enak yang bertebaran sekitar pemilihan Ahad lalu. Khabarnya berkisar kepada calon timbalan presiden.
Sebelum tu, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang menyokong calon-calon berkenaan kiranya kalian membaca tulisan saya ini. Niat saya bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak. Sekadar menulis dari pemerhatian saya di mana saya terlibat secara langsung dalam Majlis Presiden dan ExCo pada penggal sebelum ini. Dan kalau korang sering baca blog saya dan kenal siapa saya, saya ini akan memberi pandangan dan kritikan jujur walaupun terhadap kawan saya sendiri. Saya tidak mampu menjelaskan isu berbangkit secara rialiti kerana perlu menjaga hati banyak pihak serta tidak mahu mengeruhkan keadaan. Jadi, biarlah saya tulis di sini agar ianya sekurang-kurangnya menjelaskan isu sebenar.
*************
Sebagai salah seorang ahli ExCo, saya rasa simpati dan bersalah kepada seorang calon presiden yang dikatakan suka memotong budget dan menyekat MP untuk menjalankan aktiviti dan program. Kenapa saya rasa bersalah? Sebab tomahan tersebut dilontarkan kepada pengerusi ExCo sahaja sebelum ini sedangkan pemotongan atau sebarang tindakan dibuat adalah atas keputusan mesyuarat dan bukannya atas keputusan seorang individu walaupun dia seorang pengerusi. Sebenarnya sebagai MP dan ExCo, banyak rahsia yang kami simpan. Daripada perbincangan dalam mesyuarat sehinggalah perangai serta sikap setiap ahli MP.
Saya setuju, setiap permohonan budget yang dihantar termasuk dalam anggaran perbelanjaan setiap MP. Namun, ExCo berhak untuk memastikan setiap permohonan itu tidak bertindih dengan jawatankuasa lain dan ianya dijalankan mengikut kefungsian serta objektif jawatankuasa berkenaan.
Kemerlut ini bermula apabila ExCo menerima permohonan daripada seorang MP untuk menganjurkan sebuah kursus. Kursus kepimpinan di mana kursus kepimpinan ini turut dilaksanakan oleh dua jawatankuasa lainnya untuk dua target group. Kami menilai permohonan yang baru diterima. Ini adalah kali kedua permohonan untuk kursus sama.
Kesilapan kami pada permohonan beliau yang lalu, adalah meluluskan kursus berkenaan terlebih dahulu dan meminta beliau untuk menghantar dokumen yang dikehendaki seperti tentative program serta modul. Kami juga menasihati beliau supaya kursus kepimpinan yang dijalankan haruslah focus kepada jawatankuasa yang dipegangnya kerana kertas kerja yang dihantar kursus kepimpinan itu sama sahaja seperti kursus kepimpinan yang lain. Lebih kepada membina keyakinan diri seperti flying fox dan sebagainya sedangkan beliau memegang potfolio di mana saya juga di office saya bertanggungjawab atas perkara yang sama. Jadi, kursus kepimpinan yang dijalankan saya amat faham akan pengisian dan objektifnya. Seharusnya tiada persamaan dengan kursus kepimpinan untuk jawatankuasa lain. Saya ingin mengajak anda berfikir, apakah yang harus ada dalam kursus kepimpinan sukan? Apakah yang harus ada dalam kursus kepimpinan belia dan apakah yang harus ada dalam kursus kepimpinan Modal Insan? Haruskah kesemua kursus ini menggunakan modul yang seakan sama? Fikirkanlah dengan fikiran yang waras dan jangan emosional. Dan beliau menganjurkan kursus kepimpinan berkenaan tanpa menghantar apa yang diminta ExCo. Wajarkah tindakan ini?
Mengambil pengajaran daripada kejadian yang lalu, kali ini kami memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan beliau sehinggalah tentative serta modul berkaitan kursus dihantar. Sekiranya tiada kedua-dua perkara ini permohonan ini diklasifikasikan sebagai tidak lengkap. Prosedur ini bukan saja dikenakan kepada beliau tetapi kepada semua pemohon. ExCo juga meminta agar kursus ini dipendekkan bagi memastikan peruntukan dapat dibelanjakan seminimum mungkin.
Dalam surat yang dikeluarkan tiada langsung unsur peribadi disentuh. Kami selaku ExCo sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan. Dalam satu mesyuarat yang saya hadir di cawangan, ahli mesyuarat melaporkan bahawa tiket untuk menghadiri kursus berkenaan telah dibeli. Saya sangat terperanjat. Macam mana tiket dah dibeli sedangkan kelulusanpun belum dapat? Sekali lagi saya mahu mengajak pembaca fikirkan. Wajarkah tindakan ini?
Malangnya, kami menerima surat daripada individu berkenaan yang lebih berunsurkan emosional serta serangan peribadi kepada pengerusi ExCo. Saya tidak tahu apa masalah antara kedua individu berkenaan. Tapi sebagai pemimpin, semua tindakan yang dibuat haruslah professional walaupun terdapat masalah peribadi antara keduanya. Selain itu, kami di ExCo juga mendengar khabar angina bahawa serangan peribadi ini juga turut tempias kepada salah seorang ahli ExCo lainnya. Kami sangat terperanjat dengan situasi berlaku. Kami tidak pernah membuat sesuatu keputusan memilih orang. Malah, program saya selaku ExCo sendiripun ada budget yang dipotong apabila ExCo merasakan ianya boleh dijalankan dengan belanja yang lebih berhemah. Walaupun saya tidak setuju dengan pemotongan berkenaan, saya tetap akur dan cuba memenuhi keperluan ExCo.
Sehingga ke akhirnya, individu berkenaan tidak mengubah modul serta tentative seperti yang diminta. Tapi khabar angin yang tersebar, pengerusi ExCo penggal lalu suka potong budget. Ahli tak tahu sebab pemotongan dibuat. Dalam kebanyakan kes, permohonan diterima tidak mengikut garis panduan ditetapkan. Walaupun dalam garis panduan dah tulis terang-terang jenis aktiviti serta jumlah peserta dengan nilai perbelanjaan tertentu, masih lagi ada yang meminta dua tiga kali ganda lebih dari peruntukan sepatutnya. Patutkah ianya diluluskan ExCo? Sedangkan budget telah dibentangkan di hadapan ahli dalam mesyuarat budget. ExCo meluluskan berdasarkan budget yang ada yang telah diluluskan dalam mesyuarat budget. Kami tak boleh suka-suka nak luluskan semua permohonan walaupun melanggar peruntukan. Hal sama berlaku kepada permohonan yang dihantar kepada jawatankuasa utama. Kalau ada tajaan boleh tapi kami juga perlu memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mencapai objektifnya.
Saya sendiri mendengar salah seorang calon bercerita tentang calon yang lain sebelum pengundian dijalankan. Semua cerita berkisar kepada peribadi antara beliau dan calon berkenaan. Tapi adakah kami yang pernah ada sama dalam pentadbiran bercerita tentang peribadi beliau? Pernahkah kami selaku rakan MP bercerita tentang bagaimana sikapnya terhadap kami yang mungkin tidak disukainya? Kalau kami nak bercerita, banyak yang kami boleh ceritakan. Tapi kami tak mahu libatkan hal peribadi dan kerja. Malah, dalam soal kerja seperti kes di atas pun tak pernah kami dedahkan sebelum ini walaupun ianya tidak wajar berlaku. Tapi apabila cerita tidak benar bertiup saya rasa saya perlu tulis untuk dinilai oleh ahli. Siapa yang jadi ExCo selalu kelihatan buruk. Sedangkan kami bukan buat sesuatu sebab kami pilih orang atau nak buat. Tapi itu tanggungjawab kami.
Friday, June 1, 2018
Panggilan Gila
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Sejak beberapa hari ni, saya sering terima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. Call, lepas tu buat suara lain mungkin tak nak saya kenal suara sebenar kot. Rasa bengang dan sakit hati. Dia ingat saya ada masa nak layan panggilan bodoh dia tu? Saya tak ada masa nak layan OK. Ingat saya nak perasan ada peminat misteri ke apa? Hello! Masa-masa tu semua dah berlalu bagi saya. Saya dah tak heranlah dengan panggilan misteri ke, peminat misteri ke. Tolong jangan kacau saya. Saya menyampahlah.
Monday, May 28, 2018
Soalan Yang Buat Saya Marah (Updated)
Assalammualaikum pembaca blog saya,
Harap korang semua diberkati dan dirahmati.
Oh, lupa! Salam sejahtera kepada yang bukan Islam.
*******************
Ada satu mamat ni, dia dah kahwin. Bulan Oktober last year, he confessed that he fell in love with me. Crazy!!!
Sejak hari tu, saya malas nak kawan dengan dia. Memanglah jodoh tu Allah yang tentukan. Tapi sebagai manusia, kita kena usaha untuk mengelak. Kalau dah elak then berjodoh jugak, itu baru namanya jodoh. But, kalau kita pun melayan, itu bukan jodoh, tu saja nak jodoh.
But he still like and comment my FB, sometimes send whatsapp to me. Serious I don't like his way. Dia ni suka mendesak. Paling saya tak boleh terima, He concede, he will live his wife. Not now because his son still young. He will be taking 2 3 years to live his wife. Apa niat dia cakap semua ni kat saya? Nak bagi harapan kat saya? Eh, cukuplah! Saya dah penat dengan harapan palsu ni. Ingat saya nak buang masa tunggu dia ke? Lagi satu, dia bercakap ni, dengan perempuan tau. Dan yang dia nak tinggal tu, perempuan jugak! Saya ni masih ada hati dan perasaan. Takkanlah saya nak bina kebahagiaan atas kehancuran rumahtangga orang??? Ingat saya boleh bahagia ke macam tu? Nanti penyesalan akan ekori saya seumur hidup saya.
Hari ni dia buat kat wife dia. Esok lusa, kalau kahwin dengan saya, dia buat pulak kat saya. Saya percaya kepada kifarah, karma and what so ever yang seangkatan dengannya. Saya dah selalu tengok dan alami. Itulah yang arwah moyang saya ajar kat saya since I was young. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Kalau awak tak bahagia, itu masalah awak. Kenapa nak heret saya pulak dalam masalah rumahtangga tu? Tu namanya saja nak tambah masalah. Lainlah kalau dah duda baru jumpa saya. Ni dia sendiri pernah cakap, since zaman bercinta lagi isteri dia tu dah mula buat perangai. Buat perangai yang saya rasa memang tak boleh terima. So, kenapa kahwin jugak? Don't tell me jodoh. Kita ada pilihan. Kenapa pilih untuk berjodoh dengan dia? Macam saya cakaplah, kalau dah cuba elak then OK la. Ni tak ada usaha nak elak pun.
Serious saya kata sejujurnya, memang Allah tu tahu apa yang sesuai dan tak sesuai dengan hambaNya. Kenapa Allah tak jodohkan saya dengan dia? Sebab dia bukanlah lelaki yang boleh buat saya rasa selesa bila bersama dia. Perangainya yang suka mendesak, buat saya rimas dan senang je menaikkan kemarahan saya. Dan dari caranya saya rasa dia ni suka mengongkong. Pernah dulu masa saya tak tahu dia suka kat saya, dia whatsapp saya. Masa tu, saya online whatsapp lama tapi tak balas whatsapp dia dengan cepat. Dia Tanya saya, selain dari dia, dengan siapa lagi saya sedang whatsapp. Hello! You are not my husband or even my special boy friend. Apa hak dia nak Tanya saya macam tu? Suka hati sayalah nak whatsapp dengan siapapun! Kalau orang yang saya admire yang Tanya OK la kan? Ni tak ada apa-apa Tanya, memang saya Tanya balik, kenapa Tanya macam tu? Saja nak tahu jawapan dia. Dia cakap, saja Tanya.
Dia ni selalu je cari jalan nak dekat dengan saya. Hantar Whatsapp la apalah. Then, malam tadi, dia whatsapp saya. Biasalah dengan ayat pembukaan dia tu.
'Assalammualaikum awak'
'Awak apa khabar?'
'Lama tak borak'
'Saya ada soalan nak tanya'
OK, En. Abang, jangan nak trick saya. Saya dah masak sangat dengan perangai lelaki ni. Saya dah tua OK. Dah ada pengalaman. Tak ada masa dah untuk semua ni. Kalau 10 tahun lalu mungkinlah saya akan masuk jerat awak tu.
Saya tak buka whatsapp tu, sekadar baca pada lock skrin saya. Dah pulak ada orang whatsapp saya Tanya sedap tak saya makan fish ball dan sosej steam tu? Hish dia ni pun, whatsapp tak kena masa la. Hahahaha... Orang baru nak berlakon tidur tak balas whatsapp mamat tu. Dia pulak whatsapp. Baru lepas baca blog oranglah tu.
OK. Whatsapp mamat tu, saya abaikan then saya balas whatsapp personal orang-orang lain. Bukan saja nak sakitkan hati dia. Tapi saya tahu, kalau saya balas whatsapp mamat tu akan buat mood saya swing dan mamat tu akan cuba panjangkan perbualan. Saya malas nak layan dia. Nanti kalau dilayan, hari-hari pulak dia akan whatsapp. Bila tak balas, macam-macam skrip drama dia whatsapp kat saya. Siap dengan desakan lagi.
So, pagi ni, saya just Tanya dia
'apa dia?'
Seperti yang saya jangka, soalan yang dia ajukan memang membuatkan saya panas. Katanya, kawan dia Tanya.
'Apa beza MAB dan PERTIS?'
Agaknya kau marah tak? Of cause saya marah. Sebab saya tahu, itu sekadar soalan untuk berbual.
'Hadoi, jauh beza. Takkan tu pun tak tahu?' Saya tak ada masa nak layan soalan remeh yang saja dibuat-buat tak tahu ni.
'PERTIS tu Persatuan Orang Buta Islam' Dia sendiri jawab. Tahu pun. Nama pun dah boleh tahu.
'Saya nak jawapan awak,'
'Boleh ke tak?'
'Saya ni tak tahu sangat,'
Dah mula dah ayat dia berbaur desakan tu Malas layan! Biar jelah kat situ. Kalau kawan dia yang nak tahu, biar kawan dia cari sendiri jawapan. Bagilah contact saya suruh kawan dia Tanya saya.
Maaflah, serious, saya tak suka lelaki yang Tanya soalan bodoh. Saya suka lelaki yang ada karisma. Yang ada kepimpinan. Dia orang yang nak pimpin saya. Bukan saya yang nak pimpin dia orang. So, dia orang yang kena lebih strong dari saya. Sedangkan staff sayapun saya marah bila tak belajar untuk jadi bijak, ni pulak kalau nak jadi suami. Janganlah semua benda saya yang nak kena fikir. Saya bukan menghina atau memandang rendah kepada sesiapa. Tapi itu adalah naluri saya, keinginan saya. Seandainya Allah jodohkan dengan lelaki sebaliknya, itu baru dinamakan jodoh sebab saya dah berusaha.
Tengok, bila saya tak balas whatsapp dia, dia call pulak guna nombor lain. Dia call nombor public saya. Memang saya tak safe sebab ni handset kawan yang saya pinjam. Tapi naluri saya mengatakan dia. So, saya cuba dial nombor tu kat private phone saya. Naik nama dia. OK, diam jelah.
Rasa bersalah dengan dia? Tak. Kalau saya layan, lagi saya rasa bersalah. Bersalah kepada isteri dan anak dia. Lelaki macam ni memang tak boleh dilayan.
Update:
Agaknya dia tengok je kot saya online ke tidak. Tentulah saya online. Dah namanya waktu kerja, ramai yang deal dengan saya menerusi Whatsapp. So tiba-tiba saya terima Whatsapp dari dia:
'OK, tak apalah, Tinta Emas, terima kasih,'
Kalau ikutkan marah saya, nak je saya jawab, sama-sama. Tapi baik saya diam dan tak payah layan. Nanti berlarutan lagi skrip dia tu.
Kan lebih baik dia Whatsapp isteri dia kat rumah Tanya anak OK tak? Buat apa? Masak apa hari ni? Tak keluar ke hari ni? Masalah orang kita ni, masa bercinta bukan main lagi. Kalau boleh 24 jam nak whatsapp dan berbual di telefon. Tapi bila dah jadi suami or isteri yang sah, buat bodoh je. Padahal, benda tu kena kekalkan dan tingkatkan supaya cinta semakin membara bukan semakin malap dan padam. Tak fahamlah dengan orang lelaki ni.
Perempuan pun sama, kalau suami tu berubah laku, bawa bincang dan kenalpasti penyebabnya. Kalau dia ada perempuan lain, jangan cepat melatah kata perempuan lain tu perampas, tapi kaji, apa yang korang tak buat dan apa yang lebihnya perempuan tu sampai suami korang tergila-gilakan dia. Kalau semuanya dah korang buat, dah tip top, korang lepaskan je lelaki tak guna tu. Biarlah dia nak pergi kat perempuan lain tu. Dah lelaki tak guna, sesuai dengan perempuan perampas.
Iiii... Mamat ni memang buat saya marah.
Wednesday, December 27, 2017
Email Yang Membangkitkan Kemarahan
Assalammualaikum readers,
Saya terima email daripada HR. Saya setkan email pejabat ke handset saya. Waktu baca semalam, saya nak cepat. So tak adalah focus sangat.
Bila teringat akan email berkenaan, saya lantas membuka email mengulangi bacaan.
Saya tahu arahan siapa ni.
Email ni kepada semua staff, suruh utilize cuti supaya tidak ada cuti berlebihan dibawa ke tahun hadapan.
Macam nilah kalau letak Acting GM yang kurang cerdik dan sibukkan benda yang remeh-temeh.
OK, kalau tak nak cuti berlebihan tu saya faham. Even saya terlibat dalam perangkaan cuti untuk sebuah NGO lain.
Tapi bukan simply cakap jangan ada cuti berlebihan dibawa ke tahun depan. Kau hantar email pun dah 20 Disember, kau nak suruh orang utilize cuti? Gila ke apa?
Kau orang tahu tak, kebanyakan staff kat sini willing to work out of office hour, on Saturday that they suppose to off, sunday and public holiday? Dan kita orang ni, tak layak clim over time tau.
Jangan berangan nak buat tempat ni macam korporat pulak. Kalau staff yang duduk kat finance, HR dan admin yang always sit in the office tak apalah. Balik pun boleh shap kul 5. Tapi kita orang yang dekat services units, PR and fund raising ni tak boleh kerja ikut time macam tu. Kami bergantung kepada keperluan. Even if every Saturday I'm suppose to work pun I buat tau. Kau ingat jaga sports and services units ni boleh balik terus balik gitu je? Kadang-kadang client call, whatsapp walaupun waktu yang tak sepatutnya. Pergi kerja luar yang kadang-kadang makan waktu rehat. Tapi kita orang tak pernah masuk lewat walaupun hari sebelumnya balik jam 10 malam. Lainlah macam orang tu, konon kerja balik lambat, datang lambat. Kau manager ke, GM ke, kau ingat suka-suka buat macam tu? Kalau kau pun tak betul, macam mana staff bawahan nak jadikan kau contoh? Memang aku bolayankan kaulah jawabnya.
Saya tahu, email ni dikeluarkan berpunca dari saya. Kenapa? Saya hantr permohonan untuk bawa semua cuti saya ke tahun hadapan. Cuti saya berbaki 14 hari setelah saya ambil 10 hari hujung tahun ni. Macam mana kau nak suruh aku habiskan 14 hari lagi tu sedangkan tahun depan tu tak sampaipun 14 hari. Tu pun mujur aku nak jujur. Tulis surat kalau nak harapkan HR yang macam hampeh tu, mana ada rekod cuti staff ada berapa? Ada hati kau cakap dengan aku, nak check dengan HR? Kau checklah. Aku boleh geranti yang cuti aku dalam rekod HR lebih dari tu. Sebab kau bengongkan? Dalam HOD meeting kau cakap apa? Orang kata HR kita kelam-kabut pun kita still dapat gaji. Macam ni ke mentality seorang GM? Kau ingat HR tu untuk gaji je ke? Sekarang kau rasakan betapa susahnya bila HR kau tak function sepenuhnya.
Lepas tu kau boleh Tanya aku pasal replacement cuti. Tu HR yang buat kursus yang aku ambil as a replacement tu. Masa tu MR. Chan as a GM pun masuk sekali kursus tu. Dah kursusnya hari Sabtu dan Ahad sepanjang hari, of cause la ada replacement. And I'm in charge of sports and accessibility. Lagi banyak replacement yang saya dapat. Kalau dah hari Sabtu Ahad kena bertugas, macam mana tak menimbun cutinya?
Ada sekali tu, management buat kerja last minute untuk sambut hari ulang tahun office kami. Sudahnya siapa jadi tukang sapu kerja carca-marba korang tu? Saya jugak. Saya tak dibenarkan bercuti dan diminta siapkan kerja tu walaupun masa tu public holiday. Kau kiralah, kalau public holiday berapa hari aku dapat replacement cuti? Nak bercuti pergi jalan-jalan luar KL pun tak dapat masa tu. Kau nanti eh. Nanti time kau, jangan harap aku nak stay kat office buat kerja kau kalau macam ni gaya kau. Memang aku bye bye kan kaulah nanti. So cuba kau cerita kat aku macam mana cuti aku tak banyak??? Yang best tu, assistant saya siap cakap dengan dia, kalau you tak percaya dia attend that kursus, you boleh minta HR print kedatangan dia dan check. Sebab masa tu assistant saya yang hantar borang cuti saya. Pandai pulak cakap, I tak adalah nak rigit sangat. Sudahlah. Terasalah kot assistant saya menyampah dengan dia.
Dan sekarang kau keluar email macam ni kat semua orang. Kau tak tahu ke orang kepercayaan kau tu ada 29 hari nak bawa cuti ke tahun depan? Tak payahlah saya hurai lebih fasal si fulan tu sebab dia belum kacau saya. Kalau kacau siap!
Selama ni mungkin kau tak kenal siapa saya kat pejabat ni. Sebab kau selalu berurusan dengan manager yang yes boss walaupun boss tak cerdik. Masing-masing nak bodek. Jaga kedudukan masing-masing so ikutkan jelah. Biarlah kalau staff dan diri sendiri tertindas pun. Dengan saya no! Saya akan cakap direct. Kau tak suka lantak kau. Aku dah lama kat sini, so aku lebih faham selok-belok hal kat sini. Kau orang baru, jangan nak mengada. Kalau betul saya akan sokong. Kalau tak, saya akan tegur dan kritik. Saya peduli apa. Saya ada Allah. Saya tak perlu takut untuk menegakkan kebenaran. Bukan manusia yang bagi rezki kat saya.
Email ni dihantar pada 19 hari bulan lagi. Tak ada sorang pun respon. Manager pun diam, HOD pun diam. Biarlah apa orang nak cakap, saya terus balas email tu. Memang saya geram dan bengang. Ni kali pertama kot, so saya masih berlembut namun tegas. Tak adalah nak marah tak tentu fasal. Antara cadangan saya, sekiranya tidak mahu cuti berlebihan dibawa, ianya tak boleh dikuatkuasakan tahun 2018 because it is too late. Yang cuti ada berpuluh hari tu macam mana? Kalau nak buat, boleh. Tahun 2019 tapi tahun depan, orang berkenaan kenalah buat satu garis panduan cuti yang konkrit untuk digunapakai. Kalau tak faham garis panduan cuti yang konkrit tu tak payah jadi GM, dan yang sorang lagi tu tak payah in charge HR. Ingat semua staff bodoh ke? Instruktor tu macam mana pulak? Berhari-hari kot replacement cuti dia tak termasuk cuti tahunan.
Hal berkaitan staff ni bukan mudah. Banyak benda nak difikirkan sebelum kita buat sesuatu. Kena ambil kira kesan, kebaikan dan keburukan kepada staff dan management. Saya salah sorang yang in charge staff di sebuah NGO lain. So saya tahu hal ni. Hal nak gubal cuti, gaji, kenaikan, bonus dan lain-lain. Tak semestinya kena ada degree dalam HR baru boleh faham fasal HR. Bak kata HR Manager OCBC, untuk menjadi HR tak menjadi kepentingan seseorang itu ada degree in HR. Sebab ada degree in HR pun belum tentu boleh handle HR. Kalau setakat buat gaji, guna system itu dan ini bukan sesuatu yang susah. Yang penting HR ni kena ada leadership, berani buat keputusan, tegas, tajam pemerhatian, belajar melalui pengalaman itu yang the best. HR bukan boleh belajar dari buku dan dapat degree. Belajar dan ada degree HR tak menjanjikan seseorang itu menjadi HR yang bagus dan disegani. Satu lagi HR tak boleh cakap tak tahu. Itu yang staff akan marah. So untuk jadi HR kena bersedia dengan sebarang soalan dan jawapan.
Akhir sekali dalam email saya tu, saya minta hal ni dibincangkan dalam HOD meeting terdekat. Tak tahulah masuk tak dalam kepala dia orang tu.
Staff ni pun satu hal jugak. Tak setuju diam. Gosip kat belakang. Sampai bila management nak sedar yang dia orang tu buat benda yang tak patut? Kalau sedar pun dia orang buat tak tahu je. Sebab pada mereka, staff OK je semua benda yang dia orang buat.
Tolonglah. Tolonglah bagi kami GM yang cerdik, bijaksana, tegas, tak main bodek-bodek dan betul-betul nak menyumbang dan bekerja. Janganlah bagi kami orang-orang yang pendek akal ni.
Begitu jugak dengan manager dan HOD. Bagilah dorang ni semua kebijaksanaan dan jati diri yang teguh agar office ni dapat dibangunkan dengan maju seperti dulu.
Oleh kerana email ni dihantar kepada semua staff, balasan email sayapun diterima semua staff. Ada sorang staff terus whatsapp saya lepas baca email saya. Tulisnya, "Bila Tinta berkata-kata,"
Yelah. Dah semua orang diam. Padahal semua tak setuju. Biarlah apa orang nak kata pun. Biar yang baru-baru tu tahu, bukan mudah dia orang nak perkotak-katikkan staff kat sini.
Sorry la readers, saya amat marah hari ni dan kecewa dengan apa yang berlaku dalam management office ni sekarang. Ianya menjejaskan fungsi organisasi ini diwujudkan. Kalau dah kepalanya tak betul, mana mungkin orang bawahan nak jadi yang sepatutnya. Ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus.
Sunday, December 17, 2017
Herba Yang Halal
Assalammualaikum readers,
Selamat berhujung minggu.
Apa program korang hari ni? Jalan? Lepak-lepak kat rumah je?
Misi mengemas saya dahpun bermula dari malam tadi. Almaklumlah nak tinggal rumah lama.
Hari ni kemas lagi. Biasalah, kemas santai-santai boleh? Tak adalah kemas je sepanjang masa tu yang sempat update blog tu.
Malam tadi nak tidur, ada kawan telefon. Sembang-sembang sampai lewat malam. Mujur bangun Subuh hari ni. Nak sembang dengan saya jugak? Call lah. Hahahaha perasan.
Sementara tunggu mesin basuh selesai menjalankan tugas dia, meh sini makcik nak membebel jap.
Pagi ni, saya baca iklan ubat resdong di Facebook.
Boleh tak kalau korang nak meniaga agak-agak sikit?
Sebelum korang cakap halal haram, boleh tak pergi cari tentang halal haram, baca dan fahamkan betul-betul konsep halal dan haram dalam Islam? Dont simply put halal padahal tak perlu pun.
"Diperbuat daripada herba yang halal"
Adakah korang diajar ada herba yang tak halal? Kalau binatang tu adalah yang halal dimakan dan tidak. Halal dipegang dan tidak. Tu pun bukan sepanjang masa haram dipegang. Ada dalam keadaan tertentu ia boleh dipegang dan tidak haram.
Islam tu mudah, manusia je yang suka susahkan benda yang mudah.
Apa-apa herbapun halal walau kat mana pun korang ambil dia. Kat China, Amerika, Jepun, Afrika, tak ada satu pun yang tak halal. Melainkan korang ambil dengan cara mencuri hak orang. Curi tu haram dari konsep lain pulak.
Korang nak lariskan barang, tak perlu libatkan agama melainkan kalau korang meniaga makanan yang melibatkan sembelihan dan binatang yang haram dan halal dimakan. Kalau korang buat macam tu, korang mempergunakan agama untuk kepentingan korang.
Satu lagi, peniaga minyak wangi. Halal, bebas alkohol dan boleh dibawa solat. No, tak perlu. Alkohol tu jadi haram bila korang minum dia. Bila dia memabukkan. Cecair yang memabukkan adalah haram. Arak juga haram sebab hal arak ni memang dinyatakan dalam Alquran. Kalau korang pakai cecair yang bukan diperbuat daripada najis, tidak jatuhlah dia ke dalam haram. Ada ke minyak wangi yang memabukkan. Dalam jenis-jenis najis menurut Islam pun tidak dinyatakan secara khusus yang alkohol itu haram. Yang dinyatakan hanyalah cecair yang memabukkan.
Secara logiknya, minyak wangi yang digembar-gemburkan bebas alkohol tu pun belum tentu seratus-pratus bebas. Macam mana minyak wangi tu boleh kekal wangi dalam tempoh masa yang lama? Mesti ada sedikit campuran alkohol. Cuba korang buat uji kaji. Campur semua jenis bunga yang dikatakan bahan dalam minyak wangi tu. Biarkan untuk beberapa hari. Lepas tu tengok apa jadi? Adakah ia tetap harum macam minyak wangi yang bebas alkohol tu? Dia mesti bau masam. Saya penggemar bunga-bunga wangi seperti cempaka, kenanga, melur. Simpan beberapa hari, bau dia dah jadi lain. So, korang fikir dulu sebelum cakap atau tulis.
Masyarakat kita pun satu hal jugak. Kalau sebut je halal, sebut je tanpa alkohol, berduyun-duyun nak beli kononnya halal. Habis yang korang solat dengan mekap melekat kat telekung tu, korang ingat sah ke wuduk korang? Kalau korang pakai telekung lepas tu warna tu melekat, maknanya korang cuci tak habis. Tak sahkan? Korang pakailah foundation halal macam manapun, kalau cuci tak bersih, sama je. Masalah masyarakat kita ni suka ikut orang, ikut budaya, ikut nenek moyang. Ikut membuta-tuli tanpa logik, tanpa buat kajian. Tulah namanya Islam keturunan. Tak fahampun, tapi ikut je. Lepas tu orang tegur, tak boleh terima.
Lepas tu suka pandang luaran. Kalau orang tu pakai tudung labuh, bersarung kaki, siap pakai sarung tangan, itulah muslimah sejati. Itulah perempuan Melayu terakhir. Itulah isteri dambaan hati. Ya, menutup aurat itu tuntutan Islam. Tapi untuk mengukur seseorang tu sebagai wanita solehah tidak cukup dengan luaran sahaja. Berapa orang kat luar sana pakai tudung labuh, tapi tak baca Quran pun hari-hari, tak buat pun solat sunat, mulut masih mengata orang, update status gedik-gedik, percakapan tak jaga, selalu buat orang tersinggung. Macam tu ke perempuan korang nak pilih jadi teman hidup? Tutup semua pada luaran tapi menyakitkan hati korang. Ada setengah tu, siap maki-maki lagi. Itu ke korang bangga korang sebagai muslimah sejati? Kalau tegur orang, bukan main lagi cakap sampai orang ditegur tersinggung. Itu bukan buat orang raspek, menyampah lagi ada. Hal agama ni sensitif. Islam pun ajar kita untuk tegur orang. Bukan main sebarang je ikut sedap mulut. Kalau dengar percakapan belum pandang orangnya, mesti tak sangka orangnya bertutup-litup.
Saya bukan anti orang yang pakai tudung labuh, tapi korang jagalah akhlak korang agar setanding dengan penampilan korang. Jangan berpenampilan tu untuk mendapat perhatian orang, untuk menjadi kegilaan lelaki yang kononnya soleh. Pakailah nak pakai tudung labuh, tapi sikappun biar sepadan dengan pakaian.
Paling mengecewakan apabila orang bukan Islam menggunakan Islam untuk business marketing dia. Contoh, Rayani Air. Air Asia, Malaysia Airline dan banyak lagi syarikat penerbangan dunia boleh je survive. Tak perlupun guna Islam.
OK. Makcik penat dah membebel. Nak pergi jemur baju pulak.
OK bye.
Wednesday, February 22, 2017
Arahan Boss Atas
Saya: Kak, saya nak makan.
(Kata saya setelah menghampiri kakak kantin)
Kakak: Tak ada, tak ada. Tunggu budak makan dulu.
(Jawabnya dengan sombong)
Sabar Tinta, sabar. Kata saya dalam hati.
Saya: Tak masak lebih ke, kak?
Kakak: Lebih ke, kurang ke, kena tunggu budak makan dulu.
(Ni menimbulkan kemarahan ni)
Saya: Habis staff yang nak pergi kerja luar macam saya ni macam mana?
Kakak: Tu tak tahu. Ni arahan boss atas.
(Amboi, macam dia boss pulak cara jawabnya. Macam saya ni kuli dia pulak tu. Saya tahu macam mana nak ajar dia.)
Saya: Kalau saya nak nasi je?
Kakak: Nasi ada.
(Pelik, nasi tak payah tunggu budak pulak. Habis nak makan nasi dengan apa?)
Saya: Lauk tak boleh?
Kakak: Tak boleh. Ni arahan boss atas.
(Saya bercakap dengan lembut tapi tegas.)
Saya: Oh, saya kena tanya boss ataslah ni?
(Terdiam. Suara bongkak tadi senyap sama sekali.)
Saya: Akak nak saya Tanya boss atas ke?
(Diam dan terus bangun menuju ke kaunter. Saya tahu, kemenangan berpihak pada saya. Padan muka! Suka nak guna nama boss atas kan? Kalau saya pergi Tanya, confirm dia kena. Dahlah saya ada sakit, nak pergi kerja luar. Budak makan kul 1. Saya, kul 1 tayar kereta dah bergolek keluar dari perkarangan office ni. Rasakan! Dia terperangkap dengan kata-kata sendiri. Saya tak perlu tinggikan suara dah boleh buat dia diam. Saya cakap je perlahan dan lembut.)
Saya: Akak, saya dapatkan kebenaran boss atas dulu ya, pas tu saya datang makan.
Kakak: Nak nasi je ke?
(Sambil menyenduk nasi)
Saya: Lauklah sekali.
Esoknya, kawan saya belikan makanan saya. Dia sengaja bagi tahu kakak kantin yang bertugas tentang kejadian terhadap saya. Dia menambah "Jangan main-main dengan Tinta. Cakap bukan-bukan, guna nama boss atas, dia pergi Tanya betul-betul. Jangan cari pasal dengan dia."
Amboi, sesedap rasa je dia tambah perisa. Tapi saya tak marah. Memang betulpun. Guna nama orang, saya akan pergi confirmkan dengan orang tu.
Wednesday, February 15, 2017
Stupid LRT
Assalammualaikum readers,
Maaflah, kasar bahasa saya hari ni.
Saya sedang mengurangkan bengang saya pada LRT.
Dah banyak hari saya naik LRT bisu.
Hari ni kena berdiri pulak. Biasalah, KEBANYAKAN rakyat Malaysia, memang tak ada sivik!
Saya call MyRapid buat ke sekian kalinya. Apa lagi, complainlah.
Saya peliklah cara dia orang ni bekerja. Sebelum sesebuah train tu beroperasi, dia orang tak make sure ke all the system working? Cara kerja apa dia orang pakai ni?
Kalau sesekali ya, mungkin ada kesilapan. Tapi kalau dah hari-hari, memang saya tak boleh terima.
Menyusahkan orang!
To Rapid KL:
You have to make sure all the system working not waiting for the complain!!!
Thursday, January 26, 2017
Berpotensi Menimbulkan Kemarahan Saya
Assalammualaikum readers,
Sedang buat apa tu? Sibuk ke?
Marah lagi? Belum marah, tapi nak marah.
Fasal kerja.
Orang yang sama yang selalu buat saya marah lately ni.
Saya tak peduli, mam tak mam.
Kalau saya jadi mam, dia tu kerepek saya jadikan. Geram pulak saya.
Boss saya arahkan saya bawa my assistant pergi tengok bilik untuk simpan barang-barang Sukan Dan Rekreasi.
Saya macam tak percaya yang bilik tu dah siap kemas memandangkan barang-barang lama yang banyak yang dah sekian lama diperam dalam tu. Saya dah bersedia untuk menerima gula-gula dari mam konon-konon tu.
Saya call staff dia Zira, beritahu nak tengok bilik tu. So, Zira dan our technician pun bersama-sama kami ke bilik tingkat satu blok sebelah.
Seperti yang saya jangka, tak berkemaspun biliknya sekadar ada sedikit ruang macam tempat laluan je yang diberinya kepada kami. Gila ke apa? Dia tahu tak barang-barang sukan dan rekreasi ni banyak??? Yang sedia ada kat dalam tu, saya nak kemas, nak bersihkan dan nak hantar dobi mana yang patut sebab nak selaraskan balik. Lepas tu, barang-barang tu pasti akan sentiasa keluar masuk. Jadi, saya perlukan tempat yang proper untuk simpan barang saya. Dia ingat, saya ni macam dia, nak bilik, lepas tu peram barang-barang dalam tu macam tempat perlupusan sampah. Patutlah boss saya kata dia ni tak pandai manage. Memang confirm, kalau setakat nak kemas bilik storepun tak pandai, apa lagi nak manage benda lain. Bukan susahpun, kau bagi je arahan kat staff kau suruh kemas. Kalau ada barang department lain, kau panggil staff berkenaan suruh datang kenal pasti. Mana yang tak nak, buang. Buat apa nak simpan sampah? Fail-fail akaun tu, makan ruang, buang jelah. Dah berapa tahun dulu punya fail. Kalau tak nak buang, kau arahkan je staff berkenaan scan, simpan dalam soft copy kan jimat ruang. Lepas tu hard copy tu buang semua. Iii... Membara jelah saya dengan dia ni. Dia ingat semua orang bodoh ke? Dia nak gula-gulakan orang tengoklah sikit.
Cuba bagi je saya satu bilik, tak kemaspun tak apa. Tahulah saya nak buat apa dan macam mana. Cepat je boleh masuk barang-barang saya ni. itu pun tak boleh fikir. Susah betullah. Manage tak pandai, pangkat nak, kuasa nak, gaji besar nak. Tapi office bayar sia-sia. Kau tak menyumbang langsungpun kat office. Yang kau tahu, sibukkan benda yang remeh-temeh, jaga tepi kain orang. Ya Allah, bengangnya saya.
OK, ada menyumbang, tapi tak setimpal dengan jawatan dan gaji yang diterima. Ingat office ni office main-main ke? Macam mana nak maju kalau ada boss macam ni? Saya cakap, orang tak suka sebab saya cakap direct. Tapi kalau korang tak boleh fikir dengan baik, memanglah saya marah dan saya, tahu jelah. Saya akan cakap direct, tak ada simpan-simpan, kawan tak kawan, boss tak boss. Saya peduli apa? Nak benci, bencilah. Ni semua untuk kebaikan korang jugak, untuk kebaikan office kalau dalam hal kerja ni. Sekurang-kurangnya saya tak berpura-pura, tak bodek-bodek. Tak suka tak apa. Allah yang bagi saya makan dan hidup, kalau orang benci, tahulah macam mana Allah nak manage saya. Sebab tulah sekarang ni, saya tak kisah dah, orang nak benci ke, tak nak kawan ke. Korang ingat korang bagus sangat ke nak benci dan nak pinggirkan orang? Siap nak kenakan orang lagi. Allah tu ada. Satu hari nanti, korang tahulah langit tu tinggi ke rendah. Pasti bertemu Rabu dengan Khamis.
Monday, December 19, 2016
Beringat-ingatlah Bila Membenci
Assalammualaikum readers,
Selamat menjalani satu minggu yang mendatang.
Hari ni, saya nak bercerita tentang sahabat, tentang hati yang disakiti, tentang diri yang difitnah, tentang diri yang dipersenda, tentang diri yang dihina.
Sabtu lalu, saya menghadiri suatu program di Negeri Sembilan. Adalah seorang makhluk ni, saya Tanya dia, dia datang dengan siapa? Padahal, saya dapat agak sebenarnya dia bersama siapa.
Makhluk: Saya datang dengan Firdaus, kak.
(Saya senyum sendiri - nak menipu ke? Agak-agaklah. Kat sini banyak mata yang melihat. Sekejap lagi, pasti saya akan temukan jawapannya.)
Saya: Siapa lagi?
Makhluk: Dengan Firdaus je.
(OK, kita tengok permainan ni. I'm not that so stupid macam yang korang sangka. Diam tak bererti kalah. Menarik rambut dalam tepung, jangan sampai tepung terburai.)
Kedatangan saya sebagai tetamu kehormat tidak memungkinkan saya untuk lama di meja berkenaan. Penganjur meminta saya beredar ke meja tetamu kehormat.
Setelah tamat majlis, kawan yang datang bersama saya bertanyakan pada saya:
Kawan: Tinta, awak nak saya hantar ke comuter ke nak balik dengan makhluk?
(Saya senyum. Ujian seterusnya:)
Saya: Makhluk, kau nak balik bila?
Makhluk: Kejap-kejap lagi.
(Jawabnya lambat, bagai ada sesuatu.)
Saya: Naik teksi eh?
Makhluk: Ha'ah.
Kawan saya mendekatinya dan entah apa yang dicakapkan kepadanya. Kemudian, kawan itu datang kepada saya.
Kawan: Jom, saya hantar ke comuter. Lepas tu, awak naik comuter dengan makhluk.
(Saya ketawa geli hati. Hambek kau. Saja je nak tunjukkan kebodohan diri sendiri. Menipu tak kena tempat. Itulah padahnya. Makhluk ni, saya memang selalu berhati-hati dengan dia, baik depan je, belakang, macam-macam mengata saya. Bukan saya tak tahu. Dah lama saya tahu. Saya biarkan sebab tak mahu bergaduh dengan kawan-kawan. Tapi kalau dah melampau, tunggu sajalah.)
Saya: OK.
Jangan ingat saya terlalu bodoh menilai sikap orang pada saya. Dan jangan suka-suka nak main-mainkan saya. Confirm, agakan saya benar belaka. Kawan saya memberitahu saya siapa yang ada dengan makhluk. Ya, bekas sahabat saya bersamanya. Sahabat yang mungkin dah lupa siapa saya dalam hidupnya. Bila dah lupa saya, pastinya, segala yang pernah kami lalui bersama dan apa yang pernah saya lakukan kepadanya, turut terlupakan. Pastinya keburukan saya yang diingatinya. Yang tak adapun, diada-adakan.
Jadi hari ini, biarlah saya ingatkan sedikit dari masanya yang terlupa. Bukan niat saya mengungkit tapi perbuatannya pada saya sangat melampau. Dengan fitnahnya, penghinaannya, mempersendakan saya, seolah-olah saya tak pernah menyumbang dalam hidupnya. Seolah-olah kawan-kawannya kini tulah segala-galanya. Saya ni bagai alas kaki yang dipijak-pijak.
Kamu yang pernah menjadi sahabat saya, ingatkah kamu yang kamu masuk ke sekolah tempat saya belajar semasa kamu sekolah menengah?
Ingatkah kamu pada masa itu, kamu tidak tahu membaca braille? Penguasaan braille kamu sangat lemah malah sehingga kini.
Ingatkah kamu, saat kamu tidak boleh membaca, kamu harus menduduki peperiksaan?
Dan masa itu, saya bukanlah kawan karib kamu. Tetapi, kerana perikemanusiaan yang ada dalam hati, saya amat tersentuh dengan nasib kamu. Saya cuba membayangkan, bagaimana saya harus menduduki peperiksaan jika saya tidak mampu membaca kertas soalan?
Masa tu, saya sekolah pagi. Bila saya balik ke UPK, pelajar petang mula bersiap sedia untuk menjawab peperiksaan. Kamu diberi senaskah kertas soalan braille. Dan kamu datang meminta saya membacakan satu soalan. Kamu amat sugul. Kamu luahkan pada saya, betapa kamu sedih kerana tidak mampu membaca kertas soalan braille mahupun sighted. Kamu belum mampu menguasai braille. Saya terkejut. Habis, macam mana nak jawab soalan? Lebih kurang soalan yang saya ajukan kepada kamu. Kamu kata, Cikgu Razak akan bacakan tapi kamu kena tunggu cikgu siapkan kerja cikgu dulu. Habis macam mana? Masakan berjalan? Kamu diam. Saya lantas membacakan soalan kepada kamu sampailah jam 3.00 petang kerana saya terpaksa ke sekolah agama pulak. Ada waktunya saya baca sampai jam 6.00 petang jika saya telah habis menduduki peperiksaan sekolah agama.
Dan beberapa hari berikutnya, hal yang sama terus berulang. Saya tidak merasa bebanpun apabila pulang lewat ke asrama kerana kawan biarpun pada masa tu, kami bukan kawan baik. Sekadar bantuan yang tak seberapa dari seorang senior kepada juniornya.
Tapi saya tahu, kamu tak ingat semua tu. Sebab kamu pernah kata, kamu tak ingat hal tu bila saya ceritakan semula pada kamu suatu ketika dulu. Saya terkejut bila kamu kata, kamu lupa. Tapi tak apalah. Bantuan saya sebesar kuman je. Tak ingatpun tak apa. Yang penting, waktu tu dah berlalu dan kamu dapat lalui dengan tidak membiarkan kertas jawapan kamu kosong. Hahaha... Siap ada jawapan yang saya bagi.
Kalau ditanyakan sekarang, pastinya kamu akan nafikan hal itu. Tak apalah, saya tak minta dibalas atau diingati. Cuma, beringatlah kamu apabila kamu membenci orang. Tak suka tak apa. Tapi, janganlah sampai menambah dosa sendiri, memfitnah, mempersenda dan mengeji orang. Mungkin sekarang kamu senang hingga kamu lupa kawan apabila dikelilingi kawan-kawan yang havoc. Tapi, hari depan itu tak menjanjikan langit yang sentiasa gemilang. Manalah tahu, kalau suatu hari nanti, kamu terpaksa meminta tolong orang yang kamu benci. Dan manalah tahu, kalau Allah mahu tunjukkan kebesarannya, Allah letakkan kamu di tempat saya sekarang, dan kawan-kawan yang kamu sanjung tu di tempat kamu kini, meminggirkan kamu, membenci dan mengeji kamu. Dalam baik-baikpun, mereka masih lagi menipu kamu. Mungkin havoc tu lebih penting pada kamu daripada kejujuran seorang kawan. Dan mungkin orang yang mencocok kamu, memecah-belahkan kita tu lebih kenal siapa saya berbanding kamu yang pernah jadi sahabat saya. Sebab tu dengan mudah kamu mempercayainya.
Bila kamu menunjukkan kebencian kamu pada saya, tak perlulah kamu menggelabah atau berasa panas atau lemas apabila kita terpaksa ada dalam program yang sama. Sebab tulah orang yang membenci ni mudah sakit, sebab asyik resah je. Saya tak rasa terganggupun dengan kehadiran kamu dalam majlis yang saya berhak untuk ada sebab di bawah jagaan saya dan budget saya. Jadi mengapa kamu mesti mengeluh dengan kehadiran saya? Sebelum membenci dan mengata orang bukan-bukan, fikir dulu apakah impak di sebalik perbuatan kamu. Jangan ikut syaitan yang menyimbah api kemarahan kepada kamu. Kamu kan solat orangnya. Maka berfikirlah dengan waras. Kamu berhak untuk marah saya. Tapi janganlah melampaui batas kerana orang yang bergaduh melampaui batas adalah salah satu tanda orang munafik. Ini kali kedua kamu buat saya, bukan kali pertama. Peristiwa pertama dulu masih tak memberi pengajaran kepada kamukah? Dan saya percaya, pihak satu lagi gembira dan bertepuk tangan apabila Berjaya memisahkan kita sebagai sahabat kerana pihak itu memang suka kita berpecah sebab pendirian kamu tak teguh, mereka boleh menggoyahkan kamu agar mengikut kehendak mereka. Bila saya ada, saya akan memberikan buah fikiran kepada kamu dan ada masanya, kamu akan bersetuju dengan saya. Itu yang mereka tak nak sebenarnya. Kalau tak percaya, tunggulah, masa akan membuktikannya. Dan mereka memang tak sukakan saya sebab saya tegas walaupun dengan orang-orang yang rapat dengan saya, yang cuba membodek saya.
Monday, December 5, 2016
Paling Saya Menyampah!!!
Assalammualaikum readers,
Maaflah. Nak buat luahan perasaan marah jap hari ni.
Sebenarnya, benda ni berlarutan dari semalam lagi. Saya paling pantang kalau orang berjanji dengan saya, tak tepati janji. Jangan buat saya tertunggu-tunggu sebab, kalau saya Tanya tu, maknanya mesti ada sebab. Mesti saya nak buat preparation.
Kau ingat, aku ada banyak masa nak tunggu kau je? Ingat aku tak ada kerja lain? Kalau nak minta tolong, please, buat cara nak minta tolong. Jangan biar saya tertunggu-tunggu. Kejap lagilah, nanti call baliklah. Padahal tak adapun. Kita yang nak menolong ni beria-ia menunggu. Tapi Whatsapp kau selalu online. Macam mana aku tak marah? Hangin satu badan aku hari ni.
Jangan main-main dengan saya. Saya memang tak suka orang tak tepat janji dan orang tak tepat masa. Pleaselah!!! Kalau cakap kejap tu, maknanya, kejap la. Kejap tu bukan bermakna sejam dua jam atau berhari. Tu dah berjanggut namanya. Kalau saya nak marah, saya tak kira awak siapa. Saya peduli hapa. Saya akan marah.
Monday, March 18, 2013
Satu Jari Tuding Kepada Orang, Empat Lagi?
Dah beberapa kali aku dengar, sipulan kata, Tinta dan kawan-kawannya, tidak pandai buat kerja, tidak bagi kerjasama, tidak bertanggungjawab. Amboi, sedapnya bercakap. Dulu dah kena sekali, nak kena lagilah ni. Jari tu, asyik tuding pada orang je. Itu tak betul, itu tak kena, itu salah. Bila kita buat kerja, ada je cari silap kita. Ingat sikit, empat jari lagi tu, tengah tunjuk pada diri sendiri. Pandai-pandai cakap orang macam-macam. Pada hal, diri sendiri tu, bagus sangat ke?
Sipulan bin sipulan, kalau kita orang ni tak pandai buat kerja, habis yang kita orang buat macam-macam program kat tempat lain tu apa? Lagilah tak ada orang berpengalaman dengan kita orang. Jangan asyik cakap orang je, kalau sendiri tak betul. Cubalah jadi manusia, jangan jadi ketam. Sibuk ajar anak berjalan betul, tapi diri sendiri berjalan senget. Jangan sampai aku sebut nama kat sini. Habis tu, kawan-kawan sipulan tu pulak, percayalah cakap sipulan tu. Korang tengok dulu, kaji dan teliti balik, kawan korang tu betul ke tidak!!!
Sipulan bin sipulan, kalau kita orang ni tak pandai buat kerja, habis yang kita orang buat macam-macam program kat tempat lain tu apa? Lagilah tak ada orang berpengalaman dengan kita orang. Jangan asyik cakap orang je, kalau sendiri tak betul. Cubalah jadi manusia, jangan jadi ketam. Sibuk ajar anak berjalan betul, tapi diri sendiri berjalan senget. Jangan sampai aku sebut nama kat sini. Habis tu, kawan-kawan sipulan tu pulak, percayalah cakap sipulan tu. Korang tengok dulu, kaji dan teliti balik, kawan korang tu betul ke tidak!!!
Monday, May 14, 2012
Geram Dengan Blog ni
Geram betul aku dengan blog ni hari ni. Aku edit pos 10 Mei, dia tukar tarikh pulak!!!
Thursday, October 27, 2011
PANAS!!!
Pagi-pagi dah buat aku panas!!! Lambat atau cepat, itu bukan salah aku!!! Aku ada kerja yang lebih penting dari tu!!! Ini bukan kerja aku!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)