SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, June 13, 2023

Seharian Di Pulau Redang

Assalammualaikum dan selamat petang semua! Nampaknya blog saya ni bukan setakat bersawang tapi bersemak! Hahahaha kemalasan dan kesibukan melanda. 3 Jun lalu, saya bersama 16 orang kawan dan anak-anak mereka telah berhuha-huha di Pulau Redang. Kat mana Pulau Redang tu? Terengganulah jawabnya. Kami ni ada dua group. Satu group naik kereta dari Pahang dan satu group lagi naik bas ekspres dari Kuala Lumpur. Saya dalam golongan naik bas. So, saya nak cerita dari point of view saya yang naik bas. Kami berlapan naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan. Saya, Suni dan anak-anak dan Miza bersama tiga anaknya. Ini trip mak-mak dan anak-anak ye hahahaha… Kami berkumpul di TBS dan naik bas Mini Express jam 11.45 malam. Sampai di terminal bas Kuala Terengganu lebih kurang 5.45 pagi. Saya ni memang malas nak masuk public toilet. So, saya pakai seluar mandi dalam jeans saya supaya saya tak perlu susah-susah nak tukar baju kat jeti. Baju pulak saya pakai jesi siap-siap. Kira tak payah susah-susah tukar baju dah kat sana nanti. Tak adalah Nampak sangat saya pakai baju mandikan kalau pakai macam ni. Saja je pakai macam ni sebab malas tukar baju. Kalau tak, boleh je pakai baju mandi satu suit. Tapi, saya terpaksa masuk public toilet untuk gosok gigi dan buang air. Bayar RM0.40 tapi toilet masya-Allah, busuk betul! Malulah sikit kat pelancong. Habis korang kutip bayaran tu untuk apa? Tak ada pilihan, saya masuk jelah. Tak lepas bernafas sebab duk tahan nafas sepanjang berada dalam toilet. Mandi? Memang taklah. Kita mandi laut teruslah. Kami teruskan perjalanan ke Jeti Merang dengan menaiki My Bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sebenarnya nak ke Pulau Redang ni ada dua jeti. Jeti Merang dan Jeti Tamadun Islam tapi sebab pakej yang kami ambil ni bermula dari Jeti Merang, so kami kenalah ke Merang. Dah namapun naik bas kan, memang taklah bas tu berhenti betul-betul kat jeti. Sebagai seorang traveller, saya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kami turun di Jeti Merang tapi perlu masuk ke dalam kira-kira KM1.4. Kami memutuskan untuk berjalan kaki. Alamak! Banyaklah pulak jeti kat Merang ni. So, kalau korang nak pergi Redang melalui Merang ni, tanya siap-siap travel agent tu jeti mana. Untuk persiapan, dari KL lagi saya dah bahagikan barang-barang saya kepada dua beg. Satu beg roda dan satu beg sandang. Saya malas nak pindah-pindah barang or tercari-cari barang dan bahagikan masa kat jeti. Sebab saya tahu masa tu semua orang nak cepat dan penggunaan public toilet mesti sesak. Saya letak swaiter, tuala, baju nak pakai selepas snorkelling, sun screen, ubat dan berus gigi, ubat mata, handset, beberapa helai plastik termasuk plastik extra untuk letak pakaian basah dan plastik kecik jika diperlukan serta lain-lain keperluan dalam beg sandang siap-siap. Saya tak nak buka beg roda langsung setelah tiba di Terengganu. Barang-barang yang saya masukkan dalam beg sandang tu, saya letak dalam plastik dulu then baru masuk dalam beg sandang. Kenapa? Sebab saya takut kalau terpaksa meredah hujan, beg mesti basah. Kalau beg basah, barang-barang dalam beg pun basah dan beg akan jadi berat. Satu lagi, dalam bot pun mesti air akan merecik dan bot pasti basah. Yelah, bila dah siap snorkelling semua orang akan naik bot dalam keadaan basah. So, kalau beg kita tu kena air, barang dalam beg takkan basah kalau diletak dalam plastik. Benda ni confirm berlaku dan memang berlaku di Redang. Mana saya belajar bab plastik ni? Hahahaha ni semua petua pergi daki gununglah ni. Dan saya nak beg sandang saya tu ringan je. Tak nak berat-berat. Kot-kotlah kalau kena berjalan, jenuh nak pikul beg berat. Hahahaha kan betul kena jalan kaki. Kasut, saya pakai kasut getah je supaya cepat kering sekiranya kena air. Ni pun petua daki gunung dan berkayak. Hahahahaha… Dua group kami ni berjumpa di jeti Merang. Alhamdulillah, saya tak perlu kalut-kalut nak tukar baju. Saya just buka je jeans dan tukar tudung di mana benda ni boleh je buat kat luar public toilet. Jam 9.00 lebih pagi, kami menaiki bot dan meninggalkan tanah besar. Day trip kami ni mempunyai tiga hentian di pantai dan tiga hentian di laut dalam untuk snorkelling. Rezeki kami seekor penyu menonjolkan diri tapi tak boleh pegang penyu tu macam masa saya kat Bali beberapa tahun lalu. Seronok berada di permukaan laut ni. Saya lebih suka duduk bersantai di permukaan laut bertemankan pemandangan dasar laut yang indah berbanding berada di pantai sebab tengah laut tak ada ombak. Kalau duduk di pantai, asyik kena tolak dengan ombak je. En. Awang dan Ayah Cik merupakan guide kami sepanjang trip ni. Boat laju kami membelah laut dengan laju. Terumbang-ambing kami dibuatnya Tapi seronok sangat. Kami makan tengahari di pulau. Saya lupalah nama-nama hentian kami kat Redang tu. Oh ya, teruja jugak bila Ayah Cik bagi pegang Gamat. Makin dipegang, makin keras Gamat tu. Macam timun pun ada. Tapi Gamat yang kami pegang ni jenis yang ada duri tak berapa durilah. Sebab duri dia tak tajam. Lepas tu, dekat hentian terakhir tu, datanglah beberapa ekor ikan menggeser ke tubuh kami. Saya memang suka fenomena ni macam saya dekat Gunung Tahan dulu. Lebih kurang jam 5.00 petang, kami tiba semula di Jeti Merang. Sekali lagi saya malas tukar baju. Since baju mandi dah bersih dan tak ada pasir, biar jelah dia kering. Grab pun lambat nak dapat. Mungkin tak banyak Grab yang ada di sekitar jeti. Baju pun kering dan kami naik Grab menuju ke penginapan kami di Grand Puteri Hotel. Maka tamatlah day trip kami ke Pulau Redang. Bye bye you alls! Hai, bilalah nak consistant tulis blog ni? Hahahaha

Tuesday, May 17, 2022

Management Yang Lemah Dan Tak Cerdik

Kalau ikut marah dan kesal aku, nak je aku tulis tajuk kat atas dengan Bahasa kasar. Aku memang tak faham dengan orang yang jadi CEO tapi lembap buat kerja. Pada hal, dia hanya perlu buat keputusan dan arahkan je staff buat. Ini, keputusan dah ada, tapi sekeping surat pun tak siap-siap. Perlu ke aku yang bagi kursus cara nak buat surat macam mana? Kalau kelulusan belum ada, masakan orang terlibat telah diberitahu? Orang atasan pun dah maklumkan tentang halt tu kepada orang terlibat. Please la. Sepatutnya dia yang bagi contoh teladan kepada staff supaya kerja dengan cepat dan smart. Tapi, dia yang suka bertangguh. Aku memang dah rasa menyampah dah dengan dia ni. Sejak peristiwa tahun 2020 dulu, memang aku dah tak percaya dan menyampah dengan dia. Kerja dia, asyik membodek orang atas je. Kau nak bodek tu kau punya pasallah. Tapi jangan menyusahkan staff. Jangan sekat-sekat apa yang sepatutnya staff dapat. Ya Allah, bagilah ofis aku ni management tertinggi dan CEO yang ada kredibiliti. Yang jujur dan telus dalam menjalankan tugas. Yang boleh dipercayai, yang tegas dan yang benar-benar ikhlas nak bangunkan ofis ni.

Sunday, April 17, 2022

Kisah Karpet Baryali 2

Aku memang berkenan sangat karpet purple berbulu tu. Tapi kecik. Jenis lain tak ada warna purple. Tak apalah, since karpet dia lawa, kita ambik je dulu. Esok kalau tak nak guna untuk ruang tamu, kita hantar masuk bilik. Hahahahahaha… Tiba-tiba berkenan kat karpet Turki pulak. Corak Taj mahal. Ini bukan karpet berbulu tapi lembut jugak. RM1300? Memang bye bye la kau. Aku beli kalau dapat kurang dari RM500. Dia bagi aku RM500. mulut korang ni kalau bercakap memang manis ek. Dia Tanya boss dia, boss dia bagi RM450. Nak beli warna apa ni? Dalam kami duk berbincang pasal karpet tu nak ambik warna apa, dia turunkan pulak karpet yang dia tayang kat dinding. Yana: Wei, dia turunkan karpet kat dindin dia wei. Lagi lawa. Aku sebenarnya dari tadi lagi dah Nampak karpet tu. Lawa wei, Nampak kayangan sangat. Tapi aku tak berani nak Tanya. Mesti harga beribu tu. Yang dia bawa turun buat apa. Dia ingat kita nak beli mahal-mahal tu? Jurujual: Kakak, ini lagi lawa. Aku: Berapa ribu pulak harga tu? Jurujual: Kakak, tengoklah harga tu. Kata jurujual kepada Yana. Yana: Wei, RM1850 wei. Dian i gila agaknya. Aku ni nak pakai banyak duit ni. Tak adalah aku nak membeli kalau karpet harga seribu lebih buat masa ni. Aku berkata-kata dalam hati. Tapi untuk jaga hati bait u, aku tengok jugaklah karpet tu. Jurujual: Kakak, yang ni lagi padat. Waranti 10 tahun. Nanti saya letak bawah, kakak boleh try pijak. Aku: Eh, tak payah. Saya tak nak. Yana: Wei, memang lawa wei yang ni. Orang kaya-kaya selalu pakai corak dan warna ni. Aku: Masalahnya aku tak kaya nak membelinya. Aku ni rakyat marhin. Jurujual: Kakak, sekarang ada offer 50 percent. 50 percent kau, baru RM925. Memang taklah aku buat masa ni. Kalau kau bagi RM500 aku ambik. Hahahahha rasa mustahillah dia nak bagi harga tu. Jurujual: Harga kakak, RM600. Aku: Tak naklah. Jurujual: Cantik kakak. Aku: Memanglah cantik. Jurujual: Saya lipat ek. Aku: Eh, jangan! Dia ni asyik nak lipat je dari tadi. Orang cakap cantik, dia nak lipat. Cantik tak semestinya jadi Bai. Geram aku. Jurujual: Kakak, ini lagi cantik. Ini corak Arab Klasik. Gold Khan. Kakak tahu Gold Khan? Aku: Tak tahu. Jurujual: Kakak, ramai orang tahu Gold Khan kakak. Ini memang terkenal kakak. Aku: Buatan mana ni? Jurujual: Turki jugak kakak. Tauke Kedai: Tak apalah, kita bagi harga sama kat kakak. RM450. Kakak senang hati, kita pun senang hati. Kakak gembira, kita pun gembira. Amboi, memang korang ni mulut manis kan? Sebab tulah ramai gadis Malaysia ni jatuh hati kat bangsa korang. Kau senang hati sebab nak dapat duit aku kan? Aku ni yang koyak nanti. Dalam hati jelah aku membebel ni. Aku: Lawa mana Yana? Yana: Kalau aku, aku ambik yang ni wei. Aku: Display ek? Yana: Selalunya kalau karpet kat dinding ni, karpet baru sampai. Aku: Aku rambang mata la ni. Aku terus buat video call kat Amjat. Aku: Jat, mana lawa? Yana tolong tunjukkan pilihan karpet tu kat Amjat. Yana: Ni karpet corak Taj Mahal. Amjat: Lagi? Yana: Ni Gold Khan. Amjat: Amboi, kayangan sangat karpet kau Tinta. Yang ni lawa wei, kayangan sangat! Aku: Lantai aku coklat lembut nak ke krim gitu. Amjat: OK je wei kalau yang Gold Khan ni. Aku: Tak sempit ke Nampak rumah aku nanti. Amjat: Taklah. Kalau yang Taj Mahal tu yelah. Dia gelap sikit. OK, kita dapatkan pandangan kedua. Aku call seseorang. Aku: Abang, mana lawa? Dia: Apa tu? Aku: Karpet. Dia: Nak letak kat mana? Aku: Ruang tamu. Yana pun tunjuklah. Ni Taj Mahal. Ni Gold Khan. Dia: Yang ni lawa. OK, undian memihak kepada Gold Khan, so kita ambik Gold Khan la. Gold Khan masih di pejabat sebab tadi dah try nak bawa balik. Tapi rasa macam tak larat nak angkat dari bawah ke atas. Nantilah. Tapi asyik duk teringat kat dia. Nak duduk-duduk dan baring-baring kat atas tu. Aku memang berkenan sangat karpet purple berbulu tu. Tapi kecik. Jenis lain tak ada warna purple. Tak apalah, since karpet dia lawa, kita ambik je dulu. Esok kalau tak nak guna untuk ruang tamu, kita hantar masuk bilik. Hahahahahaha… Tiba-tiba berkenan kat karpet Turki pulak. Corak Taj mahal. Ini bukan karpet berbulu tapi lembut jugak. RM1300? Memang bye bye la kau. Aku beli kalau dapat kurang dari RM500. Dia bagi aku RM500. mulut korang ni kalau bercakap memang manis ek. Dia Tanya boss dia, boss dia bagi RM450. Nak beli warna apa ni? Dalam kami duk berbincang pasal karpet tu nak ambik warna apa, dia turunkan pulak karpet yang dia tayang kat dinding. Yana: Wei, dia turunkan karpet kat dindin dia wei. Lagi lawa. Aku sebenarnya dari tadi lagi dah Nampak karpet tu. Lawa wei, Nampak kayangan sangat. Tapi aku tak berani nak Tanya. Mesti harga beribu tu. Yang dia bawa turun buat apa. Dia ingat kita nak beli mahal-mahal tu? Jurujual: Kakak, ini lagi lawa. Aku: Berapa ribu pulak harga tu? Jurujual: Kakak, tengoklah harga tu. Kata jurujual kepada Yana. Yana: Wei, RM1850 wei. Dian i gila agaknya. Aku ni nak pakai banyak duit ni. Tak adalah aku nak membeli kalau karpet harga seribu lebih buat masa ni. Aku berkata-kata dalam hati. Tapi untuk jaga hati bait u, aku tengok jugaklah karpet tu. Jurujual: Kakak, yang ni lagi padat. Waranti 10 tahun. Nanti saya letak bawah, kakak boleh try pijak. Aku: Eh, tak payah. Saya tak nak. Yana: Wei, memang lawa wei yang ni. Orang kaya-kaya selalu pakai corak dan warna ni. Aku: Masalahnya aku tak kaya nak membelinya. Aku ni rakyat marhin. Jurujual: Kakak, sekarang ada offer 50 percent. 50 percent kau, baru RM925. Memang taklah aku buat masa ni. Kalau kau bagi RM500 aku ambik. Hahahahha rasa mustahillah dia nak bagi harga tu. Jurujual: Harga kakak, RM600. Aku: Tak naklah. Jurujual: Cantik kakak. Aku: Memanglah cantik. Jurujual: Saya lipat ek. Aku: Eh, jangan! Dia ni asyik nak lipat je dari tadi. Orang cakap cantik, dia nak lipat. Cantik tak semestinya jadi Bai. Geram aku. Jurujual: Kakak, ini lagi cantik. Ini corak Arab Klasik. Gold Khan. Kakak tahu Gold Khan? Aku: Tak tahu. Jurujual: Kakak, ramai orang tahu Gold Khan kakak. Ini memang terkenal kakak. Aku: Buatan mana ni? Jurujual: Turki jugak kakak. Tauke Kedai: Tak apalah, kita bagi harga sama kat kakak. RM450. Kakak senang hati, kita pun senang hati. Kakak gembira, kita pun gembira. Amboi, memang korang ni mulut manis kan? Sebab tulah ramai gadis Malaysia ni jatuh hati kat bangsa korang. Kau senang hati sebab nak dapat duit aku kan? Aku ni yang koyak nanti. Dalam hati jelah aku membebel ni. Aku: Lawa mana Yana? Yana: Kalau aku, aku ambik yang ni wei. Aku: Display ek? Yana: Selalunya kalau karpet kat dinding ni, karpet baru sampai. Aku: Aku rambang mata la ni. Aku terus buat video call kat Amjat. Aku: Jat, mana lawa? Yana tolong tunjukkan pilihan karpet tu kat Amjat. Yana: Ni karpet corak Taj Mahal. Amjat: Lagi? Yana: Ni Gold Khan. Amjat: Amboi, kayangan sangat karpet kau Tinta. Yang ni lawa wei, kayangan sangat! Aku: Lantai aku coklat lembut nak ke krim gitu. Amjat: OK je wei kalau yang Gold Khan ni. Aku: Tak sempit ke Nampak rumah aku nanti. Amjat: Taklah. Kalau yang Taj Mahal tu yelah. Dia gelap sikit. OK, kita dapatkan pandangan kedua. Aku call seseorang. Aku: Abang, mana lawa? Dia: Apa tu? Aku: Karpet. Dia: Nak letak kat mana? Aku: Ruang tamu. Yana pun tunjuklah. Ni Taj Mahal. Ni Gold Khan. Dia: Yang ni lawa. OK, undian memihak kepada Gold Khan, so kita ambik Gold Khan la. Gold Khan masih di pejabat sebab tadi dah try nak bawa balik. Tapi rasa macam tak larat nak angkat dari bawah ke atas. Nantilah. Tapi asyik duk teringat kat dia. Nak duduk-duduk dan baring-baring kat atas tu.

Kisah Karpet Baryali

Assalammualaikum korang, Mesti korang dah tidurkan? Yelah, kejap lagi nak bangun sahur. Aku dah tidur dari pukul 6.30 petang tadi. Terjaga pukul 11.00 malam. Itu pun sebab ada kawan call. Almaklumlah, bila cuti ni, tak adalah nak kena solat bagai. So, kita boleh tidur bila-bila masa dan berapa lama hahaha... Minggu depan, insya-Allah, kembalilah ke rutin asal bila dah solat nanti. Tiba-tiba rasa nak bercerita dengan korang. Nanti kalau termasuk ziarah kat blog yang dah bersawang ni, sudilah membaca. #JanganMembawang! Alkisahnya, tahun ni tak sempat nak buat collection untuk diinfakkan kepada mereka yang memerlukan. Tak sempat ke sebab kau yang malas or leka? Hahahaha… So aku decide nak taja one of the item untuk gift budak-budak pusat latihan pejabat aku tu katam Quran. Boleh jugakkan? Aku offerlah kat kawan-kawan aku kot-kot ada siapa yang nak join amal yang tak seberapanya ni. Adalah beberapa orang yang menyumbang. Ada sorang tu, siap kumpul duit RM5 dari tahun lepas sebab nak menyumbang kat projek aku ni. Sekali dia bagi, RM300.00. Terkejut aku. Tak apalah, semoga semua penyumbang tak kira banyak manapun, diberi kemewahan rezeki. Amin. Tahun ni aku decide nak bagi sejadah. Memandangkan aku sibuk dan tak boleh nak buat promosi besar-besaran macam tahun lepas, tak bolehlah nak bagi telekung or baju raya. Bagi sejadah Tetami la. Biar selesa sikit dia orang nak sujud dengan sejadah lembut dan tebal tu. Semoga makin dekat mereka dengan Allah. Memandangkan majlisnya Selasa ni, aku ajak Yana pergi beli sejadah kat Masjid India. Masuk kedai pertama, tak ada sejadah Tetami. Sejadah trand baru adalah. Tapi nipis dan simple sangat. Macam kosong je. Tak best la. Kami ke kedai sebelah. Pun tak ada Tetami. Kami ke kedai ketiga iaitu Baryali. Yes, ada Tetami. Memang rezeki budak-budak tulah. Ada pelbagai warna yang cantik belaka. OK, kena beli lebih ni. Nak hadiahkan kat mama dan abah. Jangan kata aku guna duit sumbangan ye. Duit sumbangan tu bahagian lain. Yang ni, aku topup asing daripada duit sumbangan. Peruntukan duit sumbangan tu untuk 35 je final jumlah yang diperlukan. Jadi, baik aku beli tambahan lima sejadah untuk my personal. Semoga dapat murah. Ramah betul jurujual kedai ni. Sambut kami kat pintu masuk terus layan kami. Perempuankan, sebelum sampai belakang, sempatlah membelek karpet. Karpet purple! Memang aku mencari karpet warna ni untuk matching dengan future wall aku. Karpetnya memang best, lembut, gebu dan berbulu. Tapi kecik. Tak sesuai dengan saiz ruang tamu rumah. OK tak apa. Kita ke tujuan asal dulu. Biar selesai amanah orang ni dulu. Lepas tu barulah kau nak beli karpet kea pa ke. Kata jurujual tu, dia boleh bagi aku RM300. Harga sebenar karpet tu RM400 setelah diskaun. Entah ye entah tidak entah. Entah-entah memang saja je letak harga tinggi supaya boleh bagi murah kat pembeli. Husnuzon Tinta hahahha… Ini memang betul ada tatami. Dia cakap, dia bagi aku RM25 untuk sebidang sejadah. Alamak, kalau RM25 untuk 35 sejadah memang tak cukup setelah termasuk dengan duit aku. Harga yang dia letak RM50. Aku mencongak dalam kepala. Duit orang bagi sekian banyak, tambah sumbangan aku, sekian banyak. Ish, kalau RM25 sehelai memang tak cukup duit. Aku tengok kat Lazada RM17 je. Cuma takut nak beli sebab nak beli banyak. Aku: Tak boleh kurang lagi ke? Saya nak beli banyak ni. Jurujual: Tak bolehlah kakak. Yana: Bolehlah. Dia nak bagi kat budak katam Quran ni. Wei, budget hang berapa? Aku: RM20 je. Jurujual: OK la kakak. Saya bagi RM20. Kakak mahu berapa? Aku: Saya nak 40. Masa duk pilih dan asingkan sejadah: Jurujual: Ambil 50 la kakak. Wei, nak buat apa banyak-banyak? Membazir je. Aku ni duduk sorang. Pun dah ada tiga ke empat sejadah. Aku: Tak naklah. Saya nak 40 je. Tauke Kedai: Kalau macam tu, saya bagi kakak karpet tadi RM150. Oooo boleh kurang lagi ek harga dia? Tunggu ek, jap lagi kita tawar-menawar karpet pulak.

Sunday, January 23, 2022

In Person

Assalammualaikum korang, selamat petang sekali lagi. Nak cerita kejadian yang pernah saya alami suatu ketika dulu. Masa tu malas nak update. Biasalah, yang baca blog saya ni kadang-kadang bukan boleh duk diam mulut tu. Kat depan baik je tapi kat belakang nak mengata orang. Better korang tak payah baca blog saya ni kalau nak mengata. Mestilah saya akan tulis benda-benda yang saya suka kan. OK la, back to our story. Dinner corporate ni membuatkan kita kenal ramai orang. Masa nilah kita nak buat networking, nak tambah kenalan baru. Saya dijemput ke dinner DBKL ni untuk terima anugerah. Staff DBKL ni ramai jugaklah yang saya kenal sejak berpindah ke department baru ni. Puan Emilia mendekati saya dan bertegur-sapa. Tak semena-mena dia panggil kawan dia. Emilia: Yati, meh la sini. Puan Yati kalau tak silap nama kawan dia tu. Puan Yati pun mendekati kami. Emilia: Kenalkan, nilah Cik Tinta. Hah? Macam dah pernah mengumpat hal saya je ni? Hahahahaha.... Yati: Ooooo cantik orangnya. Emilia: Cik Tinta memanglah. Yati: Ingatkan dalam gambar je. Bila jumpa in person pun cantik orangnya. Hayyyooooo... tak tahu nak letak mana muka ni dan tak tahu nak bereaksi macam mana. Kang salah reaction, orang kata kita perasan pulak. Kalau korang, korang nak buat apa? Masa tu saya Cuma senyum je dan cakap “Tak adalah puan, biasa-biasa je,” Seingat saya, masa saya budak-budak dulu, saya pernah tengok wajah saya. Saya rasa tak lawa pun. Pandangan orang berbeza atau wajah saya memang dah berubah? Kalau Allah menampakkan yang indah-indah pada kita, alhamdulillah, kita syukuri seadanya. Jauhkan Ya Allah dari rasa riak dan takbur. Amin.

Make P:rem UV Defense Me Blue Ray Sun Fluid SPF50+

Assalammualaikum semua! Time rajin nak menuliskan, sekejap-sekejap je keluar entry baru. Hehehehe... Ni satu lagi produk Korea yang saya dapat dari Channel Noil Faizal. Hahahaha... asyik promot channel dia je hari ni. Bagi komisen sikit bang. :) Banyak juga saya cuba sun block or sun screen ni. Kebanyakannya tak sesuai dengan saya sebab dia akan menyebabkan kulit muka tambah berminyak, lepas tu timbul jerawat. Tu yang paling saya lemah tu bila naik jerawat. Kadang-kadang saya terpaksa pakai jugak terutamanya kalau nak pergi adventure activity. But for daily use, saya memang tak guna sun block. Saya pernah cuba Nutrimetics sun block. Apa jadi? Muka saya jadi bertambah burn. Lepas tu memang taklah saya guna sun block kecuali SK-ii. SK-ii macam saya cakap dalam entry sebelum ni. Memang sangat mesra kulit saya tapi kalau RM250 kau nak kena beli setiap bulan, memang taklah kan? Saya baca dan tengok Youtube, sun block or sun screen ni, or what so ever la yang korang panggil, sangat penting untuk melindungi kulit kita. Kulit kusam pun berpunca dari tiada protection ni jugak. No wonder la kulit saya kusam. Rupa-rupanya, nak guna sun screen ni pun kena pandai pilih. Pilih ikut jenis kulit. Kalau kau main pakai je, memang timbullah segala mak nenek kat muka kan? OK, saya tertarik dengan produk Korea lagi untuk sun screen ni. Masa saya tengok review tu, Mak P:rem ni ada tiga jenis sun screen, Sun Fluid, Sun Gel dan Sun Cream. Tapi tadi saya baca ada satu lagi pulak, Sun Calamine. Rasa nak try la pulak yang baru ni tapi takut. Mula-mula saya salah beli. Saya beli cream kalau tak silap. Sekali pakai, berminyak sangat muka. Bila dah berminyak, adalah tumbuhan nak tumbuh. Hadoi la. Saya kentalkan hati untuk beli yang Sun Fluid, alhamdulillah, bila saya kenakan pada kulit wajah, dia terus meresap ke dalam kulit dan tak berminyak. Kulit jadi lembap dan halus. Mulai dari hari tu, saya guna sun screen ni sampai hari ni. Jerawat pun alhamdulillah tak muncul. Apa yang bestnya, Sun Fluid ni didatangkan dalam kuantiti 200ml dan boleh juga dipakai pada badan. Ia merupakan fizikal sun screen. Nantilah dalam entry lain saya tulis apa maksud fizikal dan kemikal sun screen ni. Untuk kulit combination macam saya yang ada part yang berminyak ni, memang kena guna fizikal sun screen. Kalau tak, macam-macamlah nanti. RM100.00 lebih untuk 200ml, sangat berbaloikan? Yes! Mesra poket! Botol kedua pun dah nak habis saya guna. Alhamdulillah, satu demi satu saya jumpa produk wajah yang sesuai dengan saya. Koran guna apa? Mehlah share kat ruang komen kat bawah ni. Oh ya, saya letak kat sini bahan-bahan dan fungsi Sun Fluid kegemaran saya ni. Make P:rem's Blue Ray line counteracts the damage cause by hot Infrared waves and radiation by cooling down the skin surface by multiple degrees while still providing superior UVA and UVB protection. The milky texture of the Sun Fluid glides across skin, spreading evenly and disappearing within seconds. Formulated with hydrating Chia seed extracts and calming Centella extract, the Sun Fluid refreshes and soothes overheated skin to protect from sun damage. Ideal for all skin types, especially combo and oily facial and body skin. It is free of parabens, Sodium Lauryl & Laureth Sulfates and Synthetic dyes

Some by Mi: Yuja Blemish Care Serum

Assalammualaikum semua! Selamat petang! Dah setahun lebih rupanya saya tak update blog ni. Kenapa? Malas +layout blog yang tak berapa nak accessible ni. Hari ni ada mood, rasa nak update tentang penjagaan wajah. Kalau korang baca blog saya sejak dulu, saya memang pengguna SK-ii tegar. Tapi untuk tiga produk je hahahahahaha... Apa dia? Cleanser, toner dan essence. Sebab tiga produk ni, beli sekali boleh pakai setahun lebih. Untuk serum, moisturizer, sun block dan mask, memang tak berbaloi. Berbaloi dengan kulit tapi tak mesra beg duit. Kang kebulur tak makan pulak hehehehehe... Harga serum dan moisturizer SK-ii yang pernah saya guna RM500 ke atas untuk 50g/30ml sahaja. Sun block dia 30ml RM200 lebih, mask sheet dia RM57 sekeping. Dahlah semua benda alah ni teksturnya krim/gel/pekat. Pakai kena secukupnya dan setiap hari. Memang idok le kita kalau kena beli setiap bulan ni. Sayapun berkelanalah di google dan Youtube mencari review produk yang bagus. Saya nak cari produk Jepun sebenarnya. Saya perhatikan kulit saya ni suka produk Jepun. Tapi produk matahari terbit ni, bila masuk Malaysia je harga terus jadi harga kayangan. Walaupun, dekat negara dia produk tu murah dan dijual di kedai macam Seven11 tu je. Masuk Malaysia, hampeh! Sayapun bertemulah dengan satu channel Youtube ni. Noil Faizal nama dia. Kak Fatimah pun pernah suruh saya tengok channel youtuber ni. Dia selalu buat review produk penjagaan wajah. Lepas tu, review dia complete dengan bahan-bahan dan keterangan fungsi bahan. Best kan? Banyak jugaklah saya tengok review dia. Tapi semua produk tu tak menambat hati saya. Sejujurnya saya takut nak try produk baru. Takut tak sesuai. Kulit saya ni kalau dia tak suka dengan satu-satu produk tu, dia memang bagi reaksi. Setakat sikit-sikit tu tak apalah. Takut lebih je. Hehehehe... Suatu hari, Noil Faizal ni buat review tentang satu produk ni. Macam best je. Sebab dulu orang selalu tegur muka saya kusam. Tapi bila saya guna serum/moisturizer SK-ii, dia eloklah. Bila tak guna, dia kusam balik. Nama produk ni Some by Mi Yuja Blemish Care Serum. Produk dari Korea. Tak dapat Jepun, kita try la guna produk Korea. Noil Faizal ni memang banyak review produk Korea yang mesra poket. Bagi saya kalau setakat RM80-RM90 tu OK lagi la kalau nak kena beli dua bulan sekali ke, sebulan sekali kan? Taklah melampau sangat. Yuja ni merupakan keluarga buah sitrus. Kandungan Vitamin C dia tiga kali ganda lebih dari buah lemon. Dalam serum ni terdapat 82.3 percent ekstrak buah Yuja dan 5 percent Niacinamide. Kata Noil Faizal, walaupun kandungan Vitamin C yang banyak +niacinamide, dia tidak merensakan kulit dia. So, saya tertarik untuk mencubanya. Tapi kena ingat ye, kesan sesuatu produk tu tak sama kat setiap orang. Jangan nanti korang pergi try lepas tu kulit merensa korang marah saya pulak. Apa lagi, saya search online. Watson pun jual benda alah ni. Kalau watson atau Guardian jual, taklah takut sangat nak try kan? Kemasan kotak dan botol berwarna kuning sesuai dengan warna buah Yuja dan baunya sangat menyegarkan. Tidak terlalu kuat. Bau buah Yuja, bukan bau pewangi katanya. Saya try dalam takut-takut. Alhamdulillah, Ia mampu mencerahkan kulit wajah saya yang kusam. Bukan memutihkan ye. Mencerahkan atau mengembalikan warna asal kulit kita. Kawan kat pejabat pun tegur yang kulit saya semakin membaik. Tapi ingat, kalau nak kulit berseri, jangan pakai produk je beria. Minum air putih kena banyak tau. Mula-mula kulit saya berubah tu, ada orang ingat sebab foundation kulit saya jadi elok. Tapi ada kawan yang tengok saya lepas solat tanpa mekap bagi tahu kat kawan tu, sebenarnya bukan foundation yang buat kulit saya nampak macam tu. Tapi kulit saya sendiri yang dah berubah. Tak macam dulu. Saya rasa sebak. Betapa Allah tu memberi kepada kita jika kita berusaha. Tapi semua ni memerlukan komitmen dan kerajinan. At least, dua kali sehari, kena buat rutin penjagaan kulit tu. Macam saya, kena paksa diri minum air putih sebab saya kurang minum air. Bak kata Doktor Nordin Darus, air putih ni primadona penawar bagi penyakit apapun. Nak kulit segar dan berseri ni, kena buat rutin penjagaan yang penuh dengan turutan yang betul. Nanti saya akan share lagi produk lain yang saya gunakan dalam rutin harian saya. Sekarang ni saya nak try sleeping mask Yuja dan moisturizer Yuja ni. Some by Mi ni bukan ada satu range produk je. Dia ada beberapa range. Tapi setakat ni saya Cuma try range Yuja je. Tu pun baru nak try sleeping mask dan moisturizer dia. Moisturizer dia tu nampak mesra poket. 100ml kalau tak silap RM68 kalau dekat Zalora. Harapnya OK la. OK, nanti kita jumpa lagi dalam entry yang lain ye. Bye!

Friday, July 17, 2020

Siapa Dia Sebenarnya?

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Dah lama tak tulis blog. Semalam ada kawan cakap, dia baca blog saya. Tiba-tiba rindu nak menulis. Dah empat bulan tak update blog ni. Banyak cerita sebenarnya tapi kemalasan mengatasi segalanya. ******************** 5 Jun lalu, ketika rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk kat rumah diam-diam, tapi masa tu dah boleh mula berkerja. Kami berkerja tiga hari seminggu. 5 Jun tu, hari Jumaat. Kebetulan, Hidayah pun berkerja. Kerja tak ada orang ni, bebaslah sikit. Kami ke cafeteria untuk makan. Balik makan, kami berbual-bual. Setibanya kami di kaunter tempat Hidayah bertugas, Subra cakap dia nak ke toilet. Dayah: Akak, duk la sini kejap. Sembang pun tak habis lagi. Saya bersetuju lalu duduk di tempat Subra. Baru nak memulakan perbualan, seseorang datang menegur kami dengan suara yang perlahan. Orang: Assalammualaikum. Kami: Waalaikummussalam. Orang: Saya nak buat donation. Kami terpinga-pinga. Siapa pulak yang nak main-mainkan kami ni? Cakap perlahan. Macam control suara je. Adalah ni yang nak pekenakan kami ni. Saya: Kau jangan ngada-ngadalah. Orang: Eh, tak, saya pelawat, saya orang luar. Katanya memberitahu. Perasaan malu segera menebal dan saya terdiam. Hidayah juga begitu. Sejurus, sama-sama terdiam. Dayah: Ya cik, ada apa boleh saya bantu? Saya tengok Dayah antara yakin dengan tidak menjalankan tugasnya melayani tetamu seperti biasa. Saya bercakap dalam bahasa yang tidak difahami tetamu. Saya: Bukan Rathkom ke ni? Dayah: Eh, bukan, bukan. Rathkom lain. Hidayah pulak ingatkan En. Mahathir berlakon nak kenakan saya. Sebab tu dia macam tak yakin nak layan bersungguh-sungguh. Takut diketawakan. Dayah: En. duduk dulu, saya panggil Bahagian Finance turun. Orang: Tak, tak. Saya nak donate kat awak berdua. Lagi kami terkejut dan tergamam. Dayah: Donate kat kita orang? Orang: Ye. Kat awak berdua. Saya tak nak bagi ofis. Awak berdua ni OKU kan? Saya: Kami blind. Orang: Ooo OK. Mungkin dia terkejut bila saya yang blind ni sebut blind kot. Agaknya dia nak jaga hati tak nak sebut blind tapi saya yang sebut. Dia mula mengira duitnya. Orang: RM50, RM100, RM150, RM200, RM250. Ni untuk cik. Dia menghulurkan RM250 kepada Hidayah. Saya yang menyaksikan tergamam. Banyaknya! Macam keluarkan duit RM2.50 je. Mungkin nak suruh saya kongsi dengan Dayah kot. Fikir saya. Tiba-tiba saya dengar dia membelek duit lagi tapi kali ni, tak dengar dia mengira. Orang: Ni RM250 untuk cik. Dia menghulurkan duit tersebut kepada saya. Saya terkejut. Hidayah juga begitu kerana dia pun berfikiran seperti saya. Duit yang dia dapat tu dia akan kongsikan dengan saya. Dalam terkejut tu, saya tak sambut duit yang dihulurkan. Saya: Betul ke En. nak bagi saya? Saya ni pekerja kat sini. Bukan orang bawah jagaan persatuan. Saya bukan apa. Takut dia tersalah bagi orang. Mana tahu kot dia nak bagi kepada mereka yang susah. Saya ni bukan senang tapi taklah susah sangat. Orang: Betul. Saya ikhlas nak bagi cik. Lambat-lambat, saya menyambut hulurannya. Saya: Terima kasih, En. Orang: Sama-sama. Dia terus berdiri di hadapan kaunter. Bersambung Malas nak tulis. Sakit perut. Nantilah sambung lagi. Hehehehe

Senarai Perfume Yang Pernah Saya Pakai (Terkini)

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Dah lama saya tak update senarai perfume saya ni. Kepada mereka yang pernah baca entri saya, ini adalah kemaskini senarai perfume terdahulu. Sekarang ni, semangat perfume naik balik sebab dah jumpa tempat beli perfume origenal yang murah. Itu yang berjinak-jinak menjual perfume tu. Hahahahaha... Anyway, siapa nak order perfume origenal murah dari pasaran, boleh tinggalkan komen or yang kenal saya tu, direct jelah PM saya. Jangan malu-malu. Meh kita semak senarai kita: 1. J'adore by Christian Dior: - Merupakan salah satu dari favourite perfume saya. Botolnya biasa saja tapi elemen mewah diterapkan pada tutup botolnya yang keemasan. Saya pernah pakai dua kali perfume ni tapi semuanya pemberian orang. First my secret admire bagi. Second, my mother bought for me masa dia ke Kota Paris bercuti ketika angah masih di sana. 2. Diva Rose by Emanuel Ungaro: - Warna pink dan botolnya unik didatangkan dengan tutup kaca yang bercorak sama seperti botolnya. Ini pun salah satu favourite saya. Ramai yang suka akan bau ni. Siap berebut tu nak beli perfume ni. Ada jugak kawan-kawan yang nak beli perfume Tanya saya siap call untuk dapatkan nama perfume ni. 3. Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo: - Juga favourite saya. Bau rose tapi berlainan dari Diva Rose. Ramai yang tegur bau ni sedap. Pergi latihan Gunung Kinabalu pakai ni orang tertanya-tanya siapa punya perfume ni? Bestnya. Yang ni, my second x boy friend bagi. Asalnya saya kirim kat dia beli di airport masa dia out station. Tapi dia bagi je katanya sebab saya berkelakuan baik. Hahahaha... Berkelakuan baik maksudnya saya tak merajuk dalam jangka masa yang lama. Saya dah ulang purchase perfume ni sendiri sebab suka sangat kat bau dia. 4. Good Girl by Carolina Herrera: - Saya beli favourite perfume saya ni di Singapura sewaktu transit pulang dari Romania. Kat Romania lagi saya berkenan bau ni. Tapi kat Romania mahal. Ingat nak beli kat Jerman. Flight delay due to snow yang turun masa kami nak balik, sampai Jerman tak sempat nak buat apa. Mujur dapat beli kat Singapura masa transit kali kedua. Selain dari baunya yang mewah, Kotaknya bersalut baldu dan tulisan keemasan sudah cukup melambangkan kemewahan perfume ni. Botolnya pula diperbuat daripada kaca berbentuk kasut tinggi wanita atau steleto berwarna hitam dimewahkan lagi dengan tumit tinggi berwarna emas. Baunya sangat best. Basuh dan jemur pakaianpun masih bau minyak Wangi ni. 5. South Beach by Paris Hilton: - Pun termasuk dalam senarai favourite saya. Baunya yang lembut membuatkan orang terpukau. Botolnya bulat tinggi Nampak seperti biasa-biasa je. Tapi bau mengancam. Yang ni pun orang boleh call saya Tanya nama perfume saya pakai sebab dia orang nak beli. 6. Envy Me by Gucci: - Favourite saya jugak. Saya beli masa saya study dulu. Tu pun ada promotion masa dia baru-baru keluar. Tunjuk Student Card, saya hanya bayar RM50.00 je. Berulang kali saya Tanya sales girl tu betul ke ori sebab murah sangat? Dia kata betul, dia orang Gucci. Hahahaha... Budak-budak kelas selalu kata saya Wangi bila saya pakai perfume ni. Botolnya simple je, warna pink, empat segi tinggi macam tiang, bercorak. Sebenarnya saya lupa Gucci jenis apa sebab masa tu bukan alert sangat dengan perfume. Selalu orang cakap kat saya, Envy Me tu bau dia best. Bau kuat dan ada orang urut kata melekat bau dia. Kalau saya pakai katanya, dia tak tidur malam. Gila apa? Baru-baru ni masa saya update status FB pasal perfume ni, my best friend ingatkan saya pasal Envy Me ni. Dia masih ingat Envy Me ni favourite saya masa belajar dulu. Dulu tak tahu sangat pasal jenama Gucci ni. Dah beli murah ingatkan jenama biasa-biasa je. Rupanya Gucci ni jenama mahal bila saya dah tahu pasal jenama. Masa tu dah habis belajar. Patutlah abah asyik cakap Gucci je bila kami nak beli barang seperti beg tangan dan beg duit. Thanks to Mercella AKA Michelle sebab ingatkan aku akan nama perfume favourite aku ni. 7. Nina by Nina Ricci: - Perfume ni buah tangan dari angah masa dia belajar kat Paris. Masa dia nak balik bercuti, dia Tanya saya nak apa. Saya Tanya dia, perfume murah tak kat sana? Dia kata tengok brand. I requested J'adore tapi mahal, dia gantikan dengan Nina by Nina Ricci ni. Kali pertama menciumnya, saya terus jatuh cinta dengan bauan lembut ni. Botol berbentuk apple tapi yang ni warna merah. Siap ada daun dan tangkai berwarna silver yang dijadikan sebagai penutup. Best sangat bau dia. Paling best, beli perfume kat Paris dapat banyak gila miniature. Nasib angah bukan gila perfume macam saya. Semua miniature dia bagi saya. 8. Luna Blossom by Nina Ricci: - Haruman kedua saya miliki dari Nina Ricci. Kali ni menampilkan botol berbentuk apple warna ungu dengan tangkai berlainan design berwarna emas. Baunya tetap lembut. Tapi saya lagi suka Nina. Perfume ni saya beli sekali dengan Carolina Herrera di airport Changi on the way back from Romania. Harga kat Malaysia RM600.00 lebih. Saya beli 21 euro setelah diskaun. Murah sangatkan? Lepas free duty dapat diskaun lagi sebab beli dua botol. Hahahaha... boss saya pun ikut saya beli dua perfume ni untuk wife dia. 9. Mont Blanc: - Saya lupa Mont Blanc ni dari jenis apa. Perfume ni my first x boy friend bagi. Sayapun tak tahu sebenarnya dia betul-betul nak bagi saya ke nak bagi perempuan lain. Ada orang bagi tahu saya yang boy friend saya kirim perfume ni kat dia. Dah lama kot. Kalau nak bagi saya mesti dah lama bagi kan? So, saya Tanya dia, nak bagi siapa perfume yang dia kirim kat kawan saya tu? Tiba-tiba dia keluarkan dari beg dia bagi saya perfume ni. Hati saya memang tak percaya dia nak bagi sayapun. Tapi, ambil jelah. Daripada dia habis beratus kat perempuan lain, baik saya habiskan duit dia dulu sebab saya girl friend rasmi dia yang semua orang tahu. Walaupun menerimanya tanpa rasa happy, saya tetap ambil. Bukan materialistic. Biarkan dia. Padan muka. Mahal kot perfume tu. Saya tahu harganya sebab kawan saya yang beli. Walaupun promotion, beratus jugak. Secara jujurnya saya tak berapa suka bbau perfume ni sebab baunya keras. Saya bagi kawan saya pakai setelah beberapa tahun memilikinya dan minta dia pulang balik botol kat saya masa nak bagi dia tu sebab saya buat koleksi botol perfume. Kawan saya bagi balik botol tu. Teringat kat dia? Seriously, saya dah lupakan kedua-dua makhluk yang bbuat hidup saya sengsara tu. Saya ingatpun ingat sebab dia bagi macam saya ingat angah dan mama bagi perfume. Macam tu jugak dengan admire saya bagi. Ingat rindu dan istimewa tu taklah. Saya memang susah nak lupakan orang. Tapi kalau sekali saya dah lepas, pergilah kau jauh-jauh. Saya takkan rindukan korang lagi jauh sekali mengharapkan korang kembali. Cuma saya harap, Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik dari korang yang menyakitkan hati saya. Kalau tengok botol tu pun tak ada feeling dah. Just botol sekadar koleksi saya. Semua saya simpan. Ada je botol perfume kawan yang saya simpan sebab botol dia cantik. 10. Siren by Paris Hilton: - Perfume ni saya beli sebab kawan saya pakai parti perfume bau sedap. Gigih saya cari original dia. Siap order kat Jothy tauke kedai perfume yang selalu datang buat volunteer work kat my office. Botolnya cantik Siap ada rantai lagi. Tapi bila pakai saya rasa tak best pulak. But still boleh diterima dan saya pakai sampai habis. 11. Incanto Charms by Salvatore Ferragamo: - Saya beli perfume ni kalau tak silap di Sasa Time Square. RM300 lebih kot masa tu saya beli. Sebenarnya rambang hidung hahaha... Banyak sangat incantonya. Bila balik miniature dia Incanto Bloom lagi best. Boleh jugak pakai bukanlah tak best. Best jugak Charms ni pun. Cuma saya lebih sukakan Bloom. Tu yang lepas tu beli Bloom pulak. Tapi dalam senarai ni, Bloom kat atas. Hahahaa... 12. Mediterranean by Elizabeth Arden: - Saya beli masa Sogo member sales kat tingkat 7. Tak banyak pilihan pun. Tapi saya suka dengan Mediterranean ni. Harga turun sampai RM105.00 untuk 100 ML. Apa lagi? Hambek jela. Tak payah fikir panjang. Malaysia ni bukan senang nak dapat perfume ori tapi murah. Balik rumah, buka je plastic belum buka kotak, meleleh perfume ni keluar. Rosak botol dia ni. Mujur saya simpan receipt. Esok hari last sales so gigih sekali lagi pergi Sogo dengan bersesak tu nak tukar perfume. Dan Mediterranean baru saya dah sampai from oversea untuk botol kedua. 13. Envy by Gucci: - Saya confuse sebenarnya antara Gucci ni dengan CK. Rupanya Gucci kawan saya ingatkan saya kat FB masa saya update pasal perfume. Envy ni abah yang belikan masa saya study kat UiTM dulu. Abah ambil saya masa cuti sem dan kami ke Sogo jalan-jalan. Abah pun suka pergi Sogo. Abah Tanya saya nak apa? Saya kata nak perfume. Sebelum tu kami ke counter CK tapi orang CK offer kami beli limited edition CK apa entah. Abah kata tak payah. Nanti kalau habis tak boleh beli lain. Abah bawa saya pergi counter Gucci. Rambang hidung jugak. Saya pilih Envy. Balik rumah baunya tak berapa best. Tapi saya still guna sebab abah bagi sehingga ia hilang dari simpanan saya. Botol empat segi panjang or tinggi tu sama macam Envy Me kegemaran saya. Macam tiang. Dia didatangkan dalam bekas plastic bertutup. Botol dalam bekas. Cantik. Dan saya terjumpa dalam almari roommate saya kat UiTM masa buat spot check kehilangan handset baru Nokia saya. Sampai sekarang saya tak habis fikir macam mana perfume tu boleh ada dalam almari budak yang ada habit mencuri tu? Saya bagi dia simpan atau perfume saya tu dah masuk senarai habit dia macam handset saya? Botol yang ada dalam almari dia tu sama rosaknya macam milik saya. Oh tak, bukan botol. Bekas plastic tu. 14. Splendor by Elizabeth Arden: - Perfume ni bau dia panas tapi best. Saya gelarkan dia perfume berhantu. Sebab bila kita pakai dia macam hilang lepas tu tiba-tiba bau dia datang lepas tu hilang balik. Lepas tu datang lagi. Berapa kali hilang berapa kali datang dah. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat tu pulak, baru dia akan berbau kat situ. Baunya tertinggal. Kadang-kadang masa kita kat situ orang tak bau pun perfume ni. Bila kita pergi, baru orang tertanya-tanya, bau siapa ni? Perfume ni saya beli dari Zawani kawan satu office saya dulu. Walaupun kami berlainan department dan blok, dia tahu saya peminat perfume origenal. Husband dia kirim perfume dengan kawan suami dia yang out station ke US. Banyak botol suami dia beli. Sedangkan, dia tak berapa sukakan minyak wangi. So, daripada simpan banyak-banyak, dia putuskan untuk menjualnya kepada saya. Dia jual murah je kat saya sebab beli dari US murah. Dia bagi saya RM100.00 sahaja. Kali pertama cium perfume ni saya dah sukakannya. Tambah pulak dengan harganya yang sangat murah, apa lagi, saya grab la. 15. Red Jeans by Versace: - Kalau Splendor merupakan perfume yang baunya panas, Red Jeans ni pulak perfume yang baunya sejuk. Saya beli ni sebab terpengaruh dengan sorang kawan yang pakai parti perfume ni. Bila Kak Rahimah ke Singapura, saya kirim dia beli perfume ni kat Kompleks Mustafa. Masa tu harganya 29 Dollar Singapore bersamaan lebih kurang RM70. Sesuai dengan namanya Red Jeans, ia didatangkan dalam botol berpenutup merah. Perfumenya juga berwarna merah. Selalunya perfume dibungkus dengan kotak tapi Red Jeans diletakkan dalam tin yang juga berwarna merah. 16. Elizabeth Taylor: - Saya lupa Elizabeth Taylor yang mana satu saya pakai dulu tu. Botolnyapun dah pecah sebab jatuh masa saya pindah tempat duduk di office. Mujur perfumenya tinggal berapa titik je lagi. Itu pun bau semerbak satu office. Saya beli ni tanpa dirancang. Saya jalan-jalan di Sogo. Lepas tu sales man to promot kat saya. Sangat murah masa member sales tu. RM99.00 sahaja OK. Kau gila kalau tak beli? Memang saya meroyan dan terus beli. Baunyapun memang sedap. 17. Girl Belle by Guess: - Saya sebenarnya terpikat dengan botol dan penutupnya yang menarik. Penutupnya ada riben yang digubah menjadi bunga. Baunya tak berapa best sangat. Tapi bolehlah. Penat saya pakai nak suruh habis. Tapi lambat bebenar habisnya. Saya beli dengan Jothy tauke perfume yang datang buat volunteer work kat office saya. Tapi saya beli tester yang kedai dia tak nak guna dah. Semestinya origenal. Nak murah, so kita beli je la. 18. Rihanna: - Saya beli perfume ni jugak dari Jothy. Tapi saya beli yang baru. Mahallah sikit. Cuma tak semahal harga pasaran. Mula-mula saya rasa bau dia best. Botol memang menarik. Tapi bila saya pakai baunya terlalu keras untuk saya. Rasa macam nak muntah pun ada. Bau memang kuat. Saya basuh tudung dan baju pun still bau lagi. 19. Lacoste: - Beli dari Jothy jugak. Tapi saya tak suka bau dia. Saya bagi kawan suruh tolong pakaikan then pulang balik botol dia kat saya. Saya nak buat koleksi. Kawan tu boleh cakap wangi? Tang mana wangi pun saya tak tahu. Biasalah. Cita rasa manusiakan berbeza. 20. Oceanus by The Body Shop: - Abah belikan saya perfume ni masa saya sekolah menengah. Kalau tak silap masa tu saya form 5. Sementara angah minta dibelikan White Musk juga dari Body Shop. Oceanus didatangkan dalam bentuk minyak atau parti. Dalam botol Body Shop yang kecil. Harganya 17 tahun dulu hanyalah RM36.00 boleh refeel 10 ML kalau tak silap bila dah habis. Refeel secara percuma tau. Penutupnya disertakan dengan brush untuk sapu perfume tu kat kulit kita or baju. Baunya semerbak harum. Tak perlu letak banyak nanti pening. Jenis bau yang panas. Botolnya sangat kecil. Tak tahulah masih ada ke tidak Oceanus ni kat Body Shop. 21. Japanese Cherry Blossom by The Body Shop: - Saya bersiar-siar dengan Ali di KLCC. Semasa melintas The Body Shop, kami bau satu bau yang sangat wangi dan segar. Ali kata ni bau Cherry Blossom. So, saya nak tengok perfume tu. Masa tu ada sales, saya beli dengan harga RM70 je. Memang baunya best sangat. Wangi dan segar. Botol empat segi biasa je. 22. English Dawn Gardenia by The Body Shop: - Baunya juga wangi dan segar. Tapi taklah sampai nak beli lagi. 23. Nutrimetics: - Saya pakai perfume ni masa saya form 3 ke form 4. Sebenarnya perfume ni mama saya punya. Masa cuti sekolah saya asyik pakai perfume ni kat rumah. Mama tanya saya, nak ke perfume tu? Mestilah. Then mama bagi saya. Waaa... Melaram sakanlah saya ke sekolah. Hahahaha... 24. True Heart by Avon: - Saya beli perfume ni masa sekolah menengah antara form 1-3. Budak-budak. Mana ada duit sangat. Suka benar membelek katalog Avon. Ada offer belilah. Saya ingat lagi, saya beli perfume ni dari Cikgu Rokiah. Baunya lembut. Botol macam bukit kalau tak silap warna gelap dan tutupnya berbentuk dua hati bercantum. Hahahaha... Bentuk love la tuuuu... 25. For Away by Avon: - Ni pun saya beli masa sekolah menengah dulu. Tunggu je bila For Away ni offer. Maklumlah, For Away ni mahal masa tu. Semuanya terpengaruh dengan Cikgu Kasilawati yang sering mengenakan haruman ni. So, kita masa tu rasa best sangat. Suka sangat dengan bau cikgu tu. Apa lagi, belilah masa offer. Botol dia kalau tak silap warna purple. Tapi sekarang ni For Away ada versi baru kata Dayah. Tak sewangi For Away keluaran lama. But yang lama tu still ada kat pasaran katanya. Almaklumlah dah lama tak beli Avon. Botolnya gemuk kecil dan pendek. Penutup bulat macam bola. Ada rantai kalau tak silap. Tapi rantai rambu-rambu je. 26. Woman of Earth by Avon: - Kalau Fow Away terpengaruh dengan Cikgu Kasila, WOE ni pulak terpengaruh dengan Cikgu Sakinah. Kedua-dua cikgu ni mandi minyak wangi agaknya. Kalau dia kat pintu depan hostel kami, sampai pintu belakang baunya. Bestlah jugak. Tapi entah ke mana botolnya. 27. Diva by Emanuel Ungaro: - Dari range Emanuel Ungaro jugak. But, this perfume not so good as Diva Rose. Saya cari Diva Rose sebenarnya. Beli dengan Jothy tulah. Tapi Diva Rose tak ada, Diva pun jadilah. Masa mula-mula pakai dulu, rasa tak best. But I'm wearing it this week. Macam best pulak. Beli 50ml je. Ada officemate tegur kata this perfume nice smell. 28. Light Blue by Dolce & Gabbana: - Hahaha ni antara perfume yang popular. Walaupun tak pernah bau perfume ni, saya beli sebab perfume ni antara perfume yang menjadi koleksi Siti Nurhaliza. Saya aspek dia sangat wangi sebab Siti suka. Hmmm... bila sampai, baunya OK la. Bau macam dalam flight MAS masa kita mula-mula masuk. Takkan pramugari guna perfume ni kot untuk wangikan flight? Whatever! Bolehlah. Rasa macam jadi pramugari pulak rasanya. Hehehehe. Berangan! Ada sikit je lagi. Beli lagi? Taklah. 29. Sun Flower by Elizabeth Arden: - Saya cium bau kawan pakai, rasa best je perfume ni. Tapi bila saya pakai sendiri, kepala saya sakit. Sudahnya, saya bagi Suzi suruh tolong pakai. Nak jual rasa tak tergamak sebab dah pakai dan bagi saya bau tak sedap. Takut dia sakit kepala pakai. Tapi dia pakai OK je. Bau perfume ni subjektif kan? 30. Eternity by Calvin Klein: - Bau ni adalah satu bau yang hot tapi best. Baunya kuat kot. Sebab ada orang cakap dia suka bau saya bila saya pakai perfume ni. Mujur yang cakap tu perempuan sebab dia duduk rapat dengan saya masa saya tengok anak dia. 31. Live Luxe by Jeniffer Lopez: - Perfume ni pun saya beli main beli je. Sebab suka dengan campurannya bila baca online. Kawan saya yang duduk oversea kata, bau Live Luxe ni ramai orang pakai kat sana. Ya, baunya best dan sejuk. Hahahaha... Tak tahu nak terangkan macam mana bila saya cakap bau panas dan bau sejuk tu. Peminat perfume tahulah kot. 32. Euphoria by Calvin Klein: - Bau perfume ni, sembur sikit pun bau dah semerbak. Baunya taklah lembut, taklah keras. Macam mana tu ek? At first, I dont like this perfume. But lama-kelamaan, rasa suka pulak. Tapi... bila achik minta, tak sampai hati nak kata tak boleh. So, bagi jelah kat dia. Lepas tu mummy saya pulak suka. Siap cakap, bila nak habis nanti, bagilah kat dia. Alamak, saya dahbagi achik perfume tu. Saya pesan kat achik, bila nak habis bagi mummy. Ya sekarang kat mummy la perfume tu. Tak pernah-pernah mummy minta perfume. Dia suka sangatlah tu. Dia cakap, bau perfume tu melekat kat dia lepas saya peluk dia. Masa saya pakailah. Lepas tu, bila dia pakai, dia rasa sayang nak basuh tudung sebab bau tudung tu wangi sangat. OK, Euphoria menjadi rebutan dalam family saya. Achik dulu, berkali-kali dia minta kat saya. Sekali saya bagi, bukan main suka lagi dia. Katanya best betul dapat pakai perfume mahal. Mujur oversea murah. Sebab tu saya bagi hehehehe... Kalau tak... Jangan haraplah kot. Botol Euphoria ni unik. Bentuk hirisan buah tembikai bersalut besi nipis. Tutupnya kurus tinggi. 33. Meow by Kathy Perry: - Saya jatuh cinta kat perfume ni masa bau kawan saya pakai yang dia beli dari Sogo. Waaa... Botolnya menarik. Penutup bentuk kepala kucing. Bau manis tapi taklah manis sangat. Masih boleh diterima. Saya pernah terbeli perfume yang baunya manis sampai tak tahan pakai. Lupa jenama apa. Nanti sambung lagi ya. Banyak lagi ni hahahahaha... 34. Liberter by Impulse: - Perfume ni perfume murah yang selalu saya beli masa sekolah menengah dulu. Masa tu harga dia RM5.00 lepas tu naik RM5.50. Hmmm... Kecik-kecik dah pandai nak berperfume bagai. But I don't have a money. Beli jelah yang murah tapi bau dia semerbak. Bila Liberter ni tak keluar, saya ada beli Impulse yang range lain jugak. Liberter ni botol biru. Range lain tu tak sesedap bau Liberter ni. Tapi sebenarnya saya tak ingat ejaan dia, Liberter ke Liberte ke, Liberty. Entahlah. 35. Tommy Girl by Tommy Hilfiger: - First saya pakai perfume ni my secret admire bagi yang parti punya. Memang kuat dan Wangi bau dia. Bau panas. Ramai orang kenal tu bau saya. Sejak dari hari tu, saya berazam nak beli yang original. Takut jugak kalau tak sesedap bau parti. Saya bau yang original masa ke GPO. Waaa... Best! Masa tu tak ada duit. Then February lepas masa kursus kat Nilai, saya merayap ke Mitsui. Bau sekali lagi dan memang Wangi. Hajat nak beli tapi confuse nak beli Tommy Girl atau Lady Million. Saya ajak adik keluar kedai dan terus Tanya supplier tempat saya order perfume untuk jual. Since perfume tu original, saya compare harga sangatlah murah. So, saya terus grab Tommy Girl dan Lady Million sekali. Tamak betul. Hahahaha... 36. Lady Million by Paco Rabanne: - Saya terpikat bau ni tiga empat tahun lepas. Masa tu, pemangku ED my office beli One Million. Kan One Million dan Lady Million ni berpasangan. Dapatlah sample Lady Million. Dia bagi kat Kak Fatimah. Huuuu Wangi gila bau Kak Fatimah. Wangi dan bau kuat. Tak tahu macam mana nak describe. Habis yang tu, Kak Fatimah beli sendiri Lady Million. Botol cantik. Macam berlian. Botol One Million pulak macam jongkong emas. Paco Rabanne kan konsepnya mewah. Harga tak payah cakaplah. Dan Alhamdulillah, akhirnya saya Berjaya memiliki Lady Million. 37. Tea Rose by the Perfumer's Workshop: - Perfume ni pun saya terpengaruh dengan Kak Fatimah. Murah gila kat supplier tu. So, saya beli. Tapi Kak Fatimah dah cakap, beli yang botol merah, jangan beli botol kuning. Habis botol merah tak ada, saya beli jugak botol kuning. Sudahnya, tak best sangat. Tapi bolehlah nak habiskan. Tapi biasalah, yang kita nak cepat habiskan tulah tak habis-habis. 38. Dalissime by Salvador Dali: - Panjang sungguh perjalanan perfume ni untuk masuk ke koleksi saya. Masa sekolah dulu, ada sorang kawan nama Mahsuri. Kakak dia kerja kat airport. Satu hari, masa naik cuti sekolah, dia bawa perfume yang dah tinggal sikit kakak dia bagi. Wangi gila bau perfume tu. Botolnya pulak ada bentuk bibir. Lawalaaaaa... Saya nak tapi mana ada duit. Mesti beratus. Bila dia dah habis pakai perfume tu, saya minta dengan dia botol tu. Dia bagi saya. Kalau tak bagi pun, dia buang je botol tu. Saya simpan botol tu sampailah saya cuti end of the year last year, saya teringat tentang perfume tu. Saya mencari botol tersebut dalam laci bilik saya kat kampong. Mujur masih ada. Minta tolong Hakim bacakan namanya. Tapi susah nak baca sebab tulisan pada botol dah kabur. Mana taknya, dah berbelas tahun saya simpan dia. Hakim cuba gagahi membaca dan mengagak. Daripada ejaan yang Hakim agak-agak tu, saya search di Google sebab tak pernah dengar nama tu. Tambahan pulak, yang ada hanya nama sub brand macam Envy Me. Nama brand tak ada. Saya jumpalah Dalissime by Salvador Dali. Saya minta Hakim tengok gambar. Betul, botolnya sama. Yes! Saya happy sangat sebab dah jumpa nama perfume tu. Saya nak order dari tempat yang saya selalu beli perfume tu. Out of stock pulak! Berbulan kemudian, saya dapat notifikasi yang perfume tu dah back in stock. Apa lagi, saya belilah dan minggu ni adalah minggu pertama saya memakai perfume ni. Berjaya jugak akhirnya saya dapatkan perfume idaman saya ni. Bersambung

Tuesday, March 10, 2020

Senarai Perfume Yang Pernah Saya Pakai

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Dah lama saya tak update senarai perfume saya ni. Kepada mereka yang pernah baca entri saya, ini adalah kemaskini senarai perfume terdahulu. Sekarang ni, semangat perfume naik balik sebab dah jumpa tempat beli perfume origenal yang murah. Itu yang berjinak-jinak menjual perfume tu. Hahahahaha... Anyway, siapa nak order perfume origenal murah dari pasaran, boleh tinggalkan komen or yang kenal saya tu, direct jelah PM saya. Jangan malu-malu. Meh kita semak senarai kita: 1. J'adore by Christian Dior: - Merupakan salah satu dari favourite perfume saya. Botolnya biasa saja tapi elemen mewah diterapkan pada tutup botolnya yang keemasan. Saya pernah pakai dua kali perfume ni tapi semuanya pemberian orang. First my secret admire bagi. Second, my mother bought for me masa dia ke Kota Paris bercuti ketika angah masih di sana. 2. Diva Rose by Emanuel Ungaro: - Warna pink dan botolnya unik didatangkan dengan tutup kaca yang bercorak sama seperti botolnya. Ini pun salah satu favourite saya. Ramai yang suka akan bau ni. Siap berebut tu nak beli perfume ni. Ada jugak kawan-kawan yang nak beli perfume Tanya saya siap call untuk dapatkan nama perfume ni. 3. Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo: - Juga favourite saya. Bau rose tapi berlainan dari Diva Rose. Ramai yang tegur bau ni sedap. Pergi latihan Gunung Kinabalu pakai ni orang tertanya-tanya siapa punya perfume ni? Bestnya. Yang ni, my second x boy friend bagi. Asalnya saya kirim kat dia beli di airport masa dia out station. Tapi dia bagi je katanya sebab saya berkelakuan baik. Hahahaha... Berkelakuan baik maksudnya saya tak merajuk dalam jangka masa yang lama. 4. Good Girl by Carolina Herrera: - Saya beli favourite perfume saya ni di Singapura sewaktu transit pulang dari Romania. Kat Romania lagi saya berkenan bau ni. Tapi kat Romania mahal. Ingat nak beli kat Jerman. Flight delay due to snow yang turun masa kami nak balik, sampai Jerman tak sempat nak buat apa. Mujur dapat beli kat Singapura masa transit kali kedua. Selain dari baunya yang mewah, Kotaknya bersalut baldu dan tulisan keemasan sudah cukup melambangkan kemewahan perfume ni. Botolnya pula diperbuat daripada kaca berbentuk kasut tinggi wanita atau steleto berwarna hitam dimewahkan lagi dengan tumit tinggi berwarna emas. Baunya sangat best. Basuh dan jemur pakaianpun masih bau minyak Wangi ni. 5. South Beach by Paris Hilton: - Pun termasuk dalam senarai favourite saya. Baunya yang lembut membuatkan orang terpukau. Botolnya bulat tinggi Nampak seperti biasa-biasa je. Tapi bau mengancam. Yang ni pun orang boleh call saya Tanya nama perfume saya pakai sebab dia orang nak beli. 6. Envy Me by Gucci: - Favourite saya jugak. Saya beli masa saya study dulu. Tu pun ada promotion masa dia baru-baru keluar. Tunjuk Student Card, saya hanya bayar RM50.00 je. Berulang kali saya Tanya sales girl tu betul ke ori sebab murah sangat? Dia kata betul, dia orang Gucci. Hahahaha... Budak-budak kelas selalu kata saya Wangi bila saya pakai perfume ni. Botolnya simple je, warna pink, empat segi tinggi macam tiang, bercorak. Sebenarnya saya lupa Gucci jenis apa sebab masa tu bukan alert sangat dengan perfume. Selalu orang cakap kat saya, Envy Me tu bau dia best. Bau kuat dan ada orang urut kata melekat bau dia. Kalau saya pakai katanya, dia tak tidur malam. Gila apa? Baru-baru ni masa saya update status FB pasal perfume ni, my best friend ingatkan saya pasal Envy Me ni. Dia masih ingat Envy Me ni favourite saya masa belajar dulu. Dulu tak tahu sangat pasal jenama Gucci ni. Dah beli murah ingatkan jenama biasa-biasa je. Rupanya Gucci ni jenama mahal bila saya dah tahu pasal jenama. Masa tu dah habis belajar. Patutlah abah asyik cakap Gucci je bila kami nak beli barang seperti beg tangan dan beg duit. Thanks to Mercella AKA Michelle sebab ingatkan aku akan nama perfume favourite aku ni. 7. Nina by Nina Ricci: - Perfume ni buah tangan dari angah masa dia belajar kat Paris. Masa dia nak balik bercuti, dia Tanya saya nak apa. Saya Tanya dia, perfume murah tak kat sana? Dia kata tengok brand. I requested J'adore tapi mahal, dia gantikan dengan Nina by Nina Ricci ni. Kali pertama menciumnya, saya terus jatuh cinta dengan bauan lembut ni. Botol berbentuk apple tapi yang ni warna merah. Siap ada daun dan tangkai berwarna silver yang dijadikan sebagai penutup. Best sangat bau dia. Paling best, beli perfume kat Paris dapat banyak gila miniature. Nasib angah bukan gila perfume macam saya. Semua miniature dia bagi saya. 8. Luna Blossom by Nina Ricci: - Haruman kedua saya miliki dari Nina Ricci. Kali ni menampilkan botol berbentuk apple warna ungu dengan tangkai berlainan design berwarna emas. Baunya tetap lembut. Tapi saya lagi suka Nina. Perfume ni saya beli sekali dengan Carolina Herrera di airport Changi on the way back from Romania. Harga kat Malaysia RM600.00 lebih. Saya beli 21 euro setelah diskaun. Murah sangatkan? Lepas free duty dapat diskaun lagi sebab beli dua botol. Hahahaha... boss saya pun ikut saya beli dua perfume ni untuk wife dia. 9. Mont Blanc: - Saya lupa Mont Blanc ni dari jenis apa. Perfume ni my first x boy friend bagi. Sayapun tak tahu sebenarnya dia betul-betul nak bagi saya ke nak bagi perempuan lain. Ada orang bagi tahu saya yang boy friend saya kirim perfume ni kat dia. Dah lama kot. Kalau nak bagi saya mesti dah lama bagi kan? So, saya Tanya dia, nak bagi siapa perfume yang dia kirim kat kawan saya tu? Tiba-tiba dia keluarkan dari beg dia bagi saya perfume ni. Hati saya memang tak percaya dia nak bagi sayapun. Tapi, ambil jelah. Daripada dia habis beratus kat perempuan lain, baik saya habiskan duit dia dulu sebab saya girl friend rasmi dia yang semua orang tahu. Walaupun menerimanya tanpa rasa happy, saya tetap ambil. Bukan materialistic. Biarkan dia. Padan muka. Mahal kot perfume tu. Saya tahu harganya sebab kawan saya yang beli. Walaupun promotion, beratus jugak. Secara jujurnya saya tak berapa suka bbau perfume ni sebab baunya keras. Saya bagi kawan saya pakai setelah beberapa tahun memilikinya dan minta dia pulang balik botol kat saya masa nak bagi dia tu sebab saya buat koleksi botol perfume. Kawan saya bagi balik botol tu. Teringat kat dia? Seriously, saya dah lupakan kedua-dua makhluk yang bbuat hidup saya sengsara tu. Saya ingatpun ingat sebab dia bagi macam saya ingat angah dan mama bagi perfume. Macam tu jugak dengan admire saya bagi. Ingat rindu dan istimewa tu taklah. Saya memang susah nak lupakan orang. Tapi kalau sekali saya dah lepas, pergilah kau jauh-jauh. Saya takkan rindukan korang lagi jauh sekali mengharapkan korang kembali. Cuma saya harap, Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik dari korang yang menyakitkan hati saya. Kalau tengok botol tu pun tak ada feeling dah. Just botol sekadar koleksi saya. Semua saya simpan. Ada je botol perfume kawan yang saya simpan sebab botol dia cantik. 10. Siren by Paris Hilton: - Perfume ni saya beli sebab kawan saya pakai parti perfume bau sedap. Gigih saya cari original dia. Siap order kat Jothy tauke kedai perfume yang selalu datang buat volunteer work kat my office. Botolnya cantik Siap ada rantai lagi. Tapi bila pakai saya rasa tak best pulak. But still boleh diterima dan saya pakai sampai habis. 11. Incanto Charms by Salvatore Ferragamo: - Saya beli perfume ni kalau tak silap di Sasa Time Square. RM300 lebih kot masa tu saya beli. Sebenarnya rambang hidung hahaha... Banyak sangat incantonya. Bila balik miniature dia Incanto Bloom lagi best. Boleh jugak pakai bukanlah tak best. Best jugak Charms ni pun. Cuma saya lebih sukakan Bloom. Tu yang lepas tu beli Bloom pulak. Tapi dalam senarai ni, Bloom kat atas. Hahahaa... 12. Mediterranean by Elizabeth Arden: - Saya beli masa Sogo member sales kat tingkat 7. Tak banyak pilihan pun. Tapi saya suka dengan Mediterranean ni. Harga turun sampai RM105.00 untuk 100 ML. Apa lagi? Hambek jela. Tak payah fikir panjang. Malaysia ni bukan senang nak dapat perfume ori tapi murah. Balik rumah, buka je plastic belum buka kotak, meleleh perfume ni keluar. Rosak botol dia ni. Mujur saya simpan receipt. Esok hari last sales so gigih sekali lagi pergi Sogo dengan bersesak tu nak tukar perfume. Dan Mediterranean baru saya dah sampai from oversea untuk botol kedua. 13. Envy by Gucci: - Saya confuse sebenarnya antara Gucci ni dengan CK. Rupanya Gucci kawan saya ingatkan saya kat FB masa saya update pasal perfume. Envy ni abah yang belikan masa saya study kat UiTM dulu. Abah ambil saya masa cuti sem dan kami ke Sogo jalan-jalan. Abah pun suka pergi Sogo. Abah Tanya saya nak apa? Saya kata nak perfume. Sebelum tu kami ke counter CK tapi orang CK offer kami beli limited edition CK apa entah. Abah kata tak payah. Nanti kalau habis tak boleh beli lain. Abah bawa saya pergi counter Gucci. Rambang hidung jugak. Saya pilih Envy. Balik rumah baunya tak berapa best. Tapi saya still guna sebab abah bagi sehingga ia hilang dari simpanan saya. Botol empat segi panjang or tinggi tu sama macam Envy Me kegemaran saya. Macam tiang. Dia didatangkan dalam bekas plastic bertutup. Botol dalam bekas. Cantik. Dan saya terjumpa dalam almari roommate saya kat UiTM masa buat spot check kehilangan handset baru Nokia saya. Sampai sekarang saya tak habis fikir macam mana perfume tu boleh ada dalam almari budak yang ada habit mencuri tu? Saya bagi dia simpan atau perfume saya tu dah masuk senarai habit dia macam handset saya? Botol yang ada dalam almari dia tu sama rosaknya macam milik saya. Oh tak, bukan botol. Bekas plastic tu. 14. Splendor by Elizabeth Arden: - Perfume ni bau dia panas tapi best. Saya gelarkan dia perfume berhantu. Sebab bila kita pakai dia macam hilang lepas tu tiba-tiba bau dia datang lepas tu hilang balik. Lepas tu datang lagi. Berapa kali hilang berapa kali datang dah. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat tu pulak, baru dia akan berbau kat situ. Baunya tertinggal. Kadang-kadang masa kita kat situ orang tak bau pun perfume ni. Bila kita pergi, baru orang tertanya-tanya, bau siapa ni? Perfume ni saya beli dari Zawani kawan satu office saya dulu. Walaupun kami berlainan department dan blok, dia tahu saya peminat perfume origenal. Husband dia kirim perfume dengan kawan suami dia yang out station ke US. Banyak botol suami dia beli. Sedangkan, dia tak berapa sukakan minyak wangi. So, daripada simpan banyak-banyak, dia putuskan untuk menjualnya kepada saya. Dia jual murah je kat saya sebab beli dari US murah. Dia bagi saya RM100.00 sahaja. Kali pertama cium perfume ni saya dah sukakannya. Tambah pulak dengan harganya yang sangat murah, apa lagi, saya grab la. 15. Red Jeans by Versace: - Kalau Splendor merupakan perfume yang baunya panas, Red Jeans ni pulak perfume yang baunya sejuk. Saya beli ni sebab terpengaruh dengan sorang kawan yang pakai parti perfume ni. Bila Kak Rahimah ke Singapura, saya kirim dia beli perfume ni kat Kompleks Mustafa. Masa tu harganya 29 Dollar Singapore bersamaan lebih kurang RM70. Sesuai dengan namanya Red Jeans, ia didatangkan dalam botol berpenutup merah. Perfumenya juga berwarna merah. Selalunya perfume dibungkus dengan kotak tapi Red Jeans diletakkan dalam tin yang juga berwarna merah. 16. Elizabeth Taylor: - Saya lupa Elizabeth Taylor yang mana satu saya pakai dulu tu. Botolnyapun dah pecah sebab jatuh masa saya pindah tempat duduk di office. Mujur perfumenya tinggal berapa titik je lagi. Itu pun bau semerbak satu office. Saya beli ni tanpa dirancang. Saya jalan-jalan di Sogo. Lepas tu sales man to promot kat saya. Sangat murah masa member sales tu. RM99.00 sahaja OK. Kau gila kalau tak beli? Memang saya meroyan dan terus beli. Baunyapun memang sedap. 17. Girl Belle by Guess: - Saya sebenarnya terpikat dengan botol dan penutupnya yang menarik. Penutupnya ada riben yang digubah menjadi bunga. Baunya tak berapa best sangat. Tapi bolehlah. Penat saya pakai nak suruh habis. Tapi lambat bebenar habisnya. Saya beli dengan Jothy tauke perfume yang datang buat volunteer work kat office saya. Tapi saya beli tester yang kedai dia tak nak guna dah. Semestinya origenal. Nak murah, so kita beli je la. 18. Rihanna: - Saya beli perfume ni jugak dari Jothy. Tapi saya beli yang baru. Mahallah sikit. Cuma tak semahal harga pasaran. Mula-mula saya rasa bau dia best. Botol memang menarik. Tapi bila saya pakai baunya terlalu keras untuk saya. Rasa macam nak muntah pun ada. Bau memang kuat. Saya basuh tudung dan baju pun still bau lagi. 19. Lacoste: - Beli dari Jothy jugak. Tapi saya tak suka bau dia. Saya bagi kawan suruh tolong pakaikan then pulang balik botol dia kat saya. Saya nak buat koleksi. Kawan tu boleh cakap wangi? Tang mana wangi pun saya tak tahu. Biasalah. Cita rasa manusiakan berbeza. 20. Oceanus by The Body Shop: - Abah belikan saya perfume ni masa saya sekolah menengah. Kalau tak silap masa tu saya form 5. Sementara angah minta dibelikan White Musk juga dari Body Shop. Oceanus didatangkan dalam bentuk minyak atau parti. Dalam botol Body Shop yang kecil. Harganya 17 tahun dulu hanyalah RM36.00 boleh refeel 10 ML kalau tak silap bila dah habis. Refeel secara percuma tau. Penutupnya disertakan dengan brush untuk sapu perfume tu kat kulit kita or baju. Baunya semerbak harum. Tak perlu letak banyak nanti pening. Jenis bau yang panas. Botolnya sangat kecil. Tak tahulah masih ada ke tidak Oceanus ni kat Body Shop. 21. Japanese Cherry Blossom by The Body Shop: - Saya bersiar-siar dengan Ali di KLCC. Semasa melintas The Body Shop, kami bau satu bau yang sangat wangi dan segar. Ali kata ni bau Cherry Blossom. So, saya nak tengok perfume tu. Masa tu ada sales, saya beli dengan harga RM70 je. Memang baunya best sangat. Wangi dan segar. Botol empat segi biasa je. 22. English Dawn Gardenia by The Body Shop: - Baunya juga wangi dan segar. Tapi taklah sampai nak beli lagi. 23. Nutrimetics: - Saya pakai perfume ni masa saya form 3 ke form 4. Sebenarnya perfume ni mama saya punya. Masa cuti sekolah saya asyik pakai perfume ni kat rumah. Mama tanya saya, nak ke perfume tu? Mestilah. Then mama bagi saya. Waaa... Melaram sakanlah saya ke sekolah. Hahahaha... 24. True Heart by Avon: - Saya beli perfume ni masa sekolah menengah antara form 1-3. Budak-budak. Mana ada duit sangat. Suka benar membelek katalog Avon. Ada offer belilah. Saya ingat lagi, saya beli perfume ni dari Cikgu Rokiah. Baunya lembut. Botol macam bukit kalau tak silap warna gelap dan tutupnya berbentuk dua hati bercantum. Hahahaha... Bentuk love la tuuuu... 25. For Away by Avon: - Ni pun saya beli masa sekolah menengah dulu. Tunggu je bila For Away ni offer. Maklumlah, For Away ni mahal masa tu. Semuanya terpengaruh dengan Cikgu Kasilawati yang sering mengenakan haruman ni. So, kita masa tu rasa best sangat. Suka sangat dengan bau cikgu tu. Apa lagi, belilah masa offer. Botol dia kalau tak silap warna purple. Tapi sekarang ni For Away ada versi baru kata Dayah. Tak sewangi For Away keluaran lama. But yang lama tu still ada kat pasaran katanya. Almaklumlah dah lama tak beli Avon. Botolnya gemuk kecil dan pendek. Penutup bulat macam bola. Ada rantai kalau tak silap. Tapi rantai rambu-rambu je. 26. Woman of Earth by Avon: - Kalau Fow Away terpengaruh dengan Cikgu Kasila, WOE ni pulak terpengaruh dengan Cikgu Sakinah. Kedua-dua cikgu ni mandi minyak wangi agaknya. Kalau dia kat pintu depan hostel kami, sampai pintu belakang baunya. Bestlah jugak. Tapi entah ke mana botolnya. 27. Diva by Emanuel Ungaro: - Dari range Emanuel Ungaro jugak. But, this perfume not so good as Diva Rose. Saya cari Diva Rose sebenarnya. Beli dengan Jothy tulah. Tapi Diva Rose tak ada, Diva pun jadilah. Masa mula-mula pakai dulu, rasa tak best. But I'm wearing it this week. Macam best pulak. Beli 50ml je. Ada officemate tegur kata this perfume nice smell. 28. Light Blue by Dolce & Gabbana: - Hahaha ni antara perfume yang popular. Walaupun tak pernah bau perfume ni, saya beli sebab perfume ni antara perfume yang menjadi koleksi Siti Nurhaliza. Saya aspek dia sangat wangi sebab Siti suka. Hmmm... bila sampai, baunya OK la. Bau macam dalam flight MAS masa kita mula-mula masuk. Takkan pramugari guna perfume ni kot untuk wangikan flight? Whatever! Bolehlah. Rasa macam jadi pramugari pulak rasanya. Hehehehe. Berangan! Ada sikit je lagi. Beli lagi? Taklah. 29. Sun Flower by Elizabeth Arden: - Saya cium bau kawan pakai, rasa best je perfume ni. Tapi bila saya pakai sendiri, kepala saya sakit. Sudahnya, saya bagi Suzi suruh tolong pakai. Nak jual rasa tak tergamak sebab dah pakai dan bagi saya bau tak sedap. Takut dia sakit kepala pakai. Tapi dia pakai OK je. Bau perfume ni subjektif kan? 30. Eternity by Calvin Klein: - Bau ni adalah satu bau yang hot tapi best. Baunya kuat kot. Sebab ada orang cakap dia suka bau saya bila saya pakai perfume ni. Mujur yang cakap tu perempuan sebab dia duduk rapat dengan saya masa saya tengok anak dia. 31. Live Luxe by Jeniffer Lopez: - Perfume ni pun saya beli main beli je. Sebab suka dengan campurannya bila baca online. Kawan saya yang duduk oversea kata, bau Live Luxe ni ramai orang pakai kat sana. Ya, baunya best dan sejuk. Hahahaha... Tak tahu nak terangkan macam mana bila saya cakap bau panas dan bau sejuk tu. Peminat perfume tahulah kot. 32. Euphoria by Calvin Klein: - Bau perfume ni, sembur sikit pun bau dah semerbak. Baunya taklah lembut, taklah keras. Macam mana tu ek? At first, I dont like this perfume. But lama-kelamaan, rasa suka pulak. Tapi... bila achik minta, tak sampai hati nak kata tak boleh. So, bagi jelah kat dia. Lepas tu mummy saya pulak suka. Siap cakap, bila nak habis nanti, bagilah kat dia. Alamak, saya dahbagi achik perfume tu. Saya pesan kat achik, bila nak habis bagi mummy. Ya sekarang kat mummy la perfume tu. Tak pernah-pernah mummy minta perfume. Dia suka sangatlah tu. Dia cakap, bau perfume tu melekat kat dia lepas saya peluk dia. Masa saya pakailah. Lepas tu, bila dia pakai, dia rasa sayang nak basuh tudung sebab bau tudung tu wangi sangat. OK, Euphoria menjadi rebutan dalam family saya. Achik dulu, berkali-kali dia minta kat saya. Sekali saya bagi, bukan main suka lagi dia. Katanya best betul dapat pakai perfume mahal. Mujur oversea murah. Sebab tu saya bagi hehehehe... Kalau tak... Jangan haraplah kot. Botol Euphoria ni unik. Bentuk hirisan buah tembikai bersalut besi nipis. Tutupnya kurus tinggi. 33. Meow by Kathy Perry: - Saya jatuh cinta kat perfume ni masa bau kawan saya pakai yang dia beli dari Sogo. Waaa... Botolnya menarik. Penutup bentuk kepala kucing. Bau manis tapi taklah manis sangat. Masih boleh diterima. Saya pernah terbeli perfume yang baunya manis sampai tak tahan pakai. Lupa jenama apa. Nanti sambung lagi ya. Banyak lagi ni hahahahaha...

Saturday, March 7, 2020

Tommy Girl Tiba Bersama Kenangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Lama sudah tidak bersiaran. Baru ada mood nak ke udara hahahaha... OK, nak cerita pasal perfume. Siapa yang tak tahu, Tommy Girl tu adalah perfume dari jenama Tommy Hilfiger. Kan hari tu saya pergi kursus tiga minggu kat Nilai. Alamat Nilai tapi macam area Sepang. Whatever la. Satu hari ni, saya ajaklah adik saya pergi Mitsui. Saja gatal-gatal tengok perfume. Teruja jugak tengok Tommy Girl ni. Teringat masa usia 24 tahun dulu. Ada secret admire bagi perfume ni tapi versi pati punyalah. Sejak dari hari tu, saya berangan nak try yang ori. Tengok harga, RM210.00 sahaja. Tengok Lady Million by Paco Rabanne pun saya berkenan. Boleh tak reduce sikit harga ni? Nak beli dua-dua. Please. OK. Saya ajak adik saya keluar kedai kejap. Duduklah kat tempat duduk disediakan. Saya tengok kat tempat yang selalu saya beli perfume. Murah gila! RM112.00 je baru. OK, sorry la ye kedai. Kau dalam Mitsui pun tak dapat menandingi kemurahan harga tempat ni. Apa tunggu lagi? Belilah. Maka ia pun tiba dengan selamatnya. Baunya hampir sama dengan yang pati cuma bau yang ori ni lebih sedap dan lembut. Tak segarang bau yang pati. Saya boleh katakan bau perfume ni dalam kategori segar tapi panas atau hangat. Berbeza dengan bau Ferragamo Incanto Bloom yang bau segar tapi sejuk. Oh ya, harga RM112.00 ni untuk 100ml EDP ya. Sangat murah! Apa lagi, terimbaslah kenangan 13 tahun dulu. secret admire pun dah ada tiga anak. Ingat lagi pakai bau tu, tunggu bas kat bus stop, kawan yang blind boleh tegur saya sebab bau perfume ni. OK, kepada sesiapa nak order perfume origenal tapi murah dari pasaran, boleh contact saya ya. Tinggal komen ke, tinggal alamat email or nombor phone, nanti saya hubungi balik. Tapi bukan semua jenama boleh dapat harga seratus lebih tau. Tengok jenama. Kalau angel 100ml EDP tu kat Mitsui RM560 kalau kat mall lagi mahal, kat tempat saya beli ni dalam RM400 lebih. Tengok jugak pada pertukaran currency semasa. Insya-Allah ori ya dan datang terus dari US, New York gitu. Ni kali ketiga saya beli termasuk beli untuk kawan.

Wednesday, January 22, 2020

Premium Beautiful Yang Merawat Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak akhir-akhir ni, emosi saya terganggu. Fikiran rasa tak tenang. Hati sering terluka dan pedih. Lantas saya sering menangis. Tak apalah. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Allah kan uji kita sebab Dia sayangkan kita. Semoga Allah benar-benar sayangkan saya. Amin... Dan sekali lagi hari ini hati saya tersakiti. Tak apa Tinta, sabra. Allah kan ada. Allah Nampak, Allah dengar dan Allah tahu segala-galanya. Janganlah kau risau. Dan seperti yang dijanjikan, petang ni, Hadisah datang bertemu saya di pejabat. Atas urusan apa? Tahun lepas, mama ada bagi saya gurdle dari jenama Crony. Saiz mama dulu kan kecik jugak. Tapi mungkin bukan saiz saya. Then, mama pakai dua tiga kali je lepas tu simpan. Mungkin kainnya pun dah mereput. Tapi bolehlah dari tak ada. Cuma mama tak ajar saya cara pemakaian yang betul. Mungkin sebab mama dah lupa. Siap dah tenggelam banjir besar tahun 2014 dulu korset ni. Full set pulak tu. Dah lama dia tunjukkan tanda-tanda tak mahu berkhidmat untuk saya. Tapi saya diamkan sebab sayang duit nak beli baru. Tapi, minggu ni, dia mula meragam lebih sikit. Tulannya patah, kain di bahagian pembalut tulang koyak. Bila saya pakai, besi tu asyik cucuk perut dan dada saya je. Eh, tak boleh jadi macam ni. Saya try search kat Google kot-kot dapat jumpa penjual Crony ni. Mana tahu ada life warranty macam Premium Beautiful aka PB. Boleh hantar repair. Tak payah beli baru. Jimatlah duit saya. Malangnya, saya tak jumpa penjual Crony. PB banyaklah. Siap tulis life warranty. Kalau kita dah biasa pakai gurdle, kita rasa tak best kalau tak pakai. Nak tak nak, saya Tanya Disa, boleh buat ansuran tak? Nak beli sedebuk, mana ada duit. Banyak lagi komitmen lain. Disa kata boleh. Alhamdulillah. Maka hari ni, Disa datang ukur saiz saya. Harga PB ni kan ikut saiz. Saya dah bagi duit bayaran pertama sebenarnya. Yelah, orang berniaga, mestilah nak ada jaminan pembelian kan walaupun kawan. Proses mengukur selesai. empat bahagian yang diukur iaitu dada, bawah dada, pinggang dan punggung. Yelah, full set kan ada tiga komponen. Saya try pakai saiz yang diukur. Yang lain OK. Saya try tukar long gurdle ke saiz lebih kecik, tak sesuai. Jadi betullah ukuran Disa. Bengkung kata Disa, dia kena hantar esok sebab tak stok saiz saya. Saya try sample saiz saya. Kata Disa, tak sesuai sebab besar dengan saya. Baru pakai dah kena pakai line paling kecik. Maknanya bengkung tu besar dengan saya. Try satu saiz kecik dari tu, Alhamdulillah, sesuai. Jadi, dapatlah saya full set hari ni. Hehehehe bukan kepalang gembiranya saya. Lupalah sejenak kepada masalah yang melanda. Ni bila orang semua dah balik, mulalah teringat balik. Rupanya, pemakaian gurdle ni ada caranya. Nantilah lain kali saya tulis. Kalau rajin.

Friday, December 20, 2019

Belajar Highlight Hidung

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua. Dah tengahari dah kan? Saya rasa, zaman sekarang ni, tak perlu nak pergi operate bagai kalau nak hidung mancung ke, kemik ke, pipi kurus ke, gemuk ke. What so ever la. Dengan mekap pun kita dah boleh dapatkan bentuk hidung, bibir, mata, pipi dan apa saja macam yang kita nak. Cuma tak permanent la. Bagus jugak kalau tak permanent pun, boleh tukar-tukar bentuk. So saya ni, jenis orang yang bosan kalau buat benda tu, benda tu je. Macam mekap, saya dah pandai pakai foundation, eye brow, eyeliner, eye shadow, blusher, lipstik. Yang basic tu saya dah boleh buat sendiri sejak dua tiga tahun kebelakangan ni. Saya suka tengok video kat Youtube tentang kecantikan. Malangnya, saya tak boleh belajar sebab tak nampak apa dia orang buat. Lagipun, saya rasa bengang bila saya keluar TV, mummy selalu komen, hari tu masuk TV, mesti bukan mekap sendiri kan? Saya: Kenapa? Mummy: Mummy kenal sebab lain. Saya: Kenapa, along mekap tak lawa ke? Mummy: Lawa. Cuma kalau orang lain mekap tu nampak lain dari biasa. So saya faham, MUA mekapkan saya memanglah. Siap shading, contour, highlight dan macam-macam. Sebenarnya sayapun dah bosan buat benda sama hari-hari. Eye shadow tu ada jugaklah tukar-tukar bentuk sebab Aqilah ajar. Siap belikan acuan lagi. Yang lain tu, tak tukar-tukar. Blusher pun selalu jugak berubah bentuk sebab kalau beli blusher kan ada kertas yang dia ajar pakai blusher, adalah dua tiga cara. Time sales kat Lazada hari tu, tangan sayapun gatallah search bronzer. Sekali timbul bronzer dan highlighter. RM12.00 something je ada enam warna dan tona. Beli murah-murah je dulu sebab nak belajar. Ingat nak buka Youtube then nak suruh Kak Sha ajar. Tapi saya teringat kat Kak Zura. Dia kan belajar mekap dari Nurul Syukur yang mekap Siti Nurhaliza tu, mesti pandai mekap. So petang semalam, saya minta dia ajar. Kak Zura pun tak keberatan nak mengajar macam Kak Fatimah dulu. Saya bawa la pallet Miss Rose saya tu. Kak Zura kata warna dia lawa-lawa. Saya tanya Kak Zura, antara bronzer, cotour, highlight dan shading, mana paling senang? Saya nak belajar yang senang dulu. Kak Zura putuskan untuk ajar saya buat hidung jadi mancung dulu. Katanya tu paling senang. Tapi pallet Miss Rose saya tu tak ada warna gelap yang Kak Zura nak untuk buat garisan hidung. So, be creative. Kita guna pallet eye shadow Tarte yang saya beli dulu. Semua warna nude. OK, memang senang nak buat hidung ni. Cuma, saya kena belajar untuk praktikkannya supaya perfect macam mekap-mekap yang saya buat selalu. Mula-mula, saya try guna jari. Tapi jadi kembang pulak hidung saya. So, kita guna berus shading. Rasa dulu pangkal batang hidung, then, buat garis kiri dan kanan dari pangkal tu sampai ke hujung hidung. Bila dah dapat satu garisan lurus, blend pakai berus lain supaya dia blend dengan kulit. Lepas tu, ambil dengan jari hantu warna untuk highlight hidung dan sapukan secara lurus di antara dua garisan tadi dari tengah hidung ke bawah hidung. Kemudian, blend! Siap! Dapatlah hasil hidung mancung!!! Kak Zura kata, garis jangan kembang, kalau tak nanti nampak kembanglah hidungnya. Hahahahaha... Hari ni saya buat sendiri, alamak! Kenapa dia tak nak blend? Kak Sha kata tak blend pun. Saya naik jumpa Kak Zura, memanglah tak blend, sebab saya tekan masa buat garisan tu. So warna dah melekat kuat. Kata Kak Zura, jangan tekan. Buat lembut je, macam pakai eye shadow dan blusher. Hahahahha... Tapi Kak Zura kata, garis dah cantik. Lurus, cuma silapnya tekan. So, bila blend, dia tak boleh blend. Hehehehehe... Cayok, cayok, Tinta, kau pasti boleh.

Tuesday, December 17, 2019

Bodoh Dan Pemalas!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaflah, tajuk entri pagi ni kurang menyenangkan. Aku memang hot hari ni! Kenapa? Sebab orang Finance ni bodoh dan pemalas! Kalau bodoh, rajin belajar, rajin buat kerja OK lagi. Ni dahlah bodoh, pemalas pulak tu! Baru-baru ni, kita orang ada buat event. Karnival Sukan. Dari awal lagi Finance ni cari pasal. Sebab apa? Sebab tak libatkan dia dalam sekretariat. Sebab apa semua menggeletis nak masuk sekretariat? Sebab ada elaun! So, kau ingat, ada elaun aku nak suka-suka bagi kau free lepas tu kau bagi aku kerja yang tak setimpal? Dahlah kita orang, department aku ni, dari awal tahun lagi buat kerja, masuk meeting, kadang-kadang tak cukup masa sebab kita orang jaga dua department. Belum lagi termasuk dengan orang-orang buta yang tak sedar diri lagi. Mengata kita tak buat kerja. Pada hal, ada je benda kita orang fight then dia orang dapat senangnya. Tu bab lain. Nanti aku cerita. Bukan tak pernah bagi peluang dia jadi sekretariat. Tapi hampeh! Berdasarkan pengalaman tulah, aku putuskan, yang kayu semua ni, tak payah nak berangan jadi sekretariat aku! Kita orang ni nak berkerja, nak smooth kan event, nak urus benda dengan mudah. Kalau kau nak menyusahkan aku, sorry, bye bye la kau! Bukan sekadar staff, penyelaras pun aku tukar yang mana ada pengalaman dengan aku, yang menyusahkan hidup aku! Kau tahu apa yang Finance bodoh ni buat sampai aku hot satu badan? Dalam office ni, department aku je yang diajar sejak turun-temurun dari x-boss aku ada supaya buat laporan kewangan secara detail setiap kali event walaupun, kita orang tak pegang cash! Orang lain, belanja, bagi je receipt, quotation dan invois secara pecah-pecah dan satu, satu kat Finance bodoh tu. Lepas beberapa bulan, cuba kau minta dengan Finance tu, contoh fail yang dia orang buat untuk kewangan event, aku gerenti dia tak boleh bagi. Sebab apa? Sebab yang kita orang bagi sedebuk dalam fail tebal pun, bila kita orang minta nak tengok contoh, dia suruh staff aku cari sendiri dalam store. OK, kalau cakap dalam store tu kat bahagian mana, OK, kita tahu dia orang organize fail dengan betul. Ni tak, staff aku terpaksa cari satu-satu membuta-tuli untuk dapatkan fail lama kita orang. Belum tujuh tahun or lima tahun ek, fail tu, fail dua tahun lepas, macam mana kau boleh tak organize dengan baik? Bersyukurlah kau, bukan aku boss kau! Then, habis event, kami mula siapkan laporan kewangan. OK, kita orang buat laporan kewangan secara keseluruhan. Finance bodoh lagi pemalas tu, suruh staff aku buat satu lagi dokumen yang kita orang ambil cash dari dia orang RM5,000.00! Dahlah laporan kewangan kita orang buat, kau tak payah susah-susah fikir, lepas tu, kau demand lagi. Kan kat dalam laporan tu dah ada semua benda. Kalau kau nak mudahkan kerja kau, kau yang kena buat summary sendiri, bukan kita orang. Tanggungjawab kita orang, pastikan semua perbelanjaan dan keluar masuk duit tu on paper dan ada bukti, bukan buatkan kerja kau yang lebih-lebih tu. Staff aku ni pun entah apa-apa yang baik sangat pergi buat. Pada hal, dia orang mempergunakan dia. Siapa boss kau sebenarnya? Kenapa kau tak boleh consult dengan aku dulu? Memang aku hangin pagi ni! Bukan aku berkira buat kerja, tapi, aku memang menyampah dan benci orang pemalas dan suka menyusahkan orang lain. Nak senangkan kerja dia je!

Thursday, December 12, 2019

Komen Untuk Foundation Baru Saya

Seperti biasa, bila beli foundation baru atau produk baru, saya akan try produk tu dengan diperhatikan oleh kawan-kawan yang pandai mekap. Kalau dulu Kak Fatimah yang selalu tengokkan saya, sekarang Kak Sariha la orang yang sering saya minta tolong diikuti Amjat dan Kak Zura. Some times Qilah. Yelah, saya belum biasa dengan kadar kuantiti yang perlu diletak. Alhamdulillah, satu pam saja dah memadai untuk saya pakai ke seluruh wajah saya. Kak Sariha kata, "Cantik Tinta foundation ni. Nampak kulit kau smooth je." "Mana cantik kak? Yang ni ke Lancôme saya?" Tanya saya dengan hati masih sayangkan Lancôme Ultra Wear saya. "Akak tak ingatlah. Tapi yang ni serius cantik. Dah, jangan tukar-tukar foundation dah. Pakai yang ni je," Pesannya kepada saya. "Saya bukan suka tukar-tukar. Kalau tak ada masalah, saya pakai je Lancôme tu. Saya sayang dia sebenarnya. Sebab dia tu lawa. Saya tengok review pun ramai kata dia lawa," Jawab saya sedih. "Dah. Tak payah ingat yang lama tu. Akak pun dah lupa yang lama tu macam mana. Yang ni cantik." Katanya memberi komen. Pagi tadi, saya Tanya Kak Zura, "OK ke foundation ni, kak?" "Ni foundation yang tunjuk kat Kak Sariha masa nak beli hari tu ek?" Tanya Kak Zura minta kepastian. Hahahaha... Masa kat Sephora hari tu beria hantar gambar kat Kak Sariha, OK tak foundation saya nak beli? "Ya," Jawab saya. "Cantik. Sesuai dengan kulit Tinta. Masuk dengan kulit Tinta. Tak terang melampau, tak gelap, tak Nampak macam tepung gomak, tak Nampak macam pakai topeng. Nampak natural. Cantik." Mujurlah pass dengan semua tukang komen office ni termasuk Amjat. Dia orang ni jujur semuanya. Sekali dia orang tak berkenan, pam je dia bagi. Lepas tu, saya yang down sebab dah beli. Alhamdulillah. Balik dari kerja luar, Kak Sha pulak komen, "Cantik dah foundation kau hari ni." "Saya dah Tanya Kak Sariha dah nak pakai banyak mana," Jawab saya riang. "Oh, patutlah. Nampak cantik," Katanya. Alhamdulillah. Saya harap foundation ni friendly dengan kulit wajah saya. Janganlah break out kan kulit saya lagi. Jenuhlah nak try foundation lain. Kalau RM2.00 tak apalah. Saya beli sepuluh terus. Ni, demam seminggu kalau nak kena tukar-tukar lagi. Agaknya hari tu demam pasal beli foundation baru kot. Hahahahaha...

Doktor Konon!

Assalammualaikum korang. Selamat petang. Ops, jangan kemas beg dulu ek, belum pukul 5.00 ni. Masih lagi dalam mood untuk bercerita tentang kulit yang break out disebabkan foundation hari tu. Bila beli foundation baru, trauma takut dia rosakkan kulit tu masih ada. So, pada fikiran saya, saya kena buat perlindungan kulit sebelum ianya berlaku. Nak tahu apa yang saya buat? Saya sapukan ubat yang Kak Sha bagi kat tempat yang break out hari tu iaitu di sekeliling bibir. Lepas tu, saya pakai foundation. Nak tahu apa hasilnya? Hasilnya, kulit tempat saya sapu ubat sebelum pakai foundation tu timbul jerawat! Jerawat kecil-kecil. Nilah jerawat pasir kot. Bukan sebiji ya, dua tiga biji! Untuk orang yang Alhamdulillah dah pulih dari jerawat remaja dulu, sebiji jerawat pun masalah besar bagi saya! Rasa nak nangis! Hayyyooooo!!! Macam mana ni? Takkan foundation ni pun saya tak boleh pakai? Dahlah mahal!!! Matilah nak. OK, OK, jangan panic. Saya nasihatkan diri sendiri. Mengikut kata Noel Faizal di Youtube, jerawat pasir akan tumbuh apabila kulit kita ni basah yang keterlaluan. Maksudnya, minyak yang berlebihanlah. Jerawat pasir ni macam kulat. Dia suka tumbuh kat tempat yang basah. Noel siap bagi contoh bilik air dan longkang yang tumbuh kulat lagi. Mungkin betullah kot. Ubat yang saya guna tu, berminyak. Berminyak sangat. Campur minyak muka saya, campur minyak foundation, mungkin dia dah over lembap. Then, saya try pakai foundation tu balik minggu ni selepas jerawat kering dan beransur pulih tanpa memakai ubat. Alhamdulillah kepada Tuhan yang memberi rahmat. Jerawat tidak lagi muncul. Tulah, pandai-pandai jadi doctor sendiri.

Tuesday, December 10, 2019

Mekap Untuk Suamiku Mr. Blind

Assalammualaikum dan selamat petang you alls.... Mata mesti ngantuk kan lepas lunch? Meh sini kita sembang. Ada yang dah tahu bahawa saya pernah terlibat dalam shooting Suamiku Mr. Blind. Masuk set location, mestilah kena mekapkan? Memang best sebab yang mekapkan tu make up artist. Ada salah satu hari shooting tu, make up artis tu kami panggil mak. Mak panggil saya untuk mekap. Dengan confidentnya dia pakaikan saya something. Saya: Foundation apa ni, mak? Mak: Ni bedak. Bukan foundation. Saya: Habis tu, tak pakai foundation? Nanti tak elok pulak. Mak: Tak apa. Muka Tinta bukannya ada jerawat atau parut, OK je kalau pakai compact powder tak letak foundation. Alaaaa... tak cantiklah saya nanti. Ramai jugak yang Tanya, saya pakai skin care apa? Bila saya Tanya kenapa Tanya? Dorang kata, sebab muka saya licin tak ada jerawat. Hmmm... Nak dapatkan sesuatu bukan mudah. Ianya perlu penjagaan rapi dan perhatian. Duit pun perlu jugak. Dulu-dulu,, muka saya banyak sangat jerawat. Kat dahi, pipi, dagu dan bawah mata.Kadang-kadang kat hidung pun ada. Puas saya buat nak hapuskan jerawat, tak hilang-hilang. Cara tradisional, moden semua saya buat tapi tak jugak bersih muka saya. Masa tu, remaja lagi. Tak pandai surf internet dan pergi pakar kulit. Kalau tak, mesti saya dah buat. Alhamdulillah, berkat dari kesabaran dan kerajinan, akhirnya, jerawat ucapkan sayonara kat saya. Alhamdulillah jugak, jerawat yang banyak tu tak tinggalkan parut di wajah saya. Syukurnya saya, Allah je yang tahu. Stress betul kalau kita ada jerawat ni. Keyakinan diri pun hilang. Untuk korang yang ada jerawat, banyak yang korang boleh baca, tengok kat Youtube dan cuba produk yang berlambak di pasaran. Ingat, jangan cuba sebarang. Tengok review dan syor yang dicadangkan oleh reviewer. Karang salah pakai, jerawat makin banyak.

Monday, December 9, 2019

Dior Forever Skin Glow Foundation

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Dua minggu lepas, saya memutuskan untuk beli foundation baru sama ada dari Christian Dior atau She Eumura. Preferable saya adalah Unlimited Breathable Shu Eumura Foundation. Selalunya kulit saya ni dia OK dengan produk Jepun atau Korea. Saya dah check isi kandungannya, bebas Paraben. Pilihan kedua saya ialah Dior Forever Skin Glow Foundation dari Christian Dior. Yang ni, awal-awal lagi dia dah tulis Pareben free. Harganya lebih mahal dari Shu Eumura. Biasalah, siapa tak kenal dengan Dior kan? Sebatang lipstick yang saya beli kat airport beberapa bulan lalu pun dah RM148.00. Sayangnya, kedua-dua jenama ini tak ada counter di NU Sentral. Mujurlah NU Sentral ada Sephora. Malang lagi, Sephora NU Sentral tak jual Shu Eumura. Sedangkan saya nak menghadiri kursus last week. Nak tak nak, hanya Dior yang saya ada sebagai pilihan. Dior pun Dior lah. Mujur foundation, kalau serum, pelembap, matilah nak. Foundation ni boleh pakai berbulan. Saya mula test foundation sasaran dengan bantuan sales girl. Tapi tak best la. Better pergi counter dia. Lagi puas hati. Dahlah yang teman tu Kak Sha yang kalau boleh pakai foundation biar tak Nampak warna foundation. Laaa... habis tu, beli foundation buat apa? Saya nak foundation yang mudah blend macam lancome tempoh hari. Mujur otak saya ni berjalan. Saya keluarkan foundation Lancôme dan saya cakap, saya nak yang tone macam ni. Alhamdulillah ada. Dah dapat tone yang saya nak, sales girl memakaikan foundation tersebut kepada saya. Sales girl: You letak satu layer je cukup. Muka you tak banyak yang nak dicover. So, tak perlu letak banyak-banyak. Sukatannya satu pam seperti Lancôme jugak untuk saya pakai. Harga Dior Forever Skin Glow untuk November 2019 adalah RM225.00 tapi sebab beli masa black Friday, dapatlah RM191.25 sahaja dengan diskaun 15%. Review? Masih dalam percubaan.

Saturday, November 30, 2019

Salah Beli, So Macam Mana?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sambil-sambil tunggu nak jumpa kawan-kawan ni, kita update la kejap. Selama ni, saya tak pernah titikberatkan pasal serum, pelembap dan terutamanya, sun screen atau sun block. Saya hanya pentingkan cleanser, toner dan essence je. Bila kulit saya diserang elegik, lepas dia iritasi, dia akan kering dan menggelupas. Kak Sariha tanya saya, "Pakai pelembap tak?"" "Tak," Jawab saya. "Laaa... macam mana nak hilang cepat gelupas tu? Dia keringlah. Kenalah lembapkan dia." "Oh, ye ke?" Tanya saya padanya. Alamak, macam mana ni? Saya tak ada pelembap. Nak kena beli ni. Lepas tu nak kena try and error. Sesuai ke tidak dengan saya. Mungkin betul jugak. Fikir saya dalam hati. Sayapun mula mencari info berkenaan penjagaan kulit wajah yang sebenar. Saya tertarik dengan satu channel kat Youtube, Noel Faizal. Dia banyak mengajar cara menjaga kulit wajah, produk apa yang bagus, yang tak bagus. Rupa-rupanya, sun screen atau sun block tu sangat penting dalam penjagaan wajah. Barulah saya tahu apa bahayanya UV terhadap kulit manusia. Saya mula menonton video-video Noel Faizal tentang sun screen. Saya tertarik dengan review dia tentang sun screen dari Make Prem iaitu satu jenama penjagaan kecantikan dari Korea. Ada tiga sun screen dari blue range. Entah apa yang saya berangan masa tengok video tu, saya pergi order kat Lazada Make Prem Blue Ray Sun Gel Defense Me. Dengan excitednya saya pakai bila dia sampai. Alamak! Kenapa sun screen ni berminyak sangat kat kulit saya? Gel tu bukan untuk kulit berminyak ke? Jerawat pun mula tumbuh. Mujur sebiji dua yang kecil je. Fenomena biasa bila saya pakai sun screen. Sebab tu saya tak suka pakai sun screen. Baunya pun macam bau sun screen dari Sun Play dan Banana Boat yang saya sering kenakan jika beraktiviti lasak. Saya baca description untuk fluid dan cream. Untuk kulit berminyak. Tak puas hati, saya tengok balik video Noel Faizal. Laaaa... Patutlah. Untuk kulit berminyak, Make prem Blue Ray Sun Fluid Defense Me dan Make Prem Blue Ray Sun Cream Defense Me Alaaaa... Membazirnya saya beli. Dahlah harga boleh tahan. Mujur tak semahal SK II. Mujur saya dapat beberapa free sampel dari penjual dan antaranya termasuklah Blue Ray Sun Fluid. Saya mencubanya. Alhamdulillah rasa best sangat kat kulit. Dia terus meresap dan tak berminyak. Tekstur kulit pun rasa smooth dan licin. Nak tak nak, saya order pulak yang fluid ni. Lagi mahal tapi datang dalam 200ML. Kalau dikira purata, taklah mahal sangat. So, hari ni adalah hari kedua saya pakai sun fluid. Kalau rajin nanti saya review ya. Sekian.

Thursday, November 28, 2019

Teka-teki Mula Terjawab

Assalammualaikum. Selamat petang semua. Dah balik ke? Saya masih di office. Rasa bosan nak balik awal. So, stay jelah kat sini. Setelah bibir kering dan merekah, suatu hari, selepas saya mencuci muka, bahagian bawah bibir sebelah kanan saya terasa gatal. Saya gosok. Makin gatal dan saya tekan pakai jari. Tiba-tiba keluar air. Gatalnya Tuhan je yang tahu. Kalau kulit bahagian lain, mesti saya dah garu. Saya letak minyak zaitun tapi stil gatal. Then, saya letak detol. Alamak, sebenarnya, dia macam berbiji dan ada air kat dalam. Kenapa ek? Takkanlah elegik lipstik sampai kulit muka sekali kena? Esoknya, saya mekap seperti biasa. Alamak, kenapa ada kulit menggelupas di sebelah kiri bawah bibir pulak? Saya hentikan pemakaian mekap. Birai bibir sebelah kiri atas pun bengkak. Mungkin sebab lipstik la kot. Fikir saya. Bila ada meeting, saya kenakan mekap. Entah kali ke berapa, Kulit atas bibir sebelah kiri menggelupas. Takkan kuat benar kesan lipstik ni? Tapi lipstik yang mana satu? Tak lama lepas tu, Kulit hujung kiri bibir pulak menggelupas. Mekap remover ke? Sebab saya perasan lepas cuci muka ada benda-benda ni semua. Kak Sha kebetulan jumpa pakar kulit. Dia bagi saya ubat sapu dia yang tak terusik pun. Bila saya pakai ubat tu, alhamdulillah. Penggelupasan dan bengkak tu semakin pulih. Tapi yang first sekali bawah bibir kanan ni lambat sikit. Nampak dia paling teruk. Lama saya tak bermekap. Sebab nak tahu apa sebenarnya yang bermasalah. Masa Karnival Sukan dua minggu lepas, tiga hari berturut-turut saya bermekap. Penggelupasan mula berlaku. Masa tu, saya terfikir, mungkinkah foundation yang menjadi punca semua ni? Logik jugak sebab bila kita sapu foundation pakai berus mekap, bibir pun kena sekali. Bila saya berhenti mekap, kulit saya mula OK walaupun sedang mencuba serum, pelembap wajah dan sun screen. Kelmarin, saya test. Saya mekap. After lunch, kulit saya mula terasa panas dan gatal kat bahagian tepi, atas dan bawah bibir. Saya semakin yakin yang masalah ini sebenarnya berpunca daripada foundation yang saya gunakan. Susah jugak nak terima kenyataan ni sebab foundation ni cantik dan pricy. Tapi saya harus pilih, sayang foundation atau sayang kulit? Saya mula membaca dan membuat penelitian di internet. Punca kulit elegik adalah Paraben. Tulis beberapa artikal di internet. Saya baca lagi tentang paraben. Ada beberapa jenis. Saya baca fungsi dan kesannya. Ada satu bahan yang disebut sebagai butylparaben yang sering dicampurkan ke dalam kosmetik. Nantilah. Kalau free saya tulis tentang paraben yang saya baca tu. Saya mula mencari tahu tentang isi kandungan foundation yang saya kenakan. Ya, butylparaben tersenarai di dalamnya. Menurut artikal yang saya baca, butylparaben boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Kata doktor Medic City pula, kulit kita boleh bertahan dengan sesuatu bahan. Tapi lama-kelamaan, sampai satu tahap, dia tak mampu lagi untuk bertahan dan iritasi akan berlaku. Saya bandingkan isi kandung dalam foundation yang saya guna sebelum ni. Ternyata, foundation tersebut tidak mengandungi butylparaben atau mana-mana keluarga paraben. Jadi, mungkin betullah, saya alah kepada paraben. Jadi, saya kena check satu-satu produk yang saya ada sama ada ia mengandungi paraben atau tidak. Mujurlah ada internet dan laman web yang memaparkan isi kandungan produk kosmetik yang boleh dipercayai. Kena menelaah lagilah ni. Pengajarannya, jangan simply pilih mekap asal nampak cantik. Sama macam kasut jugak. Korang baca dulu sebelum beli skin care atau barang solek. OK la. Bye!