Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts
Tuesday, June 13, 2023
Seharian Di Pulau Redang
Assalammualaikum dan selamat petang semua!
Nampaknya blog saya ni bukan setakat bersawang tapi bersemak!
Hahahaha kemalasan dan kesibukan melanda.
3 Jun lalu, saya bersama 16 orang kawan dan anak-anak mereka telah berhuha-huha di Pulau Redang. Kat mana Pulau Redang tu? Terengganulah jawabnya.
Kami ni ada dua group. Satu group naik kereta dari Pahang dan satu group lagi naik bas ekspres dari Kuala Lumpur.
Saya dalam golongan naik bas. So, saya nak cerita dari point of view saya yang naik bas.
Kami berlapan naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan. Saya, Suni dan anak-anak dan Miza bersama tiga anaknya. Ini trip mak-mak dan anak-anak ye hahahaha…
Kami berkumpul di TBS dan naik bas Mini Express jam 11.45 malam. Sampai di terminal bas Kuala Terengganu lebih kurang 5.45 pagi. Saya ni memang malas nak masuk public toilet. So, saya pakai seluar mandi dalam jeans saya supaya saya tak perlu susah-susah nak tukar baju kat jeti. Baju pulak saya pakai jesi siap-siap. Kira tak payah susah-susah tukar baju dah kat sana nanti. Tak adalah Nampak sangat saya pakai baju mandikan kalau pakai macam ni. Saja je pakai macam ni sebab malas tukar baju. Kalau tak, boleh je pakai baju mandi satu suit. Tapi, saya terpaksa masuk public toilet untuk gosok gigi dan buang air. Bayar RM0.40 tapi toilet masya-Allah, busuk betul! Malulah sikit kat pelancong. Habis korang kutip bayaran tu untuk apa? Tak ada pilihan, saya masuk jelah. Tak lepas bernafas sebab duk tahan nafas sepanjang berada dalam toilet. Mandi? Memang taklah. Kita mandi laut teruslah.
Kami teruskan perjalanan ke Jeti Merang dengan menaiki My Bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sebenarnya nak ke Pulau Redang ni ada dua jeti. Jeti Merang dan Jeti Tamadun Islam tapi sebab pakej yang kami ambil ni bermula dari Jeti Merang, so kami kenalah ke Merang. Dah namapun naik bas kan, memang taklah bas tu berhenti betul-betul kat jeti. Sebagai seorang traveller, saya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kami turun di Jeti Merang tapi perlu masuk ke dalam kira-kira KM1.4. Kami memutuskan untuk berjalan kaki. Alamak! Banyaklah pulak jeti kat Merang ni. So, kalau korang nak pergi Redang melalui Merang ni, tanya siap-siap travel agent tu jeti mana.
Untuk persiapan, dari KL lagi saya dah bahagikan barang-barang saya kepada dua beg. Satu beg roda dan satu beg sandang. Saya malas nak pindah-pindah barang or tercari-cari barang dan bahagikan masa kat jeti. Sebab saya tahu masa tu semua orang nak cepat dan penggunaan public toilet mesti sesak.
Saya letak swaiter, tuala, baju nak pakai selepas snorkelling, sun screen, ubat dan berus gigi, ubat mata, handset, beberapa helai plastik termasuk plastik extra untuk letak pakaian basah dan plastik kecik jika diperlukan serta lain-lain keperluan dalam beg sandang siap-siap. Saya tak nak buka beg roda langsung setelah tiba di Terengganu. Barang-barang yang saya masukkan dalam beg sandang tu, saya letak dalam plastik dulu then baru masuk dalam beg sandang. Kenapa? Sebab saya takut kalau terpaksa meredah hujan, beg mesti basah. Kalau beg basah, barang-barang dalam beg pun basah dan beg akan jadi berat. Satu lagi, dalam bot pun mesti air akan merecik dan bot pasti basah. Yelah, bila dah siap snorkelling semua orang akan naik bot dalam keadaan basah. So, kalau beg kita tu kena air, barang dalam beg takkan basah kalau diletak dalam plastik. Benda ni confirm berlaku dan memang berlaku di Redang. Mana saya belajar bab plastik ni? Hahahaha ni semua petua pergi daki gununglah ni. Dan saya nak beg sandang saya tu ringan je. Tak nak berat-berat. Kot-kotlah kalau kena berjalan, jenuh nak pikul beg berat. Hahahaha kan betul kena jalan kaki. Kasut, saya pakai kasut getah je supaya cepat kering sekiranya kena air. Ni pun petua daki gunung dan berkayak. Hahahahaha…
Dua group kami ni berjumpa di jeti Merang. Alhamdulillah, saya tak perlu kalut-kalut nak tukar baju. Saya just buka je jeans dan tukar tudung di mana benda ni boleh je buat kat luar public toilet.
Jam 9.00 lebih pagi, kami menaiki bot dan meninggalkan tanah besar. Day trip kami ni mempunyai tiga hentian di pantai dan tiga hentian di laut dalam untuk snorkelling. Rezeki kami seekor penyu menonjolkan diri tapi tak boleh pegang penyu tu macam masa saya kat Bali beberapa tahun lalu. Seronok berada di permukaan laut ni. Saya lebih suka duduk bersantai di permukaan laut bertemankan pemandangan dasar laut yang indah berbanding berada di pantai sebab tengah laut tak ada ombak. Kalau duduk di pantai, asyik kena tolak dengan ombak je.
En. Awang dan Ayah Cik merupakan guide kami sepanjang trip ni. Boat laju kami membelah laut dengan laju. Terumbang-ambing kami dibuatnya Tapi seronok sangat. Kami makan tengahari di pulau. Saya lupalah nama-nama hentian kami kat Redang tu. Oh ya, teruja jugak bila Ayah Cik bagi pegang Gamat. Makin dipegang, makin keras Gamat tu. Macam timun pun ada. Tapi Gamat yang kami pegang ni jenis yang ada duri tak berapa durilah. Sebab duri dia tak tajam. Lepas tu, dekat hentian terakhir tu, datanglah beberapa ekor ikan menggeser ke tubuh kami. Saya memang suka fenomena ni macam saya dekat Gunung Tahan dulu. Lebih kurang jam 5.00 petang, kami tiba semula di Jeti Merang. Sekali lagi saya malas tukar baju. Since baju mandi dah bersih dan tak ada pasir, biar jelah dia kering. Grab pun lambat nak dapat. Mungkin tak banyak Grab yang ada di sekitar jeti. Baju pun kering dan kami naik Grab menuju ke penginapan kami di Grand Puteri Hotel. Maka tamatlah day trip kami ke Pulau Redang.
Bye bye you alls!
Hai, bilalah nak consistant tulis blog ni? Hahahaha
Tuesday, October 22, 2019
Pulau Pinang, Aku Datang Lagi
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hahahaha dah lama tak update blog. Dah mula ada yang bertanya. Jangan risau, saya belum lagi nak letak password kat blog saya ni. Kalau ada password, korang masuk je blog ni, mesti dia minta password.
Masalah kemalasan yang menebal melanda. Tu yang tak update tu.
Kalau selalu update karang, ada pulak yang tak suka tapi baca. Hehehehe... Pelik betul manusia ni.
Baru-baru ni, saya ke Pulau Pinang, menghadiri Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan. Lebih kepada nak berjalan sebenarnya. Walaupun tak ada gang, pergi jelah sorang-sorang. Saya yakin, Allah pasti akan temukan saya dengan orang yang baik-baik dan nak berkawan dengan saya. Tak ramai pun, sorang.
Adalah sorang budak ni, masa on the way pergi tu, adalah berkenalan dengan dia. Sebenarnya, kami pernah bercakap atas urusan kerja dalam telefon dan telah diperkenalkan sewaktu latihan tandem awal bulan lalu.
Masa kat Penang pulak, saya jumpa dengan Harziah dan Raili adik lelaki dia. Kami memang dah kenal dan mesra. So, Harziah ajak saya ikut dia dan adiknya jalan-jalan petang Sabtu. Sayapun apa lagi, setujulah. Harziah siap ajak saya pergi Hatnyai pada keesokan harinya. Waaaa... Memang best dan nak ikut! Tapi.... spoil la, saya kena bagi talks kat PICC, Seminar anjuran Kementerian Pengangkutan hari ni. So, mana boleh ikut. Saya dah janji dengan orang kementerian. Si Harziah ni pulak last minute bagi tahu.
Masa keluar jalan-jalan, budak yang baru saya kenal tu ikut. Rupanya, Harziah tu kawan dia jugak. Kami pun bersiar-siarlah berempat. Memang best jalan-jalan dengan orang satu kepala ni. Si Raili pulak gila-gila. Memang kami asyik ketawa je. Lepas tu makan, minum, beli barang. Habis berantakan diet saya.
Ahad, kami dibawa bersiar-siar di Bukit Bendera. Saya memang dah janji dengan budak Ita yang baru saya kenal tu nak jalan sekali. Kebetulan kami dua-dua tak ada gang dan tak ada kawan. Rakan sekerja dia ada, tapi lelaki. Dia ni, staff SBM yang baru. Masa jalan-jalan tu, kami sibuk posing dan ambil gambar. Guna kamera saya sebab kamera saya alhamdulillah cantik. Dia orang suka. Saya OK je. Oh ya, Azwan, kawan sekerja Ita pun join kami. Awal-awal lagi, Azwan ajak kami jalan bersama. Kami bertigalah yang sibuk ambil gambar ke sana ke mari cari pot yang best. En. Maznan dan Abang Rosham sesekali menjelma dalam gambar-gambar kami. Mula-mula, jalan beramai-ramai. Macam gabungan gang.
Tak lama berjalan, yang lain tu sibuk nak cari minuman. Nak duduk kat kedai katanya, nak minum. Ada yang keletihan, ada yang lapar. Kami bertiga diam je. Tapi Azwan pergi hantar sorang uncle. Sebab dia bawa uncle tu. Sebelum berlalu, Azwan tanya kami, nak makan ke? Saya diam dulu. Tengok respon Ita. Saya tak naklah buat keputusan untuk orang. Saya ikut je suara majoriti. Nanti orang kata, saya bossy pulak. Lagipun dah penat buat keputusan. Kat pejabat, hari-hari saya yang buat keputusan. So, biar saya jadi pengikut pulak.
"Saya tak lapar lagi," Kata Ita.
"Tadi kat hotel makan banyak gila. Sayapun kenyang lagi." Azwan pula memberitahu.
"Akak nak jalan ke nak minum?" Ita tanya saya sambil Azwan menanti jawapan saya.
"Korang?" Saya membalas dengan soalan. Tak naklah orang rasa terpaksa sebab saya ni pun ikut dia orang je.
"Nak jalan pun boleh." Azwan menjawab. Hati saya berlagu riang bila Azwan dan Ita masih kenyang. Antara makan dan jalan-jalan, saya lebih suka berjalan-jalan dan ambil gambar. Abadikan kenangan. Entah bila nak datang sini lagi.
"Akak penat ke?" Ita tanya saya lagi.
"Akak suka jalan-jalan," Jawab saya dengan senyuman.
"OK, kita jalan ek. Nanti boleh ambil gambar banyak-banyak." Kata Ita setuju.
"Boleh. Korang tunggu kat sini, saya hantar uncle kejap. Nanti saya datang balik kita jalan lagi. Banyak lagi tempat kita belum explore. Jap lagi kita naik atas sana," Azwan setuju untuk sertai kami berjalan-jalan.
"Waaaa... Kalau nak ambil gambar banyak-banyak, better jalan dengan akak. Orang lain tu asyik nak duduk dan makan je. Nanti tak boleh nak jalan-jalan dan ambil gambar," Kata Ita kegirangan.
"Akak memang suka berjalan. Tak suka duduk je. Bosan,"
Azwan kembali dan dengan riang kami berjalan sambil bergambar kenangan dan melawak. Asyik ketawa je.
Tuesday, January 31, 2017
Fidani... M&M Lagi!
Assalammualaikum readers,
Malas nak update blog time-time cuti.
Korang ke mana cuti ni?
Saya terpaksa kerja hari ni sebab ada Air Asia.
Peluang berjalan-jalan di KLIA 2 tidak akan dilepaskan begitu saja. Nampak M&M saya kat atas tu? Duit tak berapa banyak, so just beli coklat M&M kegemaran saya je. Kali ni, kita try M&M dari Polan dan Perancis pulak. Beli banyak sikit. Nanti tak payah beli coklat dah. Campur semua sekali 1 KG lebihlah jugak saya bawa tadi. Siapa yang suka tengok Suri Hati Mr. Pilot tu mesti kenal dengan Fidani kan? Sebuah kedai coklat import popular. Jurujual bagi tahu saya, M&M tu kalau beli tiga free satu. Laju je otak saya mencongak dalam kepala: 1 =RM44.40 4 =RM177.60 Kalau beli tiga, baru RM133.60 RM133.60 bahagi empat baru RM33.53. Yes, jimat. Baik saya beli tiga, dapat empat. Paket pun besar, bukan kecik macam Malaysia punya. Sayangnya USA punya yang best tu tak ada. So saya ambil M&M coklat dari Polan dua, M&M rangup dan M&M kacang dari Perancis masing-masing satu. Jadilah empat! OK, Tinta, bulan ni stop beli coklat. Kat rumahpun ada Hershey belum bukak. Kit Kat yang mummy kirimpun baru je habis. Kalau boleh, bulan depanpun tak yah beli coklat dah. Boleh simpan sampai bulan depan M&M ni. Jimat-jimat sikit ya. Hahaha tengoklah kalau boleh. OK la semua. Nak pergi solat dulu. Bye.
Peluang berjalan-jalan di KLIA 2 tidak akan dilepaskan begitu saja. Nampak M&M saya kat atas tu? Duit tak berapa banyak, so just beli coklat M&M kegemaran saya je. Kali ni, kita try M&M dari Polan dan Perancis pulak. Beli banyak sikit. Nanti tak payah beli coklat dah. Campur semua sekali 1 KG lebihlah jugak saya bawa tadi. Siapa yang suka tengok Suri Hati Mr. Pilot tu mesti kenal dengan Fidani kan? Sebuah kedai coklat import popular. Jurujual bagi tahu saya, M&M tu kalau beli tiga free satu. Laju je otak saya mencongak dalam kepala: 1 =RM44.40 4 =RM177.60 Kalau beli tiga, baru RM133.60 RM133.60 bahagi empat baru RM33.53. Yes, jimat. Baik saya beli tiga, dapat empat. Paket pun besar, bukan kecik macam Malaysia punya. Sayangnya USA punya yang best tu tak ada. So saya ambil M&M coklat dari Polan dua, M&M rangup dan M&M kacang dari Perancis masing-masing satu. Jadilah empat! OK, Tinta, bulan ni stop beli coklat. Kat rumahpun ada Hershey belum bukak. Kit Kat yang mummy kirimpun baru je habis. Kalau boleh, bulan depanpun tak yah beli coklat dah. Boleh simpan sampai bulan depan M&M ni. Jimat-jimat sikit ya. Hahaha tengoklah kalau boleh. OK la semua. Nak pergi solat dulu. Bye.
Wednesday, November 30, 2016
M&M Dan Cadbury
Assalammualaikum readers yang ku sayangi,
Hahaha... Tengok gambarpun dah tahu kan saya nak cerita fasal apa petang ni?
Tadi, saya ada meeting kat KLIA 2 macam yang saya cerita semalam. Dah sampai kat airport tu, peluang tidak boleh dilepaskan.
Awal-awal lagi, staff saya dah cakap, nanti cakaplah dengan En. Fairuz, kita masuk kedai coklat kejap.
Hahahaha... Dia tak berani cakap dengan boss. So, dia cakap dengan saya supaya hasratnya itu disampaikan kepada boss. Bukan hasrat dia je, hasrat saya juga. Kalau dah sama generasi tu, sikit sebanyak mesti sama kepala kan? Matanyapun melilaulah ke dalam kedai coklat tu. Sedang saya, dah terbayang Lindor kegemaran saya.
Hehehe sebenarnya, ada jugak hajat kami tak tercapai hari ni. Nak minum kat Starbucks. Manager Air Asia ni bawa kami pergi kedai lain pulak.
Masa nak balik tu, sayapun nyatakan hajat kami kat boss kami yang sporting tu.
Yay!!! Shopping time!!!
Boss tak nak masuk kedai, so dia tunggu kat luar je.
Apa lagi, sibuklah kami memilih coklat.
Sayangnya, Lindor kegemaran saya tak ditemui. Habis nak beli apa?
Sebelum ni, saya ada baca review yang Cadbury ni ada banyak Negara yang keluarkan dan rasa antara satu sama lain berbeza. First, saya nak try made in Australia. Haaa... Ia menjelma di depan mata. Saya ambil yang Hazel Nut. RM26.00. Mak ai, jauh beza harga dari Cadbury Malaysia. Lagilah excited nak rasa. Sedap sangat ke?
Lepas tu, jumpa pulak M&M kegemaran saya. Gemuk-gemuk coklatnya. RM45.00, made in US. Boleh tahanlah besar bungkusannya. OK, kita try. Sedap ke tidak.
Saya dah try Cadbury, memang best! Jauh beza rasanya dengan Cadbury Malaysia. Sesuailah dengan harganya walaupun saiznya sama dengan yang jual kat mall biasa tu. Kacangnya besar-besar. M&M belum rasa lagi sebab M&M yang saya beli kat NU Sentral tu masih ada. Lepas ni, saya nak rasa Cadbury yang buat kat Negara lain pulak.
Wednesday, May 25, 2016
Lindor
Lindor, pastinya tidak asing lagi bagi penggemar coklat terutamanya penggemar coklat mak datin. Hehehe kenapa mak datin? Sebab coklat ni mahal. Orang berduit je yang boleh makan coklat ni selalu.
Masa training minggu lepas, ada sorang peserta dari Brunei ni dengan bangganya mengagihkan Coklat Lindor ni kepada kelas. Wow! Sedap sungguh rasanya. Lalu sayapun bertekad untuk mencari Lindor setibanya di KLIA. Free Duty Shoplah tu.
Cari punya cari, harga untuk setin ni sahaja RM106.00. Yang besar RM200 lebih. Dah mengidam, beli jelah.
Apa komen anda tentang coklat ni?
Hari ni, dari pagi saya makan coklat. Dah jadi hari coklat ni.
OK la, by. Swimming time.
Tuesday, May 24, 2016
SupKaki Katak
Hari pertama kursus di Hanoi minggu lepas, saya dan rakan sepejabat dikejutkan dengan hidangan eksotik, sup kaki katak. My god! Bayangkan, salah satu bbekas yang dihidangkan di atas meja berisi kaki katak yang dibuat sup.
Nak buat macam mana? Kita dekat Negara orang... So, hormatilah budaya mereka. Kawan saya terus tak lalu makan.
Saturday, May 7, 2016
Mihun Tomyam Phuket Yang Memeranjatkan
Terliur tak dengan tomyam ni? Kecur liur? Origenal dari Phuket Thailand. Hahaha kali ni, saya akan ceritakan kisah Phuket ni tak ikut kronologi sebab saya bukan pergi bercuti, pergi present report so, mana yang rasa menarik, saya tulis. Setiap kali ke Thailand, saya mengidamkan tomyam Thai yang kaw dan meletop. Tapi saya gagal menemuinya di Krabi dan Hatnyai masa saya bercuti dulu. So, bila ke Phuket minggu lepas, saya memasang angan nak makan tomyam. Kata Zakee budak pengangkat beg dari Pathani, dekat Royal Phuket City Hotel kami tinggal ni ada Restoran Muslim nama Anuar. Katanya makanan sedap dan murah. Sebelum brangkat ke Phuket, saya ada buat penelitian di blog-blog mereka yang pernah bercuti di Phuket. Kata mereka, makan memang murah kat Phuket ni dalam RM10-RM15 sekali makan. Agaknya makanan macam kat Malaysialah kot. OK la tu, lebih kurang je harganya. Teruja dengan cerita Zakee akan Restoran Anuar, hari pertama lepas forum kami dah merayap cari cenramata. Balik saja, teerus dapatkan Zakee dan Tanya arah restoran yang dia maksudkan. Alhamdulillah, walaupun terlepas, jumpa juga restoran tu. Sangat dekat. Tak berpeluhpun jalan. Air kelapa idaman dah habis, so ambil jus oren. Tengok-tengok menu, macam-macam tomyam ada. Saya memutuskan nak makan Mihun Tomyam. Saya dah membayangkan rasa tomyam yang sangat lazat dengan beberapa potong sotong dan dua tiga ekor udang. Udangnya mesti sebesar udang di Sandakan yang segar. Waaa... Tak sabarnya tunggu order saya siap. Macam order spaghetti la pulak, siap boleh pilih mi apa yang kita nak, mi ke, mihun ke, kue tiow ke. Terserah pada kita. Mihunlah pilihan saya. Dalam duk bersembang dan berangan tu, sampailah minuman. Wow! Gelas bentuk jag. Saya buat tak heran sebab air buah kat Kedai Gelas Besar di Keramatpun gelas besar dan murah. Tak lama lepas tu, sampailah semangkuk Mihun Tomyam. Kawan saya Farah dah tergelak dengan mangkuk besar persembahan waiter tu. Bila tengok isi dalam, kami sama-sama terkejut. Berapa harganya ni? Ah, tak apalah, duit saya masih ada dekat 3,000.00 Bath lagi. Saya bukan banyak shoppingpun kat sini, tak sempat nak merewang sangat. Mahalpun mahallah. Mak ai, besarnya sotong dan udang!!! Sampai tak nampak mihun! Tambah dengan dua kupang gemuk dan besar lagi. Kalau tahu, tak payah tambah mihun tadi. Masa order tadi, saya cakap nak pedas. Waiter tu kata, memang dah sedia pedas. Menepati citarasa saya tak? Menulis nipun saya dah kecur liur. Cepat saya merasa. Wow!!! Sangat sedap! Tomyam kaw dan pedas! Inilah yang saya cari sekian lama di Thailand! Jenuh nak menghabiskannya. Alhamdulillah, selera sungguh saya makan. Sayang, mihun tak habis. Terlalu kenyang. Tengok risit, Mihun Tomyam saya hanya berharga 150 Bath, bersamaan RM17 sahaja! Sangat murah! Kalau hidangan yang sama di Malaysia mungkin dah cecah RM70 kot. Dengan senang hati saya mengeluarkan duit tanpa merungut dan membayarnya. Harap dapat pergi Phuket lagi just untuk makan tomyam je.
Thursday, August 22, 2013
Pecel Lele Lela
Aik, bahasa apa yang kau tulis ni Tinta? Jangan merapulah sangatlah!!!
Haha... Sebenarnya, tajuk entri aku hari ni adalah nama sebuah restoran. Bila aku google, restoran ni yang popular di Seksyen 13, Shah Alam. Tapi takkanlah aku nak ke sana pulak ye tak? Jauh bebenar kata Orang Perak. Aku pergi brunch dia kat Jln Melati Utama 4, Taman Melati.
Aku jumpa restoran ni secara tidak sengaja sebab nak minum. Dah tiga kali aku berkunjung ke sini. Bagi aku, restoran ni sama seperti restoran yang menyediakan masakan tradisi Indonesia yang lain. Aku baru cuba Mi Goreng Special. Best jugak sampai aku yang tak makan mi ni boleh makan. Kira bestlah tu. Paling aku suka Air Kelapa Susu. Alah, air kelapa muda yang dicampur susu pekat manis.
Oh ya, kelainan pada restoran ni ialah, setiap kali pelanggan masuk, seorang pelayan akan jadi ketua mengucapkan "Selamat pagi di Lele," dan diikuti oleh pelayan lain, "Selamat pagi,". Dah rasa macam cikgu masuk kelas je. Bila kita keluar ketua akan cakap "Terima kasih," (apa tak ingat) dan diikuti oleh pelayan lain, "Terima kasih,". Rasa macam kedatangan dan keberangkatan pulang kita dialu-alukan. Ni dah kira promosi ni. Nanti aku nak call Pecel Lele Lela ni minta komisyen. hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)






