Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
Friday, July 17, 2020
Siapa Dia Sebenarnya?
Assalammualaikum semua.
Selamat pagi.
Dah lama tak tulis blog.
Semalam ada kawan cakap, dia baca blog saya. Tiba-tiba rindu nak menulis. Dah empat bulan tak update blog ni.
Banyak cerita sebenarnya tapi kemalasan mengatasi segalanya.
********************
5 Jun lalu, ketika rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk kat rumah diam-diam, tapi masa tu dah boleh mula berkerja. Kami berkerja tiga hari seminggu.
5 Jun tu, hari Jumaat. Kebetulan, Hidayah pun berkerja. Kerja tak ada orang ni, bebaslah sikit. Kami ke cafeteria untuk makan. Balik makan, kami berbual-bual. Setibanya kami di kaunter tempat Hidayah bertugas, Subra cakap dia nak ke toilet.
Dayah: Akak, duk la sini kejap. Sembang pun tak habis lagi.
Saya bersetuju lalu duduk di tempat Subra. Baru nak memulakan perbualan, seseorang datang menegur kami dengan suara yang perlahan.
Orang: Assalammualaikum.
Kami: Waalaikummussalam.
Orang: Saya nak buat donation.
Kami terpinga-pinga. Siapa pulak yang nak main-mainkan kami ni? Cakap perlahan. Macam control suara je. Adalah ni yang nak pekenakan kami ni.
Saya: Kau jangan ngada-ngadalah.
Orang: Eh, tak, saya pelawat, saya orang luar.
Katanya memberitahu.
Perasaan malu segera menebal dan saya terdiam. Hidayah juga begitu.
Sejurus, sama-sama terdiam.
Dayah: Ya cik, ada apa boleh saya bantu?
Saya tengok Dayah antara yakin dengan tidak menjalankan tugasnya melayani tetamu seperti biasa.
Saya bercakap dalam bahasa yang tidak difahami tetamu.
Saya: Bukan Rathkom ke ni?
Dayah: Eh, bukan, bukan. Rathkom lain.
Hidayah pulak ingatkan En. Mahathir berlakon nak kenakan saya. Sebab tu dia macam tak yakin nak layan bersungguh-sungguh. Takut diketawakan.
Dayah: En. duduk dulu, saya panggil Bahagian Finance turun.
Orang: Tak, tak. Saya nak donate kat awak berdua.
Lagi kami terkejut dan tergamam.
Dayah: Donate kat kita orang?
Orang: Ye. Kat awak berdua. Saya tak nak bagi ofis. Awak berdua ni OKU kan?
Saya: Kami blind.
Orang: Ooo OK.
Mungkin dia terkejut bila saya yang blind ni sebut blind kot. Agaknya dia nak jaga hati tak nak sebut blind tapi saya yang sebut.
Dia mula mengira duitnya.
Orang: RM50, RM100, RM150, RM200, RM250. Ni untuk cik.
Dia menghulurkan RM250 kepada Hidayah.
Saya yang menyaksikan tergamam. Banyaknya! Macam keluarkan duit RM2.50 je. Mungkin nak suruh saya kongsi dengan Dayah kot. Fikir saya.
Tiba-tiba saya dengar dia membelek duit lagi tapi kali ni, tak dengar dia mengira.
Orang: Ni RM250 untuk cik.
Dia menghulurkan duit tersebut kepada saya. Saya terkejut. Hidayah juga begitu kerana dia pun berfikiran seperti saya. Duit yang dia dapat tu dia akan kongsikan dengan saya.
Dalam terkejut tu, saya tak sambut duit yang dihulurkan.
Saya: Betul ke En. nak bagi saya? Saya ni pekerja kat sini. Bukan orang bawah jagaan persatuan.
Saya bukan apa. Takut dia tersalah bagi orang. Mana tahu kot dia nak bagi kepada mereka yang susah. Saya ni bukan senang tapi taklah susah sangat.
Orang: Betul. Saya ikhlas nak bagi cik.
Lambat-lambat, saya menyambut hulurannya.
Saya: Terima kasih, En.
Orang: Sama-sama.
Dia terus berdiri di hadapan kaunter.
Bersambung
Malas nak tulis. Sakit perut. Nantilah sambung lagi. Hehehehe
Friday, June 23, 2017
Pelik Bin Ajaib
Assalammualaikum semua,
Sedang buat apa engkau?
Adakah engkau merindu?
Seperti aku di sini?
Hahaha tiba-tiba nyanyi lagu Ramlah Ram pulak.
Entri kali ni, bukanlah niat saya nak mengata sesiapa atau mengata orang yang berstatus seperti ni.
Sebenarnya dah lama saya perhati tapi baru malam ni ada mood nak tulis.
Saya ni suka baca status orang di Facebook kalau ada masa terluang.
Dari situ, tulisan orang dari pelbagai latar belakang dapat saya baca.
Daripada status-status tu, saya lihat ada sedikit kurang selesa pada tulisan mereka berstatus janda. Bukan semua ya. SEGELINTIR.
Saya bukan mengata tapi ini pendapat saya kepada SEBILANGAN KECIL dari golongan ni. Jangan marah saya kepada yang membaca.
Tapi inilah hakikatnya. Dan mereka yang berstatus ini jugaklah yang merosakkan hubungan saya dengan si dia setahun yang lalu.
Dulu, saya sangat marah bila orang cakap, hati-hati, dia tu janda. Bukan semua janda berperangai tak baik. Tapi sekarang, apa yang dapat saya rumuskan, tak ada orang lain yang dapat mengubah persepsi masyarakat melainkan golongan tu sendiri.
Kalau tengok kat FB, mereka ni lebih berani memaparkan status keinginan mereka hendakkan teman lelaki, pasangan, suami atau apa saja yang seumpama dengannya.
Kadang-kadang status mereka ni mengalahkan anak dara. Kalau anak dara yang tulis, kita faham, tak matang. Tapi orang yang pernah menjadi isteri, jadi ibu, takkanlah masih tak matang? Ada sesetengah tu, anak pun dah usia remaja. Kalau anak baca macam mana eh?
Baru-baru ni saya baca status LEBIH KURANG begini: "Bestnya kalau ada boy friend, boleh shopping sama-sama, ada orang tolong bawakan barang. Tapi tak ada sorangpun yang sudi. Terpaksalah shopping sorang-sorang,"
Memang tak salah berkeinginan begitu. Semua orang ada naluri untuk berpasangan. Tapi bila meletakkan status tu dekat tempat umum... Saya rasa apapun status kita, kita masih punya marwah. Dan sebaik-baik pakaian wanita itu malu. Sekurang-kurangnya awak dah rasa hidup berumahtangga. Jadi, banyak pengajaran dan iktibar yang perlu diambil dari pengalaman lepas bukan makin jadi tak matang.
Tu belum lagi tengok komen. Melayan, balas-balas komen, gedik-gedik macam budak remaja. Malulah sikit kepada umum. Yang buat ni bukan sekadar janda muda, janda yang 40, 50 tahun pun melayan tak ingat. Ingatlah, bukan semua lelaki yang melayan gedik kita tu betul-betul nak kat kita. Banyaknya saja layan tapi bila nak cari isteri, cari yang bukan golongan gedik.
Saya memang terkejut bila baca komen dan status macam ni. Saya pulak yang rasa malu.
Berubahlah wanita, sebab kita akan insya-Allah menjadi ibu. Macam mana kita nak didik anak-anak kalau kita tak betulkan akhlak kita?
saya bukan baik. Tapi kita sama-sama cuba.
Apa? Sekadar tulis dalam FB?
Saya tak percaya akan kata-kata ni.
Sebenarnya, dari tulisan tulah kita tahu peribadi seseorang tu macam mana.
Sebab tulisan tu, apa yang kita fikir, apa yang kita inginkan, apa yang ada dalam hati kita. Tu yang kita keluarkan. Jangan tipulah cakap, saya saja-saja je suka-suka tulis macam tu. Mana ada apa sebenarnya. Karut! Saya tak percaya. Jangan bohong. Tulisan itu peribadi seseorang. Ia menggambarkan siapa kita sebenar.
Pesan saya, jangan keterlaluan dalam menulis terutamanya bab-bab lelaki ni. Jangan Nampak kita ni terdesak sangat. Boleh meluahkan keinginan kita, tapi biarlah dalam tulisan yang sopan dan bukan di tempat umum sebegitu.
Mohon maaf jika tulisan malam ni menyakitkan hati sesiapa. Sekadar pendapat serta nasihat untuk kaum sejenis saya.
Sunday, May 7, 2017
Kebengangan Yang Melampau
Assalammualaikum semua,
Hari ni saya bengang sangat. Saya nak lepas geram.
Benda ni saya perasaan malam selepas saya balik dari kampung. Saya penat dan ngantuk sangat malam tu. Saya tidur awal. Lepas tu, bunyi orang nak pasang tile. Duk ketuk-ketuk lantai. Bisingnya masya-Allah... Dahlah datangnya dari rumah atas rumah saya. Saya takut saya salah dengar. Mana tahu kot perasaan ke. Walaupun saya yakin itu adalah rialiti, saya call Kak Sida, kawan saya kat tingkat dua untuk confirm bunyi tu dari tingkat dua. Kak Sida kata diapun dengar jugak. Bising. Sabarlah Tinta. Mungkin malam ni je kot. Mungkin dia nak siapkan rumah dia yang sikit lagi tak siap.
Benda ni berlarutan pada malam-malam seterusnya. Sampai kul 9.00 lebih malam. Kalau tak silap, satu malam tu sampai kul 10 lebih. Bengangnya saya rasa. Staff management ni duduk kat blok ni, takkan tak dengar kot??? Guard pun ada kat setiap blok. Takkan dia orang tak dengar?. Kalau kontraktor saya, sebelum pukul 5 petang dah halau keluar. Macam mana orang ni boleh bertukang malam-malam pulak? Siapa yang benarkan dia? Management ni pun bengong jugak, bagi kat kita nombor handset, lepas tu tukar nombor baru. Nombor office tak ada. Takkanlah saya nak masuk kerja lewat semata-mata nak kompelen orang?
Yang orang atas ni pulak, takkan tak boleh fikir yang orang nak rehat? Nakkan suasana tenang? Fikirlah sikit, janganlah pentingkan diri sendiri. Ni buat saya marah ni. Kalau setakat drill buat suiz atau buat tempat gantung baju saya fahamlah. Mungkin urgent so terpaksa buat lepas office hour. Ni kes lain ni. Memang patut saya marah.
Ada kawan kata, KPKT buat kerja. Tipulah. Takkan KPKT buat kerja kat rumah dia sorang? Kita pun pernah report fasal kerosakan rumah kita. Tak ada tindakan apa-apapun. At last, kontraktor kita buat semuanya dengan perbelanjaan sendiri. Kalau betul KPKT yang buat bising tu, saya akan call KPKT dan buat bising kat dia pulak. Biar menanah telinga dia. Hal saya pun tak settle. Benda kecik je pun, dah berbulan, tak selesai lagi.
Petang semalam sampai kul 7 lebih dia memekak. Tak apa. Saya pujuk hati saya. Kejap lagi dia berhenti la tu. Tapi pelik. Setahu saya, hari Sabtu, renovation hanya dibenarkan sampai kul 3 je. Kalau mengecat, buat benda yang tak bising tu, boleh buat sampai pukul berapapun. Dia ni pasang tile tak siap-siap. Dia pasang sendiri kot. May be nak jimat budget. Kalau nak jimat budget, buatlah hari kerja, ikut masa yang ditetapkan. Ambillah cuti. Berkorbanlah sikit untuk rumah sendiri. Kalau asyik nak buat lepas waktu kerja, melampaulah.
Hari ni, pagi-pagi lagi dia dah bising ketuk lantai untuk tile. Macam mana saya tahu? Saya kenal bunyi ketuk lantai untuk tile. Rumah sayakan pernah pasang tile. Dari pagi sampailah tengah hari dia memekak. Rumah dia tu betul-betul atas rumah saya. Bunyi memang kuat. Waktu dia buat betul-betul atas bilik saya, Allah je tahu macam mana marahnya saya. Saya minta Allah gerakkan hati dia fikir fasal jiran. Tapi Allah tak makbulkan. Mungkin Allah nak saya lakukan sesuatu. Yelah, berdoa tapi tak usahakan.
Saya call kawan-kawan kat sini kot-kot dia orang ada nombor management yang baru. Semuanya tak ada. Rumah atas saya ni makin bising. Saya nak tidur. Saya penat. Semalam, seharian saya bekerja kat pejabat. Ada event. Kemarahan saya memang meluap-luap hari ni. Nak pergi cari guard malas nak turun. Kalau guard kat blok ni tak ada, saya kena pergi guard kat gate sana.
Fikir punya fikir, saya ambil keputusan nak naik atas. Pergi rumah dia dan cakap dengan dia sendiri. Saya memang bengang gila. Kemarahan saya memang memuncak. Langsung tak fikir fasal orang. Saya fikir lagi. Kalau dia marah saya macam mana? Ah, pedulikan. Nak marah, marahlah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya kan seorang yang tegas dan berani. Janganlah berani dengan orang tertentu je. Tu dah jadi macam HR kat office saya pulak. Ni hak saya. Kalau dia marah saya, saya report polis atas alasan mengganggu ketenteraman awam. Lagi dia malukan kalau saya buat macam tu? Lebih baik saya cakap dulu elok-elok. Saya nekad. Saya tukar baju dan sedia nak naik. Kesian Si Chiko. Dia takut dengan bunyi bising ni. Duduk je kat dalam bilik air. Apa nak jadi, jadilah kali ni saya tak boleh tahan dah. Saya tenangkan hati. Sabar Tinta, kau kena cakap baik-baik. Ni first time kau nak tegur ni. Nanti kalau dah banyak kali baru boleh marah. Nasihat saya pada diri sendiri.
Saya naik. Ketuk pintu dan bagi salam. Betul, memang rumah atas rumah saya.
"Assalammualaikum,"
"Waalaikummussalam. Masuklah," Kedengaran suara seorang lelaki menyambut salam saya. Dari lenggok bahasa, orang tempatan.
Saya buka pintu. Dia tengah buat kerja. Tak sempat nak buka pintu kot. Ke dia ingat kawan dia datang? Lantaklah. Malas fikir. Yang penting saya kena segera sampaikan apa yang terbuku di hati saya.
Pintu saya tolak dan jengah ke dalam.
"Encik, bukan hari ni tak boleh buat kerja ke?" Saya cuba mengawal nada suara.
Dia terdiam. Mungkin tak sangka kot ada orang datang tegur.
"Rumah saya betul-betul kat bawah rumah ni. Bisinglah. Lagi satu, hari kerjapun tak boleh renovate lepas pukul 5. Dah banyak kali dah bunyi bising ni,"
Saya berhenti dan tunggu jawapannya.
"OK lah," Dia menjawab sepatah dalam nada serba-salah.
OK lah je? Kau tak nak minta maaf ke? Dah seminggu dah kau buat aku menderita dengan bunyi bising kau ni. Marah saya dalam hati. Saya terus tutup pintu dan balik. Terus diam. Tak ada dah bunyi bising. Tahupun diam. Kalau buat lagi, siap. Dengan management-management sekali saya akan marah. Cuai takpun malas.
Bengang betul. Cubalah bayangkan, kalau orang kat atas rumah kau tu buat apa yang kau buat sekarang. Kau marah tak? Kau rasa kau boleh tidur dan rehat dengan tenang tak?
Tuesday, January 31, 2017
Cik Diva
Suatu hari, ada orang Tanya pada saya:
Orang: Akak tahu tak dia orang panggil akak diva?
Saya: Hah? Tak tahupun.
(Pelik menguasai diri. Tak pernahpun saya dengar.)
Orang: Dia orang panggil akak diva, kak.
Saya: Kenapa?
Orang: Sebab akak suka melawa, macam diva.
Saya: Hah???
(Terkejut. Taklah pernah saya berangan sampai ke situ sekali.)
Macam-macamlah dia orang ni. Saya tak pernah anggappun saya ni diva. Tapi kalau orang nak kata macam tu, terserahlah. Ada yang panggil saya diva, tapi tak nak saya tahu. Takut saya marah. Ish, takkanlah hal tu pun saya nak marah. Suka hatilah nak panggil saya apapun yang penting, jangan panggilan tak elok dahlah. Lepas tu, bila dah gelarkan saya macam tu, jangan ada pulak yang mengata saya ni perasan divalah, perasan cantiklah. Saya tak pernah minta dan suruh. Dah orang nak panggil, nak buat macam mana? Orang tu pun tak panggil depan saya. Takkanlah tiba-tiba saya nak pergi cakap dengan orang-orang tu, jangan panggil saya diva. Nanti kata saya ni tak betul pulak.
Dunia komuniti saya ni susah. Macam artis. Salah sikit, ceritanya meletup satu KL. Yang kecik pun jadi besar. Salah sikit je, tapi macam tsunami jadinya. Bila bab baik tu, baiklah banyak manapun, tetap kurang kita jugak yang orang cari. Lebih-lebih lagi nama saya dalam waktu sekarang ni kan.
Kawan saya kata, tak perlu fikir fasal orang. Buat je apa yang kita suka. Nak jaga hati semua orang susah. Kalau orang dah tak suka, buatlah macam manapun, dia orang tetap kata salah. Tetap Nampak buruk kita. Cuba jaga hati orang, last-last, hati kita yang terluka. So kata dia, buat je apa yang kita suka, boleh buat kita happy dan hati kita senang. Pedulikan dia orang semua sebab dia orang tak pernahpun fikir fasal hati kita. Kalau nak mengata, mengata je. Kalau nak salahkan kita, nak pinggirkan kita, tak adapun datang confront dengan kita tentang salah kita. Terus tiba-tiba sindir, perli, mengata, mengeji, memfitnah, mempersenda dan menghina kita. Oleh itu, jangan pedulikan mereka. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya membawa hati mereka yang sakit sebab bencikan kita. Hiduplah kau dalam kebencian yang sikit demi sedikit merosakkan hati dan iman tu. Jangan sampai nanti Allah pulak yang pinggirkan kamu sebab kebencian kamu pada orang yang berlebihan sehingga sanggup mengata, menghina, memfitnah, mempersenda dan mengeji kawan.
Thursday, August 4, 2016
Gambar Di Facebook
- Segaknya depa
Demikian bunyi Whatsapp yang saya terima petang semalam. Segak??? Bila pulak dia ni nampak saya? Dia di Utara, saya di KL. Siapa yang hantar gambar saya pada dia? Takkan visitors saya semalam hantar gambar saya kat dia? Setahu saya, visitors je yang ambil gambar dengan saya semalam. Tapi gambar bila yang dia tengok tu?
Siasat punya siasat, rupanya ada orang muat naik gambar saya di Facebook. Saya minta dia bacakan status berkenaan kepada saya. Antara bunyinya mengucap salam dan selamat pagi. Gambar tu gambar candit, fokus pada saya yang menunjukkan si pengambil gambar memang ambil gambar saya tetapi adalah kelihatan orang ramai di belakang saya. Kata teman, nampak saya biasa je dalam gambar tu, macam tak bersedia untuk bergambar.
Menurut teman tersebut, bukan satu wall je ada gambar saya. Ada juga gambar yang diambil oleh Si Pulan lain berdua dengan saya dan dimuatnaik di FB. Bila masa pulak dia orang ni ambil gambar saya? Macam-macamlah dia orang ni. Gambar berdua dan ramai-ramai tu tak hairanlah sangat. Sebab ada gambar empunya wall sekali. Motif letak gambar saya sorang tu apa pulak? Penat saya fikir. Apa ya alasannya?
Tuesday, March 20, 2012
Perasan Cantik
ENTRI KALI NI KHAS AKU TUJUKAN KEPADA MEREKA YANG SUKA MENGATA AKU TERUTAMANYA KAWAN-KAWAN YANG PERNAH RAPAT DENGANKU.
Sudah beberapa siri panggilan aku terima menyampaikan bahawa sipulan, sipulan kata kau perasan cantik. Ada juga yang bertanya kepada si penelefon benarkah Tinta ini "perasan cantik?", "Betulkah Tinta tu tak boleh orang lain lebih cantik daripada dia?", "Ye ke Tinta tu tak boleh orang lebih dari dia?"
Hahahahaha sekali dengar macam "dunia artis" kan? Dua kali dengar macam cerita Fairy Tales tu, "Snow White." Tapi aku tak adalah pulak cermin ajaib macam "mak tiri Snow White" tu. Pelik betullah manusia ni. Apa yang menyebabkan orang cakap aku ni perasan cantik? Ada ke selama ni aku cerita kat orang yang aku ni cantik? Adakah aku cerita kat orang yang orang puji aku cantik? Ada ke aku bangga diri mendabik dada mengaku cantik? Kalau ada orang puji akupun, aku diamkan saja. Aku tak tulispun kat blog ni atau Facebook apa yang orang puji. Bila orang kata Alia tu cantik. Famiza tu cantik. Aku tak pernah kisahpun? Aku tak pernah rasa irihatipun? Bila orang kata Haida tu cantik, aku tak marahpun? Aku masih boleh duduk serumah dengan dia dengan aman. Bila orang kata, Adila tu ada kecantikan yang amat. Dahlah tubuh tinggi lampai, body ada bentuk, langsing, kaki panjang, muka cantik, bujur sirih, kulit putih kuning dan bibir merah merekah bak delima. Ada aku marah? Sedangkan kecantikan Adila tu ramai yang mengaguminya sejak dari sekolah dulu lagi. Aku tak pernah peduli tu semua. Malah, aku baik dengan Adila waktu di sekolah dulu. Kalau aku ni tak boleh orang lebih cantik dari aku, pastinya dari sekolah lagi aku sudah sakit hati dan akan berlumba-lumba untuk kelihatan lebih cantik daripada Adila.
Cukuplah kalian mengata aku. Kecantikan tu tak bawa ke manapun. Suatu hari nanti semua jadi tanah. Aku yang tak boleh orang lain lebih cantik daripada aku ke atau sipulan tu yang tak boleh tengok orang lain cantik? Stop it la... Macam budak-budaklah. Apa buktinya yang aku ni tak boleh kalau orang lebih cantik daripada aku? Masa aku di UiTM dulu ramai yang lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah dengki. Sebab aku tahu aku siapa. Tapi dia orang selalu merendah diri. Orang-orang yang dalam kalangan kita ni je yang selalu bergaduh fasal isu cantik ni. Orang luar tak kisahpun fasal cantik tak cantik. Janji baik. Takkanlah kerana aku suka berfesyen dicap sebagai perasan cantik? Aku bukan mahu bertanding dengan sesiapa. Tapi dah memang semulajadi aku sukakan fesyen, sukakan kecantikan, sukakan gaya. Dan alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang suka memberi komen, mengkritik dan menunjuk-ajar cara untuk berpakaian dan sebagainya. Jadi aku ubah apa yang patut. Semua wanita mahu kelihatan cantik, bergaya, anggun, jelita, menawan dan lain-lain lagi. Aku buat untuk kepuasan diri aku sendiri bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk lawan atau menjatuhkan sesiapa. Lagipun, aku tak susahkan sesiapa. Ada ke aku PINJAM duit orang sebab nak melawa? Kalau korang sukapun, korang boleh buat. Daripada korang mengata aku bukan-bukan, kan bagus kalau kita berkongsi idea untuk meningkatkan penampilan diri? Korangpun tak sakit hati. Aku sedia berkongsi apa yang aku tahu sedikit ini dengan sesiapa saja yang memerlukan. Akupun ada banyak lagi benda yang aku tak tahu dan tak explore dalam bidang kecantikan ni. Aku bukan macam sesetengah orang, bila wajah nampak cantik, kita tanya dia pakai apa, rahsia, "Ala pakai yang biasa-biasa je," kenapa tak boleh kongsi? Takut kalau orang lain lebih cantik ke? Ilmu ni, walaupun ilmu kecantikan, kalau dikongsikan akan memberi manfaat pada kita juga. Aku masih ingat bagaimana dulu aku bertanya kepada teman sekuliahku Tina. Apa rahsia dia. Rambut dia lembut dan licin. Dia tanpa ditanya berulang kali terus cakap jenama apa dia pakai malah menggalakkan aku mencuba jenama tersebut. Dia suka kalau dapat membantu kawan menyelesaikan masalah rambut yang ada. Tapi di kalangan kita ni memang susah, kalau tanya jenama apa je mulalah liat nak bagi tahu. Aku tanya bukan nak cantas dia. Bukan nak tanding kecantikan dia. Tapi aku nak jadikan dia idola. Sekurang-kurangnya aku akan bangga bila bercerita pada orang ni semua sipulan yang shorekan aku pakai ni. Cubalah. Macam Tina tu, sampai sekarang aku bercerita pada sesiapa yang tanya, "kawan aku, Tina (walaupun orang tak kenal siapa Tina) yang shorekan aku pakai panteen hijau," Biarlah shampoo biasapun. Aku amat berterima kasih dengan Tina sampai ke saat ni. Dan rambut Tina masih cantik dan lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah marah. Habis tu kenapa orang kata aku perasan cantik? Tak habis-habis isyu ni sampai sekarang. Peliklah.
Kalau cantik rupa tu korang ambil berat sangatkan? Kenapa cantik dalaman tu korang tak nak titikberatkan? Korang tak pernah dengar ke yang kecantikan wajah tu bermula dari hati? Dan ingatlah, cantik itu subjektif, Si A tu cantik pada si Z tak semestinya cantik juga bagi X. Begitulah sebaliknya. Aku? Aku sedar yang aku bukan dari golongan yang cantik. Tak payahlah korang nak mengata aku. Aku buat pengakuan ikhlas di sini, aku tak cantik. Aku tak setanding dengan Alia, Famiza, jauh sekali Adila. Aku dalam golongan biasa-biasa saja yang sering berusaha untuk meningkatkan diri sendiri dari pelbagai aspek, bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Kalau korang nak cantik secantik bidadaripun cantiklah. Aku tak kisah. Aku redha dengan apa yang Allah bagi pada aku. Tubuhku dan wajahku adalah anugerah yang cukup besar rahmatNya buatku. Kalau korang nak cantik, berdoalah pada Allah supaya Allah anugerahkan kecantikan tersebut. Pastinya kecantikan itu bermula dari hati, bukan dari wajah. Dan alirkan wudhuk pada setiap inci cantiknya wajahmu.
Kepada kawan-kawan yang mengata dan menyebarkan berita ini, aku amat kecewa dengan sikap kalian. Kalau kalian tak puas hati terhadapku, jangan takut, jangan segan-silu untuk bersemuka denganku. Jangan membaling batu kemudian sembunyikan tangan begini. Aku fikir, kalian sudah cukup kenal siapa aku tapi rupa-rupanya hanya di hadapanku saja kalian baik dan seolah-olah menghormatiku. Bila di belakang, ini yang kalian katakan.

Tuesday, August 9, 2011
Kot
"Kot". Apa yang kita semua faham dengan perkataan "kot" ni?
"Kot", meskipun tidak digunakan dalam bahasa rasmi atau persuratan, "kot" membawa maksud agaknya atau tidak pasti. Setiap ayat yang diakhiri dengan "kot" menggambarkan rasa tidak pasti penutur ayat tersebut. Misalnya:
A: Bila awak nak ke kedai?
B: Petang kot.
Ayat di atas menggambarkan B yang tidak tahu lagi bila masa dia nak ke kedai. Petang hanyalah suatu kemungkinan dan mungkin akan berubah menjadi malam, esok dan seterusnya.
Mengapa aku menulis tentang perkataan "kot" ni?
Sebab aku "tension" dengan kawan-kawan atau budak-budak muda zaman sekarang ni yang suka guna perkataan "kot" ni dalam ayat yang salah. Contohnya:
Dua orang sedang bercakap ketika cuaca panas terik.
A: Kalau jemur baju sekarang, tak tahulah kering ke tak.
B: Kenapa pulak tak kering, panas kot hari ni.
Kenapa mesti guna kot dalam ayat yang macam ni??? Dah terang-terang cuaca panas! Jangan guna "kot" lagi dah benda yang dah "confirm", kenapa mesti ragu? Cakap jelah yang betul! Kenapa tak boleh tinggal "kot" tu? Sebab itu gaya percakapan zaman sekarang yang kononnya moden? Lebih baik tinggalkan gaya sesat lagi menyesatkan tu!!! Siapa lagi yang nak martabatkan bahasa kita kalau tak kita sendiri??? Kalau ya pun nak ikut peredaran zaman, janganlah ikut yang karut-marut! Lebih menyedihkan, mereka yang suka buat kesalahan bahasa ni mereka yang berpelajaran, pelajar kolej, pelajar U, pendek kata, mereka yang pernah belajar Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran tu! Kalau perkataan tu perkataan yang susah atau mengelirukan bolehlah dimaafkan. Ini perkataan senang je!
Lagi satu, boleh tak jangan menyusahkan orang dengan perkataan "kot" sesat kau orang tu? Contoh:
A: Kau pergi tak buka puasa kat Chicken Rice Shop petang ni?
B: Pergi kot. Kenapa?
A: Taklah, aku pergi. Ingat nak ajak pergi sekali. Aku tunggu kat KLCC la kalau kau nak pergi.
B: Pergi kot
A: Pergi ke tak ni?
B: Pergi kot.
A: OK kalau "confirm" pergi ke tak, bagi tahu aku eh?
B: OK.
Jam 6.30 petang.
(Bercakap menerusi telefon bimbit)
B: Kau kat mana?
A: Chicken Rice.
B: La.... Kenapa tak tunggu aku? Tadi kata tunggu kat KLCC? (marah)
A: Tadi kata "pergi kot"?
B: Yelah, pergilah.
A: Habis, kau cakap pergi kot, maknanya tak tahu lagilah. Kan aku dah cakap kalau "confirm" "call" aku. Kenapa tak "call?"
Salah siapa? Semuanya kerana perkataan "kot" yang salah digunakan. Kalau dah pasti tu, cakap jelah pergi tak payah letak "kot" kat belakang.
Siapa janji dengan aku guna perkataan kot yang merepek ni, memang aku tak layan selagi tak ada "confirmation"!!! Jangan mengada-ngada dengan aku! Kalau tak tahu nak guna sesuatu perkataan tu, pergi belajar. Jangan ikut sedap mulut nak cakap kerana perkataan membawa maksud tertentu. Salah perkataan, lain maksudnya. Lagi buat aku marah, sudah terang lagi bersuluh perkataan "kot" ni guna untuk apa lagi nak guna pada tempat yang salah!!!

Wednesday, February 18, 2009
Pengalaman Baru
Menghadiri sesi "peaching" bukan sahaja memberi pengalaman baru dalam kerjayaku. Malah, ia turut memberi gambaran sebenar tentang mereka yang terlibat dalam industri seni. Ruang menunggu penuh dengan mereka yang melobi hasil karya masing-masing. Mejoriti daripada mereka pastinya produser termasuk penulis skrip dan wakil syarikat. Ada di antara mereka merupakan artis. Aku suka memerhatikan gelagat mereka. Rata-ratanya, mereka saling mengenali antara satu sama lain. Tak kurang juga yang bermulut celupar dan mahu menonjolkan kehebatan mereka.
Aku? Langsung tidak mereka hiraukan. Mungkin aku penulis baru dan tidak ada nama. Memandangku pun seolah-olah aku melakukan kesilapan. Aku janggal dengan pandangan mereka. Aku diperlakukan seperti budak mentah yang tidak memberi makna kepada mereka. Jauh sekali untuk menyapa meskipun duduk bersebelahan. Mungkin pada mereka, aku hanya budak-budak yang tidak langsung memberi saingan kepada mereka. Hmmm... Siapalah aku jika dibandingkan dengan mereka yang telah lama merasa asam garam dunia seni ni.
Tapi... Produser ku ini lain benar sikapnya. Dia boleh dikatakan peramah kerana menegur setiap orang yang ditemuinya. Namun, tegurannya cukup sekadar mempamerkan keramahannya,tidak untuk berbicara yang bukan-bukan. Dia lebih suka duduk menemaniku. Memberi ingatan itu dan ini kepadaku ketika "peaching" berlangsung. Rupanya, dalam dunia seni pun masih ada orang yang bersikap begini. Aku ingatkan, masa di fakulti dulu saja terdapat orang sepertiku dan rakan-rakan yang sejiwa yang tidak suka bercakap tidak tentu fasal. Mungkin kerana itulah, Allah temukan aku dengan produser ini.
Setelah beberapa hari menghadiri "peaching", semalam, baru aku didekati oleh seseorang yang amat dikenali ramai, Rozi Osman. Tentu kalian juga cukup kenal dengan pelakon itu. Dia menyentuh pipi dan tanganku sambil tersenyum dan diperkenalkan oleh produserku. Biar sentuhan itu ku anggap salam perkenalan daripadanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)