Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Lara Hati. Show all posts
Showing posts with label Lara Hati. Show all posts
Monday, April 16, 2018
Kuih Yang Dilempar
Assalammualaikum semua.
Salam sejahtera...
Saya ingin mencatatkan sebuah kisah untuk dijadikan iktibar kepada bakal ibu bapa atau mereka yang telahpun menjadi ibu bapa.
Sila ambil perhatian bahawa, perkara yang remeh dan kecil bagi anda namun sangat bererti bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
Tindakan anda, kata-kata anda akan memberi kesan seumur hidup kepada anak anda tanpa anda sedari.
Baiklah, bacalah kisah simple ini namun fikirkan sedalamnya maksud tersirat agar anda sentiasa lekat dalam hati anak-anak anda sebagai ibu bapa yang dihormati.
***
Pagi itu, Puan Rafiah dan En. Azdan seperti hari-hari sebelumnya ke pejabat demi mencari nafkah keluarga. Dua orang anak mereka iaitu Wani dan Ayuni diam di rumah bersama Kak Ha, orang gaji yang diupah menjaga kedua adik-beradik tersebut dari pagi hingga petang. Wani berusia tujuh tahun manakala adiknya, Ayuni berusia empat tahun. Kedua beradik ini sangat suka bermain dan perasaan ingin tahu mereka amat tinggi. Setiap apa yang dilakukan orang dewasa, pasti mereka ingin mencubanya.
Minat kedua beradik ini bertukar-tukar. Hari itu, mereka teringin untuk memasak. Keinginan tersebut disuarakan kepada papa mereka, En. Azdan sehari sebelumnya. En. Azdan menyambut baik keinginan anak-anaknya yang ingin membuat jemput-jemput atau cekodok. En. Azdan meminta anak-anaknya tidur terlebih dahulu memandangkan hari telah lewat malam. Tentang keinginan kedua-dua puteri yang dikasihinya, dia meminta agar kedua beradik itu belajar membuat cekodok dari Kak Ha setelah Kak Ha siap mengemas rumah mereka keesokan harinya. Dengan harapan keinginan menjadi kenyataan, kedua beradik tersebut tidur dengan senyuman. Kedua-duanya berangan menguli tepung dan melenyek pisang untuk memasak cekodok.
Pagi menjelang bersama mentari riang memancar cahayanya seriang kanak itu menanti Kak Ha orang gaji mereka tiba untuk membuat cekodok. Setelah selesai Kak Ha mengemas, kedua beradik itu memberitahu Kak Ha akan hasrat mereka. Kak Ha enggan menurut, khuatir dimarahi Puan Rafiah. Namun, setelah didesak dan kedua beradik tersebut memaklumkan papa mereka yang menyuruh mereka belajar dengan Kak Ha, orang gaji itupun bersetuju. Maka, kedua beradik tersebut dengan gelak tawa penuh keriangan mula diajar Kak Ha membuat cekodok. Kedua-duanya diberi bekas sorang satu, gandum dan semua bahan untuk membuat cekodok. Masing-masing tekun membuat cekodok. Kedua-duanya berangan bahawa hari ini pasti mama dan papa mereka terkejut dengan surprise mereka. Almaklumlah, fikir mereka, pasti mama dan papa mereka terkejut melihat anak kecil mereka pandai membuat cekodok. Kedua-duanya berangan bahawa papa mereka yang selalu dihidangkan air setelah pulang dari pejabat oleh mama akan memakan cekodok mereka. Pasti papa akan berasa sangat gembira. Mereka mula bersembang menzahirkan angan-angan mereka. Kak Ha amat riang melayan keletah kanak-kanak tersebut. Dengan sabar, dia mengajar kanak-kanak itu satu demi satu cara membuat cekodok. Untuk menjaga kebersihan, Kak Ha sentiasa memastikan tangan kedua kanak-kanak itu bersih sebelum memegang bahan-bahan masakan.
Setelah selesai mencampur dan mengacau semua bahan, Kak Ha ingin menggorengkan cekodok tersebut namun ditegah oleh kedua beradik itu.
"Laaa... Dah buat gorenglah. Nanti Wani dan Ayuni boleh makan sama-sama,"
"Tak nak. Nak makan dengan papa. Dengan mama," Ayuni melahirkan keinginannya.
"Entah, Kak Ha ni. Kita orang kan masak untuk papa dengan mama," Sokong si kakak.
"Kita makan jelah. Tak payah simpan-simpan. Nanti mama marah," Kak Ha cuba memujuk untuk menggoreng cekodok tersebut.
"Tak nak. Kenapa mama marah pulak? Hari ni, mama tak payahlah buat apa-apa. Kita kan dah masakkan untuk dia orang. Mesti papa dengan mama suka punya,"
Akhirnya, Kak Ha mengalah.
Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, Puan Rafiah pulang dahulu. Kak Ha kelihatan gelisah. Puan Rafiah terus ke dapur untuk menyiapkan minum petang suaminya, En. Azdan.
Si kakak mengekori Puan Rafiah ke dapur dan diikuti oleh Ayuni.
"Mama, gorengkan cekodok pisang," Pinta Wani dengan senyum terukir di bibir.
"Mana ada cekodok pisang? Jangan merepeklah. Duk luar sana. Mama sibuk. Mama nak buat air untuk papa. Jangan macam-macam, mama penat," Balas Puan Rafiah dengan suara meninggi.
"Ada, kita orang dah buat. Belum goring je," Si kak pudar senyuman.
Wajah si adik juga mula keruh.
Puan Rafiah membuka peti. Dia melihat bekas adunan cekodok dan dikeluarkan.
"Siapa buat ni?" Suara Puan Rafiah masih tinggi.
"Wani dengan Ayuni la," Balas Wani sambil diperhatikan Ayuni.
"Yang korang pandai-pandai main tepung ni kenapa?"
"Kita orang tak mainlah mama. Kita orang buat cekodok. Kak Ha yang ajar," Wani sedaya mungkin mempertahankan kuihnya.
Ayuni maju ke depan dan merapati kakaknya yang sedang bersoal jawab bersama mamanya. Wajahnya turut keruh sekeruh wajah kakak kesayangannya.
"Siapa suruh korang buat semua ni? Kotor! Siapa nak makan? Dah buang!" Tanpa mengendahkan perasaan anak-anaknya, Puan Rafiah terus membuang kesemua adunan tersebut dengan kasar ibarat membuang sesuatu yang sangat jijik dan Kotor ke belakang rumah. Wajah keruh Wani dan Ayuni bertukar menjadi tangisan. Kak Ha yang terdengar bunyi kecoh di dapur lekas-lekas mendapatkan kedua beradik yang mula menangis lalu memeluk dan membawa keduanya ke ruang tamu. Sedang Puan Rafiah terus membebel dengan suara yang tinggi dan mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar.
En. Azdan pulang lalu pantas mendapatkan anak-anaknya yang sedang dipujuk orang gaji. Dia ingin tahu apa yang berlaku sehingga kedua-dua anaknya menangis. Kak Ha menceritakan apa yang berlaku kepada En. Azdan setelah didesak. En. Azdan bergegas ke dapur mendapatkan Puan Rafiah.
"Mana kuih yang budak-budak tu buat?"
"Kuih apa?" Puan Rafiah marah-marah.
En. Azdan menahan kesabarannya.
"Kuih yang budak-budak tu buat tadi. Mana?" Dia menekankan suaranya meskipun perlahan.
"Tak ada. Saya dah buang," Balas Puan Rafiah geram.
"Kenapa awak buang?" En. Azdan tidak puas hati.
"Budak-budak tu dah main. Kotorlah!"
"Siapa kata kotor? Kalau awak tak nak makan, saya makan. Kesian budak-budak tu,"
Puan Rafiah diam.
En. Azdan sekali lagi mendapatkan anak-anaknya.
"Dah, jangan nangis eh. Nanti esok, papa ajar buat kuih. Nanti papa gorengkan, kita makan sama-sama," Kedua-duanya lantas memeluk papa mereka yang dirasakan penyelamat dan pembela mereka.
***
Tulisan ini amat meninggalkan kesan di hati saya. Maka saya mengharapkan agar kisah ringkas ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa agar tidak memandang enteng akan perasaan anak anda kerana kesannya membawa ke usia dewasa mereka dan akhirnya, kesan tersebut turut mengganggu hubungan baik antara anak-anak dan ibu bapa. Menjadi ibu bapa bukanlah bermakna anda sentiasa betul dan perlu mengarahkan anak-anak anda sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan mereka. Sebaliknya, sokongan, dorongan, pujian dan kasih sayang amat penting untuk membentuk sahsiah cemerlang anak-anak.
Nanti kita jumpa lagi dengan kisah yang lebih memberi pengajaran.
OK la, nak redakan perasaan sedih saya ni. Nak pergi solat.
Assalammualaikum.
Tuesday, February 13, 2018
Saya Ada Di Depan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ni saya agak sibuk. Otak saya berselirat. Kejap fikir sana, kejap fikir sini. Kejap tengok dokumen tu, kejap tengok dokumen ni. Semuanya harus difikir dengan laju dan dibuat dengan pantas.
Sedang saya sibuk menaip di computer, saya terima Whatsapp dari seseorang. Mujurlah notification ni naik. Tak perlu membuka whatsapp tersebut, saya dapat membacanya. So, orang tak tahu yang sebenarnya saya dah baca whatsapp dia.
'Assalammualaikum.'
'Hai Tinta'
'Awak kerja tak hari ni?'
'Saya ada kat HQ depan ni'
Subhanallah. Saya tak tahulah apa perasaan saya tatkala membaca pesanan tersebut. Sedih, marah, nak nangis, geram. Semuanya bercampur menjadi satu.
Nak jumpa saya? Jangan menaruh harapan untuk saya keluar.
Apa lagi yang dia nak? Saya dah berterus-terang segalanya. Saya dan dia tak mungkin bersatu kecuali dengan kehendak Allah. Jagalah anak isteri dengan baik. Tak payahlah kejar saya lagi. Kalau saya ada perasaan kat seseorang pastinya hati saya berbunga riang andainya mengetahui orang itu datang ke pejabat saya sebagai surprise. Pasti senyuman ini menguntum tiada henti dan bergegas keluar menemuinya.
Sejenak, operator menghubungi saya. Katanya, dia rasa macam Si Fulan sedang duduk di sofa libi pejabat ni. Belum habis dia bercerita, saya mengesahkan kehadiran orang itu. Operator terperanjat, dari mana saya tahu.
Operator memberitahu saya, isteri dan anaknyapun ada bersama. Saya semakin pening. Gila ke apa lelaki tu? Ada anak dan isteri bersama pun nak jumpa saya? Untuk apa? Anggap saya kawan? Saya tak mahu salah langkah lagi. Silap layan meroyan lagi dia. Takut saya nak melayannya. Nanti kalau berlaku apa-apa pada rumahtangganya, siapa salah? Orang akan kata saya yang salah. Orang lelaki ni, cakap je ni pertemuan kali terakhir lepas tu tak kacau lagi. Kalau kita pergi jumpa, pasti ada ajakan seterusnya selepas tu. Tolonglah. Saya penat dengan semua ni. Saya bukan pelabuhan tempat kapal berlabuh tatkala dibelenggu masalah. Saya ada nilai, ada harga diri.
Tatkala ini, saya tidak dapat menahan tangis saya. Mengenangkan diri yang sering dihadapkan dengan masalah seumpama ini. Bersyukurlah korang sebab saya tidak diilhamkan merosakkan rumahtangga orang setakat ni.
Tuesday, February 6, 2018
Kali Kedua
Malam ni, sejarah 2016 berulang lagi. Seseorang telah memanjangkan voice Whatsapp perbualan tentang saya dalam satu group.
Subhanallah, kenapa sikap mereka begini? Kalau ada yang saya buat tak betul, tegurlah saya berdepan. Tak perlu mengata saya. Apa yang mereka kata langsung tak ada kena-mengena dengan hidup mereka. Mereka mengata saya, kehidupan saya dan hak saya. Sedih? Ya, memang saya sedih. Sebab saya tak pernah pun kacau hidup orang tapi orang suka mengambil tahu hal saya dan mengata di belakang. Cuma bezanya, kali ni saya dikutuk oleh orang yang tidak benar-benar mengenali saya. So, sedih saya tidaklah sesedih saat menerima kiriman whatsapp 2016 dulu.
Saya sangat pelik, kenapa orang yang tak kenal kita mengata kita? Sedangkan mereka tak tahu siapa kita. Baiklah, biar saya jelaskan di sini tentang apa yang mereka kata saya. Mereka telah memusing jalan cerita 360 darjah. Lain saya cakap, lain yang mereka kata. Kalau ada rancangan NTV 7 yang memaparkan kisah saya tu, nescaya saya akan hantar rancangan tu kat mereka.
Pertama, berkaitan dengan saya memilih jodoh. Ya Allah, saya tak pernah memilih jodoh saya nak yang hebat-hebat. Tapi sebagai manusia, saya berhak untuk pilih dan tentukan pasangan hidup saya. Semestinya saya ada perkara tertentu yang saya ambil kira untuk menjadikan seseorang sebagai teman hidup saya. Takkan saya nak sapu je semua yang datang. Kalau yang datang tu tak-tak? Yang dari awal dah nampak akan menyiksa saya, takkan saya nak ambil je? Mereka pun pasti memilih untuk pasangan hidup mereka kan? Mesti nak orang yang sesuai dengan mereka. Jadi salahkah saya memilih seseorang yang saya rasa bahagia dan tenang bila berada di sampingnya? Saya tak pernah meletakkan yang normal itu sebagai syarat untuk menjadi pasangan hidup saya. Janji dia mampu buat saya jatuh cinta padanya, bahagiakan saya, gembirakan saya serta tenangkan hati saya, ianya memadai untuk memiliki cinta hati saya.
Dalam rancangan tu, saya tak pernah kata yang saya nak orang nampak sebagai pendamping hidup. Cuma saya ditanya, kalau saya ditakdirkan dilamar oleh orang nampak apa pendapat saya? Saya jawab, jodoh tu rahsia Allah, kalau itu takdir saya, maka saya terima seadanya.
Rancangan tersebut turut membicarakan tentang diskriminasi dan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap golongan seperti saya. Temubual berkenaan berlarutan dan menyentuh soal rumahtangga. Wartawan bertanyakan kepada saya soal masalah dalam hubungan. So saya jawab, sebenarnya, isu tidak boleh terima pasangan hidup atau menantu golongan seperti ini bukanlah hanya di kalangan orang nampak tetapi keluarga mereka dari golongan minoriti ini juga belum tentu dapat menerima apabila mengetahui bahawa pilihan mereka adalah dari golongan sama. Wartawan menyoal lagi, pernahkah saya berdepan masalah serupa? Jawapan saya, ya. Dan mereka yang menolak saya iaitu ibu si dia walaupun anaknya yang juga golongan seperti saya mahu bersama saya dengan alasan, saya tidak mampu menjaga anaknya kelak selepas perkahwinan.
Mereka mengata saya bahawa cerita tersebut berlaku antara saya dengan pasangan normal saya. Sedangkan orang yang saya maksudkan dari kalangan saya sendiri.
Kedua, mereka mengata saya yang ada seseorang suka memberi buah tangan kepada saya dan akhirnya saya shok sendiri. Ya Allah, takkanlah semua cerita percintaan saya, saya mahu khabarkan di media sosial. Cerita semua apa yang berlaku dan apa yang pernah kami bualkan? Kalau tak tahu apa yang terjadi, janganlah suka membuat andaian seterusnya memfitnah saya.
Ketiga, dalam rancangan di NTV 7 tu jugak, saya ada menceritakan, sekiranya saya tidak pasti akan padanan baju yang mahu saya kenakan, saya akan ambil gambar baju dan tudung yang mahu saya gunakan, dan whatsapp kepada kawan saya untuk minta pendapat mereka sama ada baju berkenaan sesuai atau tidak dipadankan bersama.
Mereka pula mengatakan, saya beli baju lepas tu, whatsapp kat kawan tanya cantik ke tidak. Kata mereka, tak kuasa mereka buat perkara bodoh macam saya tu.
Fikirlah logik. Kalau saya nak tahu baju tu cantik ke tak, mestilah saya tanya sebelum beli. Buat apa dah beli baru nak tanya. Dalam rancangan tu, siap tunjuk bagaimana saya membeli pakaian, bagaimana saya memilih yang sesuai dengan saya. Tak adapun saya ambil gambar dalam kedai tu dan hantar kat kawan tanya cantik atau tidak. Sebab, setiap kali saya membeli-belah pastinya saya akan bersama kawan yang saya percaya mampu memberi pandangan dan kritikan membina untuk penampilan saya.
Lainkan cerita tu. Padahal mereka tonton rancangan tu. Tapi kenapa mereka salah faham? Sengaja mahu memburukkan saya atau sememangnya mereka tak faham rancangan tersebut?
Jangan suka mengata orang. Sayapun sebenarnya tahu akan cerita yang dibawa orang tentang mereka tapi saya tak tahu kebenarannya. Kalau berdasarkan cerita yang saya dengar, kehidupan mereka lebih teruk dari kehidupan saya. So, kalau saya nak kata, menghina dan memburukkan orang, lebih dari mereka buat saya, saya boleh buat. Tapi saya tak nak. Hari ni kita mengata orang. Esok, apa pulak yang berlaku pada kita? Pasti ada kifarahnya. Kita takkan terlepas.
Tapi saya tahu, dalam orang mengata saya, ada yang melarang mereka berbuat demikian. Ada jugak yang membuat andaian yang berita tersebut akan sampai kepada saya. Memang betul, beritanya cepat je sampai. Terima kasih kepada penyampai cerita. Sekurang-kurangnya, saya tahu siapa lawan dan siapa kawan, siapa musuh dan siapa sahabat. Siap kata saya celaka lagi. Hari ni korang celakakan saya. Berjaga-jagalah, sebab kecelakaan tu tak pernah mengenal siapa dan Allah itu Maha Tahu dan Maha Adil.
Saturday, January 20, 2018
Perompak Yang Gila
Assalammualaikum semua, selamat tengahari...
Pagi ni, saya terima panggilan dari mama.
Subhanallah, rumah mami dimasuki perompak. Dari cara masuk ia seperti orang yang biasa dengan rumah tersebut. Kata mama, dia memasuki rumah melalui bilik air malam tadi. Tikar getah bilik mami tidur rosak teruk kerana tolakan pintu yang kuat. Mami meletakkan kerusi rodanya di hadapan pintu. Jadi, agak sukar untuk mereka memasuki bilik. Dua orang lelaki bertopeng, menyuluh ke dalam bilik menggunakan telefon bimbit sebelum bertindak.
Mereka meminta mami barangan kemas. Mami memberitahu mereka yang mami sudah tua. Tidak ada barangan kemas kerana ianya sudah tidak berguna lagi untuk mami. Syukur mereka tidak mengapa-apakan mami menggunakan pisau lipat berdekatan mami. Telefon bimbit mami diambil. Mereka seterusnya meminta wang. Mami memberikan wang yang ada berdekatannya. Saya tidak pasti jumlahnya kerana masih belum bercakap dengan mami. Abah dan mama balik menjenguk mami. Waktu kejadian adalah dalam jam 3.00 pagi dikala hujan lebat. Pastinya jeritan tidak langsung membantu mami ketika itu.
Ya Allah,
Apakah kemanusiaan semakin tandus di Bumi Malaysia ini? Mengapa orang tua yang uzur dan tinggal bersendirian mahu dirompak mereka? Tidakkah mereka belas terhadap orang tua? Cuba mereka bayangkan jika hal yang sama berlaku kepada keluarga mereka, ibu dan nenek mereka. Kenapa? Kenapa begini jadinya bangsaku? Saya semakin tak faham dengan manusia zaman sekarang. Bangsa manusia yang berperangaikan syaitan.
Saturday, January 13, 2018
Surat Buat Semua Kesayangan Saya
Wahai semua kesayangan saya...
Tahukah kalian betapa kalian bermakna dalam hidup saya?
Tahukah kalian bahawa saya dambarkan hari-hari yang telah terlewati bersama kalian?
Tahukah kalian, apabila saya menyayangi, kasih itu pasti lahir dari hati yang paling dalam?
Tahukah kalian, betapa saya tulus menyayangi kalian?
Tahukah kalian, saya sentiasa ingatkan kebaikan kalian pada saya?
Tahukah kalian, segala yang melukakan hati saya segera saya padamkan dari ingatan agar ia tidak berbekas di hati?
Kenapa?
Kerana saya ingin terus menyayangi kalian tanpa ada rasa kurang sedikitpun.
Dan saya mampu melakukannya meskipun kadang-kadang kata kalian bisa menusuk
Tingkah kalian canggung hingga saya tersinggung.
Tapi kenapa?
Kenapa semua ni berlaku?
Saya tidak ingin kita begini.
Tidak mahu rencah kehidupan ini menjadi racun buat kita dalam meniti batas waktu membelah.
Saya sayang kalian.
Moga kasih sayang ini akan kembali hangat seperti semalam.
P/S: Entri ini tidak ditujukan kepada kawan-kawan yang pergi meninggalkan saya kerana saya telah relakan mereka pergi setelah penghinaan, fitnah dan kata-kata senda yang mereka berikan kepada saya untuk kali kedua.
Tuesday, November 28, 2017
Bukan Saya Tak Hargai
Korang pernah tak diminati oleh suami orang?
Saya selalu tertanya-tanya, adakah saya ni taste suami orang?
Beberapa bulan lalu, saya ada organize sebuah pertandingan.
So, adalah sorang mamat ni, dia dapat nombor telefon saya masa tu.
Suatu hari, dia whatsapp saya. Pada mulanya saya layanlah. Ingatkan sekadar bertanya khabar dan nak jadi kawan.
Lama-kelamaan, makin menjadilah pulak whatsapp dia ni. Hari-hari. Dan call makin kerap. Mula-mula bolehlah sekadar sembang. Tapi kalau kerap, saya pun mula rasa tak sedap hati.
As I told, saya ni memang suka berterus-terang. Saya Tanya dia kenapa dia macam ni?
Seperti yang saya jangka, dia sukakan saya. Gila! Bukan dia ni ada anak isteri ke?
Memang ya pun.
So saya terus-terang cakap, saya tak boleh. Saya tak nak lukakan hati sesama perempuan insya-Allah. Kalau jodoh kita tak tahu. Selagi boleh elak, saya akan elak, mohon keizinan Allah jua.
Katanya, masa bujang lagi dah suka kat saya. Ooo... Kalau macam tu, kenapa dari dulu tak datang kat saya?
Katanya dulu segan sebab saya ni staff kat sini. Sedangkan dia...
Habis apa bezanya dulu dan sekarang En. Abang? Dulu, patutnya lagi mudah awak datang sebab saya bodoh-bodoh je masa tu. Kerjapun macam budak-budak je. Setakat assistant tu, apalah sangat nak segannya?
Ke tak berani? Bila dah jadi suami, ada pengalaman baru confident nak mengorat?
Tolonglah jangan test power kat saya. Saya masih waras dan belum berminat dengan suami orang. Bukan apa, tak nak sakitkan hati kaum sejenis saya. Dan saya ni sensitive dan cemburu orangnya. Tak naklah gaduh-gaduh nanti.
Biarpun saya ni selalu tak bernasib baik dalam soal cinta ni, belum terfikir dek akal saya nak sapu je siapa je yang datang termasuk suami orang.
Biarlah saya terus menanti jodoh saya dan mohon Allah jauhkan daripada suami orang.
Tentang masalah awak dengan isteri, pandai-pandailah handle. Awakkan ketua keluarga. Allah bagi awak kahwin sebab Dia tahu awak mampu jadi suami. Pasti awak dapat selesaikan masalah rumahtangga awak. Janganlah heret saya sekali dalam permasalahan tu. Cari orang lain bila ada masalah rumahtangga, bukan penyelesaiannya. Tu namanya tambah masalah.
Dah banyak kali saya cakap dia kawan saya.
Tapi sampai ke beberapa minit sebelum saya tulis blog ni, saya masih terima whatsapp dari dia. Setiap hari. Kalau tak whatsapp pun call. Call saya selalu tak jawab. Kalau jawabpun, saya akan bagi tahu saya sibuk. Whatsapp kadang-kadang balas dan kadang-kadang tidak. Kalau balaspun sekadar jawab apa yang dia Tanya. Bukan melayan mesra.
Dia Tanya pulak saya, kalau anggap dia kawan, kenapa tak nak sembang dengan dia dan tak nak chatting dengan dia. Yelah, dah awak tu dah ada perasaan lain kat saya. Kalau saya layan, awak makin dibuai perasaan. Lepas tu makin jauh dari isteri awak. Silap-silap boleh bercerai-berai. Saya tak naklah jadi macam tu. Lebih baik saya menghindar. Penyakit hati dan perasaan ni pun sama jugak macam sakit fizikal, lebih baik cegah dari mengubati. Saya bukan sombong dan memilih tapi saya buat semua ni untuk kebaikan dia dan keluarganya. Kalau saya fikirkan seronok dan diri saya, saya layan je. Lantaklah orang lain terluka dan menderita.
Luka kerana cinta tu sangat pedih. Saya dah rasa. Kalau boleh, saya tak nak jadi penyebab kepada kelukaan orang lain lebih-lebih lagi perempuan bergelar isteri.
So, kaum perempuan, janganlah takut seandainya suami kamu memuji saya. Insya-Allah, ia hanya sekadar pujian buat seorang manusia dari seorang manusia lain. Insya-Allah saya cuba untuk elak dari hal-hal yang tak sepatutnya. Sebab saya tahu, ada suami orang yang memuji saya di hadapan isterinya.
OKlah. rasa nak balik. Agak-agaknya saya terserempak tak dengan you kalau balik sekarang? takkan. Dah lewat. Mesti you dah balik. Kalau takpun, dia balik lewat lagi.
Bye, bye readers.
Bimbang Hati Terluka
Assalammualaikum semua,
Korang dah balik?
Saya masih kat office.
Rasa takut nak balik awal. Takut bertembung lagi.
Bukan saya membenci tapi, bimbang hati luka lagi.
Pedihnya masih terasa hingga kini.
Biarlah you balik dulu. I balik lewat tak apa. Tak ada apa yang nak dikejarkan.
You, kasih sayang I ikhlas untuk you. Sebab tulah walaupun seketika ianya mendalam. Biarpun sejenak, bukan mudah bagi I melupakan you.
Tak apalah. Dah takdir. Allah nak I sering terluka. Mungkin inilah cara Allah mengajar I supaya hargai orang yang akan datang, yang sanggup hidup bersama I, terima I sepenuh hatinya.
You,
Mungkin pertemuan semalam tidak ada apa bagi you sebab, you ada dia yang sempurna untuk you. I dapat bayangkan betapa you bahagia dan happy bersamanya. Sebab tulah I tak nak lagi ada dengan you. Bukan sebab benci tapi sebab paling utama, I tak nak lukakan hati I sendiri dengan menyaksikan kebahagiaan you bersama dia. Dan yang kedua, I tak nak musnahkan kebahagiaan you dengan dia. Biarlah you lukakan hati I, asalkan I tak lukakan hati orang. Lagipun I sedar, I tak punya apa-apa untuk you banggakan. Dan mungkin kini, you bangga memiliki dia yang punya segalanya.
You,
Pertemuan semalam benar-benar memberi kesan dalam hati I. Yelah, bertemu dengan orang yang benar-benar kita rindu kan? Yang pernah mengubat luka hati kita yang teruk dilanda tsunami.
Bukan I benci you. Bukan tak nak jumpa you. Kalau kita sukakan seseorang, mestilah nak selalu jumpakan? Tapi I tak sanggup untuk menahan rasa pedih yang memilukan.
Luka kaki I ni pun tak sepedih hati I semalam. Sebab tu masa kaki I luka dulu I tak nangis pun. Tapi semalam, you tak tahu macam mana I sedih dan nangis bila sampai di Ara Damansara.
Apa? Pembaca nak ketawakan? Ketawakanlah. Saya bukan seorang yang ego untuk melindungi perasaan saya. Saya suka berterus-terang. So kalau nak mengata kat belakang katalah. Jangan sampai satu dunia pulak kecoh fasal saya. Biasalah mulut komuniti saya ni semuanya hebat. Kalau hal saya ni dah tak terbendung nanti, saya akan letak pass word pulak blog ni.
Saturday, November 11, 2017
Bukan Sombong
Assalammualaikum readers,
Nak pergi Melaka tak jadi, kita tulis blog je la.
Bercakap fasal sombong tak sombong ni, persepsi saya pada orang yang dikatakan sombong dah berubah. Kalau dulu, saya akan pandang slack pada orang yang dikatakan sombong. Tapi bila saya fikir balik dan berdasarkan pengalaman sendiri, kadang-kadang, kita bukan nak jadi sombong. Tapi keadaan dan orang yang memaksa kita bersikap demikian, untuk protact diri kita.
Golongan paling ramai kena dengan saya adalah golongan lelaki.
Kenapa? Sebab dia orang ni suka jual minyak. Saya tak suka. Sudah, sudahlah tu. Saya dah malas layan benda-benda macam ni. Korang sebenarnya tak ikhlas pun dengan saya. Korang sekadar nak main-mainkan saya. Tolonglah jangan buang masa saya. Daripada melayan korang, lebih baik saya buat benda yang saya suka dan menyeronokkan. Atau pun untuk membina kerjaya saya.
Saya letih, letih dan letih. Tak payah nak mengayat saya. Minyak Wangi sayapun dah banyak, so saya tak perlukan minyak korang. Pergilah jual kat perempuan lain yang minat nak beli.
Ketika saya tulis blog ni, saya sedang rasa rimas, rasa malas layan dan rasa macam nak lari ke suatu tempat baru yang tak ada orang kenal saya. Kenapa?
1. Suami orang yang merayu cinta saya. Minta maaf, antara hati lelaki dan perempuan, setakat ni, saya memilih untuk jaga hati perempuan. Awak cakaplah, awak tak bahagia ke, wife awak tak seperti yang diinginkan ke, selagi awak tu bernama suami orang, saya takkan bagi peluang. Dan kalau awak duda disebabkan sayapun, sorry, saya lagi akan menjauh. Hari ni masa jadi suami dia awak kata jatuh cinta kat saya. Esok kalau jadi suami saya, jatuh cinta kat siapa pulak eh? Kata suka saya dari dulu. Tapi kalau betul, kenapa tak pernah cuba masa bujang dulu? Bila dah kahwin baru nak try? Nampak tak permainannya di situ? Kalau dulu pernah try, kata minat dah bertahun lepas tu kahwin dengan orang lain, betullah jodoh. Hmmm... Saya bukan budak lagilah. Kalau 10 tahun lalu nak cakap macam tu dengan saya, bolehlah. Tak payahlah sibuk-sibuk nak tambat hati saya. Jagalah rumahtangga awak tu elok-elok. Anak dan isteri awak tu perlukan awak. Jangan risaukan saya. Tahulah saya uruskan hidup saya. Banyak kali saya cakap kita kawan. Tapi macam tak faham. Bila dia call kita jawab, makin menjadi pulak. Malaslah nak layan. So, orang nak kata apa? Nak kata saya sombong? Katalah. Apa lagi pilihan yang saya ada selain dari tak layan dia? Layan lepas tu rosakkan rumahtangga orang. Macam tu? Nanti orang kata pulak, perosak rumahtangga orang. Semua kita buat, semuanya salah.
2. Ada lelaki bagi saya plaka Tembok Besar China. Siap tulis nama saya lagi. Mulanya saya tak perasan plaka tu ada nama saya. Dia call Tanya, baca tak kat plaka tu ada nama saya? Ya, betul ada nama saya. Saya Tanya dia, awak naik ke tembok tu? Naik katanya.
"Habis tu kenapa tulis nama saya?"
"Tanda saya ingat kat awak. Jauh manapun saya pergi, walaupun saya yang naik, saya tulis nama awak sebagai tanda ingatan saya kat awak. Tak kisah kalau nama saya tak ada. Saya buat nama awak je,"
Manis tak bunyinya? Pick up line yang boleh buat perempuan rasa terawang-awangan kan? Tapi saya amat kenal perangai dia. Sudah, sudahlah tu.
"Ya ke?" Jawab saya acuh tak acuh.
Dalam hati: "Entah betul entah tidak,"
Allah tu Maha Kuasa. Dia sentiasa menjaga saya dan menyelamatkan saya. Allah tunjukkan kebenarannya. Kawan saya bagi tahu dia dapat plaka yang sama dan bertulis nama dia. Dengan kawan saya, dia kata kawan saya dengan ada sorang lagi kawan je yang dapat. Subhanallah, kau ni memang penipulah. Memang habis terus raspek saya kat dia. Dahlah sebelum ni pun raspek saya dah hamper habis. Ni pun lagi sorang. Kalau dah jadi suami orang, buat perangai macam suami orang. Masa kau nak jadi kasanova dah habis. Tak kisahlah kalau awak tu cinta pertama saya pun. Orang kata, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Saya tak nafikannya. Tapi, sekejap je saya setuju dengan kata-kata tu sebab, cinta saya buat dia dah mati. Tak ada lagi yang tinggal. Siapa yang gilakan perhatian dari lelaki yang berwajah kacak dan sado tu ambillah. Saya dah tak kisah. Siapa konon nak rasa dibelai dengan kata-kata romantic tu, silakanlah. Saya tak cemburu pun. Siapa nak ada boy friend yang kononnya banyak duit tu pergilah. Sikit pun saya dah tak rasa apa. Sebab apa? Sebab dia dah main-mainkan saya dah banyak kali. Ayat romantic macam manapun yang dia tuturkan tidak lagi mampu membuat hati saya tertawan. Minta maaflah. Hati saya dah hancur dan tiada lagi saya sandarkan harapan buatnya. Kalau dia call pun saya dah lama malas nak jawab. Sombong ke saya? Sekali lagi, apa pilihan yang saya ada? Lebih baik saya jaga hati saya daripada dihampiri dan disakiti lagi. Awak jaga jelah hati isteri awak dan hati perempuan-perempuan yang tergila-tilakan awak. Ada jugak perempuan yang rela buat hubungan dengan kekasih orang di belakang masa saya dengan dia dulu. Bukan saya tak tahu, ada perempuan yang diam-diam menghampiri dia dan dilayan. Lepas tu dua-dua berlakon macam tak ada apa. Siap perempuan tu bercerita lagi pada orang, yang saya tak tahu bahawa dia rapat dengan boy friend saya. So, sekarang, kita dah tak ada apa-apa. Pergilah nak ngorat siapapun. Dan siapa yang nak pun, pergilah. Saya dah tak nak tahu tentang dia. Bukan sombong tapi dia terlalu banyak menyakitkan hati saya.
Dahlah, penatlah tulis. Nak pergi cari makan pulak. Mihun sup, jangan tak buka kedai pulak si Dad ni. Takkan nak makan Secret Recipe lagi?
Wednesday, February 8, 2017
Berita Malang Lagi
Selang sehari, saya terima berita malang lagi.
Mama saya telefon. Memberitahu saya bahawa cucu Mak Long sebelah abah saya kemalangan di Bukit Putus.
Kata mama, dia tengok berita TV tentang kemalangan tu. Dia tengok Kereta Myvi putus dua setelah berlanggar dengan Kelisa. Tak lama kemudian, telefon bimbit abah berdering. Pak Su saya call dari Negeri Sembilan memaklumkan bahawa cucu Mak Long dua beradik kemalangan di Bukit Putus. Jadi kemalangan yang mama saya tengok di TV tu cucu Mak Long kami. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal dan berada dalam ICU. Sementara pemandu Kereta Kelisa meninggal dunia.
Kejap tadi saya dimaklumkan lagi bahawa seorang patah bahu, paha dan betis dan telah dimasukkan ke wad manakala sorang lagi masih dalam bilik bedah belum keluar sejak tadi.
Ya Allah, berilah yang terbaik kepada mereka Ya Allah.
Ya Allah, Kau jagalah diriku, seluruh ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku daripada mala-petaka dunia dan akhirat.
Amin...
Saturday, January 21, 2017
Tiba-tiba...
Malam ni, tiba-tiba teringat kat awak. Tak habis saya berfikir, kenapalah awak sampai hati buat saya macam ni? Sedangkan awak terlalu baik pada saya sebelum ni.
Lebih mengecewakan saya, bila tahu akan isi perbualan awak bersama suami Zarina tahun lepas. Tergamak awak cakap macam tu. Mujurlah kata-kata awak tak mempengaruhi suaminya yang ketika itu bakal suami. Kenapa ya fikiran awak terlalu singkat? Kata-kata En. Syam langsung tak melekat kat hati awak. Untunglah Zarina kerana mempunyai suami yang teguh pendiriannya. Yang rela menemani Zarina untuk sepanjang hidupnya, insya-Allah. Saya doakan mereka bahagia sampai Jannah. Maka, tahulah saya, dah lama rupanya awak berniat untuk tinggalkan saya. Agaknya, sebab tulah awak jarang datang jumpa saya. Alasan susah parking tu mungkin alasan sematalah kot. Hinanya saya rasa saya pada pandangan mata awak. Kalau En. Syam ceritakan semua isi perbualan tu pada saya, pasti saya faham dan lebih bersedia.
Tak apalah awak. Kalau kesempurnaan yang awak cari, percayalah, awak takkan rasa bahagia sebab kesempurnaan tu tak pernah wujud di fana ini. Percayalah cakap saya. Kalau hari ni awak tinggalkan saya dengan alasan saya tak sempurna, maka akan tibalah hari awak nanti yang akan ditinggalkan atas alasan yang sama. Allah tu Maha Adil. Jika apa yang berlaku dalam hidup awak sebelum ni tidak menjadi pengajaran pada awak, maka akan datanglah pengajaran baru buat awak agar awak belajar dan ianya merupakan suatu peringatan daripada Allah.
Friday, January 6, 2017
Ya Allah, Selamatkan hatiku
Ya Allah,
Mengapa rasa ini perlu hadir?
Mengapa ia perlu ada?
Ya Allah,
Andai dialah pemilik hatiku yang mutlak,
Maka, Kau berilah petunjukMu,
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya,
Permudahkanlah jalan bagi kami.
Tapi jika tidak Ya Allah,
Selamatkanlah hatiku daripada derita cinta ini,
Tutupkanlah hatiku buatnya,
Dan berilah aku ganti yang lebih baik.
Amin...
Ya Allah,
Saya rindu dia.
Tolonglah Ya Allah,
Kerana hatiku ini milikMu,
Aku tidak mahu lagi mengharapkan sesuatu yang bukan kehendakMu dan bukan milikku
kerana pedihnya terlalu menyiksakan.
Aku mohon Ya Allah,
Jagalah hatiku,
Bimbinglah ia agar seiring dengan kehendakMu.
Amin...
Monday, January 2, 2017
Cinta Membawa Aku Ke Sana
Kan dah banyak entri sekali post ni. Biasalah saya kan?
Korang percaya tak bahawa kuasa cinta tu luar biasa?
Korang percaya tak cinta tu menjadikan kita boleh buat apa yang kita tak boleh buat?
Korang percaya tak, kerana cinta, sang raja bisa menjadi hamba?
Dan orang-orang yang kenal saya, pasti mereka tahu, saya tak pernah naik bas sorang-sorang terutamanya untuk perjalanan jarak jauh.
Demi mengejar sebuah cinta dan menyelamatkannya, saya pernah ke Perlis sorang diri dengan menaiki bas waktu malam. Itulah kali pertama saya naik bas sorang-sorang untuk perjalanan jarak jauh. Dan itulah kali pertama saya jejakkan kaki di negeri Harum Manis tersebut. Ianya datang dari semangat seorang sinior di pejabat, "Kalau Tinta betul-betul sayangkannya, Tinta kena berusaha untuk selamatkan hubungan ni. Tinta kena all out," Maka, berbekalkan kata-kata semangat itu, saya ke sana. Untuk memperbaiki hubungan kami. Masa tu, saya tak ada rasa takutpun. Yang saya tahu, saya harus tiba segera ke sana untuk menyelamatkan cinta saya yang saya lihat menuju kehancuran menerusi Facebook.
Tapi, benarlah kata orang, kalau orang dah tak suka, apapun yang kita buat, tetap dipandang sepi meskipun pada mulanya ada bibit-bibit pemulihan. Tapi setelah itu... Mungkin pilihan banyak kot di Facebook. Jadi, belahnya tidak bisa lagi bercantum.
Orang memang akan kata saya gila. Saya tak kisah. Dua orang je kawan saya yang tahu akan pemergian saya ke sana. Sorang kata, pergilah kak, selagi mampu untuk berusaha, berusahalah. Supaya akak tak menyesal. Sorang lagi pulak kata, awak tak payahlah pergi sana. Bahaya. Saya risaukan awak. Lantas saya yakinkan dia, bahawa saya boleh dan Insya-Allah, tidak ada apa yang buruk berlaku. Saya tinggalkan nombor telefon si dia buat kawan saya tu. Kalau dia tak nak jawab call saya, merekalah yang akan hubungi dia untuk memberitahunya tentang pemergian saya ke sana menjejaknya.
Diapun terkejut bila tahu akan kedatangan saya. Dia kata saya jangan jadi gila. Ya, jangan jadi gila. Tapi dia yang buatkan saya jadi gila. Nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan? Itulah kata-kata yang sering saya pegang kala melakukan sesuatu.
Hampa tetap hampa. Cinta itu musnah jua akhirnya. Tapi sekurang-kurangnya saya tak ralat. Saya dah sehabis daya berusaha. Ianya hampa bukan kerana saya membiarkannya begitu saja. Saya berikhtiar untuk memulihkan hubungan. Tapi, bila tiada kerjasama dari pihak sebelah sana, maka ianya hancur. Ianya disebabkan oleh kehancuran itu disumbangkan oleh pihak sana yang mahu cepat ianya hancur. Maka keputusannya hancurlah. Hancur di depan mata saya. Hanya dengan perkataan "ya."
Semoga, susah-payah saya yang tak seberapanya ni akan awak ingat suatu hari nanti. Bila saya dah jauh pergi dari hidup awak. Mungkin pada awak, ada orang lain yang jauh lebih baik, yang akan berkorban lebih besar untuk awak. Itulah yang awak kejarkan sangat. Dan kerana dia, segala yang pernah kita lalui, hilang begitu saja dari ingatan awak. Mungkin awak dah hilang ingatan kot. Kerana dia jugak, semua kebaikan saya yang pernah awak puji dan sebut-sebut semua jadi buruk. Tak apalah, Allah ada.
Lepas ni saya takkan layan orang baik macam ni?
Tak. Saya tetap saya. Insya-Allah, kalau Allah kembalikan dia pada saya atau Allah gantikan dia dengan orang lain, saya akan tetap berikan yang terbaik dan insya-Allah lebih baik daripada tu.
Tahukah kalian, saya ada sekeping cinta yang amat mahal dan sekeping hati yang tulus yang pernah saya berikan pada orang. Orang menolaknya dan saya menyimpannya kembali untuk saya hadiahkan kepada orang yang benar-benar Allah janjikan buat saya. Insya-Allah.
Cinta Yang Merosakkan
Cinta itu pernah membahagiakan saya suatu ketika dahulu. Mengubat lara hati yang pernah dilukakan cinta sebelumnya.
Tapi kini, cinta yang membahagiakan itu bertukar menjadi cinta yang merosakkan saya. Merosakkan hati saya, merosakkan perasaan saya, merosakkan kepercayaan saya buat seorang lelaki dan paling penting, kala ini, ianya sedang merosakkan diri saya, kesihatan saya.
Ya, saya tak salahkan cinta kerana cinta itu suci. Saya yang salah. Hanyut dan akhirnya membakar diri. Mana mungkin saya boleh menjadi seperti biasa kala hati dilanda duka nestapa?
Orang tanya saya, diet ke? Ya, memang saya diet. Tapi diet saya bukan untuk kurus begini. Diet saya sekadar untuk mendapatkan tubuh yang cantik, yang ideal bagi seorang perempuan. Diet saya juga untuk kesihatan saya. Kalau tak, takkanlah saya beria-ia pergi kelas renang kan?
Tatkala ujian melanda, selera makan saya semuanya hilang. Lantas hasilnya? Nah! Lihatlah. Lihatlah hasilnya yang ada depan mata kalian sekarang. Saya bukan lagi saya yang dulu. Rata-rata orang mengatakan saya terlalu kurus. Mungkin over diet seperti kata En. Nizam siang tadi. Katanya, saya banyak susut dari kali pertama dia jumpa saya 2015. Saya ketawa je. Malas mengulas.
Pakaianpun semua bertukar ke saiz S malah ada yang XS. Setiap kali nak pakai live jacketpun, orang terpaksa cari yang paling kecil untuk saya. Masa kayak, pakai live jacket budak. Mujurlah ianya tak effect pada bentuk tubuh. Mujurlah belum jadi papan macam dulu, lurus je dari atas ke bawah.
Dan sekarang, saya mula menghidap gastrik. Walaupun doktor belum mengesahkan, tapi saya tahu ia memang gastrik berdasarkan tanda dan apa yang berlaku. Doktor klinik pejabat yang tak berapa nak betul tu kata angin. Tapi saya tahu ia bukan angin biasa. Kalau angin bagi ubat gastrik tu kenapa?
Saya pernah kena angin walaupun jarang. Tapi tak macam ni.
Dah seminggu lebih saya sakit macam ni, angin lagi ke?
Saya sakit pada ulu hati. Kemudian angin akan menggelodak dalam perut. Rasa pedih perut bila ia kosong. Bila makan terlebih, ia akan sakit jugak pada ulu hati. Angin mula menggila. Kemudian saya akan diserang rasa sakit yang amat. Akan muntah sampai perut kosong dan berak-berak. Saya mesti tak mampu nak buat apa dah masa tu dan akan terbaring, terus tidur. Nak lelappun susah sebab sakit. Susah sangat nak jaga makan. Lewat pun tak boleh, kurangpun dia buat hal, terlebih lagi dia mengamuk. Paling susah bila terlebih makan. Muntah, sakit perut yang amat, sukar saya gambarkan dan berak-berak sampai saya rasa macam umur saya dah tak panjang. Dan setiap kali sakit tu datang, saya pasti berdoa, "Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku kala aku keseorangan begini." Yelah, nanti busuk pulak mayat saya sorang-sorang kat rumah saya ni. Apalah Chiko boleh buat kalau ianya berlaku. Kesian Chiko nanti.
Sekarang, nak makanpun saya kena pilih. Kena fikir, masakan ni letak apa. Takut salah makan. Salah sikit je, saya yang habis. Nak makan tu tak boleh, ni tak boleh. Kata kawan, buat sementara je. Bila dah OK nanti, saya boleh makan semua benda balik. Ni dah seminggu lebih, dia still rasa sakit. Still tak boleh makan sesuka hati. Kuantiti makanpun kena jaga. Perut ni terasa hampir sepanjang hari. Kalau tak sakit, rasa pedih, takpun rasa angin menggelodak. Hanya sedikit masa yang dia rasa OK. Mujur masa aktiviti dia OK nak-naknya masa tandem Sabtu kelmarin. Sekarang nipun dia mula dah bagi saya isyarat. Mula rasa pedih. Saya tak tahu apa dia nak. Saya yang kurang makan roti ni, kini roti sentiasa ada. get ready takut perut kosong. Makan kosongpun jadilah. Kata kawan, dua jam sekali kena makan. Jangan makan berat, sekadar alas perut. Dia tak boleh kosong langsung. Kena makan jap ni.
Paling sedih, segala jus kegemaran saya, pedas, keju dan susu saya tak boleh ambil. Malah, buahpun bukan semua buah saya boleh makan buat masa ni. Semoga Allah bagi saya sembuh cepat. Dah dua tiga jenis ubat saya beli selain daripada ubat yang doktor bagi. Tapi sakitnya masih ada. Saya dah set dalam minda, kalau saya sakit sangat, call je 999 biar ambulan datang dan bawa saya pergi hospital. Tak payah susahkan orang. Manusia sekarang bukan boleh sangat kita minta tolong nanti bosan dan mengungkit. Saya tak nak benda tu jadi lagi dalam hidup saya. Penyelesaian paling baik, ambulan. Dah memang tugas dia kan bawa orang pergi hospital. Tak payahlah naik teksi sorang-sorang malam-malam buta, bahaya. Sekarang saya faham kenapa abah mengelak sangat untuk minta tolong orang. Abah kan makan garam dulu dari anak dia ni. Pernah jugak saya terfikir nak ajar Chiko call 999 ni macam Mat Salleh ajar anjing. Tapi susahlah. Chiko tak macam anjing. Tahulah Allah apa yang Dia rencanakan. Tak payah fikir sangatlah.
Awak,
Tahukah awak bahawa saya sangat menderita dengan segala perbuatan awak pada saya? Kenapa awak? Kenapa awak sanggup buat saya yang pernah awak sayang macam ni? Tiadakah sekelumitpun perasaan belas awak pada saya lagi? Dulu bila saya sakit, awaklah orang pertama akan ambil tahu dan cepat-cepat bawa saya ke klinik untuk rawatan. Kalau sekarang saya beritahu awak, pasti awak marah saya macam saya bagi tahu awak fasal kena sengat dulu. Saya terkejut awak boleh marah saya malam tu. Macam tak ada perasaan simpati langsung pada saya. Lantas saya berfikir, ke manakah saya telah awak campak dari hati awak? Saya bagaikan orang asing. Macam musuhpun ada. Kalau saya keluar sorang-sorang lewat malam pergi klinik sebab sakitpun awak macam tak rasa apa. Bimbang jauh sekali. Tak apalah awak, Allah tu ada dan Maha Adil. Hidup kita ni ibarat roda. Mungkin sekarang awak di atas jadi, dengan mudah awak pijak saya. Saya pasrah.
Friday, December 2, 2016
Berhenti Berharap
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati.
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini.
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Samdpai nanti suatu saat
Tak ada cintaku dapat.
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan.
Aku pulang
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku.
Aku pulang
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu.
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita.
Rebahkan tanggungmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua.
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cintaku dapat.
Thursday, November 17, 2016
Bertabahlah Hati
Wahai hati yang luka, bersabarlah kerana Allah tahu apa yang Dia buat...
Wahai hati yang lara, bersabarlah, kerana Allah tahu itu yang terbaik buatmu...
Wahai hati yang sengsara, bersabarlah, kerana pahit itu pasti ada penawarnya...
Wahai hati yang derita, bersabarlah, kerana tiap kelukaan itu pasti ada ubatnya...
Sunday, October 16, 2016
Mengapa Saya Diam?
Assalammualaikum semua,
Hampir dua bulan saya tak update blog ni. Bukan saya tak mahu update tapi saya rasa terlalu lemah, terlalu dukacita dan terlalu tersiksa. Selalunya kalau saya diam itu bermakna saya amat terasa hati dan sedih. Maka saya diam, cuba membendung lara hati. Memujuk hati rajuk. Ternyata, hati lara ini sukar diubati. Malah rindu, kasih dan saying saya masih utuh untuk dia. Cuma, saya mampu menulis meskipun tangis masih lagi menemani hari-hari saya.
Tuesday, August 23, 2016
Ombak Rindu Membadai Hatiku
Ya Allah,
Rindu ini kian menyiksa. Aku tersiksa, semakin tersiksa. Aku rindukan dia.
***
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kernaku tak sanggup
Kernaku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat kamu kala dukaku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku.
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung.
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahuku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku.
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti.
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya.
Kernaku tak sanggup
Kernaku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.
***
Nota:
Awak,
Selama Allah izinkan, saya akan terus mencintai awak walaupun awak tak perlukan cinta saya.
Selagi Allah izinkan, maka awak akan terus berjalan diiringi cinta saya biarpun awak tidak merasainya.
Semoga suatu hari nanti, awak akan rasa kehadiran cinta saya bersama awak.
Insya-Allah, amin...
Saturday, August 20, 2016
Awak Di Mana?
Awak,
Awak kat mana?
Balik rumah mak ke datang KL?
Awak,
Dulu awak selalu cakap, walaupun awak tak call saya, awak selalu fikir fasal saya.
Sekarang awak masih fikir ke fasal saya walaupun awak jauhkan diri dari saya?
Awak,
Biarlah saya cakap berulang kali kat sini.
Biarlah kalau pembaca blog ni bosan.
Saya tetap nak ulang untuk ke sekian kalinya, saya rindu kat awak.
Rindu sangat-sangat kat awak.
Friday, August 19, 2016
Rindu Yang Tak Pernah Padam
Awak,
Rindu ini masih mendera saya. Terlantar saya dalam kamar sepi tak berpenghuni. Hanya ada saya, saya yang menyusuri waktu-waktu bersama awak.
Awak,
Tiadakah sekelumitpun saya dalam ingatan awak? Apa telah hilang segalanya tentang saya pada awak?
Awak,
Sampai sekarang saya tunggu panggilan yang awak janjikan, tapi awak tak tunaikan. Kenapa awak? Awak sengaja mahu lari daripada masalah yang awak ciptakan kan? Awak tak mahu berhadapan dengan saya, tak mahu menjawab segala soalan saya. Kenapa? Tak salahkan kalau saya meminta penjelasan awak.
Awak,
Hidup ini bukan sekadar untuk suka-suka. Bertemu dengan seseorang, suka dan luah perasaan. Kemudian bila kita rasa pasangan kita ada kekurangan atau kesilapan, dengan mudah kita tinggalkan dan pergi kepada yang lain, yang belum tentu sempurna dan baiknya.
Awak,
Hidup ini bukanlah atas dasar hak mementingkan diri sendiri semata-mata tetapi tanggungjawab itu lebih utama. Bertanggungjawablah atas semua yang kita lakukan bukan keluar dan lari daripada masalah.
Awak,
Dalam dunia ini tiada yang sempurna. Jika awak mencari kesempurnaan, maka awak tidak akan temuinya sampai bila-bila kerana hakikat kejadian makhluk bersifat baru ini penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
Awak,
Ingatlah, setiap yang kita lakukan itu dalam pengetahuan dan penglihatan Yang Esa. Yang menghitung segala amal kita meskipun sebesar zarah.
Thursday, August 18, 2016
Sayu Bertandang
Awak,
Sayu mengunjungi saya pagi ini. Dia mengusung rindu bersamanya. Rindu buat awak. Rindu ini menusuk ke lubuk hati paling dalam sehingga ngilunya tiada tertahan. Lantas memaksa genang air mata membasah pipi.
Awak,
Taman cinta ini tiada lagi mendapat siram baja kasih awak sehingga bebunganya tak seindah dulu. Ia layu dan hampir mati. Lantas... Saya mohon belas kasihan Allah dan Dia turunkan hujan kasih menyegarkan cinta layu ini. Sehingga daunnya menghijau kembali dan menerbitkan bunga wangi sementara menanti baja kasih awak, ianya terus mekar serata taman. Lalu diamlah saya di bawah rimbunan kasih ini mendakap sayang anugerah Ilahi menanti awak yang saya rindu.
Awak,
Kala menanti awak, saya keseorangan di sini, membaja seluruh taman agar bunga-bunganya tidak layu dengan hujan kasih keramat Yang Esa.
Ya Allah,
Sampaikan salam rinduku untuk Ahmad Fauzi Bin Mohd Shariff, sehingga aku menjadi kerinduannya.
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)