Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Sesuatu Yang Menyentuh Hati. Show all posts
Showing posts with label Sesuatu Yang Menyentuh Hati. Show all posts
Sunday, June 3, 2018
Makin Mahal Makin Merepek - Edited
Masih nak cerita pasal handbag. Maklumlah, hari ni asyik duk baca pasal handbag je.
Bagi saya, beg ni semakin mahal semakin merepek dan makin tak cantik. Beg Birkin milik Datin Sri Rosmah Mansor misalnya, taklah cantik cuma mahal dan melambangkan kekayaan seseorang. Bak kata kawan saya, Birkin beg tu memang asli kulit buaya, tak proses pun kot. Kalau pegang boleh rasa tekstur kulit buaya sebenar. Begnya pun macam paper beg je. Hahahaha.... Memang kalau saya tak belilah.
Mujurlah Allah bagi keinginan saya ni pada beg yang cantik design dan mahal tu pun bukan mahal yang melampau sampai boleh beli rumah sebiji. Tu membazir bagi saya. Pada orang yang minat itu mungkin satu kepuasan.
Semalam, saya naik Grab. Driver Grab tu cukup marah dengan Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Paling dia marah pasal beg Birkin. Katanya beg tu diperbuat dari kulit buaya. Kenapa mesti ambil kulit buaya? Kata driver India itu lagi, Tuhan dah bagi kambing, lembu, guna jelah kulit yang Tuhan kata boleh guna tu. Kenapa mesti aniaya binatang lain yang Tuhan tak bagi kacau?
Bila saya fikir balik. Betul jugak. Dah alang-alang Allah bagi kita makan kambing dan lembu, dah binatang tu mati, gunakanlah semua yang boleh digunakan. Buaya tu bukan untuk kita makan kan?
Petang ni, Ruzi jemput saya buka puasa di rumahnya. Sambil makan, kami bercerita pasal Birkin. Kata Ruzi, buaya disiat kulit hidup-hidup untuk buat beg tu.
Saya kan sifat ingin tahu tu tinggi. Tak naklah sekadar dengar cakap orang je. Entah betul entah tidak. So, saya pun berlegar-legar dalam google mencari kebenaran cerita Ruzi. Puas cari maklumat bahasa Melayu, tak ada satu pun yang sebut tentang tu. Indonesia pun sama. Saya search in english. Yes! ada satu artikal di Wikipedia tentang Birkin ni. Saya mula membaca.
Ya Allah, tragisnya. Kalau saya, saya takkan beli Birkin. Kesiannya buaya-buaya yang jadi mangsa kerakusan manusia. Anak buaya berusia 1 tahun ditembak. Sebelum anak buaya tersebut mati dan masih mampu merasai kesakitan, kulitnya disiat untuk dibuat handbag Birkin. Sedihkan? Saya menangis. Kenapa sampai hati manusia buat binatang macam tu sedangkan binatang tu tak bersalah? Buaya tu memang ganas. Tapi kerana dia binatang, saya tak mampu membendung rasa sedih saya. Kenapa manusia sanggup buat macam tu? Tak boleh ke guna material lain atau cara lain untuk buat beg mewah? Jane Birkin akhirnya meminta agar Hermes menghentikan penggunaan namanya terhadap model beg tangan tersebut kerana perikemanusiaannya terhadap binatang. Hermes dibenarkan menggunakan namanya sekiranya apa yang dilakukan untuk pengeluaran beg tidak menyalahi etika. Satu yang bagus tentang Mat Salleh ni, biarlah banyak manapun duit tapi kalau menganiaya, mereka rela tidak mendapat bayaran. Bayangkan, berapa juta agaknya Hermes bayar Birkin untuk penggunaan namanya dalam pengeluaran beg milik Hermes?
Kalau saya jentik Chiko bila dia salah pun, lepas tu saya rasa menyesal dan kadang-kadang saya nangis. Tapi saya harus ajar dia supaya jangan buat itu dan ini.
Kalau saya jutawan sekalipun, saya rasa saya takkan beli Birkin. Selain dari designnya yang tak menarik walaupun diletakkan berlian, tambah pulak menganiaya binatang, memang tidaklah.
Saya teringat pada satu rancangan TV yang pernah saya tonton ketika zaman kanak-kanak. Proses membuat tali jam dari kulit ular. Bayangkan, ular menimbun dalam tempat simpanan kaca, diambil satu persatu dan disiat kulitnya hidup-hidup. Kan bagus kalau ular tu patuk je manusia macam tu. Ish, saya tak boleh ingat semua ni. Saya sedih walaupun saya takut dengan reptilia tu. Mendengar namanya saja dah buat saya takut dan geli.
OK la, nak search cara bawa kucing dalam perjalanan panjang. Saya masih menimbang sama ada nak bawa balik atau tinggal Chiko kat rumah raya ni.
Monday, May 21, 2018
Berikan Kepada Mereka
Perkara ni berlaku masa saya balik angah kahwin hari tu.
Suatu malam, ketika saya duduk-duduk di ruang tamu, saya dikejutkan dengan kepulangan abah dari masjid dengan tergopoh-gapah. Kenapa pulak abah ni?
Abah meluru masuk ke dalam rumah menuju ke arah saya setelah membuka pintu.
Abah: Quran kau tu pakai tak?
Saya: Pakailah.
(Saya pelik dengan abah ni. Bukan dia tak tahu saya menggunakan quran tu. Malah, dia yang selalu suruh saya baca Al-mulk, Al-kahfi dan lain-lain. Saya hairan. Kenapa abah ni? Sedangkan dia selalu Nampak saya duk pilih-pilih jilid Al-quran tu.)
Abah: Kalau pakai tak apalah.
(Kedengaran suaranya kehampaan.)
(Dah kenapa?)
Saya: Kenapa?
(Saya lantas bertanya seakan ada sesuatu yang tak kena dengan jawapan saya sebentar tadi.)
Abah: Tak adalah. Kat masjid tadi, ada ustaz dari Pakistan. Dia minta derma nak beli Quran braille untuk murid-murid dia kat sana. Katanya mahal quran braille tu dalam RM200 lebih. Tapi Jemaah ramai yang tak bawa duit. Betul ke quran tu mahal? Kau beli berapa?
(Suara abah jelas bersimpati.)
Saya: Memanglah mahal. Quran braille. Tapi along dapat free je. Persatuan bagi. Ada orang taja.
Abah: Abah tak bawa duit tadi. Kalau kau tak pakai, abah nak bagi quran tu kat dia. Dia kata, kalau dapat satu pun jadilah. Sebab tu dia kutip derma.
Saya berfikir sejenak. Nak bagi sayang. Saya mana ada quran lebih kat rumah ni. Kalau kat KL tak ada, boleh pinjam surau pejabat. Tapi kesian pulak dia orang tak ada quran nak belajar. Nak kumpul duit lepas tu nak beli lagi. Tapi kalau dia kutip, boleh dapat duit banyak, boleh beli banyak naskah.
Tapi kalau saya bagi, boleh jadi amal kan? Tapi nanti saya tak ada quran kat kampong. Nak bawa balik berat yang kat KL tu.
Hish, hati dah mula bergaduh dengan akal ni.
Akal kata, "Tak apa Tinta, bagilah. Kesian dia orang. Kalau dia kutip derma pun, belum tentu boleh dapat satu setiap murid. Sekurang-kurangnya, dapatlah menampung. Pasal kau yang tak ada quran kat rumah ni, tak apa. Kita usaha kemudian. Kalau ada tajaan lebih boleh minta dengan PERTIS. Kalau tak, beli jelah. Nanti cuba Tanya PERTIS, boleh ke pos terus ke kampung? Mana tahu, pemberian ni boleh selamatkan kau dari neraka? Kau tu bukannya baik sangat. Ni ada peluang tuhan nak bagi jalan beramal. Apa salahnya bagi,"
Abah: Macam mana? Cepatlah. Nanti dia pergi.
(Saya tersedar dari lamunan. Rupanya abah tunggu dan perhatikan saya berfikir.)
Saya: Bagilah.
Abah: Betul ke ni?
(Suara abah riang.)
Saya: Betul.
Abah: Habis kau macam mana?
(Tiba-tiba suara riang tadi bertukar gusar.)
Saya: Tak apalah. Nanti along minta lain.
Abah: Abah bagi ya?
(Abah membuat pengesahan.)
Saya: Ya.
Abah: Satu kotak ni?
Saya: Ya.
Abah pun sepantas kilat mengangkat kotak dan berlari ke masjid. Saya berdoa dalam hati agar ustaz itu masih ada supaya abah tidak kehampaan. Saya berdoa juga agar Al-quran tersebut benar-benar sampai ke Pakistan dan digunakan untuk murid ustaz tersebut belajar membaca Al-quran.
Tak lama kemudian abah pulang semula ke rumah dan dengan gembira abah memberitahu saya bahawa Al-quran tersebut telah diserahkan kepada ustaz itu. Ternyata, ustaz berkenaan gembira menerima Al-quran tersebut dan dia tidak menyangka yang dia akan memperoleh senaskah Al-quran braille di kawasan rumah saya.
Abah saya ni memang lembut hatinya. Tak boleh orang minta, mesti dia nak tunaikan permintaan orang.
So, saya pulak nak minta Al-quran lebih untuk diletakkan di kampung bagi kegunaan saya apabila bercuti. Harapnya mereka boleh berikan kepada saya dan boleh pos terus ke rumah abah.
Saturday, December 30, 2017
Abah Dibawa Ambulans Lagi
Assalammualaikum readers,
Setiap yang berlaku itu tanda kasih sayang Allah buat kitakan?
Sebagai seseorang yang menyayangi seseorang, pastinya kita juga ingin tahu sejauh mana orang yang kita sayang tu sayang pada kita. Begitulah Allah. Tentunya Dia ingin tahu sejauh manakah cinta hambaNya buat Dia. Jadi Dia ujia abah, uji keluarga ni.
Pagi tadi, setelah saya siap mengurus diri lebih kurang jam 11.00 lebih, saya keluar dari bilik. Saya dengar mama kejutkan abah. Beberapa panggilannya tidak disahut. Saya bimbang dan ke bilik mereka yang terbuka.
Saya: Kenapa, Ma?
Mama: Tak tahu.
Saya: Abah sedar tak?
Mama: Abah, abah. Sedar tak? Dengar tak ni?
Tiada tindakbalas.
Saya: Dia tidur ke apa?
Mama: Tadi tidur. Dia dah terberak ni.
Bau yang kurang menyenangkan memenuhi ruang bilik.
Mama: Jangan dekat.
Mama tak mahu saya dekat.
Saya: Kalau dah macam tu, tak sedarlah tu. Dia sakit ke?
Mama: Pagi tadi dia tak larat bangun Subuh. Lepas tu dia tidur.
Saya sangkakan abah ke masjid seperti biasa. Sedang saya memang di bilik saya melakukan apa yang patut, mengaji dan membaca. Cuma hari ni saya lewat keluar bilik. Tertidur semula dan melayan whatsapp kawan yang ada problem.
Mama mula membersihkan abah.
Saya: Orang call ambulans eh.
Mama: Dah call Pakcik Nan tadi. Dia datang dengan kereta pejabat.
Kereta pejabat tu merujuk kepada landrover Pejabat Kesihatan Kuala Kerai.
Saya mundar-mandir. Terasa kusut. Tak tahu nak buat apa dan fikir apa. Saya cuma fikir ambulans dan berharap agar Pakcik Nan lekas tiba.
Saya: Abah sarapan tak tadi?
Mama: Tak. Mama suruh makan dia tak makan. Dia minta Air Limau. Mama buat, dia tak minum.
Mama masih lagi memanggil-manggil abah.
Saya: Tak sedar tu. Kita call ambulanslah.
Abah: Sedar, sedar. Tak payah panggil ambulans, malu kat orang.
Tiba-tiba dia bersuara lemah.
Sejurus kemudian Pakcik Nan tiba bersama pampus yang mama minta dibelikan. Salah pulak. Mama nak pampus dewasa saiz S, PakCik Nan beli pampus kanak-kanak saiz S. Dah terpaksa keluar beli balik. Mujur Faiz anak Pakcik Nan ikut. So Faiz yang pergi beli sementara Pakcik Nan dan Makcik Roha serta anaknya yang kecil tinggal di rumah tengokkan abah.
Pakcik Nan adalah driver pejabat abah dan mama bertugas dulu.
Setelah dipakaikan pampus, Pakcik Nan dan Faiz mahu membawa abah ke hospital tapi abah menolak. Dia enggan.
Tak boleh jadi. Saya kena bertegas. Saya mengambil keputusan untuk menghubungi talian kecemasan 999. Saya gunakan Aplikasi SaveMe 999 tapi terasa lambat maklumbalas mereka lalu saya call pusat kecemasan. Banyak betul soalannya. Lepas tu dia pas saya kepada hospital Kota Bharu. Pun banyak soalnya.
Saya tak puas hati. Saya hubungi pulak kecemasan hospital Kuala Kerai menggunakan nombor yang diberi Faiz. Pun banyak jugak soalannya. Setelah menunggu lebih 20 minit, ambulans tidak jugak sampai. Saya hubungi semula pusat kecemasan Hospital Kuala Kerai. Saya minta nama driver ambulans. Manalah tahu kalau-kalau driver tersebut bekas staff abah. So, dia tahu rumah ni ataupun Cik Nan boleh contact terus. Yelah sesama orang Kesihatan biasanya mudah. Namun saya gagal mendapatkan nama driver kerana orang yang menyambut panggilan saya tidak pasti driver mana yang ditugaskan ke rumah saya. Tapi dia beri saya nama MA yang ikut ambulans tersebubt. Mama kenal akan nama MA itu.
Kedengaran siren ambulans berbunyi dan Pakcik Nan lekas menghidupkan enjin motosikal rumah saya dan menuju ke Masjid Keroh Baru kerana di situlah landmark yang saya berikan kepada pusat kecemasan sebentar tadi. Sejenak, ambulans tiba dengan dipandu arah oleh Cik Nan.
Ambulans yang lengkap dengan peralatan kecemasan seperti oksigen, blood pressure tester, glucometer, scratures dan stetoskop datang bersama Medical Assistant dan jururawat. Mereka memeriksa kadar gula dalam darah, jantung dan tekanan darah abah. Kadar gula dalam darah 4.4 mungkin kerana mama telahpun menyuap air gula kepada abah sebentar tadi. Mereka mahu membawa abah ke hospital namun abah enggan. Sedang saya dan mama berkeras supaya abah dibawa ke hospital. Akhirnya, mereka mengangkat abah dan dimuatkan di dalam ambulans. Mama ikut naik ambulans. Pakcik Nan memandu landrover mengikut ambulans. Sementara Faiz drive kereta mama ke hospital. Maka tinggallah saya bersendirian di rumah bersama Yaya, Jenny, Hitam Didi dan dua ekor anaknya.
Saya dah jadi macam PR rumah ni. Banyak panggilan yang saya terima untuk mengetahui keadaan abah.
Petang tadi lebih kurang jam 4, mama memaklumkan temperature tubuh abah 40 dan tekanan darahnya rendah. Abah dimasukkan ke bilik kecemasan. Doktor meminta mama menunggu result pemeriksaan abah.
Setakat jam 7.30 malam pula, temperature tubuh abah turun kepada 39.3 dan tekanan darahnya mula naik setelah doktor memberi ubat menaikkan tekanan darahnya. Abah telahpun dimasukkan ke wad Rajawali. Mungkin kerana bilik first class tiada kekosongan so abah ditempatkan di wad yang ramai penghuni meskipun dia mempunyai Geranti Letter untuk first class. Kata mama lagi, abah letih dan dia sering tidur. Petang tadi dia menggigil kesejukan.
Sebenarnya saya tak betah tinggal sendiri di rumah besar ni. Lain perasaannya. Lebih-lebih lagi bukan rumah kita yang kita tak tahu selok-beloknya. Perasaan ni sering saya rasa sekiranya saya tinggal di rumah orang. Lebih-lebih lagi rumah besar dan atas Tanah. Atas nasihat Cik Sah jiran yang berkunjung ke rumah ni petang tadi, saya tutup semua langsir dua sliding door ruang tamu yang bedekatan bilik abah dan satu daripadanya betul-betul di sebelah set sofa utama ruang tamu rumah ni. Manakala pintu utama semestinya telah saya kunci sedari petang tadi. Jendela juga telah saya labuhkan langsirnya. Ikatan langsir telah saya buka seperti langsir sliding door. Pintu pagar telah saya minta Cik Sah tutup ketika dia mahu meninggalkan rmah saya. Pintu belakang sememangnya berkunci. Semua jendela kaca telah saya tutup. Mama pesan tutup jendela biliknya. Banyak betul jendela bilik mama ni. Semoga Allah menjaga saya dan keselamatan saya serta rumah ni.
Alhamdulillah, angah dan tunangnya akan sampai tak lama lagi. Jam 7.30 tadi dia dah pun di Raup. Malam ni insya-Allah mereka sampai. Telah saya kemaskan bilik Hakim untuk angah menginap malam ni sementara tunangnya akan menginap di biliknya. Setelah memberi makan kucing-kucing rumah ni, mengemas bilik, ruang tamu utama dan ruang tamu kedua atau lebih tepat ruang keluarga, saya terus menulis dan melayari internet sambil menanti angah bersama Jamal tiba.
Ya Allah, selamatkanlah semua keluargaku dan diriku serta segala harta kami dan binatang-binatang peliharaan kami.
Tinta, Tinta, ni belum lagi duduk rumah mami yang dari ruang tamu kena menjerit kalau nak panggil orang di dapur. Itupun yang duduk kat dapur tak dengar. Rumah tu lagi besar. Lagi rasa tak enak. Itu kalau orang datang kat pintu depan memang tak dengar kalau tak tekan loceng.
Terima kasih Yaya kerana sentiasa temankan along. Yaya macam faham je saya kurang enak perasaan. Dari tadi dia temankan saya kat ruang tamu ni.
Saturday, December 16, 2017
Itu Pun Dia Perasan?
Assalammualaikum dan selamat pagi readers,
Rasa tak ada semangat nak kerja. Mood cuti mula meresap hahaha...
Saya masih ingatkan dia, so nak cerita fasal dia lagi.
Baru-baru ni, saya dan Kak Sariha lunch tengahari dengan dia dan 3 4 orang kawan dia. Dah saya ada kawan perempuan, mestilah saya jalan dengan kawan perempuan. Dan Kak Sariha yang take care saya, apa saya nak makan dan sebagainya. Takkan saya nak jalan dengan dia kan? Nanti apa pulak orang kata.
Kebetulan, saya order air laici. So kami pun makanlah bersama.
Time saya nak habiskan buah laici, susah sikit nak ambil dari dalam gelas sebab aisnya banyak. Kak Sariha nak buang semua ais tu supaya saya senang makan. Hahahaha... Ngada-ngadakan, padahal boleh je buang sendiri. Nasiblah Kak Sariha. Lagipun Kak Sariha ni penyayang orangnya, lembut hati. Hahahaha... Budak yang ngada-ngada dan nakal macam saya ni mestilah nak manja-manjakan? Lagipun saya lebih suka manja dengan perempuan. Tak adalah orang kata saya gedik nanti.
Waktu Kak Sariha nak buang:
Dia: Nak buang semua ke? Nanti Tinta tak bolehlah gigit-gigit ais tu. Tinta kan suka gigit-gigit ais kalau minum.
Saya terkejut. Perangai saya yang tu pun dia perasan ke? Bukan tiap-tiap hari pun saya makan dengan dia. Biar betul dia ni.
Kak Sariha: Hah? Tinta suka gigit ais? Betul ke Tinta? Tak tahu pun?
Kak Sariha pun terkejut. Kak Sariha pun tak perasan perangai saya tu. Yelah. Benda remeh-temeh kot hahaha... Sedangkan makan dengan Kak Sariha tu lebih kerap dari makan dengan dia.
Dia: Ya. Dia selalu buat macam tu.
Saya: Ha'ah.
Sambil ketawa saya mengiakan.
Maka Kak Sariha pun tak jadi nak buang semua ais tu.
Friday, December 15, 2017
Dia Yang Ambil Tahu
Hai korang...
Best kan, esok cuti?
Tapi saya kerja. Boss ada nak hand over certain thing.
Dia tu siapa?
Dia yang saya kenal dua tahun lalu. Bermula dengan rasa kekaguman terhadap saya, kami terus rapat sampai hari ni. Hahahahaha... Sebenarnya tak ada apa yang nak dikagumkan pun.
Apa yang pasti, dia memang sentiasa alert dengan saya. Siap tahu saya OK ke tak OK.
Pernah dia call saya dan saya tak jawab. Lepas tu dia hantar whatsapp:
"Saya tahu Tinta tak OK. Sorry saya ganggu Tinta,"
Sedangkan saya bukan marah dia masa tu. Alah, masa Tsunami melanda hidup dulu tu. Hahaha...
Rasa terharu sangat masa tu. Rasa dihargai. Tapi peliklah, macam mana dia tahu saya tak OK?
Takkan dia ada ilmu kot? Mustahillah dia intai saya sebab rumah dia jauh dari rumah saya masa tu.
Pernah kami pergi aktiviti sama-sama. Saya gagal untuk complete aktiviti tu. Saya cuba sedaya-upaya untuk sembunyikan rasa kecewa saya. Saya ketawa dan senyum. Saya berbual dengan dia macam biasa. Saya melawak dengan dia. Sampailah dia hantar saya ke rumah.
Petangnya dia whatsapp saya:
"Tinta OK?"
"OK je. Kenapa?" Saya tak mahu memberitahu dia yang saya sedih sebenarnya.
"Saya tahu Tinta tak OK. Sejak kat sana lagi. Sejak kita habis buat aktiviti tu." Balasnya.
(Ops, ada iklan. Tiba-tiba ada orang skype tanya, dah sampai kampung ke? Orang yang tak rapat dengan saya tapi selalu bagi semangat dan bertanyakan hal saya. Terima kasih atas perhatian yang diberi.)
Saya terkesima. Macam mana dia tahu? Bukan main saya gelak depan dia tadi pun dia boleh tahu?
"Saya OK je," Berkeras menafikan.
"Tak. Saya tahu Tinta tak OK."
Sebenarnya saya memang sedih and I need someone untuk luahkan kegagalan saya. Saya rasa orang lain mungkin tak faham. So saya beralah.
"Sebenarnya memang Tinta sedih. Kenapa Tinta tak dapat completekan benda tu?"
"Tak apa. Lain kali Tinta cuba lagi. Benda tu bahaya. Tak boleh paksa diri. Bibir Tinta pun dah biru tadi,"
"Kenapa saya tak buat je tadi?"
"Jangan sedih-sedih. Nanti kalau Tinta nak buat lagi, saya temankan Tinta,"
"Tapi macam mana tahu saya tak OK?"
"Saya selalu berhadapan dengan orang. Macam-macam orang dah saya jumpa dan handle. Walaupun Tinta cuba berlakon OK, saya nampak Tinta tak OK,"
Kalau saya sakit, dia datang jumpa saya.
Bila saya sedih, dia selalu ada dengan saya. Malah, dialah orang pertama yang tahu saat saya terluka dulu.
Dia selalu cakap dengan saya, kalau saya sakit, call je dia. Dia akan datang kalau dia di Lembah Klang. Kalau saya perlukan apa-apapun bagi tahu dia. Dia akan tolong saya. Tapi saya bukanlah perempuan yang mengada-ngada nakkan perhatian orang dan asyik nak minta tolong orang je.
Sometimes dia datang lunch kat Brickfields. Dia naik LRT je dari office dia. Memang dia pergi kerja tak drive pun.
Ada waktunya, dia call saya waktu dia sedang drive.
Adakalanya, dia whatsapp or call saya buat luahan perasaan.
Kat Facebook, nampak macam dia tak hiraukan saya. Jarang like status-status saya dan jarang komen saya. Tapi, setiap kali saya update status marah atau sedih, dia mesti call saya. Tanya kenapa dan bersedia untuk tolong saya.
Hari ni, saya tak update sedih atau marah. Tapi dia call saya sebab baca status saya. Dia tanya saya bila saya nak fly balik Kelantan? Dia nak hantar saya pergi airport.
Saya kata susah. Sebab hari kerja. Saya tak nak ganggu dia kerja. Seganlah.
Terima kasih sebab selalu ambil berat fasal Tinta. Dia ni salah sorang yang suka panggil saya diva. Hahahaha...
Tuesday, December 5, 2017
Kata Seorang Ustaz
Assalammualaikum readers,
Buat apa tu? Belum balik? Elak jam la tu.
Takpun... Malas bersesak-sesak naik public transport.
I just drop by. Nak balik kejap lagi, nak pasang almari kasut. Nak cerita kat orang-orang yang sudi baca blog ni. Kalau baca nak mengutuk tu... Tak tahulah. Malas nak fikir. Kalau korang nak sakit hati, sakitlah hati sendiri. Saya nak happy je kalau boleh.
Ustaz: Dik, adik ni ramai orang tak senang.
Saya: Saya ke ustaz?
Ustaz: Awaklah.
Saya kaget. Pelik. Betul ke? Macam mana ustaz ni boleh tahu?
Saya: Betul ke, ustaz?
Ustaz: Betul. Ramai orang tak senang dengan adik.
Saya: Kenapa ustaz? Kat mana salahnya saya?
Ustaz: Tak. Bukan pasal salah. Manusia ni biasalah iri hati, dengki. Mungkin adik ada sesuatu yang buatkan dorang tak senang. Mungkin dapat sesuatu. Orang Melayu pulak. Lagilah.
Ya Allah, kenapa macam ni? Aku berlindung kepadaMu dari segala hasad dengki manusia.
Wednesday, May 3, 2017
Jangan Datang Sekarang
Assalammualaikum readers,
Dah berapa hari tak update. Sibuk sikit kebelakangan ni. Lagipun baru balik dari kampung. Abah sakit.
Korang rasa apa ya bila orang tu, dulu masa kita ni tak ada apa-apa, dia tak pandangpun kita. Siap mengejek lagi.
Baru-baru ni, saya buka balik FB saya. Adalah sorang mamat ni. Dia kenal saya sejak dulu lagi. Tapi, dia selalu ejek saya. Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu... Saya ni bukan dari kalangan orang yang ramai peminat. Sampai waktu remaja dan universitipun, saya bukanlah seorang yang glamor terutamanya di kalangan lelaki. Almaklumlah, dulu saya ni tak pandai bergaya. Mujurlah mami saya tu pandai matchingkan baju dan tudung saya, belikan saya kasut lawa-lawa. Pakai je apa yang dia orang bagi. Kalau tak, tak pandailah saya. Cikgu selalu puji pakaian saya hari-hari matching. Hahaha sebenarnya, mami dah matching siap-siap. So saya pakai je baju A dengan tudung A dan lain-lain. Sebab tu baju saya pasti pakai dengan tudung sama setiap kali saya pakai. Tak macam sekarang, baju A hari ni pakai dengan tudung B, esok tudung C dan entah apa-apa tudung lagi.
Dulu, kalau sebut saya je, orang hanya tahu, budak skema dan pandai KONONNYA. Tak pandai sangatpun sebenarnya. Tak tahulah kenapa mind set dia orang macam tu. Pengalaman kena ngorat? Jauh sekali. Kalau adapun, sangat jarang. Bak kata Cikgu Shidah yang datang visit office saya beberapa tahun lalu, saya sekarang jauh beza dengan saya yang dulu. "Tinta, lawanyaaa... Kenapa lain ni? Sekolah dulu lain. Dulu tak lawa langsung," Hehehe... Masa dah berubah cikgu. Dan sekarang saya ada kawan-kawan yang mendorong saya berpenampilan menarik.
Masa sekolah jugak, ada cikgu yang kata saya cantik tapi tak pandai berpenampilan. Cuma, dia orang kata, saya ni kemas dan bersih. Hehehe... What ever, masa dah berlalu.
Tapi Kak Timah kata, kalau kita tak cantik, pakai macam manapun, tetap tak cantik.
Hahaha... Kak Timah lagi kena petik nama. Siapa suruh Kak Timah cantik dan pandai gayakan orang?
Well... Masa tu, saya memang rasa rendah diri di sudut hati saya. Tengok kawan-kawan ramai peminat. Sampai cikgu praktikalpun minat kat dia orang. Tapi saya... Dipandang sepi je. Ada sorang cikgu kata, saya bukan tak ada peminat, tapi orang takut nak dekat. Takut tak setaraf dalam pelajaran. Cikgu kata, budak lelaki segan dengan saya sebab saya pandai. Saya pernah Tanya cikgu hal ni. Cikgu kata, tengok orang yang ramai peminat tu, dia orang tak pandai sangat. Dia orang tak ada sistematik dalam belajar. Dia orang bukanlah orang yang menjaga. Menjaga apa? Cikgu kata, nanti saya akan faham. Cikgu Din pulak kata, biarlah orang tak minat masa sekolah, sebab tu semua cinta monyet. Suatu hari nanti, saya akan temui cinta sejati saya yang boleh terima apa adanya saya.
Masa tu, saya rasa bestnya kalau saya jadi kawan-kawan saya yang cantik tu. Ramai peminat, Jadi rebutan orang, ramai orang suka, semua orang nak dekat, dan selalu jadi perbualan orang. Sama ada orang bercerita tentang kecantikan mereka atau apa je yang mereka lakukan. Yelah, jadi perhatiankan. Orang suka tengok apa dia orang buat dan orang bercerita sesame dia orang tentang mereka. Saya? Jangan mimpilah. Cerita fasal saya pandai, ikut cakap cikgu, tak melawan, tegas hahaha kelakar tu, ada orang kata saya baik hati. Hehehe...
Ada sorang mamat ni, suka sakitkan hati saya. Ketawakan saya, dan suka kenakan saya. Memang saya tak nak jumpa dia kalau boleh. Rasa terhina.
Tiba-tiba, bila jumpa saya di FB kata, "Tinta, awak lawalah sekarang," Whatsapp saya, messenger. Kalau saya sekadar balas pasti dia whatsapp lagi. Siap ajak nak jumpa. Lepas tu cakap, kalau kahwin dengan saya boleh tak. Adalah ayat yang dia bagi kat saya. Saya bukan sombong. Dia tetap kawan saya. Tapi setahu saya, dia ni dah ada somebody. Tunang ke makwa tak ingat.
Dari situ, saya lihat bagaimana sikap orang terhadap kita. Masa kita buruk dulu, sebelah matapun orang tak pandang. Bila kita OK sikit, macam-macam cakap. Nak dekat dengan kita. Tak perlulah pandang pada wajah sebab wajah tak menjamin apa-apa. Malah, wajah yang kita suka tu kadang-kadang bawa derita kat kita.
Dan pada saya, saya perlukan orang yang boleh terima seadanya saya. Dari saya tak ada apa-apa sampailah Tuhan bagi sikit apa yang Dia nak bagi. Dari saya buruk, sampailah saya boleh dipandang dan orang taklah muntah bila pandang saya. Dari saya kerdil sampailah saya diberi sedikit lebih tupun pinjam je.
Saya sedih mengenangkan semua ni. Saya tak perlukan orang yang masa saya susah, tak pedulipun fasal saya. Masa saya buruk, sebelah matapun tak pandang. Masa saya berduka, ketepikan saya. Masa saya dibuang, ikut membuang saya. Saya tak perlukan orang yang macam ni dalam hidup saya kerana telah saya tahu keikhlasan hati mereka terhadap saya. Kalau waktu saya senang datang kat saya sedangkan masa saya susah tak pandangpun saya, tak mustahil bila saya susah balik, diapun menjauh. Tinggal saya terkontang-kanting.
Apapun, saya sayang semua orang yang ada di sekeliling saya tak kira jauh atau dekat. Orang yang bersama saya waktu susah dan senang saya. Orang yang mendorong saya ke atas, bukan yang menolak saya ke bawah.
Saya tahu, orang-orang yang saya maksudkan baca blog ni dan mereka tahu merekalah yang saya maksudkan. Walaupun kita tak sentiasa berhubung, kamu semua dalam hati saya. Sayang kamu semua.
Sunday, April 23, 2017
Gerakan Mencari
Saya menerima Whatsapp dari classmate merangkap roomate masa kat UiTM dulu, Siti. Dia tanya saya di mana? Sihat ke tak? Katanya dah lama dia dan rakan-rakan cari saya. Katanya, Tina, Fiza dan Didi pun selalu tertanya-tanya ke mana saya menghilang. Rasanya dah setahun tak ada di Facebook. Mereka ingat saya dah balik kampung. Mereka tertanya-tanya apa dah jadi dengan saya. Katanya, dia orang hampir-hampir buat group Whatsapp nak cari saya. Ya Allah, masih ada orang yang menghargai saya. Yang peduli akan saya. Yang mencari saya tatkala saya menghilang. Yang ambil berat tentang saya.
Siti bertanyakan saya. Kenapa dengan saya? Kenapa sebegitu saya menghilangkan diri? Kawan yang duduk sebilik lebih dari dua tahun, pastinya masak dengan perangai kita. Pastinya dia mampu membaca, ada sesuatu yang tidak kena dengan kawannya ni.
Lalu, saya menceritakan padanya apa yang berlaku. Diapun tahu tentang saya dengan awak sebelum ni. Siti tanya saya:
Siti: Dia tahu tak, selain daripada kau jadi mayang mengurai keringkan rambut sambil bersimpuh kat bawah kipas, kau ni pandai sapu rumah, mop rumah dan masak?
Saya: Ya Allah Siti, dia sendiri pernah cakap dengan aku masa ambil aku keluar, rumah aku cantik, lantai licin dan bersih. Kalah rumah dia. Masa dia tumpang tandas, dia cakap dengan aku dan housemate, tandas aku berkilat. Dan aku pernah masakkan dia. Paling simple goreng karipap untuk dia.
Siti: Untunglah dia, masa bercinta kau dah goreng karipap untuk dia. Aku langsung tak pernah masak apa masa bercinta dulu. Aku rasa dia rugi tinggalkan kau. Memang dia salahlah.
Saya: Entahlah Siti. Tu kata kau. Orang kalau dah tak suka, semuanya buruk, semuanya tak elok.
Siti: Dah, kau jangan buang masa untuk orang yang macam tu. Sisihkan dia dari hidup kau. Kalau tak ada jodoh kat sini, Allah bagi kat sana. Kau bina kerjaya kau. Cari duit banyak-banyak. Pergi holiday. Tu lagi awesome.
Saya: Memanglah awesome. Tapi kadang-kadang kita sunyi.
Siti: Betul jugak. Nanti kalau kau bosan Whatsapp aku. Kau jangan hilang lagi dari kita orang tau. Penat kita orang cari kau. Nasib aku hafal nombor kau.
Saya: Kau hafal nombor aku? Rambut kau kan lurus, dah beranak pulak tu. Macam mana ingat nombor aku?
Saja saya perli dia. Masa duduk sama dulu, dia suka lupa. Bila aku marah dia, alasan dia, rambut dia lurus, so ingatan senang gugur terus jatuh je tak ada sekatan. Aku cakap, akupun sama tapi tak lupa macam kau. Bila dia dah beranak, dia kata, ingatan kurang sebab beranak. Banyaklah dia.
Siti: Tulah, tak semena-mena ingat pulak nombor kau. Tapi aku confirm dengan Tina betul tak nombor kau yang aku hafal tu.
Saya: Mujur Minah tu safe nombor aku at last. Kalau tak, asyik PM FB aku je minta nombor.
Siti: Kau tunggulah, nanti dia orang pulak soal siasat kau. Aku dah bagi tahu Didi yang aku dah jumpa kau. Nanti Didi call kau la tu.
Saya: Alamak, kena bersedia dengan jawapanlah kan.
Siti: Kau jangan hilang dari kita orang dah tau.
Hehehe... Saya tak hilang dari korang semua. Saya sayang dan rindu korang. Rindu zaman belajar dulu. Kalau si Tina telefon, habislah. Mulut dia tu macam bertih goreng, masaklah telinga saya ni kena bebel. Siti kata nanti set satu masa nak ambil saya pergi makan. Siti tanya saya, kenapa tak bagi tahu aku awal fasal mamat tu? Meh aku bagi sedas dua kat dia. Saya kata, tak payahlah. Dia dah tak nak. Biarlah dia.
Teringat Tina. Dia wartawan bidang kecantikan. Last sebelum saya hilang, dia nak bagi saya kosmetik yang dia dapat. Wartawankan selalu dapat macam-macam produk nak-naknya yang kerja di bahagian kecantikan.
Rindunya kat dia orang semua. Rindu kat kawan-kawan FB. Patutlah hati saya ni rindu sangat kat FB. Rupanya ada orang cuba menjejaki saya.
Macam mana Siti tahu saya pandai masak? Hahaha masa kat UiTM dulu kami curi-curi bawa multi cooker dan rice cooker. Siti selalu suruh saya yang masak. Nak-naknya untuk sahur. Buka puasapun dia suruh saya. Kadang-kadang dia ponteng kelas, duduk bilik. Saya pergi kelas. Nak masak, dia tunggu saya balik masakkan dia. Kadang-kadang, bila dia nak masak, dia suruh saya sediakan bahan. Dia tukang campak dan campur je dalam multi cooker tu. Hehehehe kelakar. Kawan-kawan lain macam tak suka dia buat macam tu. Tapi saya happy sebab, tu maknanya dia anggap saya sama je macam kawan-kawan dia yang lain. Sapu dengan mop pun selalu saya buat. Dia orang kan selalu kata, kalau saya mop lantai, boleh jadi cermin lantai tu. Dia orang kata, penat nak ikut cara saya, mop sampai tiga kali. Hehehe sama macam sekarang. Macam tulah jugak saya. Hari nipun saya sapu dan mop. Penatlah jugak, basuh dua bilik air lagi.
Siti kata lagi, cinta saya hebat, macam Alif Arsyad. Hehehehe
Saturday, April 22, 2017
Hati Yang Tersinggung
Hai readers,
Buat apa tu? Mesti best kan bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan?
Saya? Saya masih di rumah kedua saya, my office.
Baru je siapkan skrip untuk video koporat untuk tayangan pada 6 Mei nanti. Kan ada big event.
Rasa lenguh sangat lengan, bahu, tengkuk dan belakang ni. Nak urut badan, kawan yang duduk dekat rumah tu kata tak buat urut dekat rumah. Tak tahulah kalau dia ingat saya nak urut free. Saya bukan jenis macam tu. Kawanpun saya akan bayar sebab itu sumber rezeki dia orang kan?
Nak walk in kat kedai susah sikit Brickfields ni sebab kebanyakan juruurut perempuan kena book dulu. Ada sesetengah kedai saya tak prefer nak pergi bukan tak suka dengan kedai tu tapi malas kalau orang bercakap atau takut ada yang tak senang bila saya berkunjung. Manusia ni kan macam-macam. Nak urut kat kedai yang selalu saya pergi, tak book awal lepas tu sayapun tak tahu habis kerja pukul berapa. Ingat tadi orang dekat rumah buat kat rumah urut ni. So bolehlah saya pergi mengurut sebelum tidur. Lepas tu terus tidur. Mesti best. Tak apalah. Tak ada rezekilah tu namanya. Nanti bila baring hilanglah agaknya lenguh-lenguh ni. Kalau tak hilang jugak, kalau tak ada yang memanggil saya ke office, bolehlah saya pergi kedai esok. Skrip dah dihantar, takut ada yang komen pulak, kenalah betulkan. Saya kena siapkan skrip ni sebelum hari Selasa sebab Selasa nanti team pemilih gambar, editor dan muzik nak mulakan kerja dia orang. Skripkan tulang belakang sesuatu video. Kalau skrip tak siap, macam mana kerja dia orang nak jalan? Nanti semua orang tuding jari kat saya pulak.
Patutlah berat je hati saya nak ke Perak bila Kak Intan ajak ke rumahnya minggu ni. Rupanya ada kerja yang menanti saya.
Dia orang ni, awal-awal tak nak fikir habis-habis. Tak nak buat decision betul-betul. Dah last minute barulah nak suruh kita buat. Masa tak banyak. Kitalah yang kena stay kat office buat semua ni. Boleh je kalau saya biarkan tak nak buat. Bukan kerja sayapun. Tapi saya bukan jenis yang macam tu. Bila diarahkan, saya akan buat sehabis baik. Ia kan melibatkan nama baik kita. Reputasi saya pasti terjejas kalau saya buat sambil lewa. Alasan dia orang masukkan saya dalam team buat video ni sebab saya graduan dalam bidang ni. OK, saya terima. Tapi janganlah last minute, sebab saya dalam bidang ni, pasti saya lebih cerewet untuk buat skrip ni. Bukan senang nak dapat ayat yang cantik. Tu jelah yang mampu saya buat dalam masa terhad ni.
Kadang-kadang saya rasa tersinggung dengan management. Boss baru ni tak tahu apa-apa tentang sikap staf kat sini. So bila meeting, dia panggil manager je yang kononnya terror sangat tu. Kami orang bawah, tak dipanggil. Si manager pulak, masuk meeting, perap, dekat dateline baru bagi kat kita suruh buat. Yang bukan manager masukpun yang blur blur. Depan orang besar, semua angguk, semua boleh, semua OK. Tapi hampeh. Tak buat apapun. Hasilnya ziro! Orang besar tekanpun tak jalan. At last, si ikan bilislah yang kena.
Saya sebenarnya tak kisah berapa banyak kerjapun nak bagi kat saya. Insya-Allah saya boleh buat dan siapkan ikut dateline. Saya rasa, kalau dia orang suruh saya buat Aksesibiliti Dan Advokasi, Sport And Recreation dan PR pun saya mampu. Tapi biarlah sesuai dengan gaji kan? Kalau orang nak kita buat yang terbaik, kitapun mestilah nak yang terbaik. Betul tak?
Mungkin Allah nak uji saya supaya saya kuat dan cekal. Kadang-kadang, kita buat sehabis baik. Tapi orang tak appreciate pun. Bilan kita nak dipromot naik jawatan, nak dinaikkan gaji, orang tak sokongpun. Mujurlah ada board members yang kenal dan tahu kerja saya. Setelah bersusah-payah dia orang fight untuk saya, akhirnya dapat jugak.
Tapi saya bengang. Sedih bila mengenangkan perbualan dengan boss besar dua tiga hari lepas.
Hari tu, saya mendapat berita yang gaji baru saya berkuatkuasa bulan ni. Alhamdulillah, lega saya rasa sebab saya nak guna duit untuk renovate rumah. Kalau gaji naik, bolehlah buat tampung. Memang abah ada offer nak tambah lagi peruntukan untuk saya renovate rumah. Tapi seganlah. Biar saya usaha dulu. Kalau terpaksa, saya mintalah dengan abah.
Saya tahu, minggu lepas, proses membuat gaji bermula sebab gaji kami kan 26 hari bulan setiap bulan. Saya Tanya HR, jadi ke gaji baru saya dan beberapa orang lagi yang dapat adjustment gaji berkuatkuasa bulan ni? Kakak tu cakap tak dapat apa-apa arahan lagi. Dah dua tiga kali saya Tanya, masih sama jawapannya. Yang kawan-kawan saya ni pulak, Tanya sendiri tak nak. Asyik duk Tanya saya. Selasa ni, saya nak Tanya boss HR sendiri.
Untuk mendapatkan cerita sebenar, saya tanyalah GM. GM kata, tunggu increament orang yang ramai-ramai dulu. Apa ni? Setahu saya, adjustment berkuatkuasa bulan ni. Increament tu fasa kedua nanti. Tak bolehlah macam ni, naik pangkat dah nak setahun. Kerja bertambah. Kalau saya ni jenis malas tak apalah. Tapi takkanlah tak Nampak saya selalu stay back. Saya bukan buat kerja saya je. Kerja board members lagi, kerja department lain lagi. Ya Allah, kenapalah dia orang ni macam ni? Tak kesian ke dekat staff bawahan?
Tambah saya kecil hati dalam meeting big event minggu lepas. Dahlah minggu ni saya tak dapat nikmati cuti tiga hari macam orang lain. Saya diminta siapkan skrip. Adjustment tak dapat. Nampak gaya kerja orang lain nak bagi kat saya pulak tu.
Saya diminta menjadi pengacara majlis untuk majlis formal. Majlis kat luar dewan, dia suruh orang luar dua orang. Depan-depan saya dia cakap, dua emcee luar tu akan dibayar. Habis saya? OK, saya tak perlu dibayar sebab saya ni staff. Tapi korang fikir tak apa yang korang buat kat saya? Dahlah adjustment gaji ditangguhkan, macam tak penting. Sedangkan saya memerlukannya. Saya dah niat nak belanja keluarga saya dengan adjustment tu, nak kumpul untuk renovate rumah. Lepas tu, kerja bukan kerja saya suruh saya buat sampai cuti sayapun terganggu. Suruh saya tolong kerja department lain. Takkanlah tak boleh ada sedikit budi bicara untuk saya? Jadi pengacara formal bukan senang. Saya buat skrip sendiri. Kena datang rehearsal. Yang dua orang tu, tak yah buat apa-apa. Datang lenggang-lenggok, celoteh entah apa-apa, cakap merapupun tak apa. Tak ada siapa kisah sebab majlis suka-suka kat luar. Berapa patah sangat dia orang nak bercakap? Petang tu ada banyak persembahan. Masapun tak panjang. Itu boleh pulak dibayar. Kalau panggil pengacara luar, boleh bayar, kadang-kadang, skrippun staff yang kena buat. Senangnya hidup dia orang.
Ada orang yang masuk meeting sebelum ni cakap, dia suggest untuk bagi sagu hati kat saya. sebab tak adil yang dua orang tu dapat bayaran. Jawab boss HR kurang cerdik tu, "Tak apa, sebelum ni kita pernah buat. Sifulan kita bayar, Tinta kita tak bayar sebab dia staff," Ya Allah, macam tak berharga langsung bakat saya. Saya ni pengacara yang tak best ke? Pengacara yang rubbish ke? Pengacara tangkap muat ke? Kalau saya tak OK, kenapa bila menteri datang, suruh saya mengacarakan majlis? Cara dia orang buat saya ni macam saya tak ada nilai.
Sorang lagi staff blur tu cakap, "alah, tak payahlah, dia staff what?" Amboi, kalau part orang, tak payah memanjang. Tapi kalau dia, tolong golongan sasar yang memang dalam job description diapun mengharapkan bayaran. Kalau boleh service pun nak suruh komuniti tu bayar. Bila part orang, simply tak payah. Kalau kita ni pengacara bodoh-bodoh tak apalah. Kalau tak nak bayar, kenapa yang dua lagi tu tak ambil staff je? Ada lagi kan staff yang boleh jadi emcee. So adil, tak payah bayar semua emcee. Tak adalah kita terasa.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan padaku. Kau ikhlaskanlah hati ini melakukan apa yang patutku lakukan. Dan aku mengharapkan Kau berilah aku sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan aku atas apa yang aku lakukan tanpa penghargaan daripada mereka.
Amin...
Sunday, April 16, 2017
Facebook Yang Masih Menjadi Tanda Tanya
Assalammualaikum readers and followers,
Semalam, saya berkursus di Putrajaya. Tak sangka pulak terjumpa dengan friend FB saya.
Dia datang ke sebelah saya.
Kakak: Ada orang duduk sini?
Saya: Ha'ah ada orang.
Kakak: Macam kenal je. Siapa nama ya? Akak rasa akak pernah tengok tapi tak ingat nama.
Saya: Tinta Emas
(nama sebenar saya yang saya sebut. Takkan nak sebut Tinta Emas pulakkan? Pening pulak kakak ni nanti.)
Saya senyum. Dia bukanlah orang pertama yang menuturkan ayat sebegitu tatkala bertemu saya. Saya dah biasa dengan keadaan ni.
Penceramah memulakan sesi, lalu perbualan kami mati di situ dan dia meneruskan pencarian tempatnya.
Waktu menunggu sesi petang, kakak tu berkunjung ke meja saya.
Kakak: Adik yang comey ni siapa nama?
Saya: Saya ke?
Kakak: Ya, awak.
Saya: Tinta Emas (sebenarnya saya sebut nama betul saya)
Kakak: Haaa... Tinta Emas. Ni Kak Su la. Mungkin tak kenal kot. Tapi akak kenal awak.
Saya cuba paksa otak saya imbas kembali, siapakah gerangan Kak Su ni?
Kakak: Kita friend kat FB.
Saya: Oh ye ke? Maaflah, Mungkin saya tak ingat. Sebab kat FB saya ramai nama Su. Suhaila ke?
Kak Su: Tak. Kak Su...
Nama yang dia sebut tu pun ada beberapa orang kat FB saya.
Kakak: Akak selalu ikut status awak. Gambar cantik-cantik. Suka akak tengok.
Saya: Tak adalah kak, biasa-biasa je.
Kakak: Ya, memang comey pun jumpa kat luar ni.
Saya senyum manis. Tanda menghargainya.
Kakak: Tapi sekarang dah tak nampak kat FB. Lama dah tak tengok.
Saya: Memang tak ada, kak. Nantilah. comming soon.
Malas saya nak bercerita tentang kehilangan saya tanpa jejak di Facebook. Ianya amat melukakan. Saya tahu, ramai yang mencari saya di FB. Ada yang mesej saya dari seberang laut bertanyakan tentang kehilangan saya itu.
Kakak: Adik tak sihat ke apa? Last status yang akak baca adik macam tak sihat dan sedih je. Macam patah hati.
Saya ketawa menyembunyikan rasa.
Kawan: Dia sedang merawat hati. Tu yang hilang tu.
Saya ketawa lagi. Kawan saya nipun, bukan tahu sangat tentang saya. Tapi tak tahulah kalau ada orang yang bercerita kepadanya.
Kakak: Tulah, akak tertanya-tanya jugak. Kenapalah budak ni sedih je ni? Ada apa-apa ke? Tak macam selalu statusnya.
Terima kasih kak atas perhatian kakak terhadap saya di Facebook. Terima kasih juga atas ambil peduli kakak akan status-status dan gambar-gambar saya di Facebook.
Thursday, March 30, 2017
Mimpi Dia...
Assalammualaikum readers,
Dah dua kali saya mimpi dia. Kenapa ya?
Awak,
Awak dalam kesusahan ke? Atau awak sedang berbahagia?
Kenapalah saya mesti mimpi awak?
Apakah tanda ini semua?
Atau ia hanya mainan tidur?
Friday, February 3, 2017
Tahniah Dan Takziah
Dalam hidup ni, kita sering dikhabarkan dengan berita suka dan duka. Bahagia dan derita. Sama ada berkaitan diri kita atau orang-orang di sekeliling kita.
Dalam minggu ni, banyak berita gembira yang saya terima, Alhamdulillah.
Dan satu berita duka, masya-Allah.
Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada Kak Jamiah yang telah melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu lalu. Alhamdulillah, akhirnya cinta yang pernah tersemi dahulu bertaut kembali dan Allah izinkannya untuk bersatu insya-Allah sampai ke Jannah. Saya rasa happy sangat dengan pernikahan ni. Allah tuliskan jodohnya. Semoga Kak Jamiah menjadi isteri solehah dan ibu yang misali. Selamat pengantin baru kak, semoga mahligai yang dibina membawa ke Jannah. Amin...
Seterusnya ucapan tahniah ini ingin saya sampaikan kepada X-housemate saya, Siti Haida yang telahpun hamil dua bulan. Hahaha nak jadi auntie entah kali ke berapa dah saya ni. Sesungguhnya saya teruja mendengar berita ni. Maklumlah, orang yang lama hidup sebumbung dengan kita kan. Macam manalah agaknya kawan saya tu jadi mak. Kecil molek je orangnya. Semoga anak yang bakal lahir membawa seri dalam hidup berumahtangga kawan saya tu.
Tahniah juga buat Nasir dan Hana yang baru menerima cahaya mata sulung untuk Nasir dan kedua bagi Hana. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati dan pendamai jiwa. Juga menjadi penyelamat kepada ibu bapanya dunia dan akhirat. Insya-Allah.
Dan pagi ni, saya terima berita sedih lewat telefon dari Kak Sariha. Allah lebih menyayangi suami Kak Sariza. Innanillahi wainna ilaihi rajiun. Ya Allah, siramilah rahmat kasih sayangMu buat Ahmad Kamil Bin Daniel. Semoga rohnya damai dan tenang bersemadi di sana. Amin. Kak Sha, saya doakan agar Kak Sha tabah menjalani hari-hari mendatang bersama anak-anak meskipun tanpa suami tercinta di sisi. Ya Allah, bantulah mereka. Mudahkan segala urusan mereka. Amin...
Bila mendengarkan berita-berita bahagia, saya merenung diri saya sendiri. Orang lain dah masuk fasa baru dalam kehidupan. Tapi saya? Saya masih di fasa lama. Tak ada apapun yang berubah. Lantas saya tersedar, Allah itu sebaik-baik perancang. Pasti Dia sedang merancang sesuatu untuk saya. Bersabar, usaha dan doa je la. Pasti ada hikmah kenapa Dia buat saya macam ni. Pasti sayangNya pada saya melimpah-ruah, sebab tu Dia uji.
Friday, January 13, 2017
Masih Ada Yang Sayang
Assalammualaikum readers,
Korang macam mana hari ni? Sihat?
Saya? Pagi ni Alhamdulillah. Tapi tak tahulah untuk sepanjang hari ni. Harapnya, sihat ni lama.
Pagi ni saya terima Whatsapp dari Kak Yong dan En. Mahathir yang bertanyakan khabar saya. Terima kasih you all sebab ambil tahu fasal Tinta. Kak Yong kata, dia Nampak gambar masa saya keluar makan dengan En. Mahathir tu macam tak ceria je. Tak macam selalu. Terima kasih Kak Yong kerana memerhatikan Tinta sampai macam tu. Sayang Kak Yong.
Terima kasih Allah, sebab masih bagi saya orang-orang yang prihatin bersama saya. Saya sayang mereka semua. Allah, tolong jagakan mereka untuk saya dan tolong sayangkan mereka semua.
Tuesday, January 3, 2017
Kenapa Dia Begitu?
Assalammualaikum readers,
Hari nipun hari saya masih sirna.
Korang pernah tak terfikir-fikir, kenapa tiba-tiba kawan kita menipu kita? Walhal dia baik dengan kita?
Pernah tak korang tertanya-tanya, apa sebenarnya dalam hati dia bila dia menipu kita?
Pernah tak korang tertanya-tanya, ikhlaskah dia pada kita apabila dia menipu kita?
Saya terkejut sebenarnya. Sungguh saya tak sangka lebih-lebih lagi, bila perwatakannya baik dan beragama.
Subhanallah, kenapa ada orang yang begini?
Ada sorang kawan saya cakap, dia nak keluar Negara menguruskan tentang sesuatu. First, saya tertanya-tanya, takkan Negara tersebut beroperasi pada hari tahun baru? Tapi saya malas nak bersoal-jawab. Itu hak dialah kan? Buat apa saya nak sibuk-sibuk.
Saya tak tahu kenapa. Mungkin Allah nak tunjukkan, pada malam yang katanya dia di luar Negara tu, dia miss call saya. Mungkin ter kot. Saya rasa bimbang akan dirinya kerana dia miss call saya jam 2.38 pagi. Manalah tahu kalau-kalau dia sedang mengalami kesulitan di Negara orangkan?
Saya call balik. Alangkah terkejutnya saya, bila ringing yang kedengaran seperti dalam Negara. Dia menipu sayakah? Apa motifnya? Bermula dari situ, saya mula curiga dan ingin tahu akan kejujurannya. Saya mula menjalankan siasatan. Saya tak suka orang yang menipu. Berkata benarlah walaupun menyakitkan.
Yang pelik tu, dia aktif Whatsapp seperti biasa. Cuma Whatsapp saya je dia tak balas. Tapi lupakah dia bahawa menerusi Whatsapp kita boleh tengok mesej yang kita hantar tu delivered ke, read ke. Memang ada waktunya dia tak baca whatsapp saya walaupun delivered tapi last seen dia tu selepas saya hantar mesej. Apa motif dia buat macam ni? Sedangkan sebelum ni bila dia ke luar Negara lambat delivered. OK fikir baik, mungkin perginya kali ni bukan bersiar-siar. Habis urusan, dia di hotel. Ada wifi.
Saya hantar mesej. 12 sen je kredit saya ditolak. Kenapa murah sangat? Saya check dengan Maxis. Tapi Maxis kata, kalau ke Negara yang dia pergi tu 50 sen tapi tak pasti pulak kalau mesej dihantar menerusi nombor Malaysia yang digunakan. Saya cuba buat panggilan kepada sorang lagi kawan yang ketika ini berada di US. Ya, bunyi ringingnya berbeza. Saya hantar mesej. OK, murah sikit, 10 Sen. Mungkin kerana operator taliannya sama dengan saya.
Bila saya Tanya dia, dia kata, dia roaming. OK. Mungkin kali ni perginya tak lama, so bolehlah roaming. Katanya call di'divered' sebab tulah bunyi ringingnya macam dalam Malaysia. OK. Saya tak ada pengalaman roaming. Mungkin betullah apa yang dia cakap. Saya malas mencurigai kawan sendiri. Tak baikkan?
Waktu penerbangan yang dia kata dia nak balik tu, saya tengok dia online Whatsapp. Saya Tanya dia, pukul berapa dia balik? Dia kata sedang boarding," Saja saya Tanya berapa lama penerbangan ke KL dari tempat dia berada ketika tu? Dia tak balas. Sedangkan saya tahu, penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit. Saya saja hantar Whatsapp lama sedikit lepas dia cakap boarding. Delevered. Sungguh menghairankan. OK, tak apa. Kita tunggu jap lagi. Sejam kemudian, saya tengok last seen dia setelah sejam perjalanan. Aik, takkanlah on Whatsapp dalam penerbangan kot? Tak pernah ada airline yang membenarkan penumpang online masa penerbangan. Kalau nak on handsetpun, kena in offline mode atau airplane on. Dan selepas itu ada lagi last seen seterusnya.
Dia ada beritahu saya bahawa dia menggunakan Air Asia. Saya terus check penerbangan Air Asia. Ternyata, dia membohongi saya. Penerbangan Air Asia ke Bandar yang dimaksudkan, tiada jam 6.30 pagi atau yang sebelum itu seperti yang diberitahunya. Begitu juga penerbangan pulang yang dimaklumkan kepada saya pada jam 10.30 pagi juga tiada. Penerbangan sebenar adalah pada 11.45 pagi.
Ya Allah, kenapa orang yang saya percaya menipu saya? Lebih-lebih lagi dia adalah seorang yang selalu bercakap tentang Allah. Selalu menyebut tentang Allah, Alhamdulillah, Ya Allah, masya-Allah. Apa dia tidak tahu hukum menipu itu dan apa kesannya? Kalau dalam soal kecil beginipun dia tak boleh berlaku jujur, bagaimana dalam hal besar? Subhanallah, kenyataan ini memang pahit. Tapi jika benar ini suatu penipuan yang dirancang terhadap saya, maka saya bersyukur, sekurang-kurangnya, Allah menyelamatkan saya awal daripada orang yang begini. Sekurang-kurangnya, saya akan berhati-hati dengan dia selepas ni.
Cuma saya pelik. Apa motif dia buat saya macam ni? Kalau dia cakap dia ada urusanpun, saya tak banyak soal. Dia bukan siapa-siapa dengan saya. Tak perlulah sampai nak menipu cakap pergi luar Negara bagai. Apa ni? Tidak bersihkah hati dia setelah selalu solat fardhu, Dhuha dan sunat lain? Atau semua tu sengaja diceritakan pada saya tapi kenyataannya...
Dan dari situ timbul satu persoalan lagi, apa dia benar-benar ikhlas berkawan dengan saya selama ni? Atau sebaliknya? Adakah banyak hal telah dia tipu saya tanpa saya sedari?
Kenapa Ya Allah? Kenapa saya sering dipertemukan dengan orang-orang begini tatkala saya ikhlas menerima sesiapa sahaja dalam hidup saya sebagai kawan atau kekasih? Tak apalah. Pasti ada hikmahnya. Insya-Allah. Kepada dia, saya doakan dia berubah dan sedar akan kesilapannya. Sebagai kawan, saya masih sayangkannya. Saya amat berharap dia berubah dengan izin Allah. Berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.
Tuesday, December 27, 2016
Berpisah Dengan Abah Buat Ke Sekian Kalinya
Assalammualaikum readers,
Dah habislah mimpi indah saya di kampung. So, saya kat pejabat sekarang ni. Rasa malas nak sambung buat minit mesyuarat ni. Tulis blog la.
Korang tahu tak, walaupun dah selalu berpisah dengan abah, saya masih rasa sedih bila nak tinggalkan abah.
Semalam, abah dan mama hantar saya ke Airport Sultan Ismail Petra. Masa assistant datang nak ambil saya, assistant pegang saya. Abah pegang saya. Abah kata, tak apa. Kita ke sana. Abah tunjuk ke arah laluan masuk ke Balai Berlepas. So, abah pimpin saya sampailah tempat nak masuk balai berlepas. Mula-mula mama cakap, "Abah, lepaslah along tu. Dia nak bawa," Tapi, abah berkeras nak bawa saya. Saya rasa sedih. Sedih nak tinggalkan abah. And, saya rasa saya masih macam budak-budak. Mama masih bagi saya duit belanja dan abah pulak bagi saya duit tambang KLIA Express dari KLIA ke KL Sentral. Dahlah tiket flightpun abah yang bayar. Saya tolak, tapi mereka berkeras suruh ambil. Amboi, mentang-mentanglah gaji anak dia ni tak setanding pencen dia orang.
Ya, gaji saya ni tak semahal pencen mereka berdua. Abah tu memanglah berganda pencen dia dari gaji saya. Mama punya pencenpun lebih mahal dari saya. Hehehe... Itu je rezeki along buat masa ni, bah.
Sunday, December 25, 2016
Rahsia Hati Abah
Bila berbual-bual dengan abah, maka semalam terbukalah rahsia hati yang abah simpan sekian lama.
Rupa-rupanya, pada hari pertama abah hantar saya ke sekolah berasrama 24 tahun dahulu, abah menangis teresak-esak sampai terpaksa ditenangkan oleh Cikgu Sharifah Aishah Syed Salim Al-Atas. Abah kata, itulah hari yang paling sedih dalam hidup abah kerana terpaksa melepaskan saya yang merupakan anak manjanya yang baru berusia Sembilan tahun. Kalau abah tak kuat, pastinya abah bawa saya pulang ke Kelantan semula. Mami (nenek) yang turut menghantar saya ketika tu pernah cakap, abah menangis sampai basah sapu tangan dan kolar bajunya.
Selama ni, saya ingat abah sedih biasa-biasa je bila tinggalkan saya dulu. Rupanya, abah berperang hebat dengan perasaannya. Hati saya tersentuh bila abah kata, hari tulah, 27 Disember, 1992, adalah hari yang paling sedih dalam hidup abah. Abah cakap lagi, tak ada hari yang sesedih hari tu dalam hidup abah. Saya nak nangis dengar cerita abah. Tapi saya tunduk dan tahan tangis saya. Abah, Along sayang abah. Dari along kecil sampai sekarang. Along kan manja dengan abah. Semua benda nak buat dengan abah. Nak abah temankan. Nak cakap dengan abah dan nak minta benar abah. Mama pernah cakap, abah selalu panggil saya lepas balik dari hantar saya kat JB. Siap cakap, kalau abah ada helikpter, hari-hari abah akan datang tengok saya kat sekolah. Kalau abah ada helicopter, baik saya berulang je pergi Johor hari-hari. Hehehehe
Cerita abah lagi, paling dia tak boleh tengok, adalah waktu makan di sekolah. Dia rasa sedih bila tengok anaknya diberi makan dalam pinggan dan gelas plastic serta dicampur nasi, lauk dan sayur dalam satu pinggan. Mungkin abah sedih sebab tak ada lagi hidangan beberapa jenis lauk serta sayur buat saya. Tiada lagi pinggan dan gelas kaca menjadi alas makanan saya seperti di rumah iaitu lazimnya disiapkan oleh mama, mami, chek atau orang gaji saya. Makan pulak berwaktu dan ada kuantitinya. Boleh tambah kalau ada lebih. Makanan pulak, satu lauk dan satu sayur sedangkan kalau di rumah setiap waktu makan, meriah menu untuk kami sekeluarga. Lepas tu waktu minum hanya dua keeping biskut dan ada biskut yang dihidangkan tu, bukan biskut kesukaan saya dan saya tak makan kalau di rumah. Dan di rumah, banyak pilihan biskut atau makanan buat saya. Hahaha sampai sekarang banyak pilihan makanan kat rumah ni.
Kan dah hari ni sakit perut sebab makan banyak. Dietpun berantakan bila balik Kelantan.
Ya, abah tak boleh terima semua tu bila melihat anak kecilnya terpaksa makan bercatu, serta berwaktu walaupun kat rumah sayapun ada waktu makan seperti yang abah tetapkan. Mujurlah anak abah ni, boleh mengembek bila masuk kandang kambing. Tak adalah merengek atau mengamuk nak makan benda lain selain dari yang disediakan pihak sekolah. Entah-entah sepanjang perjalanan Johor ke Kelantan abah menangis bila mengenangkan saya, anaknya yang ditinggalkan demi sebuah masa depan.
Abah, along memang rasa tak cukup masa bersama abah. Sebab tulah sekarang ni along selalu balik walaupun along sorang je balik. Along nak banyak masa bersama abah. Abahpun dah tua. Bila abah pencen, rasa best bila balik sebab sepanjang hari abah ada di rumah.
OK lah. Abah mesti dah balik dari masjid. Saya nak keluar sembang-sembang dengan abah lagi. Malam ni kan malam terakhir kat rumah ni. Malam esok dah nak balik KL. Kalau rajin, sambil-sambil sembang dengan abah, saya tulis lagi. Bye bye korang.
Hari-hari Bersama Abah
Assalammualaikum readers,
Hai semua, kali ini Tinta bersiaran dari kampung halaman Tinta di Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kelantan Darul Naim).
Balik dari hari Rabu lagi, dah duduk kampong tu, pegang laptop pun malas. Saja-saja balik, habiskan cuti tahunan. Tu pun masih berbaki 10 hari lagi nak dibawa ke tahun hadapan. So, cuti Tinta tahun depan akan jadi 32 hari. Banyakkan? OK la tu, ingat nak pergi bercuti tahun depan. Insya-Allah.
Tinta balik kali ni, abah banyak cakap. Kalau Tinta nak masuk bilik, dia kata, duduk luarlah, boleh sembang-sembang. Hahahaha... Bayangkan, abah yang pendiam boleh cakap gitu dengan Tinta. Bosan agaknya duduk rumah berdua dengan mama je sejak pencen ni.
Hari pertama duduk rumah abah, abah bagi tazkirah, fasal Tahajjud la, fasal doalah, fasal Surah Al-Kahfi, fasal kiamat, Dajal dan banyak lagi.
Malamnya pulak, abah bercerita tentang zaman kanak-kanaknya yang susah, adik-beradik ramai dan seawall usia kanak-kanak abah dah mula bela ayam, itik, kerbau, kambing dan lembu untuk bantu keluarga. Kesian abah. Terima kasih abah, sebab bagi kami rasa senang sejak kami kecil lagi. Walaupun senang, senang ya, bukan kaya. Kami masih lagi kenal budu, ikan darat, belalang goring dan masakan kampong. Kegemaran tuuuu...
Selama duduk rumah abah ni, macam-macam cerita keluar. Tak sangka abah masih ingat akan kawan-kawan saya yang pernah dia jumpa masa sekolah dulu. Siap Tanya kawan-kawan non muslim saya masuk Islam tak? Sebab sekolah saya dulu amat menitikberatkan soal agama. Antara nama-nama yang abah sebut, Suhaimi cucu Tok Wan, Najihah dan Adam. Ada jugak yang dia tak ingat nama tapi masih ditanyanya seperti Syamiza, siap ingat tu budak Seremban. Orang samo negoghi kato eh. Jiwa Rekha pun dia masih ingat. Rafizza, Siow Peng, Chew Hau (Alia Maisarah), Nasir, Zaki, Norizan, ramai lagilah. Housemate saya dulu tu tak yah cakaplah. Memang dia ingat dah selalu jumpa bila dia datang KL.
Abah siap cerita ada mak yang sama-sama abah hantar anak sekolah dulu, anak dia nangis, lepas tu mak dia bawa dia balik. Abah kan duduk seminggu kat Johor, minggu depannya budak tu datang lagi dengan mak dia. Nangis dan balik lagi. Abah kata, lepas tu abah dah tak Nampak budak tu. Mungkin balik tak datang-datang. Abah kata, mujur dia kuat, tak bawa saya balik walaupun saya meraung dan merengek nak balik tak nak sekolah jauh dari abah. Kalau tak abah cakap, mesti Tinta tak habis sekolah dan duduk rumah je.
Hahahaha... Abah masih ingat, kalau abah lambat datang jumpa saya kat sekolah dulu, saya mesti nangis. Hehehe... Saya cerita kat abah, Masa tu, mak Rafizza akan pujuk saya dengan Rafizza sebab sama-sama nangis. Abah ketawa. Sedihkan abah masa tu? Along tak nak berpisah dengan abah tau sebenarnya. Tapi takdir memaksa. Dan hikmahnya, telah sama-sama kita lihatkan abah?
Sunday, December 4, 2016
You Yang Mengada-ngada
You,
Sejak akhir-akhir ni, I rasa macam you ngada-ngada sikit. Kadang-kadang tu, sensitif. Kenapa you? I rasa, I sama je macam dulu. Tak adalah cakap kasar dengan you.
I gurau-gurau, lepas tu you cakap, hati you memang tak ada value kat sesiapapun. La... Bila masa pulak jadi sensitif macam ni? Cepat benar nak merajuk sekarang ni. Apa kena pulak ni?
Lepas tu you cakap, I tak mesej you pun bila Ahad lepas I diam je sebab you tak mesej me. Yelah, manalah tahu kalau you busy kan? You kan selalu busy. Hari cutipun nak kerja. You buat I tertanya-tanya, kenapa dengan you ni?
Bila I tanya, kenapa sekarang ni hati you hati tisu, you kata sebab you makan roti tisu mamak. Hehehe... Apalah you ni.
Ada masa, you ni kelakar. Dalam sakit-sakitpun boleh buat I ketawa.
Bila I suruh you rehat, you cakap apa?
'Insya-Allah. You too. Rest OK. Jangan termenung sangat. Setan suka kacau nanti,'
Hahahaha pandai-pandai je cakap I suka termenung. Bila masa pulak I suka termenung. Ish, dia ni macam tahu-tahu je. Pasang bomoh ke?
'Hahaha eleh, tahu sangat you tu, thats why I selalu teman you. Its not good. Nanti setan kacau mind. Kira nasib baiklah you tak boleh nampak hantu hahaha'
'Habis, bila I dah tak termenung nanti, you tak nak teman I la ya?' Saja je menguji.
'Insya-Allah. Tak salahkan?'
You,
Kadang-kadang I tak faham dengan you. Kadang serius, kadang kelakar. Tapi kalau you seriuspun, you macam faham-faham je. Bila mesej you serius pagi then I diam sebab sekarang I dapat baca, bila mesej you pendek, maknanya, you busy. Petang atau bila tak busy you akan mesej me, say sorry sebab you busy.
Pernah you macam tak berapa mesej me, then you say sorry,
'So sorry you for being silent for these couple days. I'm busy,' then I reply:
'Is not compulsory for u to message me every day,'
But you cakap, you rasa tak sedap bila diam and tak message me.
You, I tak minta apa-apa yang you tak boleh buat. Lagipun I bukan siapa-siapa dengan you. I tak ada hak untuk minta itu dan ini. You tahu tak? dulu, ada someone yang buat macam-macam untuk I. Tapi, bila ada sikit problem dan berbalas cakap, dia kata, kadang-kadang, dia rasa macam dia tak ada masa untuk diri dia sebab buat macam-macam untuk I. Masa dia banyak habis untuk I. Sedangkan, I tak mintapun dia habiskan masa dia untuk I. Kecuali, kalau I terpaksa atau ada urusan penting yang I tak boleh buat sendiri.
You,
Sejak dari hari yang dia buat I benar-benar terasa hati dengan kata-kata dia tu, I mula pasang niat dalam diri I. Lepas dari hari tu, I takkan minta apa-apa lagi dari sesiapa terutamanya dari segi masa, baik kawan, sahabat, mahupun orang yang akan gantikan tempat dia, kalau ada. I tak nak jadi beban kepada sesiapa. Sebab tu I tak pernah minta apa-apa dari you. Even kalau you tak whatsapp me pun, setakat ni I tak pertikaikan. Lagipun, siapalah I pada you nak lebih-lebih kan? Dan, janganlah paksa diri you untuk buat sesuatu buat I, sedangkan sebenarnya you tak nak buat. You tak perlu jadi orang yang terlalu baik dengan i. I kawan dengan you atau dengan sesiapa, kerana I terima seadanya sesiapapun yang datang dalam hidup I. Cuma, tolong jangan sakitkan hati I.
Kisah silam I, banyak mengajar I. So, sekarang ni, I tak nak lagi mengharap apa-apa pada sesiapa. I serahkan segalanya pada Allah. Biarlah dia yang tentukan.
You,
Terima kasih sebab selalu temankan I and bagi nasihat kat I. Kalaulah satu hari nanti you memilih untuk tidak temankan I lagi, I akan redha sebab I dah serahkan segalanya pada Allah. I tak nak lagi sedih macam sebelum-sebelum ni. Sebab I cuba memaksa takdir agar selari dengan kehendak I. Jadi sekarang, biarlah I yang mengikut takdir. Kerana Allah pasti memberi yang terbaik untuk hambaNya. Tapi kalau you baca tulisan ni, mesti you cakap, "I tahu, I tak ada nilai pada you. sebab tu you tak kisah," Bukan you, bukan macam tu. Mungkin selama ni, I terlalu sayangkan orang sampai tak nak kehilangan orang. Maka, Allah uji, Allah ambil semua orang yang I sayang sama ada kawan mahupun kekasih. Jadi untuk selepas ini, I akan berjalan mengikut takdirNya, insya-Allah. Kalau Allah terus izinkan you temankan I, alhamdulillah. Kalau tidak, I harus akur pada ketentuanNya.
Apapun, setakat ni, you kawan yang baik.
Friday, November 11, 2016
Whatsapp Yang Menyentuh Hati
Assalammualaikum readers,
Dalam sibuk-sibukpun sempat lagi curi-curi tulis blog. Hehehe bukan apa, sebab rasanya momen ni penting bagi Tinta nak share kan di sini. Kalau orang tak nak bacapun, boleh Tinta baca semula kemudian hari nanti.
Hari ni masih sibuk. Buat dua tiga kerja dalam satu masa. Terkejar-kejar supaya sempat semuanya sebelum keluar ke Air Asia bagi training. Dalam saya duk sibuk-sibuk menyemak laporan-laporan audit akses yang dihantar, balas email, balas official whatsapp, terima Whatsapp bertalu-talu dari group yang meminta saya buat itu dan ini, jawab panggilan telefon, saya terima satu Whatsapp yang amat menyentuh hati saya. Rasa macam nak balik ke zaman sekolah dulu supaya saya sentiasa ada bersamanya. Cikgu Fatimah Harun, guru kelas sewaktu saya darjah enam yang saya anggap macam ibu saya sendiri. Cikgu yang mengajar saya menjahit sembat dan jelujur, mengajar saya erti tanggungjawab dan amanah, menggalakkan saya belajar memasak, yang mengiringi saya ketika keluar, yang selalu bercerita itu dan ini kepada saya, yang selalu menduga kewibawaan saya dalam menyelesaikan masalah serta menyempurnakan tugas sebagai pelajar dan pengawas, yang selalu menasihati saya dan hehehe tak kurang membebel kepada saya dan rakan-rakan. Tapi bebelannya sangat lembut dan halus. Hehehe cikgu ni la jugak yang saya mengada-ngada, menangis, merajuk, saya cari ketika perlukan seorang ibu di sisi sampai diapun tahu apa yang boleh buat saya merajuk. Hehehe saya memang suka buat perangai dengan cikgu. Kami terlalu rapat sampai anak-anak cikgupun sangat kenal saya. Tak tahan tu, anak cikgu selalu cakap, "Mak tu garang, dengan Kak Tinta tak garangpun," Ni dalam kes belajar Matematiklah ni.
Pernah suatu ketika kami ke Terengganu menyertai Tokoh Kanak-kanak Cemerlang, saya keluar bersama keluarga saya dan Cikgu Fatimah bawa kawan saya keluar. Cikgu cakap dengan kawan, entah-entah nanti saya merajuk sebab tinggalkan saya pergi jalan-jalan. Hehehe memang saya nak merajukpun masa tu. Tak adilkan? Saya tinggalkan cikgu boleh, cikgu tinggalkan saya, saya nak merajuk hehehe. Melampau! Tapi cikgu sangat pandai mengambil hati saya. Dia belikan saya sesuatu balik dari berjalan-jalan buatkan hati rajuk saya segera terubat dan tak jadi merajuk. Hehehe ngada-ngada tak saya cikgu?
'Assalammualaikum Tinta, lama tak dengar berita. Apa khabar?'
Saya balas Whatsapp tersebut.
'Waalaikummussalam cikgu. Alhamdulillah. Tinta sihat. Cikgu macam mana? Sihat ke?
'Syukur Alhamdulillah. Sihat adanya. Lama tak ikut perkembangan anak cikgu di FB, tu yang bertanya khabar ni. Dah pindah rumah baru ke?' Sebenarnya dua tiga hari ni, saya memang teringatkan cikgu. Cuma tak Whatsapp cikgu.
Maafkan saya cikgu sebab tak bertanya khabar cikgu. Maafkan saya cikgu sebab cikgu dulu yang harus bertanya khabar anak murid cikgu ni sedangkan cikgu itu dimuliakan Allah. Ampunilah saya Ya Allah kerana mengabaikan cikgu saya yang satu itu sedangkan saya tahu dia terlalu baik dan menganggap saya seperti anaknya. Jika tidak masakan dia datang mencari saya di pejabat suatu ketika dahulu kerana rindukan saya. Maafkan saya sekali lagi cikgu.
Cikgu, bukan niat saya mahu menjauhkan diri daripada cikgu dan orang-orang yang saya sayang di FB tapi keadaan memaksa. Saya terpaksa cikgu, terpaksa demi hati yang lara. Saya harap cikgu faham dan sentiasa doakan kebahagiaan saya. Dan cikgu kata, Insya-Allah akan berkunjung ke blog saya yang tak seberapanya ni setelah diberitahu tentang blog ni. Cikgu selalu ikut perkembangan saya di media sosial dan media massa bagi mengubat kerinduannya. Jadi, saya berikan alamat blog ni supaya cikgu akan tetap bersama saya meskipun saya tiada di Facebook.
Sayang dan rindu cikgu selalu.
Wednesday, November 9, 2016
Terima Kasih, You
Terima kasih you, sebab masih sempat tanya khabar I walaupun busy. You janganlah rasa bersalah bila tak chatting dengan I. Bukan wajibpun kan hahaha... I know you are busy and malam pulak sekarang ni you have to entertein your regional staff. Baru I faham, kenapa you kena stay at hotel with them. Aik, macam mana tahu I aktif kat group pulak ni? Busy-busy pun sempat tengok group ke? Hehehe... Anyway, thank you for trying your best to make me happy. Moga Allah also will make you happy.
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)