SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Jendela Dunia. Show all posts
Showing posts with label Jendela Dunia. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

Setitis Peluh Petani, Setitis Darah Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Allah bangkitkan saya lagi hari ni dengan semangat yang baru, kesegaran yang indah. Nantilah saya cerita tentang kesegaran tu. Baiklah, ni apa hal pulak ni nak cerita pasal petani? Kata bekas boss saya, untuk menjadi bijak, kita harus banyak membaca. Itulah yang cuba saya lakukan agar bacaan saya itu mampu memberi anjakan paradikma dalam tugasan dan kehidupan saya. Saya bukanlah seorang yang bijak. Sedangkan Tun Mahathir yang bijaksana pun masih rajin membaca, apatah lagi saya? Lagi pun ni salah satu cita-cita Tun untuk melahirkan rakyat suka membaca. Membaca bukan sekadar dengan cara konvensional iaitu membaca buku. Zaman moden ni, banyak kaedah yang boleh digunakan sebagai sumber ilmu termasuk internet, TV, radio dan sebagainya. Hari ni, hati saya disentuh dengan satu wawancara "100 Hari Malaysia Baru" di Astro Awani. Bukan cerita politik tetapi mereka membincangkan tentang bagaimana sektor pertanian Negara harus dimajukan agar ianya menjadi suatu sector maju seperti di Holand, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. Wawancara ini menampilkan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Haji Salahuddin Ayub. Pendapat awal saya, Tun Mahathir memilih orang yang tepat dalam mengepalai Kementerian ini. Kenapa? Kerana YB Salahuddin datang dari latarbelakang petani. Beliau pernah membantu keluarganya mengusahakan tanaman koko. Daripada wawancara tersebut, YB kelihatan banyak input dan mempunyai pengetahuan dalam pertanian sebagai seorang menteri selain pernah menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan pernah menjadi petani. Kelihatan dua panel lain iaitu En. Shakran yang merupakan wakil Pertubuhan Peladang Kuala Langat dan Datin Paduka Fatimah Arshad seorang professor dari UPM senang membincangkan hal-hal berkaitan memandangkan YB juga sangat memahami apa yang dibincangkan. Satu lagi menteri yang awal ini saya boleh katakan sebagai menteri bijak dalam barisan cabinet baru Malaysia. Kita tengok nanti. Kalau dia buat tak betul, saya akan hentam dia. Hahahaha... Semoga hasrat murninya dapat dirialisasikan dengan kerjasama semua pihak. Semoga Allah tunjukkan jalan kepada beliau dalam kepimpinan. Kenapa hati saya tersentuh? Sebab wawancara ini turut menampilkan keluhan-keluhan para petani. Malah, isu kesukaran dan cabaran petani turut disentuh oleh panel perbincangan. Saya rasa betapa peritnya kehidupan seorang petani dengan isu-isu ketiadaan Baja berkualiti, tiadanya mesin kecil untuk digunakan secara mandiri, ketiadaan racun serangga berkualiti, kos pengeluaran yang tinggi dengan produktiviti yang sedikit, menjadi mangsa mainan harga orang tengah, jentera yang tidak cukup untuk menguruskan tanaman mereka dan banyak lagi. Selama ni saya hidup dalam dunia saya. Tak pernah menyelami komuniti lain dalam dunia ni. Saat saya duduk di kerusi empuk pejabat, mereka berpanas, membanting tulang. Saat saya menerima gaji bulanan yang tidaklah sebesar mana, mereka mengira pendapatan mereka yang kecil dan terpaksa menolak untuk bayaran hutang, modal pusingan, kos-kos lain, sara diri dan keluarga. Apa yang tinggal pada mereka? Patutlah petani kita majoritinya tidak hidup senang. Saya sedar, mereka perlukan subsidi bukan kerana manja tetapi terpaksa perlukan subsidi untuk meneruskan pertanian mereka. Kenapa ya Malaysia ni tak boleh keluarkan Baja dan racun serangga berkualiti tinggi sendiri? Sangat pelik. Ke manakah mereka yang bijak pandai dalam bidang ni? Teknologi demi teknologi diperkenalkan, tetapi mengapa tidak mampu mengubah nasib petani? Saya rasa sedih dan ada waktunya saya menangis tatkala mendengar wawancara berkenaan. Ke manakah peruntukan kementerian ini? Apakah peruntukan yang diperuntukkan benar-benar sampai kepada golongan sasar? Saya berharap keadaan petani berubah begitu juga dengan sektor pertanian. Dah lama saya fikir, tak boleh ke kalau Malaysia tak perlu lagi bergantung kepada Negara asing terutamanya dalam produk makanan setiap kali menerima mesej boikot barangan Israil dan Amerika? Makanan yang kita import tu sebenarnya boleh kita usahakan sendiri dalam Negara kita. So, kebergantungan terhadap mereka akan berkurangan dan tidak mustahil menjadi sifar seterusnya kita pula menjadi pengeluar dunia. Saya cemburu dengan New Zealand yang mempunyai banyak ladang lembu besar. Saya irihati dengan Australia, Jepun dan Korea yang mana ladang mereka saujana mata memandang. Bukan saja ladang besar malah, binatang ternakan dan tanaman juga sayup mata memandang. Penuh ladang dengan binatang ternakan dan tanaman. Malaysia ada Tanah luas, tapi binatang dan tanaman tak ada. Kalau ada pun seciput je. Orang selalu kata, oh Negara tu cantik Negara ni cantik. Sebab apa? Sebab hijau. Rakyat mereka kreatif. Saya rasa Malaysia pun boleh buat. Kita ada banyak Tanah. Apakah Tanah ni sekadar untuk pembangunan? Tanam hutan batu? Apa tarikan pelancongan kita seterusnya kalau asyik bangunan tinggi je. Orang Amerika, London, mesti nak tengok keunikan, bukan bangunan yang kat Negara dia orang lagi cantik. Saya sendiri suka melancong. Masa melancong, saya suka ke tempat yang unik. Shopping complex tu saya nak pergi ada sebab je. Contohnya orang kata Negara tu barang kulit dia murah. Baru saya nak ke gudang dia. Saya harap sangat supaya Malaysia mempunyai ladang-ladang besar suatu hari nanti. Rasa nak forward masa ke depan. Nak tengok macam mana Malaysia ni? Ada tak ladang saujana mata memandang? Saya tertarik kepada system Cottage di Jepun dan Saemaul Undong Korea yang disebut YB Menteri. Biar saya baca dulu tentang dua system ni. Lepas tu saya update kat sini.

Thursday, February 2, 2017

Kronologi Hidup M&M

Hahahahha M&M lagi. Secara ringkasnya, perjalanan hidup M&M adalah seperti berikut: Tagline: Cair dalam mulut, bukan dalam tangan. Warna: Lima warna berbeza dan masing-masing mempunyai tagline tersendiri: Merah: "Everything is under control" Kuning: "Inside everyone there is a little nut" Biru: "Never let 'em see you melt" Hijau: "I melt for no one" Oren: "I'm a dead man" 1941: Tahun M&M diperkenalkan. 1950: Huruf M yang tercetak di atas setiap coklat M&M dicetak untuk kali pertama. 1954: Tagline M&M digunakan dan character M&M tampil di kaca televisyen buat kali pertama. 1960: M&M merah, kuning dan hijau dicipta. 1976: M&M oren diperkenalkan. 1980: M&M memasuki pasaran antarabangsa termasuk Malaysia. 1982: Merupakan sejarah gemilang luar biasa M&M apabila coklat ini dibawa ke angkasa lepas. 1995: Atas permintaan ramai, M&M berwarna biru diperkenalkan. Setakat ni je dulu. Kalau saya rajin, saya cari dan tulis lagi.

Sejarah M&M

Assalammualaikum readers, Dah habis dua kerja. So, nak relax jap. Nak tulis blog pulak. Sekarang ni, saya duk menggila minat dengan M&M ni. Pada hal dari kecil dah kenal coklat ni. Sekarang baru jatuh cinta kat coklat ni. Jatuh cinta kat coklat lagi bagus. Boleh buat saya happy. Tengah duk menulis ni pun makan M&M. Yang pastinya, saya tak minat coklat M&M yang isi kacang seketul tu walaupun dari Perancis. Tapi makan jelah. Dah beli mahalkan. Ada yang tak tahu M&M? Alah, coklat bulat-bulat kecik berwarna-warni tu. Bila saya sukakan sesuatu, saya mesti nak tahu asal-usul dia. Jap tadi, saya search la sejarah coklat kegemaran saya ni. Pada zaman perang kedua dulu, seorang pengusaha coklat dari Minessota, Amerika Syarikat bernama Forrest E. Mars, melihat tentera memakan coklat kecil yang dibungkus dalam gula keras. Maka, dari situ idea timbul untuk menghasilkan M&M yang ada sekarang ni. Nama M&M ni adalah gabungan nama keluarga Forrest dan rakan kongsinya, Bruce Murrie. Mengikut blog yang saya baca, M&M ni pula makanan wajib bagi tentera yang dibawa ke mana saja. Dalam suatu blog yang lain pula menulis, Pengasas M&M adalah Frank Mars kemudian diambil oleh Forrest Mars walaupun dia bukan pewaris sebenar M&M. Katanya dia mengambil M&M daripada ibu saudara tirinya. Mengikut tulisan tersebut, pada awalnya, M&M bekerjasama dengan Hershey. Kemudian, di bawah pentadbiran Forrest, ia telah melancarkan peperangan perniagaan coklat terhadap Hershey. Bruce Murrie pula merupakan anak kepada presiden Hershey yang sama-sama membangunkan M&M. Hershey jatuh seketika kerana kematian pengasasnya kemudian membangun semula. Nantilah cerita hari lain fasal Hershey. Jadi, inilah M&M yang wujud sehingga sekarang.

Friday, May 27, 2016

10 Coklat Terlazat Dunia

Salam readers, Ada tak antara korang yang suka makan coklat? Coklat yang macam mana yang korang suka? Cuba kita tengok, antara 10 coklat kat bawah ni, berapa jenis yang korang dah cuba? Bukan lagu je ada top 10, coklatpun sama. Mari kita lihat jenama, tahun diasaskan serta Negara pengeluarnya: 1. Lindt atau nama panjangnya Lindt & Sprungly (1949 - Swiss) Pengasas: David Sprungli-Schwarz dan anak lelakinya, Rudolf Sprungli-Ammann. - Antara produk popularnya Lindor * yang menjadi kegemaran saya sekarang hehehe. 2. Godiva (1926 - Brussels, Belgium) Pengasas: Joseph Draps. - Antara produknya termasuklah Coklat Liqueur selain daripada biskut, truffle, kopi, koko dan lain-lain. Bungkusannya keemasan melambangkan kemewahan. 3. Hershey's (1894 - Pennsylvania, Amerika Syarikat) Pengasas: Nilton Hershey - Antara produk popularnya, Kisses. 4. Guylian (1960 - Belgium) Pengasas: Guy Foubert (nama Guylian adalah gabungan pengasanya dan isteri) - Antara produk popularnya, Sea Shells. 5. Ghirardelli (Amerika Syarikat) Pengasas: Domenico Ghirardelli 6. Ferrero Rocher (1982) - Tidak banyak fakta dinyatakan tentang coklat ini. 7. Valrhona (1922 - Tain-l'hermitage, Perancis) Pengasas: Alberic Guirronet. 8. Neuhaus (1857 - Belgium) Pengasas: Jean Neuhaus. - Pengeluaran menggunakan buatan tangan serta turut mengeluarkan biskut dan aiskrim. 9. The Belgian (1956 - Belgium) - Pengeluaran menggunakan kaedah tradisional. 10. Thorntons (1911 - Inggeris) Pengasas: Joseph William Thorntons. - Antara produk popularnya, Toffee. Coklat ini dijual secara atas talian. Begitulah 10 coklat lazat dunia. Dah semak berapa yang dah korang try? Selamat mencuba.

Friday, March 16, 2012

Seorang Amah Satu Kerja

Jarang aku nak menulis tentang isu semasa ni. Sebab blog ni aku buat untuk diari harian aku je, bukan untuk membincangkan isu-isu semasa atau sesuatu permasalahan. Pendek kata, blog aku ni blog santai dan ringan. Blog yang menceritakan tentang aku. Blog yang menukilkan coretan hatiku. Tapi hari ni, aku lari sikit daripada objektif asal blog aku ni. Sebab geram sangat.

Merujuk kepada tajuk di atas, ada negatif dan positifnya.
Negatif:
Aku rasa sistem ni melampau sangat. Kenapa sampai RM700.00 untuk satu kerja? Kerani di pejabatpun buat banyak kerja dengan gaji RM700.00-RM800.00 untuk syarikat kecil. Fikirkan macam mana dia orang boleh budget duit dia orang untuk bayar sewa rumah, tambang pergi dan balik kerja, keperluan diri, makan minum, mekap lagi, bil api, air dan telefon. Ini RM700.00 untuk amah Indonesia bagaimana pula dengan makan minum, tempat tinggal dan semua yang aku nyatakan di atas? Tak adakan? Amah biasanya tidak akan bayar sewa bilik tempat dia orang tinggal, tak payah belanja makan minum sendiri, tak payah bayar bil malah, peralatan mandipun guna tuan rumah punya. Apa penilaian mereka yang buat keputusan ni sampai boleh buat keputusan yang macam ni? Ianya kelihatan seperti "KERA di hutan disusukan, ANAK di rumah MATI kelaparan." Tambah pula, nilai matawang Indonesiakan jauh lebih rendah dari Malaysia. Dengan RM700.00 dah berapa RP yang mereka dapat? Balik hidup senang-lenang sedangkan majikan di sini, bertungkus-lumus cari duit, bayar itu dan ini. Bila naik gaji barangpun naik. Tak adilkan??? Majikan bekerja tak adapun satu gaji untuk satu kerja. Banyak benda yang mereka kena buat dan kena fikir. Pusat asuhan kanak-kanakpun seorang budak baru RM250.00-RM300.00 je. Apa kata, naikkan gaji RM700.00 kepada RM1,000.00-RM1,500.00 untun seorang amah satu kerja, tapi untuk amah warganegara MALAYSIAlah. Macam mana? Kepada kerajaan Malaysia, pertimbangkanlah keputusan tersebut. Janganlah kita sentiasa tunduk dan angguk kepada permintaan mereka yang tidak tahu menghargai kita. Kita tolong mereka, tapi mereka sering mencaci dan menyalahkan kerajaan kita. Kita kena berkeras, bukan sentiasa berlembut. Keras maksudnya di sini tegas. Barulah kedaulatan negara kita dijunjung. Barulah marwah kita tidak dihenyak.

Positif:
Semoga dengan keputusan yang diambil, menyedarkan warganegara kita untuk mengurangkan atau memansuhkan khidmat warga asing ini. Semoga negara kita tidak dipenuhi dengan warga asing lagi. Hantar jelah anak ke pusat asuhan kanak-kanak, kalau kena bayar RM250.00 pun berbaloi. Jaga waktu bekerja je kan. Kalau bayar RM700.00 pun bukan amah jaga 24 jam pun.

Wednesday, January 21, 2009

Kasut Terbang Di White House???

Pergolakan dalam pentadbiran Presiden George W. Bush terutamanya dalam menangani isu Palestin-Israil sememangnya mendapat perhatian dunia. 20 Januari 2009 menyaksikan pelepasan kuasa tertinggi dalam tampuk pemerintahan negara kuasa besar dunia tersebut dengan kasut-kasut berterbangan sebagai ucap selamat perpisahan buat presiden Amerika Syarikat ke-43 di White House.

Aku sendiri terkesima tatkala membaca berita tersebut di salah sebuah akhbar harian. Seorang pemimpin yang sering ditangisi perpisahannya menerima kebencian daripada serata dunia dan mungkin ada yang bersorak gembira dengan pelepasan kuasa tersebut.

Seramai 500 orang penunjuk perasaan berhimpun di luar pagar White House dan membaling lebih kurang 40 pasang kasut ke arah George W. Bush sebagai menyokong tindakan wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi dalam satu lawatan perpisahan Bush ke Iraq Disember lalu. Tunjuk perasaan ini turut disertai oleh mereka yang anti peperangan dan veteran Perang Iraq.

Bagi aku yang baru berpijar di muka bumi setahun jagung ini, merasakan kejadian ini sesuatu yang luar biasa. Mungkin cara tersebut merupakan satu cara bagi mempamerkan kebencian terhadap sekutu Israil yang sentiasa menyokong Israil dalam pencerobohan Palestin.