SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, January 25, 2019

Suamiku Mr. Blind 2

Masih lagi nak berkongsi pengalaman semasa shooting tadi. Shooting bersama Creative Skill Solution Production. Pengarahnya Rusdi Ramli. Satu nama yang tidak asing lagi dalam industry seni Tanah air. Malam tadi, bila saya baca skrip, saya rasa pemilihan saya sebagai pelakon adalah tidak tepat. Yelah, dalam skrip tu, cikgu tu seorang yang berpenglihatan. Sedangkan saya blind. Saya lantas whatsapp Kak Noa: Saya: Kak, watak dalam skrip ni Nampak. Tak apa ke bagi saya? Kak Noa: Ubah. Ikut suka hang nak buat macam mana. Saya: Tak apa ke? Kak Noa: Tak apa. Producer nak hang. Kena ubahlah. Dia suruh hang pegang watak tu. Cikgu Lee tu tukar kepada Cikgu Siti. Biar betul production house ni? Takkanlah sebab saya boleh ubah macam tu je? Saya ni bukan orang popular pun. Itu bab skrip dah settle. Kata Kak Noa, semalam pengarah agak goyang dengan saya. Takut kalau saya marah dia. Saya kan banyak komen kerja dia. Tapi Kak Noa kata, hari ni, pengarah senyum je tengok saya berlakon. Kak Noa kata, kalau dia senyum tak banyak cakap tu, dia sukalah tu. Semalam Kak Noa cakap dengan pengarah, jangan risaulah. Tinta tu OK. Dia memang tegas tapi hati baik. Wow! Pujian! Scene pertama saya pagi tadi scene dalam bilik guru bersama Ikhlas Jalil yang memegang watak sebagai Cikgu Salihin. Alhamdulillah, Kak Noa membantu saya untuk rehears sebelum take. Ikhlas Jalil pun tak kekok dan tak segan terus jumpa saya waktu saya tengah mekap untuk rehears. Sekali lagi rehearsal sebelum take dengan action di lokasi sebenar bersama Ikhlas. Bila take, Alhamdulillah, sekali take kami dah OK. Tapi still kena ulang untuk angle kamera berbeza. Dan begitu juga untuk dua scene seterusnya. Dua scene seterusnya memerlukan saya berdialog memarahi murid dan murid tu diam buat tak tahu je. Saya sorang je berdialog. Alhamdulillah, saya dapat melakukannya dengan sekali take. Cuma perlu ulang untuk angle camera yang dia orang nak. Tapi biasalah, kadang-kadang budak tu buat silap sebab tak buat memek muka. Budak sekolah kan? OK je, saya boleh je ulang. Berlakon dengan budak ni kena sabar. Masa sembang-sembang tunggu lunch, assistant director dan wardrobe cakap, "Dia buat one take je semua scene eh. Dia bukan macam kau tau Ain. Jangan main-main," Kata mereka kepada heroin. "Yelah, susahlah saya nak buat one take macam tu. Macam mana eh?" Jawab Janisa pemegang watak Ain. "Ni satu cabaran untuk kau. Kau buat betul-betul. Jangan banyak take. Kau tu banyak take," Nasihat Kak Noa kepada Ain. Hayyoooo... Saya yang kena belajar dengan heroinlah. Terbalik kot ni kenapa? Agaknya sebab one take tulah yang director senyum tu. Katanya semalam, lokasi hot. Entah siapa entah yang berlakon saya tak pasti. Katanya berlakon entah apa-apa. Asyik salah je. Lepas tu asyik kena marah je. Mungkin director marahlah kot. Kak Noa pernah mengadu dengan saya, katanya, dia kena ajar hero dan heroin berlakon. Macam kelas teater pulak kat set. Mungkin orang baru kot. Mungkin mereka bukan datang dari bidang ni dan tidak mempunyai bakat semulajadi. Jangan salah faham. Tak punya bakat semulajadipun boleh jadi pelakon yang bagus jika seseorang tu belajar bersungguh-sungguh untuk menghayati watak. Terima kasih En. Mazlan Tahir dan Mr. Rajan sebab ajar saya kelas lakonan masa di UiTM dulu. Tak kenal siapa mereka? Selain mereka tu pensyarah saya, Mazlan Tahir adalah satu nama besar dalam industry seni Tanah air terutamanya bidang teater. Mr. Rajan pulak, kalau korang masih ingat cerita Astana, dialah director ke producer entah. Saya lupa. Selain dari saya minat terhadap lakonan, mereka berdua ni banyak mengajar saya tentang emosi, kawalan pernafasan, memek muka, lantunan suara dan dialog. Mereka sangat positif terhadap saya waktu dalam kelas dulu. Mereka suruh je saya berlakon walaupun saya blind. Ada yang berlakon dengan kawan dan ada yang kena berlakon sorang. Masa tu, siap bawa prop, muzik dan sebagainya untuk dipersembahkan bersama lakonan dalam kelas. Alhamdulillah, saya adalah antara yang sering dipuji dan disebut mereka sebagai contoh kepada rakan sekelas yang lain. Hahahaha... Dulu siap berlakon Mak Yung tau. Nyanyi lagu Mak Yung tu memang wajib untuk subjek kesenian tradisional. Final, kena buat persembahan Mak Yung di ruang legar fakulti untuk semua orang tonton termasuk lecturer, staff dan senior serta junior satu fakulti. Masa tu nervous dan malu gila.

No comments: