Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, January 25, 2019
Suamiku Mr. Blind
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Baru habis shooting. Tapi ada lagi scene baru masuk katanya. Hish, malas betul nak pergi lokasi lagi. Mujurlah production ni baik dan layan saya sama macam artis dia.
Suamiku Mr. Blind ni adaptasi sebuah novel. Dulu saya pernah up status pasal novel ni di Facebook dan mendapat respon daripada penulisnya, Maya Farisha.
Baru-baru ni, prop master dia datang jumpa saya Tanya pasal blind. Adalah juga benda yang saya komen sebab dia orang ni buat cerita tak buat research lepas tu salah. Mengarut je nak buat panduan CEO blind berjalan dalam bilik CEO guna riben. Merapu kan? Budak kampung yang baru masuk kerja pulak nak buat panduan CEO blind tu berjalan. Sedangkan, CEO tu dah berzaman kerja kat office tu.
Lepas daripada tu, assistant director dia, Kak Noa, selalu call dan text saya Tanya pasal blind punya kehidupan. Ada sikit-sikit ilmu yang saya bagi.
Tiba-tiba kelmarin, Kak Noa call tapi saya tak pick up sebab saya busy masa tu. Lepas tu dia text:
Kak Noa: Yang, akak nak panggil kau shootinglah. Kau nak tak?
Saya: Shooting? Shooting apa?
Kak Noa: Shooting cerita yang akak tengah buat nilah.
Saya: Merepeklah akak ni.
(Nak bagi saya watak apa? Setahu saya watak blind sorang je dalam cerita tu. Itu pun lelaki.)
Kak Noa: Kau jadi cikgu. Producer nak kau.
Saya: Hah? Biar betul akak ni? Merapulah tu.
(Mana pulak producer tu kenal saya? Contact pun tak pernah. Kak Noa sajalah tu main-main.)
Kak Noa: Hei, seriuslah. Producer cakap, Noa, panggillah kawan you tu berlakon. I nak dia.
Saya: Macam mana dia tiba-tiba nak saya pulak? Kenal pun tidak. Tiba-tiba je. Merepeklah akak ni.
Kak Noa: Betullah yang. Producer yang cakap macam tu. Bolehlah. Apa pulak dia tak kenal kau yang, kan akak selalu cerita kat dia apa yang hang cakap. Akak siap hantar kat dia text hang, voice hang kat dia. Dia sukalah kat hang.
Saya: Kalau orang percaya, boleh je.
Kak Noa: Akak hantar gambar hang kat dia. Profile picture ni gambar hang kan?
Saya: Sayalah tu. Takkan fake pulak?
Tak lama kemudian, nada Whatsapp berbunyi.
Kak Noa: Akak dah hantar gambar hang kat producer. Producer kata hang lawa. Dia suka kat hang.
Saya: Yelah akak tu.
Kak Noa: Betul. Dia nak hang. Sekarang ni, hang hantar gambar baju-baju hang yang cantik yang boleh pakai shooting. Dia nak tengok baju. Biar dia approve baru senang kerja kat set.
Dia minta tiga, saya hantar tujuh. Takut nanti hantar ngam-ngam dia tak berkenan. Lepas hantar, semalam, Kak Noa bagi tahu ada empat helai baju dia berkenan. So, saya kena bawa semua baju tu. Hayyyooo... Ada baju kembang pulak tu. Nak bawa pakai apa? Takkan pakai hanger? Nak naik LRT macam mana? Letak dalam beg sandang jelah. Tapi saya teringat, masa kerja Makmur Megah dulu, ada artis yang guna luggage. So, kita pakai luggage jelah. Tarik je. Tak berat.
Saya: Kak, saya mekap sendiri ke macam mana?
Kak Noa: Tak payah. Kita ada make up artist yang akan mekapkan hang.
Bagus. Dahlah saya kena gerak awal pagi. Kalau mekap sendiri lambatlah jawabnya. Dari rumah naik LRT lebih kurang satu jam ke Sekolah Setapak. Sekolah khas tu.
Bangun pagi tadi, saya kemas semua baju dan tudung yang dah gosok malam tadi masuk luggage. Siap bawa kerongsang bagai. Mana tahu kalau nak bertukarkan? Nampak gaya kena tukar baju ni.
Saya ada tiga scene. Kali ni saya rasa OK gak dengan production house ni. Dia jaga saya sama macam artis dia. Ada orang mekap, ada tukang bawa baju untuk tukar, touch up make up sentiasa.
Yang kelakar tu, dia orang kata dia orang macam budak sekolah. Semua benda kena minta approval producer yang tak ada kat set tu. So, lepas saya tukar baju, pakai selendang dan mekap, dia orang mesti ambil gambar saya dan hantar kepada producer untuk dapatkan approval bahawa penampilan saya OK dan elok. Lagi satu, setiap kali saya habis scene, wardrobe dah stand by dengan baju seterusnya untuk saya tukar. Tak payah saya nak cari-cari baju dan tudung. Dia orang dah ambil siap-siap dari luggage saya dan bawa kepada saya. Saya cuma perlu tukar dan ikut je apa yang dia orang dah tentukan. Saya tak payah pening-pening nak matching tudung dan baju.
Untuk baju kedua, baju kembang. Saya bawa tudung pink. Pink ni berbeza dari pink tudung pertama yang saya pakai. Dah elok lilit selendang. Haaa... Selendang saya belit sendiri. Budak wardrobe cuma tolong pegangkan kerongsang, jarum peniti, ambilkan kerongsang dan jarum, dan tolong pegangkan tudung bila saya belit. Make up artist cakap, tak boleh pakai tudung tu. Katanya perempuan meroyan yang merujuk kepada producer dah pesan, next tudung, jangan pakai tudung pink atau purple. Tak nak sama dengan tudung pertama. Dia orang ambil tudung lain dari luggage saya. Mujurlah saya bawa tudung lebih termasuk tudung warna selamat iaitu kelabu gelap dan hitam. Wati make up artist suruh saya kenakan tudung kelabu Duck saya. Budak wardrobe kata, tudung pink tadi cantik dengan baju saya sebab sama dengan warna bunga. Kalau pakai yang grey ni, gelaplah. Kata make up artist kata, nanti perempuan tu meroyan. Debatlah korang. Saya tunggu je keputusan korang dan pakai. Make up artist suruh wardrobe iron tudung saya. Lepas tu cepat-cepat belit dan selesai. Sekali lagi ambil gambar bagi producer. Kak Noa kata, producer berkenan. Kata Kak Noa, producer dia nama Yati. Yati tu dah menang banyak award tu yang cerewet tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment