Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, January 4, 2019
Rindu Kalian
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni hari Jumaat, esok cuti.
Menjelangnya hari Jumaat, teringat saya kepada dua orang x-housmate saya. Haida dan Hana.
Persahabatan yang terjalin di sekolah membawa ke zaman pekerjaan.
Kami tinggal serumah sejak tahun 2008 di Taman Melati. Hana keluar sebab berkahwin pada tahun 2010.
Dari Blok G Taman Setapak Indah, kami pindah ke Blok K. Tapi kali ini pindah bersama Haida je. Kami tinggal berdua. Memang tak nak ambil orang baru takut tak sesuai. Lepas tu pindah ke Wangsa Maju 2014.
Kami ni dah macam adik-beradik. Masa duduk bertiga dulu, saya kerja di Ampang. Masa tu kami masak hari-hari. Hana masak hari kerja sebab ofis dia dekat. Saya masak hari minggu. Siap bawa bekal pergi ofis.
Masa duduk berdua pun ada masak lagi. Kalau saya masak, Haida kata chef masak sebab semua bahan saya letak dalam bekas berasingan dan susun cantik-cantik. Haida akan teman saya masak dan tugas dia, basuh semua peralatan yang digunakan.
Antara kami bertiga, Hana paling diam. Tapi kami selalu habiskan masa bersama. Bersembang, bergurau, tengok TV bersama. Kadang-kadang bergelimpangan tidur depan TV kat ruang tamu. Ada masanya, saya dan Haida saja bentang toto dan tidur kat ruang tamu. Kerja kami asyik bergelak ketawa je. Tapi bila salah sorang sedih, kami akan ikut bersedih dan pujuk.
Cerita bab masak, teringat pasal masak nasi lemak. Hana pandai buat sambal ikan bilis yang banyak sambal. Tapi nasi lemaknya selalu tak menjadi. Saya pulak, nasi lemak menjadi. Cukup rasa lemak dan masak betul. Tapi bila buat sambal, selalu kering sambal saya. Selalu tension. Last-last, kalau nak makan nasi lemak, kami berpakat. Saya masak nasinya, Hana buat sambal. Baru ngam. Hahahaha...
Hari minggu adalah hari saya buat eksperimen. Tengok resipi kat internet dan masak. Haaaa... Tak sangka, saya punya nasi ayam, masak paprika, roti bakar chees sossage, adalah beberapa lagi menjadi. Bila hujung minggu, mesti dia orang Tanya saya nak masak apa. Saya cakap, korang jadi bahan eksperimen eh, kalau tak sedap pun korang makan jugak. Hahahaha...
Kalau ada masakan yang dia orang suka, dorang mesti cakap, "Awak, bila nak masak ..." Itu soalan Hana.
Kalau Haida pulak dia akan cakap "Dah lama kita tak makan bubur nasi Cik Long. Agak-agaknya esok ada tak bubur nasi?"
Hahaha bubur nasi saya ni pedas dan resipi ni dari angah. Tapi Haida sukakannya.
Kalau Hana pulak, saya suka dia masak ikan sambal. Best sangat. Pendek kata Hana ni kalau masak sambal memang sedap. So saya dan Hana akan saling belajar sebab masakan yang kami pandai tu berbeza.
Teringat suatu hari Hana masak daging. OK, potong daging pun kami dah gelak. Dia potong daging macam nak letak dalam nasi goring. Kecik. Lepas tu dia buat daging masak kicap. Keras gila. Haida biasalah akan melaporkan kepada saya. First saya komen cara dia potong. Katanya ni kali pertama dia siang daging. Laaa... Kenapa tak cakap? Ingatkan dah biasa siang daging?
Hana: Awak, cuba awak rasa daging saya ni? Kenapa daging saya keras? Tak boleh makan?
Saya cuba makan. Memang keras. Kami gelak sama-sama.
Saya: Ni mesti kali pertama masak dagingkan?
Hana dengan sedih mengaku.
Saya: Daging ni bukan macam ayam boleh masak sekejap je.
Hana: Boleh tak awak baiki daging saya ni supaya kita boleh makan?
Sayapun try la. Tapi taklah dapat empuk sangat. Cuma bolehlah untuk makan.
Hana: OK, esok awak masak daging eh, saya nak tengok.
Dan keesokan harinya saya memilih untuk masak daging lemak cili api resipi nenek Negeri Sembilan saya.
Hana Tanya saya, "Kenapa daging awak lembut?"
Saya beritahu dia, yelah, kan sebelum campur bahan saya masak daging tu dulu sampai lembut.
Akhirnya, Hana pun pandai masak daging dan siang daging.
Kalau saya masak, saya sendiri suka complain. Itu tak kena, ini tak kena. Haida dan Hana pun tension. Dorang cakap, dorang yang makan rasa OK je. Yang masak tu pulak complain pasal masakan dia. So, setiap kali saya masak, dorang tahu dah saya sendiri akan cakap tak sedap. Haida tu nakal sikit. Dia selalu cakap "Yang nak complain tu biar dia complain Kak Hana. Jom kita makan. Sedap tak?" Hana akan jawab "Sedap. Orang cerewet ni susah, dia snndiri masak, dia sendiri complain. Orang masak dia tak complain pulak,"
Hana ni sangat rajin masak. Hari-hari dia masak. Haida pulak suka paksa saya masak. Dia cakap, dia suka makan orang malas masak. Hahahahha...
kami hidup rukun damai. Kalau ada yang tak kena, sekejap je merajuk or marah. Usik-mengusik tu setiap hari. Itu yang buat kami hidup aman bahagia.
Rindunya zaman tu. Sekarang hari minggu, saya sorang je. Paling tak pun, gaduh dengan Chiko. Dah lama tak masak. Rindu nak masak. Apakah dapur gas akan kembali ke rumah saya? Hahahah... Tong gas pun jadi perhiasan je kat dapur tu sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment