Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, January 6, 2019
Saya Kagum Dengan Awak
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Duduk lepak-lepak kat rumah. Tak ada apa nak buat. Rutin mingguan semua dah siap.
Jom kita chit chat chit chat kat sini.
******************************
Semalam pegawai khas Menteri Wilayah turun Brickfields. Isu pembangunan di Brickfieldslah. So, saya salah seorang daripada wakil yang hadir. Adalah beberapa wakil lain turut hadir.
Seperti biasa, saya bukan seorang yang banyak cakap dalam mana-mana meeting atau lawatan kecuali ada benda yang saya perlu cakap. Dan saya jugak tak suka ulang cakap benda yang orang lain dah cakap. Semalam tak ada pertelingkahan. Saya bercakap dengan lembut sebagai seorang yang profesional ditambah dengan senyuman. Mungkin suara saya ni perlahan kot. So, En. Nik selalu memberikan perhatiannya kepada saya apabila saya bercakap. Begitu juga dengan wakil yang lain, mereka akandiam bila saya berkata-kata. Korang janganlah diam sangat. Nanti kalau saya salah cakap malu tau.
Habis waktu kerja, saya balik rumah. Dalam jam 6.00 petang lebih, telefon saya berdering.
Pemanggil: Tinta kat mana?
Saya: Kat rumah. Kenapa?
Pemanggil: Ingat masih di pejabat.
Saya: Eh, hari ni hari Sabtu. Tak adalah saya kat ofis sampai petang. Kenapa?
Pemanggil: Ingat nak ajak makan.
Saya: Oh, lain kalilah. Saya kat rumah.
Pemanggil: Saya kagum dengan cara Tinta masa sesi lawatan tadi. Baguslah. Cara Tinta cakap, apa yang Tinta cakap. Tinta betul-betul membela komuniti OKU Penglihatan walaupun Tinta cakap perlahan dan lembut. Saya rasa Tuan Nik pun suka dengan apa yang Tinta cakap. Dia bagi perhatian setiap yang Tinta cakap. Fokus.
Saya: Biasa je. Saya memang macam tu kalau ada meeting ke, audit akses ke. Dalam keadaan tertentu je akan jadi hangat. Tapi yang hot tu jarang berlaku.
Kadang-kadang apa yang kita rasa biasa tu yang orang nampak. Entahlah. Tak ada apa yang best pun saya ni. Just buat kerana tugas saya. Selagi mampu, saya akan terus berjuang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment