SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, May 30, 2018

Sup Ayam Kukus

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang apa khabar? Sihat ke? Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni Allah beri saya rasa sihat dan rasa bersemangat untuk melakukan sesuatu setelah bangun dari tidur. Saya mohon doa kalian agar Allah sentiasa memberikan yang baik-baik buat saya. Saya juga doakan agar kalian turut diberi semangat oleh Allah dalam menjalani hidup ini. ********************** Macam yang pernah saya update, sekarang ni saya dah mula memasak macam dulu. Bezanya, dulu guna dapur gas. Memandangkan dapur saya belum diubahsuai, saya beli beberapa perlatan moden untuk memasak macam saya ceritakan dalam entri yang lepas. Isnin hari tu, saya balik ke rumah berkobar-kobar nak masak sup ayam. Alamak, macam mana nak masak sup? Steamer ni tak dalam sangat so tak boleh nak masuk periuk. Mangkuk terlalu kecik nak buat sup. Fikir punya fikir, Saya dapat idea, kita masak dalam rice cooker. Hadoi, ayam pulak beku. So saya guna steam untuk lembutkan dia. Lepas siapkan bahan yang tak cukup, saya cuba guna blender yang mami bagi. Tak hidup pulak. Apasal blender ni? Alamak, tak guna sekalipun lagi. Ke saya yang tak pandai guna? Blender ni pelik sikit. Dalam hati, tak sedaplah sup saya ni, dahlah kentang, daun salari dan daun sup tak ada. Bawang goring apatah lagi? OK, tak apa. Takkan nak buang bahan yang dah tersedia ni? Kita mayang jelah. Satu lagi tak ada, minyak. Masak dalam rice cooker boleh tumis. Tapi minyak tak ada. Nak sedapkan hati saya bisik kat diri sendiri "Tak apalah. Tak payah guna minyak. Kau kan nak jaga kesihatan. Minyak tak bagus untuk kesihatan," OK. Kita mayang jelah bahan-bahan ni. Tak sedap pun tak sedaplah. Diri sendiri nak makan. Kalau tak lalu buang jelah takkan nak bagi orang benda tak sedap? Lepas mayang bahan tumis, saya guna rice cooker untuk mula masak. Tapi saya sangsi akan kebolehan rice cooker. Saya cuba ukur periuk kaca saya dengan kedalaman steamer. Boleh guna cuma, tutup steamer tu tak boleh tutup rapat. Then, saya stopkan rice cooker dan tuangkan sup yang berapa pratus dimasak tu ke dalam periuk saya. Lepas tu saya sambung masak pakai steamer. Sebelum on steamer, saya dapat idea. Kalau saya tutup steamer tak rapat, nanti habislah memercik sup ni nanti ke persekitaran. So, saya tutup periuk tu dengan tutup dia tanpa gunakan tutup steamer. Kita set 15 minit jelah sebab tadi dah berapa lama dia duk dalam rice cooker. Waaaa... Bau sedaplah pulak masakan saya ni. Harapnya, rasa pun sedap Ting!!! OK, siap! Meh kita rasa. Wow!!!! Rasanya sedap tak seperti yang saya bayangkan. Tambah sedap apabila kuahnya bercampur dengan bahan tumisan yang tidak ditumis dan hanya dimayang. Patutlah orang kata, kalau bawang dan bahan menumis dimayang tu lebih sedap dari di 'blend' dan ditumbuk. OK. Lepas ni bolehlah saya masak campak-campak je. Kesimpulan yang saya boleh buat, walaupun tak ditumis dengan minyak, supnya tetap berminyak. So, tak perlu beria nak tumis minyak sangatlah. Menu seterusnya, ayam panggang pantang bersalin. Hahahaha... Belum bersalinpun dah makan makanan bersalin. Untuk kesihatankan? Tapi tak cukup bahan jugak. Saya tak ada lada hitam, kunyit dan lengkuas. Mungkin hari ni kita guna je apa yang ada. Hari lain kita buat set lengkap hahahaha... Looking forward to see you oven this afternoon. Ada kawan call nak jumpa saya. Saya dah suruh dia beli serbuk lada hitam, kunyit dan lengkuas.

Monday, May 28, 2018

Soalan Yang Buat Saya Marah (Updated)

Assalammualaikum pembaca blog saya, Harap korang semua diberkati dan dirahmati. Oh, lupa! Salam sejahtera kepada yang bukan Islam. ******************* Ada satu mamat ni, dia dah kahwin. Bulan Oktober last year, he confessed that he fell in love with me. Crazy!!! Sejak hari tu, saya malas nak kawan dengan dia. Memanglah jodoh tu Allah yang tentukan. Tapi sebagai manusia, kita kena usaha untuk mengelak. Kalau dah elak then berjodoh jugak, itu baru namanya jodoh. But, kalau kita pun melayan, itu bukan jodoh, tu saja nak jodoh. But he still like and comment my FB, sometimes send whatsapp to me. Serious I don't like his way. Dia ni suka mendesak. Paling saya tak boleh terima, He concede, he will live his wife. Not now because his son still young. He will be taking 2 3 years to live his wife. Apa niat dia cakap semua ni kat saya? Nak bagi harapan kat saya? Eh, cukuplah! Saya dah penat dengan harapan palsu ni. Ingat saya nak buang masa tunggu dia ke? Lagi satu, dia bercakap ni, dengan perempuan tau. Dan yang dia nak tinggal tu, perempuan jugak! Saya ni masih ada hati dan perasaan. Takkanlah saya nak bina kebahagiaan atas kehancuran rumahtangga orang??? Ingat saya boleh bahagia ke macam tu? Nanti penyesalan akan ekori saya seumur hidup saya. Hari ni dia buat kat wife dia. Esok lusa, kalau kahwin dengan saya, dia buat pulak kat saya. Saya percaya kepada kifarah, karma and what so ever yang seangkatan dengannya. Saya dah selalu tengok dan alami. Itulah yang arwah moyang saya ajar kat saya since I was young. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Kalau awak tak bahagia, itu masalah awak. Kenapa nak heret saya pulak dalam masalah rumahtangga tu? Tu namanya saja nak tambah masalah. Lainlah kalau dah duda baru jumpa saya. Ni dia sendiri pernah cakap, since zaman bercinta lagi isteri dia tu dah mula buat perangai. Buat perangai yang saya rasa memang tak boleh terima. So, kenapa kahwin jugak? Don't tell me jodoh. Kita ada pilihan. Kenapa pilih untuk berjodoh dengan dia? Macam saya cakaplah, kalau dah cuba elak then OK la. Ni tak ada usaha nak elak pun. Serious saya kata sejujurnya, memang Allah tu tahu apa yang sesuai dan tak sesuai dengan hambaNya. Kenapa Allah tak jodohkan saya dengan dia? Sebab dia bukanlah lelaki yang boleh buat saya rasa selesa bila bersama dia. Perangainya yang suka mendesak, buat saya rimas dan senang je menaikkan kemarahan saya. Dan dari caranya saya rasa dia ni suka mengongkong. Pernah dulu masa saya tak tahu dia suka kat saya, dia whatsapp saya. Masa tu, saya online whatsapp lama tapi tak balas whatsapp dia dengan cepat. Dia Tanya saya, selain dari dia, dengan siapa lagi saya sedang whatsapp. Hello! You are not my husband or even my special boy friend. Apa hak dia nak Tanya saya macam tu? Suka hati sayalah nak whatsapp dengan siapapun! Kalau orang yang saya admire yang Tanya OK la kan? Ni tak ada apa-apa Tanya, memang saya Tanya balik, kenapa Tanya macam tu? Saja nak tahu jawapan dia. Dia cakap, saja Tanya. Dia ni selalu je cari jalan nak dekat dengan saya. Hantar Whatsapp la apalah. Then, malam tadi, dia whatsapp saya. Biasalah dengan ayat pembukaan dia tu. 'Assalammualaikum awak' 'Awak apa khabar?' 'Lama tak borak' 'Saya ada soalan nak tanya' OK, En. Abang, jangan nak trick saya. Saya dah masak sangat dengan perangai lelaki ni. Saya dah tua OK. Dah ada pengalaman. Tak ada masa dah untuk semua ni. Kalau 10 tahun lalu mungkinlah saya akan masuk jerat awak tu. Saya tak buka whatsapp tu, sekadar baca pada lock skrin saya. Dah pulak ada orang whatsapp saya Tanya sedap tak saya makan fish ball dan sosej steam tu? Hish dia ni pun, whatsapp tak kena masa la. Hahahaha... Orang baru nak berlakon tidur tak balas whatsapp mamat tu. Dia pulak whatsapp. Baru lepas baca blog oranglah tu. OK. Whatsapp mamat tu, saya abaikan then saya balas whatsapp personal orang-orang lain. Bukan saja nak sakitkan hati dia. Tapi saya tahu, kalau saya balas whatsapp mamat tu akan buat mood saya swing dan mamat tu akan cuba panjangkan perbualan. Saya malas nak layan dia. Nanti kalau dilayan, hari-hari pulak dia akan whatsapp. Bila tak balas, macam-macam skrip drama dia whatsapp kat saya. Siap dengan desakan lagi. So, pagi ni, saya just Tanya dia 'apa dia?' Seperti yang saya jangka, soalan yang dia ajukan memang membuatkan saya panas. Katanya, kawan dia Tanya. 'Apa beza MAB dan PERTIS?' Agaknya kau marah tak? Of cause saya marah. Sebab saya tahu, itu sekadar soalan untuk berbual. 'Hadoi, jauh beza. Takkan tu pun tak tahu?' Saya tak ada masa nak layan soalan remeh yang saja dibuat-buat tak tahu ni. 'PERTIS tu Persatuan Orang Buta Islam' Dia sendiri jawab. Tahu pun. Nama pun dah boleh tahu. 'Saya nak jawapan awak,' 'Boleh ke tak?' 'Saya ni tak tahu sangat,' Dah mula dah ayat dia berbaur desakan tu Malas layan! Biar jelah kat situ. Kalau kawan dia yang nak tahu, biar kawan dia cari sendiri jawapan. Bagilah contact saya suruh kawan dia Tanya saya. Maaflah, serious, saya tak suka lelaki yang Tanya soalan bodoh. Saya suka lelaki yang ada karisma. Yang ada kepimpinan. Dia orang yang nak pimpin saya. Bukan saya yang nak pimpin dia orang. So, dia orang yang kena lebih strong dari saya. Sedangkan staff sayapun saya marah bila tak belajar untuk jadi bijak, ni pulak kalau nak jadi suami. Janganlah semua benda saya yang nak kena fikir. Saya bukan menghina atau memandang rendah kepada sesiapa. Tapi itu adalah naluri saya, keinginan saya. Seandainya Allah jodohkan dengan lelaki sebaliknya, itu baru dinamakan jodoh sebab saya dah berusaha. Tengok, bila saya tak balas whatsapp dia, dia call pulak guna nombor lain. Dia call nombor public saya. Memang saya tak safe sebab ni handset kawan yang saya pinjam. Tapi naluri saya mengatakan dia. So, saya cuba dial nombor tu kat private phone saya. Naik nama dia. OK, diam jelah. Rasa bersalah dengan dia? Tak. Kalau saya layan, lagi saya rasa bersalah. Bersalah kepada isteri dan anak dia. Lelaki macam ni memang tak boleh dilayan. Update: Agaknya dia tengok je kot saya online ke tidak. Tentulah saya online. Dah namanya waktu kerja, ramai yang deal dengan saya menerusi Whatsapp. So tiba-tiba saya terima Whatsapp dari dia: 'OK, tak apalah, Tinta Emas, terima kasih,' Kalau ikutkan marah saya, nak je saya jawab, sama-sama. Tapi baik saya diam dan tak payah layan. Nanti berlarutan lagi skrip dia tu. Kan lebih baik dia Whatsapp isteri dia kat rumah Tanya anak OK tak? Buat apa? Masak apa hari ni? Tak keluar ke hari ni? Masalah orang kita ni, masa bercinta bukan main lagi. Kalau boleh 24 jam nak whatsapp dan berbual di telefon. Tapi bila dah jadi suami or isteri yang sah, buat bodoh je. Padahal, benda tu kena kekalkan dan tingkatkan supaya cinta semakin membara bukan semakin malap dan padam. Tak fahamlah dengan orang lelaki ni. Perempuan pun sama, kalau suami tu berubah laku, bawa bincang dan kenalpasti penyebabnya. Kalau dia ada perempuan lain, jangan cepat melatah kata perempuan lain tu perampas, tapi kaji, apa yang korang tak buat dan apa yang lebihnya perempuan tu sampai suami korang tergila-gilakan dia. Kalau semuanya dah korang buat, dah tip top, korang lepaskan je lelaki tak guna tu. Biarlah dia nak pergi kat perempuan lain tu. Dah lelaki tak guna, sesuai dengan perempuan perampas. Iiii... Mamat ni memang buat saya marah.

Sunday, May 27, 2018

Peti cantik, Kemas Dan Menarik Bersama FreezerMate

Macam yang saya cerita dalam entri sebelum ni, hari ni I was very busy with my kitchen work. Segala peralatan yang nak digunakan, saya keluarkan dari store. Beberapa bulan lepas, saya ada beli FreezerMate dari Tupperware. Kalau dah nama produk tupperware, tentulah harganya lebih RM100.00. Berbaloi sebab waranti seumur hidup. Saya lupa exactly harganya. Tapi saya dapat 10 biji dalam satu set tu. Ke sebiji tu saya dapat masa reregister Tupperware ya? Lupalah. Beberapa orang lelaki atau lebih tepat suami pernah meluahkan pada saya, yang isteri mereka suka simpan barang yang mereka belikan terutamanya barangan mahal termasuk tupperware dan barangan elektrik. Sayang nak guna katanya. Tapi bagi orang lelaki, mereka rasa tak puas hati atau rugi membelikan sesuatu untuk isteri konon nak bagi yang terbaik sebab tu beli yang mahal. Tapi akhirnya jadi hiasan. Yang buruk dan murah jugaklah yang isteri gunakan. Begitu juga dengan mama saya. Abah beli pisau Zwilling 11 pcs. Harganya ribu ringgit. Tapi mama guna pisau murah yang sering perlu diasah. Apalah dia orang ni. Kalau saya, confirm saya guna berulang kali. Dah beli mahal-mahal kan, gunalah. Simpan buat apa. Beli yang mahal simpan, beli lagi yang murah untuk guna. Membazir. Begitu jugak dengan kawan-kawan perempuan saya. Baik isteri orang mahupun single. Mereka tengok barang semua nak beli. Tapi akhirnya simpan sebab sayang nak guna. Baik bagi saya barang tu. Saya? Tak ada simpan-simpan. Kalau saya beli maknanya saya serius nak guna. Biar beli mahal tapi boleh guna lama. Masa mula-mula dapat FreezerMate, saya terfikir, apalah saya nak buat dengan FreezerMate paling besar ni? Simpan jugaklah kot. Takkan nak guna bekas gedabak macam ni? So hari nilah masanya, untuk saya memaksimumkan penggunaan FreezerMate yang dah telan banyak duit saya ni. Tak ada lagi mangkuk, piring, besen, talam atau plastik dalam peti ya Tinta. Dulu bolehlah sebab tak ada FreezerMate. Sekarang semua guna FreezerMate. Kau jangan mengada. Sementara nak beli bekas untuk fridge bawah tu, guna je FreezerMate. 10 biji kot. Semua makanan yang saya simpan dalam peti saya masukkan dalam FreezerMate selepas membersihkan peti ais. Bila barang sampai, satu-satu saya keluarkan FreezerMate dari bilik store mengikut keperluan barangan yang ingin disimpan. Tak sangka, dua FreezerMate yang gedabak tu sangat saya perlukan. Lagi tak sangka dua gedabak tu muat masuk freezer saya yang kecik tu. Susun jadi dua tingkat. Fridge bawah pun bersusun FreezerMate. Waaa... Peti ais saya cantik dan kemas sekarang ni. Tak adalah serabut macam dulu-dulu. Hahaha... Masa tu tak ada duit. Kalau guna tupperware nak simpan barang dalam peti pun guna tupperware aiskrim. Ada yang bulat, ada yang empat segi. Tapi tak cukup untuk simpan semua barang. Itu yang jadi simpan guna piring, plastik, besen dan lain-lain. Alhamdulillah, Allah beri rezeki kepada saya untuk memiliki semua ni. OK, looking forward to buy One Touch Tupperware pulak untuk isi barang kering. Kita tunggu offer la ya. Macam biasa. Nak beli masa murah je. Mahal tak nak. Tahulah murah tu pun mahal. At least, murahlah berbanding tak offer. Tupperware, biasalah. Tapi boleh pakai lama dan berkualiti tinggi.

Barang-barang Yang Baru Dimiliki

Assalammualaikum readers, Salam sejahtera semua. OK, saya menulis sambil ditemani Chiko si kucing gemuk yang tengah sedap landing kat sebelah ni. Kau duduk situ diam-diam, along nak menulis. Lately ni, saya banyak habiskan duit untuk beli makanan harian dari Food Panda. Purata saya habis setiap hari RM30.00. Mulanya saya rasa happy makan apa yang saya suka. Lama-kelamaan, saya rasa bosan. Tak tahu nak makan apa. Dahlah Food Panda ni selalu permintaan tinggilah, cancel order la. Bengang saya dibuatnya terutamanya bila saya berpuasa. Selaras misi menjaga badan, saya rasa, saya perlu masak sendiri. Yelah, kedai masak kita tak tahu kandungannya kan? Chewah. So, ada orang tu suggest saya beli food steamer. Siap tak nak belikan saya perfume sebab nak suruh saya beli steamer. So last week, saya beli Tefal Food Steamer dari Lazada yang hanya berharga RM147.00 tambah RM3.00 untuk penghantaran. Saya ni memang tak sabar orangnya, Lama betul tunggu dan akhirnya steamer pun sampai. Suatu pagi, Fara kawan saya yang kematian suami whatsapp saya. Fara: Kak Tinta, Fara nak let go beberapa barang Fara. Semua ni Fara belum guna tapi Fara dah buka. (Dia hantar beberapa keping gambar termasuk smart TV, vacuum, Garment Steamer, air cooler dan oven) Saya baca satu demi satu whatsapp yang dihantarnya. Waaa... Philips Garment Steamer? Maka wajah sayapun berseri-seri bak bulan mengambang di langit malam. Pucuk dicita, ulam mendatang. Dah lama saya berhajatkan garment steamer ni. Almaklumlah, every week saya terpaksa berdiri dua tiga jam untuk iron semua baju dan tudung yang nak dipakai setiap minggu. Saya berangan nak dapatkan sama ada Philips Garment Steamer atau Tefal Garment Steamer. Masa benda alah ni baru-baru keluar dulu, kalau tak silap, seribu lebih harga dia kat pasaran. Dia nak let go RM200.00 so, OK la. Sebab saya search kat Lazada, harganya RM300 lebih dan rm400 lebih. Saya tanya dia, ada air fryer tak? Dia kata tak ada, oven adalah. Oven jenama Khind 3 in one. Pun dia belum guna. Saya: Fara nak let go berapa? Fara: Entahlah kak. Akak nak berapa? (Eh budak ni. Karang cakap nak RM100 baru tahu.) Saya: Tak tahu, Fara. Fara: Saya tolak RM190.00 boleh tak? Kurang RM29.00. Saya beli RM219.00. Saya tengok kat Lazada memang harga dia dalam around RM200 lebih. OK, confirm. Bukan apa. Saya berkenan sebab untuk panggang ayam or ikan. Takkan nak makan steam je setiap hari. Bosan nanti. Pagi tu, Fara hantar kat saya. Malam tadi, oven dan steamer saya bawa balik. Cuma garment steamer je belum bawa balik sebab pemegang baju tak ada. Nanti dia check kat rumah takut tercicir. So hari ni, sementara menunggu ketibaan barang-barang yang saya order dari Tesco, saya kemas peti dan barang-barang dapur yang ingin digunakan. Rasa macam jadi wanita betul-betul hari ni. Sebenarnya saya rindu nak masak. Saya memang suka masak. Kalau diberi pilihan masak atau kemas rumah, saya pilih memasak. Harap rezeki saya dilebihkan untuk cepat-cepat buat dapur. Kalau ada dapur gas, lagi boleh buat macam-macam. Hari ni saya gunakan steamer untuk panaskan sayur dan oven untuk panaskan paru dan keli sambal yang saya beli. Rasa tak puas hati, lepas buka puasa, saya kukus fish ball dan sosej. Bukan nak makan sangat. Excited nak guna steamer je. Nak try panggang ayam taklah. Beria benar tu.

Thursday, May 24, 2018

Setitis Peluh Petani, Setitis Darah Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Allah bangkitkan saya lagi hari ni dengan semangat yang baru, kesegaran yang indah. Nantilah saya cerita tentang kesegaran tu. Baiklah, ni apa hal pulak ni nak cerita pasal petani? Kata bekas boss saya, untuk menjadi bijak, kita harus banyak membaca. Itulah yang cuba saya lakukan agar bacaan saya itu mampu memberi anjakan paradikma dalam tugasan dan kehidupan saya. Saya bukanlah seorang yang bijak. Sedangkan Tun Mahathir yang bijaksana pun masih rajin membaca, apatah lagi saya? Lagi pun ni salah satu cita-cita Tun untuk melahirkan rakyat suka membaca. Membaca bukan sekadar dengan cara konvensional iaitu membaca buku. Zaman moden ni, banyak kaedah yang boleh digunakan sebagai sumber ilmu termasuk internet, TV, radio dan sebagainya. Hari ni, hati saya disentuh dengan satu wawancara "100 Hari Malaysia Baru" di Astro Awani. Bukan cerita politik tetapi mereka membincangkan tentang bagaimana sektor pertanian Negara harus dimajukan agar ianya menjadi suatu sector maju seperti di Holand, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. Wawancara ini menampilkan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Haji Salahuddin Ayub. Pendapat awal saya, Tun Mahathir memilih orang yang tepat dalam mengepalai Kementerian ini. Kenapa? Kerana YB Salahuddin datang dari latarbelakang petani. Beliau pernah membantu keluarganya mengusahakan tanaman koko. Daripada wawancara tersebut, YB kelihatan banyak input dan mempunyai pengetahuan dalam pertanian sebagai seorang menteri selain pernah menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan pernah menjadi petani. Kelihatan dua panel lain iaitu En. Shakran yang merupakan wakil Pertubuhan Peladang Kuala Langat dan Datin Paduka Fatimah Arshad seorang professor dari UPM senang membincangkan hal-hal berkaitan memandangkan YB juga sangat memahami apa yang dibincangkan. Satu lagi menteri yang awal ini saya boleh katakan sebagai menteri bijak dalam barisan cabinet baru Malaysia. Kita tengok nanti. Kalau dia buat tak betul, saya akan hentam dia. Hahahaha... Semoga hasrat murninya dapat dirialisasikan dengan kerjasama semua pihak. Semoga Allah tunjukkan jalan kepada beliau dalam kepimpinan. Kenapa hati saya tersentuh? Sebab wawancara ini turut menampilkan keluhan-keluhan para petani. Malah, isu kesukaran dan cabaran petani turut disentuh oleh panel perbincangan. Saya rasa betapa peritnya kehidupan seorang petani dengan isu-isu ketiadaan Baja berkualiti, tiadanya mesin kecil untuk digunakan secara mandiri, ketiadaan racun serangga berkualiti, kos pengeluaran yang tinggi dengan produktiviti yang sedikit, menjadi mangsa mainan harga orang tengah, jentera yang tidak cukup untuk menguruskan tanaman mereka dan banyak lagi. Selama ni saya hidup dalam dunia saya. Tak pernah menyelami komuniti lain dalam dunia ni. Saat saya duduk di kerusi empuk pejabat, mereka berpanas, membanting tulang. Saat saya menerima gaji bulanan yang tidaklah sebesar mana, mereka mengira pendapatan mereka yang kecil dan terpaksa menolak untuk bayaran hutang, modal pusingan, kos-kos lain, sara diri dan keluarga. Apa yang tinggal pada mereka? Patutlah petani kita majoritinya tidak hidup senang. Saya sedar, mereka perlukan subsidi bukan kerana manja tetapi terpaksa perlukan subsidi untuk meneruskan pertanian mereka. Kenapa ya Malaysia ni tak boleh keluarkan Baja dan racun serangga berkualiti tinggi sendiri? Sangat pelik. Ke manakah mereka yang bijak pandai dalam bidang ni? Teknologi demi teknologi diperkenalkan, tetapi mengapa tidak mampu mengubah nasib petani? Saya rasa sedih dan ada waktunya saya menangis tatkala mendengar wawancara berkenaan. Ke manakah peruntukan kementerian ini? Apakah peruntukan yang diperuntukkan benar-benar sampai kepada golongan sasar? Saya berharap keadaan petani berubah begitu juga dengan sektor pertanian. Dah lama saya fikir, tak boleh ke kalau Malaysia tak perlu lagi bergantung kepada Negara asing terutamanya dalam produk makanan setiap kali menerima mesej boikot barangan Israil dan Amerika? Makanan yang kita import tu sebenarnya boleh kita usahakan sendiri dalam Negara kita. So, kebergantungan terhadap mereka akan berkurangan dan tidak mustahil menjadi sifar seterusnya kita pula menjadi pengeluar dunia. Saya cemburu dengan New Zealand yang mempunyai banyak ladang lembu besar. Saya irihati dengan Australia, Jepun dan Korea yang mana ladang mereka saujana mata memandang. Bukan saja ladang besar malah, binatang ternakan dan tanaman juga sayup mata memandang. Penuh ladang dengan binatang ternakan dan tanaman. Malaysia ada Tanah luas, tapi binatang dan tanaman tak ada. Kalau ada pun seciput je. Orang selalu kata, oh Negara tu cantik Negara ni cantik. Sebab apa? Sebab hijau. Rakyat mereka kreatif. Saya rasa Malaysia pun boleh buat. Kita ada banyak Tanah. Apakah Tanah ni sekadar untuk pembangunan? Tanam hutan batu? Apa tarikan pelancongan kita seterusnya kalau asyik bangunan tinggi je. Orang Amerika, London, mesti nak tengok keunikan, bukan bangunan yang kat Negara dia orang lagi cantik. Saya sendiri suka melancong. Masa melancong, saya suka ke tempat yang unik. Shopping complex tu saya nak pergi ada sebab je. Contohnya orang kata Negara tu barang kulit dia murah. Baru saya nak ke gudang dia. Saya harap sangat supaya Malaysia mempunyai ladang-ladang besar suatu hari nanti. Rasa nak forward masa ke depan. Nak tengok macam mana Malaysia ni? Ada tak ladang saujana mata memandang? Saya tertarik kepada system Cottage di Jepun dan Saemaul Undong Korea yang disebut YB Menteri. Biar saya baca dulu tentang dua system ni. Lepas tu saya update kat sini.

Monday, May 21, 2018

Berikan Kepada Mereka

Perkara ni berlaku masa saya balik angah kahwin hari tu. Suatu malam, ketika saya duduk-duduk di ruang tamu, saya dikejutkan dengan kepulangan abah dari masjid dengan tergopoh-gapah. Kenapa pulak abah ni? Abah meluru masuk ke dalam rumah menuju ke arah saya setelah membuka pintu. Abah: Quran kau tu pakai tak? Saya: Pakailah. (Saya pelik dengan abah ni. Bukan dia tak tahu saya menggunakan quran tu. Malah, dia yang selalu suruh saya baca Al-mulk, Al-kahfi dan lain-lain. Saya hairan. Kenapa abah ni? Sedangkan dia selalu Nampak saya duk pilih-pilih jilid Al-quran tu.) Abah: Kalau pakai tak apalah. (Kedengaran suaranya kehampaan.) (Dah kenapa?) Saya: Kenapa? (Saya lantas bertanya seakan ada sesuatu yang tak kena dengan jawapan saya sebentar tadi.) Abah: Tak adalah. Kat masjid tadi, ada ustaz dari Pakistan. Dia minta derma nak beli Quran braille untuk murid-murid dia kat sana. Katanya mahal quran braille tu dalam RM200 lebih. Tapi Jemaah ramai yang tak bawa duit. Betul ke quran tu mahal? Kau beli berapa? (Suara abah jelas bersimpati.) Saya: Memanglah mahal. Quran braille. Tapi along dapat free je. Persatuan bagi. Ada orang taja. Abah: Abah tak bawa duit tadi. Kalau kau tak pakai, abah nak bagi quran tu kat dia. Dia kata, kalau dapat satu pun jadilah. Sebab tu dia kutip derma. Saya berfikir sejenak. Nak bagi sayang. Saya mana ada quran lebih kat rumah ni. Kalau kat KL tak ada, boleh pinjam surau pejabat. Tapi kesian pulak dia orang tak ada quran nak belajar. Nak kumpul duit lepas tu nak beli lagi. Tapi kalau dia kutip, boleh dapat duit banyak, boleh beli banyak naskah. Tapi kalau saya bagi, boleh jadi amal kan? Tapi nanti saya tak ada quran kat kampong. Nak bawa balik berat yang kat KL tu. Hish, hati dah mula bergaduh dengan akal ni. Akal kata, "Tak apa Tinta, bagilah. Kesian dia orang. Kalau dia kutip derma pun, belum tentu boleh dapat satu setiap murid. Sekurang-kurangnya, dapatlah menampung. Pasal kau yang tak ada quran kat rumah ni, tak apa. Kita usaha kemudian. Kalau ada tajaan lebih boleh minta dengan PERTIS. Kalau tak, beli jelah. Nanti cuba Tanya PERTIS, boleh ke pos terus ke kampung? Mana tahu, pemberian ni boleh selamatkan kau dari neraka? Kau tu bukannya baik sangat. Ni ada peluang tuhan nak bagi jalan beramal. Apa salahnya bagi," Abah: Macam mana? Cepatlah. Nanti dia pergi. (Saya tersedar dari lamunan. Rupanya abah tunggu dan perhatikan saya berfikir.) Saya: Bagilah. Abah: Betul ke ni? (Suara abah riang.) Saya: Betul. Abah: Habis kau macam mana? (Tiba-tiba suara riang tadi bertukar gusar.) Saya: Tak apalah. Nanti along minta lain. Abah: Abah bagi ya? (Abah membuat pengesahan.) Saya: Ya. Abah: Satu kotak ni? Saya: Ya. Abah pun sepantas kilat mengangkat kotak dan berlari ke masjid. Saya berdoa dalam hati agar ustaz itu masih ada supaya abah tidak kehampaan. Saya berdoa juga agar Al-quran tersebut benar-benar sampai ke Pakistan dan digunakan untuk murid ustaz tersebut belajar membaca Al-quran. Tak lama kemudian abah pulang semula ke rumah dan dengan gembira abah memberitahu saya bahawa Al-quran tersebut telah diserahkan kepada ustaz itu. Ternyata, ustaz berkenaan gembira menerima Al-quran tersebut dan dia tidak menyangka yang dia akan memperoleh senaskah Al-quran braille di kawasan rumah saya. Abah saya ni memang lembut hatinya. Tak boleh orang minta, mesti dia nak tunaikan permintaan orang. So, saya pulak nak minta Al-quran lebih untuk diletakkan di kampung bagi kegunaan saya apabila bercuti. Harapnya mereka boleh berikan kepada saya dan boleh pos terus ke rumah abah.

Chiko Kucing Gemuk Mengada-ngada

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Pembaca sekalian, Monday blues ke hari ni? Saya? Alhamdulillah. Walaupun tak begitu ceria, tapi mood untuk buat kerja tu ada. Kenapa tak ceria? Tidur tak cukup. Petang semalam saya tidur mungkin sebab tulah saya lewat mengantuk. Bila saya nak tidur, Si Chiko kucing gemuk mengada-ngada, nak keluar bilik. Sekejap je keluar, dia bising-bising nak masuk bilik balik melalui bilik air. Korang bengang tak? Maksudnya, dia just nak keluar bilik melalui pintu semata-mata nak masuk balik melalui bilik air. Punyalah saya bengang. Masa tu dah pukul 12.00 lebih. Saya takut bangun lewat. Lepas dah masuk bilik, dia main entah apa entah, saya baling bantal kat dia. So dia diam sekejap. Then dia bising-bising lagi. Nak keluarlah tu. Malas layan. So saya membatukan diri kat atas katil. Dia bising lagi then saya marah dia suruh diam. Dia diam kejap. Kemudian dia naik katil. Tapi bukan untuk tidur, dia jalan-jalan, pijak rambut saya dan main barang saya yang saya letak atas bekas sebelah katil. Saya marah dia, dan dia lari turun. Lepas tu dia bising lagi. OK, kali ni saya akan diam je dengan harapan, mata saya akan terlelap. So walaupun terganggu, saya diamkan saja. Bila saya hamper lelap, dia lompat naik katil. Lompatannya betul-betul ke atas paha saya. Saya buat bodoh je. Lantak kaulah. Then dia landing. OK, kali ni saya tahu dia betul-betul nak tidur. Jangan tegur. Saya pun terlena. Bila saya bangun pagi, dia masih lagi kat tempat malam tadi. Saya bangun dengan cermat dan biarkan dia tidur atas katil. Tahu pun kau mengantuk, tak sedar tu orang letak dia atas katil. Then saya balas dendam hahahaha... Giliran saya pulak kacau dia tidur sampai dia bangun. Padan muka. Kau tak cukup tidur, kau boleh tidur bila along keluar kerja. Along ni tak cukup tidur, macam mana nak cukupkan? Mengada.

Friday, May 18, 2018

My Secret Admire

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Wahai pembaca sekalian, sihatkah anda dalam menjalani ibadah puasa ni? Harap semuanya going well dan kita sama-sama dapat jalani ibadah ini dalam suasana harmuni. Alhamdulillah, tidur saya cukup dan saya bangun hari ni dengan bersemangat dan keceriaan. Awal betul saya tidur malam tadi. Jam 10.00 dan bangun jam 3.50. Kenapa bangun awal sangat? Sebab saya ada jam bergerak dengan saya. Hahahaha... Korang mesti pelik macam mana jam bergerak tu kan? Si Chiko la. Dia tu suka tidur awal lepas tu bangun then kacau saya. Menyelit kat tubuh badan saya sana sini. Pijak tubuh sayala, main rambut saya la. Tapi dah lama dia tak tekap leher dia kat telinga saya. Baru-baru ni dia cuba tekap badan dia kat telinga saya. Hahaha... Kalau saya tak bangun, bila dia bosan, dia akan bising dan minta keluar bilik. Kalau saya sedar, dia terus minta keluar bilik. Nak makanlah tu. Macam mana tak gemuk? ********************** Waktu saya bertandang ke tempat Aqilah pagi tadi untuk tunjukkan gambar padanya, Dr. Jac ada kat situ. Dia kata saya nak tunjuk gambar boy friend. Hahaha... Taklah. Gambar ucapan Ramadhan sebenarnya. Dr. Jac: Tinta, you know or not, banyak eye on you tau. (Biasalah, Dr. Jac ni cakap campur-campur hahaha..) Saya: Banyak eye? Dr. Jac: Bukan, banyak mata yang pandang awak tau. Saya: Hayyo!!! Saya bukan artislah. (Jawab saya dalam gelak tawa) Dr. Jac: Ayyo! You ada ramai secret admire you know. Aqilah: Ha'ah Tinta, kau ramai peminat. Gayathiri: Betullah Tinta, awak ramai peminat tau sebenarnya. (Gayathiri ni sebilik dengan Aqilah. Dia bertugas under Welfare Unit too. Same with Aqilah.) Tinta: Merepeklah. (Saya ketawa lagi untuk menyembunyikan malu saya. Apalah pagi-pagi dia orang merepek ni.) Dr. Jac: I'm telling you the truth. People talk to me. Lelaki sendiri yang beritahu saya. Sebab tu I tahu. You nak tahu siapa tak? Tinta: Siapa? Dr. Jac: One of them, one man who converted to muslim. Gayathiri: How did he tell you, mam? (Si Gayathiri ni pulak yang excited. Hahahaha...) Dr. Jac: That day, he called me about the masseurs. Tak tahu macam manalah, dia boleh buka cerita pasal Tinta then he confess la. (Oooo... Saya tahu mamat tu. Dia ada jugak whatsapp saya or PM saya di FB. Saya je malas layan dia. Tahu jelah, saya tak suka orang cakap bukan-bukan.) Gayathiri: Wow!!! You memang ramai peminat, Tinta. Dr. Jac: That's why. Better you choose and get married fast la. Nanti umur you meningkat. (Amboi, nak suruh pilih baju ke apa ni suruh pilih cepat? Hahahahaha.) Tinta: Ah, merepeklah. Aqilah: Eh, betullah, Tinta. Dia orang akan cakap sendiri. Ramai, bukan sorang je. Dia orang akan mengaku kat kita yang di bahagian Welfare ni. Kita orang kan selalu dengan dia orang. Gayathiri: Betul Tinta. Sometimes, man, tak berani cakap depan you. Tapi cakap kat kita. Aqilah: Dia orang malu kot nak cakap dengan kau. Tinta: Siapa suruh tak cakap. Tak cakap tak adalah. Tapi better jugak tak cakap. Kalau cakap tu ramai, nanti saya pulak kena lukakan hati ramai orang. Tak naklah macam tu. Kalau boleh, biar yang cakap tu, saya tak perlu lukakan hati dia. Saya bukanlah tunggu Mr. Perfect, sebab sayapun tak perfect. Sekadar yang serasi dan boleh buat saya rasa selesa bila bersama dia dari segala segi. Gaduh-gaduh tu pun bagi saya biasa. Sebab sayapun suka buat perangai jugak hahahaha... Takkan dalam sesuatu hubungan tu bahagia je memanjang tak ada gaduh? Cuma, janganlah buat something yang melampau macam curang misalnya. Macam yang saya couple sebelum ni, ada je gaduh. Tapi saya kalau gaduh, saya fikir tu gaduh biasa untuk jangka masa pendek. Tak ada sampai gaduh then nak putus. Semua orang buat silap. Semua orang ada kelemahan. Kita ditemukan dengan seseorang untuk saling melengkapi. Kitakan puzzle. Bila dipadankan jadi sempurna kan? So, jodoh tu kalau ada Alhamdulillah. Dia akan datang tepat pada masanya dan takkan salah alamat. Tak perlulah kita fikirkan sangat. Tak perlu nak kejar-kejar. Apa yang ada, kita lalui je. Bila sampai masa, pasti kita akan berjodoh.

Wednesday, May 16, 2018

Pernah Tak?

Pernah tak korang rasa, korang macam tak diingat? Saya tahu budi saya tak banyak. Saya tahu, sumbangan saya tak ada. So memang patut kalau orang tak ingat saya. So lepas ni, saya takkan whatsapp atau telefon orang dulu. Bimbang nanti menggangu orang. Takut nanti hati ini yang terasa bila call tak berjawab, atau call engage. Saya bukan tak faham orang busy, tapi bila kita call dan whatsapp tak berbalas, kita rasa kita je yang terhegeh-hegeh nak bercakap dengan orang. Sedangkan orang tak kisahpun bila kita tak ada. Saya dah selalu rasa macam ni. So kali ni, biarlah saya jaga hati saya supaya saya tak sedih. Kalau orang rasa dia ingat saya, dia whatsapp la. Kalau orang rasa dia ingat kat saya, dia call la. Tuhan je yang tahu hati saya, perasaan saya dan apa yang saya rasa. Dahlah Tinta, jangan sedih. Jangan nangis. Sebab belum tentu orang fikirkan kita.

Koleksi Lipstik Saya



Hahahaha... Amjat kata, saya ni perempuan gila mekap. So, dia cadangkan supaya saya beli kotak mekap satu lagi. Antara barang mekap yang sangat saya suka ialah, lipstick. Ada lipstick yang dah habis, saya nak beli balik dan saya jugak nak beli warna lipstick yang lain dari yang saya pakai seperti bronz colour, coklat, oren, plam dan lain-lain yang sesuai dengan saya. Kat atas tu adalah antara lipstick koleksi saya dan yang pernah saya pakai seperti: Jolley Rouge by Clarins, Rouge in Love by Lancôme, Pink Guava by Bobbi Brown, Seindah Biasa dan Fire Red by Simplysiti, Crushed Berry by Mary Kay, Estee Lauder, Elizabeth Arden, Mabline, Body Shop, entah apa tah lagi. Tak ingat. Lancôme dan Bobbie Brown misalnya, ada beberapa model lipstick yang saya pakai. Sebab saya sangat suka Lancôme dan Bobbie Brown. Saya nak try Marc Jacobs pulak dan Christian Dior. Elizabeth Arden juga merupakan antara lipstick yang saya suka dan murah di kalangan lipstick mahal. Contohnya yang macam liquid tu bab kata Amjat, harganya baru RM80.00 jika dibandingkan dengan Lancôme dan Bobbie Brown. Tapi Lancôme pun ada yang harganya RM90 something kalau tak silap. Kenapa suka beli lipstick mahal? Sebab teksturnya pada bibir kita sangat lembut dan tidak membuatkan kulit kering. Mungkin tengok kesesuaian jugak kot. Lagi satu menurut kawan-kawan, warnanya cantik. Antara satu jenama dengan satu jenama, pasti ada perbezaan warna. Contohnya, warna Pink Guava Bobbie Brown tidak ada pada lipstick MAC meskipun dengan nama yang lain. Apapun, saya tidak sesuai untuk lipstick berwarna lembut pasti wajah Nampak pudar tanpa seri. Tapi kalau penjual di Watson atau budak muda, suka pilihkan saya lipstick lembut lepas tu kawan office akan komen, tak sesuai. Contoh macam saya beli Simplisiti dan Mabline baru-baru ni. Saja je gatal nak beli sebab cari Seindah Biasa yang dah tak keluar. Lagipun, lipstick murah tak adalah sayang sangat nak pakai hari-hari kan? Dia orang cadangkan saya warna lembut. Tu kalau korang budak-budak remaja nak pakai santai-santai dengan kawan lepak-lepak bolehlah. Saya ni bekerja dan jumpa orang ramai. Sometimes, jadi emcee. Sangatlah tidak sesuai jika berpenampilan yang tak berseri. Kita juga boleh mengenakan lipstick bukan berwarna lembut tapi untuk simple atau santai. Adjust la dengan eyeshadow, foundation atau warna lipstick tu sendiri kita pudarkan. Jangan letak banyak. Tu yang malas beli lipstick tak ada counter tu. Hahaha... Lain orang, lain cara dan lain kesesuaiannya. Daaa... Nak keluar makan. Ada orang nak belanja lunch sebelum puasa. Bye, bye. Kalau rajin kita jumpa lagi.

Cubaan Memberi Rasuah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni saya tak makan ubat selsema. So saya rasa bersemangat memandangkan selsema pun dah kurang. Insya-Allah, esok lusa baiklah. Bercakap tentang rasuah ni, ia ada di mana-mana. Masa abah saya kerja dulu, antara kerja abah, memberi kontrak kepada kontraktor melalui tander dan menjaga projek. Mama selalu ingatkan abah supaya tidak menerima sebarang rasuah daripada kontraktor. Kontraktor memang baik. Kalau tahun baru Cina, banyak hamper dan limau mandarin akan sampai ke rumah saya. Begitu juga dengan hari raya puasa. Mujurlah menurut Tun Mahathir, pegawai kerajaan atau menteri dibenarkan untuk menerima hadiah berbentuk bunga dan makanan sahaja. So, itu tidak termasuk rasuahlah kan? Suatu hari, mama berbual dengan seorang kontraktor Melayu. Sebenarnya ada beberapa kontraktor yang baik dengan abah dan keluarga kami. Kontraktor mengatakan, "En. Ruslan ni baik, tapi tak boleh main-main dengan dia," Rupa-rupanya, ada kontraktor yang baik dengan abah cuba memberi rasuah dengan memberikan abah satu sampul surat yang berisi duit tebal di dalamnya. Abah memberitahu kontraktor berkenaan, "Awak simpan jelah duit awak tu. Saya masih mampu untuk tanggung keluarga saya dengan gaji yang saya dapat," Kontraktor tersebut berubah muka dan terus terdiam. Akhirnya, dia meminta maaf daripada abah. Mama Tanya abah, berapa jumlah wang berkenaan? Abah kata, dia tak tengok dan tak kira pun duit tu. Buat apa nak ambil tahu kalau kita tak nak? Terima kasih abah sebab memberi pengajaran kepada kami.

Tuesday, May 15, 2018

Tak Tahu Pulak Semua Ni Bukan Kerja PR

Memandangkan saya satu-satunya staff yang pernah bertugas di PR Department, kebanyakan fungsi dan kerja PR kawan-kawan rujuk kat saya. Suatu pagi, Aqilah call extention saya. Dia Tanya saya, invite press dengan buat teks ucapan kerja siapa? "Kerja PR," Jawab saya. "Tapi kenapa PR baru tu tak nak buat?" "Mana kau tahu dia tak nak buat?" Saya mendapatkan kepastian. "Boss aku cakap dengan aku. Boss aku kata, PR tu naik jumpa GM, bagi tahu GM. Lepas tu GM kata tu bukan kerja dia," "Gila ke apa?" Saya cuba Tanya HR apa JD PR? HR kata, memang invite press dan buat teks ucapan tu tak ada dalam JD dia. So, saya jadi tambah pelik. Macam mana korang higher PR, tapi kerja paling penting tu korang boleh tak letak dalam JD dia? Kata HR tu pihak atasan yang bagi JD. Pelik, pelik, pelik. Saya bagi tahu HR, dalam JD saya yang sekadar pangkat assistant ketika tu, dinyatakan secara terang dan nyata tentang press, press kit, teks ucapan dan lain-lain. Macam mana seorang PR yang pangkatnya eksekutif, boleh tak ada benda tu semua? HR kata dia pun tak pasti sebab orang atas yang bagi JD tu. Ni yang susah bila orang yang tak tahu apa-apa menyibuk kerja orang. Habis tu kumpul PR buat apa? HR kata, mungkin JD tu ada dalam JD PR yang lagi sorang iaitu boss dia. So pada saya, nilah kesilapannya. Tak kisahlah PR yang mana satu pun, kena ada JD tu. Kalau boss dia ada JD tu, dia kena ada JD tu mungkin boleh letak membantu membuat jemputan press, teks ucapan and what so ever. Tapi sekarang ni, boss dia tu dah berhenti, habis siapa nak buat semua tu? Sepatutnya, staff yang tinggal kena ambil tanggungjawab memangku kerja boss la. Saya assistant je dulu bila boss pencen, semua saya buat walaupun gaji seciput. Terkejar-kejar dan sometimes kena stay back. Bila boss baru masuk pun, saya still buat semua kerja PR. Memang peliklah office saya ni. PR sebenarnya memerlukan orang yang ada penampilan dan kredibiliti sebagai seorang PR. Good looking, pandai bercakap, boleh menarik hati orang, bijak. Dan apa yang saya belajar, tak semua orang pandai buat teks ucapan. Bila saya tengok boss si Qilah ni buat teks ucapan, dia seolah-olah tiada idea nak tulis apa. Dua perenggan je kalau tak silap. Tu pun dia tak cover menyeluruh pasal highlight MAB to the guest. Itulah fungsi PR, jual nama company supaya orang Nampak imej kita. Tapi lantaklah. Malas saya nak komen. Nanti saya pulak yang kena. Kalau PR tak ada, OK la saya tolong. Ni, PR ada, pangkat eksekutif, gaji mesti banyak. Saya pulak kena buat kerja dia? Hooooo... Tak boleh jadi. Lantak koranglah nak jadi apa. Kalau event saya, saya tak perlukan PR yang macam tu. Saya akan buat PR sendiri, tukar baju kejap pakai jawatan lain. Hahahaha... Benda yang saya buat selama lima tahun lebih, so saya akan buat sendiri dan puas hati. Saya tahu apa yang saya nak. Kalau orang buat ala kadar kerja saya, nanti saya marah orang pulak. Mintalah bertukar pentadbiran ofis ni. Janganlah kerja staff semua nak masuk campur lepas tu merapu tak tentu hala. Kerja HR la yang dia orang paling suka campur tangan. Lepas tu rosakkan semua benda. Langsung tak hormat kerja orang. Tu yang staff naik kepala tu. Kalau saya kat tempat GM masaklah dia orang semua. Saya akan pastikan setiap department mencapai objektif masing-masing. Bila saya dengar laporan ketua unit dalam meeting ketua unit pun saya lemah. Dia orang bukan lapor hal department dia, asyik-asyik program. Habis tu daily work macam mana? Tapi dah boss terlajak pandai, mana ada soal apa-apa. OK, ikut nasihat X boss, lantakkan dia orang. Jaga department sendiri sudah.

Tetamu Yang Tak Diundang

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Saya makan ubat selsema yang nurse kata tak mengantuk pagi tadi. Tapi mengantuknya nauzubillah. Tak boleh buat kerja dibuatnya. Mujur office bagi lunch awal sebab saya terlibat dalam event petang ni. Habis event, sayapun dah OK. ******************* Tadi masa saya keluar lunch, operator office call saya. Dia kata tiga serangkai nak jumpa saya. Saya dah agak, ni mesti pasal siar kaki yang dalam pembinaan sekitar sini. Takkan saya nak patah balik semata-mata sebab dia orang? Kalau dia orang tu betul-betul ikhlas nak menyumbang kepada komuniti OK la. Ni saja nak buat huru-hara. Saya peliklah dengan dia orang ni. Nak bising kat saya pasal siar kaki tu kenapa? Apa saya boleh buat? Saya ni dah penat bergaduh dah dengan DBKL dan kontraktor. Dia orang ingat saya duduk goyang kaki ke kat office ni? Takkan saya nak buat life meeting dan fight dengan DBKL dan kontraktor tentang tu? Ingat saya ni ahli silat mata ke? Ting! Terus jadi. Cakap pandailah. Buat belum tentu. Sebenarnya, office saya ni pun salah jugak. Yang korang layan dia orang ni kenapa? Bermaharajalela la dia orang. Takut sangat dengan tin kosong ni buat apa? Oh lupa pulak, yang kat atas tu pun tin kosong, memanglah. Malaysia dah kerajaan baru, office ni je tak baru-baru lagi. Kena ada orang yang duduk kat sini yang bersihkan semua bodek dan kekotoran di ofis ni. Baru ofis ni boleh berjalan dengan lancer dan lurus. Kata receptionist, dia orang jumpa GM saya dan cerita pasal jalanlah, pasal apa entah lagi. Dia orang kata asyik meeting dengan DBKL je. DBKL pun tak boleh harap. Tahu pun. Habis yang datang jumpa saya kenapa? Memanglah banyak meeting dengan DBKL, dah nak bincang macam-macam. Dia orang ingat senang-senang je ke nak make sure sesuatu tempat tu accessible? Cakap pasal tactile. Dia orang pernah tak baca Malaysian Standard? Dalam tu tak ada satu klausa pun yang mengatakan, wajib pasang tactile kat dalam mahupun luar bangunan. Tactile harus disediakan, jika tiada sesuatu yang boleh dijadikan pandu arah kepada blind. So, sekarang ni, DBKL tak nak pasang tactile. Kami kena meeting banyak kalilah untuk cari solution, macam mana blind nak gunakan siar kaki tu tanpa tactile. Bersyukurlah sikit, at least, DBKL nak layan kita. Sekurang-kurangnya, dia orang siapkan moke up untuk bagi saya lihat dan komen OK ke tidak. Bila saya komen, dia orang setuju nak betulkan moke up tu dan minta saya datang audit lagi setelah selesai ditambahbaik. Lepas tu Pengarah Eksekutif dia arahkan buat lagi satu moke up seperti yang saya minta untuk kawasan yang tak sesuai dibuat sama seperti moke up pertama tu. Dengan kuasa yang ada pada mereka, boleh je mereka buat tak layan dan tak dengar apa kita cakap. Ni dia still nak layan. Pandai-pandailah bawa bersyukur. Kita ni kena berfikir dengan waras dan bijak. Jangan kerana kita, orang tak nak layan kita dah.

Monday, May 14, 2018

Kamus Online

Since saya kat PR, ada yang Tanya kat saya, kamus online apa yang saya gunakan untuk translate artikal? Maklumlah, masa kat PR Department dulu, saya banyak buat kerja-kerja translate ni terutamanya translate dari English to Malay. So saya nak share dengan pembaca, ada empat kamus yang saya gunakan untuk kerja-kerja translate. Sampai sekarang, kalau translate, orang cari saya. Maka bermanfaatlah ilmu Terjemahan yang Datin Noraini ajar saya masa kat UiTM dulu. Semoga setiap ilmu yang saya gunakan ni diberi ganjaran pahala berlipat ganda kepada Datin kesayangan saya tu. 1. Kamus Lamanmini.com: http://kamus.lamanmini.com 2. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my 3. Tesaurus yang sedia ada dalam Microsoft word (Tapi yang ni English to English) 4. Dictionary apps yang banyak dalam play store dan Apps Store. Tapi saya suka gunakan dictionary yang dikenali sebagai Malay Dict. Sangat mudah dan accessible. Masa saya belajar dulu, puas saya cari kamus online. Tak jumpa-jumpa. Dahlah UiTM tu banyak subjek belajar dalam Bahasa Inggeris. Terpaksalah minta tolong kawan tengokkan kamus. Masa tu syukur saya ada dictionary yang boleh search dengan type. Dia guna bateri. Saya beli dari kawan, kira second hand la. Tapi tak berapa accessible untuk Malay sebab dia tak baca. Harga sebenar RM1,000.00 lebih tapi dia jual kat saya RM500.00. Betapa happy nya saya bila dapat kamus tu. Kawan-kawan saya pun suka. Senang nak cari perkataan. Masa mula-mula jadi PR dulu, boss suruh saya translate dokumen English to Malay. Termenung jugaklah saya nak buat. Sebab perkataan yang digunakan perkataan yang tinggi dan tak selalu kita dengar. Nak nangis saya dibuatnya. Yelah, budak baru. Boss nak cepat. Takut tak siap kerja. Sayapun try search kat google. Saya tak suka guna google translate, susah bagi saya. Lagipun, kena edit balik artikal yang dah translate tu. Nak search pun susah sebab tak accessible. So saya terjumpa Kamus Laman Mini. Ada certain time tu tak boleh guna pulak kamus tu sebab dia dalam kemaskini. Tapi bila dia dah kemaskini, Alhamdulillah. Saya sangat happy untuk buat kerja. So, sampai sekarang, keempat-empat kamus ni saja yang saya gunakan. Paling saya happy, masa baru-baru pakai iPhone dulu. Bila search kat Apps Store, berlambak kamus keluar. Seronoknya bukan kepalang! Rasa nak lompat-lompat macam monyet hahahaha... Lagipun saya suka baca novel English. So tahu jelah, novel dia orang kan perkataan dia tinggi. Saya dapatlah baca novel dengan seronok dan faham. Sekarang je tak ada masa sangat baca novel. Novel Melayu pun tak ada masa apa lagi English? Nak kena tengok kamus bagai. Dengar BBC je la or Youtube. So Malay Dict adalah apps wajib ada dalam phone saya. Korang try la guna kamus-kamus ni. Mesti korang enjoy reading English. Nanti kalau rajin, kat rumah saya update lagi. Nak balik dah ni. Bye korang.

Air Asia Dan Politik

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari pertama ke pejabat setelah penubuhan kerajaan baru. Tak dapat saya gambarkan bagaimana gembiranya kakitangan di Pejabat Perdana Menteri masuk ke pejabat hari ni. Ofis saya yang tak ada kena-mengena dengan PM pun, saya rasa bersemangat je nak ke pejabat meskipun kesihatan saya tak begitu baik hari ni. Harap saya mampu bertahan sampai ke petang. Pagi-pagi lagi dah ingat Tun M. Bagaimana Tun M berkerja keras, begitulah juga yang akan saya contohi insya-Allah. Semoga office saya juga akan dilanda tsunami politik macam Malaysia. Bilalah hero nak dating selamatkan kami di sini. Mungkinkah Datuk Abdullah Malim Baginda akan buat come back macam Tun M? ******************** Hari ni masih lagi nak tulis tentang politik Malaysia. Malam tadi, waktu tunggu Food Panda yang tak kunjung tiba, saya berlegar-legar di Youtube. Tidak sengaja, saya terjumpa satu video yang cukup memeranjatkan. Banyak pulak hal yang buat saya terperanjat dua tiga hari ni hahaha... Video ini adalah video Tony Fernandes, Ketua Pengarah Kumpulan Air Asia Berhad memohon kemaafan daripada para penumpangnya dan rakyat Malaysia. Saya masih membuat kajian perkara yang menyebabkan Tony memohon kemaafan tersebut. Menurut beliau, politik Malaysia mula menghuru-harakan Air Asia apabila Tan Sri Rafidah Aziz mula berkempen untuk Pakatan Harapan (PH). Keaddan menjadi semakin teruk apabila Pejabat Perdana Menteri ketika itu mengeluarkan arahan kepada Tony untuk mengeluarkan Tan Sri Rafidah daripada Kumpulan Pengarah Air Asia setelah Tan Sri Rafidah mula memberi ceramah kempen untuk PH. Memandangkan hal tersebut tidak ada kena-mengena dengan urusan pentadbiran Air Asia, Tony tidak langsung menyentuh hal itu kepada Tan Sri Rafidah. Kemuncaknya, dengan penambahan 120 penerbangan lebih daripada hari biasa menjelang musim Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 lalu, Pejabat Perdana Menteri sama mengeluarkan arahan agar Air Asia tidak melakukan penerbangan pada ketika itu untuk membawa para pengundi ke destinasi mengundi masing-masing. Tony memaklumkan, bagaimana harus dia membuat keputusan? Penerbangan yang sangat murah ditawarkan kepada penumpang sempena PRU 14 bernilai RM99.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 120.00 ke Sabah dan Sarawak bukanlah sesuatu yang menguntungkan. Sekiranya penerbangan dibatalkan, syarikat akan menanggung kerugian amat besar dengan penambahan 120 penerbangan. Bahagian Aviation lapangan terbang juga memaklumkan perkara yang sama kepada Tony sehingga Tony sangat tertekan. Saya belum mendapat jawapan kepada perkara berikut: 1. Apakah penerbangan Air Asia tetap melakukan penerbangan atau di 'delay' kan atau dibatalkan? 2. Apakah Tony sebelum ini memuatnaik video tentang perkara ini? 3. Permohonan maaf tersebut disebakan apa? Saya akan terus meneliti, mengkaji dan mencari maklumat tentang hal ini dan akan update di sini sekiranya mendapat info tentang perkara berkenaan. Komen saya: Kenapa sampai hati seorang perdana menteri melakukan hal berkenaan? Tidakkah beliau bersimpati dengan kerugian yang akan ditanggung oleh syarikat penerbangan tersebut? Kerugian dalam industry penerbangan bukanlah suatu kerugian sedikit. Ianya melibatkan jutaan ringgit. Sedangkan sebagai seorang perdana menteri beliau bertanggungjawab untuk memajukan ekonomi rakyatnya. Seterusnya, mengapa begitu rakus pihak berkenaan menghalang rakyat untuk mengundi? Bukankah Negara ini Negara demokrasi? Itu hak rakyat. Sepatutnya mereka mempermudahkan urusan mengundi rakyat dan memberi galakan kepada rakyat untuk keluar mengundi? Adakah kuasa telah membutakan mata mereka? Jika tiada kepentingan peribadi, mengapa sekejam itu mereka memperlakukan kepada rakyat? Allah Maha Adil. Akhirnya, bila Allah kata "kun fayakun," Tiada siapa boleh menghalangnya. Tiada siapa boleh menafikan apabila rakyat menzahirkan kuasanya. Maka jatuhlah UMNO dan BN setelah sekian lama berkuasa. Semoga PH menunaikan janji-janji mereka. Peristiwa 9 Mei, 2018 tercipta melakar sejarah. Mereka harus ambil pengajaran. Jika tidak, rakyat tidak teragak-agak untuk memperlakukan perkara yang sama kepada PH dalam PRU akan datang. Pesan saya kepada netizen yang menghina dan mengutuk Tony: 1. Korang boleh bercakap macam-macam sebab korang tidak duduk di tempat Tony. Cakap dan tulis semua orang boleh. Tapi bila berhadapan dengan situasi sebenar, bukan semua orang mampu menghadapinya. Tahukah korang bahawa Air Asia merupakan sebuah syarikat yang sangat menjaga kebajikan kakitangannya. Kalau tak, takkanlah kerja sebagai ground staff mereka boleh bertahan sampai berbelas tahun? Sedangkan Jo Power iaitu ground staff Malaysia Airline, 2 3 bulan bertukar orang. Bayangkan, ground staff pun boleh jadi pramugara, pramugari dan pilot di Air Asia. Itu korang perlu tahu. Bagaimana dia nak survive kalau dia mengalami kerugian jutaan ringgit? Staff dia bukan 200 300, beribu. Yang masuk kelas saya tu, belum ada yang berulang Yang ulang pun yang masuk kelas orang lain 10 12 tahun dulu. So jangan sedap cakap dan tulis. Tulislah dengan otak yang bijak. 2. Korang kata sekarang baru Tony berani upload video sebab PH menang. Bayangkan korang duduk kat tempat dia. Memanglah dia baru berani upload sebab sekarang PH boleh ambil tindakan kepada pesalah dan perniagaan dia boleh berjalan lancer. Kalau BN masih memerintah, tak payah cakap Tony, kalau korang, berani ke korang nak upload video macam tu? Air Asia akan tutup la jawabnya. Kalau korang pentingkan diri sendiri mungkin korang akan buat. Tapi Tony fikirkan tentang ribuan kakitangan dia. Kalau Air Asia tutup, macam mana nasib staff yang beribu orang tu? Kadar pengangguran akan naik dan kemiskinan juga meningkat. Rakyat Malaysia, boleh tak jadi rakyat yang bijak? Jangan cakap ikut sedap je. Ya betul. Tony tu berbilion ringgit duit dia. Yelah, sebab dia usaha dari bawah. Dari akademi Air Asia tu kecik, kokak, student pun makan kat luar, meja kat bawah pokok, orang datang jual makanan dengan van sampai sekarang dia dah ada akademi yang besar dan lengkap. Tu baru akademi belum kira penerbangan dan peralatan. Korang ingat senang ke nak sampai tahap tu? Kalau korang tak suka dia kaya, korang bukalah perniagaan yang sama jadi pesaing dia. Ni penerbangan tambang murah ada satu je dalam Negara ni. Macam mana dia tak kaya? Korang ni, dengki khianat tu lebih. Selalu yang dengki ni tak lain tak bukan, orang Melayu dan Islam. Macam ni ke sikap korang? Macam mana Negara nak maju? Lepas tu sibuk salahkan pemimpin tapi korang yang tak bijak. Tak payah cakap Negara, kalau asyik dengki dan saling menjatuhkan, korang pun takkan maju. Kalau korang tak maju, macam mana Negara nak maju? Patutlah Tun M sampai buat puisi Melayu mudah lupa. Memang nilah sikap orang Melayu. Come on la. Jomlah kita jadi Melayu baru sempena Malaysia baru ni. Ingat, siapa yang jatuhkan empayar Melaka yang gemilang dulu? Melayulah, siapa lagi? Lepas tu korang tak suka bangsa lain. Malulah sikit. Berusaha, buat kerja tu bersungguh-sungguh. Nak marah, nak komen, komen dengan bijak. Jangan nampakkan kebodohan korang. Bangsa lain sedap-sedap je katawakan korang. Sebab koranglah jugak. Dahlah, penatlah marah. Nak pergi meeting pulak. Bye.

Sunday, May 13, 2018

DAP vs MCA

Seperti yang saya janjikan, petang ni saya nak tulis tentang perbezaan kedua-dua parti ni. Ingat tak pada Dyana Sofya, setiausaha YB Lim Kit Siang yang hangat diperkatakan enam tahun lalu tentang pendiriannya menyertai Parti DAP? Ramai yang mengecam beliau kerana secara terbuka menyertai dan menyebelahi DAP terutamanya di kalangan Orang Melayu. Pada masa tu, saya pun tak faham, kenapa Dyana sanggup bersekutu dengan Bangsa Cina untuk menjatuhkan Melayu? Tapi fikiran itu berlalu begitu sahaja sebab saya tak minat politik dan malas ambil tahu. Lantak kaulah nak masuk parti apa pun. Dan mungkin pada masa tu saya bukan seorang yang bijak dan mengkaji sesuatu isu secara mendalam. Rasanya saya baru je jadi bijak walaupun tak bijak sangat. Sebab apa? Sebab saya sekarang ni di Unit Aksesibiliti Dan Advokasi. Unit ni yang mengajar saya supaya banyak membaca, banyak belajar, lebih terbuka dalam melihat sesuatu isu dan saya mula berpegang bahawa setiap manusia mempunyai hak. Tak ada siapa boleh menyekat hak dan kebebasan seseorang. Hari ni, baru saya tahu sebenarnya, Dyana tak salah. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mengecam beliau kerana memilih Parti DAP. Kenapa saya kata begitu? Jom kita tengok apa sebenarnya Parti DAP dan MCA. NAMA PARTI Jika dilihat pada nama parti, kita sepatutnya sudah mampu mengagak perjuangan sesebuah parti berkenaan. DAP =Parti Tindakan Demokratik MCA =Malaysian Chinese Association / Persatuan Cina Malaysia Boleh agak tak objektif kedua-dua parti ni? Hasil saya berlegar-legar dalam laman sesawang kedua-dua parti ni, saya temui perkara berikut: DAP Matlamat Parti Mukadimah: Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen secular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia. Prinsip-prinsip tersebut boleh memacu daya perpaduan dan penyatuan dalam masyarakat majmuk dari segi kepelbagaian kaum, agama dan budaya di tanahair kita dan juga di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Berpandukan ideal-ideal tersebut, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke arah pembangunan demokrasi dan ekonomi yang seiring, kebebasan tanpa penindasan, kesaksamaan peluang diutamakan berbanding kesaksamaan hasil, dan kedaulatan undang-undang demi keadilan sosial. Objektif: 1. Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan system parlimen berperlembagaan. 2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia. 3. Memupuk integrasi kebangsaan dengan Sabah dan Sarawak, mengiktiraf hak-hak istimewa kedua-dua negeri tersebut serta memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan di antara semua kaum bagi melahirkan identity bersama rakyat Malaysia yang bersatupadu. 4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi. 5. Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal. 6. Menjadikan integriti, etika, keprihatinan sebagai nilai-nilai moral yang utama bagi mewujudkan ketelusan dan sebagai pendekatan yang liberal, saling menghormati dan pemahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza. 7. Memperkembangkan, mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka. 8. Menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang berlandaskan pemerintahan baik, demokrasi dan menghormati hak asasi manusia dan juga sebagai rantau yang bebas daripada nuclear, serta aman, bebas dan berkecuali. 9. Memupuk, memperkembangkan serta memperluaskan demokrasi pada semua peringkat, terutamanya memulihkan pilihan raya tempatan, memperkasakan kuasa rakyat dari segi bentuk dan isi kandungannya dan mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan berlandaskan prinsip-prinsip kesaksamaan, kebebasan, keadilan dan proses pilihan raya yang bebas dan juga kebebasan akhbar. 10. Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tataekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama. 11. Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu. 12. Melindungi hak-hak pekerja dan kesatuan sekerja di bawah kerangka hak untuk bekerja, pembayaran gaji yang adil dan berpatutan kepada pekerja dan mempertahankan gaji sebenar mereka demi menjamin kesejahteraan hidup dan taraf kehidupan yang berpatutan kepada semua. 13. Menghapuskan segala bentuk diskriminasi jantina terhadap wanita dalam bidang perkerjaan, pendidikan dan kesihatan. 14. Memperkasakan remaja dengan memberikan mereka pilihan dan peluang untuk berkuasa sementara mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap kewajipan dan tanggungjawab. 15. Menegakkan keadilan dan menjaga keamanan semua rakyat dengan menghormati kedaulatan undang-undang, mewujudkan serta menjamin penjiranan dan komuniti yang selamat dan terjamin. 16. Menginstitusikan akauntabiliti dan ketelusan yang mengawal rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan dan juga mewujudkan nilai-nilai integriti dan amanah dalam pentadbiran kerajaan. 17. Menawarkan perkhidmatan kesihatan awam yang mampu dibiayai oleh semua, mudah dinikmati dan bertanggungjawab yang menjamin keperluan golongan yang sakit, kurang berupaya dan berusia. 18. Mencegah kemerosotan dan pemusnahan alam sekitar yang berlarutan demi memelihara pusaka warisan. Dipetik daripada: https://dapmalaysia.org Secara dasarnya, setelah membaca objektif dan matlamat parti ini, adakah pembaca melihat atau mengesan mana-mana frasa yang menunjukkan DAP ini hanya untuk Kaum Cina? Kenapa kita bersetuju apabila orang kata DAP itu Cina? Sebab parti ini didominasi Bangsa Cina. Namun, keahlian parti ini tidak terbuka hanya kepada Bangsa Cina. Sekarang, mari kita lihat apa pula objektif penubuhan MCA. Ikrar Parti Kami, sebagai ahli MCA, berikrar untuk: 1. Berkhidmat kepada Parti dan Negara dengan penuh setia, Membina sebuah masyarakat yang adil. 2. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dam menjaga Kebebasan Demokrasi. 3. Mematuhi Disiplin Parti dan mempertahankan maruah MCA. 4. Mematuhi kepimpinan parti dan Melaksanakan Halatuju Parti. 5. Menghormati dan Menyayangi saudara-saudari parti, dan Menguatkan Perpaduan. 6. Komited terhadap tindakan bersepadu untuk menyebarkan kebudayaan dan tradisi kita. 7. Tidak menyerah kalah dalam pelaksanaan matlamat politik kami. 8. Bersama-sama menggalakkan perpaduan negara dengan sepenuh hati. Dipetik daripada: http://www.mca.org.my Kedua-dua objektif/matlamat/ikrar parti ini dapat saya simpulkan di sini bahawa: 1. DAP menyebut dengan jelas perjuangan mereka untuk semua rakyat antara lain yang membuktikan bahawa perjuangannya untuk semua adalah: a. Memartabatkan Bahasa Malaysia serta meningkatkan status bahasa lain iaitu bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan lain-lain. b. Memberi hak yang sama kepada semua rakyat Malaysia. c. Mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat. d. Menegakkan keadilan dan menjaga keamanan semua rakyat. (Sila rujuk objektif Parti DAP di atas) 2. MCA pula menyebut dengan jelas bahawa perjuangan mereka untuk parti mereka seperti: a. Berkhidmat kepada parti dan negara. b. Mematuhi disiplin parti dan menjaga marwah MCA. c. Mematuhi kepimpinan parti. d. Menghormati dan menyayangi saudara dan saudari parti. e. Tindakan bersepadu untuk menyebar kebudayaan dan tradisi kita. Cuma pada objektif lapan ada menyebut Bersama-sama menggalakkan perpaduan negara dengan sepenuh hati. (Sila rujuk ikrar Parti MCA di atas) OK. Masih belum jelaskan keahlian kedua-dua parti tersebut? Mari kita semak syarat mendaftar sebagai ahli kedua-dua parti: DAP: Rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas adalah layak menjadi ahli parti. Dipetik dari laman sesawang DAP. MCA: a. Berumur tidak kurang dari 18 tahun. b. Warganegara Malaysia berbangsa Cina. c. Bersetuju untuk mematuhi semua peraturan, undang-undang kecil serta syarat-syarat yang digunapakai kepada keahlian parti dari masa ke semasa untuk mematuhi perlembagaan parti dan program, prinsip dan dasar parti. d. Tidak boleh menjadi ahli atau dikaitkan dengan parti politik yang lain. Maka dengan syarat keahlian kedua-dua parti ini terbukti bahawa keahlian Parti DAP terbuka kepada semua bangsa di Malaysia manakala keahlian Parti MCA hanya terbuka kepada mereka berbangsa Cina. Jadi, kenapa UMNO/BN sering memomokkan rakyat dengan pengambilalihan kuasa pentadbiran negara oleh Parti DAP? Sedarkah mereka bahawa parti gabungan mereka MCA itu hanya untuk Kaum Cina? Satu yang boleh dipuji, Pakatan Harapan tidak pernah memainkan isu ini walaupun mereka tahu akan keahlian Parti MCA hanya untuk Kaum Cina. Bagaimana mahu jadi pemimpin kalau isu perkauman dimainkan? Sedangkan pemimpin Malaysia harus bersedia untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa bukan menakut-nakutkan suatu bangsa dengan bangsa yang lain. Tidak sedarkah mereka bahawa perbuatan mereka ini menimbulkan rasa tidak puas hati serta perkauman antara satu bangsa dengan bangsa yang lain? Rakyat Malaysia, bangkitlah. Jangan lena lagi. Kita harus bijak menilai dan membuat keputusan. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita yang cetek ini agar tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak sekalipun pihak pemerintah. Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya tulisan entri ini menyentuh hati mana-mana pihak. Sesungguhnya saya tidak bermaksud demikian apatah lagi untuk menyentuh isu perkauman. Sekadar ingin memberi kesedaran kepada rakyat tentang rialiti sebenar. Salam sayang dari saya yang kerdil ini.

Politik Menipu Rakyat

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman. Pilihanraya Umum Malaysia kali ni amat panas bahangnya. Saya sendiri yang tidak minat politik pun mula mengambil tahu dan membuat pembacaan serta kajian. Memang benar kata orang, membaca itu luas pengetahuan. Kata xboss saya En. Fairuz, "You kena banyak membaca untuk menjadi seorang yang bijak," Dan saya mula cintakan pembacaan apabila melihat orang-orang bijak pandai bercakap. Penuh dengan fakta seperti Tun Mahathir Mohamad. Jika dulu, sewaktu Tun M menjadi Perdana Malaysia ke-4, saya bukanlah seorang yang meminati beliau. Mungkin kerana saya tidak berpengetahuan, so dengar je dari cerita orang yang tak sukakan dia. Tapi tak adalah sampai benci dan kutuk Tun M. Sekadar biasa-biasa saja. Oh, Tun M PM kita. Itu je. Dan rakyat Malaysia, saya seru anda semua untuk rajin membaca seperti rakyat Jepun. Bacalah perkara yang berfaedah. Boleh baca novel cinta tapi pelbagaikan bahan bacaan anda. Malang sungguh orang seperti saya yang tidak banyak membaca serta kurang ilmu ni. Selama ni kita dimomokkan dengan kata-kata, jangan sokong pembangkang kelak nanti DAP akan memerintah Malaysia. Itulah juga sentimen yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini. So, kita ramai-ramai berpendapat bahawa DAP tu ada agenda tersembunyi. DAP tu sebenarnya memperjuangkan rakyat berbangsa China sahaja. Mereka mahu jadikan Malaysia ini negara mereka iaitu negara China. Mereka mahu tawan Malaysia dan mereka mahu jatuhkan orang Melayu. Itulah juga yang saya anggap selama ni sehinggalah pelbagai masalah negara berlaku. Baru-baru ni saya terfikir, masalah negara yang kian runcing ini disebabkan pemimpin Melayu bukan Cina. Tapi kenapa barisan kepimpinan mereka menanamkan kepada rakyat, DAP tu nak ambil Malaysia? Lebih pelik apabila Tun Mahathir yang sangat sayangkan orang Melayu menganggotai Pakatan Harapan yang di dalamnya terdapat DAP? Dunia dah nak terbalik ke? Boleh percaya ke Tun M ni? Apabila melihat manufesto Pakatan Harapan, saya jadi berminat dengan PH. Lantaklah siapapun yang perintah negara, yang penting rakyat terbela. Akhirnya saya sangat happy bila PH menang. Saya ni bukan ahli PH atau mana-mana parti pun. Sekadar rakyat biasa yang cintakan negara dan mahu negara ini maju macam negara maju. Saya nak, orang Malaysia yang pakar dalam semua bidang dan bangunkan negara ni. Tak perlulah minta tolong US durjana tu. Tak payah nak harapkan China komunis sana tolong kita. Silap-silap, negara kita dia ambil. Tu baru betul Cina ambil Malaysia. Keesokan hari setelah PH menang, saya lihat salah seorang Puteri UMNO update status Facebook dengan mengatakan, DAP akan ambil Malaysia. MARA, Felda dan Tabung Haji akan musnah. Bukankah MARA, Felda dan Tabung Haji dah separuh musnah ke sekarang? Silap-silap tinggal suku je lagi. Itu semua sebab siapa? Sebab pemimpin Melayu kan? Sebab orang yang paling rakyat percaya dan harapkan untuk melindungi negara ini kan? Bercakap tentang DAP akan ambil Malaysia sebab PH menang, otak saya sekali lagi berputar ligat berfikir, habis tu selama ni dia orang tu bergabung dengan MCA dan MIC tu tak takut ke dia orang ambil Malaysia? Apa beza MCA dan DAP? Setahu saya, kedua-duanya dianggotai oleh orang Cina. Tak boleh jadi ni. Saya dah basuh jugaklah Puteri UMNO tu. Tapi saya kena cari fakta supaya kukuhkan lagi hujah saya. Prinsip saya, sebelum bercakap, kena ada fakta tepat. Kena betul-betul confirm. So, saya kena cari maklumat pasal DAP dan MCA ni. Saya tanya my Xboss tentang DAP dan MCA. Memeranjatkan! Jawapan dia, "MCA lagi teruk, dia hanya memperjuangkan Bangsa Cina je sedangkan DAP sama macam parti lain dalam PH." Saya terdiam. Rasa sedih dan marah kepada kerajaan sebelum ni yang memperbodohkan rakyat. Saya rasa betapa bodohnya saya selama ni sebab percaya sentimen mereka. "Tapi dua-dua Cina kan?" Masih berharap agar kepercayaan saya selama ni betul. Takkanlah pemimpin negara nak tipu kita. Tapi tak hairan kalau tipu pun. Negara pun nak dijual, harta rakyat pun dilesapkan. "DAP sebenarnya Parti Demokratik di mana keahliannya terbuka kepada semua bangsa cuma didominasi oleh orang Cina. MCA, terbuka kepada Kaum Cina sahaja. Orang Melayu tak boleh jadi ahli MCA. Dia sebenarnya memperjuangkan Kaum Cina," Jawab Xboss saya yakin. Kenyataan Xboss saya ni disokong oleh kawan berbangsa Cina sewaktu kami membincangkan politik Malaysia yang baru ni. Katanya, kalau pergi MCA, Semuanya berbahasa Cina. Orang Melayu kalau masuk sana, takkan faham apa dia orang cakap. Inggeris pun sikit-sikit je. "Semuanya chin chang, chin chang. You pun kena cincang," Hahahahaha... Lawak! Xboss saya ni salah seorang yang saya kagumi kebijaksanaannya. Saya pernah bercita-cita nak jadi bijak macam dia. Selalunya apa yang dia cakap ni betul. Tapi, saya tak bolehlah percaya bulat-bulat. saya kena ada bukti dan fakta kukuh. So saya ni dah jadi macam pengkaji politik pulak dua tiga hari ni. Dan pagi ni, saya jumpa sesuatu yang memeranjatkan. Saya akan kongsikan dengan pembaca tentang perbezaan DAP dan MCA. Janganlah lagi kita jadi rakyat yang cetek pengetahuan yang senang-senang boleh diperdaya oleh kerajaan sendiri. No more!

Friday, May 11, 2018

Tahniah Rakyat Malaysia, Tahniah Pakatan Harapan

Assalammualaikum pembaca budiman. Salam sejahtera semua. Jarang saya menulis tentang politik di sini. Sebab saya tak suka politik. Tapi sejak akhir-akhir ni, saya menyampah dengan kerajaan BN yang melakukan perkara-perkara yang merosakkan imej Malaysia, menyusahkan rakyat serta pelbagai kesilapan. Malaslah nak tulis pasal tu, banyak blog dah tulis tentang mereka. 28 April, 2018: Merupakan hari penamaan calon bertanding bagi setiap parti. Saya lihat, PRU kali ini terlalu hangat bahangnya sehinggakan di sana sini terjadi perang bendera. Rata-rata parti bertanding dalam keadaan tiga penjuru. Saya lihat, Pakatan Harapan bermati-matian untuk mendapatkan tampuk pemerintahan negara. Paling menarik apabila Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 sekali lagi bertanding menerusi Pakatan Harapan. Beliau juga dinobatkan sebagai Calon Perdana Menteri Malaysia ke-7 dengan Datin Sri Wan Azizah sebagai calon Timbalan Presiden dan Datuk Sri Anuar Ibrahim sebagai Calon Perdana Menteri Malaysia menanti. Bak kata Saudara Rafizi, "orang lain tak buat, kita buat," Saya dengarpun nak ketawa. Pertandingan kali ini amat hebat dan sengit. Keseimbangan parti bertanding dilihat serata atau jika diperhalusi berat kepada Pakatan Harapan untuk memenangi PRU ke-14 kerana Pakatan Harapan mempunyai tokoh-tokoh yang bijak. Manakala Barisan Nasional (BN) membariskan calon-calon yang tidak lagi dipercayai rakayt terutamanya Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai calon Perdana Menteri Malaysia mempertahankan kedudukannya. Hal ini ditambah dengan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan kerajaan sedia ada yang membangkitkan kemarahan rakyat. Dalam entri ini saya tidak akan mengulas parti lain bertanding. Tumpuan saya hanya kepada dua gabungan parti bertanding yang telah saya nyatakan sahaja. Meskipun halangan demi halangan terhadap kempen Pakatan Harapan (PH) namun, kempen mereka berjalan lancar dengan dihadiri ramai orang awam. Manakala BN pula, giat berkempen melalui media cetak dan elektronik dominasi mereka. Daripada pemerhatian saya yang bukan pakar politik ini, kempen PRU Malaysia terutamanya melalui media cetak dan elektronik ni zaman berzaman berat sebelah sejak dari dulu sampai sekarang. Agaknya memang parti pemerintah ni takut turun takhta kot. Parti lawan tidak dibenarkan penyiaran kempen mereka di media cetak sedangkan parti pemerintah bermaharajalela berkempen, menghentam dan mengutuk pihak lawan secara terbuka di media. Media kita tidak cukup matang apabila tidak memberi ruang kepada pihak lawan untuk membalas serangan, mempertahankan diri atau menjelaskan sesuatu isu berbangkit. Sungguh menyedihkan menjadi rakyat Malaysia yang tidak dapat menilai kedua-dua belah pihak bertanding bagi membuat pilihan tepat. Mujurlah sekarang ni ada internet dan media sosial. Sekurang-kurangnya ia membantu kempen pihak lawan atau suara mereka untuk sampai kepada rakyat. PRU kali ini juga memperlihatkan kematangan rakyat Malaysia dalam memilih pemimpin mereka. Bilangan orang awam yang keluar mendengar ceramah parti lawan tidak lagi kurang seperti dahulu. Mungkin benar, rakyat Malaysia kini semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian meskipun disogokkan dengan bantuan kewangan. Kami sudah tahu membuat kira-kira untung rugi manufesto kedua-dua belah pihak. Bahkan, daripada itu, kita ketahui bahawa wang bukanlah segala-galanya bagi rakyat Malaysia. Alhamdulillah, ada ramai rupanya bangsa Malaysia yang bermarwah. Namun saya tidak faham dengan manufesto BN yang saya kira tidak matang dan kebudak-budakan. Adakah kerana terlalu takut menyebabkan mereka melakukan kesilapan demi kesilapan dalam membentangkan manufesto mereka? Tidak payah melihat kepada manufesto yang berat. Kita lihat janji kecil mereka. Cuti dua hari pada hari Isnin dan Selasa berikutnya. Apa mereka ingat rakyat tak ada urusan lain? Selepas mengundi balik bekerja terutamanya yang dari jauh lepas tu nak balik semula untuk cuti Sabtu-Selasa? Seterusnya pembayaran tol percuma selama lima hari untuk hari raya puasa. Come on la, setakat lima hari tol percuma tu tak beri kesan besar pun kepada rakyat. Bukan rakyat perlu lalu tol tu 10 kali sehari setiap orang. Apa mereka fikir rakyat Malaysia ni budak-budak ke yang perlu diberi gula-gula? Beginikah pemikiran bakal pemimpin? Amat menyedihkan. Bangkitlah rakyat Malaysia. Kita sedang dipermainkan. Tidak terkecuali janji perlepasan cukai pendapatan bagi mereka berusia 26 tahun ke bawah. BN sedang buat lawak ke apa ni? Berapa sangat rakyat yang berusia 26 tahun ke bawah membayar cukai pendapatan? Budak baru habis belajar dan baru mula kerja. Cukai pendapatan apa? Kalau ada pun tak ramai. Sepatutnya mereka yang bijak pandai dalam BN kena buat plan dan janji sesuatu yang benar-benar menguntungkan rakyat. Bukan untung sedikit sekejap lepas tu rugi besar. Di mana kebajikan rakyat ni kalian letakkan? Ketahuilah, rakyat sedang marah kepada kerajaan atas isu-isu yang brlaku. So, jangan tambahkan kemarahan rakyat. Mereka rasa mereka cukup gagah berkuasa tapi mereka lupa bahawa rakyat lebih berkuasa dan kami akan zahirkan kuasa kami dalam PRU 14. Dengan kehadiran Tun M sebagai calon Perdana Menteri Malaysia, saya kira ramai rakyat yang setia kepada BN akan berpaling tadah. Bukan kerana apa tetapi kerana kesilapan yang BN lakukan dan mereka tahu profil Tun M yang memerintah negara sebelum ini. Tapi, bukan mudah untuk PH menyertai PRU bagi merebut tampuk pemerintahan negara. Pelbagai ujian dan dugaan harus mereka hadapi. Misalnya, tayar kapal terbang Tun M yang rosak untuk melakukan penerbangan ke Langkawi, tempat beliau akan bertanding bagi proses penamaan calon. Tun M menunggu lama kerana juruterbang memberitahunya mereka cuba untuk membaikpulih kerosakan berkenaan. Malangnya, tiada pegawai DCA datang menemui beliau. Jika diikutkan, Tun M mahu ke Langkawi dengan menaiki kereta tetapi dinasihatkan oleh ahli keluarganya agar tidak berbuat demikian kerana mereka tidak mahu Tun M letih dan kesihatan Tun M terganggu. Kapal terbang komersial pula tiada jadual yang bersesuaian dengan waktu Tun M. Tun M, Toh Puan Hasmah dan Datin Paduka Marina mula resah. Kalau Allah dah tuliskan bahawa rezeki Tun M ada untuk bertanding maka, Allah lorongkan jalan kepadanya. Dalam waktu mereka keresahan menanti pesawat dibaiki dan tiada tanda masalah tersebut dapat diselesaikan, kawan kepada adik Datin Paduka Marina tiba di lapangan terbang. Beliau mahu ke Singapura. Dalam perbualan mereka, kawan tersebut bertanya akan destinasi Tun M sekeluarga. Apabila mengetahui pesawat Tun M rosak, kawan tersebut menawarkan pesawatnya untuk dinaiki. Maka Tun M dan rombongan berangkat ke Langkawi dengan menaiki pesawat peribadi kawan anak Tun M. Banyak lagi kisah dugaan calon untuk bertanding. 9 Mei, 2014 hari mengundi untuk orang awam: Bagaikan hari raya, rakyat seawal mungkin keluar mengundi. Situasi klise, adalah permasalahan tentang peti undi yang tersalah label, peti undi membawa undi palsu, peti undi dilarikan tapi katanya dapat dikejar dan dihalang dari dibawa lari dan pengiraan semula undi. Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan perubahan terhadap kerajaan Malaysia. Kami mahu Malaysia dipandang gah seantero dunia seperti dulu. Kami mahukan kemajuan dalam pelbagai aspek termasuk infrastruktur, ekonomi dan lain-lain tanpa membelakangkan hal-hal keagamaan. Dinding-dinding Facebook juga banyak menampilkan status berkenaan PRU dan undi. Selepas jam 5, rata-rata rakyat berdebar menanti proses pengiraan undi berlangsung dan pengumuman kerajaan yang akan mentadbir negara tercinta ini untuk lima tahun akan datang. Dalam jam 10 lebih malam, saya mendapat berita tidak rasmi bahawa PH memenangi PRU ke-14 sekaligus menawan Putrajaya. Hanya Allah yang tahu perasaan saya bercampur-baur. Saya harap kerajaan baru ini mampu membersihkan nama serta imej Malaysia yang telah tercalar, mendaulatkan Malaysia, menyelesaikan isu 1MDB, isu projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing, MH370, akta-akta yang telah dibuat bagi melindungi individu tertentu, GST, isu harga minyak, subsidi kepada rakyat, isu PTPTN dan biasiswa, isu MARA, FELDA dan Proton, isu tanah Malaysia yang dijual/beri kepada warga asing, isu pendatang asing, isu pengangguran, isu isu keselamatan negara, SPRM, Peguam Negara, kehakiman negara dan beberapa jabatan yang perlu dibebaskan daripada belenggu penguasa serta banyak lagi. Kesiannya Tun M yang telah berusia 93 tahun namun kini terbeban di bahunya segala permasalahan besar lagi berat. 10 Mei, 2018: Istiadat Angkat Sumpah, Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sekali lagi kerisauan rakyat Malaysia mendebarkan hati serta perasaan apabila Tun M ditangguhkan daripada mengangkat sumpah kerana kononnya tiada parti majoriti yang memenangi PRU kerana gabungan PH tidak sah. Ini pun bagai ada yang telah merencanakan isu tidak sah ini. Biarpun, surat persetujuan setiap parti dalam PH memilih Tun M sebagai PM telah ditandatangan, DYMM Yang Dipertuan Agong mahu menemui Ketua Parti Keadilan Rakyat dan lain-lain parti untuk mendapatkan keizinan perlantikan Tun sebagai PM. Dari pagi tunda ke petang. Akhirnya malam barulah selesai upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke-7. Majoriti rakyat Malaysia menghela nafas lega apabila berakhirnya istiadat berkenaan. Saya pelik dengan SPR yang melambat-lambatkan proses perlantikan berkenaan. Semua pihak harus menghormati hak serta pilihan rakyat yang memilih Tun M sebagai PM kami. Ini negara demokrasi. Jangan cabuli hak kami. Takut kepada siapa? Kepada pihak tertentu? Mereka sudah tiada kuasa. Kalau mahu menghukum kalian, kerajaan baru yang akan mengambil tindakan ke atas kecuaian kalian. Alhamdulillah, segalanya selesai. Malaysia kini mempunyai kerajaan baru yang membawa harapan baru untuk seluruh rakyat jelata di segenap pelusuk negara. Tahniah Tun Mahathir dan terima kasih kerana dalam usia begini, Tun berkorban mengambil alih negara untuk kepentingan kami rakyat Malaysia. Semoga Allah memberi hidayah dan memimpin Tun dalam setiap urusan agar ianya selari dengan syariatNya. Tahniah Pakatan Harapan atas kemenangan ini. Kejayaan ini bermakna bahu kalian dibebani dengan segala permasalahan yang telah ditinggalkan dan yang akan datang. Berkhidmatlah ikhlas untuk rakyat dan Malaysia. Jangan sesekali mengkhianati kami kerana kuasa ada di tangan kami. Ambil sebagai pengajaran bagaimana kami menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah mentadbir Malaysia selama 60 tahun. Tahniah juga buat rakyat Malaysia kerana telah mengundi dengan bijak dan matang. Semoga kita sama-sama membantu kerajaan yang kita pilih ini untuk membangunkan negara dengan lebih pesat. Mari kita berubah menjadi rakyat yang lebih prihatin, berdikari, berdisiplin, berilmu, amanah, rajin dan tekun agar negara ini mampu bersaing dengan negara maju. Maju mundurnya sesebuah negara adalah kerana rakyatnya. ********************** Banyak lagi yang ingin saya coretkan tentang PRU ni. Nantilah kalau ada masa dan kalau rajin nak ulas tentang PRU ni.

Monday, May 7, 2018

Air Untuk Adik

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Sakit kaki berlari kejar flight Sabtu lalupun tak habis lagi. Malaslah nak cerita pasal tu malam ni. Nanti-nanti kita cerita eh? Masa mula-mula saya masuk Air Asia Flight AK5015 boun for Kuala Lumpur petang tadi, seperti biasa letak barang kat overhead compactment. Sementara menanti other passengers boarding, saya duduklah kat my seat, 1C. Duk depan hari ni. Seat 7E saya telah ditukar ke 1C. Bagus! Saya suka sangat sebab seat depan sekali ni luas so saya tak perlu bangun bila passenger lain nak masuk ke dalam iaitu ke window seat and the center seat. Tiba-tiba seorang pramugara menghampiri saya. Dia memberikan saya mineral water dalam cup. Pramugara: Ni air untuk adik. Saya: Terima kasih. (Dapat air mineral paling kecik free dalam Air Asia ni pun dah kira beruntung tau. Semua benda Air Asia ni nak charge kan.) Pramugara: Sama-sama. Kalau ada apa-apa, panggil saya ya. Saya kat depan ni je. Saya senyum dan balas OK. Adik eh? Nanti kita jumpa dalam kelas eh? Baru awak tahu saya adik ke tidak hahahahahaha... Mungkin dia panggil saya adik kerana hari ni saya kenakan black Hard Rock Cafe T-shirt bersama jeans. Sebenarnya ramai yang cakap kalau saya menggayakan t-shirt dan jeans, saya nampak macam budak-budak. Kalau saya pakai t-shirt dan track suit lagi macam budak-budak. Dulu my first X pernah cakap "Iiii... Awak ni kalau pakai macam ni (t-shirt dan track suit) macam budak-budaklah," Bengang betul saya dengar dia cakap gitu. Macamlah saya ni budak hingusan. Lebih melampau bila dia cakap saya macam budak tingkatan 3 sambil gelak-gelakkan saya. Dia ingat, dia tu handsome sangat? En. Pramugara tadi memang dari awal saya boarding dan simpan barang... Saya minta assistant tunjuk kat saya mana dia letak beg saya. En. Pramugara agaknya memang perhatikan kami kot then dia tiba-tiba je menghampiri kami dan cakap "Tak apa. Nanti saya tolong turunkan. Kalau nak apa-apa, panggil je. Kami ada kat sini je," Terima kasih atas keprihatinan En. Pramugara. Takut jugak kalau minta naikkan atau turunkan beg jadi isu macam Ainan Taslim. Hahahaha... Tak naklah kita jadi hangat kat Instagram or Facebook. Cabin crew team hari ni memang baik. Pramugara siap bawa saya keluar flight manakala Mr. Pilot pulak uruskan tentang assistant saya yang tak ada mungkin kerana kecuaian staff Kota Kinabalu Airport yang tak buat assistant request for me. Lepas tu berkali-kali pramugara datang jumpa saya minta saya tunggu sekejap dan mohon maaf atas kecuaian kakitangan mereka. So, tak adalah panas sangat hati kita kan bila mereka ni tahu respect passenger yang dah belanja beli tiket dia orang. Kalau dia orang bikin panas, saya call je Mr. Mariappan, manager yang in charge ground staff ni. Ketua pramugara bernama Amran yang selalu bercakap dengan saya seawal saya boarding bersama dua pramugara dan seorang pramugarinya pendek kata satu team tu tunggu saya sampai assistant datang dan kami saling bye bye mem'bye bye'. Saya selang-selikan dengan ucapan terima kasih dan mereka pulak mengatakan "Jumpa lagi,". Terima kasih penerbangan Air Asia Berhad dengan cabin crew yang sangat baik dan prihatin. Kalau tak jumpa on board, kita jumpa dalam kelas tau. Hahahaha...

Saturday, May 5, 2018

Sing Smule

Nak tulis lagi hahahaha... Saya mula buka akaun Smule ni kalau tak silap 2015 yang lalu. Yelah, bosan-bosan duk rumah kan, nyanyilah apa lagi. Masa tu awak pun dah mula jauh dari saya. Jadi saya cari aktiviti isi masa lapang saya. Masa tu saya ingatkan awak jauh dari saya sebab busy kerja. Tak sangka pulak sebab dah ada orang lain. Pelik jugak bila hari cuti pun awak dah jarang ajak saya keluar. Bila saya ajak keluar, awak macam malas dan ada waktunya, tak nak makan sama. Awak nak bungkus je makanan hantar kat saya. Ah, biarlah, benda dah lalu. Saya pun dah boleh move on dan terima kenyataan. Saya yakin, perpisahan ini yang terbaik buat saya. At least, saya tak jadi macam bekas isteri dia. Back to our story, macam-macam lagu saya nyanyi. Tapi nyanyi dengan oranglah sebab saya bukan VIP. Dari saya tak pandai adjust mic sampailah pandai adjust. Tapi mood nyanyi saya ni bermusim. Baru-baru ni, ada orang cakap dengan saya, Orang: You subscribe jelah Smule tu. You kan suka nyanyi. Tak payahlah nyanyi dengan orang. Tak bestlah. Orang tu entah apa-apa. Saya: Malaslah I. Mahallah. Orang: Mana ada mahal, murah jelah. Saya: IOS mahal. Orang: Dah, dah, you pergi subscribe, nanti dia bagi tujuh hari free. Lepas tu you unsubscribe balik. Sayapun ikut cakap dia. Waaa... Memang best nyanyi sorang-sorang. Saya pulak create lagu dan ada orang lain join nyanyi dengan saya. Rupa-rupanya, Smule dah boleh subscribe VIP melalui web. Murah pulak tu dan boleh nyanyi menerusi Android dan IOS. Saya suruh orang tu subscribekan untuk saya. Dia tak buat-buat. Hari tu saya cakap lagi dengan dia. Orang: Alah, you bukan nak nyanyipun sekarang ni. Dah lama you tak nyanyi. Saya: Macam mana nak nyanyi, earphone I kan rosak. Orang: Nanti you beli earphone baru I subscribe. Betul ke earphone saya tu tak boleh guna untuk Smule eh? Nanti saya try. Rasa macam nak nyanyi la sekarang ni. P/S: You jangan lupa subscribe my Smule tau nanti. OK la. Nak tidurlah. Esok nak fly to Sabah. Bye, bye.

Cerita Nyanyi Lagi

Hahahaha... Ni betul-betul entri last untuk malam ni kot. Masa saya dengan awak dulu, saya pernah nyanyikan awak lagu Diari Hatimu menerusi telefon. Masa tu kami baru kenal. Awak yang minta saya nyanyi sebab awak cakap, dia suka dengar suara saya. Puas dia pujuk, baru saya nyanyi. Suatu hari, menerusi telefon: Awak: Awak, awak dah lama tak nyanyikan saya, nyanyi awak. Pulak. So saya bagi dia lagu Aku Lebih Tahu. Sebenarnya saya main nyanyi je. Tak adalah sampai memaknakan lagu tu untuk dia. Dia bukan romantikpun orangnya. Kalau orang yang romantik, saya akan nyanyikan lagu yang betul-betul dari dasar hati saya tuju untuk dia. Suatu malam, masa saya rehearsal jadi emcee, ada orang yang patutnya perform tak datang. So, saya dengan partner emcee saya nyanyilah lagu Beribu Kesalan tu. Alaaa... Nyanyi saja-saja nak ambil time je pun. So, kami nyanyi gila-gila. Awak marah saya hahahaha... Awak cakap, nyanyilah betul-betul, janganlah main-main. Awak ada suara yang best, lepas tu main-main. Nanti orang ingat awak ni nyanyi tak best. Padahal awak sengaja buat macam tu. Masa saya masuk satu pertandingan nyanyi lagu Madah Berhelah, awak selalu komen nyanyian saya masa praktis. Suatu hari tu, saya nak masuk pertandingan nyanyi lagu ketuhanan. Saya pilih lagu Gelora KasihNya untuk dinyanyikan. Awak siap nak carikan saya CD. Kebetulan masa tu, Siti baru lepas buat konset. Lagu Kesilapanku Keegoanmu dengan arrangement baru popular. Masa on the way hantar saya ke rumah iaitu di dalam kereta, awak suruh saya try nyanyi lagu Kesilapanku Keegoanmu. Waaa... Siap tutup radio dan pesan kat saya, "Awak nyanyi betul-betul. Lepas je suara awak. Kita dalam kereta, orang tak dengar. Anggap awak sorang je kat sini macam saya tak ada," So saya nyanyilah betul-betul. Lepas tu awak suruh saya try lagu Gelora KasihNya. Awak kata saya nyanyi Kesilapanku Keegoanmu tu lagi best berbanding Gelora KasihNya. Tapi dua-dua sesuai dengan saya. P/S: Saya cerita ni bukan sebab saya rindu dia, tapi saya teringat pasal komen-komen orang yang komen saya nyanyi. Tak lebih dari tu. Dia yang dah pergi tu, biarlah dia pergi.

Menyanyi, antara aktiviti kegemaran

Assalammualaikum korang. Salam sejahtera, dah tidur ke? May be this is my last post before going to bed. Mengantuk sebenarnya tapi nak tulis jugak. Rasanya saya ni dah jadi satu kemestian hari-hari buka laman web perfume dan tengok harga perfume. Siap dah favourite kan perfume yang saya nak. Hobi saya mengumpul minyak wangi dan botol perfume. Hahahahaha... Selain dari perfume, menyanyipun adalah salah satu aktiviti kesukaan saya. Sebenarnya dari kecik lagi saya suka nyanyi. Masa kecik-kecik dulu, saya suka nyanyi lagu Ziana Zain. Arwah chek selalu cakap, "Kalau mengaji macam tu kan bagus," Hahahahaha... Saya ketawa je. Alaaaa... Saya pun rajin mengaji. Bukan macam angah suka ponteng ngaji. Hahahaha... Banyak cerita kalau bab nyanyi ni. Kecik-kecik dulu, saya dah minta mummy belikan mikrofon untuk saya. Mummy melayan, belikan saya mic. Kalau naik kereta, abah akan mainkan kaset. Zaman dulu mana ada cd bagai ni. Saya akan menyanyi sepanjang jalan ikut kaset tu. Abah dan mama tak bising je. Dia orang biar je saya dengan angah menyanyi. Masa kecik-kecik dulu, abah suka rakam saya dan angah nyanyi. Entah manalah pergi kaset tu. Yang best tu abah siap beli mini compo siap dengan mic. Lepas tu abah beli home theatre dan CD karaoke. Lagilah kami sibuk menyanyi. Pantang dengar lagu baru, angah mesti bagi saya dengar then ajak saya nyanyi. Dia tu susah sikit nak ingat lirik, kalau dia lupa mesti dia suruh saya sambung. Pernah satu hari dia ajak saya nyanyi, saya malas. Dia pujuk-pujuk saya nyanyi. Dia ajak duet. Dia suruh saya jadi perempuan dan dia jadi penyanyi lelaki. Sayakan tak suka nyanyi part lelaki. Kalau saya tak nak jugak, dia mesti paksa saya sambil cubit-cubit saya suruh nyanyi. Satu hari, adalah beberapa orang budak kat rumah kami tu menyanyi kat luar rumah. Bising sangat. Kadang-kadang melodinya tak dapat kami tangkap. Angah mula bengang. Dia ajak saya duduk kat beranda rumah. "Long, nyanyi long," Pintanya. "Malas aku," Malulah saya nak nyanyi kat luar rumah. Nyanyi dalam rumah tak apalah. "Nyanyilah long, suara kau kan sedap. Aku tak sukalah dengar dia orang nyanyi," Angah ni ada satu penyakit masa kecik dulu. Kalau kita tak ikut cakap dia, dia akan cubit dan pukul kita. Sakit wooo... Lepas tu dia merajuk tak mau cakap dengan orang. Kalau saya ada mood, saya layankan je. Saya nyanyikan dia. Kalau tak, gaduhlah jawabnya. Masa kat sekolah asrama, saya suka nyanyi dalam bilik air. Sampai satu hari, cikgu panggil saya nyanyi kat dewan besar. Masa tu saya nyanyi lagu Kekal, Ziana Zain. Oh ya, masa mula-mula masuk sekolah waktu muzik, saya nyanyi lagu Madah Berhelah diiringi petikan piano dari Cikgu Syed. Ada sorang pemain keyboard sekolah kata, dia sangat suka bila saya nyanyi lagu Fauziah Latiff. Antara lagu Fauziah Latiff saya nyanyi masa tu, Dia, Enggan, Kau Merubah Segalanya. Masuk universiti pulak, saya dah fenatik Siti Nurhaliza. Sebenarnya minat kat Siti ni sejak saya form 1 lagi. Zura roomate UiTM saya kata, saya suka buat konset malam-malam. Mana taknya, hampir setiap malam sebelum tidur, saya akan dengan kaset Siti dengan walkman dan habis satu album saya nyanyi lagu Siti. Kata Zura, lagu Siti yang tak popular pun dia tahu sebab saya. Katanya lagi, dia dapat dengar konset free. Kalau malam saya tak nyanyi, mesti dia tanya saya, "Kau tak buat konsert ke malam ni?" Masa kerja, pernahlah beberapa kali saya ikut someone pergi perform dengan petikan gitarnya. Someone tu siapa? Mr. Godfrey. Lepas saya perform, selalunya akan ada yang cakap "nice voice" atau "sweet voice," Cop, suarapun ada manis jugak ke? Sampai sekarang saya fikir. Kawan-kawan saya yang rapat dengan sayapun suka suruh saya nyanyi. Tapi kelemahan saya adalah menyanyi not rendah. Apa lagi ya cerita pasal nyanyi ni?

Friday, May 4, 2018

OK done! Tudung Lofa Siap!!!

Hahahaha.... Sekelip mata mood saya berubah menjadi ceria semula setelah selendang renda kembang ni dibetulkan oleh Aqilah. Hahahaha... Kesian Qilah. Dia rendah so selalu minta saya rendahkan diri saya untuk dia lilit tudung ni. Dapat kat si Mejat, "Laaa... Kau kenapa ni hah? Ekor duyung ke apa kat belakang tu? Ke konsep kau tutup aurat kat belakang je?" Hahahaha saja je nak berkicau mulut bising dia tu. Tadi bising tudung saya tak cantik. Dah cantik pun nak bising lagi. "Kau pergi buka Instagram Lofa, tengok cara dia pakai tudung ni," Jawab saya. Hahahahaha... "Bongok. Lofa pakai macam tulah. Baru Nampak kembang dengan ropol dia tu," Marah si Qilah yang mengajar saya pakai tudung ni hari ni. Kami sama-sama tergelak. Bengang si Qilah sebab dari tadi saya duk Tanya dia betul ke pakai macam ni? Kenapa panjang kat belakang? Betul. Kata Qilah. Qilah siap suruh saya buka Instagram Nialofa. Hahahaha... Saya tunjuk kat Kak Sha, Kak Sha kata OK. Dia suruh saya tunjuk kat Kak Sariha sebab Kak Sariha lebih pandai komen. Bila saya naik bilik Kak Sariha dan Kak Zura, kedua-duanya kata OK dan betul cara pakai cam gini. Baru jap Qilah call lagi. Dia Tanya nak adjust tudung tak. Sebab Lofa pakai ada ekor depan tapi yang belakang sama macam yang dia dah pakaikan. Mestilah nak hahahahaha... OK, done lagi sekali. Kali ni dah betul-betul macam Lofa dah. Hahahaha... Bab melawa memang saya suka. Lepas ni, saya dah boleh pakai sendiri cara Lofa ni. Dah tahu cara pakainya. So, semua selendang saya yang besar, saya akan pakai macam ni. Simple je sebenarnya. Pakai selendang ni tak susah. Kena kreatif. OK. Bye.

Mekap Hari Ni

Assalammualaikum semua, selamat pagi. Hahah... Awal betul update blog hari ni. Well, I arrived in the office at 7.45 today. Sebenarnya, taklah awal sangat. Waktu saya rajin memang waktu-waktu macam ni la saya sepatutnya sampai. Sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Lately ni je saya selalu sampai jam 8.00 lebih. Tapi semenjak kehadiran mamat site tu, saya memang bermotivasi tinggi untuk sampai office awal. Tapi urusan saya yang satu tu tak perlu dibuat untuk sementara. So, sayapun dah siap mekap. Almaklumlah, ada Air Asia hari ni. Bermula dari tudung Lofa berbidang besar ni, saya rasa kurang selesa dengan penampilan saya hari ni walaupun baju Scha Alyahya yang saya kenakan hari ni adalah antara baju kegemaran saya. Ditambah dengan Maskara Lancôme yang baru saya beli dari Lazada. Teksturnya terlalu nipis membuatkan saya rasa macam tak pakai mascara tapi nak pulak bulu mata ni ikut apabila dilentikkan. Tambah rasa kurang puas hati dengan Eye Brow Dior yang berbentuk pensel ni. Susahlah nak asah kalau dah tumpul. Asah, asah, patah. Rugilah. Patah macam tu je. Sakit pulak hati kita ni. Mujurlah ada haruman Good Girl by Carolina Herrera yang mampu menenangkan saya dengan semerbak wanginya. Kejap lagi Aqilah akan tolong settle kan tudung yang besar ni. Serius saya sangat tak suka tudung bidang besar yang melampau apabila dikenakan pada diri saya. Susah nak adjust. Selendang ni bukan saiz saya sebenarnya. Raya tahun lepas saya main tangkap muat je sebab last minute baru notice yang saya tak ada tudung yang sesuai digayakan dengan baju ni. Tudung warna lembut, memang saya tak berapa ada. Tak suka warna lembut. Ia menampakkan saya suram.

Thursday, May 3, 2018

Tahniah Angah

Hahahahaha... Melampau betul! Lambat gila update cerita ni. Selamat pengantin baru angah, aku doakan semoga mahligai yang dibina ni sentiasa dihiasi dengan cinta dan kasih sayang berpanjangan hingga ke jannah. Jadilah isteri dan ibu yang baik. Dengan sekali lafaz, angah sah bergelar isteri kepada Jamaluddin Bin Alauddin pada 14 April, 2018 yang lalu. Majlis akad nikah diadakan di kediaman kami sendiri dengan abah sendiri yang menikahkan angah. Tema putih telah menjadi pilihan pengantin. Sementara kami sekeluarga mengenakan pakaian sedondon berwarna kelabu gelap pilihan dan tajaan angah. Entah kenapa entah siap taja kami semua. Cakap warnapun kami boleh cari tapi mungkin dia nak ikut selera dia kot. Thanks angah. Sementara pengantin mengenakan pesalinan berwarna putih bersih. Angah mengenakan baju kurung moden lace putih dihiasi taburan bebunga putih diperbuat daripada renda, memakai vail putih panjang dan hiasan kepala yang indah serta kasut ditempah khas dari Melaka berwarna biru. Angah mahukan temanya berwarna putih secara keseluruhannya termasuk pelamin, meja makan beradap, permaidani dan set meja akad nikah. Abah, bakal suami, imam, dan saksi duduk di meja akad nikah manakala angah duduk di atas pelamin sewaktu upacara akad nikah berlangsung. Manakala keluarga terdekat dari kedua belah keluarga duduk di kerusi berhampiran meja akad nikah dan setentang dengan pelamin. Rasa sebak juga sewaktu akad nikah berlangsung. Terasa macam mahu kehilangan angah je. Hahahaha... Emo lebih saya dan nenek. Rantai tangan dan gelang kaki emas merupakan hadiah daripada pihak lelaki kepada angah untuk upacara pembatalan air sembahyang. Upacara ini diadakan sejurus selesai menunaikan solat hajat memohon keberkatan Ilahi ke atas rumahtangga yang baru didirikan. Antara barangan yang dijadikan hantaran kepada angah ialah, tas tangan dan kasut dari jenama Hush Puppies, barangan kosmetik yang saya lupa jenamanya, peralatan scuba diving, bunga telur dan lain-lain. Sementara untuk balasan, angah memberikan telefon bimbit Vivo, cincin suasa bertatah berlian, baju kemeja, set beg duit dan tali pinggang kulit yang juga lupa jenamanya serta lain-lain termasuk bunga telur dan pulut kuning. Rasa happy sangat untuk angah. Syukur Allah sudah temukan jodoh angah. Memang angah patut menamatkan zaman bujangnya terlebih dahulu kerana ujian dalam bercinta buat angah lebih teruk dari saya. Ada kawan yang bertanyakan kepada saya, apa perasaan saya apabila adik saya kahwin dulu dari saya. Mestilah happy dan rasa syukur yang amat. Kawan saya kata, kalau dia, dia tak boleh. Silap-silap, dia tak balik masa adik dia kahwin. Rasa cemburu dan dengki katanya ada. Hahahaha... Buat apa nak sakit hati? Allah kan tahu apa yang terbaik buat kita? Pasti ada hikmahnya kenapa adik kita yang kahwin dulu. Mana tahu, dengan kita mendoakan kebahagiaannya serta bergembira atas keriangannya, Allah membalas kita dengan kebahagiaan yang berlipat kali ganda? Jodoh itu milik Allah. Dia berhak untuk memberikan kepada sesiapa yang dirasakan sesuai bagiNya. Untuk kita pasti ada. Allah menunggu masa, ketika dan orang terbaik buat kita. Bila tiba waktunya, Allah akan mengirimkan jodoh itu tanpa kita sangka dan kita duga. Allah pasti mengirimkan untuk kita tanpa sedikitpun salah alamat atau salah orang. Jodoh saya, Saya tahu awak dalam perjalanan menuju saya dan saya juga sedang berjalan menuju awak. Pada hari yang Allah janjikan, pasti kita akan bertemu dengan segala cinta dan kasih sayang. Masa tu, kita akan lepaskan segala rindu dendam yang telah lama kita pendam. Saya harap, waktu tu, kita telah sama-sama bersedia menjadi suami dan isteri yang baik, yang saling menjaga dan setia hingga ke Jannah. Saya sentiasa tunggu awak dan awak pun tunggu saya ya. Kalau kita tak ditakdirkan bertemu di fana ni, kita jumpa di sana nanti. Sayang dan rindu awak selalu.