SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, May 14, 2018

Air Asia Dan Politik

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari pertama ke pejabat setelah penubuhan kerajaan baru. Tak dapat saya gambarkan bagaimana gembiranya kakitangan di Pejabat Perdana Menteri masuk ke pejabat hari ni. Ofis saya yang tak ada kena-mengena dengan PM pun, saya rasa bersemangat je nak ke pejabat meskipun kesihatan saya tak begitu baik hari ni. Harap saya mampu bertahan sampai ke petang. Pagi-pagi lagi dah ingat Tun M. Bagaimana Tun M berkerja keras, begitulah juga yang akan saya contohi insya-Allah. Semoga office saya juga akan dilanda tsunami politik macam Malaysia. Bilalah hero nak dating selamatkan kami di sini. Mungkinkah Datuk Abdullah Malim Baginda akan buat come back macam Tun M? ******************** Hari ni masih lagi nak tulis tentang politik Malaysia. Malam tadi, waktu tunggu Food Panda yang tak kunjung tiba, saya berlegar-legar di Youtube. Tidak sengaja, saya terjumpa satu video yang cukup memeranjatkan. Banyak pulak hal yang buat saya terperanjat dua tiga hari ni hahaha... Video ini adalah video Tony Fernandes, Ketua Pengarah Kumpulan Air Asia Berhad memohon kemaafan daripada para penumpangnya dan rakyat Malaysia. Saya masih membuat kajian perkara yang menyebabkan Tony memohon kemaafan tersebut. Menurut beliau, politik Malaysia mula menghuru-harakan Air Asia apabila Tan Sri Rafidah Aziz mula berkempen untuk Pakatan Harapan (PH). Keaddan menjadi semakin teruk apabila Pejabat Perdana Menteri ketika itu mengeluarkan arahan kepada Tony untuk mengeluarkan Tan Sri Rafidah daripada Kumpulan Pengarah Air Asia setelah Tan Sri Rafidah mula memberi ceramah kempen untuk PH. Memandangkan hal tersebut tidak ada kena-mengena dengan urusan pentadbiran Air Asia, Tony tidak langsung menyentuh hal itu kepada Tan Sri Rafidah. Kemuncaknya, dengan penambahan 120 penerbangan lebih daripada hari biasa menjelang musim Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 lalu, Pejabat Perdana Menteri sama mengeluarkan arahan agar Air Asia tidak melakukan penerbangan pada ketika itu untuk membawa para pengundi ke destinasi mengundi masing-masing. Tony memaklumkan, bagaimana harus dia membuat keputusan? Penerbangan yang sangat murah ditawarkan kepada penumpang sempena PRU 14 bernilai RM99.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 120.00 ke Sabah dan Sarawak bukanlah sesuatu yang menguntungkan. Sekiranya penerbangan dibatalkan, syarikat akan menanggung kerugian amat besar dengan penambahan 120 penerbangan. Bahagian Aviation lapangan terbang juga memaklumkan perkara yang sama kepada Tony sehingga Tony sangat tertekan. Saya belum mendapat jawapan kepada perkara berikut: 1. Apakah penerbangan Air Asia tetap melakukan penerbangan atau di 'delay' kan atau dibatalkan? 2. Apakah Tony sebelum ini memuatnaik video tentang perkara ini? 3. Permohonan maaf tersebut disebakan apa? Saya akan terus meneliti, mengkaji dan mencari maklumat tentang hal ini dan akan update di sini sekiranya mendapat info tentang perkara berkenaan. Komen saya: Kenapa sampai hati seorang perdana menteri melakukan hal berkenaan? Tidakkah beliau bersimpati dengan kerugian yang akan ditanggung oleh syarikat penerbangan tersebut? Kerugian dalam industry penerbangan bukanlah suatu kerugian sedikit. Ianya melibatkan jutaan ringgit. Sedangkan sebagai seorang perdana menteri beliau bertanggungjawab untuk memajukan ekonomi rakyatnya. Seterusnya, mengapa begitu rakus pihak berkenaan menghalang rakyat untuk mengundi? Bukankah Negara ini Negara demokrasi? Itu hak rakyat. Sepatutnya mereka mempermudahkan urusan mengundi rakyat dan memberi galakan kepada rakyat untuk keluar mengundi? Adakah kuasa telah membutakan mata mereka? Jika tiada kepentingan peribadi, mengapa sekejam itu mereka memperlakukan kepada rakyat? Allah Maha Adil. Akhirnya, bila Allah kata "kun fayakun," Tiada siapa boleh menghalangnya. Tiada siapa boleh menafikan apabila rakyat menzahirkan kuasanya. Maka jatuhlah UMNO dan BN setelah sekian lama berkuasa. Semoga PH menunaikan janji-janji mereka. Peristiwa 9 Mei, 2018 tercipta melakar sejarah. Mereka harus ambil pengajaran. Jika tidak, rakyat tidak teragak-agak untuk memperlakukan perkara yang sama kepada PH dalam PRU akan datang. Pesan saya kepada netizen yang menghina dan mengutuk Tony: 1. Korang boleh bercakap macam-macam sebab korang tidak duduk di tempat Tony. Cakap dan tulis semua orang boleh. Tapi bila berhadapan dengan situasi sebenar, bukan semua orang mampu menghadapinya. Tahukah korang bahawa Air Asia merupakan sebuah syarikat yang sangat menjaga kebajikan kakitangannya. Kalau tak, takkanlah kerja sebagai ground staff mereka boleh bertahan sampai berbelas tahun? Sedangkan Jo Power iaitu ground staff Malaysia Airline, 2 3 bulan bertukar orang. Bayangkan, ground staff pun boleh jadi pramugara, pramugari dan pilot di Air Asia. Itu korang perlu tahu. Bagaimana dia nak survive kalau dia mengalami kerugian jutaan ringgit? Staff dia bukan 200 300, beribu. Yang masuk kelas saya tu, belum ada yang berulang Yang ulang pun yang masuk kelas orang lain 10 12 tahun dulu. So jangan sedap cakap dan tulis. Tulislah dengan otak yang bijak. 2. Korang kata sekarang baru Tony berani upload video sebab PH menang. Bayangkan korang duduk kat tempat dia. Memanglah dia baru berani upload sebab sekarang PH boleh ambil tindakan kepada pesalah dan perniagaan dia boleh berjalan lancer. Kalau BN masih memerintah, tak payah cakap Tony, kalau korang, berani ke korang nak upload video macam tu? Air Asia akan tutup la jawabnya. Kalau korang pentingkan diri sendiri mungkin korang akan buat. Tapi Tony fikirkan tentang ribuan kakitangan dia. Kalau Air Asia tutup, macam mana nasib staff yang beribu orang tu? Kadar pengangguran akan naik dan kemiskinan juga meningkat. Rakyat Malaysia, boleh tak jadi rakyat yang bijak? Jangan cakap ikut sedap je. Ya betul. Tony tu berbilion ringgit duit dia. Yelah, sebab dia usaha dari bawah. Dari akademi Air Asia tu kecik, kokak, student pun makan kat luar, meja kat bawah pokok, orang datang jual makanan dengan van sampai sekarang dia dah ada akademi yang besar dan lengkap. Tu baru akademi belum kira penerbangan dan peralatan. Korang ingat senang ke nak sampai tahap tu? Kalau korang tak suka dia kaya, korang bukalah perniagaan yang sama jadi pesaing dia. Ni penerbangan tambang murah ada satu je dalam Negara ni. Macam mana dia tak kaya? Korang ni, dengki khianat tu lebih. Selalu yang dengki ni tak lain tak bukan, orang Melayu dan Islam. Macam ni ke sikap korang? Macam mana Negara nak maju? Lepas tu sibuk salahkan pemimpin tapi korang yang tak bijak. Tak payah cakap Negara, kalau asyik dengki dan saling menjatuhkan, korang pun takkan maju. Kalau korang tak maju, macam mana Negara nak maju? Patutlah Tun M sampai buat puisi Melayu mudah lupa. Memang nilah sikap orang Melayu. Come on la. Jomlah kita jadi Melayu baru sempena Malaysia baru ni. Ingat, siapa yang jatuhkan empayar Melaka yang gemilang dulu? Melayulah, siapa lagi? Lepas tu korang tak suka bangsa lain. Malulah sikit. Berusaha, buat kerja tu bersungguh-sungguh. Nak marah, nak komen, komen dengan bijak. Jangan nampakkan kebodohan korang. Bangsa lain sedap-sedap je katawakan korang. Sebab koranglah jugak. Dahlah, penatlah marah. Nak pergi meeting pulak. Bye.

No comments: