Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, May 5, 2018
Sing Smule
Nak tulis lagi hahahaha...
Saya mula buka akaun Smule ni kalau tak silap 2015 yang lalu. Yelah, bosan-bosan duk rumah kan, nyanyilah apa lagi. Masa tu awak pun dah mula jauh dari saya. Jadi saya cari aktiviti isi masa lapang saya. Masa tu saya ingatkan awak jauh dari saya sebab busy kerja. Tak sangka pulak sebab dah ada orang lain. Pelik jugak bila hari cuti pun awak dah jarang ajak saya keluar. Bila saya ajak keluar, awak macam malas dan ada waktunya, tak nak makan sama. Awak nak bungkus je makanan hantar kat saya.
Ah, biarlah, benda dah lalu. Saya pun dah boleh move on dan terima kenyataan. Saya yakin, perpisahan ini yang terbaik buat saya. At least, saya tak jadi macam bekas isteri dia.
Back to our story, macam-macam lagu saya nyanyi. Tapi nyanyi dengan oranglah sebab saya bukan VIP. Dari saya tak pandai adjust mic sampailah pandai adjust. Tapi mood nyanyi saya ni bermusim.
Baru-baru ni, ada orang cakap dengan saya,
Orang: You subscribe jelah Smule tu. You kan suka nyanyi. Tak payahlah nyanyi dengan orang. Tak bestlah. Orang tu entah apa-apa.
Saya: Malaslah I. Mahallah.
Orang: Mana ada mahal, murah jelah.
Saya: IOS mahal.
Orang: Dah, dah, you pergi subscribe, nanti dia bagi tujuh hari free. Lepas tu you unsubscribe balik.
Sayapun ikut cakap dia. Waaa... Memang best nyanyi sorang-sorang. Saya pulak create lagu dan ada orang lain join nyanyi dengan saya.
Rupa-rupanya, Smule dah boleh subscribe VIP melalui web. Murah pulak tu dan boleh nyanyi menerusi Android dan IOS. Saya suruh orang tu subscribekan untuk saya. Dia tak buat-buat. Hari tu saya cakap lagi dengan dia.
Orang: Alah, you bukan nak nyanyipun sekarang ni. Dah lama you tak nyanyi.
Saya: Macam mana nak nyanyi, earphone I kan rosak.
Orang: Nanti you beli earphone baru I subscribe.
Betul ke earphone saya tu tak boleh guna untuk Smule eh? Nanti saya try. Rasa macam nak nyanyi la sekarang ni.
P/S: You jangan lupa subscribe my Smule tau nanti.
OK la. Nak tidurlah. Esok nak fly to Sabah.
Bye, bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment