SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, May 5, 2018

Menyanyi, antara aktiviti kegemaran

Assalammualaikum korang. Salam sejahtera, dah tidur ke? May be this is my last post before going to bed. Mengantuk sebenarnya tapi nak tulis jugak. Rasanya saya ni dah jadi satu kemestian hari-hari buka laman web perfume dan tengok harga perfume. Siap dah favourite kan perfume yang saya nak. Hobi saya mengumpul minyak wangi dan botol perfume. Hahahahaha... Selain dari perfume, menyanyipun adalah salah satu aktiviti kesukaan saya. Sebenarnya dari kecik lagi saya suka nyanyi. Masa kecik-kecik dulu, saya suka nyanyi lagu Ziana Zain. Arwah chek selalu cakap, "Kalau mengaji macam tu kan bagus," Hahahahaha... Saya ketawa je. Alaaaa... Saya pun rajin mengaji. Bukan macam angah suka ponteng ngaji. Hahahaha... Banyak cerita kalau bab nyanyi ni. Kecik-kecik dulu, saya dah minta mummy belikan mikrofon untuk saya. Mummy melayan, belikan saya mic. Kalau naik kereta, abah akan mainkan kaset. Zaman dulu mana ada cd bagai ni. Saya akan menyanyi sepanjang jalan ikut kaset tu. Abah dan mama tak bising je. Dia orang biar je saya dengan angah menyanyi. Masa kecik-kecik dulu, abah suka rakam saya dan angah nyanyi. Entah manalah pergi kaset tu. Yang best tu abah siap beli mini compo siap dengan mic. Lepas tu abah beli home theatre dan CD karaoke. Lagilah kami sibuk menyanyi. Pantang dengar lagu baru, angah mesti bagi saya dengar then ajak saya nyanyi. Dia tu susah sikit nak ingat lirik, kalau dia lupa mesti dia suruh saya sambung. Pernah satu hari dia ajak saya nyanyi, saya malas. Dia pujuk-pujuk saya nyanyi. Dia ajak duet. Dia suruh saya jadi perempuan dan dia jadi penyanyi lelaki. Sayakan tak suka nyanyi part lelaki. Kalau saya tak nak jugak, dia mesti paksa saya sambil cubit-cubit saya suruh nyanyi. Satu hari, adalah beberapa orang budak kat rumah kami tu menyanyi kat luar rumah. Bising sangat. Kadang-kadang melodinya tak dapat kami tangkap. Angah mula bengang. Dia ajak saya duduk kat beranda rumah. "Long, nyanyi long," Pintanya. "Malas aku," Malulah saya nak nyanyi kat luar rumah. Nyanyi dalam rumah tak apalah. "Nyanyilah long, suara kau kan sedap. Aku tak sukalah dengar dia orang nyanyi," Angah ni ada satu penyakit masa kecik dulu. Kalau kita tak ikut cakap dia, dia akan cubit dan pukul kita. Sakit wooo... Lepas tu dia merajuk tak mau cakap dengan orang. Kalau saya ada mood, saya layankan je. Saya nyanyikan dia. Kalau tak, gaduhlah jawabnya. Masa kat sekolah asrama, saya suka nyanyi dalam bilik air. Sampai satu hari, cikgu panggil saya nyanyi kat dewan besar. Masa tu saya nyanyi lagu Kekal, Ziana Zain. Oh ya, masa mula-mula masuk sekolah waktu muzik, saya nyanyi lagu Madah Berhelah diiringi petikan piano dari Cikgu Syed. Ada sorang pemain keyboard sekolah kata, dia sangat suka bila saya nyanyi lagu Fauziah Latiff. Antara lagu Fauziah Latiff saya nyanyi masa tu, Dia, Enggan, Kau Merubah Segalanya. Masuk universiti pulak, saya dah fenatik Siti Nurhaliza. Sebenarnya minat kat Siti ni sejak saya form 1 lagi. Zura roomate UiTM saya kata, saya suka buat konset malam-malam. Mana taknya, hampir setiap malam sebelum tidur, saya akan dengan kaset Siti dengan walkman dan habis satu album saya nyanyi lagu Siti. Kata Zura, lagu Siti yang tak popular pun dia tahu sebab saya. Katanya lagi, dia dapat dengar konset free. Kalau malam saya tak nyanyi, mesti dia tanya saya, "Kau tak buat konsert ke malam ni?" Masa kerja, pernahlah beberapa kali saya ikut someone pergi perform dengan petikan gitarnya. Someone tu siapa? Mr. Godfrey. Lepas saya perform, selalunya akan ada yang cakap "nice voice" atau "sweet voice," Cop, suarapun ada manis jugak ke? Sampai sekarang saya fikir. Kawan-kawan saya yang rapat dengan sayapun suka suruh saya nyanyi. Tapi kelemahan saya adalah menyanyi not rendah. Apa lagi ya cerita pasal nyanyi ni?

No comments: