Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, May 13, 2018
Politik Menipu Rakyat
Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman.
Pilihanraya Umum Malaysia kali ni amat panas bahangnya. Saya sendiri yang tidak minat politik pun mula mengambil tahu dan membuat pembacaan serta kajian.
Memang benar kata orang, membaca itu luas pengetahuan. Kata xboss saya En. Fairuz, "You kena banyak membaca untuk menjadi seorang yang bijak,"
Dan saya mula cintakan pembacaan apabila melihat orang-orang bijak pandai bercakap. Penuh dengan fakta seperti Tun Mahathir Mohamad. Jika dulu, sewaktu Tun M menjadi Perdana Malaysia ke-4, saya bukanlah seorang yang meminati beliau. Mungkin kerana saya tidak berpengetahuan, so dengar je dari cerita orang yang tak sukakan dia. Tapi tak adalah sampai benci dan kutuk Tun M. Sekadar biasa-biasa saja. Oh, Tun M PM kita. Itu je.
Dan rakyat Malaysia, saya seru anda semua untuk rajin membaca seperti rakyat Jepun. Bacalah perkara yang berfaedah. Boleh baca novel cinta tapi pelbagaikan bahan bacaan anda.
Malang sungguh orang seperti saya yang tidak banyak membaca serta kurang ilmu ni. Selama ni kita dimomokkan dengan kata-kata, jangan sokong pembangkang kelak nanti DAP akan memerintah Malaysia. Itulah juga sentimen yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini.
So, kita ramai-ramai berpendapat bahawa DAP tu ada agenda tersembunyi. DAP tu sebenarnya memperjuangkan rakyat berbangsa China sahaja. Mereka mahu jadikan Malaysia ini negara mereka iaitu negara China. Mereka mahu tawan Malaysia dan mereka mahu jatuhkan orang Melayu. Itulah juga yang saya anggap selama ni sehinggalah pelbagai masalah negara berlaku.
Baru-baru ni saya terfikir, masalah negara yang kian runcing ini disebabkan pemimpin Melayu bukan Cina. Tapi kenapa barisan kepimpinan mereka menanamkan kepada rakyat, DAP tu nak ambil Malaysia? Lebih pelik apabila Tun Mahathir yang sangat sayangkan orang Melayu menganggotai Pakatan Harapan yang di dalamnya terdapat DAP? Dunia dah nak terbalik ke? Boleh percaya ke Tun M ni?
Apabila melihat manufesto Pakatan Harapan, saya jadi berminat dengan PH. Lantaklah siapapun yang perintah negara, yang penting rakyat terbela.
Akhirnya saya sangat happy bila PH menang. Saya ni bukan ahli PH atau mana-mana parti pun. Sekadar rakyat biasa yang cintakan negara dan mahu negara ini maju macam negara maju. Saya nak, orang Malaysia yang pakar dalam semua bidang dan bangunkan negara ni. Tak perlulah minta tolong US durjana tu. Tak payah nak harapkan China komunis sana tolong kita. Silap-silap, negara kita dia ambil. Tu baru betul Cina ambil Malaysia.
Keesokan hari setelah PH menang, saya lihat salah seorang Puteri UMNO update status Facebook dengan mengatakan, DAP akan ambil Malaysia. MARA, Felda dan Tabung Haji akan musnah. Bukankah MARA, Felda dan Tabung Haji dah separuh musnah ke sekarang? Silap-silap tinggal suku je lagi. Itu semua sebab siapa? Sebab pemimpin Melayu kan? Sebab orang yang paling rakyat percaya dan harapkan untuk melindungi negara ini kan? Bercakap tentang DAP akan ambil Malaysia sebab PH menang, otak saya sekali lagi berputar ligat berfikir, habis tu selama ni dia orang tu bergabung dengan MCA dan MIC tu tak takut ke dia orang ambil Malaysia? Apa beza MCA dan DAP? Setahu saya, kedua-duanya dianggotai oleh orang Cina. Tak boleh jadi ni. Saya dah basuh jugaklah Puteri UMNO tu. Tapi saya kena cari fakta supaya kukuhkan lagi hujah saya. Prinsip saya, sebelum bercakap, kena ada fakta tepat. Kena betul-betul confirm. So, saya kena cari maklumat pasal DAP dan MCA ni.
Saya tanya my Xboss tentang DAP dan MCA. Memeranjatkan! Jawapan dia, "MCA lagi teruk, dia hanya memperjuangkan Bangsa Cina je sedangkan DAP sama macam parti lain dalam PH."
Saya terdiam. Rasa sedih dan marah kepada kerajaan sebelum ni yang memperbodohkan rakyat. Saya rasa betapa bodohnya saya selama ni sebab percaya sentimen mereka.
"Tapi dua-dua Cina kan?" Masih berharap agar kepercayaan saya selama ni betul. Takkanlah pemimpin negara nak tipu kita. Tapi tak hairan kalau tipu pun. Negara pun nak dijual, harta rakyat pun dilesapkan.
"DAP sebenarnya Parti Demokratik di mana keahliannya terbuka kepada semua bangsa cuma didominasi oleh orang Cina. MCA, terbuka kepada Kaum Cina sahaja. Orang Melayu tak boleh jadi ahli MCA. Dia sebenarnya memperjuangkan Kaum Cina," Jawab Xboss saya yakin. Kenyataan Xboss saya ni disokong oleh kawan berbangsa Cina sewaktu kami membincangkan politik Malaysia yang baru ni. Katanya, kalau pergi MCA, Semuanya berbahasa Cina. Orang Melayu kalau masuk sana, takkan faham apa dia orang cakap. Inggeris pun sikit-sikit je. "Semuanya chin chang, chin chang. You pun kena cincang," Hahahahaha... Lawak!
Xboss saya ni salah seorang yang saya kagumi kebijaksanaannya. Saya pernah bercita-cita nak jadi bijak macam dia. Selalunya apa yang dia cakap ni betul. Tapi, saya tak bolehlah percaya bulat-bulat. saya kena ada bukti dan fakta kukuh.
So saya ni dah jadi macam pengkaji politik pulak dua tiga hari ni. Dan pagi ni, saya jumpa sesuatu yang memeranjatkan. Saya akan kongsikan dengan pembaca tentang perbezaan DAP dan MCA. Janganlah lagi kita jadi rakyat yang cetek pengetahuan yang senang-senang boleh diperdaya oleh kerajaan sendiri. No more!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment