SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, May 24, 2018

Setitis Peluh Petani, Setitis Darah Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Allah bangkitkan saya lagi hari ni dengan semangat yang baru, kesegaran yang indah. Nantilah saya cerita tentang kesegaran tu. Baiklah, ni apa hal pulak ni nak cerita pasal petani? Kata bekas boss saya, untuk menjadi bijak, kita harus banyak membaca. Itulah yang cuba saya lakukan agar bacaan saya itu mampu memberi anjakan paradikma dalam tugasan dan kehidupan saya. Saya bukanlah seorang yang bijak. Sedangkan Tun Mahathir yang bijaksana pun masih rajin membaca, apatah lagi saya? Lagi pun ni salah satu cita-cita Tun untuk melahirkan rakyat suka membaca. Membaca bukan sekadar dengan cara konvensional iaitu membaca buku. Zaman moden ni, banyak kaedah yang boleh digunakan sebagai sumber ilmu termasuk internet, TV, radio dan sebagainya. Hari ni, hati saya disentuh dengan satu wawancara "100 Hari Malaysia Baru" di Astro Awani. Bukan cerita politik tetapi mereka membincangkan tentang bagaimana sektor pertanian Negara harus dimajukan agar ianya menjadi suatu sector maju seperti di Holand, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. Wawancara ini menampilkan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Haji Salahuddin Ayub. Pendapat awal saya, Tun Mahathir memilih orang yang tepat dalam mengepalai Kementerian ini. Kenapa? Kerana YB Salahuddin datang dari latarbelakang petani. Beliau pernah membantu keluarganya mengusahakan tanaman koko. Daripada wawancara tersebut, YB kelihatan banyak input dan mempunyai pengetahuan dalam pertanian sebagai seorang menteri selain pernah menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan pernah menjadi petani. Kelihatan dua panel lain iaitu En. Shakran yang merupakan wakil Pertubuhan Peladang Kuala Langat dan Datin Paduka Fatimah Arshad seorang professor dari UPM senang membincangkan hal-hal berkaitan memandangkan YB juga sangat memahami apa yang dibincangkan. Satu lagi menteri yang awal ini saya boleh katakan sebagai menteri bijak dalam barisan cabinet baru Malaysia. Kita tengok nanti. Kalau dia buat tak betul, saya akan hentam dia. Hahahaha... Semoga hasrat murninya dapat dirialisasikan dengan kerjasama semua pihak. Semoga Allah tunjukkan jalan kepada beliau dalam kepimpinan. Kenapa hati saya tersentuh? Sebab wawancara ini turut menampilkan keluhan-keluhan para petani. Malah, isu kesukaran dan cabaran petani turut disentuh oleh panel perbincangan. Saya rasa betapa peritnya kehidupan seorang petani dengan isu-isu ketiadaan Baja berkualiti, tiadanya mesin kecil untuk digunakan secara mandiri, ketiadaan racun serangga berkualiti, kos pengeluaran yang tinggi dengan produktiviti yang sedikit, menjadi mangsa mainan harga orang tengah, jentera yang tidak cukup untuk menguruskan tanaman mereka dan banyak lagi. Selama ni saya hidup dalam dunia saya. Tak pernah menyelami komuniti lain dalam dunia ni. Saat saya duduk di kerusi empuk pejabat, mereka berpanas, membanting tulang. Saat saya menerima gaji bulanan yang tidaklah sebesar mana, mereka mengira pendapatan mereka yang kecil dan terpaksa menolak untuk bayaran hutang, modal pusingan, kos-kos lain, sara diri dan keluarga. Apa yang tinggal pada mereka? Patutlah petani kita majoritinya tidak hidup senang. Saya sedar, mereka perlukan subsidi bukan kerana manja tetapi terpaksa perlukan subsidi untuk meneruskan pertanian mereka. Kenapa ya Malaysia ni tak boleh keluarkan Baja dan racun serangga berkualiti tinggi sendiri? Sangat pelik. Ke manakah mereka yang bijak pandai dalam bidang ni? Teknologi demi teknologi diperkenalkan, tetapi mengapa tidak mampu mengubah nasib petani? Saya rasa sedih dan ada waktunya saya menangis tatkala mendengar wawancara berkenaan. Ke manakah peruntukan kementerian ini? Apakah peruntukan yang diperuntukkan benar-benar sampai kepada golongan sasar? Saya berharap keadaan petani berubah begitu juga dengan sektor pertanian. Dah lama saya fikir, tak boleh ke kalau Malaysia tak perlu lagi bergantung kepada Negara asing terutamanya dalam produk makanan setiap kali menerima mesej boikot barangan Israil dan Amerika? Makanan yang kita import tu sebenarnya boleh kita usahakan sendiri dalam Negara kita. So, kebergantungan terhadap mereka akan berkurangan dan tidak mustahil menjadi sifar seterusnya kita pula menjadi pengeluar dunia. Saya cemburu dengan New Zealand yang mempunyai banyak ladang lembu besar. Saya irihati dengan Australia, Jepun dan Korea yang mana ladang mereka saujana mata memandang. Bukan saja ladang besar malah, binatang ternakan dan tanaman juga sayup mata memandang. Penuh ladang dengan binatang ternakan dan tanaman. Malaysia ada Tanah luas, tapi binatang dan tanaman tak ada. Kalau ada pun seciput je. Orang selalu kata, oh Negara tu cantik Negara ni cantik. Sebab apa? Sebab hijau. Rakyat mereka kreatif. Saya rasa Malaysia pun boleh buat. Kita ada banyak Tanah. Apakah Tanah ni sekadar untuk pembangunan? Tanam hutan batu? Apa tarikan pelancongan kita seterusnya kalau asyik bangunan tinggi je. Orang Amerika, London, mesti nak tengok keunikan, bukan bangunan yang kat Negara dia orang lagi cantik. Saya sendiri suka melancong. Masa melancong, saya suka ke tempat yang unik. Shopping complex tu saya nak pergi ada sebab je. Contohnya orang kata Negara tu barang kulit dia murah. Baru saya nak ke gudang dia. Saya harap sangat supaya Malaysia mempunyai ladang-ladang besar suatu hari nanti. Rasa nak forward masa ke depan. Nak tengok macam mana Malaysia ni? Ada tak ladang saujana mata memandang? Saya tertarik kepada system Cottage di Jepun dan Saemaul Undong Korea yang disebut YB Menteri. Biar saya baca dulu tentang dua system ni. Lepas tu saya update kat sini.

No comments: