Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, August 29, 2017
Permohonan Maaf Dari Seseorang Yang Baru Dikenali
Assalammualaikum kawan-kawan,
Saya baru masuk office hari ni. Pergi Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Sebelum bertolak ke sana, saya ada sedikit kerisauan sebab saya tahu ada di kalangan peserta tu yang tak sukakan saya. Tapi tak apalah. Saya pergi sebagai urus setia. Kalau tak suka tak apa. Bukan saya nak kena duduk dalam kumpulan dengan dia orang.
Manusia ni pelikkan. Ada yang sorang tu, saya tahulah dia tak suka saya sebab tandem. Yang sorang lagi tu, saya tak tahu apa sebabnya. Seingat saya, saya pernah jumpa dua kali dengan dia sebelum ni. Kali pertama, kami ditempatkan sebilik sewaktu menghadiri kursus. Masa duduk sebilik tu, kami berkawan dan berbual. Saya lebih banyak mendengar sebab saya tengok, orangnya bercakap macam tak mahu kalah. Orang macam ni, tak perlu dilawan. Layankan je. Dia cerita fasal dia suka melancong dan macam-macam lagi. Saya sekadar dengar dan Tanya, apa yang best kat sana, apa beza Negara tu dengan Negara ni. Kali kedua, sewaktu program bakat seni suara. Masa tu, dia OK je dengan saya.
Tapi ada orang sampaikan pada saya, dia cerita kat orang, dia tak berapa ngam dengan saya. Laaa... Kenapa pulak? Saya ada buat salah ke dengan dia? Kalau boleh bersembang dan ketawa bersama... Tak ngam ke namanya? Sampai FB saya pun dia remove. Agaknyalah kot. Sebab dulu kami friend kat FB tiba-tiba tengok dah tak friend. Saya tak pernah remove dia.
Masa nak pergi kem tu, saya dapat tahu, saya sebilik dengan kawan dia. Mungkin Allah nak uji kot. Ada orang kata, kawan dia tu sombong. Tapi tak tahulah kan kebenarannya sebab saya tak kenal.
So masa masuk bilik tu, kawan dia tak tegur saya. Mungkin sebab tak kenal. Jadi, saya pun cuba meramahkan diri supaya semua orang yang sebilik dengan saya tu rasa selesa. Lama-kelamaan, kami boleh berbual. Kawan budak yang tak suka kat saya tu siap boleh cerita macam-macam pada saya.
Malam kedua, sewaktu bersembang berdua sebab roommate yang sorang dah tidur dan yang sorang lagi ke bilik sebelah, kawan dia... Saya namakan N supaya senang saya nak cerita. Dia minta maaf kat saya.
N: Kak, saya nak minta maaf dengan akak. Sebab selama ni, saya buruk sangka kat akak. Saya ni cepat terpengaruh. Bila dengar cerita orang, saya mudah percaya dan ikut mengata sekali.
Demi Allah, hati saya sejuk mendengar permohonan maafnya. Masakan saya mengatakan tidak. Silaturahim ini baru bermula takkanlah saya mahu memutuskannya? Hati saya juga jatuh kasih kepadanya.
Saya: Tak apa. Akak faham. Kalau dah orang bercerita, dan N pun tak kenal akak, mestilah N percayakan? Akak pun ada juga rasa percaya sikit bila ada orang kata N sombong. So, akak pun minta maaf.
Saya: Akak rasa, akak tahu siapa yang cakap. Sebab sampai ke telinga akak. Apa yang dia cakap dengan N?
N: Sebenarnya, N suka dengar suara akak. Suara akak sedap. Masa dengar akak buat ucapan, N cakaplah, suara akak ni sedap. Dia kata, harap suara je sedap. N tak kenal dia lagi, dia tu sombong, berlagak. Bila dah kenal nanti tahulah.
Saya hanya ketawa. Mungkin orang salah sangka dengan saya sebab sikap saya yang susah mesra dengan orang ni. Tapi kalau dah kenal, saya ni taklah sombong. Cuma tak pandai nak huha, huha dan beramah-mesra dengan orang.
Saya: Habis tu sekarang ni?
N: Masa masuk bilik hari tu risau jugak. Tapi tengok akak OK je. Bersembang dengan kita orang, tegur. Siap boleh ketawa-ketawa lagi. Akak tahu tak sampai saya kena marah dengan O (boy friendnya yang merupakan kawan saya sejak 10 tahun lalu).
Saya: O kata apa?
N: O kata, awak ni cepat sangat percaya cakap orang. Abang kenallah Tinta tu siapa. Dia kawan abang. Tinta tu baiklah. Mana ada dia sombong dan berlagak. Kadang-kadang, orang ni dengki, so macam-macamlah dia cakap. Sebab Tinta tu, ada banyak kelebihan, macam-macam dia buat. Orang je tak tahu. Dia tu berbakat sebenarnya. Tapi takkanlah semua benda dia nak cerita kat orang? Banyak benda yang dia buat, orang tak tahu. Awak contactlah dia. Awakkan suka mencipta, menulis, belajar dari dia. Boleh kongsi minat. Dia pernah tulis skrip, novel. Pandai baca puisi, suka nyanyi macam awak.
Laaa... Abang O, sampai macam tu Abang O ingat cerita-cerita saya? Terima kasih Abang O sebab bersihkan nama saya. Tapi novel saya tu belum publish tau. Baru sampai meja penilai je stop sebab saya malas nak panjangkan dia macam penilai minta. Hehehe... Tapi Abang O, saya ni bukanlah hebat mana. Tak payahlah abang cerita kat orang apa yang abang tahu fasal saya. Saya ni biasa-biasa je.
Hish, macam-macamlah manusia ni. Kalau yang tak suka tu, tak suka sangat. Kalau yang OK dengan saya pulak, sampai suka dengar suara saya. Tapi nasiblah N, kali ni N tak boleh dengar suara akak yang sebenar sebab akak batuk dan sakit tekak. Dengarlah suara serak akak ni. Kalau tak, kita mesti boleh duet kan masa malam kebudayaan?
Kalau nak dengar suara akak pergilah Sing Semule hehehehehehe...
Sebenarnya saya ni dah gian nak nyanyi ni. Tapi suara tak elok lagi. Saya ada lagu baru yang saya suka iaitu, Bulan Terbelah di Amerika dan satu lagi tak tahu tajuk. Fazura jugak tapi duet dengan Fatah Amin.
Apa pun, sekarang saya dan N menjadi kawan. Harapnya dia tidak seperti kawan dia yang cakap lain kat belakang tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment