SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, September 22, 2017

Persediaan Ke Negara Eropah Ketika Musim Luruh

Assalammualaikum semua, Dah hamper sebulan saya tak update blog ni. Kebelakangan ni saya amat terkejar-kejar dengan masa. Program besar pejabat ni pun dah dekat. So semakin sibuk. Kadang-kadang, saya terpaksa bawa laptop dalam kereta untuk siapkan kerja semasa dalam perjalanan ke Air Asia untuk mengajar. Hari ni saya kurang sihat sebenarnya. Dan seperti biasa, saya keseorangan dan bosan. Saya di pejabat. Rasa nak ambil angina luar dan aura positif kat sini. Sambil-sambil habiskan kerja, dapatlah saya rasa suasana sibuk dari melayan rasa tak sihat ni. OK, saya nak kongsikan persediaan untuk ke Negara Eropah ketika musim luruh. Musim luruh ni adalah peralih musim kepada musim sejuk. Musim luruh ni berangin dan sejuk. 1. Jacket: Ada yang kata, jacket yang biasapun OK tapi tebal. Tak perlu baju snow. Walau apapun, bergantung kepada ketahanan diri masing. 2. Sweater (Yang ada hoodie pun bagus): Musim ni berangin jadi, telinga adalah salah satu pintu masuknya kesejukan ke dalam badan. So, kalau pakai hood ni dapatlah kita tutup telinga kita. 3. Sarung tangan (spare dan tak perlu terlalu tebal): Ini juga bergantung kepada ketahanan diri masing-masing. Ada orang tak pakaipun sarung tangan. Tapi ada orang memerlukannya. 4. Stokin: Stokin ni ada dua kegunaan. Untuk berjalan-jalan dan untuk dipakai ketika tidur bagi mereka yang tidak tahan sejuk. 5. T-shirt: Yang ni, bergantunglah kepada pilihan masing-masing. 6. Seluar panjang: Lebih baik memakai seluar panjang daripada memakai skirt atau seluar pendek. Musim ni kan dah mula sejuk. Apa? Nak pakai kain? Terserahlah. Tapi kalau terbuai ditiup angin lepas tu bagi show free tu tanggung sendirilah ya hehehehe (gurau je) 7. Kasut bertutup: Jangan pakai sandal pulak ya. Ni dah nak masuk musim sejuk. Karang tak boleh berjalan pulak. Melancong dalam bilik jelah. Seeloknya pakailah kasut sukan dan stoking. Untuk elak sejuk dan keselesaan untuk melangkah, cewah. 8. Lotion: Sejuk ni akan membuatkan kulit kering dan boleh menggelupas. Jadi, sediakan lotion secukupnya. Biarlah habis sebotol lotion kat sana pun daripada bawa kulit menggelupas sebagai cendramata dari sana. Pilihlah lotion yang anda suka, minyak zaitun ke, apricot ke, apa saja. 9. Balm atau pelembap bibir: Yang ini pun penting. Bila kita rasa sejuk, confirm kita kurang minum air. Bibir akan menggelupas. Ada orang kata, bibir boleh luka hanya kerana mahu tersenyum. So bawalah apa-apa balm yang korang suka. Sebaiknya letakkan dalam beg yang sentiasa dibawa. So, korang boleh sapu pada bila-bila masa yang korang perlu dan terasa bibir kering. 10. Folded bottle: Yang ni saya tak berapa arif. Ikut pemahaman saya, termos kecil yang boleh dibawa berjalan juga disarankan dan mestilah bertutup dan tutup tu boleh buat minum. Bawalah sekali 3 in 1 supaya boleh panaskan badan tatkala berhenti di mana-mana. Jangan biarkan air panas terdedah lama sebab ia akan mudah sejuk. 11. Baju hujan: Ini sebagai persediaan sekiranya hujan. Dah namapun baju hujankan? 12. Muffler: Yang ni boleh jugak kalau nak gantikan dengan pashimina tebal. Leher ni sangat sensitive. Kalau sejuk ia mungkin boleh menyebabkan selsema dan gangguan pernafasan. Apapun, check la dulu cuaca terkini Negara yang korang nak pergi. Selamat melancong.

No comments: