Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, August 3, 2017
Kantin Berwajah Baru
Assalammualaikum semua,
Just back from Air Asia, sembang-sembang dan everybody has gone. I'm living in the office. Hajat hati nak buat kerja. Tiba-tiba rasa malas. Tak ada mood. So, nak sembang-sembang dengan korang. Almaklumlah. When everybody went back, semestinya saya tak ada kawan nak bersembang.
Esok patutnya saya cuti. Tapi Veterinar kata tak jadi sesi pemandulan esok sebab doctor tak ada. So, tak jadi bawa Chiko. Kita kerjalah esok. Banyak benda belum siap.
Sebenarnya dah lama saya mengharapkan kantin office ni di 'out source' kan. Kenapa? Banyak sebab.
1. Variasi makanan:
Orang ni kalau bekerja bukan buat business ala kadar jelah. Dah tahu staff pun nak makan, bagi kita makan sama macam pelatih makan. Nanti kalau saya cakap banyak, orang marah. Tapi saya kan cakap terus-terang. Tak ada sembunyi-sembunyi. Rakan sekerja ke, apa ke. Kalau saya tak suka cara dia orang, I have to say no. I will not pretend.
2. Kuantiti makanan yang tidak mencukupi:
Selalu situasi ni berlaku. Kalau dah tahu, pelatih 90 orang, staff ada lebih kurang 70 orang, masaklah untuk 160 orang. Kata nak jual kat staff. Habis kalau pelatih 90 korang masak untuk 100 orang macam mana? Staff la terpaksa berebut-rebut dan kejar-kejar takut makanan habis. Takut tak dapat makan. Saya cukup tak faham situasi yang satu ni.
3. Bias:
Staff kantin ni bias. Suka bagi makanan pada staff yang dia orang suka je. Kalau yang dia tak suka, dia rela simpan je makanan tu. Lepas tu makan ramai-ramai or bagi kat siapa yang dia orang suka. Mula-mula saya tak percaya orang cakap. Sampailah satu hari, saya nak beli makan. Sorang kakak ni kata lauk habis. OK. Hari tu saya nak sangat makan. Dengan hampanya saya ke surau. Dalam kul 2.00 macam tu, beberapa staff masuk surau. Saya sedang bersiap nak masuk office. Boleh dia orang sembang sesama dorang, kakak yang layan saya tadi cakap kat salah sorang tu, "Ambil sendirilah ayam tu. Bungkus je kalau nak. Ada lebih." Korang rasa apa? Panas tak? Panas kan? Mulai dari hari tu, saya akan tegas bila bercakap dengan kakak tu. Pernah saya nak panggil boss dia turun sebab dia tak bagi saya makan dulu sedangkan saya kena cepat sebab nak pergi Air Asia. Jangan main-main dengan saya.
4. Service kurang mesra:
Saya pantang betul point yang satu ni. Kalau tak mesra, lepas tu selamat jalanlah kedai kau. Kita bayar apa, bukan paksa korang bagi free. Kadang-kadang saya risau nak pergi kantin sorang. Takut tak dilayan. Kadang-kadang kita masuk kantin, semua senyap sedangkan ada kat meja depan. Kita dah sampai kaunter, baru Tanya nak apa. Padahal, kita dah melewati meja yang dia duduk. My god! Poor services!
5. Kebersihan:
Isu ni sangat sensitive bagi saya. Saya pernah bercerita pada officemate, saya nak ambil air panas kat kantin. dia marah saya. Dia kata, kalau tuang air tu dalam cawan, boleh Nampak kuningnya air tu. Mungkin dorang tak basuh water dispenser tu. Sejak hari tu, saya tak pernah dah ambil air kat kantin. Sorang lagi officemate saya cakap, dia pernah jumpa tahi tikus or lipas dalam pembakar roti kantin. Terkejut saya sebab saya suka order roti bakar kerana tak nak nasi. Ya Allah, korang tak rasa bersalah ke bagi orang makan benda kotor? Dan pagi tadi, officemate saya jugak cakap, sewaktu hand over kantin ni kepada operator baru, masa kemas-kemas, dia sendiri Nampak, banyak tahi tikus kat dalam dapur. Apa semuanya ni? Masa new operator cakap tak nak guna semua barangan sedia ada termasuk pinggan-mangkuk, ada yang kata that guy mengada-ngada dan cerewet. Masa tu saya pun pelik apasal la berlagak sangat operator baru tu? Sekarang saya faham. Kalau saya kat tempat dia pun, saya buat benda yang sama. Dia jugak run cafeteria hospital, mestilah dia sangat pentingkan kebersihan.
Memang saya selalu berdoa supaya cepatlah kantin ni di 'out source' kan. Bukan nak tabor pasir dalam periuk nasi dorang. Tapi dorang sendiri yang tabor pasir dalam periuk nasi dorang. Kita bayar, kita ada hak untuk nikmati perkhidmatan yang baik. Tu belum lagi dia marahnya kita. Mula-mula dulu bolehlah nak marah saya. Lama-lama, sorry.
Sejak akhir tahun lepas, kecohlah management ni nak 'out source' kan kantin. Tapi asyik postpone je. Menyampah kita. Kita ni memang tak sabar menanti. Sebab saya tak makan nasi. So saya perlukan variasi makanan untuk saya pilih.
Sampailah mereka buat proses untuk berhentikan staff kantin. Bayar pampasan tau. Tapi new operator nak ambil dorang kerja. Ada yang tak nak. Ada jugak yang terima offer tu.
Dalam proses tu, macam-macamlah cerita saya dengar. Sebab of cause la yang jadi kesayangan staff kantin tak suka bila management buat macam tu. Pada saya, management kena buat sesuatu untuk improve services in a canteen. Staff deserve services yang lebih baik. Management pun salah jugak. Tak pandai manage canteen.
Saya tak ambil pot dengan rasa tak puas hati sesetengah pihak dengan 'out source' kantin. Bila dorang bising saya diam. Kalau saya cakap nanti, sensitive pulak. Saya nak Tanya je sebenarnya, apa yang bagus sangat kantin buat sampai korang marah nak out source kantin tu? Lebih baik out source kalau ianya lebih bagus. Dorang tak tahu yang saya memang suka nak terima kantin baru.
Ada yang beri gambaran bahawa kantin baru akan huru-hara sebab dorang tak pandai manage tranee. Dalam hati saya, tak mungkin. Takkanlah dorang bodoh sangat sedangkan dia run cafeteria kat tempat lain. Orang berniaga, mestilah nak reputasi yang bagus. OK, kita tunggu dan lihat.
Ada yang sibuk bercerita, tauke kantin ni Cina. Tukang masaknya Indonesian. Last saya dengar, tukang masaknya Sabahan. Cina tu tauke, bukan dia yang masak. Fikir saya dalam hati. Lagi pun, ayam bukan dia yang beli. Ayam adalah dari pembekal ayam yang memang taja ayam untuk office ni setiap minggu. Kalau korang nak jadikan isu ayam tak halal, dah lama la korang makan ayam tak halal sebab kantin sebelum ni pun masak ayam dari sumber yang sama. Confirm, tukang masak dia Sabahan dan assistant cook dia, kawan saya, orang Negeri Sembilan. Alhamdulillah lepas satu bab. Minyak babi? Buat pengetahuan korang, minyak babi tu mahal dan tidak digunakan sewenang-wenangnya buat masak seharian. Islam dah mudahkan hidup umatnya, korang tak yah nak korek sampai dalam-dalam. Kantin kotor selama ni korang tak fikir pulak. Sekarang korang sibuk nak cakap, jadikan isu, tauke dia Cina. Saya nak tengok, sampai bila sesetengah staff tu beli bungkus makanan dari luar sedangkan sebelum ni dia pengunjung setia kantin sampai jadi kesayangan kakak kantin yang bias tu. Kalau korang pergi rumah Bangsa Cina pun, korang boleh makan menurut Islam. Tak perlu kaji kuali dia pernah masak babi ke tidak. As long as korang yakin. Kalau korang was-was, memanglah tak boleh makan. Saya? As long as tukang masak dia Islam, saya makan. Saya yakin. Alangkah kat luar Negara tukang masak bukan Islam pun saya makan. Janji tak makan binatang yang perlu disembelih seperti ayam dan daging, pastikan makanan tu tak campur arak, babi dan lain-lain binatang yang tak boleh makan, cukuplah. Islam tu agama yang mudah. Korang tak yah nak susahkan hidup korang dengan prejudis korang.
Sekarang saya happy, happy dan happy dengan kantin baru ni. Banyak pilihan, bersih, layanan bagus. Hari ni korang tahu ada apa untuk sarapan? Nasi goring, nasi lemak, kue tiow goring, roti canai, telur sambal, sosej, naget, hash brown, kuih lapis, sri muka, ketayap, karipap, ada hot chocolate, kopi, teh, milo semuanya dalam mesin or 3 in 1. Minuman sejuk akan datang minggu depan. Begitu jugak dengan... oooh ada pau pelbagai perisa. minggu depan tambah pau kari danblack pepper. Mungkin ada western jugak kalau sambutannya bagus. Alakat pun mungkin ada. Lauk tengahari mungkin ada pilihan kalau ada sambutan. Sekarang sayur je ada pilihan. Buah potong pun minggu or bulan depan. Aiskrim dan air botol dah ada. Kek pun akan datang minggu depan. Memang saya tak payah keluar beli makanan. Bagus.
Isu timbul sekarang, air mahal. Dah 3 in 1 memanglah mahal. Korang beli je 3 in 1 sendiri buat. Yang penting makan murah. Tadi ada sorang staff datang masa kami sedang breakfast. "Kesian kita tak ada air free dah sekarang," Saya tak fahamlah. semua benda nak free. Kalau nak free, masaklah sendiri. Macam kami geng office bawah ni, collect duit dan akan beli water dispenser untuk office sebab nak buat air. Saya terus jawab, "Tak apalah, kak. Janji makan murah dan banyak pilihan," Hambek kau. Setakat air yang simple tu yang korang isukan. Makanan tu lagi penting. Takkan korang nak masak untuk dapatkan variasi?
Hari pertama, saya makan mi goring, 1 naget, 2 sosej panjang dan telur mata, hanya rm3.50. Murahkan?
So korang tak yahlah nak buat sentiment yang bukan-bukan. Kita support je business dia then bertambahlah lagi variasi makanan kita. Rupanya, tauke ni ada sepuluh kantin yang dia operate termasuk hospital dan office saya ni.
Dalam tulis blog pun sempat saya pergi kantin. Dapat pulut ayam dan pau kacang and bbq. Bukan dapat ok, beli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wow! wow! wow! banyak variasi makanan tu! saya pun akan makan nasi sekali sehari aje. selebihnya makanan yang ringan2. semoga improvement ni akan bertahan lama. manalah tahu boleh juga tumpang merasa one day nanti kan. yang nak free tu kita abaikan sahaja. nak isi perut sendiri pun nak kena minta orang lain taja pulak! dah la bekerja di tempat yang mengharapkan dana orang ramai pulak tu! tak malu ke? tak kiralah blind atau bukan. kalau spend duit kat benda lain boleh pula tu! dah lah kita sedia tertekan dengan kadar kemampuan membeli pada masa ini. dulu kan lah apa yang menjadi keperluan untuk hidup. terkenang zaman semasa belajar dulu, ada 1 tender ni memberikan kami makan dan minum apa sahaja dengan percuma. tapi kami pelajarr waktu itu tidak sekali-kali mengambil kesempatan. nak pergi makan sebulan sekali pun kami semua segan. padahal makanan yang dijual semuanya menarik dan menyelerakan. apa salahnya kalau nak ambil peluang kan! tapi kami tak tergamak walaupun kami student pada masa tu! sekitar 14 tahun lalu pada zaman ekonomi masih lagi belum segawat ini.
Tulah pasal. Nanti jemputlah ke mari ya.
Post a Comment